• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUALITI HADITH KITAB KASHF AL-GHAYBIYYAH KARYA SHAYKH ZAYN AL- C ABIDIN BIN MUHAMMAD AL-FATANI: TUMPUAN BAB SEPULUH, SIFAT SYURGA DAN AHLINYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KUALITI HADITH KITAB KASHF AL-GHAYBIYYAH KARYA SHAYKH ZAYN AL- C ABIDIN BIN MUHAMMAD AL-FATANI: TUMPUAN BAB SEPULUH, SIFAT SYURGA DAN AHLINYA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

480

KUALITI HADITH KITAB KASHF AL-GHAYBIYYAH KARYA SHAYKH ZAYN

AL-CABIDIN BIN MUHAMMAD AL-FATANI: TUMPUAN BAB SEPULUH, SIFAT

SYURGA DAN AHLINYA

KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL MANAF kaam2117@gmail.com

No. Tel. 019-3802453 LATIFAH BINTI ABDUL MAJID AHAMAD ASMADI BIN SAKAT MOHD IKRAM BIN MOHD NAWI Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN Akademi Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mrsyafee@kuis.edu.my.

No. Tel. 013-9917262

ABSTRAK

Kitab Kashf al-Ghaybiyyah merupakan sebuah karya Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih dikenali sebagai Tuan Minal. Kitab ini merupakan sebuah kitab jawi yang disusun berdasarkan hadith-hadith yang menjelaskan berkenaan perkara-perkara ghaib antaranya sifat-sifat syurga dan ahlinya. Tetapi, hadith-hadith yang didatangkan sebagai dalil tidak disertakan bersama rantaian sanad perawi yang lengkap selain tidak menjelaskan sumber dan status hadith tersebut. Justeru, analisis takhrij hadith-hadith Bab fi Sifat Jannah wa Ahliha dalam Kashf Ghaybiyyah dilakukan bagi mencari sumber asal daripada Masadir al-Asliyyah serta menjelaskan status setiap hadith tersebut sama ada bertaraf Maqbul atau Mardud. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data yang berbentuk tekstual di dalam Kitab Kashf al-Ghaybiyyah dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif melalui kaedah Takhrij dan Tahkim. Hasil analisis terhadap 10 buah hadith mendapati bahawa satu daripadanya adalah hadith muttafaqun calaih (10%), satu hadith Sahih al-Bukhari (10%), satu hadith Sahih Muslim (10%), satu hadith Sahih (10%), satu hadith Hasan li Ghayrih (10%), tiga hadith Dacif (30%), dan dua hadith yang tidak dijumpai (20%). Hasilnya ialah sebanyak lima (50%) hadith yang dikategorikan sebagai hadith maqbul dan selebihnya iaitu lima (50%) hadith dikategorikan sebagai hadith mardud. Oleh kerana kebanyakan hadith tersebut berunsurkan perkara akidah, maka perlulah diperbaiki dalil-dalil tersebut dengan digantikan kepada nas-nas yang lebih berautoriti untuk memuaskan hati orang yang mempelajari kitab tersebut.

Kata kunci: Hadith, Kashf al-Ghaybiyyah, Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani, bab sepuluh, sifat syurga dan ahlinya

(2)

481

1. PENGENALAN

Keaslian al-Qur’an sebagai sumber utama syariat Islam tidak boleh dipertikaikan lagi, tetapi al-Sunnah perlu dinilai terlebih dahulu sebelum kita mengambilnya sebagai hujah atau pegangan agama. Ilmu hadith mendefinisikan hadith sebagai segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat-sifat, samada sifat fizikal atau akhlak sebelum dan sesudah menjadi rasul. Abu al-Laith (2011: 14).

Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani atau lebih masyhur dengan gelaran Tuan Minal merupakan salah seorang tokoh ulama yang terkemuka pada awal kurun ke- 19 di Selatan Thai. Beliau adalah salah seorang ulama yang telah membuka pusat pengajian sistem pondok di Selatan Thai dan di Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selain menjadi guru agama yang mengajar dan mendidik anak-anak muridnya supaya memahami ajaran Islam yang sebenar dari sudut ilmu tauhid, fiqh dan lain-lain, beliau juga merupakan seorang pengarang kitab pelbagai ilmu keagamaan.

