• Tidak ada hasil yang ditemukan

kumbahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kumbahan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

2

2.0.0 PPeengnguururusasan n KKumumbabahahan n BeBerrpupussatat

Di Malaysia, terdapat dua jenis perkhidmatan sistem pembetungan iaitu sistem Di Malaysia, terdapat dua jenis perkhidmatan sistem pembetungan iaitu sistem  pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan awam

 pembetungan bersambung ke loji olahan kumbahan awam atau tangki septik individu. IWK atau tangki septik individu. IWK  adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelenggarakan loji-loji

adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelenggarakan loji-loji olahanolahan kumbahan awam serta rangkaian saliran paip pembetungan bawah tanah. Perkhidmatan kumbahan awam serta rangkaian saliran paip pembetungan bawah tanah. Perkhidmatan  perkhidmatan ini disediakan melalui 18 Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan di seluruh negara  perkhidmatan ini disediakan melalui 18 Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan di seluruh negara

kecuali Johor Bahru, Kelantan, Sabah dan Sarawak. kecuali Johor Bahru, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

2.1

(2)

Sistem pembetungan yang banyak terdapat di Malaysia ialah tangki septik individu. Dianggarkan lebih kurang 1.2 juta premis mempunyai tangki septik inidividu. Tangki septik individu yang sempurna iaitu mengikut Piawaian Mala ysia – MS 1228 mempunyai 3 sehingga 4 penutup logam bersegi empat tepat dan pada lazimnya berada di luar  kawasan premis sama ada di bahagian hadapan, belakang atau tepi premis. Adakalanya, tangki septik tersebut berada di dalam premis yang telah diubahsuai. Kumbahan (najis) yang mengalir ke dalam tangki septik tidak menjalani rawatan sepenuhnya dan oleh itu tangki septik tersebut perlu dikosongkan secara berjadual, lebih kurang setiap dua tahun sekali; untuk memastikan ianya berfungsi dengan efisien. IWK menyediakan perkhidmatan mandatori dan amat penting ini untuk premis-premis kerajaan.

Gambar menunjukkan Tangki Septik Individu yang dibina mengikut Piawai 1228 (MS 1228 )

(3)

Perkhidmatan pembetungan bersambung mempunyai saluran paip pembetungan yang disambung terus ke loji rawatan kumbahan awam melalui rangkaian paip pembetungan di  bawah tanah. Perkhidmatan ini, selalunya terdapat satu ruang kecil di luar rumah mereka,

sama ada di tepi, hadapan atau belakang. Ruang pemeriksaan ini mempunyai penutup logam  bersegi empat tepat dan digunakan untuk memeriksa paip pembetung persendirian sekiranya

(4)

Sistem Pembentungan Bersambung

Ruang pemeriksaan tidak perlu dikosongkan. Ia berbeza daripada tangki septic individu kerana tangki septik individu mempunyai dua atau empat penutup yang terletak sebaris atau  bersebelahan di antara satu sama yang lain. Premis yang mempunyai sistem pembetungan   bersambung ke loji pada lazimnya mempunyai satu “ruang pemeriksaan” yang ditutupi dengan satu penutup logam bersegi empat tepat. Ia biasanya terletak di luar kawasan premis sama ada di hadapan, belakang atau tepi premis. Di dalam ruang pemeriksaan adalah saliran   paip daripada tandas, bilik-bilik mandi dan dapur yang disambungkan ke loji olahan

kumbahan melalui saliran paip pembetungan awam bawah tanah. Sekiranya saliran paip tersumbat, pemeriksaan dan pengeluaran sekatan dijalankan melalui ruang pemeriksaan ini.

Walau bagaimanapun, premis jenis banglo pada lazimnya akan mempunyai lebih daripada satu ruang pemeriksaan bergantung kepada jumlah tandas, bilik mandi dan dapur di dalam premis. Jika premis mempunyai 5 tandas dan satu dapur, maka di luar kawasan premis akan mempunyai 6 ruang pemeriksaan dan bukan satu ruang pemeriksaan sahaja. Sering kali,  pemilik rumah jenis banglo beranggapan bahawa ruang-ruang pemeriksaan ini adalah tangki septik. (Tangki septik adalah dibina sebaris serta sekelompok dan tidak terletak di merata tempat di dalam kawasan rumah).

Satu lagi kekeliruan yang sering berlaku di kalangan pengguna adalah perbezaan di antara saliran paip dalaman atau persendirian dan awam. Ramai pengguna tidak tahu bahawa saliran paip dari ruang pemeriksaan ke saliran paip pembetungan awam atau lurang   pembetungan awam adalah saliran paip persendirian milik dan tanggungjawab pengguna

(5)

untuk membaiki dan mengganti paip-paip yang pecah atau mengeluarkan sekatan atas  perbelanjaan sendiri.

Kawasan yang mempunyai sistem pembetungan bersambung akan mempunyai “lurang  pembetungan” di sepanjang jalan awam dan ditutupi dengan penutup logam bulat. Di dalam lurang pembetungan, sedalam 3 meter sehingga 6 meter, terdapat saliran paip pembetungan  bawah tanah dari premis-premis ke tapak loji olahan kumbahan. Apabila terdapat saliran paip tersumbat, kerja-kerja pemeriksaan dan pengeluaran sekatan akan dilakukan melalui lurang  pembetungan menggunakan vakum berkuasa tinggi dan pancutan air tekanan tinggi. Orang

awam adalah dilarang membuka penutup lurang pembetungan tanpa kelulusan daripada IWK  atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Orang ramai boleh memaklumkan kepada IWK di talian 1-800-88-3495, jika terdapat sesiapa yang mencurigakan cuba membuka lurang pembetungan tersebut

(6)

Lurang Pembentungan

2.3 Rawatan Enapcemar

Semua sistem pembetungan daripada tangki septik individu ke loji mekanikal yang canggih menghasilkan enapcemar. Enapcemar ialah sejenis bahan organik yang akan cepat menjadi busuk sekiranya dibiarkan tidak dirawat. Enapcemar yang tidak dirawat merupakan ancaman kepada sekitar dan kesihatan awam. Walau bagaimanapun, enapcemar yang telah dirawat dan stabil adalah selamat untuk digunakan sebagai baja untuk  tanah. Malaysia mengeluarkan 3.2 juta meter padu enapcemar domestik  tahun. Walau bagaimanapun, kemudahan untuk merawat dan melupuskan enapcemar ini adalah terhad. Pada ketika ini, loji-loji rawatan kumbahan

mempunyai kapasiti lebih digunakan untuk merawat enapcemar daripada tangki septik.

Menjelang tahun 2005, Malaysia akan mengeluarkan 4.3 juta meter padu enapcemar  domestik setahun. Oleh itu, lebih banyak kemudahan-kemudahan untuk merawat dan melupuskan enapcemar diperlukan untuk menyelenggarakan jumlah yang banyak ini. Satu cara yang baik ialah dengan membina lagun enapcemar yang akan dijadikan tempat kemudahan menyimpan dan merawat enapcemar. Cara ini sesuai untuk kegunaan jangka masa pendek di kawasan bandar serta kegunaan jangka masa panjang di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kampung.

(7)

Walau bagaimanapun, bagi kegunaan jangka masa panjang di kawasan-kawasan bandar, tangki-tangki pemendapan serta pencernaan enapcemar diperlukan, seperti di Loji Rawatan Kumbahan Pantai di Kuala Lumpur. Sebagai satu langkah segera, IWK bercadang menggunakan loji-loji rawatan kumbahan sedia ada yang mempunyai kapasiti lebih. Bagi strategi jangka masa pendek, di antara dua sehingga lima tahun, IWK bercadang untuk  membina lagun-lagun enapcemar, manakala bagi strategi jangka masa panjang pula ialah untuk membina kemudahan-kemudahan pencernaan enapcemar serta alat pengeringan mekanikal.

Setelah mengambil kira perkara yang tersebut di atas, tapak tanah amat diperlukan untuk  dijadikan tapak kemudahan-kemudahan mengumpul dan merawat enapcemar supaya   perkhidmatan mengosongkan tangki-tangki septik serta loji-loji rawatan kumbahan dapat dilakukan secara besar-besaran. Pendekatan pengurusan enapcemar mesra alam merupakan   batu asas untuk Malaysia menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pembetungan.

Pengurusan enapcemar yang berkesan dan efisien akan menjadi penyumbang besar kepada Malaysia untuk menjadi negara yang bersih dan selamat bagi generasi yang akan datang.

2.4 Ciri-ciri Kumbahan

Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi fizikal, kimia dan biologi. Bahan-bahan utama dalam komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan seperti berikut:

-Sifat-sifat fizikal: warna, bau, pepejal, suhu.

Bahan-bahan kimia :

Organik – Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein, surfactants.

Bukan organik – pH, klorida, citrogen, phosphorus, sulfur 

(8)

3.0 Loji-Loji Olahan Kumbahan Di Malaysia

Di Malaysia, sistem-sistem rawatan utama yang digunakan secara menyeluruh adalah tangki septik komunal, tangki Imhoff dan sistem-sistem kos rendah seperti kolam-kolam  pengoksidaan. Sebagai tambahan, kawasan bandar yang besar adalah menggunakan Tangki Septik Individu (IST) dan terdapat lebih daripada sejuta tangki septik individu di Malaysia. Tangki-tangki ini hanya merawat kumbahan secara separa, melepaskan efluen yang masih mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi. Ini berpotensi untuk mengakibatkan masalah kesihatan awam dan persekitaran, terutamanya di kawasan bandar.

IWK bertanggungjawab untuk merancang dan merasionalisasikan kemudahan-kemudahan pembetungan awam untuk mengurangkan loji-loji olahan yang menggunakan “konsep berbilang titik” atau serantauan. Akhirnya, rangkaian paip-paip pembetungan akan dibina di kawasan bandar yang menggunakan IST dan menyalurkan kumbahan ke kemudahan rawatan sekunder yang moden.

Di Malaysia, 38 peratus daripada loji olahan kumbahan adalah loji-loji mekanikal. Loji-loji ini beroperasi menggunakan perkakasan mekanikal yang mempercepatkan  pemecahan kumbahan. Dalam jangka masa panjang, adalah diharap agar sistem pembetungan Malaysia akan menjadi lebih cekap menerusi pemiawaian jenis-jenis loji yang digunakan. Program-program menyeluruh ini merevolusikan pengurusan kumbahan domestik di

(9)

Malaysia. Keseluruhan infrastruktur pembetungan akan melalui proses perubahan. Anggaran telah dibuat mengenai jumlah dan jenis loji-loji olahan awam di Malaysia.

Jadual 1: Loji-loji Olahan Kumbahan Awam di Malaysia

No. Jenis Loji Olahan Kumbahan Sehingga Dis 2008 Kesetaraan Penduduk (PE)

1 Tangki Imhoff 760 557,752

2 Kolam-kolam Pengoksidaan 436 1,824,403

3 Loji-loji Mekanikal 4,026 15,099,139

4 Stesen-stesen Pam Rangkaian 668 3,558,108

JUMLAH 5,890 21,039,402

Gambar

Gambar menunjukkan Tangki Septik Individu yang dibina mengikut Piawai 1228 (MS 1228 )
Gambar Ruang Pemeriksaan

Referensi

Dokumen terkait

2.702.550.000.000,- (dua triliun tujuh ratus dua miliar lima ratus lima puluh juta Rupiah) atau sebanyak 2.702.550.000.000 (dua triliun tujuh ratus dua miliar lima ratus lima

(nama organisasi APIP yang Ditelaah) telah melaksanakan audit kinerja/investigasi*) sesuai dengan standar audit. Menurut hasil telaah kami, Laporan Hasil Audit

Dengan demikian angka tersebut membuktikan bahwa secara parsial variabel independent Gaya Kepemimpinan memberikan pengaruh yang signifikan terhadap Produktivitas Kerja pegawai

Siswa secara berkelompok mengerjakan LKPD kegiatan 1 yang dibagikan pada WAG dengan disiplin dan jujur (mencari pikiran utama dari teks daur hidup hewan) 11.. Siswa berdiskusi

Stroke hemoragik, yang merupakan sekitar 15% sampai 20% dari semua stroke, dapat terjadi apabila lesi vaskular intraserebrum mengalami ruptur sehingga terjadi

Penelitian tersebut menduga bahwa sesudah ligasi varises pada awal tindakan, saluran utama varises telah mengalami trombosis sehingga angka komplikasi untuk sesi skleroterapi

Tahapan perwujudan diawali dengan mempersiapkan pola, kemudian memindahkan pola pada bahan kulit dan kain, kemudian dilanjudkan dengan proses tatah kulit atau carving,

Model ARCH dapat dikatakan sebagai model yang cukup baik untuk meramalkan suatu data jika residual dari model ARCH (p) tidak mengandung Autokorelasi dan residual kuadrat dari