• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Penjajahan Barat Di Asia Tenggara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Penjajahan Barat Di Asia Tenggara"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Analisakan Konsep Penjajahan Barat Di Asia Tenggara Dan Setakat Mana Thailand Boleh Dianggap Sebagai Bebas Dari Gerakan Tersebut.

Konsep penjajahan di Asia Tenggara dapat dilihat dalam tiga keadaan iaitu dalam bentuk imperialisme, kolonialisme dan juga mekantalisme. Ketiga- tiga bentuk penjajahan ini telah berlaku di semua negara di Asia Tenggara namun dalam keadaan yang berbeza mengikut prinsip penjajahan yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Barat tersebut.

Penjajahan yang utama yang sering dilakukan oleh pihak Barat adalah dalam bentuk imperialisme. Imperialisme berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘imperium’ yang merujuk kepada perhubungan sesebuah kuasa harmoni dengan wilayah-wilayah di bawahnya. Dasar imperialisme ini juga merujuk kepada sistem pemerintahan serta perhubungan ekonomi dan politik negara-negara yang kaya dan berkuasa , mengawal dan menguasai negara-negara lain yang mundur dan miskin bagi tujuan mengeksploitasi sumber-sumber yang ada supaya menjadi kaya dan berkuasa.1

Imperialisme yang berlaku di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua iaitu imperialisme konservatif dan imperialisme baru. Menurut Disraeli, Rhodes dan Ruyard , imperialisme dilakukan oleh kuasa barat kerana “tanggungjawab kuasa Barat”. Hal ini demikian kerana orang Barat berasa bangga dengan budaya dan peradaban mereka yang tinggi berbanding masyarakat di Asia Tenggara kerana lebih maju dari segi sains dan teknologi. Manakala Fieldhouse dan Robinshon menyatakan bahawa faktor politik , ketenteraan dan persaingan kuasa-kuasa di Eropah sebagai faktor utama imperialisme oleh kuasa Barat.2 Hal ini disebabkan oleh keadaan di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi mendapatkan pengiktirafan dunia sebagai kuasa besar.

Imperialisme lama biasanya dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat berasaskan tiga tujuan iaitu glory, gold dan gospel.3 Hal ini dapat dilihat pada negara Vietnam selepas dikuasai oleh Perancis. Penguasaan Perancis terhadap hampir keseluruhan wilayah Vietnam dan Indochina

1 Nicholas Tarling.(2003). Imperialisme In Southeast Asia. New York. Routledge. Hlm 9

2 Qasim Ahmad.(1999). Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi Dan Politik.

Sabah.Universiti Malaysia Sabah. Hlm 193

(2)

bermula disebabkan keinginan Perancis untuk menyebarkan agama Kristian. Namun keadaan ini berubah apabila Perancis menjadikan Vietnam sebagai landasan bagi menjaga kepentingan ekonomi Perancis. Hal ini demikian kerana Perancis menjalinkan hubungan baik dengan China atas tujuan perdagangan. Oleh hal yang demikian Perancis perlu mencari kawasan yang mampu memberikan jaminan terhadap kelangsungan hubungan tersebut dan Perancis telah melihat Vietman adalah kawasan yang sesuai bagi tujuan tersebut kerana terletak di ‘pintu masuk China’.

Selain itu, imperialisme baru berlaku disebabkan faktor ekonomi kerana berlaku revolusi perindustrian dan kemajuan teknologi di Eropah bagi membantu memajukan ekonomi Eropah.4 Keadaan ini berlaku kerana dorongan daripada golongan berkepentingan di Eropah yang mencari alternatif lain untuk menguasai kawasan- kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah ekoran permintaan terhadap bahan mentah yang semakin meningkat di Eropah.5 Malah imperialisme juga dijalankan bagi menyediakan kawasan pasaran bagi produk yang dikeluarkan di Eropah.

Seterusnya penjajahan oleh kuasa Barat turut dilakukan dalam bentuk kolonialisme. Kolonialisme berasal daripada perkataan koloni atau tanah jajahan yang ditakluk oleh kuasa-kuasa asing yang bermotifkan ekonomi.6 Kolonialisme juga dianggap sebagai pengembangan kekuasaan sesebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya dengan tujuan untuk mendominasi ekonomi dari segi sumber, tenaga kerja dan pasaran. Malah penjajahan melalui konsep kolonialisme memperlihatkan kemasukan prinsip yang dipegang oleh kuasa Barat ke atas negara yang dijajah yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial.7 Oleh itu kesan kolonialisme ini dapat dilihat apabila berlakunya penghapusan sistem beraja. Hal ini demikian kerana sebelum kedatangan Perancis, maharaja berkuasa mutlak dan dianggap suci dengan agama sebagai alat pengukuhan. Namun selepas kemasukan Perancis, maharaja Cuma sebagai boneka dan hanya berkuasa dalam adat dan agama sahaja. Sementara aspek ekonomi, politik dan sosial Vietnam

4 Jeffrey D. Sachs.(1999). Twentieth- century political economy: a Brief history of global capitalism. London. Oxford

University Press. Hlm 91.

5 Vladimir Lenin.( 1916).Imperialisme : The Highest Stage Of Capitalism.Toronto. Penguin Books. Hlm VII 6 J. A. Hobson.(2005). Imperialisme: A Study. New York. Old Chelsea Station. Hlm 7

(3)

diuruskan dan dikuasai oleh pegawai Perancis.8 Keadaan ini juga berlaku di Tanah Melayu dan Thailand.

Penjajahan Barat di Asia Tenggara juga dilakukan melalui dasar mekantalisme. Dasar mekantalisme merujuk kepada suatu doktrin ekonomi yang dijalankan oleh negara-negara Barat akibat kemunculan negara bangsa ( nation states).9 Matlamat dasar mekantalisme ini dijalankan adalah untuk menambah kekayaan, kekuasaan dan kebajikan negara melalui pemilikan sumber- sumber bahan mentah yang berharga. Hal ini demikian kerana pemilikan sumber galian yang banyak oleh sesebuah negara menjadi sandaran kepada mata wang dan menjadi asas kekayaan dan kekuatan sesebuah negara.

Penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat ke atas negara-negara di Asia Tenggara lebih memperlihatkan usaha mereka untuk mencari kekayaan dan memperkukuhkan kuasa dan kedudukan mereka di Eropah. Walau bagaimanapun dapat dikatakan bahawa penjajahan yang dilakukan melalui dasar imperialisme telah mengerakkan sekali dasar kolonialisme dan mekantalisme Barat di Asia Tenggara. Thailand merupakan salah sebuah negara yang terdapat di rantau Asia Tenggara dan dalam konteks sejarahnya, terdapat beberapa tokoh sejarah yang mendakwa bahawa Thailand merupakan antara salah satu negara yang tidak pernah dijajah langsung oleh kuasa Barat. Hal ini demikian kerana mereka mendakwa bahawa pemerintah monarki Thailand telah mengambil langkah bijak dengan ‘membaratkan’ seluruh sistem pentadbiran dan aspek sosial rakyat Thailand demi menyelamatkan kedaulatan negaranya dari dijajah. Namun demikian, secara realitinya pemerintah Thailand sendiri sebenarnya enggan mengakui bahawa sememangnya dan sebenarnya Thailand memang dijajah biarpun tidak secara langsung oleh kuasa Barat. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa aspek yang dibangkitkan.

Pertama, penjajahan di Thailand mempunyai hubung kait secara langsung dengan sistem politik di Eropah. Hal ini demikian kerana pada abad ke-19, negara Eropah khususnya The Great Brittain mengalami proses modenisasi kesan dari zaman pencerahan dan reformasi yang berlaku di Eropah. Eropah mencapai zaman kegemilangannya setelah berjaya membebaskan diri dari zaman gelap pada abad ke-16. Pada ketika itu, berlaku kemerosotan kuasa golongan feudal di Eropah. Golongan feudal seperti bangsawan, tuan tanah dan ahli gereja telah kehilangan

8 Wan Abdul Rahman Latif.(2001). Sejarah perkembangan tamadun dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka. Hlm 288.

(4)

kuasanya akibat dari kesedaran politik yang timbul dalam kalangan masyarakat. Maka, ramai pemikir telah muncul dan mengeluarkan cetusan idea baru tentang sistem berkerajaan misalnya Montesque yang telah mencetuskan Revolusi Perancis sekaligus menamatkan pemerintahan mutlah di Perancis. Rakyat pada zaman ini telah mula mempersoalkan hak mereka dan menuntut kedaulatan serta kebebasan dalam sistem pemerintahan. Hal ini demikian kerana selama ini rakyat telah terkongkong dengan sistem feudalisme yang lebih menekan rakyat. Misalnya melalui sistem feudalisme yang dijalankan di Eropah, raja dan bangsawan berperanan sebagai tuan tanah dan rakyat terpaksa bekerja demi menyara raja. Maka bertitik tolak dari keadaan ini, seluruh negara Eropah telah diubah mengikut sistem dan corak pemerintahan baru yang sekaligus telah mempengaruhi sistem ekonomi dam sosialnya. Misalnya dalam bidang ekonomi, mereka telah mula menghapuskan sistem merkantalisme yang selama ini mengongkong negara Eropah.10 Kesannya, monopoli ekonomi dan perdagangan yang dikawal golongan atasan telah dihapuskan dan sistem ekonomi baru yang lebih liberal telah diwujudkan. Perubahan-perubahan yang dijalankan ini sekaligus telah menggantikan sistem empayar yang bertapak kukuh selama ini kepada sistem negara/state.

Oleh itu, Thailand tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa bahawa mereka tidak pernah dijajah. Hal ini demikian kerana negara Thailand mengalami transformasi dari sistem empayar kepada sistem negara. Sistem empayar merupakan sebuah sistem politik supernasional yang mana ia berasal daripada idea imprealisme yang mencetuskan penaklukan terhadap negara-negara lain. Pemusatan kuasa berlaku dalam keadaan ancaman ataupun paksaan. Melalui konsep empayar, mereka yang terlibat akan mengubah, membentuk institusi baru serta adat dan idealogi bangsa-bangsa lain. Manakala, konsep negara/state pula berbeza. Negara merupakan satu kumpulan masyarakat yang teratur di bawah sesebuah kerajaan yang memerintah di sesebuah kawasan yang tertentu. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa negara Thailand sememangnya dijajah kerana Thailand telah mengubah dasar negaranya. Konsep negara itu sendiri merupakan pegangan kepada idealogi secular yang dibawa oleh pihak Barat. Perkara ini berbeza dengan konsep empayar yang selama ini berkembang melalui tunjang agama dan perluasan kuasa sesebuah negara.

10 Jeffrey D.Sachs. Twentieth-Century Political Economy : A Brief History of Global Capiltalisme in Oxford Review of

(5)

Selain dari itu, penjajahan di Thailand juga dapat dinilai melalui hubungan antara kolonialisasi dengan konsep kapitalisme yang dibawa oleh pihak Barat.11 Perkembangan kapitalisme ini bermula setelah revolusi industri di Britain pada akhir abad ke-18. Hal ini sebenarnya bertitik tolak daripada idea yang dikemukakan oleh golongan pemikir yang cuba menghapuskan sistem merkantalisme yang selama ini mengongkong ekonomi dan rakyat Eropah. Maka, kesannya dapat diperhatikan apabila monopoli perdagangan yang selama ini dipegang oleh SHTI telah dihapuskan. Lantaran dari itu, negara England dapat menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal dan galakan dasar perdagangan bebas. Oleh itu, secara tidak langsung negara Barat telah mengambil peluang ini untuk membuka pelabuhan bebas di negeri Tanah Jajahan yang dikuasai mereka. Kesannya terhadap Thailand dapat diperhatikan apabila pihak Barat secara perlahan-lahan cuba menjalankan dasar kolonialisasinya terhadap Thailand melalui perjanjian atas dasar perdagangan yang sekaligus memerangkap Thailand.

Impilikasi terbesar yang menimpa Thailand melalui proses kolonialisasi ini adalah proses pembaratan yang dijalankan oleh Thailand. Pembaratan bermaksud perubahan sosial yang melibatkan transformasi dan penyesuaian institusi yang sentiasa berubah mengikut keperluan dan zaman. Pada awalnya, kedatangan pihak Barat ke negara Asia adalah untuk penguasaan ekonomi, namun dasar Barat sedikit sebanyak berubah apabila pihak Barat menyedari bahawa mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan bangsa disesebuah negara yang dijajah. Hal ini tambah rancak apabila kuasa Barat mula berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan untuk kepentingan masing-masing. Oleh itu, proses pembaratan Thailand oleh golongan Monarki yang dicanang sebagai langkah bijak menyelamatkan negara Thailand dari dijajah sebenarnya merupakan bukti paling kukuh yang menyatakan bahawa negara Thailand telah menyerap pengaruh kolonialisasinya terhadap negaranya. Biarpun proses penjajahan ini tidak berlaku secara langsung seperti di negara-negara Tanah Melayu yang dijajah melalui perjanjian penyerahan negara atau negeri oleh golongan raja dan pembesarnya kepada pihak Barat, namun melalui penglibatan Thailand dalam proses permodenan/ pembaratan jelas membuktikan bahawa Thailand sememangnya telah masuk ke dalam sistem dunia yang dicipta oleh pihak Barat. Keadaan ini sebenarnya dapat kita perhatikan melalui zaman kejatuhan Turki Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Kamal Attartuk. Kamal telah mengadaptasi sistem Barat dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Islam di Turki melalui proses modenisasinya. Hal yang sama telah

(6)

dijalankan oleh pemerintah Thailand dalam sistem pemerintahan negara Thailand. Misalnya melalui tindakan pemimpinnya, Phibul Songgram dan Pridi Phanomyong yang cuba mengadaptasi sistem Barat dalam usaha untuk mengelakkan penjajahan pihak Eropah.12

Thailand menganggap negaranya tidak dijajah namun sebenarnya negara tersebut adalah salah satu negara yang termasuk dalam ‘world System’yang mana Thailand terjajah secara tidak langsung melalui penerapan ideologi-ideologi dari barat. Pemimpin Thailand sendiri mengakui untuk menjaga kedaulatan Thailand, mereka perlu melengkapkan negeri mereka sebagaimana yang ada di barat atau setidak-tidaknya cuba untuk mengadaptasi cara pentadbiran Barat dalam negeri mereka.13

Thailand tidak dapat dianggap bebas daripada gerakan penjajahan disebabkan walaupun Thailand tidak dijajah secara langsung namun Thailand dengan rela hati memasukkan negerinya kedalam ‘world economy system’. Namun idea-idea daripada pihak penjajah telah digunakan oleh pemimpin Thailand untuk pemodenan negara mereka. Sejak Thailand dibawah Mongkut lagi, kita dapat melihat beberapa pemodenan sama ada dalam pentadbiran, ekonomi dan sosial yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Thailand.

Thailand juga telah membuat beberapa perjanjian dengan beberapa negara Barat yang lain. Perjanjian-perjanjian itu dibuat dengan Perancis dan Amerika Syarikat (1856), Denmark dan kota-kota Hanseatic (1858), Portugal (1859), Belanda (1860), dan Prussia (1862). Dalam tahun 1868 Tuan John Bowring telah dititahkan oleh pihak Siam untuk membuat perjanjian dengan Belgium, Itali, Norway dan Sweden.

Mongkut juga telah merombak perkhidmatan kerajaan dengan mengupah orang-orang Eropah dalam mengetuai setiap jabatan penting yang terdapat di Thailand. Orang-orang Eropah bertindak sebagai penasihat memandangkan kebanyakan orang Siam tidak terlatih dan tidak berpengetahuan dalam pentadbiran Barat. Oleh itu, orang Eropah menjadi ketua disetiap jabatan. Kebanyakan penasihat merupakan wakil British kerana mereka sudah menpunyai pengalaman dalam pentadbiran khasnya di India dan Burma. Kerajaan Siam juga melantik penasihat daripada

12 Robert W.Compton (2000) East Asian Democratization : Impact of Globalization, Culture and Economy. U.S :

Greenwood Publishing Group.hlm.168

13 Kobkua Suwannathat-Pian. Development of Thai Historiography. Jebat : Malaysia Journal of History, Politics and

(7)

Belgium dan Danes. Rolin-Jaequemins adalah ketua penasihat yang akan mengetuai perubahan-perubahan yang berlaku dalam pentadbiran Siam.14

Selain itu, pemodenan yang dilakukan oleh pemimpin Thailand iaitu Raja Chulalongkorn menyaksikan satu perubahan yang sangat ketara dalam pentadbiran kerajaan Thailand. Raja Chulalongkorn dan Putera Damrong sanagt terpengaruh denghan pemikiran barat dalam usaha mereka untuk memodenkan Siam dan dalam masa yang sama menyelamatkan Siam daripada ‘Western imperialism’. Raja Chulalongkorn sendiri telah menghantar Putera Damrong ke England untuk mengkaji sistem kabinet untuk disesuaikan dalam pentadbiran Thailand.15

Pemodenan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorm dalam sistem pendidikan dengan menghantar rakyat Thailand untuk menuntut ilmu ke negara-negara Eropah telah menyebabkan golongan intelektual ini bangkit menentang kerajaan Thailand. Penghantaran rakyat Thailand ke negara Eropah telah menyaksikan golongan intelektual ini membawa idea untuk membebaskan pentadbiran monarki mutlak kepada kerajaan berpelembagaan. Tuntutan rakyat keatas kerajaan berpelembagaan wujud disebabkan tuntutan daripada golongan elit yang telah menghantar petisyen R.S.103 / 1885 yang meminta politik Thai diasaskan kepada raja berpelembagaan. Walaupun Thailand menganggap negaranya tidak dijajah oleh Barat, namun kita dapat melihat bahawa kuasa British dan Perancis telah bertapak di Thailand. Perjanjian pemimpin Thailand dengan British pada tahun 1897 menyaksikan bahawa Thailand yang memulakan hubungan dengan British kerana bimbangkan wilayahnya di Selatan dan Negeri-negeri di Tanah Melayu.16 Ini menandakan Thailand sendiri yang memasukkan negaranya kedalam ‘world system’ dan segala pemodenan yang dilakukan oleh pemimpin Thailand adalah mengikut acuan Barat. Oleh itu, Thailand juga sebenarnya telah dijajah tetapi secara tidak langsung.

Asia Tenggara merupakan kawasan yang kaya dengan pelbagai bentuk atau sumber semula jadi. Sebagai contoh, tanah melayu dikenali sebagai survanabumi17 yang bermaksud kawasan yang kaya dengan hasil bumi. Begitu juga di Thailand. Walaupun Thailand tidak kaya dari hasil buminya, namun Thailand juga berkepentingan bagi Barat. Thailand dianggap penting

14 D.G.Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 819-820.

15 Rabaah Abdullah. 2000. Politik Thai dan Masyarakat Islam Di Selatan Thailand. Kedah : Pustaka Darussalam

Sdn.Bhd. Hlm 62

16Ibid. Hlm 61

17 Kobkua Suwannathat Pian. (1944). Asia Tenggara: Hubungan Serantau. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(8)

sebagai ‘buffet state’ kepada British dalam usahanya untuk menguasai Asia Tenggara. Ini dapat dilihat daripada siri-siri perjanjian yang dimeterai oleh Thailand dengan kuasa-kuasa Barat. Secara tidak langsung, Thailand dimonopoli dan turut dijajah oleh Barat. Salah satu siri perjanjian utama yang menjadikan penguasaan Barat ke atas Thailand semakin kukuh adalah perjanjian Burney 1826. Perjanjian ini telah ditemerai oleh Raja Mongkut atau Rama III dengan wakil British.18 Hal ini demikian kerana, Raja Mongkut telah melihat akibat sekiranya tidak mematuhi permintaan British. Ini terbukti dengan penjajahan British di Burma yang mengakibatkan keseluruhan Burma menjadi hak milik sepenuhnya orang asing. Raja Mongkut tidak ingin Thailand untuk jatuh ke tangan Barat. Oleh itu, beliau bertindak menandatangani perjanjian walhal ini telah membuka jalan kepada penjajahan tidak langsung Barat di Thailand.

Seterusnya, beberapa siri perjanjian yang ditandatangani oleh Raja Thailand dengan Barat yang lain telah menyebabkan pengaruh dan kekuasaan Barat semakin meluas terutamanya dalam bidang ekonomi. Antara perjanjiaannya adalah Perjanjian Bowring (1855), perjanjian dengan Perancis dan Amerika Syarikat (1899), Portugis (1859), Belanda (1866), dan tidak terkecuali Norway dan Sweeden pada tahun 1868. Menerusi perjanjian-perjanjian ini, secara tidak langsung pengaruh Barat dan kuasa asing semakin meluas. Ekonomi di Thailand kebanyakkannya dikuasai oleh kuasa luar. Contohnya, pada zaman pemerintahan Raja Vajivarudh, ekonomi perdagangan di Thailand dikuasai oleh Cina manakala struktur pemerintahan ekonominya dipegang oleh Barat. Raja tidak berkuasa sepenuhnya seperti mana Raja yang sebelumnya.

Masalah yang paling mendesak yang dihadapi semasa pemerintahan Raja Prajadhipok ialah masalah ekonomi dan perbelanjaan awam. 19 Kuasa Barat telah memperkenalkan beberapa bentuk pembaharuan yang berupa ‘indirect imperialisme.’ Keborosan Raja Vajivarudh telah menyebabkan berlakunya banyak amalan rasuah dan kewangan Negara yang tidak stabil. Oleh itu, Raja Prajadhipok telah bertindak untuk mengurangkan pegawai amnya dan perbelanjaan Hal Istana Diraja dan memotong bilangan ‘ Pegawai Pengiring Diraja’ daripada tiga ribu kepada tiga ratus. 20Tindakan ini adalah seiring dengan pertambahan hasil cukai daripada perjanjian perdagangan yang baharu dan perdagangan luar Negara yang maju. Kesannya, Perbendaharaan Negara dapat memperseimbangkan anggaran belanjawan tanpa perlu berunding bagi

18Ibid.

(9)

mendapatkan pinjaman luar atau menaikkan cukai. 21 Raja Prajadhipok juga menubuhkan ‘Privy Council’ bagi memberi nasihat dalam segala aspek terutamanya ekonomi. Ini menunjukkan bahawa penguasaan Barat ke atas Thailand adalah luas dan pemerintah Thailand cuba untuk membebaskan negaranya walaupun pada dasarnya Thailand tidak dijajah.

Dalam usaha membendung pengaruh Barat, Raja Prajadhipok turut melaksanakan

Currency Act yang baharu pada tahun 1928. Menerusi pelaksanaan ini, mata wang telah dihubungkan dengan emas. Dalam tahun 1930, Dr. Karl Zimmerman dari Universiti Harvard telah membuat satu penyelidikan ekonomi Negara tersebut. Walaupun Thailand tidak dijajah sepertimana di Tanah Melayu dan kawasan Asia Tenggara yang lain, namun dapat diteliti bahawa kuasa Barat melebihi daripada kuasa pemerintah Thailand itu sendiri. Kemelesetan ekonomi yang buruk dirasai oleh Thailand banyak melemahkan Thailand. Barat telah memperkenalkan konsep kapitalisme. 22 Ini menyebabkan timbul masalah dalam pasaran beras dan pemansuhan

‘Gold Standard’ oleh Britain telah meninggalkan kesan yang buruk terhadap aktiviti pengeksportan beras. Kegiatan eksport beras merupakan antara sumber utama ekonomi di Thailand. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa wujud satu bentuk imperialisme di Thailand. Hal ini demikian kerana, Barat telah berjaya memasukkan Thailand ke dalam ‘World Economy System’.

Keadaan semakin buruk apabila berlakuya Revolusi Thailand 1932 pada zaman pemerintahan Raja Prajadhipok. Hal ini demikian kerana, rakyat Thailand tidak berpuas hati dengan pemerintahan diraja yang dianggap tidak begitu mempedulikan kebajikan rakyat. Keadaan ekonomi yang kucar kacir sejak pemerintahan Vajivarudh semakin tidak terkawal dan situasi ini diwariskan kepada Raja Prajadhipok. Dalam usaha memulihkan ekonomi Negara, Raja Prajadhipok telah meminta bantuan daripada British dan Amerika Syarikat pada tahun1930 untuk menjalankan penyelidikan ke atas sistem ekonomi di Thailand. Hak-hak istimewa telah diberikan kepada golongan Barat yang menjalankan penyelidikan di Barat. Ini telah menyebabkan golongan bangsawan menuntut supaya hak-hak istimewa serta kontrak kepada orang asing dihapuskan. Walau bagaimanapun, Raja Prajadhipok enggan dan ini telah menyebabkan tercetusnya Revolusi Thai 1932.

21Ibid. Hlm 210.

22 Nicholas Tarling. (2001). Imperialism In Southeast Asia: ‘A Feeting, Passing Phase.’London: Routledge Curzon. Hlm

(10)

Menerusi Revolusi Thai 1932, Raja telah kehilangan kuasa yang sepenuhnya ke atas bidang ekonomi. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam sebarang pentadbiran ekonomi. Sebaliknya, Raja Prajadhipok dianggap sebagai lambang kedaulatan Thailand semata-mata. Apabila Raja tidak berkuasa, kuasa Barat semakin kukuh di Thailand. Pengaruh Barat dalam ekonomi direalisasikan oleh masyarakat Thailand yang berpendidikan Barat. Ideologi yang diguna pakai oleh golongan masyarakat Thailand yang berpendidikan Barat ini telah membuktikan bahawa walaupun pada dasarnya bukan Barat yang berkuasa namun Thailand tidak boleh dikatakan sebagai sebuah Negara yang bebas daripada pengaruh Barat.

Selepas krisis tersebut, pada tahun 1997 dapat dilihat bahawa sebahagian besar daripada ekonomi di Thailand dipegang oleh pelaburan asing terutamanya Amerika Syarikat.23 Ekonomi yang berkembang sedikit sebanyak memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Thailand amnya kerana tanah-tanah di Thailand dipegang oleh kuasa Barat. 24 ini menunjukkan bahawa Thailand bukanlah satu-satunya kuasa yang merdeka daripada Barat.

Thai 1932 Penjajahan Barat dari aspek sosial. Revolusi

Penjajahan Barat di Thailand adalah bermula apabila berlakunya revolusi Thai 1932. Revolusi Thai 1932 merupakan puncak kepada gerakan nasionalisme negara Thailand. Berbeza dengan gerakan nasionalisme di Negara-negara Asia Tenggara yang lain, Revolusi Thai meletus bukannya bertujuan untuk menentang penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan sebaliknya berhasrat untuk menentang sistem beraja mutlak kearah pembentukan sebuah kerajaan raja berpelembagaan atau demokrasi berparlimen25. Revolusi Thai dilancarkan oleh golongan nasionalis berpendidikan barat pada 24 Jun 1932. Ia merupakan satu peristiwa penting kerana telah mengubah sistem politik Negara Thailand. Ianya juga melambangkan kewujudan sentimen nasionalisme di kalangan rakyat meskipun tidak pernah dijajah. Pengaruh idea-idea barat telah memberi inspirasi kepada masyarakat Thai untuk mengubah cara hidup mereka terutamanya dalam berpolitik. Pemimpin utama Revolusi Thai 1932 ialah Nai Pridi Phanomyong. Pemimpin

23 Wang Gungwu. (2005). Nation-Building Five Southeast Asian Histories. Singapura:Oxforf Graphics Printers Pte.

Ltd. Hlm 35.

24 Ibid.

25 D.J. M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid Kedua Perubahan Ekonomi dan Sosial, Petaling Jaya :

(11)

Kumpulan Tua terdiri daripada Pya Manopakorn, Pya Bahol Polpayuhasena, Luang Pibul Songgram dan Khuang Aphaiwong. Mereka terdiri daripada pagawai-pegawai tinggi yang mendapat pendidikan dari Jerman dan Perancis. Perjuangan mereka tidak berasaskan kepada ideologi politik. Sebaliknya hanya mahukan kuasa mutlak raja dihapuskan. Sementara Luang Pibul Songgram, dan Nai Pridi Phanomyong merupakan pemimpin kumpulan Muda yang paling berpengaruh. Mereka merupakan bekas pelajar yang berpendidikan barat dan pegawai-pegawai muda tentera yang mahukan perubahan dalam semua aspek. Maka melalui Revolusi 1932, Thailand mengalami perubahan dalam aspek sosial.

Pendidikan di Thailand.

Kebangkitan Golongan Intelektual yang berpendidikan Barat merupakan salah satu Faktor yang mencetuskan Revolusi Thai 1932. Semasa pemodenan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn dalam bidang pendidikan sememangnya banyak meninggalkan kesan yang amat penting dalam sejarah negara Thailand26. Maka muncullah golongan elit berpendidikan barat yang kemudian menerajui gerakan nasionalisme di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn terdapat ramai pelajar Thai yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah politik barat seperti demokrasi, komunisme, liberalisme yang diperjuangkan oleh ahli-ahli falsafah barat.

Di samping itu, golongan intelektual juga tidak puas hati degan kehidupan rakyat Thai ketika itu yang rata-rata masih hidup dalam kemiskinan dan tertindas tanpa pembelaan pemerintah. Sehubungan itu, timbul kesedaran untuk mereka membela nasib golongan bawahan serta meningkatkan taraf hidup mereka. Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia” mendakwa punca utama berlakunya revolusi ialah keazaman golongan intelek untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan pembaharuan yang radikal27. Pendidikan sekolah di Thailand dilanjutkan kepada empat tahun dengan mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-kanak yang menjadi sebagai alat untuk menangkis pandangan rendah Barat terhadap Thailand. Pendidikan tidak lagi dijalankan di kuil-kuil Budha kerana penubuhan tiga buah sekolah kerajaan pada tahun 1890 yang keseluruhannya dikuasai oleh

guru-26 Sang Leng K, The True History of Siam: Siamese Were Never Under The European Colonization, Combodian:

Khmer Freedom’s Distribution Present, 2006, Hlm. 38.

27 Kobkua Suwannathat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

(12)

guru Inggeris. Setelah kedatangan Barat, mereka mengehadkan kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru daripada Barat untuk mengajar kerabat diraja dan orang-orang Barat telah digunakan secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah. Mereka juga dibenarkan mengeluarkan buku-buku tanpa sekatan dan orang-orang Inggeris dan Amerika bertanggungjawab mengembangkan pendidikan di Thailand seperti Ann Leonowens. Oleh itu, sekolah-sekolah di Thailand disusun mengikut system persekolahan di England dengan tujuan untuk mewujudkan suatu system persekolahan moden di Thailand, dengan ini, jelas menunjukkan bahawa sememangnya Thailand terikat dengan Barat.

Perubahan dalam agama.

Kedatangan kuasa Barat yang lebih ke arah bersifat ingin menyebarkan agama kristian di kawasan Asia Tenggara khususnya di Thailand telah memberi kesan yang mendalam terhadap keadaan sosial masyarakat setempat terutamanya dalam aspek keagamaan. Sebelum kedatangan Barat, negara-negara Asia Tenggara telah terlebih dahulu menganuti agama Islam, Buddha, Hindu, Hindu-Buddha28, animism dan ajaran Konfucius29 . Kedatangan kuasa Barat seperti Perancis, Sepanyol, Belanda, dan British yang membawa agama Kristian dari Barat dengan membawa ideologi untuk mentamadunkan masyarakat di Asia Tenggara yang dikatakan mundur oleh mereka30. Kekukuhan kuasa Barat di Thailand yang tunduk di bawah pengaruh British telah meninggalkan kesan terhadap penyebaran agama Kristian yang semakin meluas ke atas Thailand.

Agama Kristian mempunyai aliran-aliran yang tersendiri disamping mempunyai badan dakwah mereka sendiri. Dua aliran besar yang dibawa oleh kuasa Barat dalam agama Kristian ialah aliran Roman Khatolik dan Protestan. Kedatangan kuasa Barat telah membawa bersama agama Kristian, dan ini bersesuaian dengan tujuan utama penjajajahan mereka ke atas bumi nusantara amnya iaitu God, Gold dan Glory31. Biarpun tujuan utama mereka adalah disebabkan faktor ekonomi (Gold) namun matlamat untuk menyebarkan agama Kristian (God) tetap dilaksanakan32. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah sekiranya matlamat menyebarkan agama Kristian menjadi agenda utama penjajahan negara-negara di Asia Tenggara.

28 Kobkua Suwannathat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, 1997, Hlm. 10.

29 Wan Abdul Rahman Latif et. al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2001,Hlm.146.

30 Abu Talib Ahmad , Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1991, hlm. 59. 31Mohamad Kamal Kamaruddin, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Pearson, 2008, hlm. 153.

(13)

Pengelibatan agama Kristian adalah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan negara di Asia Tenggara kehilangan kemerdekaan ialah tidak menerima kemasukkan agama Kristian di negara mereka. Namun begitu, berlainan dengan Thailand yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama kepercayaan mereka sendiri. Hal ini bertujuan untuk menjaga hubungan baik dengan kuasa barat yang majoriti beragama Kristian. Selain itu, Thailand juga membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian di mereka menyampaikan pengetahuan Barat kepada masyarakat Thailand sehingga menyebabkan berlakunya perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok sehingga banyak sekolah Kristian dan gereja mula didirikan di Thailand.

Dasar Penghapusan Sistem Perhambaan.

Kedatangan kuasa Barat juga telah mengubah sistem sosial di Thailand yang masih mengamalkan sistem perhambaan. Semasa Mongkut, sistem buruh paksa atau corvee telah mula dihapuskan dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem ini hanya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1905 yang bertujuan untuk menonjolkan Thailand sebagai sebuah negara yang beradap dan bertamadun sama seperti negara Barat yang lain33. Setelah pengaruh Barat masuk ke Thailand sistem sosial berubah, dan tiada lagi lapisan hamba di Thailand. Dasar liberal raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan campur tangan kuasa-kuasa Barat ke atas Siam34.

Di samping itu, pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang dapat menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa dilarang melarikan diri apabila bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut, orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara sendiri. Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Perubahan ini secara tidak langsung dapat menjaga imej Thailand sebagai sebuah kuasa yang bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk mengelak dari perluasan kuasa barat35. Namun secara tidak langsung, Thailand sememangnya

33 Marc Frey, Ronald W.Pruessen dan Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia: International Perspective

on Decolonization, Singapura: Singapura University Press, 2002, Hlm. 27.

(14)

terlibat dengan dasar Barat walaupun tidak nampak dari segi zahir tetapi mereka terjajah dari segi pemikiran.

Kesimpulan.

Penjajahan yang berlaku di Asia Tenggara bermulanya melalui penguasaan ekonomi apabila berlakunya revolusi perindustrian di Eropah. Revolusi Siam 1932 telah menamatkan pemerintahan sistem monarki mutlak. Politik Siam yang seterusnya telah memperlihatkan persaingan antara golongan tentera dan parlimen (ahli-ahli politik) untuk memegang teraju kerajaan. Revolusi Siam 1932 merupakan peristiwa penting dalam sejarah Siam kerana ia telah membawa banyak perubahan. Revolusi Siam 1932 juga menunjukkan kecenderungan golongan nasionalis untuk mengubah institusi pemerintahan yang ada kepada institusi pemerintahan yang lebih membawa keuntungan kepada negara dan rakyat. Berdasarkan perbincangan, jelaslah menunjukkan bahawa Thailand sememangnya di jajah oleh Barat secara tidak langsungnya melalui aspek politik, ekonomi dan sosial dan secara langsungnya melalui pemikiran masyarakat Thailand36 dan Thailand sememangnya terikat dengan “world economy system” dan tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan Barat terutamanya Eropah37.

35 Marc Frey, Ronald W.Pruessen dan Tan Tai Yong, The Transformation of Southeast Asia: International Perspective

on Decolonization, 2002, Hlm. 27.

Referensi

Dokumen terkait

Wawancara dengan Pr. Dengan sendirinya UUP mengadakan perbedaan kebutuhan hukum perkawinan yang berlaku secara khusus bagi golongan warga negara Indonesia tertentu

Tidak ada larangan untuk seorang perempuan dari golongan Bangsawan menikah dengan laki-laki dari golongan nonBangsawan, akan tetapi tetap ada usaha dari pihak keluarga untuk

Dengan berpedoman pada aturan-aturan hukum yang berlaku dan memperhatikan asas-asas hukum dalam membuat suatu perjanjian maka praktek pemberian hak sewa atas tanah negara

Oleh kerana Jepun pada masa itu masih berperang di tempat lain, maka pemerintahan di Malaya merupakan pemerintahan tentera yang dikenali dengan nama Pemerintahan Tentera Tanah

Kuasa-kuasa barat yang telah menjajah Negara Asia Tenggara ialah British, Sepanyol, Amerika Syarikat, Belanda, Perancis dan Portugal. KBAT: Adakah imperialisme masih berlaku

Dengan berpedoman pada aturan-aturan hukum yang berlaku dan memperhatikan asas-asas hukum dalam membuat suatu perjanjian maka praktek pemberian hak sewa atas tanah negara

Pada sekitar tahun 775 Masehi, seorang raja dari Dinasti Sailendra yang memerintah di Kerajaan Medang yang dikenal dengan julukan “Pembunuh musuh-musuh yang gagah

Upaya-upaya negara-negara ASEAN dalam mengatasi dan memerangi kejahatan transnasionaldiantaranya yakni dengan membuat perjanjian- perjanjianterkait pemberantasan kejahatan lintas