• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori Sub Budaya Final

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Teori Sub Budaya Final"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

 Teori sub budaya umumnya membahas tentang

wujudnya kepelbagaian norma dalam masyarakat.  Kepelbagaian norma wujud di kalangan kelas yang

berbeza seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan.

 Pihak pemerintah cenderung menganggap bahawa nilai-nilai kelas bawahan itu bertentangan dengan nilai-nilai kelas menengah atau atasan.

 Nilai nilai kelas bawahan ini selalu dianggap Sebagai sub budaya.

(3)

 “sub budaya adalah suatu subbudaya umumnya dicirikan oleh satu set norma dan nilai

khususnya yang dipatuhi oleh ahlinya dalam mengamalkan suatu tindak laku.

 Anggota kumpulan merasa lebih selesa jika

mereka menerima dan mematuhi nilai dan norma suatu kumpulan Mat Rempit tertentu untuk melambangkan ciri-ciri sepunya.

 Berbeza daripada teori anomie, teori sub budaya mengakui wujudnya norma-norma yang bersifat pluralistik – bukan homogen (terdapatnya

kepelbagaian norma – suatu yang heterogenous) dalam masyarakat

(4)

Kepelbagaian budahya/ norma

 Diantara faktor yang menyebabkan wujudnya

kepelbagaian norma dalam sesebuah masyarakat adalah jenis kaum pendatang yang berhijrah

masuk ke kawasan-kawasan tertentu.

 Contohnya di Amerika Syarikat pertentangan nilai berlaku di kalangan orang Asia (Jepun dan Cina), dan orang Negro yang berhijrah ke

bandar-bandar besar dengan penduduk asal Amerika Syarikat.

(5)

 Nilai-nilai tradisional dalam kehidupan masyarakat luar bandar (desa) misalnya tidak sama dengan nilai-nilai „moden‟ dalam masyarakat bandar atau tidak

sama dengan nilai-nilai „baru‟ dalam masyarakat yang didiami oleh seseorang atau sesuatu kelompok baru.

(6)

Teori Sub Budaya dan Remaja

 Apabila membincangkan subbudaya, ahli

sosiologi, lebih fokus kepada kehidupan sosial dan tingkah laku di kalangan golongan kelas bawahan atau kelas pekerja

 Khususnya di kalangan remaja kelas tersebut dalam keadaan masyarakat yang mengalami proses transformasi yang pesat: masyarakat urban/bandar.

(7)

 Umumnya pihak pemerintah atau golongan

masyarakat yang dominan melihat norma-norma dan nilai-nilai mereka sebagai bercanggah atau bertentangan dengan norma-norma yang dianuti oleh anggota masyarakat “biasa”

 golongan bawahan yang memperlihatkan pelbagai bentuk tingkah laku devian dan

jenayah, dan perangkaan rasmi tentang masalah tersebut menunjukkan bahawa mereka lebih

(8)

 Ini bererti bahawa analisis sosiologikalnya menumpukan perhatian kepada wujudnya pertentangan norma atau nilai dalam

sesebuah masyarakat di mana devians dan/atau jenayah itu wujud.

 Pertentangan norma dan nilai ini pula mempunyai kaitan dengan pelanggaran

norma-norma yang diterima oleh sesebuah masyarakat secara meluas.

(9)

 Contoh tingkah laku yang cenderung disentuh adalah kenakalan, jenayah, penyalahgunaan dadah dan penglibatan dalam lumba haram (yang mana lebih ramai pelakunya berasal daripada kelas bawahan).

 Dalam hal ini dikatakan wujudnya budaya

remaja, budaya kelompok atau rakan sebaya, atau budaya delinkuen yang semuanya

dikatakan lebih banyak wujud di kalangan remaja kelas bawahan atau kelas pekerja.

(10)

 Konflik nilai lazim digunakan untuk membahas fenomena delinkuensi atau jenayah di kalangan remaja.

