• Tidak ada hasil yang ditemukan

PSIKOLOGI BARAT DAN ISLAM pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PSIKOLOGI BARAT DAN ISLAM pdf"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Psikologi Islam sedang mengalami perkembangan yang pesat. Perkembangan ini telah

menarik ramai cendekiawan dan sarjana dalam bidang agama dan bidang sains sosial untuk

memperkayakan lagi khazanah keilmuan psikologi Islam yang pada hakikatnya telah pun

dipelopori oleh ulama‟ dan cendekiawan di zaman silam. Kemunculan psikologi Islam adalah

untuk menawarkan alternatif dan menyelesaikan dilema yang timbul dalam ilmu psikologi

khususnya dan juga dalam kalangan masyarakat Islam umumnya. Tugas psikologi ialah

mengembalikan jiwa setiap manusia kepada fitrah asal kejadiannya yang suci, bersih dari

sebarang kekotoran hissi (fizikal) dan maknawi (sifat-sifat keji seperti takabbur, hasad

dengki) kepada jiwa kehambaan sebagai makhluk Allah SWT serta memperbetulkan sudut

tingkah lakunya yang sudah jauh tersasar.

Kecemerlangan persepsi ke atas dunia psikologi lazimnya bermula daripada

teori-teori barat dan berjaya dimonopoli oleh mereka. Istilah psikologi telah mula muncul di

Barat pada abad ke-16M dan ia tertakluk di bawah cabang metafizik. Pada tahun 1830 an,

istilah ini digunakan untuk merujuk kepada jiwa atau roh manusia serta keadaan alam fikiran.

Ia seterusnya berkembang hingga abad ke-19M yang ditandai dengan kemunculan

penyelidikan dalam bidang perilaku manusia. Psikologi Barat kini tidak lagi memiliki

jawapan terhadap kejiwaan manusia. Hal ini kerana kewujudan manusia tidak pernah

dibahaskan atau dikaji dari sudut kejiwaan kerana persoalan ini merupakan suatu yang

abstrak dan sukar untuk diperhatikan. Justeru, ahli psikologi Barat hanya memusatkan

perhatian mereka kepada tingkah laku manusia tanpa melihat kepada perkara pokok yang

melandasi dan menentukan kewujudan perlakuan tersebut. Kegagalan mereka untuk

menjawab pertanyaan mengenai jiwa manusia sudah jelas. Hasan Langgulung (1986)

menyatakan bahawa semua mazhab psikologi Barat tidak mengkaji jiwa manusia tetapi

sebaliknya memberati kajian mereka terhadap tingkah laku. Menurut beliau lagi, dari mana

asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak disentuh di dalam kajian mereka.

Sebenarnya, bidang psikologi ini telah sekian lama sinonim sebagai satu bidang yang

mempunyai korelasi secara langsung dengan individu dan masyarakat. Budaya hidup

manusia berkait rapat dengan disiplin psikologi. Hal ini kerana kejadian manusia itu sendiri

terdiri dari lima elemen utama iaitu jasad, roh, akal, nafsu dan hati (psikik). Seseorang

(2)

tekanan di dalam kehidupan masing-masing. Tekanan yang serius boleh mengganggu

ketenangan mental dan disebabkan itulah bidang psikologi amat diperlukan bagi

mengimbangi kestabilan mental, emosi dan spiritual seseorang individu atau sesuatu bangsa

itu agar budaya hidup yang dibina menjadi cemerlang dan seterusnya berjaya di dalam

(3)

1.0 DEFINISI PSIKOLOGI

Perkataan psikologi (Psychology) berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu

Psyche (Psiko) yang membawa maksud jiwa, rohani atau mental dan –logos (-logi) yang bermakna kajian. Sebagai satu perkataan, ia membawa maksud maksud kajian jiwa, mental

atau rohani manusia.

Daripada makna perkataan ini sahaja, beberapa definisi telah disarankan oleh

pakar-pakar psikologi dari seluruh dunia. Mengikut pergerakan sejarah serta perkembangan

psikologi, William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental

(Bruno,1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang

tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan

supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku

yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua

pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian yang saintifik

tentang jiwa dan tingkah laku manusia.

Daripada definisi tersebut, kita boleh membahagikan psikologi kepada beberapa

bahagian. Pertama, psikologi sebagai satu kaijian saintifik. Ini bermakna kajian-kajian yang

dilakukan dalam disiplin psikologi menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan yang saintifik

seperti dikajilidikan, peninjauan, korelasi, pemerhatian, kes kajian dan lain-lain. Kesemua

metodologi tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu dan menggunakan prosedur-prosedur yang

spesifik. Ini akan dibincangkan sebentar lagi.

Kedua, psikologi mengkaji tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia ialah

perbuatan yang boleh kita lihat. Dalam erti kata lain, semua tingkah laku ini di dalam bentuk

lampau (overt behavior) seperti berjalan, makan, memandu, menerajang, memukul dan

lain-lain lagi.

Ketiga, dan yang terakhir, pakar-pakar psikologi juga menjalankan kajian-kajian ke

atas proses-proses mental manusia, yang lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung

(covert behaviour). Ini merupakan sesuatu tingkah laku yang tidak dapat kita lihat seperti

bayangan, perasaan, mimpi, fantasia, khayalan dan lain-lain.

Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia.

