TAKAFUL IKHLAS DANA GROWTH
Lembaran Fakta Dana - 31 Januari 2013
Objektif PelaburanProfil Risiko Pelabur
Pengurus Dana
Data Dana setakat 31 Januari 2013
Kajian Semula & Strategi Pelaburan
Jumlah Pulangan
Maklumat Tahun Kewangan
5 Pemegangan %NAVTeratas 5 Sektor %NAV Teratas
Prestasi setakat 31 Januari 2013
Peruntukan Aset Setakat 31 Januari 2013
• Dana menurun 2.69% pada bulan ini, mengatasi tanda arasnya sebanyak 124bp. Prestasi yang lebih baik disumbangkan oleh sektor Kewangan, Industri dan Utiliti. Di peringkat stok, pewajaran yang lebih dalam BIMB Holdings dan Pos Malaysia serta kurang pewajaran dalam YTL Corporation menyumbang secara positif.
• Ketika pasaran Asia Pacific ex-Japan (kecuali Korea) mengalami YTD yang positif, FBMKLCI menurun sebanyak 4.12%. Premium risiko domestik kian meningkat, apabila pelabur tidak mengambil kira pelbagai keputusan yang dijangka dalam Pilihan Raya Umum yang hangat dipertandingkan. Berlatarkan PMI yang meningkat di peringkat global dan dasar pro-pertumbuhan yang dilaksanakan semula di Asia, kami kekal menumpukan lebih wajaran secara serantau. Kami terus memfokuskan pada pertumbuhan pendapatan dan syarikat domestik. Portfolio domestik diletakkan pada kedudukan konservatif apabila Bursa Malaysia dijangka pulih hanya selepas Pilihan Raya Umum dan premium risiko kembali seperti biasa.
• Kami terus memberi lebih wajaran dalam sektor Pengguna dan Utiliti yang defensif. Sektor Telekomunikasi dikurangkan kepada wajaran yang lebih rendah apabila penilaian meningkat ke tahap yang kurang memberangsangkan. Beta portfolio kekal di bawah 1.0 kerana kami menjangkakan pasaran kembali pulih apabila tarikh Pilihan Raya Umum diketahui.
Sesuai untuk pelabur yang yang mementingkan pertumbuhan dana dan sanggup menerima risiko yang tinggi dalam pulangan pelaburan.
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (593075-U)
NAV/Unit RM 1.0750
Nilai Dana RM 10,196,198.90
Unit dalam peredaran 9,484,514.96 Tarikh Permulaan Dana 16 Disember 2006
Yuran Pengurusan 1.5% setahun daripada NAV
Tanda Aras FTSE Indeks Syariah Emas Bursa Malaysia
Objektif utama dana ini adalah untuk melabur dalam ekuiti yang patuh kepada Syariah dan disenaraikan untuk memberikan pertumbuhan modal jangka sederhana hingga jangka panjang melalui kepelbagaian pelaburan dalam portfolio yang berasaskan pertumbuhan
Perdagangan / Perkhidmatan 32.86 Perladangan 14.28 IPC 12.16 Perindustrian 12.03 Pengguna 5.17 Tenaga Nasional Bhd 9.48 Axiata Group Bhd 9.02 Digi.com Bhd 7.27 Sime Darby Bhd 6.01
Petronas Gas Bhd 4.48 Growth
(%) Tanda -aras (%) GIA 12-bulan Tertinggi NAV Terendah NAV 2007/08 5.33 5.67 3.57 1.3946 1.0865 2008/09 -23.00 -31.21 3.68 1.2041 0.7627 2009/10 28.01 47.12 2.60 1.1104 0.8291 2010/11 11.53 16.22 2.87 1.2022 0.9052 2011/12 -0.47 0.69 2.55 1.1960 0.965
1 bulan 6 bulan 1 tahun 3 tahun 5 tahun
