• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei Budi Bahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Esei Budi Bahasa"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya sangat bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan bagi subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012) ini dengan sempurna dan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Tajip bin Tassan . Beliau sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini juga di atas kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam mendorong dan memberikan panduan kepada saya dan rakan sekelas yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasanya dengan memberikan kesihatan dan kesejahteraan serta dipanjangkan umur kepada beliau.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar serta maklumat dan panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pengorbanan mereka sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan kakak-kakak senior saya yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak memberikan kerjasama kepada saya dengan memberikan idea-idea yang bernas untuk membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua pihak sudah tentu saya tidak akan mampu untuk menyediakan tugasan sebegini

(2)

1.0 Konsep Budi Bahasa

Menurut Edi Sedyawati (1999), budi sering diertikan sebagai nilai moral yang mengandungi pengertian, adat istiadat, sopan santun dan perilaku. Sebagai perilaku, budi meliputi sikap yang dicerminkan oleh perilaku itu. Oleh itu, budi mempunyai pelbagai erti dan ianya bergantung kepada situasinya. Terdapat lima aspek dalam sikap dan situasi ini iaitu sikap dan perilaku dalam hubungan dengan Tuhan, sikap dan perilaku dalam hubungan dengan diri sendiri, sikap dan perilaku dalam hubungan dengan keluarga, sikap dan perilaku dalam hubungan dengan masyarakat dan bangsa serta sikap dan perilaku dalam hubungan dengan alam sekitar. Hal ini jelas menunjukkan sikap dan perilaku yang membantu orang untuk menjalani kehidupan dengan baik. Oleh sebab itu, sikap dan perilaku tersebut dipengaruhi oleh budaya seseorang.

Hasil daripada beberapa kajian. terdapat juga pendapat bahawa budi juga boleh diertikan sebagai alat dalaman untuk menimbang perbuatan baik dan buruk. Menurut takrifan ini, budi dianggap sebagai suatu yang ada dalam diri seseorang yang paling dalam seperti suara hati. Budi sering diertikan sebagai fikiran dan akal. Inilah yang menjadi aspek perbezaan antara manusia dengan haiwan. Budi jugalah yang menyatukan kita semua sebagai manusia tanpa mengira suku, golongan, kelompok, umur atau apa-apa sahaja. Maka, budi mempunyai unsur kesedaran dan ada unsur melaksanakan kesedaran tersebut. Nilai moral atau etika lain yang penting adalah penghargaan dan rasa hormat terhadap manusia, sikap lembut, santun, kerelaan untuk hidup bersatu dan hidup bersama, kebebasan untuk mengeluarkan pendapat, nilai tanggungjawab, nilai keadilan, kerelaan hidup menurut norma kesusilaan, kebiasaan berbuat baik dan lain-lain.

Dari pelbagai keterangan di atas, budi lebih diertikan sebagai nilai moral manusia yang disedari dan dilakukan dalam tindakan nyata. Semua nilai moral itu bertujuan membantu manusia menjadi lebih utuh. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa budi diperlukan bahkan diharuskan ada dalam kerangka tujuan hidup manusia.

Bahasa pula adalah sistem lambang bunyi yang digunakan untuk berkomunikasi oleh masyarakat pemakainya. Bahasa yang baik berkembang berdasarkan suatu sistem iaitu peringkat aturan yang dipatuhi oleh pemakainya. Bahasa sendiri berfungsi sebagai sarana komunikasi serta sebagai sarana integrasi dan adaptasi. Sekiranya ditinjau secara umum, ”Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa” – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

(3)

bahasa dapat diertikan sebagai ucapan, fikiran dan perasaan seseorang yang disampaikan secara teratur dan digunakan sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat.

Di sisi lain, rumusan pengertian bahasa dapat pula dilihat secara praktis dan teknis. Secara praktis, bahasa merupakan salah satu alat komunikasi berwujud sistem bunyi atau tulisan yang mempunyai makna tertentu, difahami dan dihasilkan oleh alat ucap manusia. Secara teknis, bahasa merupakan peringkat ujaran bermakna yang lengkap yang dihasilkan oleh manusia.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

Budi bahasa juga boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkah laku, perangai atau perlakuan yang diamalkan oleh seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang itu berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan dalam buku mereka ‘Tesaurus Bahasa Melayu’, mentakrifkan budi bahasa ialah satu etiket, adab sopan santun, pekerti, akhlak yang beradat dan berbahasa.

Orang Melayu menjunjung tinggi nilai budi dan bahasa. Mereka menganggap budi dan bahasa sebagai satu entiti yang bertaut dan saling melengkapi. Tautannya menjadi pegangan nilai yang daripadanya terpancar unsur fizik dan unsur metafizik seseorang. Orang yang dianggap sempurna ialah orang yang kaya budi bahasa.

Walaubagaimanapun, bangsa lain di Malaysia ini iaitu Cina dan India, mereka mempunyai takrifan mereka sendiri mengenai pengertian budi, bahasa dan budi bahasa. Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan. Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh kerelaan.

Mereka mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi yang digunakan dalam kehidupan seharian kita untuk menulis, membaca, bertutur dan sebagainya supaya orang lain memahami apa yang ingin disampaikan. Contohnya, kaum India menggunakan Bahasa Tamil manakala kaum Cina menggunakan Bahasa Cina.

(4)

Bagi kaum Cina dan India, mereka berpendapat bahawa budi bahasa membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Budi bahasa tidak mungkin wujud tanpa terlebih dahulu wujudnya nilai-nilai akhlak yang mulia di hati setiap individu. Budi bahasa perlu mempunyai ciri-ciri bertimbang rasa. Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. Sekiranya ingin bertindak melakukan sesuatu perkara, seharusnya menitik beratkan perasaan orang lain agar mereka tidak tersinggung dengan perbuatan kita. Kita juga perlu memahami pendapat yang berbeza dari pelbagai sumber dan belajar untuk menyesuaikan diri sendiri dengan orang sekeliling. Sebagai contohnya, saling bergaul mesra antara kaum sama ada di tempat kerja ataupun sekolah tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan kedudukan.

Sikap toleransi juga merupakan salah satu ciri budi bahasa yang merujuk kepada sikap sabar dan kesediaan untuk menerima atau menghormati pendapat dan fikiran orang lain. Sehubungan itu, dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, sikap bertoleransi antara kaum dalam melaksanakan apa sahaja aktiviti seharian seperti mengambil bahagian dalam aktiviti lawatan bersama-sama merupakan salah satu contoh toleransi.

Sikap bertolak ansur amat penting sebagai salah satu ciri budi bahasa. Hal ini kerana dalam konteks Malaysia, sikap ini bermaksud tidak menyebelahi sesuatu pihak sahaja, tidak mengharapkan balasan terhadap setiap bantuan yang dihulurkan dan sedia memaafkan kesalahan orang lain. Sehubungan itu, salah satu contoh sikap bertolak ansur dintunjukkan apabila golongan muda memberi tempat duduk kepada orang tua, wanita ataupun orang kurang upaya ketika dalam kenderaan awam.

Menurut Asmah Haji Omar (2007), perkataan sopan yang digunakan dalam bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada bahasa Arab, iaitu soffan. Perkataan soffan dan bentuk terbitannya musoffan membawa maksud halus (refined) dari segi tingkah laku. Oleh itu, beliau menyarankan agar orang yang santun bahasanya dapat menitikberatkan tiga peraturan asas santun bahasa iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik. Sehubungan itu, perkataan santun pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan dan beradab, menghormati orang yang dilawan bicara serta mematuhi peraturan asas santun bahasa Melayu dari segi linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. Oleh itu, gabungan kedua-dua perkataan ini, iaitu sopan dan santun merujuk kepada perlakuan dan penggunaan bahasa secara lemah-lembut, tidak angkuh, tidak

(5)

menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain tanpa mengira apapun pangkat, kedudukan dan kaum.

Seseorang yang bersifat ramah mesra merupakan individu yang mudah diajak berunding walau dalam keadaan apa sekalipun. Sebagai contohnya, ketika menghadapi konflik ataupun kesulitan, individu yang bersikap ramah mesra masih mampu memberi senyuman, sabar dan tidak emosional.

Sikap tidak mementingkan diri sendiri bermaksud seseorang yang turut mengambil berat tentang kepentingan orang lain dan tidak hanya mendahulukan diri sendiri. Individu yang tidak mementingkan diri sendiri ini tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri tetapi kepentingan orang lain juga. Individu yang tidak mementingkan diri sendiri juga gemar membantu orang lain dan bekerjasama ketika melakukan sesuatu perkara.

2.0 Kepentingan Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisasikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan melahirkan individu yang berakhlak mulia. Imam Al-Ghazali menyatakan “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut menggambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan setiap agama. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekiranya kini anak-anak remaja tidak diterapkan dengan nilai-nilai budi bahasa sejak di bangku sekolah nescaya mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah bahawa falsafah hdup yang bertunjangkan budi bahasa pada diri akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

(6)

Lontaran idea kedua, nilai-nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk membentuk masyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan syumul yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai berbudi bahasa yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Insan yang beragama akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman dan tahu bersyukur. Tambahan pula, nilai budi bahasa yang berpaksikan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu agar kita tidak diibaratkan umpama kambing kecil, meretak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi.

Lontaran idea ketiga, budi bahasa juga dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita ini. Masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa akan saling menghormati dan membantu tanpa mengira bangsa, kepercayaan, budaya serta agama. Dengan adanya sikap berbudi bahasa ini, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira serta merealisasikan gagasan ‘1 Malaysia’. Oleh itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat Malaysia dan secara tidak langsungnya perpaduan antara rakyat Malaysia mudah dipupuk sepanjang masa.

Lontaran idea yang terakhir, masyarakat Malaysia mendapat nama yang baik melalui industri pelancongan. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Dengan ini, masyarakat dapat meninggalkan imej yang positif terhadapa negara kita dalam kalangan pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dengan cara demikian, rakyat Malaysia bukan sahaja mendapat nama yang baik malah pelancong asing akan dating ke Malaysia sekerap mungkin dan dapat menarik lebih ramai pelancong asing untuk dating ke Malaysia. Hal ini turut meningkatkan maruah negara di samping rakyat sendiri mendapat nama yang baik dan disegani dek sikap berbudi bahasa.

(7)

3.0 Ulasan Tokoh tentang Aspek Kesantunan Bahasa

Kesantunan berbahasa mempunyai pelbagai dimensi berbeza sehingga mewujudkan pelbagai teori dan takrifan daripada tokoh-tokoh dunia. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas bukan sahaja merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverbal seperti tingkah laku, mimik muka dan nada suara. Dari sudut bahasa, perkataan santun itu sendiri dapat diistilahkan sebagai adab, adat, berdisiplin, sopan dan lemah lembut.

Menurut Asmah Haji Omar, beliau berpendapat bahawa kesopanan boleh dilihat dari segi tingkah laku bukan bahasa dan juga dari segi bahasa. Beliau membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merupakan kesantunan sedia ada dalam masyarakat yang dijadikan pedoman dalam pergaulan seperti yang diberi penekanan dalam ajaran agama manakala kesantunan berkala ialah kesantunan yang menggambar ucapan yang dilakukan dalam masyarakat berdasarkan situasi tertentu misalnya laras dan tempat berlainan dan pangkat seseorang.

Menurut Hamka, kecantikan yang abadi bukan terletak pada wajah dan pakaiannya tetapi padan keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya. Sementara itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah pula menyatakan bahawa kesantunan merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dan santun yang dapat melambangkan nilai sosial dan budaya sesuatu masyarakat.

Awang Sariyan memberikan pendapat bahawa kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan serta beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Dengan perkataan lain, kesantunan didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat tersebut.

Leech (1983) menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bagi beliau, bahasa mestilah halus, beradab sopan, perlakuan yang lemah-lembut dan berbudi pekerti. Leech juga menyatakan bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Secara amnya, Leech berpendapat yang penting dalam kesantunan berbahasa ini adalah menjalinkan prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

(8)

J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Mereka berpendapat kesantunan ini biasanya mengamalkan budaya yang sama di mana ianya dapat mewujudkan persetujuan bersama dalam masyarakat serta serta mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat.

Lakoff pula menyatakan bahawa kesantunan berbahasa ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Lakoff menyarankan tiga peraturan dalam sesuatu perbualan bagi mengekalkan keharmonian, iaitu tidak memaksa, berikan pilihan dan jadikan pendengar selesa ketika berbual. Dalam pada masa yang sama, Fraser dan Nolan menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan diguna oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.

Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan segala ciptaannya yang lain. Jadi, jelas di sini bahawa agama Islam amat menitikberatkan kesempurnaan tingkah laku termasuk unsur-unsur kesantunan. Penekanan terhadap unsur-unsur kesantunan ini juga ada ditunjukkan dalam himpunan hadis-hadis daripada pesanan Nabi Muhammad SAW.

4.0 Aspek Kesantunan Berbahasa

Kesantunan dikenali juga sebagai etiket ataupun tingkah laku yang sopan santun. Secara umumnya, sesuatu perlakuan santun diterima oleh ahli sesebuah masyarakat. Oleh itu, kesantunan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara oleh individu, iaitu sama ada dalam perlakuan, pertuturan dan penulisan. Aspek kesantunan yang terdapat dalam pertuturan, perlakuan dan penulisan menyebabkan kesantunan mempunyai bentuk dan jenis yang tersendiri iaitu kesantunan verbal, kesantunan nonverbal atau tidak verbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan.

Kesantunan verbal ialah bahasa verbal yang merupakan pengucapan bersuara untuk melahirkan pemikiran, perasaan dan tindak balas terhadap sesuatu isu atau persoalan lantas memperlihatkan identiti seseorang. Sehubungan dengan itu, kesantunan verbal boleh dibahagikan kepada tiga iaitu komunikasi lisan, bahasa sapaan dan kata panggilan. Komunikasi lisan boleh berlaku secara tidak formal misalnya, dalam perbualan, manakala komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Bahasa sapaan merujuk kepada perbendaharaan kata dan ungkapan

(9)

yang betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Kata panggilan pula perlu mempunyai protokol agar tidak disalah gunakan ketika berada dalam sesuatu majlis atau sedang mengacarakan sesuatu majlis.

Kesantunan nonverbal atau tuna bahasa lisan (tanpa bahasa lisan) merujuk kepada gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu, kesantunan berbahasa dari segi nonverbal merupakan bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan mata dan gerakan tangan. Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan yang mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. Mimik muka merujuk kepada riak muka seseorang yang mempunyai perlbagai maksud tersirat. Gerakan mata pula mempunyai makna tertentu dan berlaku secara spontan dalam komunikasi sementara gerakan tangan melibatkan emblems dan illustrators yang mana emblems ialah isyarat tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu maklumat manakal illustrators pula ialah isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-sama ucapan untuk membantu ataupun mengukuhkan pemahaman.

Kesantunan lisan merujuk kepada penggunaan bahasa yang beradab dan baik apabila bertutur. Pertuturan ini meliputi semua bentuk komunikasi sama ada secara formal ataupun tidak formal. Sehubungan itu, komunikasi tidak formal merupakan perbualan yang dilakukan sama ada dengan orang yang dikenali ataupun yang tidak dikenali. Komunikasi formal pula merupakan komunikasi khalayak iaitu suatu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada sejumlah penonton misalnya ucapan dan pengumuman.

Kesantunan penulisan wujud dalam komunikasi bertulis sama ada secara formal ataupun tidak formal. Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam bahasa yang betul. Dalam keadaan tertentu, komunikasi bertulis ini akan menjadi bahan rekod untuk dijadikan landasan bagi sesuatu tindakan itu diambil. Kesantunan penulisan yang terdapat dalam komunikasi bertulis sama ada secara formal ataupun tidak formal adalah penggunaan bahasa yang gramatis ataupun tepat, diksi ataupun perbendaharaan kata yang sesuai, terdapat unsur keindahan bahasa ataupun stilistik, format yang tepat dan kesedaran penulis tentang khalayak yang akan membaca penulisan tersebut.

(10)

5.0 Bentuk-bentuk Kesantunan yang Menjadi Warisan Budaya

Bangsa Masyarakat Malaysia

Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata yang sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan penutur-pendengar (bahasa mesra), nada rendah atau lembut, gerak laku lemah lembut serta gaya dan ragam yang tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.

Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Dalam ikatan kekeluargaan, terdapat tiga jenama kekeluargaan. Pertama, jenama kekeluargaan pertalian darah seperti Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su dan Mak Su. Kedua, gabungan nama kekeluargaan asas seperti Abang (bang) dan Kakak (kak) dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. Yang ketiga ialah jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan di mana ianya diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar seperti Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua. Ipar pula digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar, mak long ipar, mak ngah ipar dan

sebagainya.

Bagi gelaran pergaulan bebas, kebiasaannya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin manakala Encik untuk lelaki sahaja. Terdapat juga gelaran pergaulan tidak bersahaja iaitu formal seperti Tuan, Puan, Saudara dan Saudari. Selain dari itu, gelaran warisan, gelaran keturunan orang-orang besar, gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad SAW, gelaran kurniaan, gabungan gelaran dan rujukan hormat juga terdapat dalam bentuk-bentuk kesantunan berbahasa.

6.0 Jenis-jenis Kesantunan yang Menjadi Warisan Budaya Bangsa

Masyarakat Malaysia

Dalam kesantunan, terdapat beberapa jenis kesantunan yang sering dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Dalam kesantunan (berpakaian dan berdandan), ada dua hal yang perlu diperhatikan. Pertama, berpakaian yang sopan di tempat umum dan menghindari

(11)

daripada pakaian yang dapat merangsang orang lain terutamanya berlainan jantina. Kedua, berpakaian yang rapi dan sesuai dengan keadaan, iaitu berpakaian rasmi pada acara rasmi, berpakaian santai pada situasi santai, berpakaian renang pada waktu renang.

Bagi kesantunan tingkah laku, kesantunan perbuatan ialah tatacara bertindak atau gerak-geri ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Misalnya, ketika menerima tetamu, bertandang ke rumah orang, duduk di bilik darjah, menghadapi orang yang kita hormati, berjalan di tempat umum atau menunggu giliran dan sebagainya.

Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal. Ketika berkomunikasi, kita perlu merujuk pada norma-norma budaya, tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat dan menggunakan suatu bahasa yang sesuai dalam berkomunikasi. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka ia akan mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh sebagai orang yang sombong, angkuh, tak acuh, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

7.0 Strategi-strategi Kesantunan Verbal dan Bukan Verbal

Dalam aktiviti komunikasi, seseorang bukan sahaja perlu menjaga adabnya bahkan menghormati pihak yang sedang berkomunikasi. Semua ini akan menghasilkan persefahaman dan seterusnya dapat mengelakkan percanggahan dalam kelompok. Seseorang perlu memahami elemen ungkapan yang boleh mengancam air mukanya dan air muka orang yang dilawan bicara. Brown dan Levinson menggolongkan strategi kesantunan verbal kepada empat aspek iaitu strategi Bald On Record iaitu strategi yang biasanya tidak mencuba meminimumkan ancaman ke atas muka pendengar, strategi Kesopanan Positif iaitu berusaha untuk mengurangkan ancaman ke atas muka pendengar, strategi Kesopanan Negatif yang merupakan strategi penutur untuk menunjukkan kewujudan jarak sosial antaranya dengan pendengar dan akhir sekali ialah menggunakan bahasa secara tidak langsung dan mengandungi maksud tersirat.

Terdapat beberapa contoh strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah strategi toleransi iaitu dengan memberikan keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan. Seterusnya ialah strategi bertimbang rasa yang dapat mengelakkan kondisi yang kurang selesa, ketidakpuasan hati atau kekecohan aibat sesuatu kesulitan yang berlaku. Strategi memberi salam ialah mengucapkan salam dan ucapan selamat apabila bertemu dengan orang lain sebagai tanda hormat dan mengiktiraf kehadiran orang tersebut.

(12)

Strategi bersopan-santun pula adalah dengan menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan, strategi ramah mesra adalah dengan mengalu-alukan tetamu yang dating ke rumah dengan ucapan yang baik sementara strategi tidak mementingkan diri sendiri ialah strategi dengan memberi cadangan atau nasihat yang bersesuaian dan dengan penuh sopan serta lemah lembut. Strategi merendah diri pula merupakan strategi yang mempunyai perbezaan yang ketara antara budaya masyarakat Malaysia dan Barat manakala strategi berterima kasih ialah dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghulurkan bantuan kepada kita tidak kira dalam bentuk material, nasihat atau apabila orang tersebut meberi jawapan kepada pertanyaan kita.

Apabila seseorang melakukan pengucapan, hal yang tersebut bukanlah berdiri dengan sendirinya. Pengucapan atau ujaran yang dilakukan mesti seiring dengan hal-hal lain yang bersangkutan dengannya, khususnya daripada anggota pada tubuh kita. Tindakan tertentu daripada perilaku nonverbal mungkin terjadi dengan tidak disedari dan perilaku nonverbal diatur oleh norma-norma yang dihasilkan oleh interaksi manusia. Komunikasi kesantunan nonverbal mempunyai fungsi yang tertentu antaranya sebagai pelengap kepada pengucapan verbal, sebagai pengukuhan kepada mesej-mesej verbal, sebagai pengganti kepada pengucapan verbal, memberi gambaran yang kontradik atau berlawanan dengan ujaran dan sebagai penekanan atau titik penting akan sesuatu maksud ujaran.

Sehubungan itu, strategi kesantunan nonverbal melibatkan empat perkara yang saling berkaitan dan mempunyai maksud yang tersendiri seperti komunikasi wajah, komunikasi mata, sentuhan dan diam. Terdapat beberapa strategi nonverbal yang banyak dilakukan oleh masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah strategi toleransi dengan meberikan tempat duduk kepada orang tua, wanita hamil, wanita yang mendukung bayi dan orang yang kelainan upaya sama ada dalam komuteri, bas atau di premis-premis awam.

Selain daripada itu, terdapat juga strategi bertimbang rasa menggunakan ibu jari berbanding jari telunjuk untuk menunjukkan seseorang atau sesuatu bagi menghormati orang lain, strategi memberi salam iaitu dengan menganggukkan kepala atau mempamerkan senyuman sekiranya jarak terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam, strategi bersopan santun dengan membongkokkan sedikit badan ketika melintas orang terutama orang yang lebih tua, strategi ramah mesra dengan menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain walau dalam apa jua keadaan, strategi tidak mementingkan diri sendiri iaitu dengan memberikan sumbangan kewangan dan tenaga mengikut kemampuan kepada mereka yang ditimpa kecelakaan atau sebarang musibah, strategi merendah diri iaitu dengan tidak bertentangan mata atau raut wajah meninggi diri terutama terhadap mereka yang lebih tua suapaya kita tidak dianggap sombong dan akhir sekali ialah

(13)

strategi berterima kasih iaitu dengan memeluk dan mencium ibu bapa atau nenek kita sebagai tanda penghargaan dan kasih saying atas segala pengorbanan mereka.

Konklusinya, kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal ini kerana adalah penting untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan berbahasa yang terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta penggunaan bahasa. Tidak semestinya bahasa yang puitis diperlukan tetapi cukup sekadar penggunaan bahasa yang sopan, teratur dan disenangi sama ada secara lisan mahupun tulisan.

(14)

8.0 Isu Kesantunan berdarkan Laman Web (blog) – Isu Media

http://smilenajah93.blogspot.my/2012/01/week-in-uia-gombak.html?m=1

Media, cetak mahupun elektronik memainkan peranan yang cukup penting sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Tambahan pula, teknologi media yang semakin canggih serta berkeupayaan menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas. Bahasa merupakan wahana terpenting untuk menyampaikan maksud dalam sesuatu media. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa dalam media amat mempengaruhi gaya berbahasa dan berkomunikasi masyarakat kita.

Jika dahulu ramai dalam kalangan kita setiap pagi berpusu-pusu membeli surat khabar untuk mengetahui isu negara. Namun, hari ini suasana negara amat berbeza berbanding dengan 20 atau 30 tahun yang lalu. Telefon bimbit bukan hanya sekadar berfungsi sebagai medium untuk komunikasi semata-mata malah telefon bimbit masa kini telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudaan akses internet, kamera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. Kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) antara aplikasi untuk menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa mahupun insan tersayang dengan mudah dan pantas.

Malangnya, penggunaan bahasa rojak atau bahasa singkatan ini di media telah menjadi satu fenomena yang tidak terkawal lagi pada hari ini. Jika difahami dari aspek

(15)

definisinya, bahasa singkatan atau bahasa rojak merupakan bahasa Melayu yang tidak betul strukturnya kerana dituturkan oleh pengguna yang bukan bahasa ibundanya Melayu. Tetapi kini bahasa rojak dan bahasa singkatan adalah baharu dalam kalangan masyarakat. Gejala ini bukan sahaja melibatkan pertuturan secara lisan, malah telah menular hingga ke bentuk penulisan.

Menurut laman web yang telah saya kaji, penulis telah menggunakan bahasa rojak seperti ‘berblogwalking’ dan ‘kelas computer’. Sewajarnya penulis perlulah menggunakan satu bahasa sahaja sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekiranya ingin menyampaikan ceritanya di blog tersebut. Penulis juga ada menggunakan bahasa singkatan seperti ‘harini’ dan ‘takde’. Dalam kamus bahasa, perkataan yang digunakan oleh penulis tidak wujud sama sekali dan ini telah menyebabkan rosaknya bahasa Melayu. Penulis sewajarnya menggunakan perkataan tersebut dengan betul iaitu ‘hari ini’ dan ‘tidak ada’. Kesalahan terakhir yang penulis sering gunakan dalam blognya ialah membuat kesalahan ejaan dengan menambahkan huruf di belakang walaupun bunyinya sama sahaja dengan ejaan yang betul. Antara perkataan tersebut ialah ‘ape’ iaitu ‘apa’, ‘nie’ iaitu ‘ini’ dan ‘punye’ iaitu ‘punya’.

Bahasa-bahasa yang digunakan oleh penulis amat tidak sesuai untuk dijadikan contoh kerana penggunaan bahasanya sama sekali tidak betul dan boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu. Dalam pada masa yang sama, kesalahan penulis ini akan mengakibatkan anak-anak muda keliru dengan penggunaan bahasanya dan dikhuatiri akan terikut-ikut dengan kesalahan bahasa tersebut. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab bagi si penulis blog tersebut untuk menggunakan bahasa yang betul ketika ingin menyiarkan ceritanya di laman web agar tidak merosakkan bahasa ibunda kita.

Kesimpulannya, media elektronik seperti komputer dan telefon bimbit memang membawa banyak kemudahan kepda kita tetapi kita mestilah menggunakannya dengan sopan-santun. Kita mestilah menunjukkan nilai-nilai kesantunan dalam percakapan harian malah menggunakan bahasa yang santun semasa memberi komen dalam laman sosial Facebook atau menghantar SMS kepada rakan. Kita dilarang sama sekali untuk menggunakan bahasa singkatan mahupun bahasa rojak dalam media kerana amat menjejaskan imej seseorang.

Oleh itu, setiap individu perlu sentiasa beringat bahawa sering menggunakan bahasa yang sesuai ketika menggunakan media elektronik. Pihak kerajaan seharusnya memberikan perhatian terhadap bahasa-bahasa yang sering digunakan oleh pihak media massa agar tidak berlebihan dengan sentiasa membuat pemantauan dan menapis kata-kata dalam sesebuah laman web sebelum ianya ditayangkan kepada umum di samping mengadakan

(16)

kempen-kempen yang bersesuaian bagi menangani isu ini. Selain itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan dengan mengawal gerak geri anak-anak ketika mereka menggunakan media elektronik agar mereka menggunakan bahasa yang betul dan sopan dan tidak menyakitkan hati orang lain di samping mempraktikkan menggunakan bahasa yang betul dalam komunikasi seharian.

(17)

9.0 Rumusan

Berdasarkan segala perbincangan melalui esei dan kajian kes, jelaslah bahawa kesantunan sangat penting dalam kehidupan kita. Dalam usaha kita mengekalkan kesantunan, pasti akan berlaku beberapa faktor yang membawa kepada kerosakan kesantunan. Ketika saya melakukan tugasan ini, saya sedar bahawa negara kita sekarang dilanda dengan pelbagai isu kesantunan yang susah untuk dibendung. Melalui pembacaan saya juga terdapat pelbagai rintangan dalam usaha untuk menangani isu ini kerana tidak semua pihak mahu memberikan kerjasama kerana mereka hanya rela berpeluk tubuh daripada mencari jalan penyelesaian. Sabah hari dada-dada akhbar penuh dengan masalah yang membimbangkan dan boleh menjatuhkan imej negara. Sukar bagi saya mendapatkan kepastian tentang isu-isu yang dipersoalkan namun dengan pembacaan dan kajian yang banyak, saya mendapati faktor utama berlakunya isu-isu sebegini adalah diri sendiri yang mudah terpengaruh dengan persekitaran.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pihak untuk memastikan nilai-nilai kesantunan yang sering diamalkan sejak dari dulu lagi tak ditelan dek zaman. Biarlah negara kita terus maju tetapi aspek kesantunan dalam kehidupan tidak dilupakan. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, negara kita sudah tentu dikejutkan dengan pelbagai isu-isu kesantunan yang saban hari makin berleluasa. Namun, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk bersama-sama berganding bahu menangani masalah ini bagi memastikan negara kita menjadi sebuah negara yang bukan sahaja maju malah kaya dengan kesantunan. Sekiranya kita mahukan orang lain mempunyai nilai kesantunan dalam diri mereka, kita sendiri yang perlu menunjukkan nilai itu terlebih dahulu agar mereka boleh mencontohi kita. Hal ini bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk negara kerana pelancong asing yang berkunjung ke negara kita sudah tentu tertarik dengan sikap yang kita tunjukkan kepada mereka dan sekali gus menaikkan maruah negara kita. Harapan saya seluas langit biru, setinggi Gunung Kinabalu, sederas air terjun yang mengalir untuk melihat agar setiap rakyat Malaysia membuat anjakan paradigma bagi memastikan diri mereka kaya dengan nilai-nilai kesantunan terutama anak-anak remaja kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

(18)

10.0 Refleksi

Pertamanya saya ingin mengungkapkan perasaan syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya lalui semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Kemudian saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pehak-pihak yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus saya ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Saya selaku pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2015 bagi semester ini telah ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012). Saya merasakan tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru bagi saya kerana subjek ini merupakan subjek yang belum pernah saya pernah ambil samada semasa saya di sekolah rendah mahupun ketika saya di sekolah menengah. Walaupun subjek ini merupakan subjek tambahan, namun subjek ini perlu diambil oleh pelajar-pelajar PPISMP bagi tahun ini. Subjek ini telah membawa markah sebanyak 100% bagi kerja kursus ini jadi saya perlu membuat kerja kursus ini dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu untuk mendapatkan markah yang terbaik bagi kerja kursus ini saya perlu mengetahui pelbagai ilmu yang berkaitan dengan subjek ini. Sebelum saya mendapat kerja kursus ini, fikiran saya seringkali dihantui dengan persoalan-persoalan mengenai kerja kursus saya ini tentang bagaimana untuk melaksanakan kerja kursus ini. Pada mulanya saya berasa begitu janggal proses untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran dan kaedah pengumpulan bahan-bahan dan maklumat-maklumat dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Saya juga telah mengambil inisiatif untuk memahami persoalan yang dikemukakan dengan sering membaca persoalan tersebut secara berulang kali.

Semasa saya tugasan individu ini, saya telah mengalami sedikit masalah samada untuk melaksanakan kerja kursus ini mahupun untuk mencari bahan-bahan bagi menyiapkan kerja kursus itu sendiri. Semua tindakan saya ini perlu saya lakukannya dengan seorang diri. Namun begitu saya juga turut menghadapi beberapa kekangan yang perlu saya hadapi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Kaedah untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui cara-cara untuk memanipulasikan pengetahuan berasaskan kehendak soalan merupakan salah satu kekangan bagi saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Melalui kekangan ini, ia telah mengajar saya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar senior dalam bertanyakan setiap persoalan yang dikemukakan. Selain itu ia juga telah mengajar saya tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan menggunakan pemikiran yang terbuka dan matang. Semasa

(19)

melaksanakan kerja kursus ini saya banyak menggunakan pencarian maklumat-maklumat dan bahan-bahan berasaskan internet untuk memenuhi segala persoalan yang dikehendaki dalam tugasan ini. Pencarian maklumat dan bahan melalui internet ini secara tidak langsung telah membantu sedikit sebanyak memudahkan kerja saya dalam melaksanakan kerja kursus ini kerana saya sering meminjam kemudahan internet daripada kawan untuk mencari Cadangan saya seterusnya melalui kajian saya ini, saya akan menggunakan pengalaman-pengalaman dan iktibar-iktibar yang saya perolehi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini akan saya praktikkan dan menerapkan kedalam diri anak-anak murid saya pada masa hadapan. Saya berharap agar, segala pendekatan yang saya lakukan ini dengan secara tidak langsung dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam dunia pendidikan agar dunia pendidikan di Malaysia akan dikenali dan menjadi lebih mantapkan kukuh pada satu tahap yang sukar dicapai oleh negara lain. Melalui pemantapan tersebut, ia juga dapat membantu negara Malaysia secara tidak langsung dapat bersaing dengan negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan yang utuh seperti Jepun. Akhirnya melalui kajian saya ini, saya juga berharap agar semua masyarakat diluar sana akan mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai panduan serta memberikan pengajaran kepada kehidupan seharian masyarakat di Malaysia kini.

(20)

11.0 Rujukan

BUKU

Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan, Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Dr. Faridah binti Nazir, Ratna Laila binti Shahidin dan Faiziah binti Shamsudin, 2014. Kesantunan Masyarakat Malaysia. Selangor. Penerbitan Multimedia.

Noriati A. Rashid, 2004. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

LAMAN WEB

Chen Kit Yee. (2013, Ogos 13). Isu Media – Kesantunan Bahasa Dalam Media. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://kesantunanm.blogspot.com/2013/08/isu-media.html# Hema Joo. (2013, Ogos 5). Kesantunan Bahasa. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://hemajoo95.blogspot.com/2013/08/kuliah-3-konsep-kesantunan-dan.html?m=1 Munsyi Mohar. (2009, Noember 1). Kesantunan Berbahasa. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://munsyimohar.blogspot.com/2009/11/kesantunan-berbahasa.html?m=1 James Min. (2013, Ogos 15). Isu-isu Kesantunan Masyarakat Malaysia. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://babacream0934.blogspot.com/2013/08/isu-isu-kesantunan-masyarakat-malaysia.html?m=1

Jahieyraa. (2014, April 19). Konsep Budi Bahasa dan Kepentingannya dalam Masyarakat Malaysia. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada

http://ustajahieyraa.blogspot.com/2014/04/gsb-1062-konsep-budi-bahasa-dan.html?m=1 Nur Hafiza Azliana binti Ibrahim. (2012, April 23). Kesantunan Bahasa. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://fizayana.blogspot.com/2012/04/situasi-31-kesantunan-berbahasa.html?m=1

Mapoti Everlast. (2013, Oktober 3). Isu Bahasa Singkatan. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://mapotieverlast.blogspot.com/2013/10/isu-bahasa-singkatan.html?m=1

(21)

Mapoti Everlast. (2013, Oktober 3). Isu Penggunaan Bahasa Kasar. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada

http://mapotieverlast.blogspot.com/2013/10/isu-penggunaan-bahasa-kasar_3.html?m=1

Mapoti Everlast. (2013, Oktober 3). Isu Kerosakan Penggunaan Bahasa Pada Masa kini (bahasa rojak). Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada

http://mapotieverlast.blogspot.com/2013/10/kerosakanpenggunaan-bahasa-pada-masa.html?m=1

Izani Haji Daud, M. MLS. (2013, Jun 14). Remaja dan Kesantunan Bahasa. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada

http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2013/06/remaja-dan-kesantunan-berbahasa.html?m=1

Smilenajah93. (2012, Januari 13). A Week in UIA Gombak. Dicapai pada 29 Ogos 2015 daripada http://smilenajah93.blogspot.my/2012/01/week-in-uia-gombak.html?m=1

(22)

Referensi

Dokumen terkait

Kelima senyawa organoklor tersebut disintesis dari senyawa prekursor yang sama, yaitu heksaklorosiklopentadiena (A), yang mengalami reaksi sikloadisi Diels-Alder dengan senyawa

Apakah anda pernah mencuci tempat tidur/ bantal yang anda

Dari analisis pada keenam buku tersebut, data menunjukkan bahwa bentuk poskolonial yang paling banyak ditemukan ada pada buku Mosaic One sejumlah 13, selanjutnya adalah buku

Dapat disimpulkan bahwa keputusan pembelian merupakan kegiatan pemecahan masalah yang dilakukan individu dalam pemilihan alternatif perilaku yang sesuai dari dua

Agnes Sindi Areta, 2020, 201510050311013, Universitas Muhammadiyah Malang, Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Jurusan Ilmu Pemerintahan, Network Governance

Kelompok kontrol Semua masyarakat yang tinggal di daerah yang belum pernah dilaporkan ada kasus leptospirosis dalam 2 minggu terakhir terhitung dari saat kasus di rawat, tidak

Jokioisissa heinäkuussa kesinä 1935 ja 1936. Anzahl der Hummeln je ha in den verschiedenen Anbaugebieten des Rotklees in Jokioinen im Juli 1935 und 1936. Flavaintovuosi ja alueen

Di sana jelas­jelas ada banyak gadis lain yang lebih memesona, ter tawa, berlenggak­lenggok memenuhi keriuhan aula dansa, tergoda oleh hiruk­pikuk kalangan atas yang