(4)

atas tingkah laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas

manusia. Walau bagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang

tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. tugas

manusia pula ialah untuk memahami sedikit sebanyak yang dialami serta menghayatinya

dengan cara keseluruhan.

2.0 MATLAMAT PSIKOLOGI

Tiap-tiap disiplin mempunyai satu set matlamat-matlamat yang tertentu, dan sedikit sebanyak

kita telah lihat yang psikologi ialah satu disiplin yang mengkaji tingkah laku serta

proses-proses jiwa manusia. Untuk memahami manusia dengan mendalam, bermacam kajian telah

dilakukan ke atas semua skop kehidupannya. Hasil daripada kajian-kajian seperti inilah

teori-teori tentang personaliti, sikap dan trait manusia diwujudkan oleh pakar-pakar psikologi.

Freud, Rogers, Jung, Alder, Erickson, Sullivan dan lain-lain telah mengasaskan teori-teori

mereka dengan tujuan utama untuk memahami manusia dari segi kehidupan yang tertentu.

Bagi mencapai matlamat ini, semua psikologi berpegang kepada empat objektif iaitu

memperihalkan, mamahami, meramalkan serta mempengaruhi tingkah-tingkah laku manusia.

Tidak dinafikan yang manusia juga melakukan perkara-perkara yang dicatatkan

di atas. Umpamanya, apabila menerangkan apa yang baru dilakukannya, dia memperihalkan

keadaan itu dari pandangannya. Apabila dia bertanya. “ Apa yang telah terjadi dan bagaimana boleh berlaku”, membolehkan manusia mencuba memahami sesuatu melalui proses soal

jawab. Kadangkala, manusia cuba meneka sesuatu kejadian untuk memuaskan hatinya

sendiri. Soalan seperti, apa yang boleh berlaku sekiranya saya berbuat demikian”, mendorong

manusia mencari jawapan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Ini

dipanggil ramalan. Namun begitu, yang jarang dilakukan oleh manusia ialah untuk

mempengaruhi sesuatu keadaan. Manusia berupaya mempengaruhi sesuatu di luar dirinya

seperti menyuruh anaknya diam daripada menangis, tetapi agak sukar untuk mempengaruhi

dirinya sendiri seperti membuat sesuatu yang tidak digemarinya. Sebagai contoh, orang

gemuk yang ingin mengurangkan berat badannya sukar mempengaruhi dirinya sendiri untuk

(5)

Objektif-objektif yang tercata di atas, menjadi pegangan para psikologi kerana satu daripada

tugas mereka ialah untuk menolong manusia mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Untuk melaksanakan tugas ini, keempat-empat objektif tadi harus selalu digunakan iaitu,

memperihalkan tingkah laku manusia supaya mereka memahami tingkah laku manusia,

meramalkan sesuatu kejadian tingkah laku dan mempengaruhinya supaya ia boleh

diubahsuaikan untuk kebaikan manusia.

3.0 PERSPEKTIF PSIKOLOGI BARAT

Psikologi telah diperkenalkan kepada masyarakat cerdik pandai sejak zaman Greek silam

lagi. Bermula dengan Plato hinggalah pada masa kini, beberapa pendapat tentang jiwa dan

tingkah laku manusia telah dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bagi mempengaruhi

aliran bidang tersebut. Kita telah lihat dengan ringkas yang falsafah Descartes telah berjaya

mempengaruhi masyarakat cendekiawan pada masanya. Selepas Descartes, Freud

mengemukakan teori psikoanalisisnya yang masih kekal hingga kini sebagai satu teori

tentang jiwa manusia yang amat relevan. Kemunculan Watson dan Skinner kemudiannya

dengan teori behaviurisme pada tahun 50-an mengalihkan pandangan para penyelidik ke arah

psikologi yang objektif serta bersaintifik. Pada masa yang agak sama, Rogers timbul dalam

dunia psikologi dengan teori kemanusiaan yang amat berpengaruh kerana ia tepat dengan

aliran zaman “hippie” yang mementingkan kebebasan serta kebaikan manusia. Secara am, pada tahun-tahun 1890-1950, bidang psikologi dikuasai oleh perspektif-perspektif atau

mazhab-mazhab.

Dari pandangan sepintas lalu dari pengaruh-pengaruh mazhab di dalam bidang

psikologi, tiga kategori “kuasa” utama penggerak bidang tersebut telah dikenal pasti oleh pakar-pakar psikologi. Teori psikodinamik Sigmund Freud dikenali sebagai kuasa pertama

psikologi. Freud berjaya memperkenalkan sebuah teori yang komprehensif dan juga

menawarkan ciri-ciri terapi atau rawatan sakit jiwa yang menyeluruh. Teori ini yang

berbentuk mekanistik dan deterministik melihat manusia sebagai satu organisma yang

dipengaruhi oleh kuasa-kuasa dalaman sahaja. Behaviurisme dikenali sebagai kuasa kedua

psikologi. Ia melihat manusia sebagai hanya dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar. Kuasa

(6)

Eksistensialisme) yang melihat manusia sebagai manusia, sebagai subjek yang memberi

makna kepada hidupnya sendiri.

Mazhab-mazhab psikologi moden masa kini boleh dikatakan dipengaruhi oleh salah

satu kuasa penggerak atau campuran daripada kuasa-kuasa penggerak yang dihuraikan di

atas. Pandangan Neo-Behaviurisme atau behaviurisme baru diasaskan oleh teoris-teoris

seperti Jung, Erickson, Horney, Fromm, dan lain-lain. Mereka masih memegang kepada teori

asas psikodinamik tetapi mengubahsuaikannya mengikut aliran dan pendapat zaman semasa.

Psikologi Gestalt pula berpegang kepada teori-teori kemanusiaan, kewujudan serta kognitif.

Apa yang penting diketahui disini ialah psikologi masa kini tetap dipengaruhi oleh teori-teori

yang telah lama diperkenalkan dalam bidang tersebut.

Selain daripada pendapat yang menjadi kuasa penggerak bidang ini, psikologi moden

juga boleh kita katakana dipengaruhi dan dikuasai oleh lima perspektif dari negara-negara

Barat, iaitu Psikodinamik, Behaviurisme, Psikobiologi, kognitif dan kemanusiaan dan

kewujudan. Kelima-lima perspektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah

laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para

penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Sebagai

contoh, mengkaji fenomenapenyakit mental skizofrenik dari sudut genetikdengan

menggunakan pendekatan psikobiologi adalah lebih sesuai bagi pakar-pakar psikiatri

daripada kaunselor. Tiap-tiap satu perspektif ini ada kebaikan masing-masing dan ia juga

dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut

yang berlainan.oleh itu, psikologi sentiasa dipenuhi dengan teori-teori baru, mencari

penerangan tentang manusia yang bukan sahaja datang daripada satu falsafah atau pendapat,

bahkan daripada pelbagai jenis pendekatan yang berbeza-beza. Inilah yang membuatkan

(7)

3.1 PERSPEKTIF PSIKOBIOLOGI

Pengajian setengah-setengah aspek dalam bidang psikologi yang dilakukan di dalam

makmal-makmal lazimnya mempunyai satu objektif. Ia dilakukan untuk memahami pemikiran, emosi

serta tingkah laku manusia dari segi proses-proses fizikal dan fisiologi yang berlaku di dalam

tubuh badan manusia. Pada asalnya, pendekatan perspektif biologi mempunyai akar dalam

falsafah dan sains kajihayat.

Dari aspek falsafah, perspektif ini dipengaruhi oleh cadangan-cadangan Plato,

Aristotle dan Descartes. Aristotle menyatakan yang rohani manusia berinteraksi melalui

otaknya. Falsafah Descartes jelas menyatakan pembahagian dua rohani-jasmani melalui

konsep dualismenya, iaitu jiwa menguasai tubuh badan manusia. Ketiga-tiga falsafah ini

memperkatakan yang jiwa berada di badan manusia.

Dari pandangan psikobiologi pula, jiwa dan jasad adalah satu, iaitu konsep monoisme.

Oleh kerana ia satu, pengalaman-pengalaman mental dan fizikal tidak boleh dibahagikan

kepada elemen-elemen persendirian. Daripada kepercayaan ini, ia membolehkan para

penyelidik mengkaji aktiviti-aktiviti mental secara saintifik melalui proses-proses fizikal serta

fisiologikal yang berlaku di dalam tubuh badan. Satu daripada kenyataan perspektif biologi

mengatakan yang psikologi akhirnya boleh dikaji, difahami dan dijumpai di dalam fisiologi.

Perspektif ini juga menekankan kepentingan teori evolusi yang menyatakan otak manusialah

entiti yang paling teragung dan „advanced‟. Mereka juga memberi penekanan kepada pengaruh genetik dalam perkembangan sesuatu spesies.

Jikalau ditinjau dari sudut perkembangannya, perspektif biologi seharusnya dilihat

melalui pertemuan-pertemuan penting bidang kajihayat. Sebagai contoh, kajian-kajian yang

dilakukan oleh Luigi Galvani memperkenalkan yang sistem saraf mengandungi

isyarat-isyarat elektrik telah membawa kepada penyelidikan-penyelidikan tentang pengaruh isyarat-isyarat

elektrik dari otak manusia. Ia juga melihat pengaruh isyarat tersebut ke atas aktiviti-aktiviti

fisiologi manusia. Di samping itu, penemuan tentang kerosakan di bahagian otak manusia

yang dikorelasikan dengan patologi tingkah laku manusia telah memperbanyakkan lagi kajian

tentang hubungan otak dan kelakuan manusia. Sementara itu, kajian-kajian yang dilakukan

oleh Roger Sperry dan Doreen Kimura menunjukkan yang fungsi-fungsi kedua-dua belah

otak, iaitu hemisfera kanandan hemisfera kiri adalah berlainan. Hasil kajian mereka

(8)

Pada tahun 1929, penemuan bersejarah EEG (Electroencephalogram) telah

mendorong para saintis memulakan kajian-kajian tentang aktiviti-aktiviti kuasa elektrik di

bahagian otak manusia dalam keadaan sedar (conscious). Ini membolehkan mereka

mengaitkan serta memadankan aktiviti-aktiviti otak dan fikiran manusia dengan sistem

fisiologi badan. Pada tahun 1950, penemuan mikroskop elektron memperhebatkan lagi

kajian-kajian dengan lebih mendalam tentang struktur-struktur otak yang sebelumnya

difikirkan sebagai tidak boleh dilihat. Dengan adanya mikroskop elektron, para penyelidik

berupaya mengenal pasti ciri-ciri proses biokimia otak manusia, bahan-bahan kimia yang

dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti otak serta tugas bahan-bahan kimia ini dalam pembentukan

tingkah laku manusia, sama ada tingkah laku yang normal mahupun yang tidak normal.

Perspektif ini juga dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yang menyatakan setiap

spesies di muka bumi ini telah melalui proses pemilihan semula jadi (natural selection).

Haiwan dan manusia yang kita lihat pada masa ini mempunyai rupa bentuk yang berlainan

pada masa lampau. Teori ini telah banyak memainkan peranan dalam perspektif psikobiologi.

Sebagai contoh, pemilihan semula jadi menentukan spesies mana yang akan terus wujud

melalui kekuatan tenaga, adaptasi serta kebolehan mengeluarkan baka yang baik. Jikalau

ciri-ciri yang dominan ini wujud dalam sesuatu spesies seperti manusia, sudah tentu spesies itu

akan kekal di muka bumi ini. Tetapi teori pemilihan semula jadi Darwin ini penting pada

tahap fizikal atau tubuh badan sahaja. Ia tidak begitu relevan kepada perkembangan mental

manusia. Walau bagaimanapun, beberapa pendapat seperti yang di utarakan oleh piaget yang

menyarankan bahawa perkembangan mental dan tingkah laku mengikuti perkembangan dan

pertukaran sistem fizikal manusia.

Satu lagi bidang biologi yang banyak mempengaruhi perspektif psikobiologi ialah

genetik. Beberapa kajian telah dilakukan untuk melihat kaitan baka dengan beberapa sifat

manusia dan satu daripadanya ialah kecerdasan. Pengaruh baka ke atas kecerdasan adalah

suatu faktor yang dominan. Ini bermakna ibu bapa yang cerdas lazimnya akan berjaya

memperolehi anak-anak yang cerdas. Contoh yang selanjutnya datang daripada beberapa

kajian berbentuk sosiobiologikal. Ia menegaskan yang tingkah laku manusia seperti cinta,

kekuatan dan keganasan dipengaruhi oleh generasi yang diturunkan dari satu generasi ke

generasi yang lain. Walau bagaimanapun, faktor alam semula jadi tidak boleh diketepikan.

Sebagai contoh, jikalau seorang kanak-kanak dibesarkan dalam keadaan yang menyeksa

(9)

terikut-ikut akan perangai penjaganya. Kanak-kanak yang dipukul semasa kecil selalunya akan

memukul anak mereka bila menjadi seorang ibu atau bapa. Oleh itu, perspektif biologi adalah

penting dalam bidang psikologi kerana ia berupaya memberi satu penjelasan tentang tingkah

laku yang dengan proses-proses fisiologi mansia, seperti hormon, bahan-bahan kimia di

dalam badan.

3.2 PERSPEKTIF PSIKODINAMIK

Perspektif ini di asaskan oleh seorang doktor saraf dan juga pakar sakit jiwa Vienna bernama

Sigmund Freud. Beliau dilahirkan pada tahun 1856 di kota Freiberg, Moravia yang sekarang

dikenali dengan nama Czechoslovakia. Keluarganya kemudian berpindah ke Vienna, ibu kota

Austria dan menetap di sana buat beberapa ketika. Sejak kecil, Freud merupakan seorang

pelajar yang cerdik. Beliau tamat pengajiannya di Universiti Vienna Dan mendapat ijazah

perubatan pada tahun 1881. Pada tahun 1886, beliau membuka klinik penyakit saraf tetapi

kebanyakan pekerjaannya ditumpukan ke atas kesan-kesan psikologikal penyakit saraf.

Sepanjang hayatnya beliau memberi tumpuan yang serius memperkembangkan teori

psikoanalisisnya, yang juga dikenali sebagai teori psikodinamik dalam dunia psikologi.

Selepas kematiannya pada tahun 1939 di kota London, teori beliau telah dijadikan satu teori

rujukan psikologi dan kaedah-kaedah perubatan mental seperti psikoterapi, psikoanalisis dan

psikiatri.

Perspektif psikodinamik memegang kepada satu andaian, iaitu kuasa dan tenaga yang

berada di alam tidak sedar manusia memainkan peranan penting di dalam membentuk

personaliti dan tingkah laku individu. Menurut Freud, jiwa seseorang itu ialah sebuah medan

peperangan tempat kuasa-kuasa psikik (psychic forces) yang tidak sepadan berlawan di

antara satu dengan yang lain bagi mendapatkan tempat dominan dalam personaliti individu

itu. Dari itu, tingkah laku manusia merupakan satu imbangan atau kompromi di antara

kuasa-kuasa psikik yang bergelut itu.

Pengasas perpektif psikodinamik ini mula menaruh minat dalam bidang psikologi

apabila beliau melibatkan diri mengubat pesakit-pesakit yang mengalami histeria. Pada waktu

itu iaitu pada zaman Victoria dalam masyarakat kelas atasan komuniti Vienna, penyakit

(10)

sakit-sakit badan, pekak, lumpuh dan bermacam-macam lagi. Perkara yang pelik tentang histeria

ialah ia tidak mempunyai apa-apa asas fisiologi atau fizikal. Freud dan rakannya Josef Breuer

mula mengubati penyakit ini dengan menggunakan teknik hipnosis tetapi mendapati yang

simptom-simptom penyakit itu tidak luput daripada pesakit yang menghidapinya. Freud dan

Breuer.

Kemudian mengemukakan kaedah perbualan tanpa sekatan atau „free association‟. Melalui cara ini, pesakit dikehendaki bercakap tentang apa-apa perkara yang ada di dalam fikirannya,

mahupun tentang perasaannya, fikiran ataupun bayangan daripada terapinya. Dalam

pembicaraan terperinci Freud dengan pesakit-pesakitnya beliau dapati kebanyakan mereka

terdiri daripada kaum wanita menceritakan tentang zaman kanak-kanak mereka terutama

sekali di antara umur 3 hingga 5 tahun. Mereka meluahkan kehendak-kehendak seksual

seksual, fantasi-fantasi serta bayangan-bayangan yang tidak mungkin dapat diterima oleh

masyarakat pada masa itu. Tetapi selepasa semua perkara itu diperbualkan dengan terperinci,

simptom histeria pesakit-pesakit Freud lenyap dan mereka terus sembuh. Freud membuat

kesimpulan yang kehendak-kehendak seks pesakit-pesakitnya pada tahap umur 3-5 tahun

tidak pernah berlaku tetapi ia direka-reka bagi memenuhi fantasi mereka untuk memuaskan

diri pada masa sekarang. Freud juga menegaskan yang kehendak-kehendak seks mereka

dimanifestasikan di dalam mimpi dan keadaan fenomena yang dikenali sebagai terlepas

cakap (slip of the tongue).

Daripada pemerhatian serta kesimpulan yang dibuatnya, Freud mengasaskan teori

psikodinamiknya. Dia menyarankan yang manusia mempunyai tenaga-tenaga seka (libido)

semasa dilahirkan. Ini dikenali sebagai kuasa naluri (instinct) dan ialah yang membentuk

personaliti manusia pada tahap dewasa. Kehendak-kehendak tenaga seks ini tidak selalu

dapat dipuaskan pada zaman kanak-kanak dan sebaliknya, kanak-kanak selalu dihukum oleh

ibu bapa mereka apabila mereka cuba menerokai untuk mengalami fenomena tersebut. Oleh

yang demikian, kanak-kanak menekan kehendak-kehendak tersebut ke dalam alam tidak

sedar (unconscious world). Proses ini dikenali sebagai represi. Kehendak-kehendak daripada

pengalaman yang ditekan ke alam tidak sedar ini muncul sebagai kuasa-kuasa yang sentiasa

berusaha untuk melepaskan „diri‟ semula kepada alam sedar. Berasaskan pemerhatian yang

dilakukan bersama-sama andaian yang diutarakan, Freud menyarankan yang personaliti

manusia mengandungi tiga sistem yang yang berinteraksi sesama sendiri. Sistem-sistem ini

(11)

iaslah sistem sebalik Id kerana ia adalah pegangan moral serta etika individu. Ego pula

merupakan penggerak personaliti manusia. Ia melaksanakan kehendak-kehendak Id dan

Superego. Freud menyatakan yang personaliti manusia pula sentiasa cuba menahan

kehendak-kehendak Id dari terlepas ke alam sedar (conscious world). Satu daripada cara

menyimpan kehendak-kehendak ini di dalam alam tidak sedar ialah melalui penggunaan

mekanisme bela diri (defense mechanism) oleh individu. Oleh itu, apa yang kita lihat pada

perbuatan, tingkah laku serta personaliti manusia ialah tapisan dan pertelingkahan di antara

naluri-naluri yang disimpan di dalam alam tidak sedar ditonjolkan oleh ego kepada alam

luaran. Semua tingkah laku manusia, sama ada normal mahupun tidak normal adalah hasil

daripada pertelingkahan ini. Masalah timbul apabila mekanisme bela diri yang digunakan

oleh seseorang itu gagal menahan naluri-naluri ganas serta seksual di alam tidak sedar. Ini

akan menyebabkan berlakunya kecelaruan psikotik, iaitu sejenis patologi mental yang

ekstrem. manusia yang sedemikian akan melakukan apa sahaja tanpa merasa sedih atau belas

kasihan, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa pegangan moral, iaitu tiada superego.

Mereka hanya dikuasai oleh kehendak-kehendak Id yang sering melampaui batas dan yang

tidak dapat dikawal oleh ego melainkan melaksakannya sahaja. Inilah yang berlaku kepada

orang-orang yang dengan tiba-tiba mengalami kegilaan untuk membunuh, merogol,

merompak, dan lain-lain.

Kepentingan teori psikodinamik dalam bidang psikologi kerana ia memperlihatkan

kepentingan kuasa-kuasa dalaman manusia sebagai satu kuasa penggerak tingkah laku

manusia. Selain daripada Freud, beberapa pakar juga telah membina teori yang berkaitan

dengan perspektif psikodinamik. Carl Gustav Jung umpamanya mengasaskan teori analisa

yang berbentuk neo-Freudian yang berlandaskan teori psikodinamik Freud. Secara amnya,

teori psikodinamik dan neo-Freudian ini penting kerana melalui cara ini sahajalah, kita dapat

(12)

3.3 PERSPEKTIF KOGNITIF

Perkataan kognitif membawa maksud berfikir. Oleh itu perspektif ini menegaskan

kepentingan kebolehan manusia berfikir serta memproses dan menilai data-data serta

maklumat sebelum bereaksi terhadapnya. Menurut pandangan pakar-pakar perspektif

kognitif, manusia ialah binatang yang rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah

mereka. Analoginya ialah seperti keberkesanan sistem pengolahan maklumat (information

processing system) yang dikawal oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa berada dalam

keadaan sedar.

Perspektif kognitif mempunyai akar mengikut pendapat-pendapat yang diutarakan

oleh pakar-pakar strukturalisme Jerman. Mengikut perkembangan sejarahnya, pengasasan

makmal psikologi fisiologi oleh Wundt telah memulakan kajian bagi memahami struktur

mental manusia. Wundt menggunakan kaedah kajidiri yang meminta subjeknya melaporkan

pengalaman serta perasaan mereka apabila mereka didedahkan kepada

rangsangan-rangsangan seperti cahaya, rasa, bunyi, dan lain-lain.

Pendekatan fungsionalisme juga menjadi asas kepada perspektif kognitif. William

James dan John Dewey melakukan kajian-kajian yang melihat bagaimana jiwa manusia

berfungsi. Mengikut konsep-konsep dalam teori evolusi, mereka menekankan kepenbtingan

penyesuaian dalam kewujudan sesuatu spesies. Walaupun psikologi, pendekatannya telah

diterapkan ke dalam mazhab kognitif.

Satu lagi akar kepada teori kognitif ialah pendekatan Gestalt. Ia diasaskan dan

dipopularkan di Jerman oleh pemikir-pemikir seperti Weitheimer, Kohler, Kofka, Lewin dan

lain-lain. Perkataan Gestalt membawa maksud satu organisasi, sesuatu yang penuh,

berkeseluruhan dan kesempurnaan. Pada pandangan mereka, jikalau persepsi dan

proses-proses mental diatur secara berkeseluruhan, ia akan mejadi lebih bermakna daripada

pengaturan melalui campuran komponen-komponen sesuatu yang berseluruh tadi. Kohler

menekankan yang kebolehan manusia dan menerima dan mempersepsikan hubungan di

antara satu entiti dengan entiti yang lain merupakan intipati kepada keerdasan yang ada

padanya. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.

Seorang pakar bidang psikologi kognitif ialah Jean Piaget. Beliau sering mengkaji

(13)

melalui kaedah peninjauan terperinci. Piaget, seorang pakar dalam bidang perkembangan

kanak-kanak juga menggunakan konsep „kesimpulan empatik‟ bagi melakukan peninjauan ke atas kelakuan kanak-kanak. Data-data yang dikumpulkan oleh beliau melalui cara ini telah

memperlihatkan kepada dunia psikologi tahap-tahap perkembangan kognitif dan intelektual

kanak-kanak.satu daripada teori beliau ialah perkembangan kognitif manusia tidak boleh

diterangkan dengan cara pengumpulan pengalaman yang lampau, tetapi ia berlaku dengan

cara semulajadi dalam proses perkembangan manusia.

Daripada beberapa sedutan konsep-konsep yang dicatatkan di atas, kita dapat

membuat kesimpulan yang psikologi kognitif menekankan kepentingan manusia berfikir.

Mereka juga menyarankan yang manusia adalah lebih aktif dalam pembentukan tingkah

lakunya. Manusia juga sering mereka keadaan-keadaan untuk diberi gerak balas yang

tertentu. Mereka berfikir,menganalisa serta menilai data-data dan rangsangan-rangsangan

yang diperolehi dari dunia luar sebelum beraksi terhadapnya. Kebanyakan kajian yang

dikendalikan oleh pakar-pakar psikologis kognitif ialah tentang persepsi, sensasi, ingatan

serta proses-prosesnya dan lain-lain lagi.penyelidikan seperti ini telah meluaskan lagi

pengaruh pendekatan kognitif dalam bidang psikologi.

3.4 PERSPEKTIF BEHAVIURISME

Mazhab ini diasaskan melalui kajian yang dikendalikan oleh Ivan Pavlov lalu konsep

pelaziman klasik diperkenalkan kepada dunia psikologi. Ia kemudian dipopularkan oleh

pakar-pakar psikologis terkenal seperti J.B. Watson, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike.

Perspektif behaviurisme ini menumpukan perhatian kepada tugas-tugas alam

sekeliling dalam mengubahsuaikan, membentuk serta mempengaruhi tingkah laku manusia.

Mereka tidak menerima usul pakar psikologi kognitif yang menyarankan bahawa manusia

boleh memilih keadaan yang membolehkan mereka memberi gerak-gerak balas tertentu.

Mereka menegaskan yang tingkah laku manusia boleh ditentukan oleh

(14)

Perspektif behaviurisme mempunyai akar dalam pendekatan Empirisme British.

Mereka percaya yang buah fikiran dan pengetahuan boleh diperolehi secara empirikal dan

melalui organ-organ deria manusia. Konsep tabula rasa juga mempengaruhi „falsafah‟ behaviurisme dengan pendapat yang menyatakan bahawa apabila manusia dilahirkan, mereka

tidak mempunyai apa-apa „bahan‟ di dalam jiwa mereka. Jiwa mereka diisi melalui pengalaman dengan alam sekitar. Perspektif behaviurisme juga mementingkan kaedah

penyelidikan berbentuk pemerhatian terperinci bagi melihat pengaruh-pengaruh alam sekitar

terhadap perubahan tingkah laku manusia.

Behaviurisme yang berbentuk radikal diasaskan oleh Watson. Ia diistilahkan sebagai radikal

kerana menegaskan yang psikologi boleh difahami hanya melalui tingkah laku lampau sahaja.

Bruno (1984) dalam bukunya (Behavior and Life menyatakan bahawa tujuan utama Watson

ialah untuk menukarkan psikologi daripada “pengajian jiwa manusia” yang berbentuk

setengah falsafah kepada “sains tingkah laku” yang kukuh. Watson berpendapat bahawa

keadaan jiwa atau alam dalaman manusia tidak wujud langsung. Oleh itu, tingkah laku

manusia boleh diubahsuai serta dipengaruhi hanya dengan menukar serta memanipulasikan

keadaan alam sekitar mereka. Pada pandangan pakar behaviurisme, jiwa manusia ialah

sebuah „kotak hitam‟ dan tidak berguna langsung untuk memahami tingkah laku manusia.

Dengan itu, perspektif behaviurisme menutup pintu masuk kea lam tidak sedar manusia.

Satu daripada kajian penting yang dilakukan oleh Watson ialah kajian pelaziman

Emosi yang menggunakan prinsip pelaziman klasik. Seorang anak kecil yang memang suka

kepada binatang yang berbulu lembut seperti seekor tikus putih, kucing atau arnab

dimanipulasi tingkah lakunya oleh Watson. Tetapi apabila anak itu mendekati binatang

tersebut, Watson mengeluarkan bunyi yang kuat dan memeranjatkan. Lama-kelamaan, anak

tersebut yang pada mulanya suka pada binatang tersebut terasa takut kepadanya. Kemudian

untuk menghilangkan perasaan takut anaknya terhadap binatang kesukaannya, Watson

mengendalikan satu lagi kajian. Kali ini, apabila anak itu terserempak dengan binatang yang

berbulu lembut dan menunjukkan reaksi takut, Watson memberi kasih sayang, beberapa

ganjaran dan kesedapan kepada anaknya. Perbuatan ini juga diulang beberapa kali.

Lama-kelamaan, perasaan takut yang ada pada anak itu hilang dan dia kembali suka pada bintang

(15)

3.5 PERSPEKTIF KEMANUSIAAN DAN KEWUJUDAN

Perspektif ini dikenali sebagai kuasa ketiga psikologi kerana pada dasarnya, mereka melihat

manusia sebagai entiti yang baik, bebas, bertanggungjawab dan juga kreatif. Manusia sentiasa

cuba untuk mencapai „tahap kewujudan‟ yang tertinggi sekali dalam hidupnya. Mereka

menekankan kemuliaan, kebaikan dan kebebasan manusia sebagai asas kepada perspektif

kemanusiaan dan kewujudan yang diikuti oleh Maslow, May, Boss, dan Rogers yang

menyarankan bahawa dalam diri manusia, ada satu kuasa aktif yang sentiasa menggerakkan

mereka kearah kesempurnaan sendiri. Kewujudan serta makna hidup seeorang itu terletak di

tangan masing-masing dan hanya kita yang memutuskan rupa bentuk perangai, tingkahlaku

dan sifat diri sendiri.

Perspektif kemanusiaan dan kewujudan ini lebih cenderung terhadap kedudukan

falsafah daripada pendirian saintifik. Pandangan dari sudut ini adalah penting kerana ia

Berjaya memperlihatkan aspek-aspek manusia yang tidak boleh ditawarkan oleh

perspektif-perspektif lain. Contohnya, seperti dalam tulisan Viktor Franklm beiau menegaskan yang

kemahuan untuk hidup yang ada pada sesetengah kaum Yahudi semasa ditahan dan diseksa

di kem-kem pertahanan Nazi Jerman dalam peperangan Dunia kedua didorong oleh makna

untuk hidup yang ada pada mereka. Tanpa makna hidup, beliau menegaskan tentu mereka

(16)

4.0 PSIKOLOGI DARIPADA PANDANGAN ISLAM

Kebanyakan rujukan Barat tidak langsung memberi sudut pandangan Islam berkaitan

psikologi ini. Oleh itu, disini kami bawakan beberapa pendekatan Islam yang dibawa oleh

tokoh-tokoh psikologi Islam seperti al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan lain-lain. Islam telah

memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ilmu jiwa atau psikologi. Sumbangan

tersebut boleh dilihat dari aspek-aspek seperti :

i. Imam Abu Mansur al-Tha‟labi telah memperkenalkan lima puluh istilah psikologi seperti „janin‟, „walid‟, „rada‟ie‟, „baligh‟, dan sebagainya.

ii. Al-Quran ada menyatakan beberapa istilah berkaitan psikologi seperti :

a. „al-nafs : disebut sebanyak 367 kal yang membawa maksud kemanusiaan pada keseluruhannya.

b. „al-Qalb‟ yang diulang sebanyak 144 kali dalam al-Quran yang dikhususkan dengan hal emosi.

c. „al-Aql‟ disebut sebanyak 49 kali merujuk cara manusia berfikir.

d. „al-Roh‟ yang diulang sebanyak 25 kali yang membawa tiga maksud iaitu pemberian hidup, wahyu, dan malaikat.

Dalam kalangan ulama‟ Islam yang paling banyak melakukan percubaan penyelidikan berkaitan hal roh ini adalah al-Farabi, Ibnu Sina, ulama‟-ulama‟ kalam dan Imam al-Ghazali. Sumbangan mereka adalah seperti berikut :

4.1Al-Farabi

Lazimnya beliau akan bermula dengan penggunaan akal apabila membicarakan tentang

roh. Akal dikatakan sebagai satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang data

memancarkan roh. Di dalamnya terdapat daya keinginan untuk hidup (survival instinct),

daya pemeliharaan diri (self defense mechanism), daya pengembangan zuriat ( breeding

(17)

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain . Pertama, boleh berfikir sesuatu

yang berbentuk abstrak iaitu terpisah daripada kebendaan dan keduanya adalah daya

kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, dan kesempurnaan jasmani.

Al-Farabi berpendapat bahawa daya kekuatan yang kedua ini akan lenyap bersama jasad

apabila mati ditelan bumi manakala daya kekuatan yang pertama akan tetap kekal dan

bangkit bersama roh pada hari kiamat kelak.

4.2Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan teori al-farabi. Oleh sebab itulah teori Ibnu Sina ini

lebih memuaskan. Pada pandangan beliau, roh itu boleh disenaraikan kepada tiga

bahagian, iaitu roh manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan. Masing-masing ada

keistimewaan yang tersendiri. Kejadian roh dalam kalangan manusia begitu unik hingga

mampu terpisah dan berdikari dari jasad. Tetapi adalah mustahil untuk jasad hidup tanpa

roh. Oleh kerana kewujudannya yang istimewa, maka roh tidak akan mati sebagaimana

jasad.

Kehidupan roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan pula adalah untuk kepentingan

manusia. Adanya kedua-dua roh inilah, jasad manusia mampu untuk terus hidup buat

sementara waktu sebelum menghadapi mati. Roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan

tamat serentak dengan kemusnahan jasadnya tidak sama seperti roh manusia. Menurut

beliau, kekekalan roh manusia dan kebinasaannya telah menyebabkan kebangkitan pada

hari kiamat kelak hanya berbentuk roh dan bukan jasad.

4.3Ibnu Rusyd

Di dalam kitabnya yang terkenal, Al Tuhafut al Tahafut, beliau hanya membicarakan

sedikit berkaitan roh yang digambarkan oleh satu gejala yang menyebabkan seseorang itu

hidup. Apabila mati, roh itu akan terus hidup di alam kerohanian yang tidak berbentuk

kebendaan. Pada hari kiamat kelak, hanya roh sahaja yang akan dibangkitkan bukannya

(18)

4.4Ulama’ al-Kalam

Mereka menolak pandangan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd iaitu roh sahaja yang

akan dibangkitkan pada hari kiamat. Mereka berpandangan manusia akan dibangkitkan

pada hari kiamat dalam kedua-dua bentuk sekaligus, iaitu roh dan jasad. Mereka

mengemukakan dalil,

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula

lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang

diciptakanNya);

4.5 Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali telah membezakan di antara roh dan jasad di dalam karya agungnya

iaitu Ihya‟ „Ulumuddin. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi manakala roh pada

haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah. Oleh itu, Imam al-Ghazali Imam al-Ghazali

membezakan roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan berdasarkan

(19)

5.0 KESIMPULAN

Terdapat dua perspektif yang besar terhadap bidang psikologi ini iaitu daripada perspektif

Islam mahupun Barat. Kedua-dua perspektif ini walaupun berbeza namun ada aspek yang

saling berkait dan ini membuktikan bahawa setiap satu perspektif itu berbeza daripada

pemahaman dan cara kita melihat seseorang individu. Hal ini amat penting kerana

tiap-tiap satu aspek dapat meluaskan lagi pandangan tentang manusia, menawarkan cara-cara

tersendiri untuk mengubati patologi-patologi mental dan memahami personaliti, sifat serta

tabiat bagi menjamin kebaikan dan keharmonian hidup manusia. Para psikologi Islam

hadir bagi melengkapkan segala apa yang tidak ada di dalam pandangan para psikologis

Barat. Sepetimana yang kita ketahui, Islam itu sempurna (syumul) dan menyempurnakan.

Oleh itu, pandangan para psikologis Islam seharusnya menjadi garis panduan dalam

mengaplikasikan bidang psikologi dalam kehidupan masa kini yang memungkinkan kita

berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian besar arus modenisasi.

Referensi

Dokumen terkait

Psikologi pelayanan atau pemakai merupakan ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku manusia dalam. proses interaksi kerja di pusat-pusat jasa pelayanan,

4 S, Rahmatiah. Peran Psikologi dalam Proses Dakwah. Psikologi pendidikan dengan pendekatan baru.. Tingkah laku terbuka adalah tingkah laku yang bersifat psikomotor yang

mempelajari jiwa/mental itu secara langsung karena sifatnya yang abstrak, tetapi psikologi membatasi pada manifestasi dan ekspresi dari jiwa/mental tersebut yakni berupa tingkah

Secara umum dari beberapa definisi tersebut diatas dapat disimpulkan bahwa pengertian psikologi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku manusia, baik

Psikologi pendidikan merupakan bagian dari psikologi yaitu psikologi yang menghubungkan tingkah laku individu dan pendidikan .psikologi pendidikan selain mempelajari

Dari beberapa pengertian di atas dapat disimpulkan bahwa psikologi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku manusia, baik sebagai individu maupun dalam hubungan-

Psikologi adalah kajian tentang tingkah laku individu yang berguna untuk memberikan pemahaman tentang tingkah laku klien dalam layanan bimbingan dan

Makalah ini membahas tentang tingkah laku massa dalam perspektif psikologi agama dan penerapannya dalam pendidikan