Growth (%) -2.57 4.43 6.42 20.07 9.17 Tanda aras (%) -3.93 -1.56 4.77 27.61 14.77 -5.00% 0.00% 5.00% 10.00% 15.00% 20.00% 25.00% 09/ 11/2 011 24/ 11/2 011 09/ 12/2 011 24/ 12/2 011 08/ 01/2 012 23/ 01/2 012 07/ 02/2 012 22/ 02/2 012 08/ 03/2 012 23/ 03/2 012 07/ 04/2 012 22/ 04/2 012 07/ 05/2 012 22/ 05/2 012 06/ 06/2 012 21/ 06/2 012 06/ 07/2 012 21/ 07/2 012 05/ 08/2 012 20/ 08/2 012 04/ 09/2 012 19/ 09/2 012 04/ 10/2 012 19/ 10/2 012 03/ 11/2 012 18/ 11/2 012 03/ 12/2 012 18/ 12/2 012 02/ 01/2 013 17/ 01/2 013 Fund Benchmark Ekuiti 86.06% Tunai 13.92%
TAKAFUL IKHLAS DANA BALANCED
Lembaran Fakta Dana – 31 Januari 2013
Objektif PelaburanProfil Risiko Pelabur
Pengurus Dana
Data Dana setakat 31 Januari 2013
Kajian Semula & Strategi Pelaburan
Jumlah Pulangan
Maklumat Tahun Kewangan
5 Pemegangan %NAVTeratas 5 Sektor %NAV Teratas
Prestasi setakat 31 Januari 2013
Peruntukan Aset Setakat 31 Januari 2013 Objek dana ini adalah untuk mencapai pertumbuhan modal
jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan ke dalam ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan, sekuriti hutang dan aset-aset patuh Syariah lain. Dana ini memberikan gabungan yang seimbang antara pendapatan dan ekuiti.
Sesuai untuk pelabur yang bersedia menerima risiko pelaburan sederhana sepanjang jangka masa sederhana hingga panjang.
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (593075-U)
NAV/Unit RM 1.2340
Nilai Dana RM 6,946,398.83
Unit dalam peredaran 5,629,119.03 Tarikh Permulaan Dana 16 Disember 2006
Yuran Pengurusan 1.0% - 1.5% setahun daripada NAV
Tanda Aras 60% FTSE Indeks Syariah Emas Bursa
Malaysia & 40% CIMB Islamic 1-Bulan GIA
Axiata Group Bhd 2.97
National Bank of Abu Dhabi 2.43
Samsung Electronics.Co.Ltd 2.43 Tenaga Nasional Bhd 2.27 Digi.Com.Bhd 2.23 Sukuk 28.25 Perdagangan / Perkhidmatan 10.54 Teknologi 8.39 Pengguna 6.64
Minyak & Gas 5.66
1 bulan 6 bulan 1 tahun 3 tahun 5 tahun
Balanced (%) -1.93 0.81 6.09 19.23 13.87 Tanda aras (%) -2.03 -0.14 4.19 22.03 13.92 Balanced (%) Tanda - aras (%) GIA 12-bulan Tertinggi NAV Terendah NAV 2007/08 5.00 6.52 3.57 1.3043 1.0831 2008/09 -17.43 -24.04 3.68 1,5000 0.8409 2009/10 24.76 37.11 2.60 1.1426 0.9089 2010/11 12.18 12.82 2.87 1.2773 1.0471 2011/12 -0.84 -0.53 2.55 1.2460 1.108
• Dana menurun sebanyak 1.75% pada Januari, mengatasi tanda arasnya sebanyak 0.28%. Sepanjang bulan itu, kedua-dua Ekuiti dan Pendapatan Tetap melebihi prestasi. Dalam Ekuiti, Ekuiti Tempatan tidak mencapai prestasi manakala Ekuiti Asing mengatasi prestasi. Prestasi kurang baik Ekuiti Tempatan terhasil kebanyakannya dari wajaran yang tinggi pada Benalec Holdings dan Aeon Co (M). Bagi Ekuiti Asing, peningkatan wajaran dalam Lenovo Group dan Reliance Industries menyumbang kepada prestasi yang lebih bagus. Bagi pendapatan tetap, penyumbang utama adalah jalan tol, perbankan dan bon kuasa dalam Dana.
• Ketika pasaran Asia Pacific ex-Japan (kecuali Korea) mengalami YTD yang positif, FBMKLCI menurun sebanyak 4.12%. Premium risiko domestik kian meningkat, apabila pelabur tidak mengambil kira pelbagai keputusan yang dijangka dalam Pilihan Raya Umum yang hangat dipertandingkan. Berlatarkan PMI yang meningkat di peringkat global dan dasar pro-pertumbuhan yang kembali ke Asia, kami kekal menumpukan lebih wajaran secara serantau. Kami terus fokus pada pertumbuhan pendapatan dan syarikat domestik. Portfolio domestik diletakkan pada kedudukan konservatif apabila Bursa Malaysia dijangka pulih hanya selepas Pilihan Raya Umum dan premium risiko kembali seperti biasa.
• Bagi ekuiti, kami mengekalkan portfolio yang agak defensif memandangkan jangka masa ke pilihan raya umum semakin mengecil. Dari sudut sektor, kami memilih Telekomunikasi, Utiliti dan Minyak & Gas. Bagi pendapatan tetap, kami akan mengekalkan pendirian perdagangan pada sekuriti kerajaan dan terus berusaha menjangkaui prestasi bon korporat dengan menumpukan pada isu berkadar tinggi. Kami akan kekal dalam tempoh panjang berbanding tanda aras. -2.00% 0.00% 2.00% 4.00% 6.00% 8.00% 10.00% 12.00% 14.00% 16.00% 18.00% 09-N o v-11 23-N o v-11 07-D ec -11 21-D ec -11 04-Jan -1 2 18-Jan -1 2 01-Fe b-12 15-Fe b-12 29-Fe b-12 14-M ar -1 2 28-M ar -1 2 11-A pr -12 25-A pr -12 09-M ay -1 2 23-M ay -1 2 06-Jun -12 20-Jun -12 04-Jul -12 18-Jul -12 01-A ug -12 15-Aug -12 29-A ug -12 12-Se p-12 26-Se p-12 10-O ct -12 24-O ct -12 07-N o v-12 21-N o v-12 05-D ec -12 19-D ec -12 02-Jan -1 3 16-Jan -1 3 30-Jan -1 3 Fund Benchmark Ekuiti 49.70% Pendapatan Tetap 27.62% Tunai 22.68%
TAKAFUL IKHLAS DANA FIXED INCOME
Lembaran Fakta Dana – 31 Januari 2013
Objektif PelaburanProfil Risiko Pelabur
Pengurus Dana
Data Dana setakat 31 Januari 2013
Kajian Semula & Strategi Pelaburan
Jumlah Pulangan
Maklumat Tahun Kewangan
5 Pemegangan %NAVTeratas 5 Sektor %NAV Teratas
Prestasi setakat 31 Januari 2013
Peruntukan Aset Setakat 31 Januari 2013
• Prestasi dana ini bagi bulan Januari adalah 0.38%, yang mengatasi tanda arasnya sebanyak 0.14%.
• Bagi OPR, BNM dijangka mengekalkannya pada 3.00% selama sekurang-kurangnya setengah pertama 2013 dan terus menilai faktor
domestik dan luaran. Ekonomi AS menunjukkan data positif walaupun ia tidak dapat dikatakan serupa bagi kawasan Euro memandangkan krisis hutang semakin rumit tanpa penyelesaian yang nyata. Malaysia akan terus menjadi penyumbang bagi dana luar pesisir yang dijana oleh kadar yang menghampiri sifar dalam pasaran maju. Ini turut disokong oleh pertumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.5 hingga 5.5% yang diharapkan pada 2013 seperti yang dijangkakan oleh Kementerian Kewangan. Kami masih mengharapkan bekalan bon korporat utama akan disalurkan dalam jangka masa terdekat. Ini terutamanya akan menjadi terbitan berkaitan kerajaan dalam suku pertama 2013 dengan nama yang dijangkakan adalah seperti DanaInfra, Turus Pesawat dan PTPTN yang dijamin kerajaan. Sektor swasta juga dijangka mencuba bagi memasuki pasaran bagi tujuan pembiayaan semula dan perbelanjaan modal.
