• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

0

LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 79

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH

TINGKATAN 1

(2)

0 Cetakan 2011

©

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(3)

0

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2

3 MATLAMAT MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PERNYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 7

9 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 8

(4)

1

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.

Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

(5)

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(6)

3

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.

OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

OM5 Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.

OM6 Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7 Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

OM8 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM9 Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.

OM10 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003)

(7)

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek/produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan, Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005)

(8)

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor.

o Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

(9)

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI

1

2

3 4

5

6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh Buat Faham

Tahu

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji Faham

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Faham

(10)

7

PERNYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND PERNYATAAN STANDARD

6

(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif

5

(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif

4

(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara sistematik

3

(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan

2

(Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan

1

(Tahu) Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan

(11)

8

STANDARD PRESTASI

KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

TINGKATAN 1

(12)

9

BAND 1

(13)

10

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESCRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

1

Tahu

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan.

Murid boleh:

B1D1

Mengetahui tentang pengurusan organisasi bengkel.

B1D2

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta proses penghasilan projek.

B1D3

Mengetahui tentang asas elektrik.

B1D4

Mengetahui tentang kerja paip.

Murid boleh:

B1D1E1

Menyatakan tiga jawatan dalam struktur organisasi bengkel.

B1D2E1

Menyatakan lima faktor utama reka bentuk.

B1D2E2

Menyatakan tujuh alatan tangan termasuk mesin.

B1D2E3

Menyatakan pernyataan masalah yang hendak diselesaikan.

B1D3E1

Menyatakan tiga sumber elektrik dan tiga jenis wayar.

B1D4E1

Menyatakan dua sistem bekalan air di rumah dan tiga jenis paip.

(14)

11

B1D5

Mengetahui tentang mesin jahit.

B1D6

Mengetahui tentang kaedah pembiakan tanaman hiasan.

B1D7

Mengetahui tentang perniagaan.

B1D8

Mengetahui tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan.

B1D9

Mengetahui tentang dokumen perniagaan.

B1D5E1

Menyatakan tiga jenis mesin jahit.

B1D6E1

Menyatakan dua jenis keratan batang.

B1D7E1

Menyatakan empat alat pembayaran masa kini.

B1D7E2

Menyatakan tiga bidang perniagaan perkhidmatan.

B1D7E3

Menyatakan empat jenis milikan perniagaan.

B1D7E4

Menyatakan lima faktor yang mempengaruhi perniagaan.

B1D8E1

Menyatakan dua dokumen dalam penubuhan perniagaan kecil.

B1D8E2

Menyatakan empat langkah menubuhkan perniagaan kecil.

B1D9E1

Menyatakan lapan jenis dokumen dalam perniagaan.

(15)

12

B1D9E2

Menyatakan dua syarat masa serahan.

Menyatakan - secara lisan atau bertulis

(16)

13

BAND 2

(17)

14

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESCRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

2

Tahu dan Faham

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta

perdagangan dan keusahawanan.

Murid boleh:

B2D1

Mengetahui dan memahami tentang keselamatan di bengkel.

B2D2

Mengetahui dan memahami

tentang proses penghasilan projek.

B2D3

Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik.

B2D4

Mengetahui dan memahami tentang kerja paip.

Murid boleh:

B2D1E1

Menerangkan amalan 4M.

B2D2E1

Menerangkan proses kemasan menggunakan syelek.

B2D3E1

Menerangkan fungsi tiga alatan tangan termasuk pena ujian.

B2D4E1

Menerangkan fungsi tiga paip yang disambung ke tangki simpanan air.

B2D4E2

Menerangkan fungsi enam jenis penyambung paip.

(18)

15

B2D5

Mengetahui dan memahami tentang mesin jahit.

B2D6

Mengetahui dan memahami tentang medium semaian tanaman hiasan.

B2D7

Mengetahui dan memahami tentang perniagaan.

B2D8

Mengetahui dan memahami tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan.

B2D9

Mengetahui dan memahami tentang dokumen perniagaan.

B2D5E1

Menerangkan fungsi enam bahagian mesin jahit.

B2D6E1

Menerangkan nisbah campuran medium semaian.

B2D7E1

Menerangkan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

B2D7E2

Menerangkan empat jenis milikan perniagaan dan cirinya berdasarkan modal, bilangan pemilik dan liabiliti.

B2D8E1

Menerangkan tiga aspek pengurusan dalam pengendalian dan kawalan perniagaan.

B2D9E1

Menerangkan pengelasan dokumen perniagaan sebelum, semasa dan selepas urusniaga.

B2D9E2

Menerangkan empat syarat bayaran angkutan.

(19)

16

Menerangkan - secara lisan atau bertulis

B2D10

Mengetahui dan memahami tentang pengeluaran.

B2D10E1

Menerangkan empat daripada pengertian berikut iaitu pengeluaran, permintaan, pengkhususan, ekstraktif, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

B2D10E2

Menerangkan dua daripada kos berikut iaitu kos bahan, kos upah dan kos overhed.

(20)

17

BAND 3

(21)

18

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESCRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mengaplikasikan pengetahuan dan

kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan.

Murid boleh:

B3D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek.

B3D2

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik.

B3D3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan.

B3D4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang mesin jahit.

B3D5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang

penyemaian tanaman hiasan.

Murid boleh:

B3D1E1

Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah.

B3D2E1

Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.

B3D3E1

Membuat penyenggaraan perangkap P.

B3D4E1

Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.

B3D5E1

Menyemai keratan batang dalam medium semaian.

(22)

19

B3D6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengendalian perniagaan.

B3D6E1

Menyediakan penyata aliran tunai.

(23)

20

BAND 4

(24)

21

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESCRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mengaplikasikan pengetahuan dan

kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan secara sistematik.

Murid boleh:

B4D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara sistematik.

B4D2

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik.

B4D3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan secara sistematik.

B4D4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang

pengendalian perniagaan secara sistematik.

Murid boleh:

B4D1E1

Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah mengikut *peraturan.

B4D2E1

Membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut *prosedur.

B4D3E1

Membuat penyenggaraan perangkap P mengikut *urutan.

B4D4E1

Menyediakan penyata aliran tunai mengikut format yang *betul.

* Peraturan : Lakaran mesti menggunakan pensel, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik

* Prosedur : Mengikut langkah kerja yang betul

* Urutan : Susunan yang teratur

* Betul : Ada penerimaan dan perbelanjaan serta baki. Disediakan mengikut format yang telah ditetapkan

(25)

22

BAND 5

(26)

23

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESCRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Mengaplikasikan pengetahuan dan

kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan secara berinisiatif.

Murid boleh:

B5D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara berinisiatif.

B5D2

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang

pengendalian perniagaan secara berinisiatif.

Murid boleh:

B5D1E1

Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah dengan *daya usaha.

B5D2E1

Menyediakan penyata aliran tunai mengikut format yang betul dan pengiraan yang

*tepat.

* daya usaha : lakaran kemas dan bersih

* tepat : pengiraan yang betul mengikut formula (Penerimaan – Perbelanjaan = Baki h/b)

(27)

24

BAND 6

(28)

25

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan

pembelajaran

DESCRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENCE

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Mengaplikasikan pengetahuan dan

kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh:

B6D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh:

B6D1E1

Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah dan melahirkan idea baharu dengan nilai tambah.

(29)

26

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web http://www.moe.gov.my/lp

e-mel [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

KSSM Reka Cipta bermatlamat untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran, berfikiran kreatif, kritis, inovatif, dan inventif serta berpotensi membudayakan diri

berkaitan dan menggunakan matematik untuk memodelkan situasi, fizikal dan fenomena sosial. Apabila murid berupaya mewakilkan konsep dalam pelbagai cara, mereka akan

Bagi menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Moral secara optimum, adalah perlu bagi guru Pendidikan Moral untuk mengetahui dan menghayati

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai

Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan

Kurikulum ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengapalikasikan semua pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang Nyanyian, Ensembel Muzik,

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas Asas Jahitan Tingkatan Satu menekankan kepada penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur