• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

CARA MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

MUKADDIMAH

Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik.Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama,kepercayaan dan adat resam tersendiri.Setiap kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.

Dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa agama Islam merupakan agama Persekutuan.Namun pada masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Justeru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam negara tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Definisi perpaduan

Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,keadaan) utuh.

Perkataan perpaduan menurut Haji Mohd Shahrir Haji Abdullah berasal daripada perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. Jadi, perpaduan dari segi tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu makruf manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu mungkar. Perpaduan dapat dirungkaikan dengan kata lain iaitu, penggabungan serta hubungan erat yang bersifat toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Perpaduan juga adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan Negara.Perpaduan juga boleh didefinisikan sebagai ‘satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Terdapat pelbagai agama yang dianuti di negara Malaysia,antaranya agama Islam, agama Buddha, agama Kristian, agama Hindu dan lain-lain.

(2)

Kepelbagaian agama

Agama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat.Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh pelbagai agama iaitu Islam.Hindu, Buddha,Kristian dan lain-lain.Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak.Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agam hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan, keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.

Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan Allah yang penuh dengan hikmah. Alam ini dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah. Walaupun terkadang antara ciptaan tersebut dilihat saling bertentangan seperti kejadian malam dan siang, langit dan bumi, lelaki dan perempuan dan sebagainya. Namun inilah kebesaran Allah yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat. Justeru, hal ini juga mempunyai persamaan dengan perbezaan yang ada pada setiap manusia khususnya yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan. Perbezaan ini bukanlah alasan untuk melakukan pencerobohan terhadap pihak lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia perlu kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar kepelbagaian seperti ini yang disebut di dalam kitab Al-Quran. Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap individu dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai kestabilan dan keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi. Hakikatnya, bumi ini adalah seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi dengan pelbagai bentuk keunikan budaya dan peradaban .

Atas kebijaksanaan Allah dan hikmahNya yang agung, manusia yang menghuni bumi ini, walaupun mempunyai pelbagai perbezaan perlu berinteraksi[1] dan bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keharmonian seluruh masyarakat manusia. Interaksi ataupun dialog antara manusia ini merupakan suatu kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran.

Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya. Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang

bersatu padu.

Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis antara semua bangsa dan agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan dan aktiviti keagamaan malah boleh berinteraksi antara satu sama lain secara

(3)

harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang terbuka dan bersedia berkongsi prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai kesepakatan dalam pembangunan yang dirancang.

Walau bagaimanapun, kadang–kala timbul beberapa isu dan konflik yang menggugat perhubungan yang sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering tergigit, inikan pula manusia yang mempunyai kepelbagaian pendapat, tingkah laku dan sikap. Malah perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi mendapatkan hak dan kepentingan bangsa serta agama masing-masing.

Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia yang mempunyai keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan curiga, prasangka, dengki dan pelbagai sifat negatif yang boleh mencetuskan suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia kerana sifat-sifat yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku apabila wujudnya isu perpecahan kaum di Kampung Medan, isu membakar gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu menconteng surau dan sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan Negara.

Kadang kala kita selalu memandang bangsa lain dengan remeh.Perlu diingatkan,setiap daripada kita tidak sempurna.Oleh itu berlapang dada terima kekurangan orang lain kerana kita juga mempunyai kekurangan diri.

Realiti masyarakat yang terdapat di Malaysia

Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama lain dalam melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan British (divide and rule). Kesediaan orang Melayu menerima kaum-kaum lain dan agama mereka telah membuka jalan bagi pergaulan etnik yang bersepadu iaitu orang Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera lain seperti Iban, Kadazan dan sebagainya. Bahkan Negara Malaysia telah menerima liga agama utama dunia iaitu Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian di samping pelbagai kepercayaan animisme.

Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kehadiran kaum dan agama lain mempunyai kaitan yang akrab dengan agama Islam. Kehadiran agama Islam yang dibawa oleh para mubaligh Islam dan penerimaan raja-raja Melayu sebagai ketua Negara telah mensinonimkan bangsa Melayu dengan agama Islam. Lantaran itu, agama Islam yang kita kenal hari ini telah berjaya mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat hingga ke hari ini. Dimensi agama merupakan satu pendekatan perpaduan untuk menyatupadukan masyarakat sesama kaum dan antara kaum. Di Malaysia, amalan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum telah lama difikirkan oleh para pemimpin dari

(4)

sudut penekanan agama. Malah syarat mendapatkan kemerdekaan dari tangan British ialah perpaduan yang dimasukkan dalam agenda Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk. Dalam artikel 3(1) ada menyebutkan bahawa, “Ugama Islam ialah ugama Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh dipraktikkan dengan aman damai di mana-mana bahagian kawasan persekutuan.”.

Pada masa yang sama, artikel II menyatakan bahawa setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyelenggarakan hal ehwal agama atau khairat dan boleh memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. Perlembagaan persekutuan juga telah diperkukuhkan melalui penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk setiap lapisan masyarakat, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Prinsip yang dibentuk ini merupakan ikrar setiap rakyat Malaysia bagi mewujudkan rasa cinta dan taat setia kepada Negara di bawah satu payung

pemerintahan tanpa mengira bangsa dan agama.

Perlembagaan berfungsi mengisi konsep kenegaraan dan telah memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu pula diangkat menjadi bahasa rasmi Negara dengan keistimewaan institusi Raja-raja Melayu berperlembagaan. Penerimaan kepada perlembagaan ini juga merupakan kesediaan setiap individu untuk bersatu, bekerjasama dan berkongsi dengan menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing. Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi Negara telah membolehkan penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka dengan aman. Kewujudan pelbagai bangsa dan agama merupakan sesuatu yang sudah ditetapkan dan sebagai sebahagian dari nikmat Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat 49 ayat 13 yang bermaksud, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu, dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) sesungguhnya Allah amat mengetahui dan amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah tanpa melihat kepada bangsa, warna kulit dan kedudukannya. Islam juga melihat masyarakat bukan Islam sebagai anggota masyarakat yang diberi hak untuk hidup bersama dengan rukun dan damai. Tiada halangan untuk mereka saling bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, Allah SWT hanya membezakan kedudukan manusia di sisi-Nya adalah dari segi keimanan

(5)

Allah tidak memandang rupa rupa manusia,tetapi Dia memandang hati manusia itu sendiri.

Terdapat pelbagai cara mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian agama.Antaranya:

1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam.Dalam kata erti lain iaitu agama Islam, agama Hindu, agama Buddha, agama Kristian dan lain-lain. Kesemua tamadun dan agama ini bergerak dan membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Hal ini bukan sahaja membentuk struktur pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan kepercayaan mereka.

Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.

Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek nilai yang wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika hubungan sesama manusia yang menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua manusia. Malah sifat ini akan melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan amal kebajikan dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan masyarakat.

Islam juga melihat perhubungan sesama manusia sebagai sebahagian daripada ibadat. Dasar perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan

(6)

persaudaraan, bekerjasama dan sikap saling bantu-membantu. Permusuhan, konflik dan persaingan yang tidak adil perlu dibendung untuk mengelakkan pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian dalam hubungan antara manusia (hablum min al-nas). Ini kerana semua manusia itu adalah makhluk yang berpunca dari penciptaan yang sama iaitu Adam. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, “Wahai manusia! Allah telah menghapuskan rasa besar diri yang dipertahankan oleh sesetengah orang di zaman Jahiliyah dan telah membasmikan sebarang penonjolan ketinggian martabat yang disandarkan kepada keturunan. Sesungguhnya hanya dua jenis manusia sahaja: orang yang baik disanjung oleh Allah dan orang yang jahat yang dihina di sisi Allah. Semua manusia adalah anak Adam dan Allah telah menjadikan Adam daripada tanah liat.”

Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum merupakan dasar pemupukan perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai kebebasan beragama, hak untuk menikmati keselamatan, keadilan, dan perundingan. Persamaan nilai ini merupakan prinsip yang universal dan semua kaum menerimanya serta mampu dijadikan asas untuk memupuk perpaduan.

2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.

Rasulullah SAW ketika berpindah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan agama. Umat Islam ketika itu merupakan golongan minoriti sementara golongan bukan Islam yang terdiri dari orang Yahudi, Arab Kristian dan Arab Musyrik adalah golongan majority. Nabi Muhammad SAW yang dilantik sebagai pemimpin tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Tetapi mereka diajak untuk hidup bersama secara aman dan damai, tanpa sebarang kezaliman dan penindasan. Situasi ini menunjukkan tentang sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah apabila baginda berjaya menawan kembali Mekah, penduduk-penduduk Mekah juga tidak dipaksa memeluk agama Islam malah boleh meneruskan kehidupan seharian mereka tanpa sebarang halangan.

(7)

Islam tidak melarang masyarakat Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang lain selagi mereka tidak memerangi umat Islam kerana agama. Al-Quran menjelaskan bahawa peperangan dan penentangan yang dibenarkan dalam Islam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, kehormatan, harta, keturunan dan agama sahaja. Perkara ini ditekankan dalam Surah al-Haj 22 ayat 39 yang bermaksud, “Diizinkan berperang bagi orang Islam yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan), iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar semata-mata kerana berkata, “Tuhan kami ialah Allah” Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kristian) dan tempat sembahyang (Yahudi) dan Masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah di dalamnya dan sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang menolong agamanya (Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa.”

Sifat tasammuh yang ada dalam Islam tidak semata-mata merujuk kepada toleransi yang dinyatakan. Ia memberi maksud memberi dan menerima. Dengan erti kata lain, Islam tidak menghalang manusia untuk menerima pendapat dan pendirian orang lain serta tidak menyekat kebebasan manusia untuk berfikir dan berkepercayaan. Islam amat mementingkan sikap toleransi sebagai menunjukkan sikap keterbukaan dalam mendengar pandangan yang berbeza serta bebas juga mengemukakan pandangan selagi tidak menjejaskan pegangan agama masing-masing dalam ruang lingkup yang dipersetujui bersama.

Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang menginginkan kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk masyarakat yang harmonis. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ankabut 29 ayat 46 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik.”

Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan Perlembagaan 1957. Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu mengikut perlembagaan sejajar dengan hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dan kelonggaran kerakyatan merupakan keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu telah diterima sebagai warganegara.

(8)

Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan Melayu juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan antara kaum dan mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta mengurangkan diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan hormat-menghormati.

3. Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati

Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang – larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing-masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

Allah berfirman dalam Surah al-Muntahanah, 60 ayat 8 yang bermaksud, “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu: kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”

Ayat di atas memperlihatkan bagaimana Islam amat mementingkan hubungan antara manusia walaupun dengan orang yang bukan Islam sebagai cara mewujudkan keamanan Negara. Malah sikap adil dalam kehidupan ini merupakan aspek nilai sejagat yang perlu dikongsi bersama tanpa mengira agama dan bangsa.

Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi bagi berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama dalam

(9)

masyarakat sama ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam. Umat Islam sendiri tidak seharusnya memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam hanya dalam kalangan umat Islam sahaja. Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi membantu orang bukan Islam memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya sebagai agama rasmi Negara.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Andai aspek berikut dilakukan, perpaduan bakal sentiasa kekal dalam masyarakat sampai bila-bila.

Peranan yang telah kerajaan lakukan dalam mengekalkan perpaduan adalah seperti berikut:

1)DASAR SATU MALAYSIA

Konsep satu Malaysia dijelaskan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai, “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan

(10)

kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”

Dasar ini dibentuk bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang meneruskan nilai-nilai perpaduan dan sifat hormat-menghormati antara kaum dan agama serta melaksanakan kehidupan sebagai rakyat Malaysia bukan berdasarkan kaum atau agama tertentu. Mereka perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing agar bertindak tanpa memikirkan kepentingan etnik dan kaum masing-masing.Dasar ini juga menegaskan agar setiap tindakan yang hendak dilaksanakan perlu berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara ini terutama peranan pemimpin yang perlu menangani semua permasalahan dan tuntutan keperluan serta hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

Dasar ini dibentuk sebagai pelan tindakan para pemimpin dalam melaksanakan tugas kepimpinannya. Ia membawa matlamat untuk mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat yang menjadi tunggak kekuatan Malaysia dan mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat melalui slogan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.”

Sebagai merealisasikan hasrat dan matlamat ini, Satu Malaysia digerakkan berdasarkan tiga prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip teras ini penting untuk tujuan memperkukuhkan perpaduan nasional. Penekanan terhadap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum dan penerimaan keunikan pelbagai kaum akan mewujudkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia. Prinsip kenegaraan pula menerapkan semangat perpaduan, semangat nasionalisme dan semangat cinta akan negara sebagaimana yang termaktub dalam Rukun Negara sejak sekian lama. Manakala prinsip keadilan pula membela nasib semua kaum serta mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza agar pembelaan yang sewajarnya diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Ketiga-tiga prinsip tersebut mendasari konsep Satu Malaysia dan memerlukan pemimpin yang sentiasa mengamalkan lapan prinsip kepimpinan iaitu mewujudkan budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

(11)

Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara tersebut.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan

(12)

Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun

kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

(13)

Kelima.prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun dan penuh tatasusila.Prinsip ini juga menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.Kesopanan dan kesusilaan ini juga berkaitan dengan tutur kata seseorang dan prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut dan perbuatan yang halus untuk menjamin hubungan baik sesama kaum terus kekal. Hubungan baik ini juga boleh terjamin sekiranya rakyat sentiasa berakhlak mulia, menghormati orang lain, mengelakkan diri daripada menyentuh hal-hal yang sensitive dan perkara-perkarayang telah dipersetujui majoriti.Pembentukkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat dilahirkan sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh kepada prinsip kelima ini.

Harap perkongsian sebentar tadi memberi manfaat.

Dengarkan serangkap pantun

Sekian sahaja daripada kami Sedikit ilmu yang dapat dikongsi Salah dan silap harap maafi Semoga kita bersua lagi

Referensi

Dokumen terkait

Jika agama bekerja di mana kelas subordinat berada pada posisi keduanya yakni sebagai subjek dan objek dalam sebuah masyarakat tertentu menghasilkan (mampu berkomunikasi dan

Gerakan spiritualitas yang berkembang di masyarakat tidak hanya berusaha memuaskan rasa dahaga terhadap nilai-nilai spiritual masyarakat yang mereka dapat dari agama,

)DWFKXO 0X¶LQ. Untuk menunjang pendidikan karater perlu didukung oleh pendidikan agama melalui materi peningkatkan akhlak mulia serta nilai-nilai spiritual dalam diri

Kepala Desa dan staf-stafnya, tokoh agama Islam dan Kristen, masyarakat Desa Bandar Khalipah yang telah memberikan ruang penulis untuk melakukan penelitian

Selain itu, pendidikan agama Islam mampu memberi penyadaran (consciousness) kepada masyarakat bahwa konflik bukan sesuatu hal yang baik untuk dibudayakan dan mampu memberi

Perlu diteliti mengenai peran jurusan Pendidikan Agama Islam sebagai dharma pendidikan terhadap pembangunan pemuda setelah terjadinya masyarakat ekonomi asean, sehingga

E.Penutup Sebelum sampai pada akhir tulisan ini, tentang “agama dalam ruang publik” dan “Agama dalam masyarakat modern” sebagaimana dalam pemikiran Jürgen Habermas merupakan dua sisi

Pendekatan Wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia ABSTRACT Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak