• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN MENGGUNAKAN GIMP (ASAS)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Panduan ini disediakan oleh Kolej Komuniti Gerik, Perak (KKGP) untuk kemudahan pengajar dan peserta Kursus GIMP (Asas) yang dianjurkan oleh KKGP. Walau bagaimanapun, peserta dan orang ramai dibenarkan untuk membuat salinan pendua

dan mengedarkan panduan ini kepada sesiapa sahaja TANPA perlu meminta kebenaran daripada pihak KKGP terlebih dahulu.

Selain itu, orang ramai juga dibenarkan, malah dialu-alukan, untuk mengambil, mengubahsuai, atau mengemaskini isi kandungan panduan ini untuk ditambah baik bagi kebaikan bersama TANPA perlu meminta kebenaran daripada pihak KKGP terlebih dahulu.

Namun begitu, nama KKGP adalah terkecuali daripada pernyataan di atas.

Nama KKGP MESTI dipadam daripada panduan yang telah diubahsuai. Nama KKGP tidak boleh digunakan di mana-mana bahagian panduan tersebut kecuali di bahagian rujukan.

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Isi kandungan panduan ini:

Perkara Muka surat

Senarai Isi Kandungan 01

01. Pengenalan kepada GIMP 02 02. Pengenalan kepada Antaramuka (Interface) Pengguna GIMP 03 – 04

03. Asas sebelum Menggunakan GIMP untuk Menyunting Gambar 05 – 08 04. Panduan Asas Menyunting Gambar

 Potong gambar (Image Crop)

 Kecilkan/Besarkan gambar (Image Resize)

 Tukar tahap kecerahan gambar (Change image brightness level)  Tukar gambar berwarna menjadi gambar hitam putih

 Padam bahagian tertentu pada gambar

 Bermain dengan kesan khas kepada gambar (Filters)  Tambah tulisan pada gambar

09 09 – 10 10 10 11 11 12 05. Latihan

 Tukar latar belakang gambar 13 Sumber Rujukan

(2)

PENGENALAN KEPADA GIMP

Nama GIMP terhasil daripada singkatan kepada “GNU Image Manipulation Program”. Sesuai dengan namanya, perisian ini dihasilkan melalui sistem operasi (operating system) GNU

untuk membolehkan penggunanya mengendalikan gambar (image manipulation) untuk tugasan

seperti...

 membaiki gambar (photo retouching)

 mengubahsuai susun atur dan rupa gambar (image composition)  menyediakan pandu arah untuk antaramuka (image authoring)  mengubah format gambar (image format converter)

...dan banyak lagi.

Perisian ini boleh dipasang di komputer yang menggunakan sistem operasi Windows, Mac, GNU, atau Linux. Anda boleh muat turun perisian ini di www.gimp.org dan

(3)

PENGENALAN KEPADA ANTARAMUKA (INTERFACE) PENGGUNA GIMP

Secara umumnya, beginilah rupa antaramuka GIMP.

Pengguna tidak memilih untuk menggunakan satu tetingkap sahaja (Single Window Mode)

Pengguna memilih untuk menggunakan satu tetingkap sahaja (Single Window Mode)

4

2

3

1

4

2

3

(4)

PENGENALAN KEPADA ANTARAMUKA (INTERFACE) PENGGUNA GIMP

1. Senarai Pilihan (Menu)

2. Tetingkap Gambar (Image Window)

3. Lapisan Gambar (Layers)

(5)

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

1. Membuka gambar sedia ada untuk disunting.

 Pergi ke bahagian Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “File”.

 Tekan pada “Open”.

 Pilih gambar yang dikehendaki.

 Tekan pada butang “Open”.

 Kesannya, gambar yang dipilih akan terpapar di bahagian Tetingkap Gambar

(Image Window).

2. Membuka gambar kosong untuk disunting.

 Pergi ke bahagian Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “File”.

 Tekan pada “New”.

 Pilih tetapan yang dikehendaki seperti keluasan gambar (lebarxtinggi), jenis kedudukan (menegak atau mendatar), kedalaman warna (resolution), dan sebagainya.  Tekan pada butang “OK”.

 Kesannya, gambar kosong mengikut tetapan yang dipilih tadi akan

terpapar di bahagian Tetingkap Gambar (Image Window).

3. Menyimpan gambar yang sedang atau telah siap disunting.

 Pergi ke bahagian Senarai pilihan (Menu).  Tekan pada “File”.

 Tekan pada “Save”.

 Letakkan nama yang dikehendaki di bahagian “Name”.

 Pilih di mana anda hendak simpan gambar ini. Contoh: xampp (rujuk gambar di bawah).

 Semak di bahagian “Save in folder” untuk pastikan tempat yang dipilih tadi adalah betul.

 Tekan pada butang “Save”.

(6)

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

4. Menyimpan gambar yang telah siap disunting dalam format selain .xcf, .xcf.bz2, .xcfbz2, .xcf.gz, atau .xcfgz. Contoh: .jpg.

 Pergi ke bahagian Senarai pilihan (Menu).  Tekan pada “File”.

 Tekan pada “Export”.

 Letakkan nama yang dikehendaki di bahagian “Name”

 Untuk pilih jenis format, pergi ke bahagian “Select File Type”, tekan pada kotak yang ada bentuk + supaya senarai format yang boleh dipilih terpapar, dan pilih format yang dikehendaki.

 Pilih di mana anda hendak simpan gambar ini.

 Tekan pada butang “Export”.

 Tekan pada butang “Export” sekali lagi.

 Kesannya gambar ini akan disimpan dalam format yang dikehendaki.

5. Menetapkan nisbah untuk paparan gambar bagi memudahkan kerja menyunting.

 Pertama sekali, pastikan gambar yang hendak disunting telah dibuka. Rujuk panduan 1 dan 2 jika tidak tahu bagaimana untuk buat demikian.

 Kemudian, pergi ke Tetingkap Gambar (Image Window).  Tengok di bahagian bawah sekali.

 Anda sepatutnya akan nampak seperti gambar di atas. Tekan pada anak panah kedua untuk pilih nisbah ukuran paparan kepada ukuran sebenar gambar.

 Kesannya, kalau anda pilih 100 iaitu 100%, gambar akan dipaparkan mengikut ukuran sebenar. Kalau anda pilih 50 iaitu 50%, gambar akan dipaparkan 50% lebih kecil berbanding ukuran sebenar, dan begitulah seterusnya.

(7)

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

6. Mengubah kedudukan lapisan pada gambar.

 Apabila menggunakan GIMP, satu-satu gambar itu boleh terdiri daripada pelbagai lapisan. Contoh: Sila perhatikan di bahagian Lapisan Gambar (Layers)

pada gambar di bawah. Anda akan dapati bahawa gambar ini sebenarnya terdiri daripada 2 lapisan gambar.

 Sebagaimana di dunia sebenar, lapisan di atas akan menutup lapisan di bawah. Dalam contoh di atas, lapisan berwarna hitam legam yang dinamakan sebagai Lapisan 2 menutup lapisan bernama Lapisan 1 yang mempunyai gambar seorang lelaki.

 Untuk mengubah kedudukan lapisan, anda hanya perlu tekan pada lapisan tersebut dan seret ke kedudukan yang dikehendaki. Contoh: Lapisan 1 mahu diletakkan

di atas Lapisan 2. Maka, tekan dan seret lapisan tersebut ke atas Lapisan 2.

(8)

ASAS SEBELUM MENGGUNAKAN GIMP UNTUK MENYUNTING GAMBAR

7. Memilih kawasan yang dikehendaki pada gambar.

 Terdapat tujuh (7) alat untuk memilih kawasan yang disediakan dalam GIMP. Namun begitu,

untuk permulaan, hanya empat (4) sahaja yang akan diterangkan secara ringkas dalam panduan ini iaitu Alat Memilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool),

Alat Memilih Bentuk Bulatan (Ellipse Select Tool), Alat Memilih Bentuk Bebas (Free Select Tool), Alat Memilih Warna Lebih Kurang Sama (Fuzzy Select Tool).

 Untuk menggunakan alat di atas, pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan untuk pilih mana-mana alat yang dikehendaki. Contoh: Alat Memilih

Bentuk Petak (Rectangle Select Tool).

 Untuk Alat Memilih Bentuk Petak (Rectangle Select Tool), dan Alat Memilih Bentuk

Bulatan (Ellipse Select Tool), tekan (click) di mana-mana pada gambar. JANGAN

lepaskan tekanan tersebut. Kemudian, seret, untuk menandakan kawasan yang dikehendaki dan akhirnya, lepaskan tekanan pada tetikus (release the mouse).  Untuk Alat Memilih Bentuk Bebas (Free Select Tool), anda hanya perlu tekan,

tekan, dan tekan lagi di sekeliling kawasan yang anda kehendaki untuk menandakan kawasan tersebut.

 Untuk Alat Memilih Warna Lebih Kurang Sama (Fuzzy Select Tool), katakan anda

mahu menandakan kawasan berwarna putih sahaja, anda hanya perlu tekan sekali di kawasan tersebut.

 Kesannya, kalau anda lihat gambar di bawah, di sekeliling kawasan yang ditandakan tadi akan ada garisan putus-putus yang bergerak-gerak. Macam-macam anda boleh buat di kawasan ini.

8. Menetapkan supaya semua bahagian dalam GIMP dipaparkan dalam satu (1) tetingkap sahaja atau sebaliknya.

 Pergi ke bahagian Senarai pilihan (Menu).  Tekan pada “Windows”.

 Lihat pada “Single-Window Mode”.

Perhatikan, ada atau tiada tanda (checked) di

sebelahnya (rujuk gambar kanan).

 Jika ada, maknanya anda telah memilih tetapan supaya semua bahagian dalam GIMP dipaparkan dalam satu tetingkap sahaja. Jika tiada, maknanya adalah sebaliknya.

 Untuk menanda atau buang tanda pada tetapan “Single-Window Mode” ini, anda hanya perlu tekan (click) pada pilihan tersebut.

(9)

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

1. Potong gambar (Image Crop) – Cara 1.  Buka gambar yang dikehendaki.

 Tandakan kawasan gambar yang dikehendaki sahaja.

 Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “Image”.

 Tekan pada “Crop to Selection”.

 Kesannya...

Amaran: Sekiranya gambar ini mempunyai beberapa lapisan, semua lapisan

akan terpotong sama (rujuk gambar hujung sekali sebelah kanan di atas). 2. Potong gambar (Image Crop) – Cara 2.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Tandakan kawasan gambar yang dikehendaki sahaja.

 Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “Layer”.

 Tekan pada “Crop to Selection”.

 Kesannya...

3. Kecilkan/Besarkan gambar (Image Resize) – Cara 1.  Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “Image”.

 Tekan pada “Scale Image”.

 Tetapkan keluasan yang dikehendaki.

 Tekan butang “Scale”.

 Contoh kesannya adalah seperti gambar di bawah.

(10)

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

4. Kecilkan/Besarkan gambar (Image Resize) – Cara 2.  Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan pada alat “Scale Tool”.

 Tekan pada gambar yang hendak dibesar/kecilkan.

 Kemudian, tekan dan seret gambar untuk besarkan/kecilkan gambar.

 Dah puas hati, tekan butang “Scale”.

 Lihat pula di bahagian Lapisan Gambar (Layers). Kadang-kadang akan keluar

satu lapisan seperti yang ditunjukkan dalam gambar hujung sekali sebelah kanan di atas.

 Jika ada, tekan situ dengan butang tetikus sebelah kanan (right mouse click).  Kemudian tekan pada “Anchor Layer”.

5. Tukar tahap kecerahan gambar (Change image brightness level).  Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “Colors”.

 Tekan pada “Curves”.

 Tekan dan seret garisan di tengah-tengah tu ke atas untuk cerahkan gambar atau ke bawah untuk gelapkan gambar.

 Dah puas hati, tekan butang “OK”.

6. Tukar gambar berwarna menjadi gambar hitam putih.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “Colors”.

 Tekan pada “Desaturate”

 Pilih tetapan warna kelabu yang disukai.

(11)

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

7. Padam bahagian tertentu pada gambar.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan pada alat “Eraser Tool”.

 Tekan pada gambar yang hendak disunting.

 Kemudian, tekan dan seret pemadam untuk padam bahagian yang hendak dipadam.

 Contoh kesannya seperti gambar di sebelah kanan.

8. Bermain dengan kesan khas pada gambar

(Filters).

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke Senarai Pilihan (Menu).  Tekan pada “Filters”.

 Pilih kesan khas yang dikehendaki. Contoh: “Filter” > “Render” > “Pattern” > “Jigsaw”

 Pilih tetapan yang dikehendaki. Contoh: Untuk kesan “Jigsaw”, anda boleh pilih berapa keping pecahan gambar yang dikehendaki, kedalaman gambar, dan lain-lain.

 Dah puas hati, tekan butang “OK”.

 Contoh hasil seperti gambar di sebelah kanan.

 Lain-lain contoh kesan khas yang disediakan dalam GIMP:

9. Terbalikkan gambar.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan pada alat “Flip Tool”.

 Kemudian tengok di bahagian bawah Kotak Peralatan (Toolbox), ada kotak yang

dinamakan Tetapan Alat (Tool Options). Pilih tetapan yang

sesuai. Contoh: “Flip Type (Ctrl): Vertical”.

 Tekan pada gambar yang hendak dibalikkan.

 Contoh hasil seperti gambar di bawah:

(12)

PANDUAN ASAS MENYUNTING GAMBAR

10. Pusing gambar beberapa darjah.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan pada alat “Rotate Tool”.

 Tekan pada gambar yang hendak dipusing kedudukannya.

 Pilih tetapan yang sesuai. Contoh: “Angle: 75”

 Dah puas hati, tekan butang “Rotate”.

 Contoh hasil seperti gambar di sebelah kanan:

11. Warnakan gambar.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Tandakan kawasan gambar yang dikehendaki sahaja.

 Pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan pada alat “Bucket Fill Tool”.

 Pilih tetapan yang disukai.

 Tekan di mana-mana dalam kawasan yang telah ditandakan tadi.

 Contoh hasil seperti gambar di bawah:

12. Menambah perkataan pada gambar.

 Buka gambar yang dikehendaki.

 Pergi ke bahagian Kotak Peralatan (Toolbox).  Tekan pada alat “Text Tool”.

 Tekan dan seret untuk membentuk kotak di mana perkataan itu akan berada.

 Kemudian, terus tulis perkataan yang dikehendaki.

(13)

1. Buang latar belakang gambar. Warnakan latar belakang dengan warna hijau. 2. Buang latar belakang gambar. Gantikan dengan gambar lain.

3. Ubahsuai gambar supaya latar belakang jadi kabur. 4. Buat kad pelajar/pekerja.

SUMBER RUJUKAN

Beginning GIMP From Novice to Proffesional Second Edition oleh Akkana Peck

(2008)

GIMP - Tutorials oleh http://www.gimp.org/tutorials/

GIMP USER’S MANUAL oleh Karin Kylander & Olof S Kylander (1999)

Modul Pelatihan Desain Grafis oleh Tim Kreatif, UKM Creative Computer Club,

Universitas Trunojoyo Madura (2011)

OSCC MAMPU OSS Case Study Awards 2010 - Penulisan Nota GIMP dalam

Bahasa Malaysia oleh Duratul Ain Yahya, Bahagian Multimedia & Teknologi

Pendidikan, Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (2010)

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian yang sama juga dilaporkan bahwa LSL yang melakukan hubungan seks anal tidak aman dengan pasangan serodiskordan merupakan faktor risiko utama untuk

Berdasarkan kondisi tersebut, maka dari keempat klub tersebut, Arsenal, Tottenham Hotspur, Everton, dan Newcastle United memiliki semangat untuk melakukan

Kampung Adat Sakai Libo Jaya berada di wilayah kecamatan Kandis seperti pada umumnya wilayah Kabupaten Siak terdiri dari dataran rendah dan berbukit-bukit dengan struktur tanah

Hasil penelitian dilakukan oleh Ginarti, K (2014) menunjukkan bahwa dari 56 orang yang dijadikan sampel, terdapat 31 orang yang berpengetauan baik mengenai anemia

Metode yang dipakai dalam penelitian ini adalah deskriptif analitik, yaitu dengan memaparkan data tentang klaim asuransi dalam akad wakalah bil ujrah pada PT Asuransi Takaful

The aim of this research was to find out the effectiveness of hot seat game for teaching vocabulary at eighth grade students of SMP Negeri 3 Purwokerto in academic year

Penelitian ini berusaha menguji faktor tersebut dengan mengajukan hipotesis “individu dengan insentif dan internal locus of control memiliki kinerja yang lebih

tersebut, jelas menunjukkan bahwa Kecamatan Paringin yang juga sebagai pusat pemerintahan di Kabupaten Balangan merupakan kecamatan yang paling berpotensi dipilih