• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 1. Dialek Melayu di Lembah Baram. mencari rezeki di Bandar Miri. Di bahagian hulu pula, suku yang utama adalah suku Penan, Punan, Kayan,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 1. Dialek Melayu di Lembah Baram. mencari rezeki di Bandar Miri. Di bahagian hulu pula, suku yang utama adalah suku Penan, Punan, Kayan,"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Bab 1

Bab 1

Bab 1

Bab 1

Bab 1

Dialek Melayu di Lembah Baram

Chong Shin

PENDAHULUAN

Di Sarawak, penelitian-penelitian dialek Melayu pada umumnya tertumpu pada bahagian barat sahaja, contohnya kajian Rokaiyah (1983), Collins (1987), Madzhi Johari (1988), Azlan Miz (1997), Wong & Aiwan (1996), Fatimah (1996), Collins (2000) dan Chong (2006). Jika ditinjaukan dari segi geografi, pengkajian dialek Melayu hanya dilakukan di wilayah antara lembangan sungai Sarawak hingga ke Sungai Rejang. Dalam erti kata lain, kecuali catatan ringkas oleh Needham (1958), tiada maklumat lain tentang dialek-dialek Melayu di bahagian utara Sarawak. Berdasakan persoalan tersebut, bab ini membincangkan dialek Melayu yang dituturkan di lembah Sungai Baram. Aspek yang disentuh melibatkan mengenalpasti variasi dialek dan ciri fonologinya.

LOKASI KAJIAN

Sungai Baram terletak di bahagian utara Sarawak, mengalir ke arah Barat Daya dan bermuara di sempadan negeri Sarawak-Brunei Darussalam; Lihat Peta 1. Dari segi persebaran, bahagian hilir umumnya dihuni dengan suku Miriek, Kedayan,

Melayu, Cina dan suku minoriti yang

mencari rezeki di Bandar Miri. Di bahagian hulu pula,

suku yang utama adalah suku Penan, Punan, Kayan,

(2)

Bisaya dan sebagainya. Data yang dibincangkan dalam bab ini dikumpulkan dari dua kampung di bahagian hilir Baram, iaitu di Kampung Masjid dan Kampung Pulau Melayu.

Peta 1: Lokasi Kajian Lembah Baram

DIALEK MELAYU DI KAMPUNG MASJID

Dialek Melayu yang digunakan di kampung Masjid adalah dialek Melayu Sarawak (iaitu variasi di Sungai Sarawak, selanjutnya DMS). Berdasarkan kajian Collins (1987), ciri umum DMS adalah:

1. /k/ dan // berstatus fonem tersendiri (bandingkan kata [ka] ‘kera’ dengan [kak] ‘kerak nasi’).

2. Penambahan bunyi hentian glotis // pada posisi akhir kata-kata tertentu.

3. Fonem /h/ tidak wujud pada awal kata, kecualidalam beberapa kata pinjaman. (Contohnya “hujan” [ujan]).

(3)

Di Sarawak, selain DMS, terdapat sejenis lagi variasi Melayu, iaitu dialek Melayu Saribas yang berstatus dialek tersendiri. Ciri perbezaan untuk dialek Melayu Saribas (selanjutnya DM Saribas) dengan DMS adalah (Chong 2006; Azlan 1997):

1. /a/ pada akhir kata DMS wujud sebagai alofon [] dalam DM Saribas

2. Selepas vokal tinggi di akhir kata, alofon untuk // ialah [] dan [a] dalam DM Saribas tetapi tidak pada DMS

3. /l/ tetap sebagai [l] dalam DMS tetapi sebagai [a] dalam DM Saribas.

Dalam kajian ini, didapati DMS yang berasal dari lembah Sungai Sarawak juga dituturkan di bahagian utara, iaitu di lembah Baram. Dari segi jalinan linguistik, DMS di kampung Masjid setara dengan DMS. Ini boleh dilihat pada sistem bunyi vokal dan konsonannya.

Vokal : /i, e, a, , u/

Konsonan: /b, p, d, t, k, g, , s, z, c, h, , j, l, m, , , , w, y/ Dari segi fonologi, dialek Melayu di kampung Masjid juga menunjukkan persamaan dengan DMS tetapi beberapa ciri fonologi berbeza dengan DM Saribas. Contohnya: i) Pada suku kata akhir terbuka, //adalah alofon kepada /a/dalam DM Saribas tetapi sebagai /a/dalam DMS.

