• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan dan Konsep dasar Behaviouris

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengenalan dan Konsep dasar Behaviouris"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1. Pengenalan dan Konsep Behaviouris Pengenalan

Dalam apa juga yang kita lakukan, perancangan awal merupakan satu kemestian untuk membolehkan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian merancang pengajaran dengan baik merupakan kunci kejayaan seseorang guru di dalam bilik darjah. Kegagalan untuk merancang boleh menyebabkan guru terjebak dengan reaksi serta tindak balas murid semasa sama-sama melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik-topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan.

(2)

pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar.

Melalui perancangan juga, guru akan dapat memilih pendekatan, kaedah, teknik dan juga teori pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pelajar-pelajar di dalam kelas. Sehubungan dengan pemilihan pendekatan pengajaran, pendekatan pembelajaran behaviourisme merupakan salah satu daripada pelbagai pendekatan yang ada di mana ia masih lagi digunakan dengan aktif sehingga kini.

Konsep Behaviouris

Mazhab Behaviouris merupakan rangkuman beberapa teori pembelajaran tingkah laku yang berkongsi beberapa andaian yang sama. Secara umumnya, Behaviouris berfokus kepada aspek pembelajaran tingkah laku yang boleh dilihat. Di antara prinsip-prinsip yang diamalkan oleh pendokong mazhab ini ialah ia mementingkan kepada peningkatan tingkah laku yang diingini dalam sesuatu pembelajaran. Menurut teori ini, 1kanak-kanak diumpamakan sebagai

‘papan kosong’ yang boleh dibentuk tingkah laku mereka oleh orang lain. Teori ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan pelaziman adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengukuhkan tingkah laku yang dipelajari. Sehubungan dengan itu, penggunaan latih tubi adalah penting sebagai asas kemahiran untuk mengajar. Beberapa kaedah digunakan untuk menghapuskan tabiat yang ditumpukan kepada akibat daripada tingkah laku murid.

Di antara tokoh-tokoh utama mazhab ini ialah Ivan Pavlov, B. F. Skinner, Edward Thorndike dan juga John Watson. Tokoh-tokoh ini berpegang kepada tiga andaian asas mengenai proses pembelajaran iaitu; pembelajaran dimanifestasikan dengan perubahan tingkah laku, persekitaran mempengaruhi serta membentuk tingkah laku dan ketiga keadaan kedekatan (contiguity) dan pengukuhan menjadi tunjang dalam menjelaskan proses pembelajaran. Pembelajaran merupakan penghasilan satu tingkah laku baru melalui pelaziman (conditioning) di mana ia akan berlaku apabila terdapat interaksi organisme dengan persekitaran. Menurut pandangan behaviouris, tingkah laku boleh dilihat dan dikaji

(3)

secara sistematik tanpa mengambil kira keadaan dalaman minda seperti pemikiran dan juga perasaan.

Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Ramlah Jantan (2006), ahli-ahli behaviouris berpendapat kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap perilaku manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang difikirkannya.

Dalam teori pembelajaran behaviouris, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik. Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa.

(4)

pembelajaran mengikut langkah-langkah yang disediakan dan maklum balas segera diberikan untuk membetulkan kesilapan yang timbul pada setiap langkah.

Murid perlu menjadi aktif semasa belajar dan dalam proses pembelajaran. Mereka perlu diberi peluang untuk benar-benar bertingkah laku yang diingini atau menampakkan proses pembelajaran. Murid juga perlu dinilai berdasarkan tingkah laku yang dilihat kerana andaian terhadap pembelajaran yang telah berlaku tidak dapat dibuat selagi perubahan pada tingkah laku itu tidak ditunjukkan secara eksplisit.

Dari segi latihan dan latih tubi pula, behaviouris menekankan kepada pengulangan rangsangan. Pengulangan rangsangan itu merupakan gerak balas yang boleh mengukuhkan tabiat, contohnya, untuk meningkatkan keupayaan murid membaca ialah dengan meminta mereka terus membaca dengan lebih banyak melalui program NILAM.

Konsep menghapuskan tabiat pula ialah satu konsep di mana guru perlu membimbing murid untuk menghasilkan tindak balas baru kepada rangsangan yang serupa. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan peneguhan atau hukuman.

Menerusi teori pelaziman operan oleh B.F Skinner, pembelajaran itu berlaku melalui penggunaan ganjaran atau hukuman bagi setiap tingkah laku yang dihasilkan oleh murid. Skinner (1953) menggunakan istilah operan untuk merujuk kepada tingkah laku aktif. Tingkah laku ini terbina melalui pelaziman operan. Sesuatu tingkah laku itu akan diperkukuhkan lagi jika diberikan pengukuhan dan natijahnya, tingkah laku ini akan diulangi. Pengukuhan merupakan rangsangan untuk meningkatkan tindak balas yang diingini dengan syarat diberikan dengan segera selepas sesuatu tindak balas diingini itu ditunjukkan oleh murid secara khusus dan bukan secara umum. Peneguhan terdiri daripada dua jenis iaitu positif dan negatif. Peneguhan positif ialah hasil yang menyenangkan selepas sesuatu perbuatan atau tingkah laku ditunjukkan, manakala peneguhan negatif ialah penghapusan contohnya dendaan.

Terdapat dua bentuk dendaan di mana bentuk pertama bertujuan untuk mengurangkan kekuatan bertindak balas apabila dendaan diberi selepas sesuatu tindak balas tidak diingini ditunjukkan. Bentuk dendaan kedua ialah dengan menghapuskan rangsangan yang menyenangkan seperti keistimewaan yang telah dimaklumkan lebih awal, ditarik balik sekiranya terdapat tingkah laku yang tidak diingini.

(5)

Berikut ini merupakan contoh rancangan pengajaran yang diaplikasikan daripada teori Behaviouris.

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 3 Amanah

Masa : 7.45 – 8.45

Tema : Perpaduan

Tajuk : Suasana Perayaan

Standard Kandungan

: 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat dengan sebutan dan intonasi yang betul

Standard Pembelajaran

: 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

Menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

 menjawab soalan kuiz dengan betul secara lisan  bercerita mengenai situasi dengan betul

 menyampaikan perkara yang didengar dengan betul

Kemahiran Bahasa

: Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : Kosa Pengisian Kurikulum

Ilmu – Kajian tempatan, pendidikan moral, muzik Nilai Murni – hormat-menghormati, disiplin dan prihatin Patriotisme dan Kewarganegaraan – Cinta dan taat akan negara

(6)

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan

 Murid diminta menyanyi bersama lagu tadi  Murid diminta meneka jenis lagu tersebut.  Murid bersoal jawab mengenai lagu yang

diperdengarkan

 Guru menyatakan tajuk pembelajaran hari ini.

Komputer riba

 Murid-murid berbincang dengan guru tentang isi

(7)

 Murid bersoal jawab secara lisan tentang petikan  Murid dipilih melalui cabutan beracun oleh guru

untuk menjawab soalan dan mereka yang Berjaya akan mendapat ganjaran.

 Murid mendengar rumusan nilai murni di dalam

petikan ini. Konsep ganjaran

Langkah 2 Aktiviti “Jom Reka”

 Murid menerima lembaran bergambar daripada

guru dan dikehendaki membaca soalan secara senyap

 Guru memberi penerangan dan meminta

murid-murid membina satu cerita berdasarkan gambar tersebut.

 Murid menggunakan ayat tunggal atau majmuk

yang bersesuaian.

 Murid dibimbing menggunakan kata hubung.  Beberapa orang murid diminta membacakan

cerita yang direka di hadapan kelas. Memberikan pujian kepada murid yang berjaya mereka cerita yang menarik.

lembaran bergambar

Konsep Latih tubi

(8)

 Guru memberikan penerangan dan rumusan

tentang ayat-ayat yang telah dibuat oleh murid-murid itu tadi.

Langkah 3

(15 minit)

“Siapa Peka?”  Murid menghantar wakil dalam setiap kumpulan

untuk mencabut kad tugasan.

 Kumpulan yang berjaya atau hampir tepat akan

dikira sebagai pemenang.

Rumusan Isi Pelajaran 1. Rumusan pelajaran oleh guru.

2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

(9)
(10)

3. Kekuatan dan Kelemahan Teori Behaviouris Kekuatan

Secara keseluruhannya, teori behaviouris mempunyai beberapa kelebihan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal dan mengawal tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga pelajar akan lebih rajin. Tindak balas akan berlaku jika rangsangan yang lama digabungkan dengan rangsangan yang baru. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diberi. Dalam model pengajaran ini diterapkan peneguhan positif. Sesuatu tingkah laku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas itu berlaku akan menambah peneguhan positif atau ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain. Hal ini akan memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih berusaha semasa di dalam kelas dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti.

Teori ini juga sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Kekuatan dilihat apabila murid berupaya untuk menguasai pembelajaran dan pembelajaran akan bermula apabila murid benar-benar memahami pembelajaran yang lepas. Hal ini boleh berlaku apabila guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid-murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.Ini menunjukkan bahawa, kefahaman juga menjadi komponen penting terhadap model pengajaran jenis ini.

(11)

situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran paling kerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Model ini juga dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari. Ini memberi peluang kepada murid untuk memahami sesuatu unit dengan baik. Ini membolehkan pelajar dapat mencapai kriteria pembelajaran akhir dan ini pasti akan memudahkan guru membuat penilaian ke atas murid.

Model ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik dalam pengajaran mereka. Aspek pengajaran juga dapat dipertingkatkan. Dalam masa yang sama, murid dapat mengetahui perbezaan murid antara yang pandai dan tidak, dan di sini guru dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran berdasarkan tahap pelajar.

Perancangan pengajaran dapat dilakukan secara terancang dan sistematik dalam melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai berdasarkan tahap pencapaian murid. Dan di sini kemahiran dalam mengurus bahan bantu mengajar yang ingin digunakan ketika guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan

Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mengakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Selain daripada itu, penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

(12)

ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.

Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembang dan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

4. Rumusan dan Kesimpulan

Pendekatan yang diterapkan menerusi teori pembelajaran behaviouris bukanlah pendekatan yang remeh atau ketinggalan zaman kerana sehingga kini ia masih lagi diamalkan dan mungkin berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang perlu ialah kebijaksanaan guru untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajarannya dengan rapi bersesuaian dengan kebolehan dan latar belakang pelajar-pelajar di dalam kelas yang pelbagai. Maksudnya semasa mengajar, pendekatan ini boleh diaplikasikan bersama-sama pendekatan yang lain mengikut keperluan murid kerana sudah semestinya di dalam kelas atau bilik darjah kebolehan dan tahap penguasaan murid adalah berbeza.

Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran, murid dengan sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.

(13)

banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.

Namun demikian, terdapat juga beberapa bentuk kekangan yang perlu diambil kira dalam pengaplikasian teori pembelajaran ini. Kekangan yang dimaksudkan di sini adalah hal-hal yang harus diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan pelaksanaan tugasan dalam usaha mencapai tujuan. Tentangan bukan penghalang, tetapi perangsang untuk mendorong pengurus pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik. Tentangan dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan secara lebih analisis dan mengenal pasti kekurangan dalam pengaplikasian teori ini.

Tentangan yang diterima terhadap model ini adalah sedikit kerana pengajaran yang dijalankan pada masa sekarang masih menggunakan model sebegini. Tentangan mungkin mungkin dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai kaedah baharu dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid pada hari ini.

3025 Patah Perkataan

(14)

Akhiar Pardi & Shamsina Samsuddin (2013). Rancangan Pengajaran Harian (dalam Pengajaran dan Pembelajaran). Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Ee Ah Meng (2002). PSIKOLOGI PENDIDIKAN III Edisi Ketiga (Semester III).

Selangor:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2006). PSIKOLOGI PENDIDIKAN untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Selangor:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2006). HBET 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN. Kuala Lumpur:Open University Malaysia.

Kelebihan dan Kelemahan Behaviourisme.

Referensi

Dokumen terkait

Belajar merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku, dimana perubahan itu dapat mengarah kepada tingkah laku yang lebih baik, tetapi juga ada kemungkinan mengarah kepada

Hukum dalam konsepsi hukum Islam adalah seperangkat ukuran pedoman tingkah laku yang dibuat Allah, tidak hanya mengatur hubungan manusia dengan manusia lain dan benda

Konsep dasar strategi pembelajaran : Mengidentifikasikan serta menetapkan tingkah laku dari kepribadian anak didik, Mempertimbangkan dan memilih sistem belajar mengajar yang

Dan psikologi perkembangan juga mempunyai tujuan yaitu: Memberikan, mengukur dan menerangkan perubahan dalam tingkah laku serta kemampuan yang sedang

Dari pengertian diatas dapat dipahami bahwa psikologi adalah ilmu pengetahuan yang bersifat ilmiah yang mempelajari kejiwaan manusia yang dipelajari dari gejala- gejala tingkah

Hakikat belajar adalah tahapan perubahan seluruh tingkah laku individu yang relatif menetap sebagai hasil pengalaman dan interaksi dengan lingkungan yang

laku tersebut terbentuk dalam diri klien. 2) Shaping adalah teknik terapi yang dilakukan dengan mempelajari.. tingkah laku baru secara bertahap. Konselor dapat

kukan oleh Kepala Kecamatan Tuntang dan pihak penilai atau atasan dari pihak yang dinilai. Penilaian kerjasama biasanya dilihat dari sikap, tingkah laku dan