• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN LAMAN WEB/PORTAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "GARIS PANDUAN LAMAN WEB/PORTAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN LAMAN WEB/PORTAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1. TUJUAN

2. LATAR BELAKANG

3. TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL 3.1. TAKRIFAN

3.2. PROSES PERMOHONAN 4. PERANAN

4.1. PEMBANGUN/PENTADBIR/WEBMASTER 4.2. SEKRETARIAT PORTAL/LAMAN WEB 5. CIRI­CIRI LAMAN WEB/PORTAL

5.1. KANDUNGAN 5.2. REKABENTUK 5.3. TEKNIKAL 5.4. KESELAMATAN

6. PENGGUNAAN TEMPLATE LAMAN WEB/PORTAL 7. PENEMPATAN LAMAN WEB/PORTAL (HOSTING) 8. KRITERIA PENILAIAN

9. LAMPIRAN 10. KESIMPULAN

(2)

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk:

1.1.1 Memaklumkan konsep dan pelaksanaan Laman Web/Portal          sebagai gerbang maklumat rasmi Universiti.

1.1.2 Menerangkan tadbir urus laman web/portal di peringkat        Universiti; dan

1.1.3 Menyediakan panduan kepada semua webmaster di dalam        pembangunan  dan  penyenggaraan laman web/portal    Universiti masing­masing.

1.2 Laman Web/Portal Universiti Malaysia Pahang juga dirujuk bagi        semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau lain­lain peranan di        bawahnya.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Universiti/PTJ telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah        meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian          perkhidmatan kepada pelanggan. Laman web/portal merupakan di        antara saluran di dalam menyampaikan perkhidmatan yang        ditawarkan oleh Universiti/PTJ kepada orang ramai. Melalui laman        web/portal, Universiti/PTJ dapat memanfaatkan penggunaan        teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke arah menyediakan        perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus.

2.2 Multimedia Development Corporation (MDeC) telah diberi mandat        oleh Kerajaan untuk menilai serta memberi penarafan kepada        laman web sektor awam setiap tahun bermula tahun 2005 yang        meliputi agensi­agensi peringkat Persekutuan, Negeri dan Pihak        Berkuasa Tempatan (PBT).

2.3 Penilaian yang dibuat berdasarkan kriteria yang terkandung di        dalam  Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006 ­ Pengurusan Laman        Web/Portal Sektor Awam serta kriteria penilaian oleh MDeC yang        menggunakan kaedah Customer Relation Management (CRM).

2.4 Di samping itu, penarafan laman web/portal ini juga diambil        kira dalam penilaian dan penarafan Sistem Star Rating yang        dijalankan oleh    Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan        Pengurusan Malaysia (MAMPU).

(3)

3.0 TADBIR URUS LAMAN WEB/PORTAL

3.1 TAKRIFAN

3.1.1 Takrifan bagi sesuatu laman web      dan portal adalah    merujuk kepada tahap perkhidmatan yang diberikan.

3.1.2 Laman  web  bolehlah  ditakrifkan  sebagai halaman­halaman  elektronik  yang dipaparkan melalui    komputer dengan menggunakan teknologi internet yang          tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada          pengunjung semata­mata. Komunikasi dua hala sangat          kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun        web itu sendiri. Pengguna menerima maklumat yang telah        dikarangkan oleh pengendali web yang lebih memfokuskan        kepada  pemberitahuan  mengenai  agensi  serta perkhidmatan yang ditawarkan      dengan disokong    oleh aplikasi maklum balas yang membolehkan pengguna          memberikan  komen  terhadap  perkhidmatan  yang disediakan.

3.1.3 Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih        'besar' dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat        sistem­sistem aplikasi yang menyokongnya.        Portal menjadi satu pusat sehenti (one stop center) dalam        rangkaian Internet yang bertujuan untuk memenuhi          beberapa  keperluan pengguna. Portal membantu dalam        pengurusan atau membuat keputusan, hasil      daripada maklumat yang dijanakan oleh aplikasi di dalamnya. Portal        menyediakan komunikasi dua hala antara pelanggan/orang          awam  dengan agensi berkaitan seperti perkhidmatan        atas­talian, e­mel, forum, enjin carian dan lain­lain.

3.2 PROSES PERMOHONAN

3.2.1 Semua permohonan Laman Web/Portal perlu mendapat          kelulusan daripada Dekan/Ketua Jabatan

3.2.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar        ke Helpdesk PTMK

3.2.3 Setiap permohonan adalah tertakluk dibawah kelulusan          Jawatankuasa Induk Laman Web/Portal Universiti

(4)

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

4.1 PEMBANGUN/PENTADBIR/WEBMASTER

a. Bertanggungjawab terhadap portal Jabatan, Fakulti atau Unit        masing­masing  dengan  memastikan  kandungan  Laman Web/Portal dikemaskini selari dengan pekembangan universiti.

b. Memastikan portal dapat diakses sepanjang masa tanpa        sebarang masalah seperti laman tidak dijumpai, terdapat ralat        atau tidak dapat diakses langsung.

c. Membuat laporan mengenai status penyelenggaraan, tahap          pencapaian,  perancangan,  permasalahan  dan  keperluan semasa.

d. Membantu dan memberi latihan kepada ahli Jawatankuasa        Kerja Jabatan iaitu webmaster kedua untuk mengemaskini        Laman Web/Portal semasa ketiadaan webmaster utama atau        jika berlaku pertukaran webmaster.

4.2 SEKRETARIAT PORTAL/LAMAN WEB

a. Menerima  dan  memproses  permohonan  oleh pembangun/webmaster  untuk  membangunkan  Laman Web/Portal Jabatan, Fakulti atau Unit.

b. Bertanggungjawab  menyediakan perkhidmatan penyediaan    bahan,  template  dan penempatan portal kepada Jabatan,        Fakulti atau Unit setelah mendapat kelulusan dari pihak PTMK.

c. Memastikan perkhidmatan rangkaian dan pelayan sentiasa          dibuka dan berjalan dengan lancar 24 jam seminggu supaya        tiada  masalah  capaian  bagi  Laman  Web/Portal  yang ditempatkan di Pusat Data, PTMK.

d. Menyediakan khidmat nasihat, latihan dan bantuan teknikal        kepada  pembangun/webmaster dari masa ke semasa        mengikut keperluan.

e. Melakukan penilaian Laman Web/Portal Jabatan, Fakulti atau        Unit secara tahunan dan Penganugerahan Portal Terbaik pada        Hari Kualiti & Inovasi.

f. Memastikan pematuhan kepada kriteria dan garis panduan        yang berkaitan serta menyalurkan hasil pemantauan dan        penilaian ke Mesyuarat Majlis ICT yang dipengerusikan oleh YH.       

Naib Canselor UMP.

(5)

5.0 CIRI­CIRI LAMAN WEB/PORTAL

5.1 KANDUNGAN

5.1.1 Kandungan  utama pada laman web/portal mestilah        sekurang­kurangnya  merangkumi  perkara­perkara mandatori berikut:

a. Logo Rasmi Universiti / PTJ (diletakkan pada bahagian atas sebelah kiri)

b. Latar Belakang c. Misi & Visi d. Objektif

e. Carta Organisasi f. Piagam Pelanggan

g. Direktori Staf (Nama, No. Tel, Emel) h. Maklumat untuk dihubungi (No.

Tel,Faks,Alamat,Emel) i. Maklumat Perkhidmatan j. Peta Laman

k. Lokasi

l. Pernyataan Penafian

m. Pernyataan Dasar (Dasar Privasi, Dasar Keselamatan)

n. Maklumat Resolusi Capaian Browser

o. Pilihan Multi­Bahasa (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris)

p. Notis hak cipta

5.1.2 Ciri­ciri tambahan yang digalakkan di dalam laman web        adalah seperti berikut:

a. Memaparkan  klip  video/audio  mengenai perkara­perkara  yang  berkaitan  dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan sebagainya;

b. Menyediakan  capaian  sokongan (support link)    seperti maklumat bantuan (help), troubleshooting        dan panduanuntuk menggunakan laman web; dan c. Menyediakan  kemudahan  World  Wide Web 

Consortium (W3C) Disability Accessibility iaitu versi          capaian kepada orang yang tidak berkemampuan dan        Orang Kurang Upaya (OKU). Antara contoh golongan        pengguna dan kaedah penyelesaian adalah seperti          berikut:

i. Pengguna buta warna      ­ Menggunakan  warna­warna yang kontra dalam reka bentuk         

(6)

menggunakan  warna  bagi  membezakan sesuatu, penerangan tentang warna yang        digunakan perlu dipaparkan.

ii. Pengguna  cacat  penglihatan  ­ Menyediakan penggunaan audio bagi maklumat        yang  bersesuaian  Pengguna  cacat pendengaran ­ Menyediakan paparan grafik        ataupun teks bagi maklumat yang disampaikan          secara audio.

iii. Warga tua ­ Penggunaan saiz huruf yang            bersesuaian agar mudah dibaca oleh golongan          ini.

5.1.3 Menyemak isu hakcipta apabila melibatkan penggunaan          bahan pihak ketiga seperti imej, teks dan sebagainya.

5.1.4 Bahasa utama Laman Web/Portal ialah dalam Bahasa        Malaysia atau Bahasa Inggeris atau kedua­duanya sebagai        pilihan dan tidak boleh dicampur adukkan kedua­dua bahasa        tersebut dalam satu kandungan/maklumat. Bahasa yang          digunakan mestilah betul dari segi ejaan dan juga        tatabahasanya.

5.1.5 Bahasa dialek, loghat daerah/negeri, singkatan yang          keterlaluan, bahasa lucah/kesat adalah dilarang sama          sekali.

5.1.6 Kandungan/maklumat pada Laman Web/Portal tidak boleh          mengandungi maklumat yang menyalahi undang­undang        atau peraturan Universiti Malaysia Pahang, negeri dan        Negara seperti maklumat yang berunsur hasutan, cacian,        fitnah, sensitiviti perkauman, sensitiviti agama dan          seumpamanya.

5.2 REKABENTUK

5.2.1 Rekabentuk  antaramuka Laman Web/Portal mestilah      kemas, tersusun, seragam dan menggunakan warna tema        yang sesuai.

5.2.2 Setiap Laman Web/Portal mesti mempunyai logo rasmi        UMP  dan  pautan  ke  Portal  Rasmi  UMP  di http://www.ump.edu.my

5.2.3 Penggunaan  flash  dan gambar animasi adalah dibenarkan        dan bahan tersebut mesti dipastikan tidak berat (      loading time)  serta berfungsi dengan baik dan mudah dicapai.

5.2.4 Penggunaan jenis tulisan yang seragam (penggunaan          cascading style sheet (CSS) adalah kaedah terbaik).

(7)

5.2.5 Penggunaan imej yang sesuai dan mempunyai saiz fail yang        kecil dalam format png/jpg/gif dengan resolusi 72ppi (      pixel per inch).

(8)

5.3 TEKNIKAL

5.3.1 Laman Web/Portal mestilah boleh dilayari dan dipaparkan        dengan baik menggunakan empat (4) pelayar utama iaitu;       

Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome dan        Opera.

5.3.2 Setiap laman bagi kandungan/maklumat yang disediakan          mesti diletakkan kata kunci untuk memudahkan carian        pengguna.

5.3.3 Webmaster perlu memastikan Laman Web/Portal dibawah          jagaannya sentiasa boleh dicapai oleh pengguna dan        memastikan setiap pautan boleh diakses (no broken link).

5.3.4 Pada setiap bahagian bawah (        footer) Laman Web/Portal,    mesti dipaparkan email Webmaster bagi tujuan bantuan        teknikal untuk dihubungi.

5.3.5 Laman Web/Portal mesti mempunyai peta laman (      sitemap) untuk kegunaan Enjin Carian (Search Engine).

5.3.6 Laman Web/Portal mesti diletakkan skrip Google Analytic        sebagai rekod analitik capaian.

5.4 KESELAMATAN

5.4.1 Setiap bahan yang dimuat naik mestilah dipastikan bukan        sulit atau terperingkat dan mestilah merujuk Ketua        Jabatan dahulu bagi memastikan status bahan tersebut.

5.4.2 Webmaster dilarang sama sekali mendedahkan atau          berkongsi maklumat akses masuk sebagai Pentadbir Laman        Web/Portal masing­masing.

5.4.3 Webmaster dilarang memuat naik fail, modul atau        komponen yang membolehkan atau membuka ruang kepada        pihak luar melakukan penggodaman.

5.4.4 Webmaster perlu memohon dengan Bahagian Helpdesk,          PTMK jika memerlukan akses sebagai Super Admin dan        perlu mematuhi syarat­syarat yang ditetapkan.

5.4.5 Webmaster perlu melapor segera kepada Unit Helpdesk,        PTMK melalui Sistem     ICT Complaint   jika terdapat kerosakan    atau tanda­tanda Laman Web/Portal digodam.

5.4.6 Melaporkan  insiden percerobohan atau penggodaman      Laman  Web/Portal  dengan  merujuk  kepada tatacara/panduan pelaporan UMP Cert.

(9)

6.0 PENGGUNAAN TEMPLATE LAMAN WEB/PORTAL

6.1 Penggunaan laman web/portal yang dibangunkan secara berpusat        melalui  template  yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal        Laman Web/Portal atau secara berasingan menggunakan       template sendiri. Ia juga merangkumi penempatan fizikal sumber Laman        Web/Portal sama ada diletakkan di Pusat Data, Pusat Teknologi        Maklumat & Komunikasi (PTMK) atau di pelayan Jabatan, Fakulti        atau Unit masing­masing.

7.0 PENEMPATAN LAMAN WEB/PORTAL (HOSTING)

7.1 Penempatan laman web/portal tidak dihadkan di Pusat Data PTMK        sahaja. Jabatan, Fakulti atau Unit masing­masing dibenarkan untuk        meletakkan laman web/portal di pelayan sendiri atau di pelayan        pembekal pihak ketiga.

7.2 Bagi penempatan laman web/portal di pelayan sendiri atau di        pelayan pembekal pihak ketiga, Jabatan, Fakulti atau Unit mesti        mematuhi Garis Panduan Laman Web/Portal yang disediakan oleh        JK Laman Web/Portal Universiti. Namun pihak PTMK tidak akan        bertanggungjawab atas segala insiden fizikal atau aplikasi yang        berlaku.

8.0 KRITERIA PENILAIAN

8.1 Seperti yang dinyatakan di para 2.2, Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam adalah berdasarkan kepada perkara­perkara seperti berikut:

8.1.1 Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2006  ­ Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam bertarikh 6 November 2006 yang dikeluarkan oleh MAMPU; dan

8.1.2 Kriteria yang ditetapkan oleh MDeC di mana kriteria ini akan diumumkan sebelum bulan April setiap tahun yang boleh dimuat turun dari Portal Rasmi MAMPU. (Rujukan kriteria yang dikeluarkan oleh MDeC adalah seperti di lampiran 1).

8.1.3 Kriteria Portal PTJ UMP (rujuk lampiran 2).

8.2 Penilaian yang dilaksanakan oleh MDeC dibahagikan kepada dua (2) kategori utama iaitu portal dan laman web. Penilaian  dibuat

berdasarkan kepada perkara­perkara berikut:

8.2.1 Pillar 1: Content – Maklumat asas laman web/portal seperti

(10)

online dan sebagainya.

8.2.2 Pillar 2:  Usability  – Ciri­ciri yang menyokong dan

memudahkan pengguna menggunakan laman web/portal seperti jumlah halaman laman web, fungsi carian dan lainlain lagi.

8.2.3 Pillar 3:  Security – Ciri­ciri yang menyakinkan pengguna menggunakan perkhidmatan  online seperti menyatakan polisi keselamatan di laman web.

8.2.4 Pillar 4: Participation – Ciri­ciri yang membolehkan pengguna memberi pendapat atau maklum balas seperti

menyediakan borang maklum balas atau menyediakan kaedah lain seperti SMS.

8.2.5 Pillar 5: Services – Ciri­ciri yang membolehkan perkhidmatan agensi Kerajaan diautomasikan seperti e­perkhidmatan.

8.3 Penilaian bagi kesemua portal PTJ dan lain­lain peranan di bawahnya akan dinilai melalui panel penilaian setiap tahun yang dilantik khas mengikut bidang kepakaran sama ada lantikan

dalaman / luaran dan pemakluman rasmi akan diumumkan di Majlis Hari Kualiti & Inovasi bagi kategori K­Portal PTJ Terbaik.

8.4 Pemarkahan penilaian adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal Universiti berdasarkan kriteria Malaysian Development

Corporation (MDeC) dan telah diubahsuai mengikut keperluan Laman Web/Portal Fakulti, Jabatan dan Unit seperti di lampiran 2.

9.0 LAMPIRAN

9.1 Lampiran 1: Kriteria­kriteria  MDeC 9.2 Lampiran 2: Kriteria Penilaian K­Portal

10.0 KESIMPULAN

Semua pengguna, pembangun, pentadbir dan lain­lain peranan di        bawahnya di UMP hendaklah mematuhi garis panduan ini dan sentiasa        menyemak laman web/portal masing­masing serta memastikan semua        kriteria penilaian dipatuhi.

Referensi

Dokumen terkait

Pada kriptografi dengan media citra (image), pengirim pesan melakukan proses penyisipan (embedding) pesan yang hendak dikirim secara rahasia ke dalam citra sebagai

Akuntabilitas Kinerja Instansi Pemerintah (AKIP) merupakan wujud nyata Instansi Pemerintah dalam mempertanggungjawabkan keberhasilan / kegagalan kepada pemberi

Untuk menguji pengaruh yang signifikan prestasi akademik dan pengalaman bekerja terhadap profesi akuntan Mahasiswa Jurusan Akuntansi Di Universitas Islam Sultan

Hasil pengamatan pada kelima kelompok hewan untuk waktu terjadinya diare (onset), jangka waktu berlangsungnya diare (durasi), konsistensi dan jumlah feses

Laman web selain daripada laman web rasmi agensi yang diwujudkan untuk kegunaan tertentu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat

Partisipan sudah memiliki kesadaran akan timbulnya perilaku konsumtif yang ditimbulkan oleh pemakaian dompet digital, namun belum melakukan tindakan untuk mengurangi

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster tamat iaitu Kluster Selumit, Tanjung Manis setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh

Ekstrak etanol buah kecombrang pada konsentrasi 5% b/v menunjukkan zona hambatan yang paling besar terhadap Staphylococcus aureus dan Pseudomonas aeruginosa, tetapi zona hambatannya