Jadual 1: /a/ dan Alofon-alofonnya

Kpg. Masjid Tupong Tengah Debak

(DMS) (DM Saribas)

nama nama nam: ‘nama’ mata mata mat: ‘mata’ klia tlia: kli: ‘telinga’

(4)

ii) Selepas vokal tinggi di akhir kata, alofon untuk // ialah [] dan [a] dalam DM Saribas tetapi kekal sebagai [] dalam DMS.

Jadual 2: // dan Alofon-alofonnya

Kpg. Masjid Tupong Tengah Debak

(DMS) (DM Saribas)

pasi pasi pasia ‘pasir’

ae ayi ayia ‘air’

Daripada Jadual 1 dan 2, jelas bahawa DMS dan dialek Melayu di kampung Masjid adalah variasi yang sama dan kedua-dua variasi ini berbeza dengan DM Saribas. Dalam bidang dialektologi, faktor geografi merupakan antara penentu pembentukan sesuatu dialek atau variasi baru. Jika dilihat pada letakan lembah Baram yang terasing dari lembah-lembah sungai lain, misalnya sungai Rejang dan Saribas, seharusnya diduga wujud satu dialek Melayu tersendiri, seperti DM Saribas. DM Saribas wujud sebagai variasi tersendiri justera kerana faktor perletakannya yang sukar dicapai pada masa dulu (sukar dicapai oleh luar kerana bahagian hilirnya berpaya dan berbukit bukau di bahagian hulu).

Namun situasi ini sebaliknya untuk dialek Melayu di lembah Baram. Di kawasan ini, dialek Melayu yang dituturkan ialah DMS walaupun daerah pertuturan DMS yang sebenar terletak ratusan kilometer ke barat (dipisahkan oleh beberapa batang sungai dan bentuk muka bumi lain yang mencabar). Keberadaan DMS di lembah Baram sebagai bahasa ibunda dan bahasa interaksi utama penduduk berkait dengan faktor ekonomi, iaitu wujud industri berkaitan pe-troleum. Perkembangan industri ini telah menggalakkan ramai penduduk dari daerah lain ke Miri, termasuk penutur DMS untuk mencari nafkah hidup.

Justeru DMS berstatus lingua franca utama di Sarawak, ia juga dikuasai oleh suku bukan Melayu yang lain untuk tujuan komunikasi. Di antara yang paling menonjol ialah suku pribumi muslim setempat, terutamanya suku Miriek.

(5)

Mereka selain menggunakan DMS sebagai bahasa pengantar utama, ada di kalangan mereka yang mula menggunakan DMS sebagai bahasa pertama.

DIALEK MELAYU DI PULAU MELAYU

Di sekitar Teluk Brunei di pantai Utara Borneo, terdapat berpuluh ribu orang yang berbahasa Melayu Brunei sebagai bahasa Ibunda dan bahasa komunikasi (Jaludin Chuchu 2003). Walaupun bahasa ini terdiri daripada beberapa subdialek, namun dialek-dialek ini tergolong sebagai Dialek Melayu Brunei (selanjutnya DMB). Selain di negara Brunei, kawasan di luar sempadan negara Brunei, misalnya Limbang, Lawas di Sarawak dan daerah di Sabah yang bermula dari Sindumin hingga ke kampung Brunei di Kota Kinabalu serta Pulau Labuan juga berpenutur DMB. Tahap kesalingfahaman di antara penutur dialek Melayu di Brunei dengan penutur Melayu lain di kawasan Teluk Brunei sangat tinggi (Jaludin Chuchu 2003). Ini merupakan bukti persebaran dialek tidak dibatasi oleh sempadan politik. Contohnya dialek Melayu di Kelantan juga digunakan oleh masyarakat di Selatan Thai.

Selain kawasan-kawasan yang disebutkan oleh Jaludin Chuchu (2003), kajian ini menunjukkan DMB juga dituturkan di sekitar lembah Baram. Menurut Maxwell (1984 dlm Jaluddin Chuchu 2003), terdapat berpuluh-puluh jenis dialek Melayu Brunei dan dialek-dialek ini dapat dikategorikan kepada dua subdialek yang utama, iaitu subdialek Melayu Brunei dan Subdialek Kedayan.

Bahagian ini bertujuan menentukan status dialek Melayu di kampung Pulau Melayu, iaitu sama ada merupakan subdialek Melayu Brunei atau subdialek Kedayan. Panduan yang digunakan ialah beberapa ciri fonologi DMB yang dirumuskan dari Jaludin Chuchu (2003). a. Terdiri daripada 3 vokal

b. Pengguguran /h/ pada awal kata

c. Penambahan bunyi // pada akhir kata tertentu d. Inovasi * > /r/ dan /-/

(6)

a. Terdiri daripada tiga vokal

Menurut Collins (1992), bahasa Melayu Purba (BMP) mengandungi empat vokal, iaitu *i, *u, * dan *a. Namun dalam DMB, terdapat pengurangan bunyi vokal kepada tiga saja, iaitu /a/, /i/, /u/ (Jaludin Chuchu 2003). Variasi Melayu di Kampung Pulau Melayu juga bersistemkan tiga vokal, iaitu sama seperti dialek DMB. Lihat contoh di bawah:

Pulau Melayu BM Baku

/batis/ /btis/ ‘betis’ /daar/ /dar/ mendengar

Daripada contoh di atas, kata yang sepadan dengan bahasa Melayu Baku (BM), // adalah wujud sebagai /a/ dalam variasi Melayu di Kampung Pulau Melayu. Jadi, ini menjadi bukti bahawa dialek Melayu di kampung ini terdiri daripada DMB. Ini sejajar dengan huraian yang diberikan oleh Jaludin Chuhu (2003) iaitu: “dalam DMB, BMP (Bahasa

Melayo-Polinesia Purba) * sepadan dengan /a/ pada semua

kedudukan: awal, akhir dan praakhir. Perendahan BMP * kepada

/a/ menyebabkan penyatuan dua vokal purba, iaitu * dan *a. Ciri penyatuan ini sangat penting dalam usaha pengelasan dialek Melayu di Pulau Borneo”. Data variasi Melayu di kampung

Pulau Melayu turut menunjukkan ciri seperti yang dinyatakan oleh Jaludin Chuchu, iaitu:

BMP Pulau Melayu Erti/BM

*put paro:t perut *d da:a: dengar

*lmk lamak lemak

(7)

b. Pengguguran /h/ pada awal kata

Subdialek DMB dan subdialek Kedayan juga dapat dibezakan dengan meninjau BMP *h. Dalam subdialek DMB, BMP *h sepadan dengan /h/ pada akhir kata dan sebagai /ø/ (zero) pada awal kata. Subdialek Kedayan pula dibezakan dengan menyaksikan BMP *h sepadan dengan /h/ pada semua posisi (Jaluddin Chuhu 2003). Berdasarkan analisis, variasi Melayu di kampung Pulau Melayu merupakan subdialek Melayu Brunei kerana BMP *h sepadan dengan /ø/.

BMP Pulau Melayu Subdialek Subdialek

DMB Kedayan

*hati ati ati hati

*hatp atap atap hatap

c. BMP * > ø

Ciri ketiga yang menentukan sesuatu variasi sama ada tergolong sebagai subdialek DMB ataupun Kedayan ialah berdasarkan ciri BMP * > ø. Dalam dialek Melayu di Teluk Brunei, BMP * pada akhir kata akan hilang. Namun demikian, terdapat juga beberapa perkataan yang memperlihatkan hentian glotis pada akhir kata, iaitu BMP *tawa ‘ketawa’. BMP *tawa muncul sebagai /tetawa/ dalam subdialek Melayu Brunei. Tiada bunyi hentian glotis yang ditemui pada subdialek Kedayan. Dalam erti kata lain, bunyi // wujud dalam subdialek DMB manakala tidak pada subdialek Kedayan (Jaludin Chuchu 2003). Dalam kajian Jaludin Chuchu tersebut, dinyatakan variasi DMB di Papar, Sabah juga mengandungi beberapa kata DMB yang memperlihatkan penambahan bunyi glotis pada akhir kata, misalnya [kiri], [atti], [gigi] dan [mimpi]. Namun demikian, tidak semua kata yang berakhir dengan /i/ pada kedudukan tersebut ditambahkan dengan //. Gejala ini dijelaskan oleh beliau sebagai “perubahan penambahan

(8)

kemudian yang terjadi secara tidak teratur” dan hanya variasi di

Papar sahaja yang menunjukkan kekecualian ini. Variasi-variasi DMB lain sebaliknya menunjukkan BMP * > ø.

Selain subdialek DMB di Papar, variasi Melayu di kampung Pulau Melayu turut mengalami penambahan bunyi glotis pada akhir kata secara tidak konsisten. Bahkan, penambahan // juga berlaku pada vokal /u/ dan /a/ seperti contoh di bawah. Dengan adanya data dari kampung Pulau Melayu, boleh dikatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua variasi DMB di periferi persebaran DMB yang memaparkan gejala penambahan bunyi glotis.

Pulau Melayu BM Baku

kiri kiri siku siku paha paha talia telinga mata mata d. Inovasi * > /r/

Menurut Collins (1987), bunyi // dalam dialek Melayu adalah retensi dari bunyi Bahasa Austronesia Purba. Di Sarawak, semua dialek Melayu meretensikan ciri purba ini. Variasi Melayu di kampung Pulau Melayu tidak terkecuali daripada mengekalkan ciri bunyi ini. Dalam variasi Melayu di kampung Pulau Melayu, ia sebaliknya mengalami inovasi dan inovasi ini turut menjadi penentu yang membezakan subdialek DMB dan subdialek Kedayan. Sekiranya terdapat inovasi * > /r/ ataupun /y/, maka ia adalah subdialek DMB. Manakala sekiranya terdapat inovasi ke /ø/, ia memaparkan ciri subdialek Kedayan. Data variasi Melayu yang dikutip di kampung Pulau Melayu memperlihatkan inovasi * > /r/ dan merupakan bukti bahawa dialek Melayu ini tergolong dalam kelompok subdialek DMB. Contohnya:

(9)

BMP Pulau Melayu Subdialek Kedayan

*tidu > tidor tidu *tlu > talor talu e. Pemanjangan Konsonan

Gejala pemanjangan bunyi konsonan bererti bunyi konsonan dipanjangkan kerana faktor-faktor fonologi. Dari segi otografi, ianya seakan-akan ditulis dengan konsonan “berganda” (dalam perlambangan fonetik, ditandakan dengan [:]). Bahasa-bahasa yang mengandungi ciri ini ialah seperti dialek Melayu Kota Bangun (Collins 1990; 1992) dan dialek Melayu Sambas (Jaluddin Chuchu 2003). Contohnya: [banner] ‘benar’. [tallur] ‘telur’ (varian Sambas Marabuan).

Dalam DMB, wujud juga ciri konsonan panjang tetapi ia dilaporkan mengalami kepunahan dan kewujudannya berkait dengan angkubah umur dan kelas sosial. Maksudnya hanya golongan lelaki yang berumur 60 ke atas dan wanita yang berumur 50 ke atas, bekerja swasta (petani, nelayan, pedagang) sahaja yang mengekalkan ciri ini (Jaluddin Chuchu 2003).

Walaupun ciri ini dikatakan punah dalam DMB di Brunei, namun variasi Melayu di kampung Pulau Melayu yang merupakan anggota dari DMB kaya dengan ciri ini. Berikut adalah contoh-contohnya:

Pulau Melayu Erti

bal:ah membelah lap:as terlepas kar:ak kerak nasi par:ot perut manjar:a masak nasi

Secara ringkas, berdasarkan huraian di atas, rumus pemanjangan bunyi konsonan adalah seperti berikut:

(10)

K > K: / *_V(K).

[Catatan: * mengalami penyatuan vokal ke /a/ dalam varian ini; seperti yang diterangkan sebelum ini]

KESIMPULAN

Secara kesimpulan, berdasarkan kajian, dialek Melayu yang dikenalpasti di lembah Sungai Baram adalah DMS dan DMB. Di antaranya, DMS yang pada asalnya merupakan bahasa ibunda suku Melayu di lembah Sungai Sarawak juga tersebar di lembah Baram. Persebaran DMS ratusan kilometer ke bahagian utara Sarawak disebabkan oleh mobiliti penutur DMS yang didorong oleh faktor ekonomi. Perkembangan DMS di daerah ini dapat disaksikan dengan peralihan bahasa suku Miriek ke DMS dan penggunaannya sebagai bahasa pengantar oleh suku bukan penutur asli DMS. DMB pula merupakan dialek Melayu yang berlimpah dari Brunei.

