• Tidak ada hasil yang ditemukan

Institusi MAIS Pemelihara Kemaslahatan U

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Institusi MAIS Pemelihara Kemaslahatan U"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 ICMAS 043Nor ‘Adha Abd Hamid, Abdul Hadi Awang, Md. Rozalafri Johori,

Mohd Daly Daud, Nurkaliza Khalid & Wawarah Saidpudin

noradha@kuis.edu.my; abdulhadi@kuis.edu.my; rozalafri@kuis.edu.my; mohddaly@kuis.edu.my; nurkaliza@kuis.edu.my; wawarah@yahoo.com

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Institusi MAIS: Pemelihara Kemaslahatan Ummah

Abstrak

MAIS adalah sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk memelihara kedaulatan hal ehwal agama Islam dan menjunjung amanah untuk memastikan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan umat Islam dilaksanakan. Dalam menggalas tugas ini, pelbagai isu khususnya hal ehwal agama Islam perlu ditangani dengan baik oleh MAIS agar martabat agama Islam terpelihara. Namun, tahun 2014 dan sebelumnya menyaksikan beberapa isu hal ehwal agama Islam dimainkan di dada akhbar dan siaran media sedikit sebanyak membuatkan institusi ini turut terpalit dan perlu memberi maklumbalas untuk meredakan keadaan serta memberikan penjelasan kepada orang awam. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tanggungjawab MAIS sebagai badan organisasi yang diberi mandat oleh DYMM Sutan dan mengenalpasti isu-isu agama yang berada dibawah tanggungjawab MAIS. Hasil kajian mendapati masyarakat mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab MAIS namun, masih terdapat kekeliruan di pihak masyarakat terhadap isu-isu semasa yang dikaitkan dengan MAIS. Kajian ini turut mencadangkan beberapa inisiatif untuk MAIS mengambil langkah dalam membina kesatuan ummah bersama masyarakat dan seterusnya bersama-sama meningkatkan syiar Islam di negeri Selangor ini.

Kata kunci: MAIS, isu-isu agama, tanggungjawab, krisis organisasi, reputasi, kemaslahatan ummah

PENDAHULUAN

Perkara utama dalam sesebuah organisasi adalah imej dan reputasi yang perlu dijaga baik terhadap orang yang berkepentingan (stakeholders) seperti pelanggan. Reputasi adalah penilaian yang dibuat oleh stakeholder terhadap organisasi tersebut (Coombs & Holladay, 2006) dan organisasi memerlukan tindak balas stakeholders berkenaan perkhidmatan (Zulhamri&Yuhanis 2011) yang disediakan oleh organisasi tersebut. Hal ini kerana, organisasi adalah satu aktiviti kolektif dan satu sistem yang dirancangkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai pembahagian buruh dan autoriti yang berhierarki untuk mencapai sesuatu matlamat bersama (Robbins 1999 & Muhammad, Hanafiah, & Makhbul, 2004). Untuk memastikan samada matlamat tersebut dicapai atau sebaliknya adalah berdasarkan kepada reputasi organisasi tersebut yang dinilai daripada kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan organisasi tersebut.

(2)

2 organisasi lain (Bouchikhi & Kimberly, 2008). Reputasi sesebuah organisasi juga bergantung kepada bagaimana sesebuah organisasi itu menguruskan sesebuah krisis yang dihadapi. Barton (2001) turut menjelaskan bahawa krisis adalah insiden yang mempunyai potensi untuk menjatuhkan dan memburukkan sesebuah organisasi.Balmer (2001) berpendapat bahawa reputasi korporat adalah persepsi terhadap sesebuah organisasi oleh seseorang individu, kumpulan atau jaringan yang membentuk sistem kolektif kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi tindakan manusia terhadap organisasi tersebut.

Bontis et al. (2007) dalam kajiannya mengenai kesan pengantara reputasi organisasi terhadap kesetiaan pelanggan dan cadangan perkhidmatan dalam industri perbankan mendapati bahawa kepuasan pelanggan boleh meningkatkan reputasi dalam persekitaran perkhidmatan sesebuah organisasi itu. Manakala Hazman Shah & Maniam (2008) merumuskan bagi mengukur perkhidmatan kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan samada berkesan atau berjaya bukan hanya pada peringkat kepuasan pelanggan yang berurusan sahaja malahan turut melibatkan tahap kepuasan dengan kualiti kerajaan yang mengatur kehidupan mereka.

IDENTITI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Penubuhan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada awalnya dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor dibawah seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam pada tahun 1952. Fungsi penubuhannya ketika itu adalah bertujuan menasihati DYMM Sultan dalam hal-hal yang bersabit dengan Agama Islam dan Adat Melayu. Kemudian pada tahun 2003, nama dan identiti badan tersebut kemudiannya ditukar kepada satu pertubuhan perbadanan yang bernama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS, 2014).

“Maka hendaklah ada suatu badan bernama ‘Majlis Agama Islam Selangor’ untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam”. (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, 2003)

MAIS juga merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri yang menjalankan hal ehwal yang berkaitan dengan agama Islam di Selangor. Identiti MAIS merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun yang mempunyai suatu perbadanan.Slogan MAIS iaitu menjunjung amanah bermaksud mematuhi dan menghormati titah perintah DYMM tuanku serta mematuhi peraturan dalam memastikan kemajuan ekonomi serta kesejahteraan sosial Negeri Selangor dilaksanakan. Kini MAIS bukan sahaja berperanan menasihati DYMM SULTAN namun menggalas tanggungjawab dalam menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak. Selain itu,pelbagai gerak kerja dan agenda dirangka dan dilaksanakan bagi MAIS merealisasikan misi memartabatkan pembangunan umat Islam khususnya di Negeri Selangor. Antaranya MAIS bertindak dalam memantapkan organisasi, memperkasa institusi zakat, pembangunan hartanah dan memperkukuhkan institusi zakat (Ramli, 2005).

(3)

3 1) Memberi nasihat yang profesional dan berhikmah kepada DYMM Sultan

Selangor dan Pengerusi MAIS untuk meninggikan syiar Islam;

2) Menjadikan MAIS sebagai organisasi berorientasi strategi dan berprestasi tinggi (HPO);

3) Mengurus bajet dan kewangan secara lestari (pro growth); 4) Menambah harta dan nilai harta MAIS (aset bersih);

5) Menambah sumber pendapatan baru MAIS;

6) Memastikan sistem penyampaian yang cekap dan diiktiraf;

7) Meningkatkan sistem, polisi, proses dan mekanisme perolehan dan pembelian;

8) Membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi dan boleh dijadikan contoh oleh organisasi Islam;

9) Membangunkan lapisan baru kepimpinan MAIS; dan

10) Membangun dan mekanisme penggemblengan bakat (talent) dan potensi insan MAIS.

Visi

"MAIS Menjadi Sebuah Organisasi (Perbadanan) Islam Yang Teguh, Berwibawa, Dihormati Dan Dijadikan Organisasi Islam Contoh Pada Tahun 2025"

Misi

"Membangunkan Ummah Melalui Pembentukan Masyarakat Berilmu, Beramal, Beriman Dan Berakhlak, Ekonomi Yang Perkasa, Usaha-Usaha Dakwah Yang Berkesan, Pengurusan Harta Yang Cekap; Dan Institusi Agama Yang Proaktif"

Strategi Memperkasa Visi dan Misi Mais

Untuk mencapai visi dan misi MAIS beberapa strategi dan program telah diwujudkan oleh MAIS. Antara lima strategi yang telah dirangka oleh MAIS adalah:

1. Strategi Pertama

a) Program Pengurusan Sumber Manusia Yang Terlatih dan Bermotivasi b) Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh

c) Program Teknologi Maklumat berinovasi dan Komunikasi Berkesan d) Program Pusat Sumber MAIS Yang Lengkap

2. Strategi Kedua

a) Program Penyelidikan dan Pembangunan Skim Saham Wakaf dan Hartanah MAIS yang Berdaya Maju

b) Program Pembangunan Hartanah MAIS Yang Stabil dan Kukuh

c) Program Penyelenggaraan Hartanah MAIS Yang Konsisten dan Bersistem

3. Strategi Ketiga

a) Program Pengembangan dan Kawalan Aqidah Saudara Baru b) Program Dakwah Global Yang Mesra

c) Program Keprihatinan Pesakit di Hospital

d) Program Sistem Penyampaian Yang Kemas dan Pembinaan Imej Yang Dicontohi

(4)

4 a) Program Penyediaan Belanjawan Yang Terancang

b) Program Pematuhan Amalan Pengurusan Kewangan Terbaik c) Program Perbelanjaan Yang Berhemah

d) Program Pengauditan Yang Berjadual dan Berkesan

5. Strategi Kelima

a) Program Pemurnian Aqidah dan Perlindungan Wanita Yang Prihatin, Mesra dan Menyeluruh

b) Program Pengauditan Kewangan dan Pentadbiran Yang Komprehensif c) Program Kesedaran dan Kefahaman Undang-Undang Syariah dan Sivil

CARTA PENTADBIRAN MAIS

Perbadanan Mais adalah di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Di bawah MAIS terdapat 7 anak syarikat yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Kumpulan MAIS Corporation (KMC), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), MAIS Zakat SdnBhd, Bahagian-bahagian MAIS dan Yayasan Islam DarulEhsan (YIDE). Rajah 1 menunjukkan carta keseluruhan organisasi MAIS.

Berdasarkan kepada maklumat di atas, MAIS adalah sebuah institusi yang ada hubungan rapat dengan umat Islam khususnya di Selangor. Dengan tanggungjawab yang di galas oleh MAIS, beberapa isu mengenai hal ehwal agama Islam misalnya isu penggunaan kalimah Allah telah menjadikan MAIS dibawah tumpuan media dan rakyat negeri Selangor. Isu-isu tersebut telah meletakkan MAIS di bawah pemerhatian masyarakat dan menjadi bahan perbincangan dalam kalangan lapisan masyarakat yang berkepentingan dengan isu-isu tersebut. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dua objektif iaitu:

1) Mengenalpasti kefahaman masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh MAIS

2) Mengenalpasti pengetahuan masyarakat terhadap isu-isu agama Islam yang dikaitkan dengan MAIS

(5)

5 METODOLOGI KAJIAN

Responden yang dipilih untuk kajian ini terdiri daripada kalangan penduduk negeri Selangor yang beragama Islam dan berusia melebihi 20 tahun. Berikutan populasi kajian yang besar, maka hanya tiga daerah di negeri Selangor telah dipilih, iaitu Petaling, Hulu Langat dan Gombak dan 750 set soal selidik telah diedar kepada responden. Bagi pemilihan sampel untuk responden kajian, kaedah Stratified Random Sampling telah digunakan bagi meliputi enambelas (16) daerah utama di ketiga-tiga daerah pilihan. Responden pula dipilih melalui teknik persampelan mudah, iaitu hanya kepada responden Islam yang bersetuju untuk menjawab borang soal selidik.

HASIL KAJIAN

Rajah 3 :

Taburan Responden Berdasarkan Umur

Rajah 4 : Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Rajah 2 :

(6)

6 Jadual 1 : Peratus responden yang pernah berurusan dengan MAIS

Responden yang berurusan dengan MAIS (n=275)

Jantina Pekerja Sektor Swasta dan Awam

Lain-lain

(Suri rumah, pelajar, bekerja sendiri)

Lelaki 131 18

Perempuan 98 28

Hasil kajian bagi demografi di rajah 2mendapati 60% responden terdiri daripada wanita dan 40% adalah lelaki.Rajah 3 pula menunjukkan 76.5 % dari keseluruhan responden terdiri daripada golongan belia (21-40 tahun). Manakala rajah 4 menunjukkan 71.5 % pekerjaan bagi keseluruhan responden terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta. Jadual 1 mencatatkan 275 orang yang terdiri daripada 149 orang lelaki dan 126 orang wanita pernah berurusan dengan MAIS manakala 471 responden yang lain tidak pernah berurusan dengan MAIS. Jadual 2 menunjukkan jumlah responden yang berurusan dengan MAIS dan merupakan kakitangan awam dan swasta adalah lelaki sebanyak 131 orang dan perempuan sebanyak 98 orang. Kajian juga mendapati 72% responden dengan kelulusan STPM/Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana menunjukkan responden adalah berpendidikan.

Jadual 3: Nilai Purata Bagi Kefahaman Terhadap Tanggungjawab MAIS

Bil. Pemboleh Ubah Kefahaman Terhadap Tanggungjawab MAIS Purata

1. Saya mengetahui MAIS berperanan untuk menjaga hal ehwal agama Islam serta melaksanakan program syiar Islam yang berimpak tinggi dan boleh dijadikan contoh oleh organisasi Islam.

3.25

2. Saya mengetahui MAIS berperanan untuk menjaga hal ehwal Islam di samping menjaga hal ehwal DYMM Sultan Selangor serta menjadi penasihat baginda.

3.24 Status pernah

berurusan dengan MAIS

Jantina Bilangan (%)

Ya Lelaki 149 (54.2%)

Perempuan 126 (45.8%)

Tidak Lelaki 153 (32.5%)

Perempuan 318 (67.5%)

(7)

7 3. Saya mengetahui MAIS berperanan sebagai Baitulmal yang

menawarkan perkhidmatan pengurusan harta. 3.16 4. Saya mengetahui MAIS berperanan untuk menguruskan

perkhidmatan sewaan seperti tanah dan yang berkaitan. 2.96 5. Saya mengetahui MAIS adalah di bawah kuasa Sultan. 3.19 6. Saya mengetahui bahawa kebajikan Asnaf Riqab dan Asnaf

Muallaf di bawah pengurusan MAIS. 3.12

JUMLAH PURATA 3.15

Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan purata keseluruhan bagi kefahaman terhadap fungsi MAIS ialah 3.15. Keadaan ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan, responden mempunyai kefahaman yang baik terhadap fungsi dan tugas MAIS. Namun terdapat soalan yang mencapai nilai 2.96 iaitu soalan 4. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman responden terhadap fungsi MAIS adalah mendalam kecuali terhadap fungsi MAIS sebagai agensi yang menguruskan perkhidmatan sewaan seperti tanah dan yang berkaitan.

Rajah 5: Bilangan Respon Terhadap Isu-Isu yang Dikaitkan dengan MAIS

Rajah 5 adalah analisis kekerapan bagi bilangan respon terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan MAIS menunjukkan bahawa secara umumnya terdapat empat isu utama yang mengikut persepsi masyarakat adalah membabitkan MAIS iaitu isu Kalimah Allah, isu agihan zakat, isu-isu tanah wakaf serta isu gejala murtad. Namun, isu-isu yang sepatutnya berada di bawah bidang kuasa institusi yang lain secara khususnya misalnya agihan zakat di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS), gejala murtad dan ajaran sesat di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebagainya.

Manakala rajah 6 di bawah menunjukkan secara keseluruhan terdapat empat medium utama bagi hebahan isu-isu berkaitan MAIS kepada masyarakat. Isu-isu berkaitan MAIS paling mudah diperolehi melalui media baru/Internet (562), media

160 Bidang kuasa selain M AIS

(JAIS,M UFTI,JAKIM)

(8)

8 cetak (Surat Khabar/Majalah) (498), media elektronik (TV/Radio)(398) dan juga melalui kawan-kawan (360). Manakala sumber perolehan maklumat yang paling kurang popular ialah ceramah (203) dan lain-lain (17).

Rajah 6: Medium Hebahan Isu-isu Berkaitan MAIS Mengikut Persepsi Masyarakat

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Scara keseluruhannya dapat dikenalpasti masyarakat mempunyai kefahaman terhadap fungsi dan tanggungjawab MAIS. Namun, hasil kajian juga menunjukkan masyarakat masih lagi keliru terhadap isu-isu yang seharusnya dikaitkan dengan MAIS ataupun institusi agama yang lain. Daripada 15 isu tersebut,hanya empat sahaja di bawah kawalan MAIS dan selebihnya dibawah institusi agama seperti JAKIM, MUFTI, JAIS dan lain-lain.

Maka kajian ini mencadangkan beberapa idea untuk diambil tindakan oleh MAIS dalam membina kesatuan ummah bersama rakyat agar reputasi MAIS dapat dipelihara sebaiknya. Antara cadangannya adalah untuk MAIS memperkenalkan dan menjelaskan tanggungjawab MAIS yang sebenar dengan meningkatkan fungsi setiap Jabatan/Bahagian/ Seksyen/Unit/Anak syarikat MAIS berdasarkan kepada keperluan masyarakat. Sebagai contoh, penerbitan carta aliran untuk setiap fungsi dan perkhidmatan MAIS bagi memudahkan masyarakat. Selain itu, susun atur bahagian penting MAIS yang melibatkan perkhidmatan dengan pihak luar secara setempat contohnya One Stop Centre.

MAIS juga dicadangkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap fungsi perkhidmatan MAIS dengan melakukan promosi dan kempen terhadap perkhidmatan Baitulmal terutama wang tidak patuh syariah dan hibah, melakukan promosi dan kempen terhadap tanggungjawab dan peranan MAIS dan pembabitan MAIS yang proaktif dengan masyarakat seperti turun ke lapangan, menganjurkan road show/karnival, Hari Pelanggan.MAIS juga perlu meningkatkan Sistem Teknologi Maklumat dengan mewujudkan sistem direktori yang sempurna dan tepat dan mengemaskini laman web dan media sosial secara kerap berdasarkan kepada maklumat terkini. Selain itu fungsi Perkhidmatan Pelanggan yang terbaik perlu ditingkatkan dengan cadangan penubuhan One Stop Centre MAIS untuk memudahkan masyarakat berhubung. Cadangan kepada MAIS juga untuk mewujudkan sistem aduan pelanggan yang sistematik dan telus untuk mendapatkan malumabalas masyarakat.

203

360 398

498 562

0 100 200 300 400 500 600 Ceramah

Kawan-kawan Media Elektronik (TV/Radio) Media Cetak(Surat Khabar/Majalah) Media Baru/Internet

(9)

9 Seterusnya pengurusan krisis/isu/dilema MAIS yang lebih sistematik dan berkesan dengan memperkasakan bahagian komunikasi korporat MAIS. MAIS perlu pemuat naik kenyataan media ke laman web /media sosial secepat mungkin untuk menjawab sesuatu isu contohnya mewujudkan bahagian Web Master di bawah bahagian komunikasi korporat dan melantik pegawai media untuk pihak tertinggi MAIS yang akan berkomunikasi dengan pihak media dalam sebarang isu yang membabitkan MAIS dan cadangan–cadangan lain yang bersesuaian. Hal ini untuk memudahkan sebarang krisis yang dikaitkan dengan MAIS dapat diselesaikan dengan segera dan masyarakat juga mendapat makluman dengan lebih awal dan krisis dapat diatasi dengan baik.

RUJUKAN

Balmer, J. M. T. (2001) From the Pentagon: A New Identity Framework, Corporate Reputation Review, 4(1), 11-22.

Barton , L .( 2001 ) Crisis in Organizations II, 2nd edn., College Divisions South-Western: Cincinnati, OH

Bouchikhi, H., & Kimberly, J. R. (2008). The Soul of the Corporation: How to Manage the Identity of Your Company. New Jersey: Wharton School Publishing.

Bontis,N. Booker,L.D. Serenko,A. (2007).The mediating effect of organizational reputation on customer loyalty and service recommendation in the banking industry, Management Decision, 45 (9 ):1426 - 1445

Coombs, W. T., & Holladay, S. J. (2006). Unpacking the halo effect:reputation and crisis management. Journal of Communication Management, 10(2), 123-137. Hazman Shah Abdullah, ManiamKalianan. (2009). From customer satisfaction to

citizen satisfaction: rethinking local government service delivery in Malaysia. Asian Social Science, 4(11), p87.

MAIS. (2014, September 22). Penubuhan MAIS. Retrieved September 22, 2014, from Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: http://www.mais.gov.my/sejarah MAIS. (2014, November 18). Penubuhan MAIS. Retrieved November 19, 2014, from

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor: http://www.mais.gov.my/maklumat-bhg-intisyar

Muhammad, J., Hanafiah, M. N., & Makhbul, M. Z. (2004). Pengantar Pengurusan. Petaling Jaya: Leeds Publications.

Ramli, Z. N. (2005). Mais:Pemerkasaan Ummah Satu Agenda,Buletin MAIS. Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor.

Robbins, S. P. (1999). Organizational Behaviour. New York: Prentice Hall.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasar pada doktrin Trias Politika yang diajukan oleh Montesquieu, bahwa sistem pemerintahan diselenggarakan berdasar pada separation of power, yang dikenal dengan

1) Bagi > peneliti < / yang lain sebaiknya menambah / variabel yang / diteliti / tidak / hanya pada variabel kualitas produk, harga dan lokasi < dalam mempengaruhi /

Penggunaan kompos sebagai pupuk sangat baik karena dapat memberikan beberapa manfaat diantaranya menyediakan unsur hara mikro bagi tanaman, menggemburkan tanah, memperbaiki

Kemunduran dinasti Fatimiyah dimulai dari masa pemerintahan al-Hakim ((996-1021) yang membuat kebijakan kontroversial dalam bidang agama dan terus merosot pasca

Kepemimpinan sekolah yang efektif adalah kepemimpinan yang mampu melakukan perubahan dan pengembangan sekolah secara efektif dan efisien. Kepemimpinan efektif kepala sekolah

Sementara terhadap unsur P walaupun dibutuhkan sangat rendah untuk menghasilkan 1 kg biji kering jagung Bila dilihat dari kadar hara N, P, dan K yang ada di tanah sebelum

Berdasarkan uji-t tidak berpasangan antara kelompok eksperimen dan kontrol diperoleh nilai significany 0,004 (p < 0,05) yang berarti ada pengaruh pemberian

Port Serial 89C51 dapat digunakan untuk komunikasi data secara sinkron maupun asinkron Komunikasi data serial secara sinkron adalah merupakan bentuk komunikasi data serial