Kitab Kashf al-Ghaybiyyah adalah salah satu hasil karya Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani. Ia sebuah kitab jawi yang disusun berdasarkan hadith-hadith yang menjelaskan berkenaan perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, dan hari kiamat. Kitab ini terbahagi kepada 10 bab yang membicarakan tentang ciptaan roh dan Nur Muhammad s.a.w, ciptaan alam dan keindahan syurga dan orang yang layak memasukinya. Bab Fi Sifat

al-Jannah wa Ahliha merupakan bab yang terakhir dibincangkan dalam kitab ini. Ia

mengandungi hanya 10 buah hadith yang berbahasa arab.

Kajian ini akan menganalisis hadith-hadith berbahasa arab di dalam kitab Kashf

al-Ghaybiyyah menggunakan metodologi takhrij untuk mengetahui sumber asal hadith-hadith

yang terdapat di dalam kitab tersebut.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Kitab Kashf al-Ghaybiyyah merupakan salah satu kitab teras sukatan pembelajaran di pondok-pondok di Selatan Thailand, Kelantan1, dan seluruh Malaysia yang juga menjadi antara rujukan utama di dalam ilmu tasawwuf. Kashf al-Ghaybiyyah merupakan sebuah kitab yang sangat elok tetapi mengandungi hadith-hadith yang tidak diketahui statusnya samada maqbul atau mardud. Di dalamnya terkandung lebih kurang 108 buah hadith yang dicatatkan oleh

1

Laporan Suku Pertama (Januari hingga April) Kegiatan & Aktiviti Pembelajaran Pondok di Kelantan, Catatan Mesyuarat Persatuan Pondok-Pondok Kelantan bertarikh 5 Mei 2012.

(3)

482

pengarang kitab tersebut sama ada dengan teks asal daripada Bahasa Arab ataupun dengan terjemahan makna hadith sahaja.

Kajian awal mendapati bahawa dalam menulis hadith pengarang kitab iaitu Shaykh Zayn al-cAbidin menukil hadith-hadith tanpa menyatakan sumber aslinya dan tidak meletakkan sanad hadith. Oleh itu, terdapat beberapa permasalahan dalam kitab ini. Antaranya, kesamaran sumber-sumber hadith yang dibawa oleh Shaykh Zayn al-cAbidin, ketiadaan hukum yang jelas pada hadith-hadith tersebut, dan matan hadith ditulis tanpa sanad.

Antara kitab-kitab alim ulama Nusantara yang banyak mengandungi hadith-hadith tetapi belum ditakhrijkan lagi ialah Kashf al-Ghaybiyyah iaitu satu kitab yang membincangkan tentang hal-hal ghaib daripada beberapa ahadith al-marwiyyah karangan Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani (Hilaluddin, 2005).

Kewajaran kajian ini juga dilakukan berdasarkan ungkapan anak2 Shaykh Zayn

al-c

Abidin di awal muqaddimah yang meminta supaya diperbetulkan isi kandungan kitab ini. Kajian ini hanya dilakukan terhadap hadith-hadith yang didatangkan dengan nas berbahasa Arab sahaja yang telah dikira oleh pengkaji iaitu sebanyak 46 buah hadith.

Memang diakui terdapat sedikit penerangan mengenai sumber asal bagi hadith-hadith yang diambil, tetapi ianya tidak dinyatakan dengan jelas sumber dan hukum hadith-hadith tersebut. Maka, kajian ini dijalankan antara lain ianya merupakan usaha untuk membantu pengarang asal kitab Kashf al-Ghaybiyyah menyatakan sumber dan hukum hadith dalam kitab tersebut dengan harapan supaya orang yang mempelajari dan membaca kitab tersebut berpuas hati dan mendapat manfaat dari kajian ini.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif sebagaimana berikut:

1. Mengenalpasti sumber asal pengambilan hadith oleh Shaykh Zayn al-cAbidin dengan menggunakan kaedah ilmu takhrij.

2. Menganalisis dan menjelaskan status hukum dan taraf hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab Kashf al-Ghaybiyyah.

3. Mengenalpasti alternatif bagi hadith-hadith mardud yang mempunyai makna yang sahih dengan nas-nas al-Quran dan al-Hadith.

2

Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani, Kashf al-Ghaybiyyah, Matbacah bin Halabi-Fatani, t.t., hlm.1.

(4)

483

4. LIMITASI KAJIAN

Kajian ini memfokuskan hanya pada kitab Kashf al-Ghaybiyyah yang dikarang oleh Shaykh Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani. Kajian ini berasaskan kepada beberapa batasan seperti berikut:

i. Kajian ini hanya difokuskan kepada hadith-hadith yang terdapat dalam bab kesepuluh sahaja iaitu Bab fi Sifat al-Jannah wa Ahliha iaitu bermula hadith 37 hingga 46.

ii. Kajian ini juga hanya memfokuskan teks-teks hadith yang berbahasa Arab sahaja

iaitu sebanyak 10 buah hadith dan yang dinyatakan dengan jelas oleh Shaykh Zayn al-cAbidin sahaja.

iii. Takhrij hadith dilakukan berdasarkan isyarat yang dilakukan oleh Shaykh Zayn

al-c

Abidin seperti hadith riwayat al-Tirmidhi, maka takhrij akan dilaksanakan dengan mentakhrij hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi terlebih dahulu, kemudiannya barulah ditakhrij hadith syawahid dan mutabacat di dalam Kutub

al-Sittah, dan jikalau tiada barulah diperluaskan kepada kitab-kitab asal hadith yang lain.

iv. Kajian takhrij juga akan merangkumi Kutub al-Sittah terlebih dahulu, jika tiada dalam Kutub al-Sittah barulah diperluaskan kepada sumber asal kitab-kitab hadith yang lain.

v. Kaedah menghukum hadith pula merangkumi dua aspek iaitu hadith maqbul dan

mardud, bagi hadith yang maqbul iaitu hadith sahih dan hasan tidak akan

dijelaskan perawinya dan bagi hadith mardud akan dinyatakan puncanya.

vi. Sekiranya hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya dan Imam Muslim di dalam Sahihnya, maka hadith tersebut akan dihukumkan sahih dan tidak akan dipertikaikan perawi-perawinya.

vii. Sekiranya sesebuah hadith itu terdapat di dalam mana-mana Sunan al-Arbacah,

maka diambil kira hukum hadith yang dinyatakan oleh pengarang kitab tersebut dan pandangan ulama-ulama yang telah mentakhrijkan hadith tersebut. Jika ianya termasuk dalam kategori mardud, perbincangan tentang faktor kelemahan hadith akan dijalankan dan pandangan ulama’ akan digunakan untuk menghukum hadith itu.

(5)

484

viii. Sekiranya hadith tersebut didapati di dalam selain Kutub al-Sittah, kajian akan diperluaskan kepada kitab-kitab hadith yang lain. Sekiranya hadith terbut maqbul, memadai diambil pandangan ulama yang menghukumkannya, dan sekiranya ia

mardud, akan dijelaskan sebab hadith itu ditolak.

ix. Kajian ini juga mengekalkan bahasa terjemahan melayu yang digunakan oleh Shaykh Zayn al-cAbidin terhadap teks-teks hadith yang berbahasa Arab. Tetapi ditukar daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi untuk memudahkan para pembaca.

5. METODOLOGI KAJIAN

Hadith-hadith yang telah dikumpul dari sumber utama iaitu daripada bab kesepuluh dalam

Kashf al-Ghaybiyyah akan dianalisis dengan menggunakan dua kaedah utama iaitu kaedah

takhrij3 dan tahkim4. Bantuan daripada perisian komputer dan Maktabat al-Shamilah digunakan untuk mempercepatkan carian, kemudian barulah dirujuk dan disemak di dalam kitab asal.

5.1 Takhrij

1) Hadith-hadith berbahasa Arab di dalam Kashf al-Ghaybiyyah dikeluarkan dan takhrij dimulakan dengan Kutub al-Sittah dahulu iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih

Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmdhi, Sunan al-Nasa’i, dan Sunan Ibn Majah. Sekiranya dijumpai di dalam salah satu daripada kitab-kitab tersebut,

memadai dengannya tanpa mencari daripada sumber lain.

2) Sekiranya sesebuah hadith tidak dijumpai di dalam mana-mana Kutub al-Sittah, maka takhrij akan diperluaskan lagi kepada tiga kitab hadith yang selepas ditambah dengan Kutub al-Sittah dikenali sebagai Kutub al-Tiscah, iaitu al-Musnad, al-Muwatta’, dan Sunan al-Darimi. Sekiranya didapati hadith tersebut di

dalam tiga kitab ini, maka memadai kajian dilakukan kepada sumber tersebut sahaja.

3

Merujuk semula hadith kepada perawi yang meriwayatkan sesebuah hadith dalam kalangan imam-imam hadith di dalam kitab-kitab mereka dengan disebutkan darjatnya. Juga disebutkan darjatnya sama ada maqbul atau mardud.

4

Istilah yang digunakan dalam menghukum hadith sehingga kedudukan hadith dapat dipastikan sama ada dapat dijadikan hujah atau tidak.

(6)

485

3) Sekiranya tidak didapati di dalam mana-mana Kutub al-Tiscah, maka pencarian

sumber asal hadith tersebut akan diperbesarkan lagi kepada kitab-kitab hadith lain yang masyhur seperti Sahih Ibn Hibban, al-Mustadrak, Sahih Ibn Khuzaymah, dan lain-lain.

4) Sekiranya tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadith yang dikategorikan dalam

masadir al-asliyyah, pencarian akan diteruskan kepada kitab-kitab yang

dikategorikan sebagai shibh asliyyah. Contoh: Tafsir Ibn Kathir, Tuhfat

al-Ashraf oleh al-Mizzi, Nasb al-Rayah oleh al-Zaylaci dan lain-lain. Selepas dijumpai di dalam kitab-kitab shibh al-asliyyah, maka perlu dirujuk semula tempat hadith tersebut di dalam masadir al-asliyyah kerana takhrij hadith tidak boleh berdasarkan sumber shibh al-asliyyah.

5) Sekiranya tidak terdapat juga di dalam kitab-kitab shibh al-asliyyah, maka kajian akan diperluaskan kepada kitab-kitab ghayr al-asliyyah seperti: Riyad al-Salihin,

Bulugh al-Maram, al-Jamic al-Saghir, dan seumpamanya. Jika ditemui hadith

tersebut dalam mana-mana kitab tersebut, maka akan dirujuk sumber asal hadith tersebut yang telah dinukilkan daripada masadir al-asliyyah.

5.2 Tahkim

Antara tujuan utama takhrij dilakukan ialah untuk mengetahui hukum sesebuah hadith. Menghukum hadith ialah menyatakan status dan darjat sesebuah hadith. Ia tidak dapat dijalankan tanpa dianalisis sanad dan matan hadith tersebut. Dengan cara ini barulah hadith itu boleh dikategorikan sama ada maqbul5 atau mardud6. Dalam bab ini, kaedah menghukum hadith ialah seperti berikut:

1) Hadith yang dijumpai di dalam al-Sahihayn iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih

Muslim atau dipanggil muttafaqun calaih akan dihukumkan sahih tanpa dikaji

matan dan sanadnya.

2) Hadith yang terdapat di dalam salah satu kitab sama ada Sahih al-Bukhari atau

Sahih Muslim juga akan dihukum sahih dan tidak akan diambil pandangan ulama’

hadith mengenainya.

5 Hadith-hadith yang diterima pakai sama ada untuk berhujah atau beramal iaitu hadith sahih li dhatih,

sahih li ghayrih, hasan li dhatih, dan hasan li ghayrih.

6

Hadith-hadith yang ditolak untuk berhujah dengannya seperti hadith dacif, daicf jiddan, munkar, wahi, mawduc, dan ke bawah.

(7)

486

3) Hadith yang dijumpai di dalam Sunan al-Arbacah iaitu Sunan al-Tirmidhi, Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah, dan Sunan al-Nasa’i juga akan dihukumkan

mengikut apa yang dihukumkan oleh pengarang-pengarang kitab tersebut. Sekiranya hadith yang dijumpai mempunyai masalah, akan dibincangkan sebab dan punca masalah tersebut. Pandangan para ulama’ hadith juga akan diambil bagi kategori ini.

4) Hadith-hadith yang ditemui di dalam selain Kutub al-Sittah akan dihukum mengikut apa yang telah dihukumkan oleh muhaddithin. Sekiranya hadith yang dijumpai mempunyai masalah, akan dibincangkan juga sebab dan punca masalah tersebut. Pandangan para ulama’ hadith juga akan diambil bagi kategori ini.

5) Bagi hadith-hadith mardud, syawahid dan mutabacat akan dinyatakan sekiranya ia

dapat menguatkan hadith tersebut. Perbincangan sanad mengenai rijal hadith hanya dibincangkan jika sesebuah hadith itu bermasalah.

6) Hadith-hadith yang tidak dijumpai di dalam mana-mana kitab hadith sama ada

masadir al-asliyyah, shibh al-asliyyah atau ghayr al-asliyyah, akan didatangkan

ayat-ayat al-Quran atau potongan hadith yang membawa maksud yang sama sebagai alternatif kepada hadith tersebut.

7) Hadith-hadith yang tidak dijumpai alternatif, tidak akan dihukum mawduc dan sebagainya tetapi dinyatakan sebagai hadith yang tidak dijumpai oleh pengkaji. 8) Kesemua hadith berbahasa arab di dalam Kashf al-Ghaybiyyah dibahagikan

kepada dua kategori iaitu maqbul dan mardud.

Contoh:

Hadith ke-40 yang dinukilkan oleh Shaykh Zayn al-cAbidin pada halaman 129 di dalam Kashf

al-Ghaybiyyah masih belum ditemui periwayatannya dalam mana-mana kitab hadith tetapi

dijumpai alternatif kepada hadith tersebut daripada al-Quran:

Maksudnya:

“Pada malam yang dimic

raj dengan daku kepada langit dilentang atasku akan sekelian syurga maka aku lihat di dalamnya itu akan empat sungai, satu sungai daripada air tawar yang tiada

(8)

487

keruh dan satu sungai daripada air laban yang tiada berubah rasanya dan satu sungai daripada arak dan satu sungai daripada air madu yang jernih daripada lilin.”

Setelah dicari matan dan sanad bagi hadith di atas, ternyata belum dijumpai sesiapa yang meriwayatkan hadith tersebut. Akan tetapi, makna hadith tersebut sahih dan bertepatan dengan ayat al-Quran surah Muhammad ayat 15:

ۖ

ۥ

ۖ

ۖۡ

ٓ

Maksudnya:

15. Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang

lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan

mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum

dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!

6. HASIL KAJIAN

Kajian ini terhad hanya kepada hadith-hadith berbahasa arab di dalam bab terakhir iaitu

al-Bab al-cAshir fi Sifat al-Jannah wa Ahliha yang telah dinukilkan oleh Shaykh Zayn al-cAbidin di dalam Kashf al-Ghaybiyyah. Sebanyak 10 buah hadith telah ditakhrij kepada sumber asal. 10 buah hadith yang berbahasa arab tersebut merangkumi keseluruhan bab, baki hadith yang berbahasa arab di dalam kitab tersebut ialah 36 buah hadith. Manakala hadith yang berbahasa melayu di dalam kitab tersebut ialah 62 buah hadith. Terdapat 10 bab utama di dalam kitab ini, iaitu al-Bab al-Awwal fi Khalq al-Ruh al-Aczam, al-Bab al-Thani fi Khalq Adam, al-Bab

al-Thalith fi Dhikr al-Malaikah wa Khalq Malak al-Mawt, al-Bab al-Rabic fi Ahwal Malak

al-Mawt Kaifa Ya’khudh al-Arwah, al-Bab al-Khamis fi Ahwal al-Qabr wa dhikr al-Malak aladhi Yadkhul al-Qabr qabl Munkar wa Nakir, al-Bab al-Sadis fi inna al-Ruh bacda al-Khuruj Ya’ti ila Qabrih wa manzalih, al-Bab al-Sabic fi Shurut al-Qiyamah wa Yatacallaq

biha, al-Bab al-Thamin fi Ahwal al-Qiyamah, al-Bab al-Tasic fi Sifah Jahannam wa Ahliha,

dan al-Bab al-cAshir fi Sifat al-Jannah wa Ahliha. Hasil analisis terhadap 10 buah hadith

(9)

488

al-Bukhari (10%), satu hadith Sahih Muslim (10%), satu hadith Sahih (10%), satu hadith

Hasan li Ghayrih (10%), tiga hadith Dacif (30%), dan dua hadith yang tidak dijumpai (20%).

Hasilnya ialah sebanyak lima (50%) hadith yang dikategorikan sebagai hadith maqbul dan selebihnya iaitu lima (50%) hadith dikategorikan sebagai hadith mardud.

7. Kesimpulan

Kebanyakan hadith yang berbahasa arab di dalam kesemua bab dalam Kashf al-Ghaybiyyah yang belum ditemui di dalam mana-mana kitab hadith sama ada daripada masadir al-asliyyah,

shibh al-asliyyah atau ghayr al-asliyyah mempunyai makna yang sama dengan nas-nas yang sahih seperti al-Quran dan al-Hadith. Oleh itu, penambahbaikan terhadap kitab ini perlu

dilakukan kerana dalil-dalil yang digunakan membabitkan perkara akidah. Justeru, dengan menggantikan dalil daripada hadith-hadith yang lemah dan belum ditemui kepada dalil-dalil yang lebih berautoriti dapat memuaskan hati dan meyakinkan para pembaca kitab ini.

RUJUKAN

Abu Dawud, Sulayman Bin al-Ashcath al-Azdiy al-Sijistaniy. (2009). Sunan Abi Dawud. Tahqiq : Shucayb Arna’ut, Muhammad Kamil dan Shadi Muhsin. Bayrut : Dar al-Risalah al-cAlamiyyah.

Ahmad, Abu cAbdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Shaybani.

(1999). Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Tahqiq : Shucayb al-Arna’ut. Bayrut : Mu’assat al-Risalah.

al-Albani, Muhammad Nasir al-Din al-Albani. (2002). Silsilat al-Ahadith al-Dacifah wa

al-Mawducah wa Atharuha Sayyi’ fi Ummah. Edisi Pertama. Riyad : Maktabat

al-Macarif.

al-Bukhari, Abu cAbdullah Muhammad bin Ismacil al-Bukhari. (2002). Sahih al-Bukhari. (Edisi pertama). Bayrut : Dar Ibn Kathir.

al-Daraqutni, cAli bin cUmar bin Ahmad al-Daraqutni. (2011). al-cIlal. Bayrut : Mu’assah

al-Rayyan.

Al-Darimiy, cAbdullah bin cAbd Rahman Darimiy Samarqandiy. (T.th.). Sunan

al-Darimiy. Tahqiq: Fawwaz Ahmad Zamraliy, Khalid al-Sabc al-cAlamiy. Karachi:

(10)

489

Al-Dhahabi, Abu cAbdullah Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin cUthman al-Dhahabi.

(1992). al-Kashif fi Macrifah Man lah Rawayat fi al-Kutub al-Sittah. (Edisi pertama).

Jaddah: Dar al-Qiblah li al-Thaqafat al-Islamiyyah.

Al-Hakim, Abu Abdullah Muhammad bin cAbdullah Hakim Naysaburi. (T.th.)

al-Mustadrak cAla al-Sahihayn. Tahqiq: Mustafa cAbd al-Qadir cAta. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.

Hilaluddin bin Abdullah. (2005). Takhrij Hadis Kitab al-Jawhar al-Mawhub wa Munabbihat

al-Qulub karangan Al-Shaykh cAli ibn cAbd al-Rahman al-Kelantani.

Ibn Hajar, Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani. (T.th). Taqrib Tahdhib. T.tp: Dar

al-c

Asimah li al-Nashr wa al-Tawzic.

Ibn Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban Abu al-Hatim al-Tamimi al-Busti al-Sijistani. (T.th.). Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban. Tahqiq: Shucayb al-cArnaut. T.tp.: Muassasat al-Risalah.

Ibn Majah, Abu cAbdullah Bin Yazid al-Qazwini. (T.th.). Sunan Ibnu Majah. Tahqiq :

Muhammad Fu’ad c

Abd al-Baqi. T.tp. : Dar Ihya’ al-Kutub al-cArabiyyah.

Laporan Suku Pertama (Januari hingga April) Kegiatan & Aktiviti Pembelajaran Pondok di Kelantan, Catatan Mesyuarat Persatuan Pondok-Pondok Kelantan bertarikh 5 Mei 2012. Malik, Malik bin Anas r.a. (1985). Al-Muwatta’. Tahqiq: Muhammad Fu’ad cAbd al-Baqi.

Bayrut: Ihya’ Dar al-Turath al-c

Arabiyy.

Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, (2011). Takhrij Hadith Nash’atuh wa

Manhajiyyatuh, Malaysia: Dar al-Shakir.

Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi, (2011). cUlum al-Hadith Asiluha wa Macasiruha,

Malaysia: Dar al-Shakir.

Muslim, al-Hafiz Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushayri al-Naisaburi. (2006).

Sahih Muslim. Riyadh: Dar Tayyibah li al-Nashr wa al-Tawzic.

al-Nasa’i, Abu cAbd al-Rahman Ahmad bin Shucayb al-Nasa’i. (2001). al-Sunan al-Kubra. (Edisi pertama). Bayrut : Dar al-Risalah.

al-Tirmidhi, Muhammad Bin cIsa Bin Saurah. (1996). al-Jamic al-Kabir. (Edisi pertama).

Bayrut: Dar al-Gharb al-Islami. Al-Quran al-Karim.

Syed Abdul Majid Ghouri. (2012). Kamus Istilah Hadis. (Edisi pertama). Malaysia: Darul Syakir.

Zayn al-cAbidin bin Muhammad al-Fatani. (t.th.) Kashf al-Ghaybiyyah. Thailand: Matbacah bin Halabi-Fatani.

Referensi

Dokumen terkait

Hubungan interpersonal dalam arti luas adalah interaksi yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain dalam segala situasi dan dalam semua bidang kehidupan,

Survei Tanah dan Evaluasi Lahan yang sesuai standar ASIIN dengan tepat waktu Bukti fisik: - Rubric for Assessment - Dokumentasi kegiatan Agenda II Akuntabilitas -

Tahap ini dilakukan jika produk final telah dinyatakan praktis. Kegiatan yang dilakukan dalam tahap ini adalah mengevaluasi efektivitas dari produk final. Evaluasi

investor asing menunjukkan preferensi untuk perusahaan yang membayar dividen.. Hal itu karena investor asing cenderung mempunyai kekhawatiran yang

Penelitian ini merupakan suatu studi retrospektif cross-sectional analytic untuk melihat hubungan eosinofil dan neutrofil darah tepi terhadap derajat keparahan

Jika kode kesalahan yang muncul di panel depan tidak tercantum dalam daftar ini, matikan printer, lalu hidupkan kembali.. Jika masalah berlanjut, hubungi staf

Berdasarkan identifikasi terhadap ketiga elemen utama metafora di atas, dalam kajian ini dapat dijelaskan makna metafora beras beserta hal-hal yang bertalian dengan beras

Butir-butir yang seharusnya ada dalam latar belakang penulisan makalah adalah hal-hal yang melandasi perlunya ditulis makalah.Hal-hal yang dimaksud dapat berupa