Oleh kerana persebaran sesuatu dialek tidak dibatasi oleh sempadan politik sesebuah negara, DMB yang menjadi

lingua franca di Brunei juga dituturkan di sekitar lembah

Baram. Walaupun telah dikenalpasti dialek Melayu di kampung Pulau Melayu adalah subdialek DMB dan bukannya subdialek Kedayan, namun variasi ini menunjukkan sedikit kelainan dengan DMB, misalnya dari segi penambahan bunyi hentian glotis dan pemanjangan bunyi konsonan. Dari segi status sebagai bahasa pengantar, didapati DMS lebih mengatasi DMB dalam hal sebagai bahasa interaksi oleh suku-suku bukan Melayu. DMB pula hanya berperanan sebagai lingua franca lokal, iaitu bahasa pengantar untuk suatu lingkungan tertentu sahaja. Di luar lingkungan tersebut, DMS menggantikan peranannya sebagai bahasa komunikasi.

* Catatan akhir:

Kajian ini pada asalnya dilakukan di bawah projek yang didanai oleh Universiti Kebangasaan Malaysia (

(11)

dibuat di bawah projek Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Projek Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), (Kod: FRGS/1/2015/SSI01/UKM/02/8) yang bertujuan menerokai konsep baru “masuk Melayu” di kalangan suku Penan Muslim. Dialek Melayu didapati berperanan penting sebagai bahasa interaksi dan pergaulan, selain bahasa Bintulu yang sebagai bahasa Ibunda mereka.

RUJUKAN

Azlan Miz. 1997. Inovasi dialek Melayu Sarawak: Kajian perbandingan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chong Shin. 2006. Bahasa Iban dan dialek Melayu di Saribas.

Sarawak Museum Journal. Vol LXII No. 83 (New

Series).

Collins, J. T. 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. 2000. Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di Sungai Saribas dan di Sungai Rejang.

Jurnal Bahasa. 44(1): 2-17.

Fatimah @ Salamiah Mahdini, 1996. Kosa kata dan sintaksis dialek Melayu Sibu. Latihan ilmiah, Jabatan

Persuratan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Madzhi Johari. 1988. Fonologi dialek Melayu Kuching

(Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Rokaiyah bt. Jaya. 1983. Ragam fonologi dialek Melayu Igan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Wong Khek Seng & Aiwan @ Noraini Alli. 1996. Kosa kata

dialek Melayu Saratok: Satu tinjauan awal. Jurnal

Referensi

Dokumen terkait

pembelajaran metode pemberian tugas terhadap kemandirian, data perkembangan kemandirian pre-test lebih rendah dari hasil post-test anak kelompok B TK Negeri Satap

Kadar air dalam sabun, selain berasal dari air yang ditambahkan sewaktu proses pembuatan sabun, juga berasal dari bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan

Penelitian ini menyimpulkan bahwa pertimbangan hakim pengadilan negeri Sidoarjo dalam memutus sanksi bagi pelaku pencabulan anak di bawah umur yang berkebutuhan khusus

Persentase rebah kecambah pada kedelai yang terserang Sclerotium rolfsii diinokulasi dengan bakteri kitinolitik.. Sebaliknya, kontrol (-) tidak ditemukan adanya

Supaya penelitian ini tidak terjebak ke dalam permasalahan yang rancu dan tidak jelas, penelitian ini peneliti fokuskan pada masalah pelanggaran prinsip kerja sama pada

Mahkota dan tengkuk burung dewasa berwarna putih berbintik hitam; sayap bagian atas dan punggung berwarna abu-abu, bulu primer terluar berwarna hitam, ekor dan

[r]

Berdasarkan tabel 7 dapat diketahui bahwa dari 40 responden, sebagian besar memiliki pengetahuan tentang perawatan kehamilan rendah sebanyak 22 responden (55%) dan