• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN PB JOURNEY GOLDEN SAVERS TERMA DAN SYARAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMPEN PB JOURNEY GOLDEN SAVERS TERMA DAN SYARAT"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

[1]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021 KEMPEN PB JOURNEY GOLDEN SAVERS

TERMA DAN SYARAT

Kempen PB Journey Golden Savers (“Kempen”) ini dilancarkan oleh Public Bank Berhad No. Pendaftaran 196501000672 [6463-H] (“PBB”). Terma dan syarat yang berikut mengawal Kempen ini yang ditawarkan kepada Peserta yang Layak, seperti yang ditakrifkan selepas ini:-

1. Tempoh Kempen

1.1 Kempen ini akan berlangsung dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Januari

2021 [termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”)].

1.2 Kempen ini boleh didapati di semua cawangan PBB di Malaysia.

2. Kelayakan

2.1 Pelanggan PBB individu baharu dan sedia ada, termasuk bukan

pemastautin, berumur 50 tahun ke atas pada waktu penyertaan layak untuk mengambil bahagian (“Peserta yang Layak”).

2.2 Pelanggan yang berikut TIDAK layak untuk mengambil bahagian dalam

Kempen ini:

a) Kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak PBB, Public Islamic

Bank Berhad (“PIBB”) dan Public Investment Bank Berhad; dan

b)Bukan individu iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti

korporat, persatuan, kelab, sekolah dan pertubuhan.

2.3 Pemegang akaun bagi Akaun Simpanan 50 PLUS (50SA) dan Akaun

Deposit Tetap PB Golden 50 PLUS (50FD) mestilah atas nama individu yang sama.

2.4 Untuk akaun bersama, hanya pemegang akaun yang namanya pertama

tercatat dalam rekod PBB akan dikenal pasti sebagai Peserta yang Layak.

2.5 Deposit yang dibuat di bawah Kempen ini tidak boleh dan dilarang untuk

diuntukkan atau digunakan untuk apa-apa kempen lain yang dijalankan serentak semasa Tempoh Kempen, atau apa-apa lanjutan selepas itu.

2.6 Dana yang digunakan untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini

mestilah dana baharu. “Dana baharu” merujuk dana yang bukannya

daripada dana sedia ada yang disimpan dalam mana-mana akaun deposit Peserta yang Layak dengan PBB atau PIBB.

(2)

[2]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021

2.7 Sumber dana baharu yang boleh diterima adalah seperti yang berikut:-

a) Tunai yang diterima daripada sumber luar;

b) Prosid yang diterima daripada pendebitan suatu akaun (dengan syarat

sumber dana adalah dana baharu yang didepositkan dalam akaun berkenaan);

c) Prosid daripada Cek Sendiri daripada pihak ke-3;

d) Prosid daripada Cek Tempatan; dan/atau

e) Prosid daripada Pindahan Telegraf (TT) /GIRO Antara Bank (IBG)/

RENTAS daripada bank-bank lain.

2.8 Dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas dana baharu ini dipindahkan

kepada PBB dalam mana deposit disimpan, Peserta yang Layak mesti mengunjungi cawangan pemegang akaun untuk memaklumkan / membenarkan cawangan untuk melaksanakan peletakan tersebut.

2.9 Deposit yang dibuat menggunakan cek tertakluk pada penjelasan cek dan

akan hanya dianggap sebagai deposit oleh Peserta yang Layak selepas cek tersebut dibayar atau dijelaskan dan akan hanya dianggap laku jika tidak dipulangkan sebagai cek tak laku. Untukkan amaun deposit itu akan berkuat kuasa selepas fasal ini dipenuhi.

2.10 Kempen ini tidak sah dengan promosi produk lain yang ditawarkan

serentak oleh PBB.

3. Ciri-ciri Kempen

3.1 Produk dan Perkhidmatan yang Layak di bawah Kempen ini adalah

seperti yang berikut:

No. Produk dan Perkhidmatan yang Layak

1 Akaun Simpanan 50 PLUS (50SA)*

2 Akaun Deposit Tetap PB Golden 50 PLUS (50FD)*

3 Perkhidmatan Penulisan Wasiat

*Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

3.2 Untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta yang Layak perlu

membuka 50SA dengan deposit pembukaan permulaan sebanyak RM500 (pemegang akaun baharu) atau menambah RM500 dalam 50SA (pemegang akaun sedia ada) dan membenarkan amaun deposit itu

diuntukkan selama 4 bulan untuk layak bagi peletakan dalam 50FD di

(3)

[3]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021

3.3 Untukkan 50SA hendaklah dibuat di Cawangan Pemegang Akaun semasa

Tempoh Kempen.

