Kuliah 7 dan 8
BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang
Sejarah
Melayu-Pendapat A. Teeuw,
•
“….Sejarah Melayu adalah salah satu karangan
yang terpenting dan yang memikat sekali dari segi
kesusasteraan Melayu”
Kepentingan Sejarah Melayu
• Rujukan bagi mengetahui segala hal yang
berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah
kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak
kehidupan masyarakat golongan istana pada
zaman itu.
• Naskhah Sejarah Melayu Terbahagi kepada 3 jenis
• naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London • Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A
Shellabear dan edisi Dulaurier
• Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London
Pengarangan Sejarah Melayu
• Naskhah Shellabear
• “ maka berkata ia kepada fakir, hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah ia daripadanya…”
• Menunjukkan bahan kandungan SM disusun pada tahun 1612 M itu telah sedia ada, iaitu daripada Hikayat Melayu dari Goa yang dijadikan dasar atau rangka yang diperbaiki.
Nakhkah Raffles 18
• “… maka fakir karanglah hikayat ini kama sama’tu min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja….”
• Menunjukkan SS turut menggunakan bahan-bahan daripada riwayat orang tua-tua yang mengetahui salasilah raja-raja Melayu ketika itu.
Pengarang Sejarah Melayu- Pandangan Winstedt
• Tun Seri Lanang• Bendahara Paduka Raja
• Keturunan Bendahara Melaka dan Johor • Hidup pada akhir abad ke-16-awal abad ke-17 • Menyelesaikan SM pada zaman Sultan Alauddin
Riayat Shah
• Seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni. • Rapat dengan golongan istana
• Sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hik.Hamzah, Hik Muhammad Ali Hanafiah dsb • Mengetahu bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan
Tamil.
Pendapat Sheikh Nurudin Al Raniri
• Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang, BendaharaPaduka Raja untuk menjunjung titah Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tarikh perintah itu dicatat pada 12 Rabiulawal tahun 1021 H bersamaan 13 Mei 1612 bertempat di Pasir Raja.
Pendapat tokoh tentang pengarang Sejarah Melayu
• Ismail Hussein, “ Tun Seri Lanang bukan pengarang tetapi penyalin nakhkah asli yang dibawa dari Goa.
• Penulis asal Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang
Seni Kepengarangan Sejarah Melayu
• Pengarang adalah sebagai pewaris “yang empunya ceritera”.Istilah yang digunakan ialah …menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah…….
• Pengarang atau”penyalinnya” mengambil bahannya, malah ilhamnya daripada hasil terkumpul yang ditinggalkan oleh “ceritera orang tuha-tuha”
• Pengarang Sulalatus Salatin misalnya berkata, bahawa dia menerima titah daripada rajanya supaya mengarangkan (diperbuatkan) “hikayat….perteturun segala raja-raja Melayu
• Pengarang SS /SM tidak seluruhnya bertujuan untuk menyukakan hati duli hadhrat baginda.
• Pengarang tidak selalu berusaha untuk menutup kesalahan raja atau untuk “menyorok” kisah buruk yang mungkin tidak disukai oleh raja atau keturunannya.
• Pengarang cuba menceritakan apa yang “sebenarnya’ berlaku menurut ceritera orang dahulu kala. Contoh:
• Kalaulah Sultan Mahmud Syah membaca hikayat SS /SM, mungkin baginda akan berasa malu atau murka kepada pengarangnya kerana menceritakan “kezaliman” raja membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh anggota keluarga semata-mata berdasarkan fitnah orang, tanpa usul periksa.
• Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai raja Melayu yang agung,
yang gah, sehingga semua negeri dan raja-raja lain merafak sembah kepada baginda . Kemudian pengarang menceritakan kisah kejatuhan Sultan Mahmud ini apabila Portugis menawan Melaka.
• Sultan yang agung ini terpaksa lari ke Bentan dan apabila Portugis
menyerang dan mengalahkan Bentan, baginda terpaksa lari ke hutan, berjalan “ terpelecok-pelecok” dan terpaksa meminta nasi daripada orang desa. Akhirnya baginda merempat ke Kampar dan di situ baginda meninggal dunia dalam keadaan yang hina dan tidak mempunyai kuasa agung lagi.
• Pengarang menyampaikan cerita ini tanpa menyebelahi mana-mana
pihak kerana dia bukan pengkritik atau pengulas tetapi “tukang cerita” atau seniman yang taat kepada warisannya, kepada cerita orang tuha-tuha dahulu kala.
• Pengarang mahu pembacanya menyedari bahawa “raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah”
Rumusan Kandungan Sejarah Melayu
• Nakhkah Raffles 18 megandungi 31 bab dan
kandungannya lebih tua daripada nakhkah
Shellabear
• Nakhkah Shellabear mengandungi 34 bab.
Aspek Ketatanegaraan • Konsep Kerajaan dan Negara
• Satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar. • Jajahan takluk
• Kuasa raja dalam menggubal undang-undang • Pelantikan raja dan pengganti
Aspek Kesusasteraan
• Aspek perwatakan • Teknik penceritaan • Penggunaan puisi tradisional • Penggunaan bahasa perlambangan
Aspek budaya dan kemasyarakatan
• Kedudukan raja Melayu dalam masyarakat • Pakaian diraja dan kelengkapannya • Adat mengadap raja dan budaya di istana • Cara mengiringi raja• Senjata dan kelengkapan perang • Alat kebesaran dan perhiasan
• Adat perkahwinan, perayaan dan adat Islam yang diamalkan
• Amalan hidup rakyat jelata
Aspek Bahasa SM
• C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan
sumber bahasa yang penting.
• “ Bahasa yang dipakai dalam SM itu ialah
bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu
kuno yang baik. Bangsa Eropah sentiasa amat
Waadat Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba
• Maka dipersembahan oleh Wan Empuk dan Wan Malini pada Sang Sapurba, Demang Lebar Daun ada beranak seorang perempuan; maka disuruh pinang oleh Sang Sapurba. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya kedal ia; tetapi jikalau tuanku mau berwaadat dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan.” • Adapun Demang Lebar Daunlah yang pertama punya bahasa ‘Yang Dipertuan’ dan
Jenis Aksara
• Tulisan Jawi yang telah disesuaikan dengan
bahasa Melayu ketika itu.
• Huruf baharu yang ditambah:
•
pa, nga, ga, nya, dan ca
• Contoh cucu, ceritera (carita) empunya.
Ilmunya, lagi, daripada, kepada
Sistem ejaan
• Sistem ejaan lama
• Contoh: suroh berhadir ( suruh hadir)
• Membacha (membaca)
• Dudok (duduk) sa orang (seorang, terlebeh
(terlebih) chuchu, di-ketahui,
• isti-adat-nya, ada-lah dll.
Aspek fonetik dan fonologi
• Fonetik – ilmu bahasa yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya.
• Fonologi – kajian tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu bahasa
• SM cetera ketiga puluh dua: Tun Seri Lanang
menceritakan Tun Mai Ulat Bulu telah
menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak
dapat menyebut perkataan-perkataan Melayu
seperti kusying (kucing), kunit (kunyit) dan
niru (nyiru)
Morfologi
• Menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan tatabahasa yang semakin sempurna.
• Penggunaan imbuhan, contoh:
• Per/kata/an, meng/himpun/kan, di/per/buat/kan. • Penggunaan kata pangkal ayat yang lazimnya
digunakan dalam teks hikayat seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan beberapa lagi. Contoh: Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi…. • Penggunaan kata yang mengelirukan. Contoh: • Seorang dayang-dayang raja…. (SM hlm 130)
• Penggunaan kosa kata lama
• Kedal (sejenis penyakit kulit), tulah, bermukah, azmat (hebat) • Perkataan Arab – Bis-millahi’r-rahmani’ r-rahim. Subhana
‘llahu ‘l-maliku ‘ l-jabbar
• Perkataan Jawa – dilihat semasa rombongan Sultan Mansor Shah berada di Majapahit. Ketampanan dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah amat digilai oleh perempuan-perempuan Jawa sehingga dipantunkan dalam bahasa Jawa, “ Onya suruh tanggapan penlipur, saben dina katon perandene duka ugi
• ( Ini sirih sambut oleh mu, akan penglipur rasa berahi, sehari-hari dilihat sungguh demikian pun rindu juga)
Perkataan Siam
• Maharaja Dewa Sura melarikan diri daripada
bala tentera Melaka. Apabila sampai di sebuah
jeram, dia memerintah orang-orangnya
memperlahankan perahu mereka. Katanya
dalam bahasa Siam, “Kwai, kwai” yang
bermaksud perlahan-lahan. (SM hlm 74)
Perkataan Parsi
• “Arayat juna bakhsanat sultan kahsad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar dan raja umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon itu tidak dapat berdiri.
• Aspek Sintaksis • Bentuk pasif • Ayat sonsang
• Wbp terdapat juga penggunaan ayat-ayat yang pendek dan
Penggunaan Kiasan
• Menceritakan betapa ramainya rakyat tenteraseorang raja,” ..maka Raja Culan pun berangkat mengeluari Raja Suran: rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh, rupa gajah dan kuda seperti pulau, rupa tunggul panji-panji seperti hutan, rupa senjata berlapis-lapis, rupa cemara tombak seperti
Penggunaan puisi
• Peristiwa pembunuhan Tun Jana di Singapura
digambarkan dalam pantun:
• Telur itik di Singgora
•
Pandan terletak di langkahi
• Darahnya titik di Singapura
•
Badannya terhantar di Langkawi
Bidalan
• Bidalan Arab• Al –mahabbatu bainun manfiyyun • Wa l-isyaqu fikrun manfyyun • Al-mahabbatu nafyu’ l-bain • Wa ‘-’isyqu nafsu ‘l-bayan
• (hlm 194)
• Maksud ( Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada)