• Tidak ada hasil yang ditemukan

NILAI DAN STRATEGI UNGGUL PEMIMPIN DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "NILAI DAN STRATEGI UNGGUL PEMIMPIN DALAM"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

NILAI DAN STRATEGI UNGGUL PEMIMPIN DALAM

MENANGANI MASALAH EKONOMI : ANALISIS DARIPADA

KISAH NABI YUSUF

1

Oleh:

Lutfan Jaes dan Mohd Hisyam Abdul Rahim2 Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia lutfan@uthm.edu.my dan mdhisyam@uthm.edu.my

ABSTRAK

Masalah ekonomi amnya timbul daripada faktor sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, nilai dan strategik terbaik seorang pemimpin dalam pengurusannya perlu diamalkan. Ini supaya sistem ekonomi di bawah pimpinannya dapat berjalan dengan telus, cekap, profesional dan mencapai matlamat. Kertas kerja ini berusaha untuk melihat amalan unggul pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kemarau pada zaman baginda. Penelitian dilakukan secara induktif dengan memberikan perhatian kepada seluruh surah Yusuf (12:1-111). Manakala pemerhatian deskriptif terpilih kemudiannya dilakukan pada ayat-ayat surah tertentu bagi tujuan penulisan ini. Ia turut mengambil kira pandangan ahli akademik, politik dan ekonomi lainnya. Hasil penelitian mendapati bahawa nilai-nilai unggul seperti ketaqwaan (at-taqwa), kebertanggungjawaban

(mas’iliyyah) dan keadilan (’adalah) diperlukan bagi seorang pemimpin dalam mengurus ekonomi. Manakala kaedah penyimpanan yang baik, pembinaan bidang-bidang utama ekonomi dan mekanisme pengawalan yang objektif adalah antara strategi terbaik yang harus diamalkan. Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman. Diharapkan penulisan ini mampu memberi refleksi serta idea bagi melihat semula amalan unggul (menyeluruh) yang harus ada bagi seorang pemimpin dalam mengurus kejayaan ekonomi dan pembangunan.

Kata Kunci : Pengurusan Krisis Ekonomi, Pemimpin dan Kepimpinan, Nilai Unggul, Yusuf

1 Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Ketahanan Nasional 2015 pada 08 Disember 2015

anjuran Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamed, Universiti Utara Malaysia.

2 En. Lutfan bin Jaes dan En. Mohd Hisyam bin Abdul Rahim merupakan staf akademik di Fakulti Sains,

(2)

1.0 Pengenalan

Setiap manusia mahupun kumpulan dalam sesebuah masyarakat menginginkan pencapaian kesejahteraan. Dalam sesebuah negara moden masa kini, kesejahteraan ekonomi sering menjadi keutamaan sehingga pencapaiannya menjadi ukuran utama dalam mencapai pembangunan. Walaupun ia bukanlah ukuran kesejahteraan yang sebenar namun sering menjadi tumpuan yang diusahakan oleh setiap pemimpin dan kepimpinannya dalam sesebuah negara. Usaha-usaha pembangunan demi mencapai kesejahteraan ekonomi mendapat sentuhan yang serius dengan pelbagai bentuk penerapan falsafah dan nilai sama ada dari Barat mahupun Timur. Ini termasuklah penerapan falsafah serta nilai agama khususnya agama Islam.

Islam merupakan agama lengkap yang merangkumi segenap aspek kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Islam adalah satu cara hidup (ad-deen) dan aspek ekonomi tidak terkecuali daripada Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, Islam menyelaraskan matlamat-matlamat yang ingin dicapai tidak kepada ukuran kebendaan semata-mata, namun ia melangkau jauh kepada matlamat kehidupan akhirat yang kekal abadi. Bagi seorang pemimpin Muslim, segala pencapaian dan matlamat daripada kegiatan ekonomi hanyalah alat untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata. Itulah merupakan tanda daripada penghayatan konsep tauhid yang sebenar dalam sesebuah kehidupan seorang pemimpin mukmin.

2.0 Ulasan Karya

Secara umumnya ukuran kepada matlamat kesejahteraan ekonomi dikaitkan dengan usaha kepada pencapaian kecekapan yang maksimum. Ia dilakukan ketika proses membuat keputusan serta tindakan dalam penggunaan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada dan terhad. Kecekapan dalam memperuntukkan sumber dan keadilan dalam pengagihan akan menjamin pencapaian kebebasan ekonomi yang meluas kepada segolongan besar masyarakat. Ia seterusnya membolehkan kesejahteraan hidup yang mantap dan berterusan (Zakaria Man, 2002; hal 3). Manakala Saiful Azhar (2002; hal 21) menyatakan bahawa masalah fundamental ekonomi yang dihadapi oleh manusia amnya timbul dari fenomena “kekurangan” yang berlaku akibat dari dua perkara iaitu a) Sumber alam yang terhad dan b) Kehendak manusia yang tidak terbatas.

2.1 Pemimpin dan Kepimpinan

Kepemimpinan diperlukan untuk menghadapi cabaran masa depan. Bagi menghadapi cabaran dan mewujudkan perubahan, sudah pasti memerlukan gaya tindakan untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Pemimpin yang bermatlamat akan mendorong masyarakat ke arah pencapaian dan kejayaan dalam sebarang tindakan yang dilakukan (Clark, 1999: hal 116). Sehubungan itu, seseorang pemimpin yang hebat seharusnya mampu memikir dan mengemukakan nilai-nilai, norma-norma dan aspirasi yang boleh mengekal serta merubah golongan yang dipimpinnya (Mohd Ali, 1998: hal 29).

(3)

Sehubungan dengan itu, pemimpin adalah tonggak kepimpinan dalam masyarakat dan negara. Pemimpin dengan pendekatan tertentu bertanggungjawab menentukan hala tuju pembangunan yang hendak dicapai. Matlamat yang berfokus oleh pemimpin akan membantu pengikut melaksanakan tindakan-tindakan yang selari dengan apa yang dirancang oleh kepimpinan. Pemimpin bertanggungjawab membina rangkaian hubungan dalam proses menjayakan tindakan ke arah mencapai matlamat (Knippenberg dan Hogg, 2003; hal 7, William, 2005: hal 4-5).

2.2 Kepentingan Nilai dalam Kepimpinan

Persoalan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada persoalan kebudayaan dan nilai khususnya dalam diri seorang pemimpin. Ignas, Gunawan dan Taufik (1998; hal 4-5) ketika membincangkan pemikiran kebudayaan oleh Sutan Takdir Alisjahbana menyatakan bahawa tiap-tiap perkembangan ekonomi memerlukan nilai-nilai budi, kebudayaan atau sekurang-kurangnya nilai-nilai semu (terbitan). Ini kerana hanya dengan nilai-nilai lah maka sesuatu dorongan untuk berusaha serta bekerja dengan teratur dan menerbitkan disiplin dalam kelakuan. Oleh itu dalam memenuhi tuntutan bekerja dan berusaha dalam jangka masa yang panjang untuk mencapai kemakmuran serta menghubungkan kehidupan ekonomi dan nilai budi atau kebudayaan, maka persoalan ekonomi akan menjelma sebagai persoalan kebudayaan. Untuk bekerja dan berusaha demi mencapai kemakmuran jangka masa panjang maka nilai-nilai yang lahir dari budi dan kebudayaan harus mendahului nilai-nilai yang lahir dari kehidupan ekonomi.

Dalam sejarah pemerintahan Islam Bani Ummaiyah (680-720H), seorang tokoh pemimpin Islam yang begitu disegani telah muncul iaitu Umar ibn Abd al-Aziz.3 Pada waktu inilah dikatakan

tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain. Keadilan dan ketegasan Umar dalam pemerintahannya benar-benar menjadikan rakyatnya hidup aman dan kaya. Yahya ibn Sa'id pernah meriwayatkan;

“Umar ibn Abdil Aziz telah mengutus ku ke Afrika Utara untuk membahagi-bahagikan zakat penduduk di sana. Aku pun melaksanakan perintah tersebut. Aku mencari golongan fakir miskin untuk kuberikan zakat itu kepada mereka. Akan tetapi ,kami tidak menemui seorang pun dan tiada pula orang yang mahu menerimanya. Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya. Akhirnya, kubeli beberapa orang hamba dengan harta zakat itu lalu ku merdekakan."

(Institut Kefahaman Malaysia, 2013)

Manakala pemimpin-pemimpin lain masa kini, khususnya di Asia telah melaksanakan berbagai-bagai pendekatan dalam kerangka pembangunan yang sesuai dengan keperluan negara masing-masing seterusnya meningkatkan kesejahteraan ekonomi sekali gus kesejahteraan masyarakat. Di antaranya seperti Deng Xiao Peng (1904-1997) pemimpin China generasi kedua yang mempunyai nilai kepimpinan pragmatik yang digelar sebagai “capitalist roader” apabila berjaya mengadun elemen kapitalis bersama-sama elemen sosialis-komunis dalam pembangunan negara China. Tindakan–tindakan beliau yang pragmatik telah menggerakkan pertumbuhan ekonomi yang terpantas di dunia daripada dasar-dasar ekonomi dan hubungan yang rapat dengan Barat dan Jepun (Gitting, 2005, Carlos Wing, 1998: hal 11). Park Chung Hee pula dengan pendekatan “Saemaul Undong” juga telah berjaya menukar wajah kampung di seluruh negara Korea Selatan

3Beliau memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720 Hijrah. Pemerintahannya singkat ( 2 tahun 5 bulan 5 hari) tetapi berkesan dan

(4)

dengan meningkatkan keupayaan dan menerapkan nilai-nilai kerjasama untuk mencapai kemajuan (Sanusi, 2007, Vivek, 2002, Zainuddin, 1981).

2.3 Perkembangan Nilai-Nilai Islam

Huntington (2008; hal 12-15) berhujah bahawa selepas Perang Dingin, orang Asia dan orang Islam sahajalah secara bersendirian dan kadangkala secara bersama semakin berani mengakui keunggulan tamadun mereka berbanding dengan Barat. Tamadun-tamadun dominan yang lainnya agak keberatan mengakui keunggulan budaya mereka berbanding dengan budaya Barat, Islam dan Konfusius. Sarjana seperti Metzger (2007) turut berpendapat bahawa antara kepelbagaian nilai yang dapat diperhatikan dalam masyarakat dunia, nilai-nilai agamalah yang dilihat amat penting terutamanya dalam agama Islam.

Economist (1991) dalam Huntington (2008; hal 156) menyatakan ‘Kekuatan Kebangkitan Semula’ dan daya tarikan pergerakan Islam ini telah mendorong kerajaan untuk menggalakkan institusi dan amalan Islam serta untuk memasukkan lambang dan amalan Islam ke dalam pemerintahan mereka. Pada tahun 1970 an dan 1980 an para pemimpin politik berebut-rebut untuk menyekutukan pemerintahan mereka dan diri mereka sendiri dengan Islam. Raja Hussein dari Jordan yang yakin bahawa kerajaan sekular tidak ada masa depan dalam dunia Arab telah menyuarakan keperluan untuk mewujudkan “demokrasi Islam” dan “agama Islam yang moden”. Raja Hassan dari Maghribi mendakwa beliau keturunan nabi dan peranannya sebagai “Panglima Orang Yang Beriman”. Sultan Brunei pula yang dulunya tidak terkenal sebagai pengamal ajaran Islam yang baik, sudah menjadi “semakin warak” dan mendefinasikan pemerintahan sebagai “kerajaan beraja Melayu Islam”. Di Bangladesh, prinsip “sekularisme” telah digugurkan daripada perlembagaan pada pertengahan tahun 1970 an dan menjelang awal tahun 1970 an, jati diri Turki yang berteraskan ajaran Kemalis sekular itu buat pertama kalinya menerima tentangan yang hebat.

Di Malaysia peranan agama Islam memainkan peranan penting dalam mempengaruhi masyarakatnya. Nasionalisme Malaysia pada asasnya adalah berteraskan Islam. Masa depan ekonomi Malaysia adalah sangat bergantung kepada aspek-aspek produktif “nilai Asia” seperti pragmatis, rajin, kadar tabungan yang tinggi dan berorentasikan pencapaian (Han, 1999: hal 4-5). Dalam hal ini Mahathir4 berpendapat, ia sebagai mekanisme penolakan terhadap sejarah Barat:

sebuah pengalaman industrialisasi yang membawa kepada masyarakat yang jahat, lemah moral dan individualisme yang menjadi-jadi (Harper, 1997; hal 507).

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini bersifat kualitatif. Ia merupakan satu bentuk pemerhatian deskriptif yang bertujuan untuk memberikan deskripsi terhadap suatu gambaran (mental) tentang sesuatu yang di alami oleh pengkaji. Kaedah kualitatif membolehkan pengkaji memahami, mendekati dan menjelaskan fenomena yang meliputi berbagai-bagai isu sosial, ekonomi dan politik dalam masyarakat (Nahid, 2003: hal 600, Patton, 2001: hal 39). Ini lebih condong kepada ‘makna’, iaitu bagaimana manusia memberi makna dan tafsiran untuk memahami kehidupan, pengalaman dan struktur persekitaran mereka (Merriam, 1998). Penyelidikan kualitatif juga terkait dengan sikap, pendapat, motivasi dan tingkah laku seseorang individu. Ia lebih prihatin dengan aspek makna,

(5)

konsep, definisi, ciri-ciri, metafora, simbol, dan memerihalkan sesuatu (Hakim, 1987 : hal 26) dan (Bogdan &Taylor, 1975 : hal 4) dalam Mohammed Mustafa Ishak, 1999: hal 12-13).

Dalam hal yang lebih terperinci, metod induktif menjadi kaedah terpenting dalam kajian . Ia suatu keadaan di mana data-data di bataskan kepada sesuatu topik (contoh seperti kepimpinan dan permasalahan ekonomi) dikumpulkan. Kemudian ia di gabungkan bagi membentuk satu hipotesis mahupun kesimpulan. Proses yang berlaku ialah dimulai dengan data-data kasar yang kemudiannya dihubungkaitkan, dikategorikan dan dibina konsep abstrak yang seterusnya membentuk gagasan teori. Ia menyusun maklumat untuk ditafsirkan. Proses penafsiran ini bermula dengan menganalisis maklumat bersifat umum dan berakhir dengan maklumat khusus dan mendalam5.

Namun demikian kajian ini bukanlah kajian yang berasaskan teologi sepenuhnya. Penulisan kertas kerja ini masih terlalu jauh dari disiplin kajian agama. Ia sekadar analisa berbentuk pemerhatian bagi mengambil ikhtibar secara refleksi perkara yang terkait dengan wahyu-wahyu Allah. Penulisan ini cuba melihat nilai dan kepimpinan Nabi Yusof di dalam kaca mata penulis serta di aplikasikan dengan realiti nyata moden masa kini. Nilai dan kepimpinan yang diaplikasikan oleh Nabi Yusuf a.s yang berjaya membawa rakyatnya keluar dari krisis ekonomi pastinya boleh diambil pengajaran dan menjadi ikutan.

4.0 Sejarah Ringkas Nabi Yusuf a.s dan Keistimewaan Surahnya

Nabi Yusuf a.s. adalah antara 313 orang rasul yang dipilih oleh Allah s.w.t daripada 124 000 orang nabi yang diutuskan kepada manusia. Baginda juga antara 25 orang rasul yang disebut namanya oleh Allah dalam al-Qur’an. Nasab baginda ialah Yusuf a.s. bin Ya’qub a.s. bin Ishaq a.s. bin Ibrahim a.s. dan merupakan putera ketujuh daripada dua belas (12) orang putera-puteri. Nabi Yusuf dan adinda nya Bunyamin merupakan adik-beradik seibu sebapa daripada hasil perkahwinan Nabi Ya’qub dengan Rahil. Nabi Yusuf a.s. dianugerahkan dengan paras rupa yang menarik lagi tampan. Allah s.w.t menceritakan secara khusus kisah baginda dalam Surah Yusuf, iaitu surah yang kedua belas (12) daripada susunan surah-surah al-Qur’an. Surah Yusuf mengandungi seratus sebelas ayat (111) dan tergolong dalam kelompok surah makkiah.6 Di luar

surah ini, nama Nabi Yusuf a.s. disebut hanya dua kali sahaja iaitu dalam Surah al-An’am ayat yang ke-84 dan Surah Ghafir ayat ke-34.7

Pengarang tafsir al- Maraghy juga ada menjelaskan keistimewaan surah tersebut dengan kata-katanya

“Kisah yang turut menerangkan pelbagai ujian kehidupan yang dilaluinya dalam penjara, usaha dakwah yang dilakukan olehnya sampailah akhirnya baginda memegang tampuk pemerintahan negara. Pemerintahan dan siasah negara dilakukan dengan baik dan sempurna sehingga wajar menjadi teladan yang baik kepada semua orang, baik mengenai kerasulannya atau semua masa kehidupan yang dilaluinya, termasuk juga cara baginda mengendalikan usaha hidup dengan sebaik-baiknya yang sesuai dengan pencapaian akal fikiran manusia.”

(Ahmad Mustafa, 2001; hal 3297)

5 Olahan semula dari : Dolet Unarajan, Pengantar Metode Penelitian Ilmu Sosial (Jakarta: Penerbit PT Grasindo 2000), hal 5 6 Surah yang diturunkan di Mekah.

(6)

5.0 Kepimpinan Nabi Yusuf a.s. Dalam Menangani Masalah Ekonomi Negara

Kegawatan bermula dengan mimpi buruk raja tentang tujuh ekor lembu dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh lagi yang kering. Raja sendiri tidak mengetahui maksud mimpi tersebut lantas baginda bertanyakan kepada para pembesarnya. Mereka mengatakan ia adalah adghatu ahlam (mimpi yang kacau). Sama ada mereka betul-betul tidak tahu, atau mungkin juga sengaja tidak mahu memberi tahu alamat buruk yang bakal menimpa kepada raja.

Ketika situasi buntu inilah Nabi Yusuf ditampilkan. Ketika itu baginda sedang meringkuk dalam penjara akibat fitnah. Raja diberitahu tentang keahlian Nabi Yusuf a.s. mentadbir mimpi. Lalu segeralah dihantar utusan bagi bertanyakan maksud mimpi tersebut. Nabi Yusuf a.s. melayan permintaan raja tanpa syarat dan tidak mengambil kesempatan untuk mengeluarkan dirinya daripada penjara. Malahan ketika raja mahu membebaskannya, baginda Yusuf a.s. tidak mahu keluar sehingga nama baik baginda dibersihkan terlebih dahulu. Perkara tersebut diceritakan dalam al-qur’an menerusi surah Yusuf dari ayat 43 hingga ke ayat 49.

5.1 Strategi dan Tindakan Unggul Dalam Amalan Pengurusan Ekonomi

Antara strategi dan tindakan unggul dalam mengatasi krisis kegawatan ekonomi yang dipamerkan oleh Nabi Yusof adalah seperti berikut:

5.1.1 Kaedah Penyimpanan Yang Baik.

Ekonomi sesebuah negara tidak dapat bertahan dan berkembang malah akan lumpuh apabila kebuluran yang berlaku dikalangan rakyatnya tidak dapat dibendung. Justeru, satu mekanisme penyimpanan stok bahan-bahan makanan yang baik amat penting. Ia memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kaedah dan teknologi bagi menjayakannya. Sehubungan itu, Nabi Yusuf a.s. telah berjaya menemui kaedah penyimpanan makanan agar dapat bertahan lama dengan gudang-gudang yang mampu menyimpan segala stok-stok yang diperlukan untuk beberapa tempoh jangka masa yang panjang. Perkara tersebut dapat difahami daripada ayat yang ke-47 dari surah Yusuf dan teks berikut:

47. Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; Maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.

dan,

“Maka menyuruh Yusuf membuat akan gedung beberapa khaza’in barang yang tiada dapat mengirakan dan tiada dapat membilangkan dia dan tiada dapat diperikan panjangnya dan lebarnya atas kadar lulus barang yang dapatnya daripada tanaman tahun itu.” 8

Dalam konteks negara masa kini, ia boleh diterjemahkan dalam beberapa tindakan secara langsung mahupun secara tidak langsung oleh seseorang pemimpin.

(7)

5.1.1.1 Stok Penimbal Beras Negara

Dalam mengurus sekuriti makanan negara, beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia yang perlu diberikan perhatian serius. Keperluan dalam menyedia dan menyelia secara efisien stok penimbal beras negara sangat diperlukan. Ia bagi memastikan harga serta bekalannya stabil. Walaupun Malaysia bukanlah negara pengimport bersih beras9 namun pendekatan yang

lebih proaktif dan sentiasa bersiap sedia sangat diperlukan. Negara tidak boleh menghadapi sebarang krisis makanan yang seterusnya bakal mengundang permasalahan ekonomi.

Sehubungan dengan itu, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)10 mempunyai peranan utama

dalam perkembangan industri padi dan keperluan beras negara. Kerajaan melalui BERNAS perlu secara serius mewujudkan formula terbaik dalam penyediaan simpanan dan stok penimbal beras negara. Ia turut meminimumkan kebergantungan kepada sumber makanan import. Keselamatan negara mampu tergugat akibat kekurangan bekalan makanan (beras) dan seterusnya kenaikan harga bekalan bahan makanan asasi. Ia bakal meresahkan penduduk terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Keadaan akan bertambah buruk dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Di samping itu, BERNAS perlu terus komited, konsisten, serius dan sentiasa up to date dalam mengambil alih tanggungjawab sosial kerajaan. Ini termasuklah dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputera, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani. Namun kepimpinannya perlu bergerak setapak lagi ke hadapan bersama kepelbagaian fungsi sedia ada.

5.1.1.2 Rizab Negara

Rizab negara khususnya yang berbentuk wang perlu diambil perhatian. Wang Rizab merujuk kepada mata wang dalam edaran11, rizab berkanun12 dan lebihan rizab13. Andaian boleh

dilakukan seperti berikut;

"Berapa lamakah ekonomi negara boleh bertahan (melakukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan yang telah dirancang) sekiranya ekonomi rantau Asia Tenggara mengalami kegawatan sekali lagi?”

“Paras rizab negara memadai untuk membiayai berapa bulan import tertangguh dan ialah berapa kali hutang luar negeri jangka pendek?”.

9 Menurut Dr Amin Mahir Abdullah, Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan

Makanan (IKDPM), Universiti Putra Malaysia (UPM); Malaysia mengimport kira-kira 30 peratus keperluan beras.

10Merupakan sebuah institusi yang telah diswastakan pada Januari 1996 dan mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara

(LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.

11 merujuk kepada wang kertas dan duit syiling yang dikeluarkan oleh BNM tidak termasuk pemegangan oleh institusi perbankan

(merangkumi bank perdagangan, syarikat kewangan, bank saudagar, bank-bank Islam dan syarikat diskaun).

12 rizab yang disimpan oleh institusi perbankan (kecuali syarikat diskaun) dengan BNM sebagai mematuhi keperluan rizab berkanun

yang telah ditetapkan. Kesemua institusi perbankan dikehendaki menyimpan dengan BNM jumlah yang sama dengan nisbah keperluan rizab berkanun digandakan dengan tanggungan layak.

13mata wang yang dipegang oleh institusi perbankan dan akaun semasa (termasuk akaun semasa Skim Perbankan Islam atau SPI)

(8)

Begitu juga dengan rizab antarabangsa rasmi negara yang meliputi rizab emas14 dan rizab

pertukaran asing 15. Nilai-nilai ini perlu diurus, difahami dan dilindungi sepenuhnya oleh setiap

pemimpin dan pengurus ekonomi. Setiap penurunan mahupun kenaikan sesuatu komponen dalam rezab negara hendaklah diteliti dan dikaji. Pengurusan rizab negara tidak semudah melihat angka penurunan sebagai negatif dan kenaikan rizab negara sebagai sesuatu perkembangan positif. Kegagalan pemimpin dan institusi memahami bagaimana sistem ekonomi ini beroperasi akan menyebabkan negara mengalami krisis dan kerugian tanpa sebab dalam sekelip mata. Dalam hal ini Tun Mahathir (2000) menyatakan

“Malaysia terus percaya bahawa punca sebenar kegawatan ekonomi dan kewangan adalah perdagangan mata wang oleh dana lindung nilai dan bank. Jika sesebuah negara perlu melakukan sesuatu dengan caranya sendiri bagi melindungi dana lindung nilai, mekanisme perdagangan mata wang perlu difahami sepenuhnya bagi membolehkan sesuatu dirancang untuk mengalahkan spekulator mata wang dalam arena permainan mereka”

(Mahathir, 2000; hal 33)

5.1.2 Pembinaan Bidang-Bidang Utama Ekonomi

Bagi menjana kemakmuran dan keselesaan hidup, pemerintah perlulah membangunkan bidang-bidang utama yang dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang baik, adil dan seimbang adalah antara faktor penyumbang kepada kesejahteraan hidup. Nabi Yusuf a.s. sebagai pemerintah pada ketika itu telah merancakkan kegiatan pertanian demi menjamin kelangsungan hidup mereka pada zaman kemarau. Kemewahan hasil tanaman dapat disimpan untuk masa kegawatan dan selebihnya dinikmati sewaktu zaman kemakmuran. Perkara tersebut dijelaskan seperti berikut :

“Maka menghimpunkan Yusuf akan ahli Mesir yang jauhnya, yang dekatnya dan menyuruh mereka itu bahawa bertanam dan jangan meninggalkan sedikit daripada bumi yang tanam. Maka menyediakan bagi menghidupkan bumi dan membanyakkan dia.” 16

Apakah pembinaan bidang ekonomi utama Malaysia sejak Merdeka hingga kini tepat?!

5.1.2.1 Dekad 50-an dan 60-an

Dalam dekad ini, pertanian sara diri masih merupakan aktiviti utama kepada sebahagian besar rakyat. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu, masih meneruskan strategi ala penjajah (Dasar Pecah dan Perintah) dengan memberikan tumpuan kepada sektor komoditi utama khususnya getah dan bijih timah. Syarikat seperti Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby masih dimiliki British selain estet-estet persendirian yang turut menyumbang kepada hasil Keluaran Negara Kasar (KNK)17 dan Keluaran Dalam Negara Kasar Negara (KDNK)18.

14simpanan emas pegangan bank pusat atau negara yang bertujuan sebagai simpanan nilai dan jaminan untuk menebus janji untuk

membayar penyimpan, pemegang wang kertas, atau rakan dagang, atau mencagarkan mata wang.

15simpanan matawang asing dan bon yang disimpan oleh bank pusat dan pihak berkuasa kewangan

16 Ali Ahmad. 1999. Kisah-kisah Nabi Yusuf dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal 131.

17Ia adalah jumlah nilai tahunan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan sebuah negara. Ia seharusnya mencerminkan pendapatan

(9)

Namun kewujudan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) pada tahun 1966 menjadi langkah permulaan berstrategi jangka panjang kepada pembangunan sektor luar bandar dalam membantu penduduk menyertai aktiviti ekonomi negara khususnya pertanian dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan. Ia menjadi fomular umum kepada mana-mana negara dunia ke 3 yang baru sahaja merdeka pada masa itu.

Dalam masa yang sama program perindustrian juga telah mula dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara. Ini kerana harga komoditi berdasarkan eksport juga tidak stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import.

5.1.2.2 Dekad 70-an dan 80-an

Sektor pertanian masih penting pada dekad 70-an dan 80-an dalam pembinaan bidang utama ekonomi negara. Usaha-usaha membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan, penyusunan semula masyarakat dan memperbetulkan ke tidak seimbangan ekonomi masih menjadikan sektor ini sebagai strategi utama. Peranan besar yang dimainkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Tun Abdul Razak Hussein melalui Federal Land Development Authority (FELDA)19 begitu signifikan.

Sejak tahun 70-an juga, kerajaan mula berusaha mempelbagaikan bidang ekonomi. Antara sektor tumpuan ialah sektor pembuatan yang berasaskan eksport. Sektor seperti tekstil dan elektrik serta elektronik menjadi tumpuan kerana kelebihan dalam penggunaan sumber buruh. Industri yang berasaskan pengilangan ini telah menampung keperluan pekerjaan yang ramai di samping memenuhi hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Iklim politik serta dasar pelaburan yang “mesra” turut menyumbang kepada peningkatan Foreign Direct Investment (FDI) seterusnya ekonomi negara yang sihat.

Mulai tahun 80-an pula, industri pembuatan berat mula diperkenal dan digalakkan bagi memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara serta menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi tinggi. Ketika itu kerajaan mengambil tempat pertama dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat. Ini kerana sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.

5.1.2.3 Dekad 90-an dan 00-an

Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan kegiatan ekonomi penting namun ia diandaikan tidak mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun. Malah pengalaman dalam dekad 80-an menyaksikan bahawa harga komoditi utama mampu jatuh dengan teruk. Ia mampu menggugat prestasi ekonomi lalu mendorong kerajaan memperkukuhkan sektor industri dan pembuatan.

18Jumlah nilai pasarankeseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu.

Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang.

(10)

Sektor pembuatan diyakini mampu memainkan peranan lebih dinamik dengan sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang-peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran. Sehubungan dengan itu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke 4 (Tun Mahathir Mohamed) telah menggariskan Pelan Induk Perindustrian (PIP) pada tahun 1986 dalam usaha meletakkan asas lebih kukuh negara menjadi sebuah negara perindustrian yang maju.

Di era tahun 90-an juga dunia amnya dan Malaysia khususnya diperkenalkan dengan bidang ICT (Information and Communication Technology). Elemen ini telah memperkukuhkan lagi bidang industri pembuatan negara dan industri ICT itu sendiri. Kepimpinan Tun Mahathir telah membawa idea dan gagasan ICT ke satu tahap tersendiri. Sektor utama ekonomi yang berasaskan ICT di galakkan. Penubuhan Cyberjaya pada 1997 merupakan satu komitmen tertinggi kepimpinan Tun Mahathir ketika itu dalam terus memacu pembangunan ekonomi negara. Cuberjaya menjadi tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) dan diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.

5.1.2.4 Alaf Baru Abad ke 21

Dalam menuju kepesatan negara industri, sektor pertanian dilihat mula tertinggal dan dilupakan. Walaupun kerajaan mempunyai Dasar Pertanian Negara (DPN) yang komprehensif20 ia

tidak diserlahkan menerusi prestasi dan hasil. DPN tidak mendapat sambutan dan tenggelam dalam arus dasar-dasar lain yang dilihat lebih realistik serta memberikan ruang pekerjaan kepada graduan. Sektor pertanian juga sinonim dengan tanggapan pekerjaan kotor dan tiada masa depan.

Akhirnya apa yang berlaku kini ialah persepsi bahawa mengimport bahan makanan lebih efisien berbanding mengusahakannya sendiri. Peningkatan pelbagai kos input pertanian dan kelebihan amalan ekonomi skala21 bidangan yang dilakukan oleh negara pertanian lainnya menambahkan

lagi persepsi negatif kepada bidang ini. Negara dilihat terperangkap dengan pilihan-pilihan ekonomi yang berasaskan keuntungan semata-mata. Namun negara tidak boleh terus membiarkan pilihan-pilihan ekonomi ini berterusan hingga menjejaskan keselamatan negara. Ini kerana andaian serta spekulasi tentang punca kemerosotan makanan utama iaitu padi seharusnya diambil iktibar. Sesebuah negara yang kuat ialah negara yang mempunyai sumber makanan yang mencukupi serta sumber manusia yang berkualiti.

Kenaikan harga beras dan makanan asas lain seharusnya memberi petunjuk kepada kepimpinan negara bahawa kawasan pertanian tidak boleh lagi ditukarkan statusnya kepada pelbagai kawasan komersial atau perumahan. Kawasan penanaman padi yang baru harus dicari, per tingkatkan teknologi, pengurusan serta penyelidikan agar penanaman padi dapat dijalankan melebihi 2 kali setahun. Krisis makanan bakal wujud22 dan sekuriti makanan negara harus berada dalam keadaan

terbaik. risis yang melibatkan bahan makanan seperti beras dan tepung itu jika tidak dibendung akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

20Dasar Pertanian Negara 1 (1984-1991), Dasar Pertanian Negara 2 (1992-1997) dan Dasar Pertanian Negara 3 (1998-2010)

21"Ekonomi skala" ialah konsep jangka panjang yang memaksudkan penyusutkan kos seunit apabila meningkatkan saiz kemudahan

dan takat penggunaan masukan lain. Lebih banyak barangan maka akan lebih murah kos sunitnya.

(11)

5.1.3 Perancangan Tepat Dan Berkesan.

Perancangan yang tepat dan kehadapan (futuristic) menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara dengan mengimbangi kadar penghasilan, penabungan, perbelanjaan serta reformasi sistem perekonomian.23 Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah dalam ayat yang berikut :

47. Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; Maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.

48. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

Perancangan yang tepat dan berkesan lahir dari kepimpinan yang berpengetahuan. Pemimpin perlu arif dalam bidangnya mahupun sanggup belajar dan menerima pendapat orang lain. Walaubagaimanapun di akhir segala-galanya, tindakan pemimpin lah yang menentukan kejayaan. Kecuaian dan kesilapan menyusun strategik mampu membawa bencana besar pada ekonomi negara.

Sebagai contoh kepimpinan Tun Mahathir dalam menyelesaikan kegawatan ekonomi (1997-1999) Malaysia ketika itu merupakan sesuatu keputusan yang tepat dan berkesan. Tun Mahathir (2000) dalam bukunya “Krisis Matawang Malaysia: Bagaimana dan Mengapa Ia Berlaku” antara lain merancangkan melakukan tukaran asing berpilih-pilih iaitu 1997-1999 iaitu:

Pasaran ringgit luar pesisir dihapuskan!

 Penetapan kadar tukaran bagi ringgit iaitu RM3.80 bagi setiap dolar Amerika!

 Satu “peraturan 12 bulan” bagi menyekat pengaliran keluar dana portfolio bagi tempoh setahun!

5.1.4 Pengurusan Cekap dan Berwibawa.

Pengurus yang bijak, cekap dan berwibawa amat diperlukan sewaktu menangani situasi yang getir. Oleh yang demikian maka tepatlah apabila Nabi Yusuf a.s. mengambil posisi yang amat penting dan strategik bagi memastikan segala perancangan yang dibuat membuahkan hasil yang diharapkan. Perkara tesebut juga dijelaskan oleh Allah dalam ayat 54 sehingga ayat ke-56. Maksud ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut:

54. Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar Aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku". Maka tatkala raja Telah bercakap-cakap dengan Dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai di sisi kami".

(12)

55. Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); Sesungguhnya Aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan".

56. Dan Demikianlah kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (Dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Mesir itu. kami melimpahkan rahmat kami kepada siapa yang kami kehendaki dan kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

Adalah terlalu penting memilih pemimpin yang cekap, berwibawa, berintegriti, berpengetahuan dan berkesan dalam mengurus ekonomi. Malaysia beruntung kerana mempunyai kepimpinan seperti Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz24 dalam mengurus kewangan

dan perbankan negara. Penyelesaian kepada kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang, pengurusan kadar faedah dan lain-lain perlulah diserahkan kepada mereka yang benar-benar “ahli”25.

Dari peringkat politik, Malaysia juga pernah menerima pimpinan seorang tokoh guaman dan perniagaan (perbankan) terkenal seperti Tun Daim Zainuddin26. Ketika era 1980an, ekonomi

Malaysia berada di landasan terbaik. Beliau sekali lagi membuktikan kecemerlangan dalam menyelesaikan masalah ekonomi pada era 1990an. Tun Mahathir dalam catatannya “Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad” menukilkan;

“Di permukaan Tun Daim dilihat seperti tidak gemarkan politik tetapi beliau memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Beliau berjaya memandu ekonomi Malaysia pada tahun-tahun paling mencabar tetapi tidak menunggu untuk menikmati hasil kejayaan dasar-dasar beliau. Beliau meletak jawatan tetapi sedia membantu kerajaan dengan memberikan idea dan kritikan terbuka tanpa rasa takut dan berat sebelah. Apabila dipanggil semula menganggotai kabinet, beliau menerimanya secara sukarela dan apabila tiba masa untuk mengundur diri beliau juga secara sukarela melepaskan jawatan kanan sebagai Menteri Kewangan – tanpa drama, pengaliran air mata atau dendam terhadap mereka-mereka yang memburukkannya”

(Mahathir, 2012. hal 617)

5.1.5 Mekanisme Pengawalan Pengurusan Yang Mencapai Objektif.

Islam menggariskan agar penggunaan pengeluaran dikawal selia dengan baik daripada disalahgunakan. Ia merupakan tindakan penting untuk menjaga kebajikan semua selain daripada menitikberatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.27 Justeru perkara tersebut dapat menghindarkan

daripada kegiatan monopoli oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Peranan Nabi Yusuf 24Gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 2000 hingga kini.

25 Pada Tahun 2009, Majalah Global Finance, menamakan beliau Ketua Pusat Bank terbaik dunia ini.

Pada Tahun 2010, sebagai "Tokoh Ma'al Hijrah 1432H". Pada 20 Mei 2011, kolumnis Bloomberg menamakan beliau sebagai calon untuk mengetuai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pada Tahun 2013, sekali lagi diberi "Gred A" di kalangan ketua-ketua bank Pusat Untuk kali ke-10 oleh Majalah Global Finance. Pada masa kini beliau juga adalah Pengerusi Institut Kewangan Asia.

26 Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984. Setelah enam tahun memegang jawatan Menteri Kewangan dan merasakan ekonomi

(13)

mengumpul dan mengawal simpanan makanan pada ketika itu akhirnya mencapai objektif yang diharapkan iaitu menghindari kebuluran sewaktu kemarau. Teks di bawah menjelaskan tindakan baginda:

Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya.28

Dalam konteks negara, Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)29 berfungsi mengawal bekalan

barang-barang yang telah diishtiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi. Ia juga memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti-aktiviti haram seperti perbuatan menyorok atau enggan menjual barang kawalan. Akta ini memberikan jaminan agar rakyat (pengguna) mendapat bekalan sewajarnya. Begitu juga dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan yang disenaraikan. Namun apa yang lebih penting daripada akta ini ialah pelaksanaan dan penguatkuasaan terhadap barangan dan harga yang disenaraikan tersebut. Pemimpin perlu tegas dan tidak mudah terpengaruh dengan alasan pengeluar, pemborong dan peniaga yang tidak kukuh. benar-benar kukuhg. Pasaran domestik Malaysia yang tidak begitu luas memungkinkan sebilangan pemborong atau peniaga mampun mengawal pasaran.

5.1.6 Pengagihan Dan Pengurusan Sumber Secara Tepat Dan Berkesan.

Islam mendukung prinsip keadilan dalam ajarannya. Keadilan dapat menghindarkan daripada berlakunya penyelewengan dan memadamkan perasaan tidak puas hati. Nabi Yusuf telah melakukan cara terbaik dalam aspek pengagihan makanan sewaktu zaman kemarau. Oleh itu, penduduk Mesir terselamat daripada kebinasaan yang diakibatkan oleh kemarau selama tujuh tahun. Teks yang sama (seperti perkara 5.1.5) juga telah menjelaskan tindakan tepat baginda pada waktu itu:

“Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya. ”

30

Peristiwa 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak akan betapa pentingnya pengagihan dan peruntukan sumber yang adil, tepat dan berkesan. Dasar “Pecah dan Perintah” British membentuk polarisasi kaum berdasarkan sektor ekonomi yang terpaksa dibetulkan semula oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenal oleh Tun Abdul Razak sebagai satu program sosioekonomi mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ke tidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

5.1.7 Skim Penyimpanan Buat Masa Hadapan (tabungan).

27 Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim. 1998. Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. (pent) Mujaini bin Tarimin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. hal 62.

28 Ali Ahmad. 1999. Kisah-kisah Nabi Yusuf dalam Kesusasteraan Melayu. hal 132.

29 Barang-barang yang dikawal bekalannya seperti gula. susu, baja, petrol, roti dan lain-lain seperti yang tersenarai pada akta

(14)

Islam melarang umatnya daripada melakukan pembaziran daripada segenap aspek. Lebihan pendapatan ataupun harta selain dikeluarkan zakat31 perlulah disimpan buat masa akan

datang bagi persediaan perkara-perkara kecemasan, kesempitan hidup dan sebagainya. Nabi Yusuf a.s. telah mempraktikkan usaha tersebut. Hasil simpanan makanan yang telah dikumpulkan dapat mengelakkan mereka daripada mati kebuluran. Hal tersebut dapat difahami daripada teks berikut:

“Maka menyuruh Yusuf membuat akan gedung beberapa khaza’in barang yang tiada dapat mengirakan dan tiada dapat membilangkan dia dan tiada dapat diperikan panjangnya dan lebarnya atas kadar lulus barang yang dapatnya daripada tanaman tahun itu.” 32

Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan kesedaran tentang pengurusan kewangan peribadi kepada rakyatnya. Dalam hal ini, simpanan dan tabungan merupakan satu prinsip asas yang telah diusahakan sama ada secara paksa mahupun sukarela. Ia perlu dipergiat, digalak dan diefesyenkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka. Begitu jua dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia. PNB merupakan syarikat induk bagi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menjalankan skim dana amanah khususnya untuk kepentingan bumiputera.

5.1.8 Perbelanjaan Mengikut Keutamaan, Berjimat Cermat dan Bersederhana.

Pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti keperluan ekonomi negara semasa.33 Selain itu, perbelanjaan mestilah dilakukan dengan berhemat dan

bersederhana. Tindakan tersebut perlu bagi memanfaatkan secara optimum sumber-sumber terhad sewaktu saat-saat genting. Ia juga dapat mengelakkan kebocoran sumber kepada perkara yang sia-sia. Teks yang serupa juga dapat kita fahami akan perkara ini:

“Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya.”

34

Berbelanja mengikut keutamaan, berjimat cermat dan bersederhana adalah merupakan satu sikap yang perlu dibimbing dan dilatih. Ia sukar dibina kecuali dicontohkan oleh pemimpin sendiri. Hanya dengan contoh-contoh maka rakyat akan menerima sikap serta nilai yang tidak popular dan seterusnya membentuk budaya baru dalam masyarakat. Namun amalannya menjadi semakin sukar dalam keadaan ekonomi makmur dan kehidupan masyarakat yang sejahtera. Amalan berhutang dan berbelanja boros wajar dihindarkan. Krisis ekonomi mampu melanda secara

tiba-31 Setelah cukup segala syaratnya menurut syarak.

32 Ali Ahmad. 1999. Kisah-kisah Nabi Yusuf dalam Kesusasteraan Melayu. hal 132.

33 Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. 1998. Pengurusan Makro Ekonomi Negara Dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam. hal 8.

(15)

tiba dan pada ketika itu dibimbangi nilai dan sikap yang negatif sudah menjadi gaya hidup dan sukar di tinggalkan. Krisis hutang dan perbelanjaan Negara Greece wajar dijadikan ikhtibar.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqan, ayat 67)

5.1.9 Pengurusan Risiko Bagi Melindungi Harta Dan Sistem Ekonomi.

Setiap individu mahupun organisasi sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko. Pengurusan risiko dapat ditakrifkan sebagai suatu proses yang sistematik untuk mengenal pasti dan menilai risiko yang mungkin dihadapi. Kemudian memilih dan melaksanakan teknik-teknik pengendalian risiko yang paling sesuai untuk mengawasi risiko yang telah dikenal pasti selaras dengan matlamat individu atau organisasi tersebut.35 Kisah Nabi Yusuf menerangkan bahawa

risiko yang bakal dihadapi oleh sekalian penduduk Mesir adalah kemarau yang berpanjangan dan langkah-langkah perlu untuk mereka, bagi mendepani perkara tersebut. Kecerdikan Nabi Yusuf dalam menangani risiko telah menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Tindakan tersebut dapat difahami daripada petikan berikut:

“Maka menyeru Yusuf a.s. akan segala manusia jangan kamu tanam sesuatu hingga lalu masa tujuh tahun ini. Maka bahawasanya binasa benih kamu dan tiada tumbuh bagi kamu sesuatu.” 36

Dalam konteks masa kini, pengurusan risiko (insurans) dalam kehidupan diterjemahkan kepada penyelesaian sistem “Takaful” yang saling menjamin. Industri ini berkembang pesat malah Malaysia merupakan negara perintis kepada pengurusan risiko berdasarkan syariah. Peserta yang mengambil perlindungan takaful perlu berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Ia diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Lalu sektor ini perlu di kembang luaskan dan galakan sokongan tidak berbelah bahagi

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan". (Al-Maaidah, ayat 2)

6.0 Nilai Kepimpinan Unggul Dalam Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.

Setelah meneliti nilai-nilai dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Nabi Yusuf a.s, beberapa prinsip dapat dirumuskan sebagai panduan dalam menjalani kegiatan ekonomi. Ia boleh dijadikan ikhtibar kepada pemimpin mahupun rakyat yang memilih pimpinan dalam mengurus ekonomi sekali gus bersedia menghadapi krisis ekonomi sekiranya berlaku. Senarai prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

(16)

6.1

Ketaqwaan (At-Taqwa)

Adalah penting memiliki pemimpin yang mempunyai sifat Taqwa. Iaitu pemimpin yang memelihara hubungan yang baik dengan tuhan, memelihara diri jangan sampai terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai, memelihara segala perintahNya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangannya supaya dapat dijauhi. Ia sesuai dengan penyataan Rukun Negara yang pertama di mana Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. “Longgar” dalam kehidupan beragama akan meruntuhkan keperibadian seseorang pemimpin, masyarakat, bangsa dan negara.

Ketaqwaan merupakan asas penting kepada seseorang pemimpin dalam mengurus ekonomi negara. Ketaqwaan dalam erti kata sebenar akan menyediakan seseorang itu ke arah kesucian hati dan kebersihan luaran. Kesucian hati akan mencernakan akhlak yang murni seorang pemimpin seperti amanah, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya dalam melakukan sebarang tindakan. Kebersihan luaran pula meliputi pembudayaan sikap positif seperti berdisiplin, bersih, kemas dan keperibadian yang tinggi.37 Nilai taqwa perlu dipegang oleh setiap pemimpin terutamanya dalam

mengharungi krisis ekonomi. Ia tidak harus diambil remeh, kerana dalam masa yang sama ia melibatkan elemen kepercayaan rakyat. Tidak akan berlaku pemulihan ekonomi tanpa pemulihan kepercayaan dengan menampilkan orang-orang yang bersih dari sebarang kecacatan moral, rasuah dan sebagainya. Oleh kerana itulah hikmah Allah menampilkan Nabi Yusuf a.s. yang mempunyai akhlak dan ketaqwaan yang tinggi serta kebijaksanaan bagi mengatasi bencana yang melanda.38

6.1.1

Keadilan dan Ihsan (al-Adl wal Ihsan)

Pemimpin harus adil, tidak berat sebelah, tidak memihak dalam keputusan, berpihak kepada yang benar atau berpegang kepada kebenaran, berlaku sepatutnya dan tidak bertindak sewenang-wenang. Manakala ihsan pula ialah berbuat baik. Di dalam Islam sesuatu keadilan perlu di laksanakan bersekali dengan prinsip ihsan. Prinsip al-Adl wal Ihsan menganjurkan bahawa sistem ekonomi dan pengurusannya mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan ekonomi dan ekonomi kerjasama. Penghayatan semangat keadilan dalam penyelenggaraan setiap aktiviti ekonomi merupakan kemuncak keutuhan sistem ekonomi bernegara manakala ekonomi kerjasama akan mewujudkan kestabilan dan kemapanan perjalanan ekonomi.39 Konsep at-ta’awun

(tolong menolong dalam kebaikan) dapat diterapkan dan persaingan tidak sihat dapat dihindarkan. Pemimpin yang mampu membawa gagasan ini, natijahnya ialah sebuah masyarakat yang adil dengan segala kemaslahatannya diambil kira, suasana aman, sifat kerjasama dan persaudaraan menjadi subur serta kehidupan bertambah makmur dikecapi.

6.1.2

Kebertanggungjawaban (Mas’uliyyah)

Kebertanggungjawaban juga dikenali sebagai akauntabiliti. Nilai ini ditekankan kepada pemerintah ataupun pengurus ke atas segala tindakan dan strategi yang diambil untuk memakmurkan ekonomi. Ia juga berkaitan dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

37 Nik Mustapha Nik Hassan. 2002. Institusi Ekonomi Islam di Malaysia: Satu Analisis Cadangan. Ekonomi Islam dan

Pelaksanaannya di Malaysia.ms 294.

38 Al-Khairun, Hasan Muhd. Bin Ghazali. 2003. 140 Tips Mencari Rezeki Yang Halal Untuk Mencapai Kekayaan. Johor Bahru:

Perniagaan Jahabersa. hal 314.

39 Nik Mustapha Nik Hassan. 2002. Institusi Ekonomi Islam di Malaysia: Satu Analisis Cadangan. Ekonomi Islam dan

(17)

Pemimpin yang bersifat “lepas tangan” dan menyerahkan segala tugasan mahupun keputusan kepada pihak ketiga bakal mengundang bencana besar. Justeru, penekanan ke atasnya akan menjauhkan segala bentuk pembaziran sumber dan sikap rakus dan haloba terhadap sumber ekonomi. Tugas pembangunan yang dihayati adalah untuk membawa kesejahteraan manusia secara holistik, memberi manfaat kepada umum, dijalankan secara berhemat dan berpaksikan sifat kesederhanaan dan menyedari bahawa ianya adalah taklif (beban kewajipan) bukannya tashrif (kemuliaan).40

6.1.3

Kecekapan (Kifaaah)

Kecekapan pemimpin dalam mengurus dan merancang akan membawa kejayaan sesebuah pengurusan ekonomi. Pengurus yang cekap melambangkan kebijaksanaan dan kewibawaannya serta ia amat diperlukan sewaktu menangani situasi yang getir. Oleh yang demikian maka tepat lah apabila Nabi Yusuf a.s. mengambil posisi yang amat penting dan strategik bagi memastikan segala perancangan yang dibuat membuahkan hasil yang diharapkan. Perkara tesebut juga dijelaskan oleh Allah dalam ayat 54 sehingga ayat ke-56. Selain itu, perancangan yang tepat dan kehadapan (futuristic) menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara dengan mengimbangi kadar penghasilan, penabungan, perbelanjaan serta reformasi sistem perekonomian.41

7.0 Penutup

Al-Qur’an menerangkan bahawa kegawatan ekonomi harus ditangani oleh mereka (pemimpin) yang cukup berwibawa dalam erti memiliki keutuhan moral, kompetensi dan pengetahuan yang meyakinkan. Peranan moral menjadi keutamaan utama penulisan ini sekaligus ketaatan agama seorang pemimpin yang tidak harus diremehkan dalam mengatasi krisis ekonomi. Ini kerana segala nilai dan tindakan pemimpin melibatkan tuntutan kredibiliti dan kepercayaan. Tidak akan berlaku pemulihan ekonomi sebenar tanpa pemulihan kredibiliti dan kepercayaan. Sehubungan itu pemimpin perlu ditampilkan sebagai orang-orang yang bersih dari sebarang kecacatan moral dan rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya. Oleh kerana itulah hikmah Allah menampilkan Nabi Yusuf a.s. bagi melihatkan bahawa betapa pentingnya pemimpin yang bersih dengan pimpinannya yang dibimbing dengan agama bagi mengatasi bencana yang melanda.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

“Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya. Seorang pemimpin yang memimpin masyarakat, dia bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya terhadap mereka.

Seorang suami menjadi pemimpin ke atas ahli keluarganya, dia bertanggungjawab dan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya terhadap mereka.

Seorang isteri menjadi pemimpin di atas urusan rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan dia akan ditanya (di akhirat kelak) tentang kepimpinannya dalam urusan tersebut.

40 Shaikh Mohd. Saifuddin Shaikh Mohd. Salleh. 2002. Kesan Perkembangan Teknologi ke atas Ekonomi: Satu Perspektif Islam.

Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. ms 95.

(18)
(19)

Rujukan

Ab. Aziz Yusof. (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan Dari Dimensi Kemanusiaan. Malaysia: Pearson Prentice Hall.

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad. (2008).

Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2007). Teori dan Teknik Kepimpinan : Panduan Aplikasi di Tempat Kerja (Edisi Kelima.). Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Abdullah Basmieh. 1998. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-qur’an. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Abdullah bin Ahmad Mubarak. 1996. Kisah Para Nabi dan Rasul. Jilid 1. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim. 1998. Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. (pent) Mujaini bin Tarimin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Khairun, Hasan Muhd. Bin Ghazali. 2003. 140 Tips Mencari Rezeki Yang Halal Untuk Mencapai Kekayaan. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Al-Maraghiy, Ahmad Mustafa. 2001. Tafsir Al-Maraghiy. Juzuk 11- 12. (pent) Muhammad Thalib. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad. 1999. Kisah-kisah Nabi Yusuf dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ash-Shabuni, Muhammad Ali. 1996. Kemuliaan Para Nabi. (pent) Saiful Mohd Ali. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa.

Bakhari Ariff. 2007. “Kajian Personaliti Politik Pemimpin”. PEMIKIR. Julai-September 2007. Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn Bhd

Carlos Wing Hung Lo, (1998). Socialist Legal Theory in Deng Xiao Peng’s China. Journal of Asian Law. Bil. 11. No. 2. Spring 1998.

Clark, T. J. (1999). Success Through Quality. Milwaukee, Wisconsin: ASQ Quality Press.

Harper, C. L. (1993). Exploring Social Change. Second Edition. New Jersey. Prentice Hall.

Huntington, Samuel P. (1996). The Clash of Civilizations and the Remarking of World Order.

(20)

Khairul Azman Mohd Suhaimy. (2009).

Pemikiran Pembangunan berteraskan sistem

nilai budaya kajian terhadap pendekatan Dr. Mahathir Mohamad 1981-1986

.

Thesis PhD. Universiti Utara Malaysia.

Knippenberg, D. V. dan Hogg, M. A. (2003). Leadership and Power: Identity Process in Group and Organizations. London: SAGE Publications.

Lim Chee Chee. 2003. Pengurusan Risiko dan Insurans. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Nahid Golafshani. (2003).

Understanding Reliability and Validity in Qualitative

Research

. The Qualitative Report

.

Bil. 8. No. 4. hal: 597-607.

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. 1998. Pengurusan Makro Ekonomi Negara Dari Perspektif Islam.

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Mahathir Mohamad. 2000. Krisis Matawang Malaysia: Bagaimana dan Mengapa Ia Berlaku. Selangor: Pelanduk Publication

Mahathir Mohamad. 2012. Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Petaling Jaya: MPH Group Publishing

___________________________. 2002. Ekonomi Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Patton, M. Q. (2001).

Qualitative evaluation and research methods. (3

rd

edition).

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Untuk penyebab lain dari penyakit iifiii raja iinga ini adalah gaya hidup yang kurang sehat karena kita ketahui.. Sebenarnya yang menjadi pokok permasalahan berkembangnya

Ini berarti makin ke atas ukuran molekul makin kecil, maka gaya tarik- menarik antar-molekul (gaya Van der Waals) akan makin kecil. Perhatikan juga titik didih dan titik

[r]

PEMERINTAH PROVINSI BALI RUMAH SAKIT JIWA. PENANGANAN

To sum up the above explanation, the application of text to self-connection technique accomplished the research purposes as follows: firstly, the use of text to

Media booklet yang dibuat memiliki jenis huruf yang digunakan sama pada setiap lembar yaitu, Times New Roman, booklet juga memiliki spasi yang bervariasi antar baris

Memperhatikan ketentuan-ketentuan Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 54 Tahun 2010 tentang Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah sebagaimana diubah terakhir dengan

Berdasarkan hasil penelitian yang didapatkan peneliti tentang pemahaman perawat tentang penerapanRJPdipengaruhi oleh beberapa faktor diantaranya yaitu umur, pendidikan,