• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.(tning 5)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.(tning 5)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH OBJEKTIF:

1. Menyatakan sektor utama ekonomi kerajaan Abbasiyah. 2. Menjelaskan sumber kewangan kerajaan Abbasiyah. 3. Menghuraikan peranan Baitul Mal pada zaman Abbasiyah. 4. Menganalisis kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat.

Kemajuan kerajaan Abbasiyah dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada kemantapan ekonomi.Tindakan khalifah Abu Jaafar Al Mansur memindahkan pusat

pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad mengiatkan aktiviti ekonomi kerana Baghdad memiliki keistimewaan2 berikut :

1. Kedudukan yang strategic menjadi laluan perdagangan timur dan barat

2. Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai ' suq Baghdad' yang menjadi tumpuan para pedagang parsi.

3.Terdapat lading-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasaryang dikenali sebagai ' 'Suq Al Baqar”

Sumber utama kewangan Abbasiyah ketika itu ialah perdagangan,pertanian, perindustrian serta sumber sumber lain seperti zakat,ghanimah,fai',jizyah dan cukai tanah(kharaj)

INFO ISLAM Kota Baghdad :

 Mula dibina oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 154H

 Terletak di tebing Sungai Dajlah(Tigris) iaitu di atas garis bujur 75 ke Barat dan garis lintang 34 ke utara

 Dibina dalam bentuk bulatan dan terdapat 4 pintu  Di kelilingi benteng yang kukuh.

 Di tengahnya dibina istana serta masjid Jami' Al-Mansur. SEKTOR UTAMA EKONOMI KERAJAAN ABBASIYAH a) Pertanian

(2)

1. Pertanian

Para khalifah kerajaan Abbasiyah telah berusaha memajukan sector ini dengan memulih dan menambah prasarana pertanian.Tindakan yang dilakukan ialah:

i. melebarkan sungai dan terusan ii. membuat empangan

iii. membuka tanah pertanian baru

iv. membuat penyelidikan dalam bidang pertanian

INFO ISLAM

Kerajaan Abasiyah menubuhkan satu jabatan khusus untuk mengendalikan urusan pengairan dan saliran.Jabatan tersebut dinamakan Dewan Al Ma'

Hasil daripada langkah positif ini,kerajaan abasiah muncul sebagai sebuah empayar terkemuka dalam bidang pertanian ketika itu.Wilayah-wilayah yang banyak mengeluarkan hasil-hasil pertanian ketika itu ialah mesir,syam,irak,yaman,maghribi,kurosan dan

andlus.Jenis-jenis hasil pertanian ketika itu adalah seperti berikut: Jenis Hasil Pertanian Hasil Pertanian

Bijirin Gandum,barli dan beras

Buah-buahan Anggur,limau,kurma,apal,pisang,tembikai,buah tin dan buah zaitun.

Sayur-sayuran dan lain Timun,kubis,kunyit,kacang tanah,ubi manisandan tebu.

Ternakan Lembu,kambing,ayam,itik dan sebagainya.

2.Perindustrian

Kepesatan industry pembuatan menjadikan kerajaan Abasiah sebuah negara industri yang terkemuka ketika itu serta mampu memenuhi keperluan masyarakat yang sudah berkembang maju.Terdapat pelbagai jenis industry pembuatan pada zaman Abasiah:

Jenis industri Pengeluar

Tenunan,hamparan dan

permaidani Baghdad di Iraq,Syiraz serta Asfahan d Parsi Pinggan mangkuk Mesir danSyam

Barangan kaca,tembikar dan mozek

Baghdad,Mesir dan Syam terutamanya di Saida dan Sur

Barangan kulit dan senjata Mesir,Andalus dan Maghribi

(3)

3.Perdagangan

Kemajuan dalam bidang pertanian dan pembuatan menyebabkan aktiviti perniagaan dan perdaganagn berkembang pesat hingga ke peringkat antara bangsa.Kepesatan ini disebabkan beberapa faktor iaitu :

i) Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi ruang pasaran perniagaan. ii) Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang.

iii) Sarjana2 islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam perniagaan serta galakan terhadapnya.

iv) Kemahiran orang arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliyah.

v) Langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan Abasiyyah untuk mengiatkan aktiviti perdagangan iaitu:

*Membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapidengan perigi dijalan-jalan utama. *Membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan.

*Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan lanun. Pelabuhan-pelabuhan serta Bandar-bandar seperti Baghdad,Basrah,Anthakiyah,Aman, Adn,Qahirah dan Iskandariah menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan ketika itu.

Pada masa yang sama, para peniaga muslim telah pergi ke Canton cina untuk mendapatkan barangan sutera.Laluan mereka ke China melalui Samarkhan dan Turkistan dikenali sebagai "laluan sutera".Para peniaga muslim juga melakukan perniagaan di Andalus dan Eropah barat.Terdapat juga dikalangan mereka yang pergi berniaga di selatan Afrika dan Madagascar.

(4)

INFO ISLAM

Bukti sumbangan para sarjana mulim dalam mengiatkan aktiviti perdagangan:

 Al-Bukhari (256 hijrah/870 masihi) memperuntukan bab khusus didalam kitab sahihnya tentang perniagaan iaitu "bab buyu' "

 Muhammad bin Hasan Syaibani (189 hijrah/805 masihi)membincangkan secara mendalam tentang peniagaan serta pandangan syara' terhadapnya didalam kitab "Makasib" dan "Siyar".

 AlKasani(857 hijrah/1191 masihi) membincangkan tentang jenis2 syarikat serta hokum- hakamnya didalam kitab "Badai'yu sanai'yu"

23.2 SUMBER KEWANGAN ABASIYYAH

Berdasarkan polisi kewangan yang diwarisi dari zaman-zaman sebelumnya,sumber kewangan kerajaan Abasiyyah dibahagikan kepada berikutnya:

1.Zakat

Zakat ialah kadar harta yang dikeluarkan oleh orang islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had minimum (Nisab) menurut syarat-syarat tertentu.

2.Kharaj

Kharaj ialah cukai tanah milik orang bukan islam.Cukai juga dikenakan ke atas tanah milik orang yang diperoleh melalui peperangan.Kadar kharaj ditentukan berdasarkan keadaan tanah.

3.Ghanimah

Ghanimah ialah harta rampasan perang.4/5 (80%)daripadanya diberikan kepada para pejuang Islam. Bakinya dibahagikan menurut cara yang ditetapkan oleh al-quran.

4.Fai'

Sumber2 kewangan kerajaan Abasiyyah

Usyur Zakat

Kharaj Ghanima 'Fai hah

(5)

Fak ialah harta tanah yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.

5.Jizyah

Jizyah ialah bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami Negara Islam.Ia dengan sendirinya gugur apabila pembayarnya memeluk Islam.

6.Usyur

Usyur bermaksud satu per sepuluh.Ia merupakan kadar bayaran tetap yang dikenakan keatas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan Negara Islam untuk tujuan perniagaan

23.3 PERANAN BAITUL MAL

Baitulmal ialah institusi kewangan terbesar negara. Baitulmal diketuai oleh Sohib baitulmal (pengurus perbendaharaan negara) yang bertugas menguruskan pendapatan dan

perbelanjaan negara yang dilakukan oleh dewan Kharaj (jabatan hasil) dan dewan Nafakah (jabatan kewangan). Segala aktiviti kedua-dua jabatan ini dilaporkan kepada baitulmal dari semasa ke semasa. Akuan baitulmal dikawal oleh dewan Usul(jabatan dalam negeri) bersama dewan Al Azimmah (jabatan audit negara).Baitulmal memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan negara,iaitu :

1.Pengurusan sumber-sumber pendapatan negara

Baitulmal bertanggungjawab mengurus dan menjana negara menerusi dewan Kharaj(jabatan hasil) yang menguruskan kutipan cukai seperti Kharaj,Jizyah,Usyur dan juga zakat.

2.Mengawal Belanjawan Negara

Perbelanjaan negara dikawal oleh Baitulmal melalui Dewan Nafaqah (jabatan kewangan). Dewan ini menguruskan pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan kerajaan.

Pengurusan kewanganyang sistematik telah membolehkan kerajaan Abasiyyah membangunkan negara serta menyediakan perasaran2 untuk rakyat.

Akaun dikawal oleh Dewan Usul dan Dewan al-Azimmah

(6)

Dewan Kharaj Dewan Nafaqah

23.4 KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI TERHADAP RAKYAT

Perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah menjadikan umat Islam mentaati taraf kehidupan yang tinggi.Pendapatan negara yang tinggi pada masa itu telah disalurkan untuk menyediakan prasarana seperti tali air,jalan,masjid,sekolah dan sebagainya.Selain itu,kepesatan sektor-sektor ekonomi menyediakan banyak peluang pekerjaan.Sebagai seorang Islam,kita

hendaklah berusaha mengembalikan kemajuan tersebut agar kita dihormati oleh umat-umat lain.

AKTIVITI

1.Menyenaraikan barangan buatan Malaysia yang dieksport keluar negara.

2.Melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat membantu meningkatkan dana kewangan kelas atau sekolah, umpamanya:

a.Menyertai koperasi sekolah. b.Menyertai program hari kantin.

3.Membuat rencana dalam tulisan jawi yang bertajuk :"Peranan pelajar untuk meningkatkan ekonomi negara"

TAMADUN

Ilmu dan kemahiran merupakan asset terpenting untuk menghadapi era globalisasi perdagangan.Tanpa kedua-duanya,sesuatu bangsa akan terpinggir.Sebagai seorang pelajar,anda wajib berusaha bersungguh-sungguh dua aset ini.Anda adalah harapan agama,bangsa dan negara.

PENGHAYATAN

1.kita mesti berazam dan berusaha meningkatkan pencapaian dalam bidang perekonomian untuk mengembalikan imej tamadun Islam.

2.Keagungan tamadun islam dibangunkan oleh generasi yang beramanah.tanpa sifat amanah sesebuah tamadun akan hancur sekalipun tamadun itu sudah berada di kemuncak

keagungannnya. PENILAIAN

(7)

3.Huraikan peranan yang dimainkan oleh para khalifah Abasiyyah untuk menggiatkan sektor pertanian dan perdagangan .

Referensi

Dokumen terkait

Dari gambar 7 diatas adalah gambar dari homepage Portal Pariwista Maluku Tenggara dimana pengguna dapat melihat informasi dari sistem yaitu halaman web dalam sistem

Akibat hukum dari suatu akta yang se- harusnya dibuat dihadapan PPAT tetapi ka- rena penerima hak tidak memenuhi syarat mendapatkan suatu hak atas tanah maka ak- tanya harus

5 Ganguan saraf lain yang dapat menimbulkan ganguan bicara adalah Apraxia atau dikenal dengan motorik-fonetik (Jack dan Robin……), yaitu gangguan yang diakibatkan oleh

Berdasarkan hasil tersebut persepsi dukungan organisasional yang dimiliki oleh karyawan Bengkel Muji Motor tinggi dilihat dari tingginya perusahaan menghargai

5 Pemerintahan Indonesia tidak mampu untuk membangun kembali Aceh sendiri, sehingga perlunya bantuan dari negara lain maupun LSM untuk juga. berkontribusi dalam

Contoh bahan dan barang yang akan digunakan dalam pekerjaan harus diadakan atas biaya Kontraktor/Penyedia Barang/Jasa setelah disetujui oleh Pemilik Proyek atau Direksi ,

Santri diintruksikan satu per satu kedepan oleh guru, kemudian santri diintruksikan untuk membaca salah satu hafalan surat yang telah ditentukan oleh guru

Pengambilan data murid yang terpilih sebagai sampel penelitian meliputi: identitas sampel dan tes ATEC (pre-test) pada responden, kemudian setelah itu melakukan