3.4 Kadar faedah promosi yang ditawarkan di bawah Kempen ini adalah

seperti yang berikut:

Untuk tempoh kempen:

Dari 1 Oktober 2020 hingga 14 Januari 2021

Dari 25 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021

Tempoh (Bulan)

Kadar Faedah Promosi (% setahun)

3 2.10

6 2.20

9 2.30

Dari 15 Januari 2021 hingga 24 Januari 2021

Tempoh (Bulan)

Kadar Faedah Promosi (% setahun)

3 1.90

6 2.00

9 2.10

3.5 Peletakan 50FD ini tertakluk pada had minimum dan maksimum seperti

yang berikut:

Peletakan Deposit

Minimum Maksimum

RM5,000 setiap resit RM5 Juta setiap pelanggan

3.6 Sekiranya amaun deposit yang diuntukkan dalam 50SA dibatalkan,

dikeluarkan atau ditarik balik sebelum tamatnya tempoh untukkan yang ditetapkan di bawah Kempen ini atas apa juga sebab, Peserta yang Layak perlu menarik balik peletakan 50FD yang belum matang itu pada hari yang sama.

3.7 Sekiranya Peserta yang Layak berhasrat untuk menutup 50SA sebelum

peletakan 50FD itu matang, Peserta yang Layak perlu mengeluarkan amaun deposit yang diuntukkan, menutup 50SA tersebut, sebelum matang dan menarik balik peletakan 50FD itu pada hari yang sama.

(4)

[4]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021

3.8 Penukaran Produk yang Tidak Layak kepada Produk yang Layak dalam

Tempoh Kempen tidak melayakkannya untuk menyertai Kempen ini.

3.9 Produk yang Layak yang dirangkaikan dengan kemudahan kredit/

pinjaman/pembiayaan Peserta yang Layak tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.

3.10 Peserta yang Layak dibenarkan untuk membuat peletakan 50FD dalam

resit pelbagai tertakluk pada amaun minimum sebanyak RM5,000 setiap resit.

3.11 Peserta yang Layak dibenarkan untuk membuat peletakan 50FD berganda

sehingga RM5 Juta setiap pelanggan selagi beliau mempunyai satu (1) deposit yang diuntukkan di bawah Kempen ini.

3.12 Kadar faedah promosi diterima pakai untuk satu (1) pusingan sahaja.

Apabila matang, 50FD itu akan diperbaharui secara automatik pada kadar kaunter semasa 50FD Bank untuk tempoh yang sama.

3.13 Faedah 50FD akan dikreditkan dalam 50SA Peserta yang Layak setiap

bulan.

3.14 Faedahdikira berdasarkan bilangan hari sebenar.

3.15 Kadar faedah promosi ditetapkan semasa penyertaan / peletakan.

3.16 Peletakan deposit di bawah 50FD ini yang dikeluarkan sebelum

matang semasa tempoh masa berkenaan, tidak layak untuk mendapat apa juga faedah dan apa-apa faedah bulanan yang dikreditkan sebelum pengeluaran sebelum matang 50FD bagi setiap bulan penuh akan ditolak daripada amaun pokok sebelum amaun pokok 50FD dikeluarkan kepada Peserta yang Layak.

Syarat di atas akan terus diterima pakai apabila peletakan 50FD diperbaharui.

(5)

[5]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021

3.18 Semua arahan bagi pengeluaran peletakan 50FD mesti dibuat dengan

memberi arahan bertulis yang jelas dan tepat dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh penandatangan yang dibenarkan bagi akaun tersebut berkaitan dengan pengeluaran dan pelupusan deposit berkenaan. PBB berhak untuk menolak / mengelak daripada melaksanakan arahan tersebut sekiranya tandatangan pada dokumen seumpama itu, pada pandangan PBB berbeza daripada tandatangan contoh yang diberi. Semua pindaan dalam arahan tersebut hendaklah disahkan dengan tandatangan seperti mana tandatangan contoh.

3.19 Apa-apa peletakan yang dibuat di bawah Kempen ini tidak dibenarkan

untuk dijadikan sandaran bagi apa-apa overdraf/kemudahan tunai-i/ kemudahan atau pembiayaan lain.

4. Hadiah Tunai

4.1 Pelanggan 50SA akan layak mendapat Hadiah Tunai apabila mereka

membuat yang berikut:

a) Pendaftaran PBe

Hadiah Tunai sebanyak RM8 akan diberikan kepada 1,000 orang

Pelanggan 50SA yang pertama yang mendaftar untuk PBe setiap bulan.

b) Urus niaga DuitNow

Hadiah Tunai sebanyak RM8 akan diberikan kepada 1,000 orang

Pelanggan 50SA yang pertama yang membuat minimum 3 urus niaga DuitNow melalui PBe / PB engage setiap bulan.

c) Pembayaran Bil dan/atau JomPAY

Hadiah Tunai sebanyak RM8 akan diberikan kepada 1,000 orang

Pelanggan 50SA yang pertama yang membuat 3 pembayaran bil dan/atau JomPAY melalui PBe / PB engage setiap bulan.

4.2 Setiap Pelanggan 50SA layak untuk SATU (1) Hadiah tunai daripada

setiap kategori di bawah perkara 4.1(a), (b) dan (c) sepanjang Tempoh Kempen.

4.3 Hadiah Tunai akan dikreditkan dalam akaun pelanggan 50 SA dalam

(6)

[6]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021 5. Perkhidmatan Penulisan Wasiat

5.1 Pelanggan 50SA juga akan layak untuk fi promosi apabila mereka mendaftar untuk perkhidmatan Penulisan Wasiat dengan PB Trustee Services Berhad (PB Trustee) seperti yang berikut:

Perkhidmatan yang

Layak Pewasian Fi Promosi (RM)

Penulisan Wasiat Biasa (Satu kali) Individu 250 PB Trustee 225 Penulisan Wasiat yang Komprehensif (Satu kali) Individu 400 PB Trustee 400 Penjagaan Wasiat Sepanjang Hayat

Individu (Boleh Pilih) 400

PB Trustee (Wajib) 300 Fi Pengurusan Harta Pusaka PB Trustee dilantik sebagai wasi Diskaun 20% atas Fi Pentadbiran Aset Harta Pusaka (Hanya diterima pakai untuk pelaksanaan Wasiat pada tahun pertama sahaja)

5.2 Sekiranya PB Trustee dilantik sebagai Wasi untuk Wasiat pelanggan, fi penjagaan sepanjang hayat bagi Wasiat itu adalah wajib dan pelanggan layak untuk menikmati fi promosi sepanjang tempoh kempen ini.

5.3 Bagaimanapun, sekiranya pelanggan memilih untuk melantik seorang Individu sebagai wasi untuk wasiat pelanggan tersebut, fi penjagaan sepanjang hayat Wasiat itu adalah opsyenal. Pelanggan masih boleh menggunakan perkhidmatan Penjagaan Wasiat Sepanjang Hayat PB Trustee untuk menyimpan Wasiat mereka.

5.4 Fi Pentadbiran Harta Pusaka dikenakan setiap tahun daripada permulaan proses harta pusaka sehingga aset diagihkan sepenuhnya. Bagi tujuan kempen ini, pelanggan yang melantik PB Trustee sebagai Wasi akan menikmati diskaun sebanyak 20% untuk tahun pertama Fi Pentadbiran Harta Pusaka.

(7)

[7]

Versi 3. Dikemas kini pada 25 Januari 2021 6. Hak PBB

6.1 Melainkan bagi kadar faedah promosi yang dinyatakan dalam Perkara 3.4

di atas yang ditetapkan semasa penyertaan / peletakan tersebut, PBB boleh meminda, memotong dan/atau membuat penambahan pada mana-mana Terma dan Syarat lain dari semasa ke semasa dengan memberi notis terlebih dahulu sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar melalui laman web PBB atau apa-apa kaedah komunikasi lain yang diluluskan dan pindaan, potongan atau penambahan sedemikian hendaklah berkuat kuasa pada tarikh sebagaimana yang akan ditetapkan oleh PBB. Dengan terus mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta yang Layak dianggap bersetuju untuk terikat dengan pindaan, potongan atau penambahan Terma dan Syarat seumpama itu seperti yang dinyatakan di atas.

7. Lain-lain

7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta yang Layak:-

a) bersetuju bahawa terma dan syarat ini akan diguna pakai

bersama-sama dengan Peraturan-peraturan yang mengawal pembukaan dan pengendalian Produk yang Layak dengan PBB, yang sesalinannya telah diberikan kepada Peserta yang Layak. Sekiranya terdapat konflik atau percanggahan antara terma dan syarat ini dengan Peraturan-peraturan yang mengawal pembukaan dan pengendalian Produk yang Layak itu, terma dan syarat ini akan diberi keutamaan dan didahulukan;

b) bersetuju dan membenarkan maklumat berkenaan dengan Produk

yang Layak itu untuk diproses, dikumpul, digunakan dan disimpan oleh PBB bagi tujuan Kempen ini; dan

c) bersetuju bahawa keputusan PBB adalah muktamad.

7.2 Untuk membaca Notis Kerahsiaan PBB mengenai bagaimana PBB

menggunakan maklumat anda atau sekiranya anda ingin mendapat berita mengenai produk dan perkhidmatan PBB termasuk tawaran promosi dan bahan pemasaran PBB, sila layari www.pbebank.com atau kunjungi mana-mana cawangan PBB.

********************************************************************* Ruang Selebihnya pada Muka Surat ini Sengaja Dibiarkan Kosong

Referensi

Dokumen terkait

Pada proses pemesanan produk, pelanggan harus login dengan akun yang sudah dibuat pada situs terlebih dahulu. Setelah login, pelanggan memilih menu belanja untuk

yang senantiasa memberikan segala rahmat sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Return On Investment, Return On Equity, Total Asset Turn

Selain dari itu juga karena tingginya permintaan pasar akan kain tenun sebagai maskawin serta permintaan kreasi tenun, sehingga saya tergerak untuk mendirikan sanggar yang diberi

Rencana Kerja Dinas Kominfo Kabupaten Temanggung Tahun 2021 adalah dokumen perencanaan daerah Kabupaten Temanggung untuk periode Tahun 2021 yang memuat

Berdasarkan latar belakang yang sudah diuraikan, rumusan masalah yang akan dibahas dalam tugas akhir ini adalah bagaimana membuat suatu sistem informasi berbasis web

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama