• Tidak ada hasil yang ditemukan

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEKS UCAPAN

YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEMPENA

MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI KETIGA

PADA HARI AHAD, 18 OKTOBER 2015, PUKUL 11:00 PAGI

DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI, UMP KAMPUS GAMBANG

SALUTASI

Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang;

Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

Yang Berbahagia Profesor Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi);

(2)

2

Ahli-ahli Senat Universiti;

Profesor-profesor, Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab;

Ahli-ahli akademik;

Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar;

Para ibu bapa yang dihormati;

Para graduan yang diraikan;

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

(3)

3

KATA PEMBUKA

1. Alhamdulillah, sukalah saya merafakkan setinggi-tinggi rasa

syukur ke hadrat Allah Ta’ala, kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, maka sesi ketiga Majlis Konvokesyen Ke-10 Universiti Malaysia Pahang ini telah selamat disempurnakan.

2. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah

kepada semua 706 graduan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang diijazahkan sebentar tadi.

3. Terima kasih juga diucapkan kepada wakil graduan, Saudari

Nurul Nadia Ibrahim dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atas ucapan yang disampaikan tadi.

(4)

4

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI GRADUAN DAN WARGANEGARA

4. Saudara dan saudari, graduan sekalian,

Konvokesyen hanyalah satu upacara bagi mengesahkan graduasi anda. Memandang ke hadapan, banyak lagi cabaran yang menanti. Ijazah yang diterima anda pada hari ini merupakan tiket yang membolehkan anda berada dalam persaingan yang mencabar itu.

5. Pasaran kerja di mana pentas persaingan itu berada menuntut keupayaan para graduan untuk menampilkan kompetensi dan kualiti yang semata-mata bersandarkan merit kendiri. Justeru, hanya mereka yang sebenarnya memiliki kelasakan minda, ketahanan fizikal dan kekentalan jiwa berupaya menguruskan cabaran tersebut dengan berkesan.

(5)

5

6. Realiti tersebut juga memerlukan graduan yang sentiasa positif dalam pemikiran, perwatakan dan perbuatannya. Menoleh semula ke alam pengajian anda, pengalaman kampus yang sihat sepanjang berada di UMP sepatutnya telah mengasuh minda, jasmani dan jiwa yang sihat dalam konteks kemenjadian anda.

7. Asuhan tersebut tidak semata-mata bermula di alam kampus. Saya percaya, tahun-tahun awal anda di rumah dan di sekolah, sebelum anda menjadi mahasiswa dan seterusnya bergelar graduan pada hari ini, telah diisi dengan asuhan yang sihat dan positif tersebut.

8. Maka pada hemat saya, sewajibnya para ibu bapa, keluarga, guru dan pensyarah diberikan penghargaan yang tinggi atas kemuliaan khidmat mereka dalam membimbing graduan sekalian menjadi insan yang berguna.

(6)

6

9. Pada masa yang sama, anda juga memikul kewajipan untuk

menjadi warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab penuh atas untung nasib dan masa depan negara tercinta ini.

Tanggungjawab ini termasuklah melunaskan pinjaman

pengajian anda kepada agensi-agensi pembiaya seperti PTPTN dan yayasan-yayasan negeri.

10. Tibalah juga masanya kini, untuk graduan sekalian menjadi anggota masyarakat yang mampu menyumbang manfaat dan memberi khidmat. Adalah menjadi hasrat UMP bahawa anda sekalian tidak sekadar cemerlang di lapangan akademik sahaja, tetapi juga mampu terjun ke lapangan umat dan berperanan sebagai jurubicara masyarakat.

(7)

7

MAKLUMAN AM MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 DAN IKLIM SEMASA AKADEMIK

11. Tuan-tuan dan puan-puan;

Sejak Majlis Konvokesyennya yang pertama pada tahun 2006, UMP sehingga kini telah menghasilkan seramai 14,260 orang graduan dalam pelbagai lapangan pengajian.

12. Untuk Majlis Konvokesyen Ke-10 ini, seramai 2,553 orang graduan bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing. Daripada jumlah tersebut, seramai orang merupakan 39 graduan Doktor Falsafah, 106 orang graduan Sarjana, 1,606 orang graduan Sarjana Muda dan 788 orang graduan Diploma.

(8)

8

13. Majlis Konvokesyen Ke-10 ini turut mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila UMP berjaya mengeluarkan kumpulan graduan pertama seramai 14 orang bagi program dwiijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik hasil usahasama dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HsKA) di Republik Persekutuan Jerman.

14. Di ambang pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2016-2020, UMP terus komited untuk meningkatkan keupayaannya sebagai penyedia pendidikan tinggi yang berkualiti. Melalui penjajaran dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 atau PPPM (PT), tumpuan akan terus diberikan untuk meningkatkan kualiti daya saing akademik di UMP. Antara pengupaya utama dalam konteks ini ialah

pengambilan pelajar yang berkualiti dan inisiatif

(9)

9

15. Strategi dan inisiatif yang dirangka tersebut telah

menampakkan hasil yang amat positif. Bagi kemasukan mahasiswa baharu bagi Sesi Akademik 2015/2016 pada September lalu, 74% atau 1,542 orang daripada 2,089 calon bagi program Sarjana Muda merupakan kelompok pelajar cemerlang.

16. Mereka yang cemerlang ini mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 di peringkat Matrikulasi, Asasi, STPM atau setaraf, sekaligus membuktikan UMP, sememangnya sebuah universiti teknologi pilihan utama.

17. Malah lebih membanggakan lagi apabila 75% atau 1,574 pelajar daripada jumlah keseluruhan 2,089 itu mencapai aras Band 3.0 dalam Malaysia University English Test (MUET). Ini merupakan peningkatan sebanyak 30% berbanding hanya 45% pada sesi kemasukan 2014/2015.

(10)

10

18. Dalam konteks pengantarabangsaannya pula, keupayaan UMP untuk menjalinkan kerjasama akademik dengan universiti-universiti di negara Jerman menerima sanjungan tinggi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

19. Oleh sebab itulah juga, UMP telah turut mengabadikan penghargaan besar kepada bekas Duta Besar Jerman, Dr. Günter Gruber atas usahanya membantu UMP berkolaborasi

dengan jayanya dengan universiti-universiti sepanjang

perkhidmatan beliau di Malaysia dari tahun 2008 hingga 2013. Dalam sesi pertama konvokesyen ini semalam, beliau telah dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Perniagaan).

(11)

11

20. Hasil koloborasi tersebut juga, UMP telah menerima kumpulan pertama mahasiswa bagi program dwiijazahnya yang terbaharu

iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan secara

usahasama dengan Reutlingen University di Jerman pada sesi kemasukan September lalu. Untuk makluman, UMP merupakan universiti tunggal di Malaysia yang menawarkan program ini yang juga merupakan satu-satunya universiti di Asia Tenggara yang berbuat demikian.

21. Saya penuh yakin bahawa, kepercayaan umum terhadap jenama UMP akan bertambah lagi apabila Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan bahawa Universiti ini dianugerahkan taraf autonomi penuh pada 5 Oktober 2015 yang lalu.

(12)

12

22. Dengan pemberian taraf autonomi ini yang meliputi empat aspek tadbir urus iaitu Institusi, Kewangan, Akademik dan Sumber Manusia, maka UMP kini berupaya mengunjurkan pertumbuhan strategiknya secara lebih realistik dan praktikal. Ini sekaligus meletakkannya pada landasan yang ampuh untuk menjadi sebuah universiti gemilang menjelang tahun 2020.

HARAPAN DAN KATA PENUTUP

23. Tuan-tuan, puan-puan dan para graduan yang dikasihi,

Penganugerahan ijazah sebentar tadi menandakan pula satu ikatan baharu, iaitu antara para graduan sebagai alumni dengan UMP sebagai alma mater. Oleh itu, UMP menanti sumbangan khidmat graduan sekalian dalam apa jua bentuk selepas ini sebagai alumni yang berbudi.

(13)

13

24. Justeru, sukalah saya menyarankan kepada graduan sekalian untuk terus mengekalkan hubungan yang rapat dengan bekas pensyarah dan fakulti masing-masing bagi menentukan bentuk-bentuk khidmat sukarela yang dapat disalurkan bagi manfaat Universiti ini dan juniors anda selepas ini.

25. Dengan restu ibu bapa dan keluarga serta barakah ilmu dari para guru dan pensyarah, saya berdoa ke hadrat Allah Ta’ala mudah-mudahan graduan sekalian akan menjalani hidup yang penuh keberkatan sebagai anak yang soleh dan solehah serta warganegara yang tahu bersyukur dan membalas budi.

26. Saya juga mendoakan agar universiti, negeri dan negara ini terus dilimpahkan rahmat peliharaan Allah Ta’ala pada setiap masa dengan naungan keselamatan, kesejahteraan dan

keberkatan, Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah,

Referensi

Dokumen terkait

 124 orang penerima manfaat pelatihan Pertolongan Pertama bagi Masyarakat di Kota Semarang dan Kota Ternate Program Kota Tangguh dukungan Amcross dan GDPC..  104 orang

Hasil dari penelitian tersebut menunjukkan bahwa jodipan sebagai salah satu tujuan desa wisata memiliki elemen: warga dan pejabat desa berpartisipasi dalam

Dari hasil perhitungan pengukuran didaerah yang dicurigai atau daerah suspek emboli paru di arteri pulmonalis kanan superior pada potongan axial dan potongan coronal

Wilayah daratan pesisir pantai Kota Selatpanjang sebagian besar terdiri dari rawa gambut dan sebagian lainnya lahan kering dengan ketinggian antara 0-25 m dpl.. 4.2.2

Portofolio loser dalam replikasi ketiga, hanya pada bulan keempat saja yang menunjukkan hasil baik dengan nilai pengembalian posistif sebesar 0.76% (terjadi gejala

Laporan Tugas Akhir ini merupakan salah satu syarat yang harus dipenuhi untuk menyelesaikan pendidikan S-1 pada Program Studi Teknik Informatika Fakultas Teknik

Menjadi wadah para penggiat dunia kreatif dalam menyediakan ruang-ruang kreatif sebagai upaya dalam menjaga eksistensi industri kreatif untuk meningkatkan

Hasil penelitian ini adalah perjanjian utang-piutang syitem Ijon yang terjadi di desa Jolotigo kecamatan Talun kabupaten Pekalongan yaitu perjanjian antara petani dengan