• Tidak ada hasil yang ditemukan

7 Tajuk 1 Psikologi dan Psikologi Pendid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "7 Tajuk 1 Psikologi dan Psikologi Pendid"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk 1

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi kepentingan psikologi dan psikologi pendidikan, terutama sekali yang berkaitan dengan profesion perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan juga mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan memahami dengan lebih baik profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Mendefinisikan psikologi pendidikan dan menerangkan kepentingannya kepada manusia sejagat.

2. Menganalisis kepentingan psikologi pendidikan kepada guru-guru.

3. Menggunakan psikologi pendidikan dalam pengurusan kelakuan murid-murid.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Psikologi dan Psikologi Pendidikan

(2)

1. 1 Konsep Asas Psikologi

Apakah yang anda faham tentang ilmu psikologi?

Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba, iaitu dari perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Merujuk kepada Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai:

“Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu;dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”

Dari definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa ‘kajian mengenai sesuatu’ yang dimaksud oleh perkataan ‘logos’ ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi ini.

Antaranya ialah:

“The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour, or the influence of a particular person’s characteron their behaviour”.(Cambridge International Dictionary of English, p.383).

Henry L. Roediger dan rakan (1984) memberi definisi psikologi seperti berikut: “Psychology may be defined as the systematic study of behavior and mental life”.

(3)

dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.

Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

1.1.1 Kepentingan Psikologi.

Kepentingan psikologi tidak dapat dinafikan. Tidakkah anda fikirkan, dengan memahami psikologi anda akan menjadi seorang individu yang lebih baik? Ini sangat menarik kerana anda akan dapat memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi tidak sahaja mengajar kita mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam berkelakuan. Bahkan psikologi sebagai kajian sains melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia.

Sebagai individu kita lebih memahami sikap dan hubungan manusia dalam konteks masyarakat. Perasaan dan kepercayaan mempengaruhi tindakan seseorang terutama sekali hubungan manusia di tempat kerja dan dalam kehidupan sosialnya.

TUGASAN TERARAH

1. Berdasarkan pengalaman anda berada di sekolah, bagaimanakah pengetahuan tentang psikologi boleh membantu guru memahami tingkah laku muridnya.

2. Huraikan kenyataan “Psikologi merupakan satu kajian saintifik”

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ atau ‘hard’ copy.

Mengapa pula kita belajar psikologi?

(4)

1.2 Konsep Pendidikan

Menurut Dictionary of Education, konsep pendidikan adalah ”himpunan semua proses seseorang individu melalui untuk membina kemahiran, sikap dan lain-lain bentuk kelakuan yang mempunyai nilai-nilai positif kepada masyarakat di mana dia bermastautin. Ia adalah proses sosial di mana manusia berada di bawah pengaruh persekitaran yang dipilih dan dikawal supaya mereka mencapai kecekapan sosial dan perkembangan individu yang optimum”.

 Pendidikan digunakan untuk membentuk keperibadian manusia melalui petunjuk-petunjuk atau prinsip-prinsip untuk aktiviti manusia. (Emmanuel Kant).

 Pendidikan ialah proses mempertingkat keadaan manusia. Sekolah dianggap sebagai persekitaran khusus yang kebetulan sama dengan persekitaran sosial. (John Dewey).

 Pendidikan satu aktiviti bermatlamat praktikal dan berbeza daripada matlamat teoritikal. (Langford).

 Pendidikan merupakan satu pengalaman organisme berinterkasi dengan alam sekitar (Lodge).

Berdasarkan kepada pandangan ilmuan, maka dapatlah dirumuskan bahawa

(1) pendidikan dilihat sebagai satu bentuk persekolahan formal di mana kanak-kanak pergi ke sekolah untuk memperolehi pengetahuan. Ia menjadi formal kerana pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif.

(2) pendidikan merupakan suatu proses perkembangan di mana kanak-kanak berkembang secara fizikal, mental, sosial dan emosi sepanjang hayat.

(3) pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Ia merupakan satu proses sepanjang hidup di mana setiap individu diberi peluang untuk belajar sepanjang hayat. Dengan pendidikan sebegini, setiap individu berharap dapat menambahbaik diri, dapat mengemuka dan mempersoal isu-isu serta peka terhadap alam sekitarnya.

1.2.1 Kepentingan Pendidikan

(5)

nilai-nilai dan sikap yang betul. Melatih minda untuk berkembang dan membantu manusia dalam mengaplikasikan sebab musabab dan logik kepada situasi dan isu yang dihadapi serta menyelesaikan masalah mereka.

Pendidikan dapat mencungkil potensi dalaman manusia daripada minda yang terbuka kepada idea baru yang dapat menyerlahkan bakat terpendam dalam diri seseorang individu. Selain itu manusia dapat menerima maklumat dan pengetahuan tentang tentang dunia melalui pendidikan, memahami masa lepas dan sekarang, serta meramal maa depan.

Rehat dan renungkan apa yang telah anda baca, semoga pemahaman anda

terhadap psikologi dan pendidikan dapat membantu anda dalam P & P yang

dihadapi.

Berhenti sejenak dan buat refleksi. Berdasarkan

pengalaman anda bagaimanakah kita dapat ketahui

bahawa kanak-kanak mempunyai naluri ingin tahu?

1.2.2. Konsep Psikologi Pendidikan

Kajian menunjukkan bahawa psikologi dan psikologi pendidikan amat berkait rapat. Psikologi pendidikan adalah gabungan antara psikologi dan pendidikan. Sepertimana yang anda ketahui, psikologi ialah kajian saintifik tentang cara minda manusia berfungsi dan ia mempengaruhi tingkah laku sedangkan pendidikan merupakan proses perkembangan potensi dan kemahiran individu dalam bidang-bidang tertentu. Justeru psikologi pendidikan menggunakan pengetahuan dalam disiplin psikologi yang relevan kepada pendidikan, kemudian mengaplikasikan pengetahuan ini untuk meningkatkan kualiti dan hasilan daripada proses-proses pendidikan.

(6)

Psikologi Pendidikan merupakan kajian terhadap murid-murid, pembelajaran dan pengajaran. Fokusnya ialah kepada prinsip terhadap proses-proses di mana informasi, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan sikap disalurkan daripada guru-guru kepada murid-murid dalam bilik darjah berdasarkan aplikasi terhadap prinsip psikologi seperti yang diarahkan (Slavin 1991).

Kajian tentang psikologi pendidikan termasuk perkembangan manusia, perkembangan peringkat kanak-kanak dan remaja, teori-teori pembelajaran, motivasi, personaliti dan petatksiran bilik darjah.

Rajah 1.1.2: Bidang-bidang kajian psikologi pendidikan.

1.3 Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

Terdapat banyak sebab kenapa guru-guru perlu ada ilmu dan mengaplikasikan psikologi pendidikan dalam bilik darjah. Sebagai guru, anda sepatutnya memberi sebab-sebab yang konkrit kenapa psikologi pendidikan perlu digunakan dalam bilik darjah.

Tujuan utama psikologi pendidikan ialah untuk memahami tingkah laku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilaksanakan melalui pemerhatian guru terhadap tingkah laku murid. Dengan cara ini, guru dapat mengembangkan tingkah laku altenatif yang diperlukan untuk mengubah tingkah laku murid yang tidak diingini.

Teori

Perkembangan Teori Pembelajaran

PSIKOLOGI

PENDIDIKAN

Motivasi Personaliti

(7)

Pengetahuan psikologi pendidikan melengkapkan guru dalam empat bidang iaitu menerang, menghurai, mengawal dan meramal tingkah laku murid-muridnya (Rahil Mahyuddin & Habibah Elias, 2007).

Psikologi pendidikan bermula daripada disiplin psikologi umum dapat meningkatkan kualiti serta hasilan proses-proses pendidikan. Sebagai salah satu bidang sains, prinsip-prinsip dan teori-teori dalam psikologi pendidikan lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Aspek-aspek lain yang penting dalam psikologi pendidikan adalah untuk:

 Melengkapkan guru-guru dengan ilmu tentang teori-teori dan prinsip-prinsip psi-kologi supaya dapat diaplikasikan dalam bilik darjah.

 Menyedari guru-guru tentang aspek perbezaan individu berdasarkan domain kog-nitif, afektif dan psikomotor. Ini akan membolehkan guru merancang aktiviti-aktivi-ti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan potensi dan kebolehan murid.

 Melengkapkan guru-guru dengan ilmu berhubung dengan naluri dan keperluan murid-murid. Ini akan membolehkan guru-guru menggunakan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga kini anda seharusnya sudah dapat menyenaraikan kepentingan mempelajari psikologi dan psikologi pendidikan. Selaku guru, psikologi pendidikan akan menyumbangkan ilmu anda untuk membolehkan anda menangani tingkah laku murid yang berbeza-beza dalam bilik darjah. Anda akan lebih berupaya mengatasi masalah tingkah laku sekiranya anda mempunyai ilmu tentang psikologi pendidikan.

Cuba fikirkan sejenak mengapa guru-guru harus

(8)

RUJUKAN

Clifford, M.M. (1980). Practicing Educational Psychology. Houghton Mifflin Company.

Flemming, L.E. (1994). Becoming a Succesful Student. Evanston IL : Harper Collins.

Chang, R.Y. & Kelly, P.K. (1993). Step-by Step Problem Solving. London : Kogan Page.

Lawton, D. (1982). An Introduction to Teaching and Learning. London : Hodder and Stoughton.

Rahil Mahyuddin &Habibah Elias. (2007). Psikologi pendidikan untuk perguruan. (Edisi Ke 2). Shah Alam:Karisma Pub. Sdn. Bhd,

Referensi

Dokumen terkait

Yatim dengan jalan Kampung Dalam I (sekitar 50 meter). Dengan dibukanya jalan ekonomi masyarakat akan dapat ditingkatkan melalui perdagangan barang bekas. Sebaiknya di daerah

Diduga terjadi korelasi yang tinggi antara karakteristik-karakteristik tenaga kerja, sehingga analisis hubungan antara karakteristik tenaga kerja terhadap produksi tanaman

Berkaitan dengan pengaruh kemiskinan kultural terhadap feminisasi kemiskinan, International Labour Office (2004) menyatakan bahwa kaum wanita miskin lebih

As a result of interventions related to Ishikawa diagramming via lean management methods of regression analysis, the GMC Online Campus subsequently experienced

Transplantasi adalah pemindahan organ tubuh dari orang sehat atau dari mayat yang organ tubuhnya mempunyai daya hidup dan sehat kepada tubuh orang lain yang memiliki organ tubuh

Missing value dapat terjadi karena nilainya tidak relevan untuk kasus tertentu, tidak bisa dicatat pada saat data dikumpulkan, atau disebabkan adanya privasi 10

bibit pensdduhai/pdeend, dun seleksi bibil. Sul ini, p€nulaE kulu lal te lmme inatrg dilalarkan pada. set teeald kesmbi bm'mnr

Lembar penilaian observer memuat isi yang sama dengan lembar peer dan self. assessment (lampiran A.5,