330
KONSEP AMANAH MENURUT PERSPEKTIF HADITH
Nurzatil Ismah Azizan, Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid, Aza Shahnaz Azman, Mazlina Che Malik, Hairol Nizam Wahid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected]
ABSTRAK
Amanah merupakan perkara yang perlu dilaksakan dengan sebaiknya oleh setiap muslim. Ia juga mempunyai kesan dosa dan pahala serta mempengaruhi nilai kehidupan seseorang. Manusia yang mempunyai sifat amanah akan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan perkara yang dilarang agama. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis konsep amanah yang terdapat dalam hadith Rasulullah s.a.w. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan dokumen sebagai instrumen kajian. Ia seterusnya dianalisis dengan pendekatan induktif bagi memperolehi teori amanah yang terdapat di dalam hadith Rasulullah s.a.w. Hasil kajian mendapati bahawa amanah berkait rapat dengan sifat malu dalam diri manusia, terdapat larangan beramanah dalam perkara maksiat, ia juga sebagai ukuran tanggungjawab manusia dalam kehidupan serta mempunyai kelebihan tersendiri di sisi Allah s.w.t dan manusia.
Kata Kunci: Konsep Amanah, Hadith
1. PENDAHULUAN
Amanah merupakan perkara yang penting dalam diri seorang muslim. Sifat ini akan memandu manusia dalam amalan seharian. Ia juga sifat yang akan menentukan baik buruk akhlak seseorang dalam urusan seharian. Islam menuntut umatnya berpegang dengan sifat amanah sehingga ia disebut dalam ayat al-Quran dan juga hadis daripada Rasulullah s.a.w. Penulisan kertas kerja ini akan membincangkan khusus berkenaan konsep amanah yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. agar dapat diaplikasi dalam kehidupan.
2. DEFINISI AMANAH
Berdasarkan Kamus Dewan (1996) amanah adalah sesuatu yang dipercayakan kepada orang sebagai contoh diserahkan sesuatu untuk disimpan. Amanah adalah satu tanggungjawab yang diberikan sebagai satu prinsip untuk tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sedia ada (Mumtaz, Norzaini & Mohammed Sani, 2010).
Amanah secara etimologis (pendekatan kebahasaan/lughawi) dari bahasa Arab dalam bentuk mashdar dari (amina- amanatan) yang bererti dapat dipercaya. Amanah menurut pengertian terminologi (istilah) terdapat beberapa pendapat, diantaranya menurut Ahmad Musthafa Al- Maraghi, Amanah adalah sesuatu yang harus dipelihara dan dijaga agar sampai kepada yang berhak memilikinya. Sedangkan menurut Ibn Al-Araby, amanah adalah segala sesuatu yang diambil dengan izin pemiliknya atau sesuatu yang diambil dengan izin pemiliknya untuk diambil manfaatnya.
Dari beberapa pengertian di atas, dapat difahami bahawa amanah adalah menyampaikan hak apa saja kepada pemiliknya, tidak mengambil sesuatu melebihi haknya dan tidak mengurangi hak orang lain. Ahmad Musthafa Al-Maraghi membahagi amanah kepada tiga iaitu amanah manusia terhadap Tuhan melaksanakan semua perintah Tuhan dan meninggalkan semua laranganNya, 1045
331
amanah manusia kepada orang lain dan amanah manusia terhadap dirinya sendiri. Tiga aspek ini adalah aspek amanah yang perlu dijaga oleh umat manusia.
Daripada penjelasan tersebut jelas bahawa amanah adalah tanggungjawab dalam diri setiap individu dan ia amat berkait dengan baik buruk serta dosa dan pahala. Manusia akan dinilai sifat amanah dalam kehidupan malah ia memberi kesan di akhirat kelak.
3. KONSEP AMANAH MENURUT PERSPEKTIF HADIS
Islam menganjurkan sifat amanah supaya manusia melaksanakan hak kepada Allah s.w.t dan tidak melampaui batas (al-Ghazali, 1980). Amanah dalam Islam mempunyai makna yang luas. Ia tertumpu pada sesuatu tanggungjawab yang diserahkan padanya dan ia bertanggungjawab di hadapan tuhannya. Berikut dijelaskan konsep amanah yang terdapat dalam hadith Nabi s.a.w yang dapat diaplikasi dalam kehidupan manusia dalam membina sifat amanah di dalam diri.
3.1 Hilang Amanah bermula dengan hilang rasa malu
Sifat malu dan sifat amanah amat berkait rapat, sifat amanah digambarkan dengan adanya rasa malu dalam diri seseorang. Manusia yang tidak beramanah adalah yang tidak mempunyai sifat malu dalam diri dan mampu melakukan larangan Allah s.w.t tanpa rasa bersalah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ْهُي ْنَأ َدا َرَأ اَذِإ َّلَج َو َّزَع َ َّاللَّ َّنِإ َلاَق َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص َّيِبَّنلا َّنَأ رَمُع ِنْبا ْنَع
َن اًدْبَع َكِل اَذِإَف َءاَيَحْلا ُهْنِم َع َز
ِم ْتَع ِزُن اًتَّقَمُم اًتيِقَم َّلَِّإ ُهَقْلَت ْمَل اَذِإَف اًتَّقَمُم اًتيِقَم َّلَِّإ ُهَقْلَت ْمَل َءاَيَحْلا ُهْنِم َع َزَن ْمَل ُةَناَمَ ْْا ُهْنِم ْتَع ِزُن اَذِإَف ُةَناَمَ ْْا ُهْن
َف اًن َّوَخُم اًنِئاَخ َّلَِّإ ُهَقْلَت ُهَقْلَت ْمَل ُةَمْح َّرلا ُهْنِم ْتَع ِزُن اَذِإَف ُةَمْح َّرلا ُهْنِم ْتَع ِزُن اًن َّوَخُم اًنِئاَخ َّلَِّإ ُهَقْلَت ْمَل اَذِإ
اًمي ِج َر َّلَِّإ
ِم َلاْسِ ْلإا ُةَقْب ِر ُهْنِم ْتَع ِزُن اًنَّعَلُم اًمي ِج َر َّلَِّإ ُهَقْلَت ْمَل اَذِإَف اًنَّعَلُم
Maksudnya: Dari Ibnu Umar, bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah hendak membinasakan seorang hamba maka Dia akan memcabut rasa malu darinya, apabila rasa malu sudah dicabut darinya maka kamu akan mendapatinya dalam keadaan sangat dibenci. Jika kamu tidak mendapatinya melainkan dalam keadaan sangat dibenci, maka akan dicabut amanah darinya, apabila amanah telah dicabut darinya, maka kamu tidak mendapatinya kecuali dalam keadaan menipu dan tertipu. Apabila kamu tidak menjumpainya melainkan dalam keadaan menipu dan tertipu, maka akan dicabut darinya sifat kasih sayang, dan apabila dicabut darinya kasih sayang, kamu tidak akan menjumpainya kecuali dalam keadaan terlaknat lagi terusir, dan apabila kamu tidak menjumpainya melainkan dalam keadaan terlaknat lagi terusir, maka akan dicabut darinya ikatan Islam."( Ibnu majah kitab fitnah no hadis 4044)
Amanah amat berkait rapat dengan sifat malu. Malu mempunyai peranan yang amat penting bagi memandu manusia dalam jalan kebenaran. Imam al-Nawawi dalam karyanya Kitab Arbain al-Nawawi menyatakan malu menghalang manusia melakukan perbuatan yang keji. Beliau juga membawa beberapa pembahagian malu yakni malu dalam melakukan jenayah atau kejahatan sepertimana Nabi Adam a.s malu ketika dikeluarkan daripada syurga. Malu dalam memendekkan amalan sepertimana malaikat merasa malu kepada Allah dan bertasbih siang dan malam. Malu yang membawa kemuliaan seperti malu Rasulullah s.a.w ketika perkahwinannya dengan zainab dan kaumnya tidak berganjak daripada majlis. Nabi malu untuk mohon mereka bersurai, ia adalah antara malu yang digambarkan kepada kita melalui perbahasan Imam al-Nawawi.
332
Ayat ini menunjukkan bahawa malu akan menghalang manusia melakukan sesuatu yang salah dan perkara yang buruk. Setiap aspek kehidupan manusia akan terpandu apabila manusia mempunyai sifat malu. Ia amat berkait rapat dengan sifat amanah. Manusia yang beramanah bermakna mempunyai sifat malu dan tidak akan pecah amanah yang diberikan padanya.
3.2 Unsur Fitnah dalam Amanah
Terdapat unsur fitnah dalam melaksanakan amanah. Wajar memahami dengan baik saranan agama dalam melaksanakan amanah supaya ia sejajar dengan kehendak agama.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ِس ِساَّنلا ىَلَع يِتْأَتَس اَهَّنِإ َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص ِ َّاللَّ ُلوُس َر َلاَق َلاَق َة َرْي َرُه يِبَأ ْنَع اَهيِف ُقَّدَصُي ٌةَعاَّدَخ َنوُن
رلا اَهيِف ُقِطْنَي َو ُنيِمَ ْْا اَهيِف ُن َّوَخُي َو ُنِئاَخْلا اَهيِف ُنَمَت ْؤُي َو ُقِداَّصلا اَهيِف ُبَّذَكُي َو ُبِذاَكْلا اَم َو َليِق ُةَضِبْي َو
ِةَّماَعْلا ِرْمَأ يِف ُمَّلَكَتَي ُهيِفَّسلا َلاَق ُةَضِبْي َو رلا
Maksudnya: Dari Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya akan datang kepada manusia tahun-tahun penipuan, di dalamnya orang yang berdusta dipercaya sedangkan orang yang jujur didustakan, orang yang berkhianat diberi amanah sedangkan orang yang amanah dikhianati, dan di dalamnya juga terdapat Ar-Ruwaibidlah." Ditanya, "Apa itu Ar- Ruwaibidlah wahai Rasulullah?" Beliau s.a.w bersabda: "iaitu orang bodoh yang berbicara (memberi fatwa) dalam urusan manusia."(Musnad ahmad no 7571)
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan bahawa apabila seseorang bercakap sesuatu yang bukan kepakarannya ia menandakan hampir berlaku kiamat. (Ibnu Hajar).
Ia menjelaskan kepada manusia bahawa tidak boleh memberi amanah kepada yang tidak berhak atau tidak mampu melaksanakan amanah tersebut kerana ia akan membawa kehancuran dan kebinasaan. Memberi amanah kepada yang tidak layak akan mendatangkan fitnah kerana ia diberikan kepada orang yang tidak selayaknya. Oleh yang demikian, amanah hanya dapat dipikul oleh seseorang yang layak.
3.3 Menunaikan Amanah sebagai Penghapus Dosa
Suruhan dan larangan Allah mempunyai hikmah yang tersendiri. Ganjaran diberikan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang taat suruhan dan larangan Allah. Ketaatan manusia diberi ganjaran di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ا َو ُسْمَخْلا ُتا َوَلَّصلا َلاَق َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص َّيِبَّنلا َّنَأ ي ِراَصْنَ ْْا َبو يَأ وُبَأ يِنَثَّدَح ُجْلا ىَلِإ ُةَعُمُجْل
ُءاَدَأ َو ِةَعُم
َجْلا ُلْسُغ َلاَق ِةَناَمَ ْْا ُءاَدَأ اَم َو ُتْلُق اَهَنْيَب اَمِل ٌة َراَّفَك ِةَناَمَ ْْا ًةَباَنَج ٍة َرَعَش ِ لُك َتْحَت َّنِإَف ِةَباَن
Maksudnya: telah menceritakan kepadaku Abu Ayyub Al Anshari berkata; Nabi s.a.w bersabda:
"Solat lima waktu, jumaat ke jumaat berikutnya dan menunaikan amanah adalah penghapus dosa." Aku bertanya; "Apa yang dimaksud dengan menunaikan amanah?" beliau menjawab:
"Mandi janabah, sesungguhnya di bawah setiap rambut itu terdapat janabah." (Ibnu Majah Taharah Dan Sunnah 590)
Hadith ini menunjukkan antara ciri-ciri amanah ialah orang yang thiqah yakni dipercayai. Ia juga membuktikan bahawa amanah tidak hanya berkisar berkenaan harta, pemerintahan. Malah ianya juga terdapat dalam diri setiap manusia yakni mandi janabah. Allah mengajar manusia supaya bertanggungjawab atas diri sendiri dengan menjaga amanah dalam mandi janabah yang tidak
333
diketahui oleh sesiapa, namun ia perlu dilaksanakan dengan betul dan amanah dengan diri sendiri.
3.4 Menunaikan Amanah walaupun Dikhianati
Manusia yang beramanah mampu mengawal diri daripada melakukan keburukan. Malah ia dapat menghalang daripada berakhlak dengan akhlak yang buruk. Sifat baik akan hadir secara semulajadi dengan adanya sifat amanah dalam diri.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ْلَأِب ُهوُطَلاَغَف ْمُهَّيِل َو َناَك ٍماَتْيَأ َةَقَفَن ٍن َلاُفِل ُبُتْكَأ ُتْنُك َلاَق ِ يِ كَمْلا َكَهاَم ِنْب َفُسوُي ْنَع ْمِهْيَلِإ اَهاَّدَأَف ٍمَه ْرِد ِف
اوُبَهَذ يِذَّلا َفْلَ ْْا ُضِبْقَأ ُتْلُق َلاَق اَهْيَلْثِم ْمِهِلاَم ْنِم ْمُهَل ُتْك َرْدَأَف ِ َّاللَّ َلوُس َر َعِمَس ُهَّنَأ يِبَأ يِنَثَّدَح َلَّ َلاَق َكْنِم ِهِب
َكَناَخ ْنَم ْنُخَت َلَّ َو َكَنَمَتْئا ْنَم ىَلِإ َةَناَمَ ْْا ِ دَأ ُلوُقَي َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص
Maksudnya: dari Yusuf bin Mahik Al Makki dia berkata, "Aku pernah mencatatkan untuk seseorang nafkah orang-orang yatim yang ia asuh. Kemudian anak asuh itu menipunya sebanyak seribu dirham. Lalu fulan itu memberikannya kepada anak-anak yatim. Setelah itu aku mendapati harta anak-anak yatim itu dua kali lipatnya. Yusuf melanjutkan; "Aku akan mengambil seribu (dirham) yang telah di bawa kabur oleh mereka darimu." Fulan berkata, "Tidak! Aku telah mendengar ayahku bahwa ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan janganlah engkau mengkhianati orang yang mengkhianatimu!" (Abu Daud Jual Beli 3067)
Ianya adalah berkenaan larangan disini adalah berkhianat terhadap orang yang melakukan khianat. (Aun ma’bud, syarah sahih abi daud, 19:21). Ia menjelaskan kepada manusia bahawa perlu kepada sifat memaafkan dan tidak berdendam atau membalas kejahatan dengan kejahatan.
Tidak khianat adalah kesan daripada sifat amanah dalam diri seseorang.
3.5 Sifat Amanah Membezakan antara Mukmin dan Munafik
Orang beramanah jelas di sebut sebagai seorang mukmin dan ia adalah sifat khusus yang hanya ada dalam diri seorang yang beriman.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ُهَف ِهيِف َّنُك ْنَم ٌعَب ْرَأ َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص ِ َّاللَّ ُلوُس َر َلاَق َلاَق و ٍرْمَع ِنْب ِ َّاللَّ ِدْبَع ْنَع ٌصِلاَخ ٌقِفاَنُم َو
ْتَناَك ْنَم َو
َذِإ َو َفَلْخَأ َدَع َو اَذِإ َو َبَذَك َثَّدَح اَذِإ اَهَعَدَي ىَّتَح ٍقاَفِن ْنِم ٌةَّلَخ ِهيِف َناَك َّنُهْنِم ٌةَّلَخ ِهيِف َمَصاَخ اَذِإ َو َرَدَغ َدَهاَع ا
َرَجَف
Maksudnya: dari Abdullah bin Amru ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang pada dirinya ada empat hal, maka ia adalah seorang munafik tulen, namun jika hanya ada sebahagian, maka pada dirinya ada sebahagian sifat munafik hingga ia meninggalkannya. Jika berbicara berdusta, jika berjanji mengingkari, jika diberi amanah khianat dan jika berselisih berlaku curang." (Abu Daud 4068 Kitab Sunnah (Dalil Iman Bertambah Dan Berkurang)
Lawan kepada sifat amanah ialah sifat khianat. Ia adalah antara sifat orang munafik, namun ia adalah nifak amali bukan nifaq ‘itiqadi . Nifak i’tiqadi adalah menzahirkan iman dan sembunyikan kufur. Jika ianya berlaku secara berleluasa atau kukuh sifat tersebut dalam dirinya, lama kelamaan ia akan sebati dalam diri dan tidak mustahil ia akan sampai kepada tahap nifak
‘itiqadi dan berakhir dengan kufur kepada Allah s.w.t. (Syarah sunan abi daud 27:8). Kesan
334
kufur kepada Allah amat berat bagi seorang yang beriman dan wajar dielakkan sifat ini dalam diri manusia.
3.6 Ciri Percakapan Orang Beramanah
Hadith Rasulullah s.a.w menjelaskan cara percakapan manusia yang beramanah apabila ia diberitakan sesuatu yang perlu dirahsiakan. Ia tidak menceritakan kepada manusia lain apabila suatu itu perlu dirahsiakan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
َُّاللَّ ىَّلَص ِ َّاللَّ ُلوُس َر َلاَق َلاَق ِ َّاللَّ ِدْبَع ِنْب ِرِباَج ْنَع َتَفَتْلا َّمُث ِثيِدَحْلاِب ُلُج َّرلا َثَّدَح اَذِإ َمَّلَس َو ِهْيَلَع
ٌةَناَمَأ َيِهَف
Maksudnya: dari Jabir bin Abdullah ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika seorang lelaki membicarakan hadith lalu ia menoleh (ke kanan dan ke kiri), maka itu adalah orang yang amanah." (Abi Daud 4225 Adab (Penyampaikan Pembicaraan)
Amanah disini bermakna amanah di sisi orang yang bercerita berkenaan kisah yang dibawa olehnya. Atau sesiapa yang bercerita dan takut ceritanya diketahui oleh orang lain atau dia ingin menjadikan ianya sebagai rahsia. Kisah ini menjelaskan bahawa seseorang yang ingin bercerita kepada orang lain dan menyebut bahawa ianya adalah rahsia atau tidak boleh dicerita kepada orang lain ia adalah seorang yang amanah terhadap kisah yang disampaikannya.
Hadith ini mengajar manusia supaya menjaga amanah berkenaan sesuatu cerita atau pengkhabaran. Jika yang menyampaikan pengkhabaran tersebut ingin ia dirahsiakan maka perlu dirahsiakan dan begitu juga sebaliknya.
3.7 Perkara yang Tidak Perlu kepada Sifat Amanah
Sifat amanah hanya perlu kepada perkara-perkara yang baik sahaja, perkara maksiat tidak perlu kepada sifat amanah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
َّلَِّإ ِةَناَمَ ْْاِب ُسِلاَجَمْلا َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص ِ َّاللَّ ُلوُس َر َلاَق َلاَق ِ َّاللَّ ِدْبَع ِنْب ِرِباَج ْفَس َسِلاَجَم َةَث َلاَث
ْوَأ ٍما َرَح ٍمَد ُك
ٍ قَح ِرْيَغِب ٍلاَم ُعاَطِتْقا ْوَأ ٌما َرَح ٌج ْرَف
Maksudnya: Dari Jabir bin Abdullah ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Hendaklah seseorang berlaku amanah dalam bermajlis, kecuali tiga majlis iaitu membunuh darah yang diharamkan, kemaluan yang diharamkan (zina) dan mengambil harta dengan tanpa hak." (Abi Daud No 4226 Adab (Menyampaikan Pembicaraan)
Majlis yang diadakan itu terdapat cerita dalam kalangan manusia dan ianya dipelihara dan tidak boleh menzahirkannya ia berikutan majlis tersebut ingin dirahsiakan seperti majlis yang khusus.
Majlis yang diadakan dengan amanah tidak harus orang yang hadir merahsiakan sesuatu kerana ia perlu disebar luaskan berita tersebut. Jika ia berkaitan dengan urusan rasmi negara maka perlu menahan diri daripada menzahirkan perkara yang perlu dirahsiakan. (Syarah sunan Abi Daud, 28:100)
Kenyataan tersebut mengaitkan bahawa manusia perlu beramanah jika hadir dalam mana-mana majlis. Jika perkara yang disampaikan itu perlu kepada amanah dan tidak boleh disebarkan kepada orang lain. Jika ianya majlis yang ingin menyampaikan maklumat maka boleh disebarkan
335
kepada orang lain. Ia bergantung kepada keadaan majlis dan keperluan majlis. Sifat amanah ketika hadir dalam majlis atau mesyuarat amat penting bagi seseorang.
Ia bermakna, seorang mukmin apabila ia melihat ahli majlis melakukan kemungkaran yakni hanya dalam tiga hal membunuh darah yang diharamkan atau tidak halal baginya dan kemaluan yang diharamkan bermakna zina. Ia juga membawa makna manusia tidak boleh beramanah dalam hal maksiat atau perkara yang menyalahi syariat. Amanah hanya berlaku dalam hal yang menegakkan syariat Islam dan menunaikan hak orang lain.
3.8 Kelebihan Orang yang Amanah
Terdapat kelebihan bagi orang yang melaksanakan amanah dengan baik. Ia menjadi kelebihan baginya berbanding orang yang tidak beramanah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ْنُي يِذَّلا َنيِمَ ْْا َمِلْسُمْلا َن ِزاَخْلا َّنِإ َلاَق َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص ِ يِبَّنلا ْنَع ىَسوُم يِبَأ ْنَع ُي َلاَق اَمَّب ُر َو ُذِف
َرِمُأ اَم يِطْع
ُأ يِذَّلا ىَلِإ ُهُعَفْدَيَف ُهُسْفَن ِهِب ًةَبِ يَط ا ًرَّف َوُم ًلاِماَك ِهيِطْعُيَف ِهِب ِنْيَقِ دَصَتُمْلا ُدَحَأ ِهِب ُهَل َرِم
Maksudnya: Dari Abu Musa dari Nabi s.a.w, beliau bersabda: "Seorang bendahara muslim yang melaksanakan tugasnya dengan jujur, dan membayar sedekah kepada orang yang diperintahkan oleh majikannya secara sempurna, dengan segera dan dengan pelayanan yang baik, maka ia mendapat pahala yang sama seperti orang yang bersedekah." (Sahih muslim. Zakat no 1699).
Ia adalah seorang yang amanah dan memelihara apa yang diamanahkan padanya. Ia tidak akan mengeluarkan harta melainkan dengan keizinan tuan punya. Ia seorang yang bersegera dalam memelihara amanah. Orang yang beramanah juga diberi gelaran orang yang benar.
3.9 Seseorang Dikenali oleh Allah dengan sifatnya
Anjuran Allah s.w.t kepada umat manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Orang yang beramanah dikenali oleh Allah s.w.t dengan sifat amanah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
َي َبِذَكْلا َّنِإَف َبِذَكْلا َو ْمُكاَّيِإ َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّاللَّ ىَّلَص ِ َّاللَّ ُلوُس َر َلاَق َلاَق ِ َّاللَّ ِدْبَع ْنَع َّنِإ َو ِروُجُفْلا ىَلِإ يِدْه
َروُجُفْلا
ُكْيَلَع َو اًباَّذَك ِ َّاللَّ َدْنِع َبَتْكُي ىَّتَح َبِذَكْلا ى َّرَحَتَي َو ُبِذْكَيَل َلُج َّرلا َّنِإ َو ِراَّنلا ىَلِإ يِدْهَي يِدْهَي َقْد ِ صلا َّنِإَف ِقْد ِ صلاِب ْم
َلُج َّرلا َّنِإ َو ِةَّنَجْلا ىَلِإ يِدْهَي َّرِبْلا َّنِإ َو ِ رِبْلا ىَلِإ اًقيِ د ِص ِ َّاللَّ َدْنِع َبَتْكُي ىَّتَح َقْد ِ صلا ى َّرَحَتَي َو ُقُدْصَيَل
Maksudnya: Dari Abdullah ia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah kebohongan, sebab kebohongan cenderung kepada keburukkan, dan keburukkan akan membawa kepada neraka. Dan sungguh, jika seseorang berbohong dan terbiasa dalam kebohongan hingga di sisi Allah ia akan ditulis sebagai seorang pembohong. Dan hendaklah kalian jujur, sebab jujur membawa kepada kebaikkan, dan kebaikkan akan membawa kepada syurga. Dan sungguh, jika seseorang berlaku jujur dan terbiasa dalam kejujuran hingga di sisi Allah ia akan ditulis sebagai orang yang jujur."
(Sunan abi daud, bab adab 4337)
Hadith ini berkaitan dengan galakkan dan ancaman berkenaan sikap manusia. Jika manusia bersifat dengan jujur maka ia dikenali dengan orang yang benar. Dan begitu sebaliknya.
Kebaikkan dan ketaqwaan saling berkait rapat antara satu sama lain. (Abd al-Muhsin al-Ibad, Syarah Sunan Abi Daud)
336
Apabila sifat amanah telah bersatu dalam diri manusia, ia akan bergaul dengan sikap itu sama ada dengan yang dekat atau jauh, muslim atau non muslim, Imam Ibnu Hajar berkata: Menipu hukumnya haram menurut kesepakatan ulama’, sama sahaja terhadap muslim atau kafir zimmi.
(Fath al-Bari, syarah hadith no 3178). Hadith ini memberi panduan bahawa Allah menggalakkan manusia bersifat amanah dan manusia dikenali dengan sifatnya seperti Rasulullah s.a.w dikenali dengan al-Amin.
4. KESIMPULAN
Amanah adalah tanggungjawab setiap individu, semua manusia wajar menjadikan sifat amanah utuh dalam diri agar mampu menghadapi cabaran dunia globalisasi. Ia juga perlu kepada kesabaran dalam melaksanakan sifat ini. Keyakinan bahawa semua perbuatan akan dihitung diakhirat kelak akan menjadikan manusia berhati-hati atas setiap tindakan dalam kehidupan.
Hadith merupakan panduan kepada manusia dalam melaksanakan sifat ini.
5. RUJUKAN
Abi Daud, Sulayman bin al-‘Asyas al-Azdi al-Sajastani (2009). Beirut: Dar al-Risalah al- Alamiyyah.
Abu Abd al-Rahman. (2005). ‘Aun al-Ma’bud Ala Syarah Sunan Abi Daud. Beirut: Dar Ibn Hazm.
Al-Asqalani, Ahmad b. Ali b. Hajar. (2015). Fath al-Bari bi syrah sahih al-bukhari. Beirut: Dar Ibn Hazm.
Muslim b. Hujjaj. (2016). Sahih muslim. Beirut: Dar al-Risalah al-Alamiyyah.
Muhammad b. Yazid b. majah. (2016). Sunan Ibn Majah. Beirut: Dar al-Risalah al-Alamiyyah.