• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA TRANSFORMASI P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA TRANSFORMASI P"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA:

TRANSFORMASI PEMBANGUNAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN

Oleh:

Hasyeilla Abd Mutalib1, Rohayati Hussin2, Nur Aqidah Suhaini3, Norhana Aziani

Mohd Bostaman.4

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti Universiti Islam Malaysia (UIM) sebagai peneraju utama universiti berteraskan wakaf dalam bidang pendidikan di Malaysia. Ianya juga sebagai suatu transformasi institusi wakaf pendidikan tinggi. Langkah ini sejajar dengan saranan kerajaan Malaysia untuk membangunkan sektor pendidikan bagi bersaing di peringkat global sekaligus membangunkan institusi wakaf pendidikan sebagai penggerak pembangunan ummah. Selain itu ianya juga akan memberi tumpuan kepada sejarah penubuhan UIM, objektif penubuhan UIM dan peranan institusi wakaf pendidikan dalam komuniti Islam.

Amalan berwakaf di Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif dari generasi ke generasi dengan wujudnya pelbagai institusi wakaf pendidikan daripada peringkat sekolah rendah dan menengah. Namun masih kurang perhatian diberikan kepada institusi wakaf pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, artikel ini juga turut memberi tumpuan kepada senario perkembangan amalan wakaf pendidikan di Malaysia secara keseluruhannya.

Perkataan Teras : wakaf, institusi pendidikan wakaf, Universiti Islam Malaysia

Klasifikasi JEL :

1 Pensyarah di Universiti Teknologi Mara Perlis dan pelajar PhD di IBS, Universiti Utara Malaysia. 2 Pensyarah di Universiti Teknologi Mara Kedah dan pelajar PhD di UiTM Shah Alam.

3

Pelajar Phd di UKM, Bangi.

(2)

2 PENDAHULUAN

Wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah jariah yang membolehkan pewakaf

mendapat pahala berpanjangan. Wakaf berasal daripada perkataan Arab,waqafa

yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan(Abdul Hamid dan

Mohammad Tahir, 2014). Wakaf menurutistilah pula ialah apa-apa harta yang

menahan pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat

di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk

mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT (Razali, 2013). Manakala Syeikh

Muhammad al-Syarbini al-Khatib seorang ulama bermazhab Syafi'i, menjelaskan

wakaf bermaksud menahan harta yang boleh memberi manfaat dengannya, serta

kekal fizikal harta, dengan melupuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf

untuk diberikan kepada pihak yang dibenarkan oleh syarak yang wujud ketika

itu."(Ainul, Arieff Salleh, dan Azman, 2014)

Menurut Hydzulkifli, Azizi, Mohd Sollehudin, dan Mohd Kamal, (2014), pensyariatan

wakaf tidak menyatakandengan jelas mengenai pensyariatan wakaf dengan

menggunakan kalimah al-waqf. Namun, terdapat beberapa dalil dari Al-Quran yang

menyeru manusia agar berbuat baik demi kepentingan masyarakat umum dengan

menyumbangkan sedekah mereka agar mendapat pahala yang berterusan. Antara

dalil-dalil yang terdapat dalam Al-Quran bagi merujuk kepada ibadah wakaf ini

sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

(3)

3

(Surah Al-Baqarah: 280)

“Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah: 267)

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebagian dari apa yang kamu cintai.”

(Surah Ali Imran : 92)

Di antara hadis yang menjadi dasar dalam menguruskan wakaf adalah yang

menceritakan tentang kisah Umar bin al-Khaththab ketika memperoleh tanah di

Khaibar. Beliau lalu bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, saya

telah memperoleh tanah di bumi Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya

peroleh yang lebih tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukannya?

Rasulullah SAW bersabda: “Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan

bersedekah dengannya.” Lalu Umar menyedekahkan kepada fakir miskin, untuk

keluarga, untuk memerdekakan budak, untuk orang yang berperang di jalan Allah,

orang musafir dan para tetamu. Jelaslah dari hadis tersebut, tanah wakaf tidak boleh

dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Bagaimanapun ia boleh digunakan dengan

cara yang sesuai oleh pihak yang mengurusnya, seperti memakan atau memberi

makan kawan tanpa menjadikannya sebagai sumber pendapatan.”

Oleh itu, para ulama sepakat menerima wakaf sebagai satu amal jariah yang

disyariatkan oleh Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan

amalan wakaf dalam Islam kerana wakaf telah meletakkan wakaf sebagai amalan

(4)

4

atau membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan dirinya

dekat dengan Allah SWT(Asmak, 2009).

Dari sudut tamadun dan peradaban, Islam telah banyak mencatatkan hubungkait

antara institusi wakaf dan pendidikan ummah. Sejak zaman Rasulullah SAW, telah

wujud institusi pendidikan yang diwakafkan oleh baginda, iaitu Masjid Quba’ dan

Masjid Nabawi di Madinah. Amalan kepada institusi wakaf pendidikan ini telah

dicontohi oleh para sahabat melalui pelbagai institusi pendidikan seperti kuttab5 dan

madrasah. Institusi-institusiwakafpendidikan ini berkembang pesat, bermula

daripada zaman Khilafah Abbasiyyah sehingga zaman Uthmaniyah (Wan Azmi,

Muhammad Muzakkir, Mohd Hafiz, dan Norhasimah, 2014)

Universiti yang tertua dan terkenal di dunia Universiti al-Azhar, telahi dibina

berasaskan harta wakaf. Universiti ini bermula dengan sebuah masjid yang

kemudiannya berkembang sehingga menjadi sebuah universiti tersohor. Universiti

yang dibina sejak 1,000 tahun ini menyediakan peluang pendidikan kepada semua

pelajar Islam dari serata dunia secara percuma (Hashim, Saerah, Azimah, dan

Hairul, 2013). Selain Universiti al-Azhar, ada beberapa institusi wakaf pendidikan

lain di dunia yang dibiayai dengan menggunakan harta wakaf seperti Universiti

Qurawiyyin di Fez, Universiti Nizamiyyah di Baghdad, Madrasah Al-Jamiah

al-Islamiyyah di Madinah dan Madrasah Al-Juneid di Singapura (Ismail, 2014; Razali,

2013).

5 Kuttab adalah istilah yang digunakan didunia Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi bagi

(5)

5

Bagi membangunkan usaha-usaha kearah institusi wakaf pendidikan di Malaysia,

kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai inisiatif.

Langkah ini bertujuan untuk memakmurkan harta wakaf agar dioptimumkan dengan

sewajarnya bagi menjelaskan niat si pewakaf. Sehubungan dengan itu, Majlis

Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal harta wakaf di

Malaysia memainkan peranan dan implikasi yang besar. Persidangan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1982, telah mengisytiharkan fatwa wakaf ibdal6

atau istibdal7 sebagai langkah atau usaha bagi pembangunan tanah-tanah wakaf

terbiar di Malaysia (Syahnaz, 2008). Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan

memandang berat dan berusaha agar harta wakaf dibangunkan supaya ianya dapat

memberi manfaat kepada kemaslahatan ummah amnya dan khususnya kepada

bidang pendidikan. Ini memberi kesan yang sangat mendalam bagi membentuk

pembangunan institusi wakaf pendidikan agar terlaksana dengan berjaya dan

berkesan.

Bagi meningkatkan lebih keberkesanan dan pembangunan institusi wakaf

pendidikan di Malaysia, penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merupakan

satu alternatif. YWM merupakan satu usaha oleh kerajaan dalam meningkatkan dan

menyokong peranan yang dilaksanakan oleh MAIN dalam membangunkan institusi

wakaf pendidikan. YWM berperanan untuk membangunkan sumber-sumber wakaf

6 Istilah ibdal bermaksud mengeluarkan atau menukar sesuatu mawquf (daripada konsep asalnya yang tidak

boleh dijual, dihibah atau diwarisi) dengan menjual harta itu.

7 Istilah istibdal bermaksud membeli sesuatu harta yang lain dengan hasil jualan untuk dijadikan sebagai

(6)

6

yang diperolehi bagi tujuan pembangunan sosial umat Islam keseluruhannya dan

menjurus kepada institusi wakaf pendidikan serta bidang-bidang lain yang berkaitan

(Abdul Halim, 2007). Secara tidak langsung ianya memberi impak yang positif dan

mendalam terhadap pembangunan institusi wakaf pendidikan. Dengan tertubuhnya

institusi YWM ini dapat memberi ruang dan sinar yang luas melalui sumber-sumber

yang diperolehi dapat melastarikan institusi wakaf pendidikan di Malaysia selaras

dengan pembangunan institusi-institusi pendidikan konvensional yang lain.

Pendekatan ini akan memberi persaingan yang sihat dikalangan institusi pendidikan

yang terdapat dinegara ini.

Memikirkan tentang pentingnya harta wakaf itu direalisasikan dalam bentuk institusi

wakaf pendidikan peringkat tinggi di Malaysia, sebuah universiti wakaf pertama iaitu

Univeriti Islam Malaysia (UIM). Penubuhan UIM ini mendapat perkenan dan

galakkan daripada kerajaan yang mana ia dinaungi Majlis Raja-Raja Melayu(Latiff et

al., 2013). Jelasnya, penubuhan UIM telah member transformasi dalam institusi

wakaf pendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah untuk

melihat bagaimana institusi wakaf pendidikan dapat member manfaat yang

berterusan dalam pembangunan sosio-ekonomi umat Islam agar terus bersaing dan

berdaya maju dalam arus dunia tanpa sempadan ini.

SENARIO WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Institusi wakaf pendidikan telah berkembang semenjak Islam mula bertapak di

(7)

7

telah dilakukan dalam pelbagai bentuk dan kaedah selaras dengan niat dan tujuan

asal pewakaf. Institusi wakaf pendidikan merangkumi wakaf asrama pelajar, wakaf

biasiswa, wakaf saraan, wakaf bangunan dan wakaf pembelajaran seperti buku,

meja, peralatan pembelajaran dan pengajaran dan sebagainya (Ahmad Zaki,

Norzaidi, dan Che Zuina, 2008).

Sejarah mencatatkan institusi wakaf pendidikan terawal di Tanah Melayu adalah

dengan bermulanya pengajian di masjid. Ini adalah kerana masjid merupakan pusat

tumpuan bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada ketika itu. Kaedah ini selaei

dengan kaedah pembelajaran di zaman Rasullullah menggunakan masjid sebagai

institusi bagi mengembangkan pendidikan melalui syarahan, pengajian agama dan

memperluaskan syiar Islam pada ketika itu (Norsiah dan Farahdina, 2009).

Selain daripada itu, institusi wakaf pendidikan, terawal dijalankan melalui institusi

pengajian pondok dan disusuli oleh sistem pengajian madrasah. Institusi wakaf

pendidikan ketika itu menggunakan sistem pengajian aliran Arab. Apabila Tanah

Melayu telah mencapai kemerdekaan, kerajaan telah mengambil inisiatif

untukmembangunan institusi wakaf dan menguruskannya selaras dengan aliran

pendidikan perdana (Latiff et al., 2013). Penyelarasan adalah bertujuan supaya

pelajar sekolah institusi wakaf mendapat pengiktirafan yang standing dengan pelajar

aliran perdana. Walaupun begitu keadaan ini telah member kesan kepada

pembangunan institusi wakaf pendidikan. Ini kerana sistem pengajian adalah

(8)

8

daripada garis panduan tersebut mungkin menghadkan perlaksanaan pengurusan

wakaf di institusi berkenaan.

Kini kerajaan Malaysia telah meletakkan pendidikan sebagai salah satu daripada

agenda kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020. Dalam masa yang sama, institusi

wakaf pendidikan tidak lagi berkisar kepada pengajian masjid, pondok dan

madrasah sahaja, malahan telah dibangunkan dalam bentuk Sekolah Agama Rakyat

(SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) (Ahmad Zaki et al., 2008). Ahmad Zaki et

al.(2008) juga melapurkan institusi wakaf pendidikan ini telah dibangunkan 174 buah

institusi pendidikan sehingga tahun 2005. Kesannya boleh dilihat melalui

pembangunan wakaf pendidikan wakaf di beberapa negeri di Malaysia. Misalnya di

Selangor, pembangunan Sekolah Rendah Agama di Pulau Indah, Pusat Komuniti

Siber Majlis Agama Islam Selangor, serta pembinaan perpustakaan Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (Asmak, 2009).

Di Malaysia, terdapat sebuah universiti yang berasaskan institusi wakaf pendidikan

iaitu UIM, Penubuhan UIM ini mendapat persetujuan dan galakkan daripada

pentadbiran kerajaan dan dinaungi di bawah Majlis Raja-Raja Melayu(Latiff et al.,

2013). Jelasnya, penubuhan UIM telah memberi transformasi dalam institusi wakaf

pendidikan di Malaysia dan bertindak sebagai platform bagi pembangunan institusi

(9)

9

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM MALAYSIA

Kepesatan pembangunan harta wakaf di Malaysia telah mencetuskan satu

fenomena yang menyumbang kepada usaha daripada pelbagai institusi untuk

menjayakan pembangunan wakaf ini sebagai satu anjakan ekonomi umat Islam di

masa depan. Sehubungan itu, penubuhan UIM adalah salah satu usaha murni yang

telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam

meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kembali wakaf sebagai institusi

wakaf pendidikan negara.

Latar Belakang Universiti Islam Malaysia

Sejarah penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) atau Muslim College Malayabermula

pada 24 Februari 1955. Ianya berjaya direalisasikan dua tahun selepas

kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan ini sebagai usaha bagi mempertingkatkan

kefahaman dan pengetahuan mengenai pengajian Islam di kalangan masyarakat.

Semasa itu, pendedahan pengajian Islam melalui kaedah tradisional. Ini

menyebabkan, masyarakat Muslim terasing daripada arus pendidikan moden seperti

pendidikan sains, kemanusiaan dan teknologi (Abd. Manaf, 2012).

Penubuhan KIM ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika

itu. Pengurusan dan pentadbiran KIM adalah melalui tabung kewangan wakaf atau

sumbangan derma dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.

Negara-negara luar seperti Brunei, Kuwait, Arab Saudi dan Bahrin turut menyumbang bagi

(10)

10

oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda

mengurniakan Istana Jameah beserta sebidang tanah terletak di Jalan Kampung

Jawa Kelang sebagai wakaf khas bagi kegunaan KIM(Abd. Manaf, 2010).

Pada awal penubuhannya, KIM merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi Islam

yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Cambridge dan Oxford. Kumpulan pelajar

pertama seramai 55 orang yang datang dari seluruh Tanah Melayu, Singapura,

Brunei, Sabah dan Sarawak yang telah melepasi ujian kemasukan kolej. Namum,

penubuhan KIM ditangguhkan operasinya bermula Disember 1970 bagi member

laluan kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Abd. Manaf,

2012). Berikutan penubuhan UKM, KIM telah diserap sebagaisalah sebuah fakulti di

UKM iaitu Fakulti Pengajian Islam. Berikutan itu, seluruh harta wakaf KIM seperti

tanah, bangunan, saham dan wang tunaidiuruskan olehLembaga Amanah Kolej

Islam Malaya (LAKIM)(Abd. Manaf, 2010).

Penubuhan Universiti Islam Malaysia

Pada 12 Oktober 2010, melalui Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-222,

KIM telah diperkenankan untuk menyambung semua operasinya dan dinaik taraf

kepada Universiti Islam Malaysia. Nama Universiti Islam Malaysia dipilih sebagai

kesinambungan perjuangan KIM dalam memartabatkan kembali pengajian tinggi

Islam dalam pelbagai bidang ilmu seperti penyelidikan sains dan teknologi yang

berteraskan Al-Quran. UIMmemulakan operasi secara sementara bermula 3 Oktober

(11)

11

UIM merupakan universiti pertama di Malaysia yang dizahirkan dengan perkenan

Majlis Raja-Raja Melayu dari sumbangan dana wakaf oleh pelbagai pihak sama ada

syarikat, pertubuhan dan individu. Penubuhan UIM sebagai menyambung tradisi

yang diamalkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1955 yang berteraskan harta

wakaf.

Berikutan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mempelawa UIM untuk

membentangkan kertas kerja penubuhan universiti pada 22 Februari 2013. Tan Sri

Prof. Dr Mohd Yusof Noor merupakan pengerusi majlis universiti mengetuai delegasi

yang disertai oleh Datuk Wira Dr Ismail Ibrahim, Dato Abdul Monir Yaacob, Dato

Othman Desa, Haji Mohd Puzi Haji Dahman serta pegawai-pegawai pengurusan

tertinggi yang lain bagi sesi pembentangan tersebut.

Hasilnya, pada 25 Mac 2013, UIM telah menerima surat pelawaan daripada

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sekarang Kementerian Pendidikan

Malaysia) sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Ini berikutan UIM

telah memenuhi segala kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian sebagai

syarat penubuhan dan mendapatkan status universiti. Akhirnya, pada 1 November

2013 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan penubuhan UIM secara

(12)

12

Pada 15 Januari 2014, UIM telah berpindah dari ILIM, Bangi ke Cyberjaya iaitu di

bangunan Blok 1 MKN Embassy Techzone. Bangunan tersebut disewa sementara

oleh UIM daripada Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM), di

mana ia bersebelahan tapak kampus tetap di Jalan Semarak Api, Cyberjaya (UIM,

Julai 2014)

Aspirasi Universiti Islam Malaysia

Majlis Universiti Islam Malaysia adalah pengerak utama kepada universiti ini. Majlis

dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Dr Mohd Yusof Noor serta ahli-ahli pengurusan

yang terdiri daripada wakil negeri-negeri di Malaysia termasuk dikalangan YAB

Menteri Besar, Sahibuss Samahah Mufti-Mufti, pembesar-pembesar negeri,

Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM) serta tokoh-tokoh

akademik negara (UIM,Julai 2014).

Objektif di sebalik penubuhan Universiti Islam Malaysia adalah untuk menyelaraskan

hubungan di kalangan pelbagai etnik di Malaysia melalui ajaran Islam yang universal

Tema yang dipegang oleh UIM adalah kebijaksanaan global. Ini disokong dengan

visi universiti dalam menggabungkan pengetahuan dan kebijaksanaan sebagai satu

kesatuan untuk melahirkan ilmuan dan pemikir yang berwawasan dan berimbang.

Selain itu, misi yang direncanakan adalah berdasarkan penyediaan orientasi

pendidikan, pengajaran dan pendidikan pasca-siswazah yang berteraskan ilmu dan

kebijaksanaan. Ia menggabungkan inovasi dan transformasi ke arah pembangunan

(13)

13

untuk mengukuhkan tuntutan Islam terhadap perkembangan ilmu berdasarkan

semangat yang terpahat di sebalik firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berdoalah dengan berkata wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”

Hasil daripada penubuhan UIM ini, ianya menjadi lambang solidariti dan kerjasama

MajlisRaja-Raja Melayu di Malaysia. Pelan pengajian di UIM memfokuskan program

pasca ijazah iaitu peringkat sarjana dan doktor falsafah yang mengutamakan

individu yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjalankan

penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu yang berteraskan Islam (UIM, Julai 2014).

Pendekatan ini merupakan satu usaha ke arah merancakkan kembali peranan

institusi wakaf pendidikan. Kelahiran UIM sebagai universiti wakaf yang pertama di

Malaysia akan menjadi anjakan paradigma dalam memajukan dan meningkatkan

taraf institusi wakaf pendidikan dan pembangunan ekonomi masyarakat Islam.

Selain itu, UIM juga mampu memberi sumbangan yang besar terhadap

pembangunan modal insan sebagai satu wadah perjuangan dalam Islam.

PERANAN INSTITUSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DALAM KOMUNITI ISLAM

Islam sangat mementingkan pendidikan. Aktiviti keilmuan dan intelektual dalam

Islam merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Islam.

(14)

14

melahirkan cendekiawan yang seimbang dan berkualiti selari dengan kerangka

Islam. Oleh itu, ianya dapat memainkan peranan yang penting iaitu:

1. Mengembalikan zaman kegemilangan keilmuan Islam

Dalam sejarah pembangunan pendidikan Islam, institusi wakaf pendidikan pertama

adalah Masjid Quba, yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Rasulullah

manjadikan masjid adalah merupakan pusat pembinaan masyarakat, baik dari aspek

rohani mahupun fizikal. Masjid Quba ini diwakafkan oleh Rasulullah dan

dibangunkan berdasarkan sifat ketakwaan kepada Allah SWT (Razali, 2013).

Selepas pembinaan Masjid Quba, Masjid Nabawi dibina bagi memperkembangkan

pengajian Islam. Institusi wakaf pendidikan terus berkembang dalam dunia Islam

pada zaman Bani Umaiyah. Di zaman tersebut banyak institusi wakaf pendidikan

dibangunkan seperti kuttab, madrasah dan Baitulmal yang diwakafkan oleh para

pembesar dan pemerintahan kerajaan.

Seterusnya institusi wakaf pendidikan terus berkembang di zaman Abbassiyah,

Ayyubiah dan Utthmaniah. Malahan institusi wakaf pendidikan terus berkembang

pesat dengan pembinaan ribuan sekolah, madrasah, perpustakaan dan universiti

(Razali, 2013). Misalnya, pada abad ke -12, terdapat lebih daripada 70 buah sekolah

yang dibiayai melalui sumber wakaf di Jerussalem. Sementara itu, sebanyak 142

buah university di Turki, 87 buah sekolah dan universiti Cypus dan masing-masing

800 dan 786 buah universiti di Cecennestan dan Azerbaijan telah dibangunkan dan

(15)

15

Antara universiti tersohor yang dibangunkan dan biayai oleh sumber wakaf seperti

Universiti al-Qurawiyyin di Fez, Universiti al-Nizamiyyah di Baghdad dan Universiti

al-Azhar di Mesir. Universiti al-Azhar yang telah dibina pada tahun 975M merupakan

universiti tertua di dunia(Rohani 1990). Penubuhan universiti ini adalah melalui

konsep wakaf tunai dan dana wakafnya yang besar telah membolehkan ianya

membiayai pengajian ribuan pelajar dari luar negara (Zeghal, 2010).Jelasnya,

institusi wakaf pendidikan Islam di zaman lampau bergantung sepenuhnya daripada

sumber wakaf mampu melahirkan cendikiawan yang menguasai pelbagai disiplin

ilmu (Ja’far, 1993; Muhammad Nur Effindi, 1997)

2. Membangunkan ekonomi umat Islam

Keunikkan institusi wakaf bukan sahaja terletak kepada prinsip perkongsian harta

sesama individu dan masyarakat, malahan ianya juga sebagai pemangkin kepada

pembangunan insan dan juga sebagai platform dalam merancakkan pertumbuhan

ekonomi umat Islam. Sejarah telah membuktikan peranan dan sumbangan yang

besar bagi membentuk jaminan sosial (Hasnol Zam Zam, 2007) kesan daripada

pembangunan wakaf.Keadaan ini akan lebih berkesan sekiranya institusi wakaf

pendidikan diurus tadbir dengan bijaksana dan mampu memberi manfaat lain seperti

pembangunan ekonomi umat Islam. Dengannya, maka institusi wakaf pendidikan

mampu mensasarkan golongan tertentu untuk meningkatkan taraf hidup mereka di

samping menjana aset kekayaan serta berperanan sebagai ejen pembangunan

ummah.

Antara contoh pembangunan institusi wakaf pendidikan yang telah dibangunkan oleh

(16)

16

membantu meningkatkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta

selesa kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Ini selaras dengan usaha kerajaan

untuk melahirkan lebih ramai insan yang berpendidikan serta bersahsiah tinggi.

Manakala projek Akademi Kulinari Terengganu yang dibangunkan di atas tanah milik

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan

sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia

(YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi diantara MAIDAM (Pemilik), YWM

(Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA(Pengajar). Akademi ini menawarkan

kursus dalam bidang Confectionary and Bakery selama 6 bulan berserta asrama

sepenuh masa kepada anak-anak asnaf MAIDAM.

Melalui projek-projek yang dijalankan ini, para pelajar tersebut telah tamat pengajian,

dan mampu membuka perniagaan sendiri tanpa perlu bergantung dengan pihak lain.

Ini sekaligus dapat mengubah taraf hidup mereka untuk terus berjaya dan

meloloskan diri dari belenggu kemiskinan dan kemelaratan. Jelasnya, wakaf mampu

dijadikan platform menyediakan pilihan untuk memenuhi keperluan sosioekonomi

masyarakat. Projek-projek institusi wakaf pendidikan ini berupaya membantu

memperkasakan ekonomi umat Islam serta mengembalikan kedudukan umat Islam

sebagai khalifah yang mendominasikan ekonomi seperti zaman kegemilangan Islam

dahulu.

