TAKAFUL IKHLAS GENERAL BERHAD
(1233870-A)IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur T: +603-2723 9696 F: +603-2723 9998 Website: www.takaful-ikhlas.com.my
(Licensed under Islamic Financial Services Act 2013 and regulated by Bank Negara Malaysia)
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
SIJIL IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL
SALAM SEJAHTERA DAN TERIMA KASIH
Kerana memilih Kami sebagai penyedia Takaful Peril Komprehensif Anda.
PENGENALAN
Peserta Takaful dan pihak Syarikat bersetuju bahawa:
1. Borang Cadangan ini akan termaktub dan menjadi asas kepada Sijil Takaful ini.
2. Peserta Takaful bersetuju untuk membayar Sumbangan Takaful seperti yang dinyatakan di dalam Jadual.
3. Borang Cadangan yang dilengkapkan dengan penuh dan benar, akan menjadi pra-syarat kepada sebarang tanggungan pihak Syarikat. 4. Perlindungan Takaful ini adalah tertakluk kepada terma-terma yang terkandung di dalam Sijil Takaful ini merangkumi peruntukan-peruntukan had
kawasan dan Tempoh perlindungan Takaful seperti yang dinyatakan di dalam Jadual.
5. Perkaitan di antara pihak Syarikat dengan Peserta Takaful di dalam Sijil Takaful ini, adalah tertakluk dan diterjemahkan mengikut Undang-undang Malaysia.
DEFINISI- DEFINISI
Di bawah Sijil Takaful ini:
1. “pihak Syarikat, Kami” bermaksud Takaful Ikhlas General Berhad, penggantinya atau pemegang serah hak termasuk mana- mana anak-anak
syarikat milik penuh dan berkaitan dengan MNRB Holdings Berhad atau mana-mana penyedia perkhidmatan yang dilantik.
2. “Endorsmen” bermaksud perubahan bertulis kepada terma-terma, syarat-syarat dan had-had Sijil Takaful yang ditunjukkan di dalam Jadual.
3. “Ekses” bermaksud jumlah yang perlu dibayar oleh Peserta Takaful terhadap tuntutan sebelum pihak Syarikat membayar. Jumlah ini dinyatakan di dalam Jadual.
4. “Kecurian Penuh” bermaksud kerugian atau kerosakan tanpa sebarang kemasukan secara ganas atau kejam ke dalam atau keluar dar
mana-mana bangunan di premis atau tanpa sebarang serangan yang ganas kepada mana-mana-mana-mana individu atau cubaan ke arahnya. 5. “Tempoh Takaful” bermaksud tempoh perlindungan yang tertera di dalam Jadual.
6. “Cadangan” bermaksud Borang Cadangan yang telah ditandatangani oleh Peserta Takaful dan segala maklumat yang diberikan kepada pihak
Syarikat oleh Peserta Takaful atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Peserta Takaful.
7. “Qard” bermaksud kontrak pinjaman wang dimana peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah yang sama kepada pemberi
pinjaman.
8. “Dana Risiko” bermaksud kumpulan dana yang berasaskan kepada konsep Tabarru’ yang memberikan perlindungan dan pampasan bersama di kalangan Peserta-peserta Takaful.
9. “Jadual” bermaksud Jadual Sijil Takaful di mana kedua-dua butiran yang dilindungi dan Amaun Perlindungan dinyatakan.
10. “Tabarru’” bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu semua Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukan ke dalam Dana Risiko Peserta. 11. “Takaful” bermaksud suatu skim berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan
kewangan kepada Peserta Takaful jika diperlukan yang dengannya Peserta Takaful sama-sama bersetuju untuk memberi Sumbangan Takaful bagi maksud itu.
12. “Perniagaan Takaful” bermaksud urusniaga berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasi Dana Takaful bagi pihak Peserta Takaful
yang melibatkan elemen-elemen seperti pelaburan, simpanan dan transaksi tuntutan dan Retakaful dan frasa yang merujuk kepada menjalankan Perniagaan Takaful termasuk semua atau apa juga aktiviti yang ditetapkan di dalam perenggan 5(4)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
13. “Sijil Takaful” bermaksud terdiri daripada semua Borang Cadangan dan Jadual yang dilampirkan bersama dengan Sijil Takaful ini hendaklah
menjadi pelengkap antara satu sama lain.
14. “Sumbangan Takaful” bermaksud sebarang jumlah yang perlu dibayar oleh Peserta Takaful yang dikehendaki oleh pihak Syarikat untuk menyertai pelan Takaful.
15. “Peserta Takaful” bermaksud individu yang tertera namanya di dalam Jadual sebagai “Peserta Takaful”.
16. “Wakalah” merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, Kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful, dan fi Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
17. “Waranti” bermaksud sekatan atau kewajipan yang dikenakan terhadap Peserta Takaful di dalam Sijil Takaful. Pemungkaran waranti akan melayakkan pihak Syarikat untuk menolak tuntutan Peserta Takaful terhadap kerugian atau kerosakan atau liabiliti.
FASAL PERLINDUNGAN
Pihak Syarikat akan mengganti rugi secara pembayaran (atau secara pembaikan, atau penggantian, mengikut pilihan pihak Syarikat) kepada Peserta Takaful jika semasa Tempoh Takaful terdapat sebarang harta yang dinyatakan di dalam Jadual hilang atau musnah disebabkan kemalangan (yang tidak terdapat di dalamnya dikecualikan) semasa
(a) dalam situasi yang dinyatakan di dalam Jadual; atau
(b) dalam transit (termasuk memuatkan atau memunggah) di dalam Malaysia dan Singapura selain daripada melalui laut atau udara.
Jumlah maksimum yang boleh dibayar oleh pihak Syarikat dalam Tempoh Takaful tidak boleh melebihi amaun perlindungan bagi setiap item atau bagi semua amaun perlindungan secara keseluruhan.
KEWAJIPAN PENDEDAHAN
Kewajipan pendedahan ini adalah berlainan untuk Sijil Takaful Pengguna dan untuk Sijil Takaful Komersial. Kedua-duanya dinyatakan berasingan seperti di bawah:
A. Kontrak Takaful Pengguna
Apabila Anda telah memohon Takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak membuat salah nyataan dalam menjawab soalan yang terdapat dalam Borang Cadangan (atau semasa Anda memohon Takaful ini) iaitu Anda perlu menjawab soalan dengan penuh dan tepat. Kegagalan dalam mengambil langkah munasabah dalam menjawab soalan-soalan boleh mengakibatkan pembatalan kontrak Takaful Anda, keengganan atau pengurangan ganti rugi Anda, perubahan terma atau penamatan kontrak Takaful Anda selaras dengan remedi di Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Anda juga dikehendaki mendedahkan perkara-perkara lain yang akan mempengaruhi keputusan pihak Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan.
Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu Kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak Takaful Anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan Kami, apa-apa maklumat yang diberikan di dalam Borang Cadangan (atau semasa Anda memohon Takaful ini) tidak tepat atau telah berubah.
B. Kontrak Takaful Komersial
Apabila Anda telah memohon untuk Takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion Anda, Anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang Anda tahu yang boleh mempengaruhi keputusan Kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan dikenakan, dan apa-apa perkara seorang yang munasabah patut tahu sebagai relevan yang boleh menyebabkan pembatalan kontrak Takaful, keengganan atau pengurangan tuntutan, perubahan terma atau penamatan kontrak Takaful Anda.
Anda juga mempunyai kewajipan untuk segera memberitahu Kami sekiranya setelah kontrak Takaful Anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan Kami, apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan (atau ketika Anda memohon Takaful ini) tidak tepat atau telah berubah.
SYARAT-SYARAT
Borang Cadangan termasuk semua Borang Cadangan dan Jadual berikutnya yang dilampirkan hendaklah dibaca bersama-sama dan hendaklah menjadi pelengkap Sijil Takaful ini. Mana-mana perkataan atau ungkapan yang mempunyai maksud tertentu dan telah disertakan di dalam mana-mana bahagian Borang Cadangan, di dalam Jadual, atau Sijil Takaful ini hendaklah membawa makna yang sama apabila ia tercatat.
1. NOTIS
Sebarang notis atau komunikasi yang akan diberikan atau dibuat di bawah Sijil Takaful ini hendaklah diserahkan secara bertulis kepada Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat Cawangan pihak Syarikat. Tiada perubahan dalam Sijil Takaful ini boleh menjadi sah melainkan jika diluluskan oleh pihak Syarikat dan telah disahkan oleh wakil pihak Syarikat yang diberi kuasa.
2. KEWAJIPAN BERJAGA-JAGA
Dengan menanggung sendiri kos perbelanjaan, Peserta Takaful hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mengelakkan kemalangan dan menjaga sebarang harta yang diisytiharkan di dalam Jadual supaya berada di dalam keadaan baik dan mematuhi sebarang keperluan berkanun dan cadangan-cadangan daripada pengeluar harta tersebut.
3. BUKTI KERUGIAN
Sekiranya diperlukan, Peserta Takaful hendaklah mengemukakan kepada pihak Syarikat atau memberi akses ke atas sebarang harta yang dikatakan rosak. Peserta Takaful juga bertanggungjawab untuk menyediakan bukti-bukti yang munasabah kepada pihak Syarikat bahawa kerugian atau kerosakan yang ditanggung berpunca dari salah satu risiko yang tersenarai dan dibenarkan.
4. HAK UNTUK MEMASUKI
Pegawai pihak Syarikat hendaklah pada setiap masa yang munasabah mempunyai hak untuk memasuki premis dan dibenarkan untuk melihat keadaan harta atau mesin yang dilindungi. Pihak Syarikat berhak untuk melantik seorang wakil untuk hadir pada masa membaik pulih atau pemeriksaan pada mesin.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website 5. PERUBAHAN RISIKO
Jika terdapat sebarang perubahan kepada harta yang dilindungi, Peserta Takaful bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Peserta Takaful secara bertulis. Kegagalan memaklumkan kepada pihak Syarikat akan menyebabkan tuntutan tidak diterima.
6. PEMINDAHAN KEPENTINGAN
Pihak Syarikat tidak terikat untuk menerima sebarang notis pindahan hak kepentingan kepada pihak lain selain dari Peserta Takaful, kecuali kepada penerima pindahan yang dipersetujui oleh pihak Syarikat.
7. PEMBERITAHUAN TUNTUTAN
Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Sijil Takaful ini Peserta Takaful hendaklah:
(a) dengan serta-merta memberitahu pihak Syarikat melalui telefon atau teleks atau melalui surat memaklumkan tentang kerosakan serta tahap kerugian yang dialami.
(b) mengambil segala langkah yang munasabah di bawah kuasanya untuk mengurangkan tahap kerugian atau kerosakan;
(c) menjaga keadaan kerosakan bahagian yang rosak dan tersedia untuk diperiksa oleh pegawai atau jurunilai yang dilantik oleh pihak Syarikat;
(d) memberi semua maklumat dan bukti dokumen sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh pihak Syarikat.
Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang tidak dilaporkan dan diterima oleh pihak Syarikat dalam tempoh empat belas (14) hari selepas kejadian.
Peserta Takaful hendaklah mengambil segala langkah yang praktikal termasuk di dalam hal barang-barang yang hilang atau dicuri atau kerosakan yang disengajakan dengan memberi notis dengan segera kepada pihak polis untuk mendapatkan semula apa-apa harta yang hilang dan dalam kes kecurian atau kerosakan yang sengaja untuk mengesan orang yang bersalah dan mendakwa orang tersebut dengan perbelanjaan ditanggung oleh pihak Syarikat. Peserta Takaful tidak boleh membaiki, menggantikan, membuat rundingan, membayar, menyelesaikan, mengakui atau menolak apa-apa tuntutan di bawah Sijil Takaful tanpa kebenaran bertulis pihak Syarikat. Peserta Takaful dalam apa-apa hal tidak berhak untuk meninggalkan mana-mana harta kepada pihak Syarikat sama ada telah diambil milik oleh pihak Syarikat atau tidak.
8. PELEPASAN PENERIMAAN
Pembayaran sebarang amaun yang dibayar atau dibuat oleh pihak Syarikat akan dianggap sebagai pelepasan tanggungan yang sah kepada pihak Syarikat dan akan membebaskan pihak Syarikat daripada sebarang tuntutan atau permintaan yang berkaitan dengannya.
9. PURATA
Jika jumlah harta yang dilindungi di bawah satu item pada masa kerugian atau kerosakan lebih besar daripada amaun perlindungan yang dinyatakan di dalam Jadual, maka Peserta Takaful hendaklah bertanggungjawab ke atas perbezaan tersebut dan hendaklah menanggung perkadaran setimpal bagi kerugian tersebut sewajarnya. Perkongsian kadar kerugian diguna pakai secara berasingan terhadap setiap butiran yang dilindungi.
10. INDEMNITI
(a) Dalam kes di mana kerosakan terhadap item yang dilindungi boleh diperbaiki, pihak Syarikat akan membayar semua perbelanjaan yang perlu ditanggung bagi membaik pulih item tersebut seperti mana keadaan sebelum musibah. Ianya termasuk kos membuka dan memasang semula bagi tujuan pembaikan serta pengangkutan biasa ke dan dari kedai pembaikan dan duti kastam jika ada setakat mana perbelanjaan tersebut telah dimasukkan di dalam amaun perlindungan. Jika mana-mana bahagian didapati tidak boleh dimiliki, liabiliti pihak Syarikat hendaklah terhad kepada harta terbaru daripada pengeluar atau pembekal serta mana-mana salvaj hendaklah diambil kira. Sebarang caj tambahan yang tertanggung untuk kerja lebih masa, kerja malam, bekerja pada hari cuti umum, pengangkutan ekspres dan sebagainya tidak dilindungi oleh Sijil Takaful ini. Kos apa-apa pengubahan, penambahan, peningkatan atau membaik pulih dijalankan pada masa pembaikan itu dan kos apa-apa pembaikan sementara dan akibatnya tidak akan diperolehi semula di bawah Sijil Takaful ini;
(b) Dalam kes-kes di mana item yang dilindungi musnah sama sekali, pihak Syarikat hendaklah membayar nilai sebenar item tersebut dengan serta-merta sebelum berlakunya kerugian termasuk pengangkutan biasa melalui laut atau darat, kos pemasangan dan duti kastam jika ada, nilai sebenar tersebut akan dikira dengan menolak susut nilai yang sesuai dari nilai untuk menggantikan item tersebut. Pihak Syarikat juga akan membayar sebarang caj biasa untuk memindahkan harta yang musnah;
(c) Semua kerosakan yang boleh dibaiki hendaklah, bagaimanapun, dibaiki tetapi jika kos pembaikan yang diperinci di atas menyamai atau melebihi nilai sebenar harta yang dilindungi dengan serta-merta sebelum berlakunya kerosakan, maka penyelesaian hendaklah dibuat pada asas yang disediakan di dalam (b) di atas;
(d) Dalam kedua-dua kes yang diperincikan di dalam Syarat 9 (a) dan (b), indemniti yang dibayar akan menjadi sama dengan jumlah kurang daripada nilai mana-mana salvaj dan tertakluk kepada permohonan Purata jika perlu dan potongan Ekses.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website 11. SUBROGASI
Pihak Syarikat berhak untuk melaksanakan di atas nama Peserta Takaful dan bagi pihak Peserta Takaful: (a) pengendalian penuh, kawalan dan penyelesaian apa-apa prosiding;
(b) mendapatkan kembali pampasan atau ganti rugi dari mana-mana pihak ketiga berkenaan apa-apa yang dilindungi di bawah Sijil Takaful ini.
di atas perbelanjaan dan manfaat pihak Syarikat sendiri.
12. PENIMBANGTARAAN
Jika terdapat apa-apa pertelingkahan yang timbul mengenai jumlah kerugian dan kerosakan di antara Peserta Takaful dan pihak Syarikat, pertelingkahan sedemikian hendaklah dirujuk kepada seorang Penimbang Tara yang dilantik secara bertulis oleh Peserta Takaful dan pihak Syarikat. Jika Peserta Takaful dan pihak Syarikat tidak mencapai persetujuan dengan seorang Penimbang Tara tunggal, dalam tempoh dua (2) bulan apabila dikehendaki secara bertulis untuk berbuat demikian, maka pihak Peserta Takaful dan pihak Syarikat layak untuk melantik Penimbang Tara masing-masing dan hendaklah melantik seorang Wasit untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Walau bagaimanapun, satu pihak adalah bebas untuk melantik seorang Penimbang Tara tunggal sekiranya pihak yang satu lagi gagal untuk melantik seorang Penimbang Tara dalam masa dua (2) bulan setelah menerima notis secara bertulis untuk melantik seorang Penimbang Tara yang lain. Kos timbangtara dan anugerah hendaklah diputuskan oleh Penimbang Tara atau Wasit yang membuat anugerah.
Peserta Takaful dan pihak Syarikat dengan jelas bersetuju bahawa anugerah oleh Penimbang Tara atau Wasit hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum Peserta Takaful boleh memulakan prosiding guaman terhadap pihak Syarikat.
13. PENIPUAN
Jika tuntutan yang dibuat didapati melibatkan penipuan dalam apa jua hal, atau jika sebarang perakuan palsu dibuat atau digunakan untuk menyokongnya, atau jika sebarang cara atau kaedah melibatkan penipuan digunakan oleh Peserta Takaful atau sesiapa yang bertindak bagi pihak beliau untuk mendapatkan sebarang Manfaat di bawah Sijil Takaful ini; atau, jika kerugian atau kerosakan adalah disebabkan oleh tindakan disengajakan, atau dengan kerjasama Peserta Takaful; atau, jika tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan atau saman tidak dimulakan dalam masa tiga (3) bulan selepas penolakan, atau (dalam kes membabitkan Penimbangtaraan) dalam masa tiga (3) bulan selepas Penimbang Tara atau para Penimbang Tara membuat keputusan, semua Manfaat di bawah Sijil Takaful ini akan dibatalkan.
14. TAKAFUL/INSURANS LAIN
Jika pada masa apa-apa tuntutan timbul di bawah Sijil Takaful ini terdapat sebarang Takaful/ Insurans lain yang memberi perlindungan yang sama, kerosakan atau liabiliti, pihak Syarikat hanya akan membayar perkadaran setimpal daripada jumlah kerugian, kerosakan atau liabiliti.
15. PEMBATALAN
Sijil Takaful ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa atas permintaan Peserta Takaful, di mana pihak Syarikat akan membayar wang pulangan Sumbangan Takaful mengikut kaedah pro rata untuk tempoh yang belum luput. Sijil Takaful ini ini juga boleh ditamatkan atas sebarang sebab menurut pilihan pihak Syarikat dengan menghantar notis empat belas (14) hari melalui surat berdaftar kepada Peserta Takaful di alamat terakhir yang diketahui. Dalam keadaan ini, pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membayar balik kerugian-kerugian yang tertanggung seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Nota: Caj pengurusan sebanyak RM10.00 akan dikenakan sekiranya pembatalan dibuat atas permintaan Peserta Takaful.
16. PERBELANJAAN
Pihak Syarikat akan menanggung semua perbelanjaan operasinya.Peserta Takaful akan menanggung perbelanjaan yang berkaitan yang melibatkan kepentingan mereka seperti yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
17. PERUNTUKAN SUMBANGAN TAKAFUL
Sumbangan Takaful yang diperuntukkan oleh Peserta Takaful seperti yang dinyatakan di dalam Jadual akan dimasukkan ke dalam Ta’awuni Account Pool (TAP) untuk membayar Yuran Wakalah kepada Dana Pemegang Saham dan Tabarru’ kepada Dana Risiko. Pihak Syarikat akan menguruskan TAP mengikut prisip Wakalah yang ditakrifkan oleh pihak Syarikat dan selaras dengan prinsip Syariah.
Pihak Syarikat akan mengenakan yuran Wakalah sehingga 40% daripada Sumbangan Takaful pada permulaan tempoh Sijil Takaful berkuat kuasa dan baki Sumbangan Takaful akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko sebagai Tabarru’ bagi membantu semua Peserta Takaful lain yang ditimpa musibah.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website 18. LEBIHAN
Pihak Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada lebihan boleh-agih kasar dari Dana Risiko pada setiap akhir tahun kewangan. Walau bagaimanapun, Pihak Syarikat boleh, mengenakan caj SAC kurang daripada 50% daripada lebihan boleh-agih kasar mengikut budi bicara dan kesesuaian.
Sebarang lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan seluruhnya (100%) kepada Peserta Takaful. Sekiranya jumlah untuk Peserta Takaful kurang daripada had yang diperuntukkan, maka jumlah berkenaan akan dikekalkan di dalam Dana Risiko atau didermakan untuk tujuan amal bagi pihak Peserta Takaful. Had serta kaedah dan tempoh penyelesaian pengagihan lebihan adalah seperti yang ditakrifkan di dalam Polisi Pengagihan Lebihan.
Sebarang kekurangan dalam Dana Risiko akan dibiayai melalui pinjaman tanpa faedah (Qard) daripada Dana Pemegang Saham. Pembiayaan tersebut akan menjadi caj utama ke atas lebihan daripada Dana Risiko pada masa depan. Jika defisit di dalam Dana Risiko berlaku akibat dari kecuaian pihak Syarikat, maka menjadi tanggungjawab pihak Syarikat untuk memastikan dana tersebut stabil melalui kaedah pemindahan secara langsung (outright transfer) dan tidak dianggap sebagai pendahuluan melalui Qard.
19. KEPATUHAN DAN KETEPATAN TERHADAP SYARAT-SYARAT
Mematuhi dan memenuhi terma-terma, syarat-syarat, dan Endorsmen yang terkandung di dalam Sijil Takaful setakat mana ia berkaitan dengan sebarang perkara yang perlu dilaksanakan atau dipatuhi oleh Peserta Takaful adalah tanggungjawab Peserta Takaful, dan ketelusan di dalam penyataan mahupun perakuan di dalam Borang Cadangan menjadi pra-syarat untuk sebarang pembayaran pampasan oleh pihak Syarikat.
20. UNDANG-UNDANG
Sijil Takaful ini termasuk semua Borang Cadangan dan Jadual adalah tertakluk kepada garis panduan Bank Negara Malaysia atau perundangan subsidiari lain, peraturan, arahan atau perintah daripada penguasa peraturan lain yang berkenaan.
21. KETEPATAN MASA
Masa, di mana-mana jua disebutkan di dalam Sijil Takaful ini, menjadi intipati perjanjian.
22. CUKAI
Sebarang sumbangan, yuran dan wang lain yang dibayar di bawah Sijil Takaful ini tertakluk kepada cukai, levi atau caj yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa di Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya.
23. PENGLIBATAN PIHAK KETIGA
Dalam menjalankan mandat yang diberikan oleh Peserta Takaful, mungkin wujud satu keperluan bagi pihak Syarikat untuk mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga. Justeru, Peserta Takaful bersetuju membenarkan pihak Syarikat mendapatkan perkhidmatan daripada pihak ketiga untuk tujuan dan kepentingan peserta dan Perniagaan Takaful.
PENGECUALIAN
Sijil Takaful ini tidak melindungi
1. Jumlah pertama yang dinyatakan sebagai Ekses di dalam Jadual yang ditanggung sendiri oleh Peserta Takaful bila mana berlakunya kerugian yang disebabkan oleh kebakaran atau letupan. Sekiranya terdapat musibah yang melibatkan lebih dari satu item, amaun Ekses yang tertinggi sahaja yang akan dikenakan kepada Peserta Takaful.
2. kerugian atau kerosakan kepada mana-mana item disebabkan letupan atau runtuhan yang disebabkan oleh tekanan wap dalaman ataupun tekanan cecair, kegagalan mekanikal atau kerosakan elektrikal atau kekacauan. Pengecualian ini tidak termasuk kerugian yang berlaku ke atas item yang dilindungi disebabkan oleh hentaman atau letupan daripada item yang lain yang disebabkan oleh kerosakan mekanikal.
3. kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh ujian atau lebihan ke atas item atau ujikaji yang melibatkan tekanan yang luar biasa.
4. kerugian atau kerosakan disebabkan oleh asas, penampal, bahagian yang tidak boleh ditukar atau diganti dan lampiran seperti pemacu fleksibel, alat-alat yang digunakan untuk memotong, menggerudi, mencanai, menggilap atau dengan niat sama atau pengacuan, pencorakan, pengisaran, dan penghancuran permukaan, skrin dan penapis, lapisan refraktori, tali, tali pinggang, rantai, mesin pengangkat dan bateri dan bateri konveyor rantai, tayar, wayar penghubung dan kabel, paip mudah lentur, bahan penyambung dan penghubung, kecuali kerugian atau kemusnahan yang disebabkan oleh kemalangan yang mana pihak Syarikat bertanggungjawab untuk sebahagian daripada harta.
5. kerugian atau kerosakan kepada wang tunai, nota bank, wang kertas, syiling, cek, wang pos dan kiriman wang, bil pertukaran, bon, cek giro dan draf, baucar jualan syarikat kredit, kad kredit, baucar makan tengah hari, token hadiah, setem perdagangan, setem pos, dan lain-lain jenis setem, apa-apa jenis sekuriti lain, sebarang perihal barang kemas, batu permata, logam berharga, bulion, bulu haiwan, buku nadir atau apa-apa karya seni.
6. kerugian atau kerosakan kepada
(a) telefon bimbit, telefon mudah alih, walkie-talkie, komputer riba dan barang elektrik persendirian, kamera video mudah alih, camcoder, barang fotografik mudah alih
(b) kandungan sesebuah mesin
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
7. kerosakan data media atau program kecuali disebabkan oleh kerosakan tersebut.
8. haus dan lusuh, karat atau kemerosotan yang disebabkan oleh keadaan atmosfera atau sebaliknya, atau kesan calar ke atas permukaan yang bercat atau digilap.
9. kehilangan penggunaan sebarang harta atau susut nilai, pencemaran, kerugian turutan atau kerosakan turutan dan liabiliti undang-undang apa-apa jenis atau perihalan.
10. kerugian atau kerosakan yang timbul daripada perbuatan sengaja atau kecuaian Peserta Takaful yang melampau. 11. kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh Kecurian Penuh atau larseni atau sebarang cubaan.
12. mana-mana kekurangan yang ditemui di dalam senarai inventori, tidak dilindungi melainkan kekurangan dapat dibuktikan telah disebabkan oleh kecurian atau cubaan.
13. kerugian yang disebabkan oleh kecuaian pekerja Peserta Takaful atau orang-orang yang Peserta Takaful amanahkan harta ke atasnya. 14. kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada sebarang item yang disewakan atau dipinjamkan.
15. kerugian atau kerosakan kepada mana-mana barang semasa digunakan dengan kuasanya di atas jalan awam.
16. kerugian atau kerosakan atau kerugian turutan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh atau menerusi atau akibat daripada mana-mana kejadian yang berikut iaitu:
(a) kehilangan sementara atau kekal mana bangunan yang disebabkan oleh rampasan orang awam atau pengambilan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang.
(b) kehilangan sementara atau kekal mana-mana bangunan akibat daripada pekerjaan yang menyalahi undang-undang bangunan itu oleh mana-mana orang.
dengan syarat bahawa pihak Syarikat tidak dilepaskan daripada apa-apa liabiliti kepada Peserta Takaful berkenaan kerosakan fizikal ke atas harta dilindungi yang berlaku sebelum perampasan yang sebaliknya dilindungi oleh Sijil Takaful ini.
(c) kemusnahan harta melalui perintah mana-mana pihak berkuasa awam.
17. kerugian atau kerosakan secara langsung berlaku akibat gelombang tekanan yang disebabkan oleh pesawat dan peranti udara lain yang bergerak pada kelajuan sonik atau supersonik.
18. sebarang kerugian, kerosakan, liabiliti, kos atau perbelanjaan walau apa pun sifatnya yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau melalui atau akibat daripada atau berhubung dengan mana-mana berikut tanpa mengira apa-apa sebab atau kejadian lain yang menyumbang secara serentak atau dalam mana-mana turutan lain yang hilang.
(a) peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau peperangan seperti operasi (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara. Kehilangan sementara atau kekal yang disebabkan oleh rampasan, perampasan atau pengambilan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang. Dahagi, kekecohan awam, rusuhan, mogok, sekat-masuk, gangguan kekecohan buruh yang semakin meningkat, tentera meningkat, pemberontakan, revolusi, ketenteraan, atau rampasan kuasa, undang-undang tentera atau keadaan pengepungan atau mana-mana peristiwa atau sebab yang menentukan pengisytiharan atau pengekalan atau undang-undang tentera atau keadaan pengepungan.
Kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan walau apa pun sifatnya yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berhubung dengan apa-apa tindakan yang diambil untuk mengawal, mencegah, membanteras atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan perkara di atas juga dikecualikan.
Jika pihak Syarikat mendakwa bahawa oleh sebab pengecualian ini, apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan tidak dilindungi oleh Sijil Takaful ini, beban membuktikan yang sebaliknya hendaklah terletak pada Peserta Takaful.
Sekiranya mana-mana bahagian pengecualian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan, bakinya hendaklah kekal berkuat kuasa penuh atau kesan.
(b) Sebarang tindakan keganasan. Bagi tujuan pengecualian ini, tindakan keganasan bermaksud tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan / atau ugutan oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan, yang dari sifat atau konteks yang dilakukan untuk atau berkaitan dengan tujuan politik, agama, ideologi, etnik, atau tujuan yang serupa atau sebab, termasuk niat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan / atau untuk membuat orang awam, atau mana-mana sebahagian orang awam berada dalam ketakutan.
Pengecualian ini juga mengecualikan kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan walau apa pun sifatnya yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berhubung dengan apa-apa tindakan yang diambil untuk mengawal, mencegah, membanteras atau dalam apa-apa cara yang berhubungan dengan apa-apa perbuatan keganasan.
Jika pihak Syarikat mendakwa bahawa oleh sebab pengecualian ini, apa-apa kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan tidak dilindungi oleh Sijil Takaful ini, beban atau membuktikan yang sebaliknya hendaklah terletak pada Peserta Takaful.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
Sekiranya mana-mana bahagian dari bahagian pengecualian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan, bakinya hendaklah kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
Apa-apa kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa kewujudan keadaan yang luar biasa (sama ada fizikal atau sebaliknya) yang berlaku disebabkan oleh atau menerusi akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana satu daripada kejadian tersebut hendaklah disifatkan sebagai kerugian atau kerosakan yang tidak dilindungi oleh Sijil Takaful ini, kecuali Peserta Takaful membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan tersebut berlaku secara berasingan jika wujud keadaan yang luar biasa.
19. kerugian atau kemusnahan atau kerosakan kepada mana-mana harta walau apa pun atau apa-apa kerugian atau perbelanjaan walau apa pun akibat atau timbul daripadanya atau apa-apa kerugian turutan,
(a) Sebarang liabiliti undang-undang walau apapun sifatnya,
secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau diakibatkan oleh atau yang timbul daripada radiasi pengionan atau pencemaran melalui radio aktiviti daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan daripada pembakaran bahan api nuklear. Bagi tujuan Pengecualian ini sahaja, pembakaran hendaklah termasuk apa-apa proses yang mampan diri oleh pembelahan nuklear.
20. Apa-apa kerugian, kemusnahan, kerosakan atau liabiliti undang-undang secara langsung atau tidak langsung disebabkan atau diakibatkan oleh atau timbul daripada bahan senjata nuklear.
21. Sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku terhadap harta yang dilindungi disebabkan oleh pelanggaran Undang-undang dan prinsip Sivil atau Syariah oleh Peserta Takaful atau dengan cara lain daripada sebarang akibat yang dilarang oleh Undang-undang dan prinsip-prinsip Syariah.
SIJIL TAKAFUL INI DAN SEMUA SYARAT HENDAKLAH DITELITI SEBAIK SAHAJA DITERIMA OLEH PESERTA TAKAFUL DAN JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN HENDAKLAH DIKEMBALIKAN DENGAN SEGERA UNTUK PEMBETULAN. DAN LANGGANAN YANG BERTERUSAN OLEH PESERTA TAKAFUL TERHADAP PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL INI DIANGGAP SEBAGAI PENERIMAAN DAN PERSETUJUAN PESERTA TAKAFUL UNTUK DIIKAT DAN MEMAHAMI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SIJIL TAKAFUL INI.
WARANTI-WARANTI/ FASAL-FASAL
Waranti-waranti atau fasal-fasal berikut hanya sah bagi Sijil Takaful ini sekiranya ia dinyatakan secara khusus dalam Jadual dan adalah tertakluk selainnya pada terma-terma Sijil Takaful ini.
CP01 FASAL TAKAFUL BERSAMA
Adalah diperakui dan dipersetujui walau apapun yang terkandung dalam Sijil Takaful ini atau atas apa-apa Endorsmen yang sebaliknya merujuk kepada “pihak Syarikat” hendaklah dianggap bermaksud setiap Syarikat yang berikut bersetuju ke atas bahagian individu yang ditetapkan bahagiannya tertakluk kepada terma, pengecualian dan syarat di sini atau dilampirkan atau diendorskan ke atasnya, semasa dalam Tempoh Takaful yang dinyatakan didalam Jadual, Peserta Takaful hendaklah mengalami kerugian atau kerosakan dalam kejadian yang dilindungi dibawah Sijil Takaful ini mengganti rugi Peserta Takaful dalam bentuk yang dinyatakan dibawah ini: -
Syarikat Perkadaran
Seperti yang dinyatakan di dalam Jadual
Adalah diperakui dan dipersetujui walau apa pun bertentangan dengan apa yang terkandung, penanggung Takaful/ Insurans utama dibenarkan untuk menandatangani Sijil Takaful/Endorsmen/Resit Pembaharuan.
Bagi semua maksud dan tujuan, Sijil Takaful ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah setiap satu notis syarikat terhadap Takaful / Insurans lain yang tercatat di atas telah mengeluarkan Sijil Takaful yang berasingan untuk bahagian individu ke atas amaun perlindungan.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini
CP02 FASAL PENGEMBALIAN SEMULA KERUGIAN
Sebagai pertimbangan Peserta Takaful untuk membayar Sumbangan Takaful tambahan pada kadar yang dipersetujui ke atas jumlah kerugian yang dikira mengikut kadar pro-rata dari tarikh tersebut; kerugian kepada tamat Tempoh Takaful semasa, adalah dipersetujui bahawa sekiranya kerugian di bawah Sijil Takaful hendaklah dikekalkan berkuat kuasa dengan jumlah penuh amaun perlindungan.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP03 FASAL NILAI PENGGANTIAN
Sekiranya harta yang dilindungi hilang, musnah atau rosak, asas yang amaun yang perlu dibayar yang dikira adalah:-
(i) jika harta yang dilindungi telah hilang atau musnah digantikan dengan barangan yang sama dan/atau model dalam keadaan yang sama bukan yang lebih baik dari yang baru
(ii) jika harta yang dilindungi rosak atau musnah dalam sebahagian liabiliti pihak Syarikat tidak boleh melebihi jumlah yang diwakili kos yang mungkin telah dibayar jika harta itu perlindungan telah sepenuhnya musnah.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
Dengan syarat bahawa
1) Jika perkara yang dilindungi rosak atau musnah dalam sebahagian liabiliti pihak Syarikat yang tidak boleh melebihi jumlah yang diwakili kos yang mungkin telah dibayar jika harta dilindungi telah sepenuhnya musnah.
2) Jika pada masa pemulihan atau membaik pulih jumlah yang mewakili kos yang akan ditanggung dalam penggantian jika keseluruhan harta yang dilindungi telah musnah melebihi jumlah yang dilindungi oleh butiran itu pada masa kerugian, kemusnahan atau kerosakan, maka amaun yang perlu dibayar adalah berkadar mengurangkan. Setiap butiran, jika lebih daripada satu Sijil Takaful hendaklah tertakluk secara berasingan kepada syarat ini.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP04 MEMORANDUM PAJAKAN
Adalah dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Institusi Kewangan yang dinamakan di dalam Jadual (selepas ini dirujuk sebagai pemberi pajak) adalah pemilik harta dilindungi dan harta sedemikian adalah tertakluk kepada Perjanjian Pajakan yang dibuat antara pemberi pajak sebagai satu pihak dan Peserta Takaful sebagai pihak lain dan seterusnya difahami dan dipersetujui bahawa pemberi pajak yang berminat dalam mana-mana wang tetapi untuk Memorandum ini boleh dibayar kepada Peserta Takaful di bawah Sijil Takaful ini berhubung dengan kerugian atau kerosakan hartanah (yang kerugian atau kerosakan tersebut tidak dipulihkan dengan pembaikan, pengembalian semula atau penggantian di bawah terma-terma Sijil Takaful) dan wang sedemikian hendaklah dibayar kepada pemberi pajak selagi mereka adalah empunya harta tersebut dan penerimaan oleh mereka hendaklah merupakan pelepasan penuh dan muktamad kepada pihak Syarikat berhubung kerugian atau kerosakan sedemikian. Disimpan sebagai Memorandum dengan nyata bersetuju di sini tidak akan mengubah suai atau menjejaskan hak dan liabiliti Peserta Takaful atau pihak Syarikat masing-masing di bawah Sijil Takaful ini atau berkaitan dengan Sijil Takaful ini.
Fasal bukan-Pembatalan
Dan seterusnya dipersetujui bahawa pembatalan Sijil Takaful tidak boleh dilaksanakan oleh Peserta Takaful kecuali pemberitahuan terlebih dahulu kepada Pemberi Pajak secara bertulis iaitu memberi notis empat belas (14) hari ke alamat terakhir yang diketahui Pemberi Pajak. Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP05 FASAL PASANGAN DAN SET
Adalah dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa walau apa jua yang terkandung dalam perakuan yang berlawanan, jika mana-mana perkara yang yang dilindungi terdiri daripada artikel dalam pasangan atau set, pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membayar lebih daripada nilai perkadaran setimpal mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu yang mungkin hilang, tanpa merujuk kepada mana-mana nilai khas yang barangan tersebut yang mungkin ada sebagai sebahagian daripada pasangan atau set tersebut.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP06 FASAL PELANTIKAN
Bagi tujuan menentukan item yang mana perlu di bawah mana-mana harta yang dilindungi, pihak Syarikat bersetuju untuk menerima penetapan yang mana harta sedemikian yang tercatat dalam buku Peserta Takaful.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP07 FASAL NILAI PASARAN
Adalah dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa sekiranya kerugian harta diliputi di sini, had indemniti pihak Syarikat dari pengilang, ejen sah yang diberi kuasa tunggal atau ejen, broker yang diberi kuasa, pengedar yang diberi kuasa atau kontraktor bangunan bagi kos penggantian atau pengembalian semula, tertakluk kepada permohonan susutnilai yang wajar, harta dilindungi yang rosak atau hilang kerana berlakunya pada masa kerosakan atau kehilangan sedemikian. Sekiranya terdapat bahawa, tiada pengilang pada masa kerosakan atau kerugian, ejen yang diberi kuasa sah atau ejen, broker yang diberi kuasa, pengedar yang diberi kuasa atau kontraktor bangunan harta Peserta Takaful, penilaian hendaklah diperolehi daripada Ajuster Kerugian berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Penilai Berdaftar di bawah Akta Penilai dan Pentaksir, 1981 dan dilantik secara bersama oleh kedua-dua pihak. Penilaian Peserta Takaful yang sebenarnya oleh pengilang, ejen tunggal yang diberi kuasa sah atau ejen, broker yang diberi kuasa, pengedar sah, kontraktor bangunan, Ajuster Kerugian yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Penilai Berdaftar di bawah Akta Penilai dan Pentaksir, 1981 hendaklah menjadi bukti muktamad berkenaan dengan nilai pasaran harta Peserta Takaful dalam mana-mana prosiding guaman terhadap pihak Syarikat tersebut.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP08 FASAL TAMBAHAN MODAL
Adalah dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa Sijil Takaful ini diperluaskan untuk melindungi pengubahsuaian, tambahan dan pembaikan semula (tetapi bukan dalam kenaikan nilai melebihi Amaun perlindungan) terhadap harta yang dinyatakan dalam Jadual Sijil Takaful ini untuk jumlah yang tidak melebihi 10% daripada Amaun perlindungan atau RM 500,000.00 yang mana lebih rendah, dipersetujui bahawa Peserta Takaful mesti berjanji untuk memaklumkan pihak Syarikat dalam tempoh sembilan puluh hari (90) hari dari tarikh pengubahsuaian, tambahan dan penambahbaikan itu dan dikehendaki membayar Sumbangan Takaful tambahan yang sesuai.
Bagi maksud Fasal ini, tarikh bermulanya Waranti Sumbangan Takaful hendaklah disifatkan sebagai tarikh perisytiharan yang diterima oleh pihak Syarikat.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website CP09 PEMBAYARAN KE ATAS AKAUN
Adalah difahamkan bahawa sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan di bawah Sijil Takaful ini, pihak Syarikat akan membuat pembayaran pada akaun berkenaan kerugian kepada Peserta Takaful jika dikehendaki.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP10 FASAL PEMINDAHAN SEMENTARA
Harta yang dilindungi di bawah Sijil Takaful ini dilindungi (dihadkan kepada 10% daripada Amaun Perlindungan) ketika dipindahkan sementara untuk tujuan pembersihan, pengubahsuaian, pembaikan atau tujuan lain yang serupa, di tempat lain yang sama atau pada mana-mana premis lain dan dalam perjalanan ke situ dan ke sana melalui jalan raya, rel atau laluan air, semua di Republik Singapura dan Malaysia.
Jumlah boleh diperoleh semula di bawah perluasan ini berkenaan dengan harta yang dipindahkan tidak boleh melebihi jumlah yang sepatutnya diperoleh kembali yang telah rugi atau rosak yang berlaku di bahagian premis di mana harta dipindahkan sementara.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP12 FASAL PENILAIAN
Jika tuntutan secara agregat bagi mana-mana satu kerugian tidak melebihi RM 5,000 atau 5% daripada amaun perlindungan yang mana item lebih rendah nilai atau item yang terjejas tidak ada inventori khas atau penilaian harta yang tidak rosak boleh diperlukan.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP13 PEMBERSIHAN PUING
Sijil Takaful ini diperluaskan untuk meliputi kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Peserta Takaful dalam: (a) pembersihan puing
(b) membuka dan / atau meroboh (c) menyokong atau mengampu
sebahagian atau bahagian harta Peserta Takaful oleh Sijil Takaful ini rosak atau musnah oleh peril yang dilindungi.
Dengan sentiasa menjadi syarat liabiliti maksimum pihak Syarikat tidak boleh melebihi jumlah yang dinyatakan di dalam Jadual yang mana item adalah dilindungi.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP14 PENYIMPANAN SEMENTARA
Harta itu (tidak termasuk bangunan) yang dilindungi di bawah Sijil Takaful ini dilindungi sementara disimpan buat sementara di mana-mana di Malaysia dan Singapura
(a) tempoh penyimpanan sementara tidak boleh melebihi enam puluh (60) hari.
(b) liabiliti pihak Syarikat adalah terhad sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual bagi harta yang dilindungi di bawah Fasal ini. (c) pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan pada harta semasa transit (termasuk proses
memuatkan dan memunggah yang berlaku semasa transit itu.
(d) Sijil Takaful ini tidak diguna pakai terhadap harta yang sebaliknya begitu juga tidak digunapakai ke atas kenderaan dan casis motor berlesen untuk kegunaan jalan raya atau digunakan di atas jalan raya seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (termasuk ke atasnya aksesori).
CP16 WARANTI PENYELENGGARAAN
Dijaminkan bahawa semasa penerusan Sijil Takaful ini
(a) Peserta Takaful hendaklah membaikpulih dan mengekalkan setiap Mesin supaya berkeadaan baik seperti keadaan biasa yang sekurang-kurangnya selaras dengan pengeluar yang terpakai/bekalan penyelenggaraan yang disyorkan dan tidak mempunyai beban lebih;
(b) Peserta Takaful atas perbelanjaannya sendiri hendaklah membuat perkiraan bagi setiap kren, lif, dandang atau pengandung tekanan lain (atau permintaan khas oleh pihak Syarikat masa apa-apa mesin lain) akan diselidiki dengan mendalam oleh orang yang berkenaan mengikut Kerajaan atau peraturan-peraturan yang lain, tetapi dalam apa jua keadaan pada selang masa tidak lebih daripada dua belas (12) bulan bagi setiap kren, lif atau dandang dan dua puluh empat (24) bulan bagi pengandung tekanan lain.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website CP17 PEMBUANGAN DALAMAN
Adalah difahami dan dipersetujui bahawa sekiranya berlaku pemindahan harta dari satu bangunan ke bangunan yang lain di mana-mana lokasi yang dinyatakan dan secara tidak sengaja tidak dimaklumkan kepada pihak Syarikat, kearuhan ke atas harta tersebut akan diteruskan sewaktu pemindahan, pelarasan yang perlu, amaun perlindungan dan Sumbangan Takaful dibuat dari tarikh pemindahan itu secepat kesilapan tersebut diketahui.
CP18 KENDERAAN BERAT
Sekiranya mana-mana kenderaan Peserta Takaful yang ditinggalkan semalaman dalam atau di premis yang dinyatakan dalam spesifikasi di dalam Perjanjian ini, pihak Syarikat akan membayar ganti rugi kepada Peserta Takaful berhubung muatan itu apabila ia berlaku atau kerosakan terhadap mana-mana peril yang dilindungi oleh Sijil Takaful ini.
CP19 FASAL PENGENALPASTIAN TARIKH
Adalah difahamkan dan dipersetujui bahawa Sijil Takaful ini adalah dipinda seperti berikut:
A. Pihak Syarikat tidak membayar apa-apa kerugian atau kerosakan termasuk kehilangan keupayaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau apa-apa kerugian turutan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, terdiri daripada, atau timbul daripada, kegagalan atau ketidakupayaan mana-mana komputer, alat memproses data, media mikrocip, sistem operasi, mikropemproses (cip komputer), sirkit integrasi atau peranti serupa, atau mana-mana perisian komputer, sama ada harta Peserta Takaful yang berpunca daripada kegagalan atau ketidakupayaan apa-apa peranti dan / atau perisian seperti yang disenaraikan di atas untuk:
1. mengenalpasti dengan teliti apa-apa tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar;
2. merakam, menyimpan, atau mengekalkan, dan/atau mengendali dengan betul, menterjemah atau memproses apa-apa data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat daripada mengambil apa-apa tarikh selain daripada tarikh kalendar sebenar; dan/atau
3. merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul apa-apa data daripada apa-apa operasi arahan yang telah diprogram ke dalam mana-mana perisian komputer, arahan yang menyebabkan perlambungan data atau ketidakupayaan untuk merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses data se masa atau selepas apa-apa tarikh. B. Adalah selanjutnya difahamkan bahawa pihak Syarikat tidak akan membayar untuk memperbaiki atau mengubah suai mana-mana
bahagian apa-apa sistem memproses data elektronik atau mana-mana bahagian apa-apa peranti dan / atau perisian seperti yang disenaraikan dalam A di atas.
C. Adalah selanjutnya difahamkan bahawa pihak Syarikat tidak akan membayar mana-mana kerugian atau kerosakan termasuk kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau apa-apa kerugian turutan secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada apa-apa makluman, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan, pemasangan penyelenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dibuat oleh Peserta Takaful atau untuk Peserta Takaful atau oleh atau untuk pihak lain untuk menentukan, membetulkan atau menguji, apa-apa kegagalan potensi atau kegagalan sebenar, pincang tugas atau kekurangan seperti yang telah dinyatakan dalam A di atas.
D. Adalah selanjutnya difahamkan bahawa pihak Syarikat tidak akan kerugian turutan yang berbangkit akibat daripada sebarang ketidakupayaan komputer berterusan dan alat seperti yang dinyatakan dalam A di atas untuk mengenalpasti dengan betul apa-apa tarikh sebagai data kalendar sebenar selepas hilang atau harta yang rosak telah diganti atau dibaiki.
Kerugian atau kerosakan sedemikian atau kerugian turutan yang dirujuk dalam A, B, C atau D di atas, adalah dikecualikan atas sebab lain yang menyumbang secara serentak atau dalam mana-mana urutan lain yang sama.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat-syarat Sijil Takaful ini.
CP21 WARANTI SUMBANGAN TAKAFUL
Adalah asas dan syarat khas mutlak Sijil Takaful ini bahawa Sumbangan Takaful tertunggak mestilah dibayar dan diterima oleh pihak Syarikat dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil Takaful ini/ Endorsmen/ pembaharuan Sijil Takaful.
Jika syarat ini tidak dipatuhi maka Sijil Takaful ini dibatalkan secara automatik dan pihak Syarikat berhak untuk menyumbang prorata dalam tempoh mereka menanggung risiko.
Di mana Sumbangan Takaful yang perlu dibayar selaras dengan waranti ini diterima oleh ejen yang diberi kuasa oleh pihak Syarikat, pembayaran hendaklah disifatkan akan diterima oleh pihak Syarikat untuk tujuan waranti ini dan beban membuktikan bahawa Sumbangan Takaful yang perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen takaful, yang tidak diberi kuasa untuk menerima Sumbangan Takaful itu yang boleh diambil ke atas pihak Syarikat.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website CP22 MOGOK, RUSUHAN, DAN KEKECOHAN AWAM
Adalah dipersetujui dan difahami bahawa tertakluk sebaliknya kepada terma, pengecualian, peruntukan dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Sijil Takaful atau diendorskan ke atasnya, dan tertakluk kepada Peserta Takaful setelah membayar Sumbangan Takaful tambahan yang dipersetujui dalam Sijil Takaful ini hendaklah diperluaskan untuk melindungi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mogokan, rusuhan dan kekecohan awam yang mana bagi tujuan Pengendorsan ini hendaklah bermaksud (tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung daripada kemudian ini) Kerugian atau kerosakan kepada harta yang dilindungi disebabkan secara langsung oleh
1. perbuatan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama-sama dengan orang lain dalam apa-apa gangguan ketenteraman awam (sama ada berkaitan dengan mogok atau sekatan) yang bukan kejadian yang disebut dalam keadaan 2 Syarat Khas ini, 2. tindakan mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang dalam membanteras atau percubaan untuk membanteras
mana-mana gangguan sedemikian atau dalam mengurangkan akibat gangguan sedemikian,
3. perbuatan sengaja mana-mana pemogok atau pekerja yang disekat yang dilakukan dalam lanjutan daripada suatu mogok atau sebagai tentangan kepada sekatan,
4. tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah dalam menghalang atau cuba untuk menghalang mana-mana perbuatan sedemikian atau dalam mengurangkan akibat mana-mana perbuatan sedemikian.
Dengan syarat bahawa ianya dengan jelas dipersetujui dan diisytiharkan bahawa
1. semua terma, pengecualian, peruntukan dan syarat Sijil Takaful hendaklah diguna pakai dalam semua aspek Sijil Takaful yang diberikan oleh perluasan ini kecuali setakat yang jelas berbeza oleh Syarat Khas berikut dan apa-apa sebutan bagi kerugian atau kerosakan dalam perkataan Sijil Takaful hendaklah disifatkan termasuk peril yang dengan ini dilindungi,
2. Syarat Khas berikut hendaklah di guna pakai hanya kepada liputan yang diberikan oleh perluasan ini, dan pernyataan Sijil Takaful hendaklah diguna pakai dalam semua aspek dengan liputan yang diberikan oleh Sijil Takaful seolah-olah Pengendorsan ini tidak dibuat ke atasnya.
Syarat-syarat Khas
1. Sijil Takaful ini tidak melindungi
(a) kerugian atau kerosakan akibat daripada pemberhentian secara keseluruhan atau sebahagian kerja atau memperlambatkan, gangguan atau pemberhentian mana-mana proses atau operasi,
(b) kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kehilangan sementara atau kekal yang terhasil dari rampasan, perampasan atau pengambilan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang,
(c) kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kehilangan sementara atau kekal mana-mana bangunan akibat daripada pendudukan secara tidak sah oleh mana-mana orang dalam itu,
(d) kerugian turutan atau liabiliti apa-apa jenis atau perihalan, apa-apa bayaran dan ke atas ganti rugi untuk kerosakan material sebagaimana yang diperuntukkan di dalam ini.
Dengan syarat bagaimanapun, bahawa pihak Syarikat tidak dilepaskan di bawah b. atau c. atas apa-apa liabiliti kepada Peserta Takaful berkenaan dengan kerosakan fizikal ke atas harta yang dilindungi yang berlaku sebelum kehilangan atau semasa kehilangan sementara.
2. Sijil Takaful ini tidak melindungi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian yang berikut, iaitu
(a) peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seakan peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara,
(b) dahagi, kekecohan awam atau pemberontakan, tentera awam, insureksi, revolusi, ketenteraan atau rampasan kuasa, (c) apa-apa perbuatan mana-mana orang yang bertindak bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana organisasi dengan
aktiviti-aktiviti yang diarahkan ke arah menggulingkan kerajaan dengan kekerasan de jure atau de facto atau dengan pengaruh keganasan atau keganasan.
Dalam apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain, di mana pihak Syarikat mendakwa bahawa oleh sebab peruntukan syarat ini apa-apa kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Sijil Takaful ini, beban membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi hendaklah terletak kepada Peserta Takaful.
3. Perlindungan ini pada bila-bila masa boleh ditamatkan oleh pihak Syarikat dengan notis terhadap kesan yang telah diberikan melalui pos berdaftar pada alamat terakhir Peserta Takaful dikenali, di mana pihak Syarikat hendaklah menanggung untuk membayar balik Sumbangan Takaful dengan perkadaran setimpal untuk tempoh yang belum tamat dari tarikh penamatan.
4. Had indemniti sebarang kejadian seperti yang dinyatakan di bawah hendaklah difahami untuk menghadkan tanggungan bagi semua kerugian atau kerosakan yang dilindungi oleh Pengendorsan ini dalam tempoh serratus enam puluh lapan (168) jam berturut-turut.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
Liabiliti agregat pihak Syarikat sepanjang tempoh perlindungan Sijil Takaful ini hendaklah terhad kepada dua (2) kali had tanggungan kerugian apa-apa satu kejadian.
CP24 KANDUNGAN LAIN
Adalah dipersetujui bahawa istilah "Kandungan Lain-lain" adalah termasuk:
(a) Wang dan Setem yang dilindungi tidak secara khusus berjumlah tidak melebihi RM250.00
(b) Dokumen, manuskrip dan buku-buku perniagaan tetapi hanya untuk nilai barangan seperti alat tulis, bersama-sama dengan kos kerja kerani yang dipanjangkan di dalam penulisan, dan bukan untuk nilai maklumat yang terkandung kepada Peserta Takaful dan bagi amaun yang tidak melebihi RM500.00 berkaitan dengan apa-apa satu dokumen, manuskrip atau buku perniagaan.
(c) Rekod sistem komputer tetapi hanya untuk nilai barangan beserta dengan kos kerja kerani dan waktu komputer digunakan dalam penghasilan semula rekod tersebut (tidak termasuk apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan pengeluaran maklumat yang direkodkan di dalamnya) dan bukan untuk nilai maklumat yang terkandung kepada Peserta Takaful untuk satu jumlah yang tidak melebihi RM500.00
CP25 PEMBERITAHUAN KERUGIAN (dalam tempoh 14 hari)
Walau apa jua yang terkandung di dalam ini yang berlawanan telah bersetuju bahawa Sijil Takaful ini tidak akan disalahkan oleh mana-mana kelewatan yang tidak disengajakan, kesilapan atau peninggalan dalam memberitahu Pengendali Takaful sebarang keadaan atau peristiwa yang menimbulkan atau mungkin menimbulkan tuntutan di dalam Sijil Takaful.
Dengan syarat bahawa
(a) kehilangan / kerosakan mesti dibuktikan.
(b) liabiliti pihak Syarikat tidak akan dinaikkan oleh sebab kesilapan kelewatan atau peninggalan. (c) beban membuktikan bahawa kerugian telah berlaku hendaklah terletak pada Peserta Takaful.
(d) hak pihak Syarikat untuk mendapatkan semula (atas nama Peserta Takaful atau selainnya) daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk kerugian yang tidak boleh prejudis.
(e) dalam apa jua keadaan pihak Syarikat akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang tidak dimaklumkan kepada mereka dalam tempoh enam (6) bulan kalendar selepas kejadian yang menyebabkan tuntutan.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat Sijil Takaful.
CP27 FASAL PINDAAN DAN PEMBAIKAN
Adalah dipersetujui bahawa pekerja dibenarkan berada di premis pada keadaan yang disebut dalam Jadual ini merujuk kepada di mana harta dilindungi berada bagi menjalankan apa-apa perubahan dan pembaikan tanpa menjejaskan peruntukan dari segi Sijil Takaful ini dengan syarat bahawa perdagangan, pembuatan, jenis pekerjaan dan / atau pembinaan premis kekal dan tidak berubah.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat Sijil Takaful.
CP28 KEMASUKAN PREMIS BARU AUTOMATIK
Adalah dipersetujui bahawa mana-mana premis yang dibeli, dipajak atau disewa oleh Peserta Takaful dalam Malaysia akan secara automatik dilindungi terma dan had yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam Sijil Takaful sekiranya notis telah diberikan kepada pihak Syarikat dalam tempoh enam puluh (60) hari dari masa Peserta Takaful mengambilalih, memajak atau menyewa premis itu.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat Sijil Takaful.
CP29 PENAMBAHAN DAN PEMADAMAN AUTOMATIK
Walau apa pun jua yang terkandung yang berlawanan dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa:-
(a) Mana-mana jentera tambahan yang dibeli oleh Peserta Takaful selepas tarikh permulaan Sijil Takaful ini hendaklah secara automatik dilindungi dari tarikh pembelian.
(b) Peserta Takaful hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian jentera atau penghapusan kepentingan yang dilindungi dari Sijil Takaful dalam bulan tertentu dan membayar Sumbangan Takaful tambahan yang mungkin dikehendaki oleh pihak Syarikat atau menerima bayaran balik daripada Syarikat mengikut mana-mana yang berkenaan.
CP31 FASAL PENJELASAN KEROSAKAN HARTA
Kerosakan harta yang dilindungi di bawah Sijil Takaful ini hendaklah bermaksud kerosakan fizikal ke atas jirim harta.
Kerosakan fizikal ke atas jirim harta hendaklah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian, khususnya apa-apa perubahan merosakkan ke atas data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, kerosakan atau kecacatan struktur asal.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website
Oleh kerana itu perkara berikut adalah dikecualikan daripada Sijil Takaful ini:-
(a) Kerugian atau kerosakan kepada data atau perisian, tetapi tidak terhad kepada apa-apa perubahan kerosakan ke atas data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, kerosakan atau kecacatan bentuk asal, dan apa-apa kerugian gangguan perniagaan akibat daripada kerugian atau kerosakan itu. Walau apa pun pengecualian ini, kerugian atau kerosakan kepada data atau perisian, akibat langsung daripada kerosakan fizikal yang dilindungi ke atas jirim harta, hendaklah dilindungi.
(b) Kerugian atau kerosakan akibat daripada kerosakan fungsi, penyediaan rangkaian, penggunaan atau pencapaian data, perisian atau program komputer, dan apa-apa kerugian gangguan perniagaan akibat daripada kerugian atau kerosakan sedemikian.
CP32 MEMORANDUM SEWA BELI
Adalah dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Institusi Kewangan yang dinamakan di dalam Jadual (selepas ini dirujuk sebagai Pemilik) adalah pemilik harta dilindungi dan harta itu adalah tertakluk kepada Perjanjian Sewa Beli yang dibuat antara Pemilik sebagai satu pihak dan Peserta Takaful sebagai pihak lain. Adalah selanjutnya difahamkan dan dipersetujui bahawa apa-apa bayaran yang dibuat berhubung dengan kerugian atau kerosakan (yang mana kerugian atau kerosakan tersebut tidak dipulihkan dengan pembaikan, pengembalian semula atau penggantian) di bawah terma-terma Sijil Takaful ini hendaklah dibuat kepada Pemilik selagi mereka adalah pemilik harta dan penerimaan oleh mereka hendaklah merupakan pelepasan penuh dan muktamad kepada pihak Syarikat berhubung dengan kerugian atau kerosakan
sedemikian.
Adalah difahami dan dipersetujui bahawa walau apa pun peruntukan di dalam Perjanjian Sewa Beli yang berlawanan dengan Sijil Takaful yang dikeluarkan kepada Peserta Takaful sebagai Prinsipal dan bukan sebagai ejen atau pemegang amanah untuk Pemilik dan apa-apa di sini boleh ditafsirkan sebagai melantik Peserta Takaful, sebagai ejen atau pemegang amanah untuk Pemilik atau sebagai penyerahan hak (samada di sisi undang-undang atau ekuiti) oleh Peserta Takaful kepada Pemilik yang mempunyai hak, manfaat dan tuntutan di bawah Sijil Takaful ini. Difahami dan dipersetujui bahawa Peserta Takaful tidak boleh menyerahkan hak dan tuntutan di bawah Sijil Takaful ini tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada pihak Syarikat.
Fasal bukan-Pembatalan
Dan seterusnya dipersetujui bahawa pembatalan Sijil Takaful tidak akan terjejas oleh Peserta Takaful kecuali memberitahu terlebih dahulu kepada Pemilik secara bertulis dengan memberi notis empat belas (14) hari ke alamat terakhir Pemilik yang diketahui.
Selainnya tertakluk kepada terma dan syarat Sijil Takaful.
CP33 FASAL PEMEGANG GADAI JANJI (PEMEGANG GADAIAN)
Kerugian, jika ada, dibayar kepada "Institusi Kewangan yang dinamakan dalam Jadual atau Pengendorsan" sebagai Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) yang berkepentingan yang boleh terbit dalam Sijil Takaful ini, untuk kepentingan Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) sahaja di dalamnya, tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana perbuatan atau kecuaian Penggadai Janji (Penggadai) sahaja di dalamnya, tidak boleh menjadi tidak sah oleh perbuatan atau kecuaian Penggadai Janji (Penggadai) atau Pemilik yang berkait dengan harta benda yang dinyatakan tidak pula mana-mana penutupan atau prosiding lain atau notis penjualan harta tersebut atau oleh penggunaan premis itu bagi tujuan yang lebih berbahaya daripada yang dibenarkan oleh Sijil Takaful ini, atau oleh bukan penggunaan di atas, atau oleh sebarang kenaikan lain berisiko yang berlaku kepada harta dilindungi, Dengan syarat bahawa dalam Penggadai Janji (Penggadai) atau Pemilik harta gagal membayar apa-apa Sumbangan Takaful yang kena dibayar di bawah Sijil Takaful ini, Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) hendaklah atas permintaan membayar nilai yang sama. Dengan syarat juga bahawa Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) hendaklah memberitahu pihak Syarikat untuk tidak membuat mana-mana atau apa-apa perubahan pemilikan atau penghunian atau bertambahnya bahaya yang telah sampai kepada pengetahuan tersebut Pemegang Gadai janji (Pemegang Gadaian) hendaklah atas permintaan membayar Sumbangan Takaful untuk itu meningkat bahaya selama tempoh itu jika tidak Sijil Takaful ini adalah batal dan tidak sah.
Dan seterusnya dipersetujui bahawa apabila pihak Syarikat sepatutnya membayar Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) apa-apa jumlah berkenaan dengan kerugian atau kerosakan di bawah Sijil Takaful ini dan hendaklah dituntut kepada Penggadai Janji (Penggadai) atau pemilik sebarang liabiliti yang tidak wujud, pihak Syarikat hendaklah menjadi subrogasi yang sah kepada semua hak Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) setakat mana pembayaran tetapi tidak sehingga menjejaskan hak Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) untuk mendapatkan kembali jumlah penuh apa-apa tuntutan pada Janji Penggadai Janji(Penggadai) atau pemilik atau pada mana-mana pihak atau pihak-pihak lain yang dikeluarkan di sini daripada mana-mana sekuriti atau dana yang ada.
Fasal Bukan-Pembatalan
Dan seterusnya dipersetujui bahawa pembatalan Sijil Takaful ini tidak akan terjejas oleh Peserta Takaful kecuali atas pemberitahuan terlebih dahulu kepada Pemegang Gadai Janji (Pemegang Gadaian) secara bertulis dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada alamat terakhir Pemegang Gadai janji (Pemegang Gadaian) yang diketahui.
Nota: Apabila kepentingan adalah Gadaian dan Penggadai, perkataan dalam kurungan disifatkan perlu dimasukkan ke dalam tempat Gadai Janji dan Pemberi Gadai Janji.
ATTACHING TO AND FORMING PART OF TAKAFUL CERTIFICATE NO:
IKHLAS Comprehensive Perils Takaful_Certificate (ENG)_0820_v3.0_website CP34 FASAL PENAMBAHAN
Sebagai balasan bagi bayaran Sumbangan Takaful tambahan sebanyak 50% daripada Sumbangan Takaful yang dihasilkan dengan menggunakan peratusan pertama yang dinyatakan atau Sumbangan Takaful tahunan sebagaimana yang bersesuaian pada item yang dinyatakan, jumlah yang diliputi dan dengan itu, semasa Tempoh Takaful dinaikkan setiap hari dengan suatu amaun yang mewakili 1/365 dari peningkatan peratusan yang telah ditetapkan setahun.
Nombor Item Peningkatan peratusan tahunan yang ditentukan
Seperti yang dinyatakan dalam Jadual
Melainkan jika dipersetujui yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Fasal ini hendaklah hanya terpakai kepada jumlah wang yang dilindungi berkuat kuasa pada permulaan setiap Tempoh Takaful.
Pada setiap tarikh pembaharuan Peserta Takaful hendaklah memberitahu pihak Syarikat: -
(i) jumlah wang yang akan dilindungi di bawah setiap item di atas, tetapi dengan ketiadaan arahan sedemikian jumlah wang yang dilindungi di atas hendaklah dinyatakan pada Sijil Takaful (sebagaimana yang dipinda oleh apa - apa pengendorsan yang berkuat kuasa sebelum tarikh pembaharuan tersebut) yang boleh menambah peningkatan yang terakru di bawah fasal ini semasa Tempoh Takaful hingga tarikh pembaharuan itu, dan
(ii) peningkatan peratusan yang dinyatakan diperlukan bagi Tempoh Takaful yang akan datang, tetapi dalam ketiadaan arahan yang berlawanan sebelum tarikh pembaharuan kenaikan peratusan yang sedia ada hendaklah terpakai bagi Tempoh Takaful dari tarikh pembaharuan.
Semua syarat Sijil Takaful kecuali setakat mana yang mungkin secara jelas berbeza hendaklah terpakai seolah-olah mereka telah dimasukkan di sini.
CP35 TRANSIT JALAN DARAT (SEMUA RISIKO)
Sijil Takaful melampirkan dari masa barangan meninggalkan gudang atau tempat Penyimpanan di tempat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful untuk memulakan transit, sepanjang perjalanan biasa transit termasuk pemindahan jika ada dan akan tamat apabila dihantarkan kepada penerima barang atau berakhir di gudang lain atau tempat simpanan di destinasi yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful atau apabila habis tempoh tujuh (7) hari yang mana terlebih dahulu berlaku. Had masa yang disebut di atas akan dikira dari tengah malam dari hari kenderaan itu tiba di destinasi yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.
CP36 MEMPERCEPATKAN PENGENDORSAN PERBELANJAAN
Adalah dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa Sijil Takaful ini diperluaskan untuk melindungi apa-apa kos tambahan yang ditanggung berkenaan dengan pengangkutan udara ekspres lebih masa dan gaji kadar cuti berkaitan dengan pembaikan atau penggantian yang tertakluk kepada had 25% daripada jumlah pembaikan penggantian yang mempunyai kos sekiranya perbelanjaan tambahan ini tidak ditanggung.
CP37 PENEPIAN SUBROGASI
i) Pengendali Takaful hendaklah mengenepikan hak subrogasi terhadap semua pihak yang dilindungi dengan syarat tiada keingkaran tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak atau wakil yang dilindungi yang telah menyebabkan apa-apa kerugian atau kerosakan kepada mana-mana pihak lain yang dilindungi.
ii) Atas perbelanjaan pihak Syarikat, Peserta Takaful hendaklah melakukan dan bersetuju untuk melakukan dan membenarkan untuk dilakukan semua tindakan yang mungkin diperlukan atau dikehendaki oleh Syarikat dalam apa-apa kepentingan atau remedi atau untuk tujuan mendapatkan pelepasan atau indemniti kepada Syarikat atau yang berhak atau yang mana atau akan disubrogasi kepadanya apabila rugi atau membetulkan kehilangan atau kerosakan apa-apa di bawah Sijil Takaful ini, tidak kira sama ada tindakan itu adalah atau menjadi perlu atau dikehendaki sebelum atau selepas mengganti rugi Peserta Takaful oleh pihak Syarikat.
CP38 KEROSAKAN DENGAN NIAT JAHAT
Adalah dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa perlindungan di bawah mogok, rusuhan, dan Endorsmen Awam hendaklah diperluaskan untuk memasukkan kerosakan akibat niat jahat bagi tujuan Perluasan ini hendaklah bermaksud kerugian atau kerosakan kepada harta Peserta Takaful disebabkan oleh perbuatan niat jahat mana-mana orang (sama ada atau tidak perbuatan tersebut dilakukan dalam gangguan ketenteraman awam) bukan sesuatu perbuatan yang terjumlah kepada atau yang dilakukan berkaitan dengan kejadian yang berlaku yang disebut dalam Pengecualian mogok, rusuhan, dan Endorsmen kekecohan awam.
Tetapi pihak Syarikat tidak bertanggungjawab di bawah perluasan ini untuk mana-mana kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau letupan mahupun daripada apa-apa yang berbangkit atau dalam semasa pecah rumah, kecurian atau larseni atau apa-apa percubaan atau disebabkan oleh mana-mana orang yang mengambil bahagian di dalamnya. Sentiasa menjadi syarat bahawa semua syarat dan proviso mogok, rusuhan dan kekecohan awam hendaklah terpakai bagi perluasan ini seolah-olah mereka telah dimasukkan di sini.
CP39 KECURIAN PENUH
Perlindungan di bawah Sijil Takaful ini diperluaskan untuk memasukkan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kecurian penuh atau larseni atau sebarang cubaan.