• Risiko politik masih menjadi ancaman kepada pasaran, maka kami mengekalkan strategi defensif sehingga pilihan raya umum berakhir.
Kami memilih bon korporat berbanding tugasan berkaitan kerajaan walaupun wujud peluang bagi memperdagangkannya secara jangka pendek, memandangkan bekalan bersih yang rendah pada 1S13.
Dana ini boleh menarik minat pelabur yang mementingkan pulangan dan juga pertumbuhan modal.
NAV/Unit RM 1.0574
Nilai Dana RM 5,611,143.09
Unit dalam peredaran 5,306,347.71 Tarikh Permulaan Dana 16 Disember 2006
Yuran Pengurusan 1.0% setahun daripada NAV.
Tanda aras CIMB Islamic 12-Bulan GIA
Objektif utama dana ini adalah untuk memberi purata pulangan yang tinggi kepada para pelabur berbanding purata pendapatan dari simpanan tetap, melalui pelaburan jangka sederhana hingga jangka panjang di dalam bon dan lain-lain sekuriti pendapatan tetap dengan kadar risiko yang minima terhadap modal yang dilaburkan.
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (593075-U)
Fixed Income (%) Tanda aras (%) GIA 12-bulan Tertinggi NAV Terendah NAV 2007/08 3.22 3.57 3.57 1.0490 1.0059 2008/09 2.20 3.68 3.68 1.0496 0.9674 2009/10 4.71 2.60 2.60 1.0796 0.9190 2010/11 4.68 2.87 2.87 0.9805 0.8908 2011/12 5.67 2.55 2.55 1.0220 0.9640
Tanjung Bin Power Sdn Bhd 4.64
First Resources Ltd 4.49
MUMTALAKAT 4.47
Kuala Lumpur Kepong Bhd 4.43
Jimah Energy Ventures 4.35
Sukuk 82.85
Tunai 17.15
1 bulan 6 bulan 1 tahun 3 tahun 5 tahun
Fixed Income(%) 0.33 2.40 4.55 16.03 21.31 Tanda aras (%) 0.24 1.44 2.88 8.70 14.99 0.00% 1.00% 2.00% 3.00% 4.00% 5.00% 6.00% 7.00% 8.00% 9.00% 9-N o v-11 24-N o v-11 9-D ec-11 24-De c-11 8-Jan-12 23-Jan -12 7-F e b -12 22-F e b -12 8-Mar-12 23-Mar -12 7-A p r-12 22-A p r-12
7-May-12 22-May-12 6-Ju
n -12 21-Ju n -12 6-Ju l-12 21-Ju l-12 5-A u g-12 20-A u g-12 4-S e p -12 19-S e p -12 4-O ct-12 19-O ct-12 3-N o v-12 18-N o v-12 3-De c-12 18-De c-12 2-Jan-13 17-Jan -13 Fund Benchmark Sukuk 82.85% Tunai 17.15%
Strategi & Pendekatan Pelaburan
Dana ini akan dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio ekuiti yang patuh Syariah dan disenaraikan di Bursa Malaysia dan pelaburan Sukuk. Strategi dana adalah untuk mengekalkan keseimbangan portfolio di antara ekuiti yang patuh Syariah dan pelaburan pendapatan tetap dalam nisbah 60:40. Bahagian Sukuk di dalam Dana ini adalah untuk memberikan kestabilan modal kepada Dana ini, manakala bahagian ekuiti pula adalah untuk memberikan pulangan tambahan ketika pasaran meningkat naik.
Peruntukan Aset Portfolio pelaburan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
• Sehingga 60 % dari Portfolio akan dilaburkan dalam sekuriti ekuiti patuh Syariah
• Portfolio Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap dan aset cair tidak boleh kurang daripada 40%
daripada Nilai Aset Bersih ("NAV").
• Sekurang-kurangnya 2% dari Portfolio akan dilaburkan dalam aset air patuh Syariah;
• Nilai pegangan Portfolio bagi modal syer mana-mana penerbit tunggal mesti tidak melebihi 10% dari
jumlah aset Portfolio
• Nilai pegangan Portfolio dalam sekuriti boleh pindah milik yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit
tunggal mesti tidak melebihi 15% dari NAV Portfolio
• Nilai pegangan Portfolio bagi modal syer mana-mana kumpulan syarikat tidak boleh melebihi 20%
daripada jumlah aset Portfolio;
• Penerbitan minima bagi Kredit Jangka Panjang adalah"A3" seperti yang dinilai oleh Rating Agency
Malaysia Berhad ("RAM") atau setaraf dengannya oleh Malaysia Rating Corporation Berhad ("MARC");
• Penerbit minima bagi kredit Jangka Pendek adalah "P3" seperti dinilai oleh RAM atau setaraf dengannya
oleh MARC;
• Deposit patuh Syariah hanya boleh diletakkan di Institusi Kewangan berlesen oleh Bank Negara Malaysia
(BNM).
Strategi & Pendekatan Pelaburan
Dana Balanced
Strategi & PendekatanPelaburan
Dana ini akan dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio yang terdiri daripada Sukuk, instrumen pasaran wang jangka pendek dan pelaburan lain yang dibenarkan di bawah prinsip Syariah dan bertujuan untuk menyediakan aliran pendapatan yang stabil.
Peruntukan aset Portfolio pelaburan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
• Sehingga 98% dari Portfolio akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap patuh Syariah
• Sekurang-kurangnya 2% dari Portfolio akan dilaburkan dalam aset cair patuh Syariah
• Penerbitan minima bagi Kredit Jangka Panjang adalah"A3" seperti yang dinilai oleh Rating Agency
Malaysia Berhad ("RAM") atau setaraf dengannya oleh Malaysia Rating Corporation Berhad ("MARC");
• Penerbit minima bagi kredit Jangka Pendek adalah "P3" seperti dinilai oleh RAM atau setaraf
dengannya oleh MARC;
• Pendedahan portfolio kepada mana-mana entiti Sukuk tunggal (tidak terpakai kepada sekuriti kerajaan,
sekuriti BNM, aset berisiko sederhana dan rendah yang diluluskan oleh BNM) tidak boleh melebihi 20% daripada Nilai Aset Bersih ("NAV“);
• Nilai pegangan portfolio di dalam sukuk (tidak terpakai kepada sekuriti kerajaan, sekuriti BNM, aset
berisiko sederhana dan rendah yang diluluskan oleh BNM) bagi mana-mana kumpulan syarikat tidak boleh melebihi 30% daripada NAV;
• Instrumen Pasaran Kewang Islam Malaysia mesti lah sekurang-kurangnya “P3” oleh RAM atau yang
setaraf;
• Deposit patuh Syariah hanya boleh diletakkan di Institusi Kewangan berlesen oleh Bank Negara Malaysia
(BNM).
Strategi & Pendekatan Pelaburan
Strategi & Pendekatan Pelaburan
Dana ini akan dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio yang terdiri daripada Sukuk, instrumen pasaran wang jangka pendek dan pelaburan lain yang dibenarkan di bawah prinsip Syariah dan bertujuan untuk menyediakan aliran pendapatan yang stabil.
Peruntukan aset Portfolio pelaburan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
• Sehingga 98% dari Portfolio akan dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap patuh Syariah
• Sekurang-kurangnya 2% dari Portfolio akan dilaburkan dalam aset cair patuh Syariah
• Penerbitan minima bagi Kredit Jangka Panjang adalah"A3" seperti yang dinilai oleh Rating Agency
Malaysia Berhad ("RAM") atau setaraf dengannya oleh Malaysia Rating Corporation Berhad ("MARC");
• Penerbit minima bagi kredit Jangka Pendek adalah "P3" seperti dinilai oleh RAM atau setaraf
dengannya oleh MARC;
• Pendedahan portfolio kepada mana-mana entiti Sukuk tunggal (tidak terpakai kepada sekuriti kerajaan,
sekuriti BNM, aset berisiko sederhana dan rendah yang diluluskan oleh BNM) tidak boleh melebihi 20% daripada Nilai Aset Bersih ("NAV“);
• Nilai pegangan portfolio di dalam sukuk (tidak terpakai kepada sekuriti kerajaan, sekuriti BNM, aset
berisiko sederhana dan rendah yang diluluskan oleh BNM) bagi mana-mana kumpulan syarikat tidak boleh melebihi 30% daripada NAV;
• Instrumen Pasaran Kewang Islam Malaysia mesti lah sekurang-kurangnya “P3” oleh RAM atau yang
setaraf;
• Deposit patuh Syariah hanya boleh diletakkan di Institusi Kewangan berlesen oleh Bank Negara Malaysia
(BNM).
Pelaburan tertakluk kepada risiko-risiko berikut:-
1. Risiko pasaran Risiko yang berlaku disebabkan oleh persekitaran pasaran dan biasanya termasuk perubahan peraturan, politik,
teknologi dan ekonomi. Kepelbagaian pelaburan Dana ke dalam dana amanah saham dari jenis berbeza (ekuiti atau bukan ekuiti) dan dengan pelbagai polisi dan strategi pelaburan dapat membantu meringankan pendedahannya pada ketidakpastian pasaran dan turun naik dalam pasaran.
2. Risiko kadar keuntungan - Risiko ini penting dalam dana Sukuk memandangkan pengurusan portfolio Sukuk bergantung pada
jangkaan pergerakan kadar faedah. Secara amnya, permintaan bagi Sukuk bergerak secara songsang dengan pergerakan kadar faedah, maka apabila kadar faedah meningkat, permintaan bagi Sukuk menurun dan sebaliknya. Selain itu, Sukuk yang memiliki tempoh matang lebih lama dan kadar keuntungan lebih rendah adalah lebih mudah dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah. Sukuk tertakluk pada naik turun kadar faedah dengan tempoh matang lebih lama dan kadar faedah yang lebih rendah. Sukuk lebih mudah dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah sebegini. Risiko ini boleh dikurangkan melalui pengawasan dan penilaian pemboleh ubah mikro-ekonomi yang berterusan bagi memastikan strategi paling sesuai dilaksanakan untuk portfolio Dana.
3. Risiko Kredit/Ingkar - Bon tertakluk pada risiko kredit/ingkar apabila penerbit instrumen berdepan kesukaran kewangan, yang boleh
mengurangkan kebolehpercayaan kredit mereka. Ini seterusnya menyebabkan keingkaran pembayaran bagi prinsipal dan faedah/keuntungan.
4. Risiko Kecairan - Kecairan merujuk pada mudahnya menukar sesuatu pelaburan kepada tunai tanpa menanggung kerugian nilai yang
terlalu ketara. Sekiranya berlaku perkembangan negatif pada mana-mana penerbit, ini akan meningkatkan risiko kecairan bagi sekuriti tertentu. Ini kerana secara amnya, pembeli sedia bagi sekuriti itu akan berkurangan kerana kebimbangan terhadap meningkatnya keingkaran kredit. Risiko ini diuruskan dengan mengambil langkah lebih cermat dalam pemilihan dan kepelbagaian sekuriti.
5. Risiko Ketidakpatuhan - Tidak mematuhi undang-undang, peraturan, kawal selia, amalan yang ditetapkan, polisi dan prosedur
dalaman boleh mengakibatkan reputasi tercemar, peluang perniagaan yang terhad dan potensi pengembangan yang menurun kepada syarikat pengurusan. Matlamat pelaburan pelabur juga mungkin terjejas apabila pengurus dana tidak mematuhi mandat pelaburan. Risiko ini dapat dikurangkan melalui kawalan dalaman dan pengawasan pada pematuhan.
6. Risiko Inflasi - Inflasi boleh didefinisikan sebagai kemungkinan kerugian tidak ketara yang terjadi akibat peningkatan harga barangan
dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi pada suatu jangka masa tertentu. Inflasi menyebabkan pengurangan kuasa membeli dan jika inflasi sentiasa tinggi dari kadar pulangan pelaburan, nilai sebenar pelaburan akhirnya mungkin negatif.
7. Risiko Penerbit - Risiko ini merujuk pada risiko persendirian masing-masing bagi syarikat yang menerbitkan sekuriti. Risiko khusus
termasuk, tetapi tidak terhad kepada perubahan selera dan permintaan pengguna, tindakan guaman, persekitaran operasi yang kompetitif, keadaan industri yang berubah dan kealpaan dan ralat pengurusan. Bagaimanapun, risiko ini dikurangkan dengan melabur dalam pelbagai syarikat dari sektor berbeza lalu menyebabkannya berfungsi secara bebas dari yang lain.
8. Risiko negara - Pelaburan asing mungkin terkesan oleh risiko khusus bagi negara di mana pelaburan dibuat seperti perubahan pada
asas ekonomi negara, kestabilan sosial dan politik, pergerakan mata wang, polisi pelaburan asing dan sebagainya. Risiko ini boleh dikurangkan dengan melakukan kajian terperinci pada pasaran masing-masing, keadaan ekonomi, syarikat, politik dan sosialnya selain mengurangkan atau tidak melabur dalam pasaran itu.
9. Risiko Pengurusan - Terdapat risiko bahawa pihak pengurusan tidak mematuhi mandat pelaburan bagi dana tertentu. Dengan
pengawasan teliti yang dilakukan oleh jawatankuasa pelaburan, sistem operasi dalaman yang disepadukan dengan had dan kawalan, dan melaporkan secara kerap kepada pasukan pengurusan kanan, syarikat pengurusan dapat menguruskan risiko ini.
10. Risiko Pengurusan Dana - Pengurusan dana yang lemah yang disebabkan oleh kurang pengalaman, pengetahuan, kepakaran dan
teknik pengurusan yang lemah boleh memberi kesan buruk pada prestasi dana. Ini boleh menyebabkan pelabur mengalami kerugian dalam pelaburan dana.
11. Risiko Syariah - Risiko yang terjadi dari kemungkinan semakan status sekuriti dalam dana amanah saham dari patuh Syariah kepada
tidak patuh Syariah dan kemungkinan melabur dalam dana amanah saham tidak patuh Syariah. Risiko ini dapat dikurangkan dengan menerusi semakan berkala pada sekuriti berkenaan oleh Jabatan Pematuhan Syariah dan Jawatankuasa Syariah. Tindakan perlu diambil oleh Pengurus Dana bagi melupuskan sekuriti tersebut seperti yang dianjurkan oleh Jabatan Pematuhan Syariah dan Jawatankuasa Syariah.
Ciri-ciri Lain Bagi Dana
Pulangan Sebenar (Bersih dari Cukai dan Caj)
1. Prestasi dana sebelum ini tidak menjadi indikasi bagi prestasi akan datangnya.
2. Ini adalah prestasi dana pelaburan semata-mata, dan bukan pulangan yang diperoleh dari
caruman sebenar yang dibayar oleh produk terangkai pelaburan.
3. Unit dicipta dan dibatalkan pada tarikh penentuan harga akan datang, masing-masing lanjutan
dari penerimaan caruman atau pemberitahuan tuntutan.
4. Prestasi sebelum ini dikira berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAV). Formula pengiraan adalah seperti
berikut:
Asas & Kekerapan Penilaian Unit
1. Harga unit bagi mana-mana tarikh penilaian dana ditentukan dengan membahagikan NAV pada
hari perniagaan sebelum tarikh penilaian dengan bilangan unit yang diterbitkan bagi dana berkenaan.
2. NAV ditentukan seperti berikut:
a) Harga pasaran transaksi terakhir di mana aset itu boleh dibeli atau dijual,
b) Tambah bilangan tunai dalam pegangan yang belum dilaburkan
c) Tambah sebarang pendapatan terakru atau dijangka
d) Tolak sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan semasa membeli atau menjual aset
e) Tolak sebarang jumlah liabiliti Dana
f) Tolak jumlah yang berkaitan dengan menguruskan, menyelenggara dan menilai aset
3. Bagi memastikan layanan yang adil kepada semua pemegang unit, Pengurus Dana boleh
mengenakan kos transaksi bagi memiliki atau melupuskan aset Dana, jika kos itu adalah ketara. Bagi mendapatkan semula kos memperoleh dan melupuskan aset, Pengurus perlu membuat pencairan aset atau pelarasan kos transaksi NAV seunit bagi mendapatkan semula jumlah Dana yang sudah dibayar atau dijangka dengan wajar bagi membayar penciptaan atau pembatalan aset.
4. Penilaian unit dibuat secara hari an pada setiap Hari Perniagaan.
Keadaan Tertentu Pengurus boleh mengambil tindakan berikut yang mungkin menjadi perlu disebabkan oleh perubahan
keadaan, sebagai cara melindungi kepentingan Peserta:-
1.Tertakluk pada sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis bertulis, Pengurus boleh:
a) Menutup Dana atau berhenti membenarkan peruntukan caruman tambahan atau
mengalihkan aset ke dana baru yang mempunyai objektif pelaburan yang sama;
b) Menukar nama Dana
c) Membahagikan atau menggabungkan unit Dana sedia ada;
d) Membuat sebarang perubahan yang diperlukan yang disebabkan oleh keperluan kawal
selia dan/atau perundangan.
2.Pengurus juga boleh memilih, tanpa notis terdahulu, bagi menggantung harga unit dan transaksi Sijil jika mana-mana bursa atau syarikat pengurusan amanah saham di mana Dana dilaburkan adalah digantung sementara dari membuat perdagangan.
Nota mengenai Yuran dan Caj
Maklumat Lain
Dokumen ini disediakan oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd ("Takaful IKHLAS"). Material ini disediakan semata-mata sebagai maklumat sahaja. Maklumat yang disediakan di sini termasuk sebarang penyataan pendapat atau jangkaan yang diperoleh daripada atau berdasarkan sumber-sumber yang kami percaya sebagai boleh dipercayai, tetapi tidak dijamin ketepatan atau kesempurnaannya. Maklumat ini diberikan tanpa kewajipan dan adalah difahami bahawa sesiapa yang bertindak yang disebabkan olehnya atau mengubah kedudukan kerana kebergantungan padanya, melakukannya sepenuhnya atas risiko sendiri. Ini tidak sepatutnya menjadi tawaran atau jemputan bagi melanggan atau membeli sekuriti. Pembaca dinasihatkan supaya membaca dan memahami kandungan Lembaran Pendedahan Produk dan Lembaran Fakta Dana yang ditampilkan di laman web Takaful IKHLAS serta Ilustrasi Jualan yang disediakan oleh ejen anda sebelum melabur. Pembaca juga perlu mengambil kira yuran dan caj yang terlibat. Sila maklum bahawa harga unit mungkin menurun dan juga meningkat. Prestasi dana sebelum ini tidak menjadi indikasi bagi prestasi akan datang. Oleh itu, Takaful IKHLAS menafikan sebarang liabiliti dalam sebarang bentuk jika sekiranya pembaca menanggung kerugian apabila bergantung pada maklumat yang terkandung di sini semata-mata.
Pulangan Pelaburan = NAV 31 Mac Tahun X