3. Melahirkan modal insan yang berkualiti.

Wakaf dalam bidang pendidikan adalah pelaburan penting untuk melahirkan modal

(17)

17

masyarakat, bergantung kepada pendidikan dan pengetahuan warganya. Kajian

oleh (Latiff et al., 2013)menyatakan sistem pendidikan yang dibangunkan

berasaskan wakaf berjaya melahirkan tokoh yang bukan sahaja pakar dalam bidang

masing-masing, malahan juga turut menguasai pengajian agama secara seimbang

seperti yang sistem pendidikan yang lain. Dengan ini, pelajar lulusan institusi wakaf

pendidikan juga mampu menjadi signifikan kepada masyarakat khususnya dalam

proses pembentukan sosial.

4. Meningkatkan kesedaran berwakaf dikalangan masyarakat

Wakaf memberi banyak manfaat kepada pembangunan ummah. Malaysia adalah

merupakan salah sebuah negara Islam, namum kesedaran berwakaf masih ditahap

kurang memberansangkan. Walaupun pelbagai pihak telah banyak mengajurkan

pelbagai seminar, kursus, konferen dan kempen-kempen bagi memperkasakan

pengetahuan dan kefahaman mengenai wakaf. Namun ianya ternyata masih gagal

mendapat sambutan dari masyarakat. Umumnya, masyarakat masih terikat dengan

fahaman bahawa wakaf hanyalah berbentuk keagamaan sahaja (Mohamad Zaiml,

Khadher, Mohd Farhan, dan Muhammad Ikhlas, 2013). Sehubungan dengan itu,

wajarlah institusi wakaf pendidikan menjadi teras dan platform bagi membuka minda

masyarakat agar lebih mendapat informasi dan input mengenai ilmu wakaf ini. Bagi

membentuk tahap kesedaran masyarakat mengenai wakaf, institusi wakaf

pendidikan perlulah mengadakan usahasama dengan pelbagai pihak seperti

(18)

18 PENUTUP

Wakaf dalam bidang pendidikan adalah pelaburan penting untuk melahirkan modal

insan yang berkualiti. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dan bakal dihadapi

dalam membangunkan serta memajukan pendidikan berasaskan dana wakaf.

Sistem wakaf adalah relevan dan fleksibel kerana mampu diadaptasikan dalam

konteks terkini selagimana rukun-rukun wakaf tidak terjejas. Sebarang teknik dan

pendekatan baru samada dalam bentuk strategi ataupun pengurusan sebenarnya

hanyalah alat kepada tujuan sesuatu wakaf itu diwujudkan.

Dengan terbinanya universiti wakaf pertama di Malaysia, UIM diharapkan banyak

agenda kemajuan dapat direalisasikan terutamanya dalam bidang institusi wakaf

pendidikan. Sejarah dan kecemerlangan universiti-universiti di negara-negara Islam

yang lain telah dijadikan model di samping beberapa penambaikan dilaksanakan

bersesuaian dengan acuan kita sendiri untuk memajukan ummah di negara kita. UIM

memainkan peranan utama di dalam mempromosikan kepentingan wakaf dan

menggalakkan lebih ramai umat Islam memanfaatkan harta wakaf di samping turut

menyumbang kepada perkembangannya dalam bidang pendidikan dan

penyelidikan. Justeru itu, beberapa strategi perlu diatur dan dilaksanakan dengan

lebih komprehensif untuk memperkenalkan UIM di serata dunia supaya setaraf

dengan institusi wakaf pendidikan yang ternama di dunia. Secara tidak langsung

ianya memberi implikasi yang besar terhadap arus pendidikan di negara ini bagi

(19)

19 RUJUKAN

Abd. Manaf Ahmad. (2010). Misteri Kolej Islam Malaya-KIM. Persatuan Bekas Siswa Kolej Islam Malaya. Concept, management, development, and financing. Jobor Baharu: Penerbit UTM Press. Ahmad Zaki Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud, & Che Zuina Ismail. (2008). Pengurusan

harta wakaf dan potensinya ke arah kemajuan pendidikan umat islam di Malaysia.

Jurnal Pengurusan Jawhar, 2(2), 25–61.

Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman, & Azman Ab Rahman. (2014). Konsep wakaf kesihatan dan perkembangannya di Malaysia. In The Asean Islamic Endowment Seminar. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Asmak Ab Rahman. (2009). Peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam dan implikasinya di Malaysia. Shariah Journal, 17(1), 113–152.

Hashim Yaacob, Saerah Petra, Azimah Sumardi, & Hairul Suhaimi Nahar. (2013). Demonstrating accountability through accounting and reporting: lesson from and awqaf institutions operating in a non-muslim South East Asia country. In 5th Islamic Economics System Conference (iECONS 2013), “Sustainable Development Through The Islamic Economics System.” Kuala Lumpur: Universiti Sains Islam Malaysia.

Hasnol Zam Zam Ahmad. (2007). Cabaran dalam mempertingkatkan potensi pembangunan tanah wakaf. Jurnal Pengurusan Jawhar, 1(1), 1–12.

Hydzulkifli Hashim Omar, Azizi Abu Bakar, Moha Sollehudin Shuib, & Mohd Kamal Azman Jusoh. (2014). Penggunaan kaedah BOT dalam usaha membangunkan tanah wakaf Majoodsaw Pulau Pinang. In The Asean Islamic Endowment Seminar. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Ismail Omar. (2014). Land question, aspects of management and development. Muafakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.

Ja’far Khadim Yamani. (1993). Sejarah kedoktoran Islam dari masa ke masa. Bandung: PIM.

(20)

20

Procedia - Social and Behavioral Sciences, 90(InCULT 2012), 22–30. doi:10.1016/j.sbspro.2013.07.061

Metamorfosis transformasi KIM-UIM. (2014, March). UIM Bulletin.

Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin, & Muhammad Ikhlas Rosele. (2013). Pemerkasaan wakaf di malaysia: Satu sorotan. In Sustainable Development Through The Islamic Economics System (pp. 1–12). Kuala Lumpur: Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhammad Nur Effindi. (1997). Cendikiawan Muslim-pembina tamadun dan kecemerlangan umat. Kuala Lumpur: Jahabersa.

Norsiah Sulaiman, & Farahdina Abdul Manaf. (2009). Peranan harta wakaf dalam bidang pembangunan dan pendidikan ummah: Fokus dalam bidang perubatan. Jurnal Pengurusan Jawhar, 3(1), 1–30.

Perjuangan pengiktirafan semula Kolej Islam Malaya (KIM) sebagai Universiti Islam Malaysia (UIM). (2014, July). UIM Bulletin.

Razali Othman. (2013). Institutsi wakaf sejarah dan amalan masa kini. Bandar Baru Bangi: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Rohani Hashim. (1990). Ekonomi dan pendidikan: Peranan institusi wakaf. Jurnal Pendidikan Islam, 3(1).

Syahnaz Sulaiman. (2008). Hukum pembangunan tanah wakaf khas menurut perspektif syarak. Jurnal Muamalat, 1, 45–64.

Wan Azmi Wan Ahmad, Muhammad Muzakkir Othman, Mohd Hafiz Abdul Wahab, & Norhasimah Shaharuddin. (2014). Pembangunan tanah wakaf pendidikan di IPT Malaysia: satu alternatif untuk mengurangkan kos pengajian. In The Asean Islamic Endowment Seminar. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan hasil refleksi bahwa hal tersebut disebabkan oleh adanya beberapa kelemahan seperti yang telah disebutkan pada deskripsi data, maka kelemahan-kelemahan

Kegiatan investasi harus sudah menentukan batas-batas lahan yang diperlukan, jumlah warga yang terkena dampak, informasi umum mengenai pendapatan serta status pekerjaan DP,

Karya berisi gagasan atau ide kreatif dan inovatif yang menawarkan solusi atau mengantisipasi suatu permasalahan yang telah, sedang atau diduga berkembang di masyarakat

Dengan menggunakan tools yang ada pada ArcGIS ini akan didapat servis area , yaitu daerah dimana penduduk yang berada di area tersebut mempunyai waktu yang cukup untuk

Simulasi dilakukan untuk mengetahui perbedaan kondisi temperatur eksisting ruang kamar dengan kondisi temperatur ruang kamar pada bangunan asrama yang telah diubah bukaan

telecopy atau sejenisnya, huruf, tanda, angka, Kode Akses, simbol, atau perforasi yang telah diolah yang memiliki arti atau dapat dipahami oleh orang yang mampu

Hasil penelitian tentang penerapan metode montesori untuk perkembangan spiritualitas anak usia dini adalah di TK IT Amanah, metode Montessori yang telah berkembang

Tujuan penelitian ini adalah untuk menguji dan menganalisis pengaruh rasio likuiditas, leverage, profitabilitas, produktivitas dan manajemen laba terhadap peringkat