M
EMBACA DOA DALAM AKTIVITI
HARIAN
( AMALAN HARIAN ) PENGENALAN
Doa ialah suatu ucapan permohonan dan puji-pujian daripada hamba kepada Allah S.W.T. Doa dirujuk beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud seperti permintaan dan permohonan. Firman Allah S.W.T. :
…
Maknanya :
“ Dan Tuhan kamu berfirman : " Berdoalah kamu kepada-Ku. Nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu “ 1.
KAEDAH
1. Mengambil wudhu’.
2. Berdoa dengan suara perlahan.
3. Dimulakan dengan memuji Allah S.W.T., berselawat dan ditutup dengan selawat ke atas Nabi S.A.W.
4. Memahami maksud doa yang dibaca.
5. Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya. 6. Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawadhu’
kepada Allah S.W.T.
HIKMAH
1. Mengadu kepada Allah S.W.T., tempat kita bermohon. 2. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan meyakini
pertolongannya.
3. Mendorong diri untuk berusaha mendapatkan sesuatu dan seterusnya bertawakal kepada Allah S.W.T.
4. Melambangkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. NOTA TAMBAHAN
Di antara syarat-syarat untuk dikabulkan doa : 1. Memastikan sumber rezeki yang halal.
2. Berdoa dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. 3. Tidak terlalu meminta doa segera dimaqbulkan.
4. Jangan meminta perkara yang mustahil.
5. Meyakini bahawa doanya diterima oleh Allah S.W.T. 6. Tidak menggunakan perantaraan orang ketiga untuk
menguruskan doa tersebut.
7. Berdoa beserta usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.
M
ENGUTAMAKAN ANGGOTA
KANAN
( BIMBINGAN DAN DIDIKAN ) PENGENALAN
Islam mengutamakan penggunaan anggota kanan dalam sesuatu aktiviti dan ibadah seperti berwudhu’, mandi, tayamum, memakai selipar, bersiwak, memotong kuku, memakai pakaian, berjabat tangan, makan, minum dan sebagainya.
Maknanya :
” Iaitu golongan kanan ( orang yang menerima buku-buku catatan amal mereka dengan tangan kanan ). Alangkah mulianya golongan kanan itu ”.2
Daripada Aisyah R.A. ia berkata : ” Adalah Nabi Muhammad
S.A.W. menyukai mendahulukan yang kanan dalam memakai sandalnya berjalan bersuci, dan dalam segala urusannya ”3.
2 Surah Al- Waqiah : 8.
KAEDAH
1. Memastikan segala amalan yang baik dimulakan dengan anggota kanan.
2. Bagi amalan yang seharusnya menggunakan anggota kiri seperti beristinjak, maka ia perlu dilaksanakan mengikut apa yang ditetapkan.
3. Sekiranya terdapat kesukaran untuk mengutamakan anggota kanan, maka diharuskan menggunakan anggota kiri.
HIKMAH
1. Keberkatan diperolehi apabila mendahulukan amalan atau ibadah dengan menggunakan anggota kanan. 2. Kanan sinonim dengan perkara yang baik dan mulia
manakala kiri lebih dikenali dengan perkara yang kotor. 3. Merupakan satu cara untuk mengatur hidup manusia
M
EMBERI SALAM
( KEMASYARAKATAN ) PENGENALAN
Salah satu daripada cara memberi penghormatan dalam Islam ialah dengan mengucapkan salam. Secara tidak langsung, Islam telah menggalakkan umatnya mengucapkan salam di antara satu sama lain. Apabila seseorang mengucapkan salam maka ia wajib dijawab. Firman Allah S.W.T. :
Maknanya :
” Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu ( dengan yang serupa ). Sesungguhnya Allah S.W.T. memperhitungkan segala sesuatu ” 4.
Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maknanya :
“ Beribadahlah kepada Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan berjamulah makanan dan sebarkanlah salam, kamu akan masuk syurga dengan selamat ”.5
KAEDAH
1.
Memberi salam sekurang-kurangnya dengan lafaz :“
”
2.
Menjawab dengan lafaz yang lebih baik seperti :“
”
3.
Tidak memberi salam dengan lafaz :“
”.
4.
Orang yang menunggang kenderaan memberi salamkepada yang berjalan.
5.
Orang yang berjalan memberi salam kepada yang duduk.6.
Bilangan yang sedikit memberi salam kepada yang ramai.7.
Disunatkan mengulangi salam apabila bertemu berulangkali.
8.
Disunatkan memberi salam sebelum masuk ke rumah.9.
Disunatkan memberi salam jika ingin meninggalkan majlis.10.
Haram memberi salam kepada orang kafir seperti yahudi dan kristian.11.
Apabila orang kafir memberi salam maka jawablah :“
” sahaja.
12.
Sekiranya dalam majlis itu bercampur orang Islam dan kafir dibolehkan memberi salam.13.
Diharuskan memberi salam di antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri kedua-dua pihak.14.
Memberi salam dengan menggunakan isyarat adalah dibolehkan bagi golongan orang kurang upaya ( OKU ) contohnya orang bisu.15.
Isyarat boleh digunakan sekirannya disertakan dengan lafaz dengan syarat tidak menyerupai cara salam orang Yahudi dan Nasrani ( Kristian ).6HIKMAH
1. Merupakan salah satu daripada ciri-ciri seorang Islam yang baik.
2. Memberi salam adalah satu cara untuk menimbulkan kasih sayang sesama Islam.
3. Ia merupakan salah satu sifat orang yang dijanjikan syurga ( Jannatul Firdaus ).
6 ” Bukan daripada golongan kami amalan yang menyerupai selain daripada amalan kami, jangan menyerupai orang Yahudi dan Nasrani. Sesungguhnya salam orang Yahudi dengan isyarat jari manakala salam orang Nasrani dengan isyarat tapak tangan ” ( Riwayat Imam At-Tirmidzi ).
M
INTA IZIN MASUK BILIK
( BIMBINGAN DAN DIDIKAN ) PENGENALAN Firman Allah S.W.T. :
Maknanya :
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba dan anak yang masih belum baligh dari antara kamu, meminta izin kepada kamu ( sebelum masuk ke bilik kamu ) dalam tiga waktu iaitu sebelum
solat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian ( luar ) pada waktu tengahari dan selepas Isyak. Itulah tiga aurat kamu (
terdedah ). Tidak menjadi kesalahan bagi kamu dan mereka ( memasuki bilik ) selain waktu itu ( kerana mereka ) orang yang keluar masuk dengan kamu, sebahagian kamu memerlukan sebahagian yang lain. Demikian Allah S.W.T. menjelaskan ayat-ayatnya ( hukum-hukumnya
) itu bagi kamu dan allah S.W.T. Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ” .7
Ibubapa seharusnya menyedari tentang kepentingan
pendedahan anak-anak dengan adab-adab dan peraturan hidup berkeluarga termasuklah dalam urusan masuk ke dalam bilik kepada anak-anak mereka. Islam telah menyediakan garis panduan bagi anak-anak yang ingin masuk ke dalam bilik ibubapanya atau ahli keluarganya yang lain. Garis panduan ini merangkumi aspek yang berkaitan seperti mana berikut :
Aspek waktu : Waktu sebelum Subuh, tengahari dan selepas Isyak adalah kurang sesuai untuk anak-anak masuk ke dalam bilik ibubapanya tanpa keizinan.8
Aspek adab : Anak-anak tidak dibenarkan untuk
memasuki secara melulu kerana
dibimbangi dan ditakuti waktu tersebut mendedahkan mereka dengan keadaan yang tidak diingini serta mengaibkan. KAEDAH
1. Memberitahu anak-anak tentang waktu-waktu yang sesuai untuk masuk ke bilik ibubapanya atau ahli keluarga yang lain.
2. Sebelum masuk ke dalam bilik hendaklah meminta izin terlebih dahulu dengan cara mengetuk pintu atau memberi salam.
3. Pastikan kedudukan badan adalah tidak bertentangan dengan pintu bilik ( mengiring atau membelakangi pintu ).
7
Surah an-Nur : 58.
8
4. Apabila keizinan telah diperolehi maka masuklah dengan bersopan.
HIKMAH
1. Dapat melaksanakan syariat di samping mendidik dengan tegahan melakukan perkara buruk dan tidak sopan.
2. Menghindari sikap anak-anak yang kurang sopan dan mengelakkan dari berlaku di rumah orang lain.
3. Membentuk nilai murni dan disiplin Islam walaupun berada di dalam rumah sendiri.
M
ENGHORMATI AZAN
( BIMBINGAN DAN DIDIKAN ) PENGENALAN
Azan pada bahasa adalah memberitahu. Pada istilah syara’ pula, azan bererti perkataan tertentu untuk memberitahu kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardhu.
Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maknanya :
“ Ibnu Umar R.A. mengatakan bahawa ketika kaum Muslimin baru
datang ke Madinah dan mereka sedang berkumpul, maka waktu solat pun tiba dan tiada siapa pun yang menyeru untuk mengerjakan solat. Maka pada satu hari mereka berbincang, telah berkata salah seorang daripada mereka gunakanlah lonceng seperti kaum Nasrani dan berkata yang lain pula gunakanlah trompet seperti kaum Yahudi, maka berkatalah Umar bin Khattab, “ Mengapa tidak kita mencari seseorang menyeru untuk solat? “ Maka berkatalah Rasulullah S.A.W., “ Wahai Bilal, bangunlah serulah mereka untuk solat “ .9
Selain memberitahu masuknya waktu solat, azan juga bertujuan untuk :
1. Menyambut kelahiran bayi.
2. Ketika bencana seperti kebakaran, ribut taufan dan sesat.
3. Ketika hendak musafir seperti menunaikan Ibadah Haji.
4. Ketika gangguan iblis dan Jin. KAEDAH
1. Ketika azan berkumandang, hendaklah menghormatinya dengan menjawab azan.10 Menjawab azan tersebut adalah
di antara lafaz-lafaz azannya. ( Lampiran 2.a ).
2. Sekiranya sedang membaca Al-Quran atau berzikir, hendaklah berhenti dan menjawab laungan azan tersebut.11
3. Sekiranya sedang menunaikan solat, berada di dalam tandas atau sedang bersetubuh, tidak disunatkan untuk menjawab azan kecuali setelah selesai melakukannya. 4. Ketika azan sedang berkumandang elakkan daripada
berkata-kata, menonton televisyen, mendengar lagu dan sebagainya.
5. Hendaklah membaca doa setelah selesai azan
berkumandang. ( Lampiran 2.b ).
10 Sabda Rasulullah S.A.W. “ Apabila kamu mendengar azan, maka ikutila apa yang diperkatakan oleh orang yang melaungkan azan ”. ( Sahih Muslim ).
HIKMAH
1. Memuliakan seruan Ilahi.
2. Meningkatkan rasa kehambaan dalam diri.
3. Memberi peringatan terhadap tanggungjawab
menunaikan solat.
4. Meningkatkan motivasi dalam diri untuk menuju kejayaan.
B
ERISTINJAK
( AMALAN HARIAN ) PENGENALAN
Istinjak ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, kertas, batu, benda kesat dan sebagainya sehingga bersih :
)
. (
)
. (
)
.
Maknanya :
” Ibnu Abbas R.A. menceritakan : ” Nabi S.A.W. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau Mekkah, lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang di seksa di dalam kubur. Maka Nabi telah berkata Nabi S.A.W. Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar ”. ” Kemudian Nabi S.A.W. meneruskan katanya lagi yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seseorang lagi berbuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan ’’. Sesudah itu Nabi menyuruh mengambil pelepah tamar, lalu dipatah dua, dan meletakkannya di atas kedua kuburan, Bertanya seseorang, ” Ya Rasulullah, mengapa dilakukan begitu ”. Jawab Rasulullah, ” Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering ”.12
KAEDAH
1. Istinjak dibuat sebanyak tiga kali : Seandainya masih belum bersih, bolehlah diulang lagi sehingga benar-benar bersih.
2. Alat dibuat beristinjak mestilah melingkupi ruang yang disapu itu seperti air, kertas, daun atau benda-benda keras yang suci.
3. Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar iaitu qubul dan dubur.
HIKMAH
1. Memastikan diri sentiasa dalam keadaan yang bersih pada setiap masa.
2. Mengelakkan diri daripada menerima seksaan kubur.
B
UDAYA MEMBACA
( BIMBINGAN DAN DIDIKAN ) PENGENALAN
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. adalah berkaitan dengan tuntutan membaca. Membaca adalah sumber utama dan mekanisma terbaik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ia juga merupakan kunci untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah S.W.T. :
Maknanya :
„ Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu yang Menciptakan „.13
Maknanya :
„ Katakanlah : " Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? " Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran „.
KAEDAH
1. Mulakan dengan membaca Basmalah dan berniat hanya untuk Allah S.W.T.
2. Memilih bahan yang baik dan mendatangkan faedah. 3. Membaca di dalam keadaan yang tenang, bersih dan
selesa.
4. Elakkan membaca buku-buku yang berunsurkan maksiat, ganas dan merosakkan minda dan akidah.
5. Wujudkan perpustakaan mini di rumah dan tempat kerja. 6. Ibubapa hendaklah memberi galakan membaca kepada
anak-anak dan ahli keluarga.
7. Menyediakan sejumlah peruntukkan untuk membeli buku atau bahan bacaan yang bermanfaat untuk ahli keluarga.
HIKMAH
1. Melahirkan insan yang berilmu dan bertaqwa.
2. Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 3. Berjaya dalam kehidupan melalui penambahan ilmu.
M
ENABUNG
( PENGURUSAN HARTA ) PENGENALAN
Islam menggalakkan umatnya menstabilkan ekonomi
kehidupannya dengan cara berusaha, berjimat-cermat dan menabung supaya umat Islam tidak hidup dengan cara meminta-minta. Walaupun dengan meminta sedekah itu seseorang akan mendapat rezeki halal tidak seperti mencuri, merompak, menipu dan sebagainya, namun perbuatan meminta sedekah itu tidak digalakkan sama sekali dalam Islam.14
Konsep yang terdapat dalam pepatah Melayu‚ ” Sedikit-sedikit,
lama-lama menjadi bukit ” sewajarnya dihayati apabila amalan menabung dilaksanakan. Kewajaran menabung juga turut digambarkan dalam Al-Quran tentang kisah Nabi Yusuf A.S. iaitu :
14 ” Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya ”. ( Riwayat Al-Ibn An-Najjar ).
Maknanya :
„ Yusuf menjawab : “ Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya ; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan ( untuk dijadikan benih ) „.15
KAEDAH
1. Memupuk kesedaran dalam diri tentang kepentingan menabung melalui pembacaan, program-program dan khidmat nasihat.
2. Meningkatkan pengetahuan dan maklumat mengenai peluang pelaburan dan tabungan yang berlandaskan syara’ atau mendapatkan khidmat perunding yang diiktiraf.
3. Disiplin dan konsisten dalam menabung walaupun jumlah simpanan sedikit serta sentiasa bersabar.
4. Manfaatkan peluang-peluang menabung di institusi-institusi perbankan dengan membuka akaun yang berlandaskan syara’. Dalam hal ini maklumat dan cara menabung tersebut tertakluk kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan tersbut.
5. Memberikan nasihat dan galakan kepada anak-anak dan ahli keluarga tentang kepentingan masa hadapan dan tabungan sebagai persediaan masa hadapan.
6. Memastikan belanjawan peribadi disediakan supaya dapat dijadikan panduan perbelanjaan. Belanjawan ini
haruslah diikuti dengan penuh disiplin untuk
memastikan tidak berlakunya lebihan perbelanjaan berbanding pendapatan.
7. Pelajari dan sertai skim-skim tabungan yang menguntungkan. Pastikan skim tersebut menawarkan tabungan yang berisiko rendah jika anda kurang aliran tunai.
8. Simpan semua atau sekurang-kurangnya separuh daripada pendapatan yang tidak dijangka, misalnya memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai, keuntungan perniagaan atau bonus.16
9. Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T. di atas usaha menabung tersebut.
HIKMAH
1. Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.
2. Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.
3. Mendidik diri untuk memupuk sifat sabar , konsisten dan sentiasa bersedia kerana amalan menabung memerlukan sifat-sifat yang sedemikian.
4. Memberi satu bentuk jaminan kewangan pada masa hadapan sama ada dalam konteks mengurangkan beban mahupun menyelesaikan masalah berkaitan.
CONTOH DOA-DOA AMALAN HARIAN 1. DOA KETIKA HENDAK TIDUR
Maknanya :
“ Dengan nama-Mu , aku hidup dan aku mati ”.
2. DOA KETIKA BANGUN TIDUR
Maknanya :
“ Segala puji hanya kepunyaan Allah S.W.T. yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan kepadaNya kami akan dikumpulkan ”.
3. DOA KETIKA MEMAKAI PAKAIAN
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dari kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya. Dan aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuat untuknya ”.
4. DOA KETIKA MEMBUKA PAKAIAN
Maknanya :
“ Dengan nama Allah, yang tiada Tuhan kecuali Dia ”.
5. DOA KETIKA KELUAR RUMAH
Maknanya :
“ Dengan nama Allah, aku menyerahkan diri kepadaMu, tiada daya upaya ( dalam segala urusan ) melainkan dengan-Mu jua ”.
6. DOA KETIKA MASUK RUMAH
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk, dan dengan nama-Mu jua kami keluar. Dan kepada-Mu Tuhan kami, kami menyerahkan diri ”.
7. DOA KETIKA MASUK TANDAS
Maknanya :
“ Dengan nama Allah, aku berlindung dengan-Mu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina ”.
8. DOA KETIKA KELUAR DARI TANDAS
Maknanya :
“ Aku memohon keampunan-Mu, wahai Tuhanku. Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakit daripadaku dan telah meng’afiatkan daku ”.
9. DOA APABILA MENDAPAT KHABAR GEMBIRA
Maknanya :
“ Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara segala alam, pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya “.
10. DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
Maknanya :
“ Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskan aku dari syaitan yang terkutuk ”.
11. DOA KETIKA MELIHAT DIRI DI CERMIN
Maknanya :
“ Segala puji bagi Allah yang telah membaikkan kejadianku, lalu membaguskan dan memuliakan rupa parasku lalu mengindahkannya dan menjadikan daku dari golongan orang-orang yang menyerah diri kepada Allah ”.
12. DOA KETIKA MELIHAT BARANG YANG DISUKAI
Maknanya :
“ Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nyalah sempurna segala kebajikan ”.
13. DOA KETIKA MENGHADAPI KESUSAHAN TIDUR
Maknanya :
" Sesungguhnya tiada Tuhan ( yang dapat menolong ) melainkan Engkau ( Ya Allah ) ! Maha suci Engkau ( daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku ) ! Sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang yang menganiaya diri sendiri ".17
14. DOA KETIKA MERASA TAKUT ATAU TERKEJUT
Maknanya :
“ Aku berlindung diri dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan-Nya dan seksa-Nya dan dari kejahatan hamba-hambanya, dan dari gurisan-gurisan syaitan dan dari kehadiran mereka itu ”.
15. DOA KETIKA MENGHADAPI KECELAKAAN
Maknanya :
“ Tiada daya upaya dan tiada tenaga kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ”.
16. DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN AKAN SESUATU URUSAN
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engau mudahkan, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki ”.
17. DOA KETIKA MENDENGAR AKAN KEMATIAN ATAU KEMALANGAN
Maknanya :
“ Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan bahawasanya kami akan kembali kepada-Nya ”.
18. DOA KETIKA HENDAK MAKAN
Maknanya :
” Wahai Tuhan kami, berkatilah dengan apa yang telah Engkau
berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab api neraka ”.
19. DOA KETIKA TERLUPA MEMBACA DOA MAKAN
Maknanya :
“ Dengan nama Allah di permulaan dan di akhirnya ”.
20. DOA SELEPAS MAKAN
Maknanya :
“ Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan dan minuman, jadikanlah kami di kalangan orang-orang muslimin ”.
21. DOA KETIKA MENGAMBIL AIR WUDHU'
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, ampunilah segala dosaku, luaskan ( lapangkanlah ) rumahtanggaku dan berkatilah untukku rezekiku ”.
22. DOA KETIKA MENUNTUT ILMU
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan ketenangan jiwa dan muliakan diriku dengan taqwa dan elokkanlah diriku dengan kesihatan yang baik ”.
23. DOA MENGHINDARKAN DIRI DARI AZAB API NERAKA
Maknanya :" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka ". 18
24. DOA PARA RASUL DAN PARA MUKMININ
Maknanya :
“ Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman ; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. ( Mereka berkata ) : " Kami tidak membezakan antara seorang Rasul dengan Rasul-rasul yang lain ". mereka berkata lagi : Kami dengar dan kami taat ( kami pohonkan ) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jua lah tempat kembali ".19
18 Surah Al-Baqarah : 201. 19 Surah Al-Baqarah : 286.
25. DOA PENERANG HATI
Maknanya :
" Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jua lah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya “.20
26. DOA KETIKA KEHILANGAN BARANG
Maknanya :
" Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk ( menerima balasan pada ) suatu hari ( hari kiamat ) yang tidak ada syak padanya ". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya “.21
20 Surah Ali-Imran : 8. 21 Surah Ali-Imran : 9.
27. DOA ANAK UNTUK KEDUA IBU BAPA
Maknanya :
" Wahai Tuhanku ! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil ".22
28. DOA MENGHINDAR DARI SIFAT MALAS
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kesedihan dan azab kubur ”.
22
29. DOA MEMOHON KESABARAN
Maknanya :
" Wahai Tuhan kami ! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir "23.
30. DOA ORANG YANG SEDANG SAKIT
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, tolonglah aku dalam menghadapi kesukaran-kesukaran mati dan sakaratul maut ”.
31. DOA TAUBAT
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan yang Maha Mempunyai Kemuliaan ”.
32. DOA APABILA MELIHAT HUJAN
Maknanya :
“ Wahai Tuhanku, curahkanlah yang bermanfaat ”.
33. DOA APABILA MENDENGAR GURUH
Maknanya :
“ Aku akui kesucian Tuhan yang guruh ini menguapkan tasbih untuk-Nya ”.
34. DOA DI WAKTU PAGI DAN PETANG
Maknanya :
“ Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa yang terjadi ”.
35. DOA KETIKA MELIHAT LANGIT
Maknanya :
" Wahai Tuhan kami ! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka “.24
36. DOA SUPAYA KITA DAN KELUARGA ISTIQAMAH MENUNAIKAN SOLAT
Maknanya :” Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku ”.
37. DOA UNTUK KITA, IBUBAPA DAN ORANG-ORANG
MUKMIN DIAMPUNKAN DOSA PADA HARI AKHIRAT
Maknanya :
” Wahai Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan
kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada
hari terjadinya hisab ( hari kiamat ) ".
2.a : Lafaz azan dan jawapannya :
LAFAZ AZAN
LAFAZ JAWAPAN AZAN
)
2
(
(
2
)
)
2
(
(
2
)
)
2
(
(
2
)
)
2
(
(
2
)
)
2
(
)
2
(
)
2
(
)
2
(
)
2
(
(
2
)
)
2
(
(
2
)
LAMPIRAN 2
2.b : Doa selepas azan :
Maknanya :
” Ya Allah Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau telah melaungkan seruan azan yang sempurna ini, dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai wasilah kemuliaan yang tinggi, dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji ”.