1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Pada zaman era globalisasi, kebanyakkan manusia menggunakan teknologi untuk memudahkan urusan kehidupan mereka dalam semua aspek. Manusia sentiasa mencari sesuatu untuk membantu melakukan kerja-kerja yang menggunakan tenaga dan masa yang banyak. Oleh itu, mesin pengupas kulit buah tembikai dan tembikai susu ini di wujudkan bagi memudahkan lagi proses membuang kulit buah tersebut. Selain itu, masa dan tenaga manusia dapat dikurangkan bagi melakukan kerja-kerja memotong kulit tersebut. Kegunaan mesin ini sesuai bagi penjual buah, pihak katering dan dirumah yang memerlukan pengeluaran buah yang siap dipotong untuk dijual mahupun untuk dihidangkan di rumah.
1.2 OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif di dalam penghasilan projek ini, antaranya:
i. Mereka bentuk sebuah mesin pengupas dan memotong buah.
ii. Membina mesin pengupas dan memotong buah dengan menggunakan sistem semi automatik.
iii. Menganalisis rekabentuk mesin yang dihasilkan.
2
1.3 PENYATAAN MASALAH
Sebelum memulakan projek ini, terdapat beberapa masalah yang dapat dikesan dengan menggunakan tenaga manusia untuk mengupas dan memotong buah tersebut. Antaranya ialah mengambil masa yang terlalu lama untuk mengupas kulit dan memotong buah kepada syarikat ‘catering’, peniaga-peniaga kecil dan untuk diri sendiri. Selain itu, keselamatan semasa mengupas dan memotong buah tersebut tidak terjamin. Seterusnya, potongan buah tidak mengikut saiz yang sama. Akhir sekali, kupasan kulit tidak akan sekata disebabkan tenaga manusia yang digunakan.
1.4 SKOP PROJEK
Bagi memenuhi objektif di atas, projek ini akan merangkumi skop tersebut:
i. Penambahbaikan dilakukan dengan menggabungkan pengupas dan pemotong sekaligus.
ii. Setiap alat yang digunakan diuji dengan terperinci mengikut kepada fungsi mesin tersebut.
iii. Dari segi multimedia, projek ini dilakar dengan menggunakan perisian komputer sepertiAutoDesk Inventor.
iv. Boleh digunakan bagi peniaga buah, dan syarikat katering.
v. Menggunakan alatan seperti motor DC 12-24Watt, Perspek lutsinar, Aluminium tahan karat, Mata pisau lengkung, mata pisau rata.
vi. Saiz mesin 60 X 50 X 60 cm
vii. Semua jenis saiz buah tembikai dan tembikai susu.
viii. Menggunakan sistem semi automatic.
3
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengurangkan masa, risiko pekerja dan penggunaan tenaga manusia yang banyak untk pengupas dan memotong buah tersebut.
1.6 RUMUSAN BAB
Begitulah serba sedikit pengenalan tentang mesin pengupas buah. Kajian ini diteruskan dengan Bab 2 iaitu kajian literatur.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN BAB
Membuat kajian terhadap komponen-komponen yang terlibat di dalam membangunkan rekabentuk Mesin Pengupas & Pemotong Buah Tembikai. Melalui kajian ini, ia dapat membantu pereka dalam mengetahui fungsi-fungsi dan kendalian komponen- komponen yang terlibat. Di samping itu juga, pereka dapat membuat pemilihan komponen yang terbaik berdasarkan objektif kajian.
2.2 PANDUAN IDEA
Untuk menjadikan projek kami lebih berjaya kami perlu berpandukan pada produk- produk yang sedia ada. Ia akan menjadikan sumber untuk menjalankan projek ini. Dengan ini kami dapat mengolahkan produk-produk yang sedia supaya dapat diaplikasikan pada Mesin Pengupas & Pemotong Buah Tembikai. Reka bentuk dan fungsi sesuatu produk itu akan diubah mengikut kesesuaian projek.
5 2.2.1 KAJIAN SPESIFIKASI MESIN PENGGUPAS DIPASARAN
Pelbagai jenis mesin pengupas buahan telah dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di pasaran antarabangsa. Setiap mesin pengupas mempunyai kebolehan, keunikan dan ciri-ciri reka bentuk yang tersendiri yang telah disuaikan seperti kehendak penciptanya. Pencipta menciptanya atas dasar permasalahan yang timbul hasil daripada pemerhatian terhadap pengguna.
6 PENGENALAN TENTANG BUAH TEMBIKAI
Rajah 2.3.1 Buah tembikai
Tembikai (Citruluus lunatus) adalah tanaman buah jangka pendek yang menjalar dari keluarga Cucurbitacae (sama dengan timun) yang dipercayai berasal dari Afrika Tengah, Tembikai adalah satu daripada 9 jenis buah-buahan yang diberikan keutamaan untuk di majukan di Malaysia dalam Dasar Pertanian negara ke-3. Benih tembikai kebanyakkannya diimport dari Taiwan atau jenis Hybrid. Pemilihan jenis buah tembikai ditanam megikut kehendak pasaran dan negara pengimport Pasaran Tembikai di Maalaysia untuk tempatan dan eksport luar negara.
7 Berikut adalah beberapa varieti yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia:
a) New Dragon(berbiji) b) Flower Dragon(berbiji) c) Hitam Manis(berbiji-S118) d) Black Gold(berbiji)
e) Fengshan(tanpa biji) f) Ming Hwa(tanpa biji) g) Gold Rush 1663(tanpa biji) h) Felicity(tanpa biji)
i) Orchid Sweet(tanpa biji) j) Sin Foon(tanpa biji) k) Quality(tanpa biji) l) Seedless No.1(tanpa biji)
Kawasan utama tanaman tembikai di Malaysia adalah di Pahang dan Johor di daerah Rompin, Pahang merupakan kawasan utama tanaman tembikai (2543 hektar) diikuti dengan daerah Kluang, Johor (1119 hektar) dan Daerah mersing Johor(828 hektar) pada tahun 2009.
Sebanyak 228,880 metrik buah tembikai telah dikeluarkan di Malaysia pada tahun 2009 dimana sebahagian besar adalah untuk pasaran eksport.
Buah biasa matang dalam masa 65 hari selepas ditanam bergantung kepada jenis.
Pungutan hasil biasanya dibuat sebanyak 4 pusingan setiap musim. Pusingan pertama dan kedua biasanya menggunakan hasil bermutu tinggi dan sangat disyorkan untuk dieksport sementara pungutan hasil ketiga dan keempat biasanya berkualiti sederhana dan sesuai untuk pasaran tempatan. Pengredan tembikai ada 3 kategori iaitu Gred 1, Gred 2, dan Luar Gred.[1]
8 Jenis
mesin
Berat (kg)
Kapasi ti beban
(kg)
Luas mesin
(cm) Kelebihan Kekurangan Harga (RM)
Pemotong tembikai
1 5-7 37.5 x 28
-Mudah dan sesuai memotong tembikai dengan bersih.
-Terbuat daripada keluli tahan karat.
-Memerlukan tenaga yang banyak untuk memotong buahan
20
Mesin pengupas
kulit
tembikai 200 9-10
120 x 100 x 210
-Cepat dan efektif.
-Mempunyai butang keselamatan dan dapat mengawal kelajuan mesin.
-Mesin terlalu berat dan sukar dibawa ke mana-mana.
-Kos harga yang tinggi.
2000
Alat pemotong
buah
tembikai 0.25 2 10 x 15
-Ringan dan mudah untuk dibawa.
-Senang untuk dikendalikan
-Saiz potongan tidak sama.
-Lambat dan memakan masa untuk memotong.
12
Jadual 2.2 : Jenis – jenis mesin pengupas dan pemotong buah tembikai di pasaran [2]
9 2.3 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK
Rajah 2.3.1 Plat Keluli
Dari sudut alam sekitar, bahan pembinaan daripada keluli boleh dikitar semula, melibatkan kos pengangkutan yang murah dan tidak menghasilkan pencemaran bunyi serta habuk yang tinggi. Besi sebagaimana kebanyakan logam, biasanya tidak dijumpai dalam kerak bumi dalam bentuk unsur. Besi hanya boleh didapati dalam kerak bumi dalam bentuk sebatian dengan oksigen dan belerang.
Rajah 2.3.2 Besi berongga
Besi berongga adalah besi yang ringan. Besi ini mempunyai dua bentuk iaitu bulat dan petak. Biasanya besi ini dibuat daripada besi berongga dan galvanis yang sering digunakan dalam konstruksi bangunan, terutamanya pagar, atap kanopi atau pintu gerbang. Besi berongga juga dapat digunakan untuk menampung pada pemasangan platform bahagian atas.
10 Rajah 2.3.3 Bolt and Nut
Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan. Komponen ini paling banyak digunakan dalam projek ini pada setiap bahagian.
Rajah 2.3.4 Washer
Merupakan plat yang nipis dan mempunyai ruang pada bahagian tengahnya. Kebiasaanya digunakan untuk menyumbang sedikit berat pada pemasangan bolt and nut. Kegunaan yang lain bagi adalah sebagai peruang, kadar lapisan dan alat pengikut. Ia juga mempunyai pelbagai saiz dan kelebaran bergantung kepada saiz bolt dan nat yang digunakan.
Selalunya washer mempunyai diameter luar yang dua kali ganda besar berbanding diameter dalamnya. Ia diperbuat daripada plastik atau besi. Selain itu, ia juga diperbuat daripada getah dan bahan kaca yang digunakan untuk menahan pengaliran air pada pemasangan paip.
11 2.4 PERALATAN PROJEK
Peralatan peralatan yang digunakan untuk menjayakan sebuah adalah seperti berikut:
2.4.1: Mesin kimpalan MIG
Digunakan untuk menyambung besi-besi bagi dijadikan rangka. Kumain yang terhasil menyambung besi-besi untuk dijadikan produk. Mesin MIG ini dapat dioperasikan secara manual dengan menarik picu untuk mengeluarkan leburan logam bagi proses menyambung besi menggunakan proses kimpalan. Proses untuk mengimpal menggunakan kaedah MIG juga adalah lebih mudah berbanding kimpalan arka yang lain. Kebanyakan kimpalan-kimpalan yang dibuat di bengkel-bengkel juga adalah kimpalan MIG.
Prinsip asas kimpalan MIG dalam kimpalan MIG, arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam asas. Arka menghasikan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod. Leburan elektrod dan logam asas bercampur membentuk kolam leburan dan sebati apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan.
Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan (dalam bentuk gelungan) melalui unit suapan dawai. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam leburan daripada udara atmosfera. Kimpalan MIG kebiasaannya digunakan untuk menyambungkan komponen- komponen yang berasingan untuk dijadikan produk. [3]
12 MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan. Antara kelebihan MIG:
i. Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
ii. Proses lebih cepat.
iii. Hasil kimpalan bermutu tinggi.
iv. Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa melakukan pengimpalan.
v. Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
vi. Boleh mengimpal semua jenis logam utama
.
Rajah 2.4.2: Mini grinding machine
Mini grinding machine adalah mesin canai mudah alih yang mengacu pada pembuatan bentuk datar dan permukaan yang rata pada sebuah benda kerja yang berada di bawah batu grinder yang berputar. Pada umumnya mesin grinder digunakan untuk penggerindaan permukaan yang meja mesinnya bergerak horizontal bolak-balik. Benda kerja dicengkam pada meja magnetik, digerakkan kehadapan dan belakang di bawah batu grinder. Meja pada mesin grinder mendatar dapat dioperasikan secara manual atau automatik yang dapat diatur pada bahagian mata alat.
13 Rajah 2.4.3: Mesin Pemotong Mudah Alih ( grinder )
Mesin grinder merupakan mesin yang bertujuan untuk mengasah benda kerja seperti pisau dan pahat, atau dapat juga bertujuan untuk membentuk benda kerja seperti merapikan hasil pemotongan, membentuk lengkungan pada benda kerja yang bersudut, menyiapkan permukaan benda kerja untuk dikemaskan, dan lain-lain.
Mesin grinder mampu untuk dapat menghasilkan kecepatan sekitar 11000 – 15000 rpm. Dengan kecepatan tersebut mata grinder yang merupakan komposisi aluminium oksida dengan kekasaran serta kekerasan yang sesuai, dapat menggerus permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk yang diinginkan. Dengan kecepatan tersebut juga, mesin grinder juga dapat digunakan untuk memotong benda logam dengan menggunakan mata grinder yang dikhususkan untuk memotong.[4]
14 Rajah 2.4.4: Mesin gerudi tangan
Mesin gerudi yang digunakan ialah jenis gerudi tangan. Mesin ini digunakan untuk menebuk lubang pada permukaan besi. Mesin ini mudah digunakan kerana ia boleh digunakan pada kedudukan yang berlainan.
Rajah 2.4.5: Mata gerudi besi
Mata gerudi yang digunakan ialah jenis stainless steel. Ia sesuai digunakan untuk menebuk lubang pada pelbagai jenis besi samada lembut mahupun besi keras.
15 Rajah 2.4.6: Skru dan pengikat
Ia digunakan untuk mengikat dua komponen atau lebih. Mempunyai pelbagai saiz dan sesuai digunakan untuk mengikat komponen. Ia boleh ditanggalkan dengan mudah berbanding ikatan kimpalan.
Rajah 2.4.7: Penyembur
Penyembur digunakan dalam proses mengecat rangka projek. Ia mudah digunakan untuk mengecat pada kedudukan atau sudut yang berbeza.
16 Rajah 2.4.8: Welding Mask
Rajah 3.4.8 menunjukkan alat keselamatan yang digunakan semasa kerja pengimpalan dilakukan bagi membantu pengimpal untuk melihat dan juga untuk melindungi bahagian muka pengimpal daripada tercedera.
Rajah 2.4.9: Mesin Kimpalan TIG
Mesin kimpalan TIG digunakan untuk melakukan penyambungan logam yang menggunakan haba dari arka kimpalan yang menggunakan kuasa elektrik serta menggunakan gas tertentu bagi mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi. Kimpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hamper semua jenis.
17 Rajah 2.4.10: Mesin Kimpalan Arka
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alat ubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.[5]
2.5 RUMUSAN BAB
Bab ini menerangkan secara terperinci tentang mesin pengupas tembikai yang sedia ada dan yang terdapat dipasaran. Seterusnya, dalam bab ini juga menerangkan fungsi-fungsi komponen dan bahan asas yang digunakan bagi menyiapkan projek ini. Segala kajian yang pernah dijalankan sewaktu dahulu telah banyak menerangkan bagaimana sebuah mesin pengupas buahan itu berfungsi.
18
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Metodologi ialah aspek yang perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu projek atau produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara yang perlu dilalui sebelum suatu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu dilakukan dengan teratur dan sesuai bagi mendapatkan kerja dan hasil yang lebih baik dan terjamin. Dengan adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja dan tugas yang ingin dilakukan dapat diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan selamat. Dalam bab ini akan membincangkan mengenai langkah-langkah kerja yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek ini. Setiap langkah kerja yang akan dilakukan akan diterangkan bersama rajah yang boleh membantu pemahaman mengenai penghasilan projek ini.
19
3.2 CARTA ALIR PROSES PERLAKSANAAN PROJEK
GAGAL
LULUS
Jadual 3.2 Carta Alir Perlaksanaan Projek Pengujian
Mula
Permasalahan
Percambahan Idea
Pemilihan Idea
Pemilihan Bahan
Lakaran Reka Bentuk
Penghasilan Produk
Pemasangan
Tamat
20 Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunanya dihubungkan dengan anak panah. Gambarajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi selangakah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkan pula mewakili aliran kawalan data. Aliran data tidak selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang.
Pada permulaan, telah dibincangkan untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek ini berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu produk dihasilkan. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan Projek 1 melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan bantuan computer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan dan diterima, perlaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang perlaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan kedua.
21
3.3 MENGENAL PASTI MASALAH
Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan mesin pengupas kulit tembikai ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.
3.4 PERANCANGAN RANGKA DAN PERLAKSANAAN KERJA
Proses merekacipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi menghasilkan satu projek baru atau pengubahsuaian ke atas suatu projek. Antara langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses merekacipta ialah :
3.4.1 MENCARI MAKLUMAT
Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan mengenai komponen- komponen dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan sepanjang projek ini dijalankan.
Peralatan yang telah dikenalpasti akan disenaraikan untuk diambil tindakan seterusnya.
3.4.2 MEMBUAT LAKARAN SECARA KASAR
Lakaran secara kasar dilakukan di dalam tiga pandangan utama iaitu pandangan hadapan, belakang dan sisi kiri atau kanan. Lakaran secara kasar ini menggunakan imaginasi dan idea yang telah dikenalpasti semasa tinjauan dilakukan. Lakaran yang telah dilakukan di atas kertas dilaksanakan sebelum diadaptasi menjadi lebih berkualiti dan mantap tanpa ada sebarang permasalahan.
22
3.4.3 MENCARI BAHAN-BAHAN DAN KOMPONEN
Sebelum memulakan kerja pencarian bahan yang sesuai, seperti bahan yang mampu mengupas dan memotong buah tembikai dan mudah didapati di pasaran untuk membuat model mesin pengupas dan memotong buah tembikai ini. Pihak kami terlebih dahulu membuat rujukan dan sumber-sumber yang diperoleh dari media massa dan buku-buku rujukan.
Pemilihan bahan merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses merekabentuk projek. Pemilihan bahan akan mempengaruhi jangka hayat, prestasi dan kos pembuatannya. Bahan yang murah dan berkualiti akan menjadikan projek lebih praktikal dan mampu dimiliki oleh pengguna.
i. Rangka projek dibina dari Aluminium.
ii. Menggunakan roda untuk memudahkan pergerakkan mesin.
iii.
skru dan pengikat daripada bahan yang tahan karat.
3.4.4 PROSES PENGUJIAN
Melakukan proses pengujian peralatan dan komponen dari segi kesesuaian. Pengujian dilakukan untuk menentukan peralatan dan komponen tersebut dapat beroperasi dengan baik.
23
3.4.4 KHIDMAT PENYELIA DAN INDIVIDU BERKENAAN
Membincangkan projek yang akan dilaksanakan dengan penyelia projek individu berkenaan untuk mengembangkan idea bagi membaiki kelemahan dan menambahkan kecekapan projek tersebut.
3.5 KOS PROJEK
Jadual 3.5 menunjukkan kos untuk penghasilan projek Mesin pengupas dan pemotong buah tembikai. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan anggaran harga yang lengkap berserta unit.
Barang Kuantiti Harga(RM)
Motor 1 50.00
Gear 1 50.00
Besi Plat 1 20.00
Besi Round Bar Steel 1 60.00
Pemotong Tembikar Bulat 1 10.00
Paku 1 1.50
Spray 2 12.00
Mata Pemotong 1 6.00
Bearing 2 25.00
Holder Projek 2 2.00
Switch On 1 1.50
Alat Kawal Kelajuan 1 12.00
Jumlah Keseluruhan 1 250.00
Jadual 3.5: Kos penghasilan Projek
24
3.6 PERLAKSAAN PROJEK
Setelah kami mengenalpasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam projek ini, kami mula melakar beberapa lukisan bagi rekabentuk projek. Seterusnya, semua ahli kumpulan telah mencapai kata sepakat untuk memilih rekabentuk ini sebagai projek kami.
Proses perlaksanaan projek akan dijalankan mengikut jadual perancangan.
RAJAH 3.6.1 : Lakaran Projek
RAJAH 3.6.2 : Lakaran Projek
25 Antara perlaksanaan yang dilakukan untuk membina sebuah projek Mesin Pengupas dan Pemotong Buah Tembikai adalah seperti berikut:
RAJAH 3.6.3 : Memotong Besi
Besi dipotong mengikut ukuran dan jenis besi yang berbeza. Antara besi yang digunakan adalah seperti hollow steel, plat bar, hollow bar, dan besi padu.
RAJAH 3.6.4 : Mengimpal Besi
Besi yang telah dipotong dikimpal di bahagian tapak projek dan bahagian-bahagian lain pada projek supaya projek yang dihasilkan lebih kukuh dan tahan lama.
26 RAJAH 3.6.5 : Melarik Besi
Seterusnya, kami menggunakan mesin larik untuk melarik besi bagi bahagian projek iaitu bahagian-bahagian sokongan kepada gear, bearing dan penampung tembikai.
RAJAH 3.6.6 : Proses Merivet
Plat keluli dirivet pada rangka besi yang telah dibuat untuk dijadikan sebagai kotak perumah motor dan gear.