 Secara umum huraian ditumpukan kepada bagaimana sesetengah remaja terlibat dalam proses pembelajaran untuk melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan peraturan atau undang-undang masyarakat.

(11)

ALBERT COHEN

DELINQUENT

SUBCULTURE

(12)

Albert Cohen adalah seorang pengkaji

tentang delinkuensi. sub-budaya

delinkuen dikatakan mempunyai satu

set peraturan dan cara hidup yang

berlainan daripada norma dan

nilai-nilai masyarakat umum , iaitu nilai-nilai arus

perdana.

(13)

 Teori sub-budaya Cohen dikatakan sama dengan teori anomie Merton dalam ertikata teori

tersebut membahas bahawa terdapat keadaan di mana sesetengah individu kurang mempunyai cara-cara yang diinstitusikan (sah) untuk

mencapai matlamat budaya seperti status tinggi, kejayaan dan sebagainya, NAMUN teori

(14)

 Ini bermaksud bahawa Cohen menumpukan perhatian kepada pengalaman hidup yang

khusus yang dialami sesetengah golongan remaja kelas bawahan, iaitu teori sub-budaya Cohen

memperlihatkan satu bentuk atau gaya

penyesuaian yang digunakan oleh golongan remaja tersebut terhadap keadaan kehidupan yang tertentu, iaitu yang tertekan atau penuhi dengan pelbagai halangan, dalam masyarakat.

(15)

 Tingkah laku delinkuen adalah hasil daripada suatu keadaan ketidakupayaan ekonomi dan sosial kelas bawahan.

 Theory: In school, kids from lower class areas are labeled as either bad or stupid.

 There are three possible responses to this initial label: (1) try harder, (2) accept it, or (3) reject it and redefine success.

(16)

 Cohen’s Typology:

 College Boys: these juveniles continue to strive for educational success.

 Corner Boys: these juveniles lower their

expectations and engage in marginal forms of deviance( alcohol, drugs).

 Delinquent Boys: these juveniles reject the

negative labels and redefine status in a manner where they can be successful, through a process of reaction formation.

(17)

Cohen berpendapat bahawa seseorang

Delinquent Boys bertindak sedemikian disebabkan keinginannya untuk

mendapat pengiktirafan daripada geng atau clique yang dianggotainya.

 Pengiktirafan itu juga bertujuan menggelak

dirinya daripada disingkir atau dipinggirkan oleh kumpulan atau gengnya

(18)

Richard Cloward dan Lloyd Ohlin

Idea tentang sub-budaya delinkuen yang

dikemukakan oleh Cohen dibahas lanjut oleh Richard Cloward dan Lloyd Ohlin yang

mendapati bahawa budaya kumpulan geng kelas

bawahan memang mempunyai norma dan nilai-nilai yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai

masyarakat konvensional (biasa).

 Remaja dari kelas bawahan tidak dapat mencapai status tinggi melalui pencapaian baik dalam sistem pendidikan formal yang sedia ada dalam masyrakat.

(19)

 Mereka juga kurang berjaya memperolehi beberapa kemudahan sosial dan ekonomi

berbanding remaja kelas menengah dan atasan.  Keadaan keterbatasan itu membuat mereka

berasa kecewa dan cemas, dan keadaan tersebut cuba „diselesaikan‟ dengan membentuk suatu

reaksi, iaitu norma dan nilai-nilai kelas

menengah dan atasan „digantikan‟ dengan norma dan nilai-nilai sub-budaya delinkuen.

(20)

 Sub-budaya delinkuen pula mengandungi

beberapa kriteria yang dapat dipenuhi oleh anak-anak atau para remaja kelas bawahan.

Sub-budaya delinkuen mempunyai ciri-ciri

non-utilitarian (bukan untuk mencapai matlamat

ekonomi ), malicious (jahat, hasat atau dengki) dan negativistic (mempunyai ciri-ciri negatif).

(21)

 Sesuatu tingkah laku delinkuen dilakukan bukan

sekadar ingin memenuhi segala keperluan ekonomi atau material.

 Misalnya, sekiranya seseorang remaja melakukan delinkuensi seperti mencuri barang makanan,

perbuatan itu bukan sebenarnya menunjukkan ia lapar tetapi perbuatan tersebut boleh memberi kepuasan kepadanya, mendapat pengiktirafan daripada kumpulan mereka.

(22)

 Ahli-ahli sub-budaya delinkuen memperoleh kepuasan apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan atau mengancam

ketenteraman orang lain.

 Dalam keadaan inilah mereka dianggap jahat (malicious) dan bertingkah laku negatif

(23)

 Namun bukan semua anak-anak nakal dapat mencapai matlamat budaya melalui jalan-jalan yang tidak sah oleh kerana peluang-peluang itu pun didapati berbeza di kalangan mereka.

 Bagi sesetengah remaja, keadaan menganggotai sesebuah sub-budaya atau geng delinkuen juga kadang-kala sukar, disebabkan terdapatnya

kekurangan atau keterbatasan dari segi fizikal, personaliti, mental, dan sikap berhubung dengan takrifan serta peripentingnya undang-undang.

(24)

Maka terdapat 3 jenis sub-budaya bagi

remaja, iaitu:

Sub-budaya kriminal – yang tujuannya adalah

untuk memberi latihan bagi sesetengah remaja untuk menjadi penjenayah

profesional.

Sub-budaya konflik – yang mengutamakan

pangkat, keberanian dan kewibawaan bagi seseorang remaja. Contohnya, sub-budaya delinkuen.

(25)

c. Sub-budaya pengundur (retreatist) –

mereka bukan sahaja tidak mempunyai peluang untuk menjadi penjenayah

profesional, tetapi juga gagal mendapatkan status dalam sesebuah kumpulan

sub-budaya. Justeru mereka menarik diri dan terjerumus dalam sub-budaya dadah.

(26)

Walter B. Miller

Lewis Yablonsky

(27)

 Dalam kajian Miller dan Yablonsky, tumpuan diberikan kepada kumpulan nakal di kalangan kelas bawahan.

 Miller cuba mencari punca asas bagi motivasi remaja untuk terlibat dalam sesuatu tingkah laku nakal

 Sementara Yablonsky menampilkan banyak data etnografi tentang ciri-ciri kumpulan dan aktiviti anak-anak yang terlibat dalam

(28)

 Miller membuat andaian bahawa komponen yang dominan bagi motivasi untuk terlibat

dalam aktiviti delinkuen adalah usaha remaja untuk memperoleh sesuatu yang dinilai tinggi dalam komuniti masyarakat kelas bawahan terutama terhadap remaja lelaki.

(29)

 Usaha dan tingkah laku remaja dalam kelas tersebut terikat kuat pada norma-norma hidup komuniti

berkenaan dan para remaja lelaki juga cuba

memperoleh suatu „status‟ yang diiktiraf di kalangan kelompok mereka.

 Hal tersebut menjadi motivasi yang menggerakkan tindakan individu atau kelompok dalam kelas

bawahan terutamanya di kalangan para migran berkulit hitam.

(30)

Miller berpendapat bahawa delinkuensi

yang dilakukan secara berkelompok itu dipengaruhi oleh sistem budaya dalam kelas tersebut.

Ringkasnya, tingkah laku remaja delinkuen

dipengaruhi oleh keadaan komunitinya sendiri atau keadaan kelas bawahan yang khusus, misalnya di kalangan remaja komuniti

(31)

Terdapat enam ciri utama dalam geng remaja kelas bawahan, iaitu Trouble Toughness Smartness Excitement Fate Autonomy.

(32)

Trouble adalah ciri yang paling dominan dalam budaya kelas bawahan masyarakat di Amerika Syarikat khususnya di kalangan komuniti

berkulit hitam.

 Membuat „kacau‟ merupakan sesuatu yang boleh menentukan „status‟ seseorang dalam kelas

(33)

Toughness, iaitu kekuatan pula diutamakan kerana kebanyakan anak atau remaja komuniti kelas

bawahan berkulit hitam dididik oleh golongan wanita yang terdiri daripada ibu, nenek atau mak saudara.  Keadaan tersebut terjadi oleh kerana para bapa atau

orang dewasa lelaki banyak menghabiskan masa bekerja sebagai buruh misalnya di kilang-kilang kawasan bandar.

(34)

 Maka satu cara untuk memiliki ciri-ciri seorang lelaki adalah melalui interaksi atau hubungan dengan rakan-rakan lelaki dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan biasanya di luar rumah.

 Budaya kelas bawahan memberi motivasi terhadap tingkah laku nakal.

 Seorang remaja melakukan delinkuensi kerana keinginannya untuk mencapai matlamat atau memenuhi tuntutan kumpulan agar diterima

sebagai seorang anggota dalam kumpulan

(35)

Smartness merujuk kepada kebolehan

mendapatkan sesuatu yang ternilai melalui

kecekapan daya berfikir dan selanjutnya seseorang itu mempunyai daya untuk bertindak cekap serta pantas.

 Remaja kelas bawahan mempelajari atau

mempraktikkan kecekapan dan kemahiran dalam bentuk-bentuk aktiviti seperti berjudi, menipu, terlibat dalam tingkah laku mencaci dan

sebagainya.

 Kemahiran dalam hal-hal seperti tersebut dapat menentukan prestij seseorang dalam sebuah

(36)

Keseronokan (excitement) merangkum usaha mencari keseronokan untuk mengatasi pengalaman atau corak kehidupan kelas

bawahan yang rutin serta membosankan kerana wujudnya tekanan hidup.

 Keperluan terhadap hiburan dilihat melalui bentuk-bentuk tingkah laku yang melibatkan

meminum minuman keras, berjudi, merosakkan harta awam, mencuri kereta, mengganggu guru atau polis dan sebagainya.

(37)

 Fate: Miller juga menegaskan bahawa golongan remaja kelas bawahan cenderung percaya pada

nasib atau takdir (fate) .

Autonomi. Menganggap tindakan yang menyimpang sebagai satu perluahan atau

ekspresi kebebasan daripada kongkongan oleh pelbagai sumber autoriti seperti

(38)

 Secara umum huraian-huraian Cohen, Cloward dan Ohlin, dan Miller menekankan remaja

untuk bertindak nakal untuk menentang dengan norma sosial yang diterima

umum.

Secara umum, desakan nilai-nilai kelas

menengah, masalah pembentukan identiti serta kegagalan memperoleh status dalam masyarakat dan peripentingnya perasaan kepunyaan merupakan antara beberapa faktor penyumbang kepada pembentukan sub – budaya di kalangan remaja.

(39)

 Di kawasan-kawasan miskin dan sesak

(disorganized areas) peluang untuk menjadi delinkuen adalah lebih luas dan terbuka.

 Keadaan sosioekonomi dan politik dan juga

keluarga kelas bawahan „menyediakan‟ satu latar atau asas penting bagi berbagai-bagai tingkah

laku yang ditakrifkan oleh kelas menengah dan atasan sebagai tingkah laku devian atau jenayah.

Referensi

Dokumen terkait

menyembunyikan identitas, sebagai akibat dari krisis tersebut. Keadaan ini juga pernah terjadi dalam masyarakat Amerika keturunan Jerman pada Perang Dunia II. Mereka

Utopia adalah sebuah ide atau konsep pemikiran yang juga muncul dari keadaan sosial dalam masyarakat, namun ide ini tidak bisa diterima dan tidak dapat diwujudkan dalam

Pengarang novel ini telah memperlihatkan salah satu aspek kecil morfologi dalam kehidupan masyarakat Melayu iaitu kata ganti nama diri, yang dilihat berupaya memberi implikasi sekiranya