• Tidak ada hasil yang ditemukan

EDISI ii 2021/2022. Student s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "EDISI ii 2021/2022. Student s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e 3"

Copied!
67
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 3

EDISI ii 2021/2022

(3)

1 LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT 5

2 VISI, MISI & DASAR KUALITI 6

3 LOGO 7

4 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN TERTINGGI KKKL 8

5 FASILITI KKKL 9

BAHAGIAN AKADEMIK

6 KURIKULUM DAN SILIBUS

o PENGENALAN SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK 12

o SPESIFIKASI PROGRAM 12

o PROSPEK KERJA 13

o OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME 14

EDUCATIONAL OBJECTIVES – PEO)

o HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING 14 OUTCOMES –PLO)

o PEMETAAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) VS 16 OBJEKTIF PROGRAM (OP)

o MAKLUMAT PROGRAM 17

o STRUKTUR PROGRAM 18

o SINOPSIS KURSUS TERAS 20

o FASILITI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK 23

o PENGANUGERAHAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI 25

7 UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

o PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT 27

o PERATURAN PENILAIAN 28

o PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN 36 KURSUS

8 UNIT HUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI

o PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT 38

o LATIHAN INDUSTRI 39

o PROSES LATIHAN INDUSTRI 40

ISI KANDUNGAN

(4)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 5

o PENGESANAN GRADUAN o ALUMNI

42 42

BAHAGIAN BUKAN AKADEMIK

9 UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

o PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT o PEMBIAYAAN KEWANGAN

o INSURANS PELAJAR

o PENGURUSAN PSIKOLOGI o PENGINAPAN PELAJAR

o PENGURUSAN PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR o PERATURAN PELAJAR

o JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR o KESUKARELAWANAN (BRISK)

44 45 46 47 48 49 50 57 58 10 UNIT PENGAMBILAN

o PERANAN UNIT PENGAMBILAN

o PENGURUSAN PERTUKARAN PROGRAM o PENGURUSAN PERTUKARAN KOLEJ

o PENGURUSAN TANGGUH/ BERHENTI PENGAJIAN

59 60 61 62 11 UNIT SUKAN

o PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT 63

12 PERPUSTAKAAN

o PENGENALAN 64

(5)

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KKKL ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia demi untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir.

KKKL mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting pada 1 April 2003 dan berpindah ke kampus induk di Jalan Suleiman Shah pada Disember 2003. Kini KKKL mempunyai kampus sendiri dengan keluasan tanah 15 ekar.

Sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, peranan KKKL telah diperluaskan dengan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus-kursus pendek. Penawaran kursus ini adalah mengikut kepada kehendak komuniti.

Lulusan Kolej Komuniti Kuala Langat yang berkelayakan berpeluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain. Disamping itu lulusan juga boleh mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka peluang perniagaan sendiri.

LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

(6)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 6

(7)

LOGO KOLEJ KOMUNITI SEMALAYSIA

LOGO KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

MOTTO

“Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran”

LOGO

(8)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 8

CARTA O RGA NISA SI P R OGR AM SI JI L TE KNOLO GI ELE KTRIK

(9)

Interpretasi

KEMUDAHAN FASILITI

(10)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 10

(11)

BAHAGIAN AKADEMIK

(12)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 12

PENGENALAN SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

Program pengajian tahap sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi merupakan program yang menerapkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam perkhidmatan teknikal yang merangkumi pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan. Program sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik Kolej Komuniti dibangunkan secara komprehensif yang terdiri daripada kursus matematik, sains, teknologi elektrik dan elektronik, keperluan kompetensi di tempat kerja dan pembangunan sahsiah. Graduan sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus termasuk aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan industri masa kini. Sijil bidang teknologi elektrik dan elektronik adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester kursus dan satu semester penuh latihan industri

SPESIFIKASI PROGRAM

Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali Sijil Pemasangan Elektrik) direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini.

Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik. Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi Elektrik, Alat Pengukuran, Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer, Motor Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem Automasi Bangunan, serta kursus Sistem Keselamatan dan Penyamanan Udara.

Selain itu, kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik dan Sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek.

KURIKULUM DAN SILIBUS

(13)

Di samping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik dan elektronik.

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang menyediakan laluan kerjaya seperti berikut:

JURUTEKNIK ELEKTRIK/

ELEKTRONIK

PENOLONG JURUTERA GRED JA29

JURUELEKTRIK

PENOLONG JURUTEKNIK

ELEKTRIK/

(14)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 14

OBJEKTIF PROGRAM (OP)

(PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES – PEO)

Objektif Program Sijil Teknologi Elektrik adalah untuk menghasilkan tenaga kerja yang:

OP 1: Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari keperluan semasa dan hasrat negara.

OP 2: Melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya secara dinamik.

OP 3: Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta beretika.

OP 4 : Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan inovatif.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES –PLO)

Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:

HPP 1: memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian.

Possess basic knowledge of technology fundamentals to routine procedures and practices in the field of study.

HPP 2: mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.

Propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems.

HPP 3: menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian.

Establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the field of study.

(15)

segera menerusi komunikasi.

Communicate and describe simple tasks within familiar areas and the immediate needs.

HPP 5: menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.

Illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices.

HPP 6: mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Acknowledge the requirement of career establishment and to employ in continuing learning.

HPP 7: menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar

Illustrate consciousness of management and technopreneurship routine in real perspective

HPP 8: menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.

Illustrate ethical awareness and professionalism.

HPP 9: menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.

Illustrate leadership character and work efficiently in a technical team.

HPP 4: menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan

(16)

PEMETAAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) VS OBJEKTIF

P a g e | 16

PROGRAM (OP)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM OBJEKTIF PROGRAM

OP1 OP2 OP3 OP4 HHP1 Memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan

rutin bidang pengajian.

Possess basic knowledge of technology fundamentals on routine procedures and practices in the electrical and electronic.

/

HHP2 Mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.

Propose and employ current tools and techniques to resolve routine problems.

/

HHP3 Menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian.

Establish basic investigative and significant thinking abilities to resolve routine problems in the electrical and electronic.

/

HHP4 Menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.

Communicate and describe simple tasks within familiar areas and immediate need

/

HHP5 Menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.

Illustrate the understanding of the issues related to the society and the subsequent responsibilities appropriate to the routine technology practices

/

HHP6 Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Acknowledge the requirement of career establishment and to employ continuing learnig

/

HHP7 Menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar.

Illustrate a consciousness of management and technopreneurship routine in real perspective.

/

HHP8 Menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme Illustrate ethical awareness and professionalism

/

HHP9 Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.

Illustrate leadership character and work efficiently in technical team.

/

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik

(17)

MAKLUMAT PROGRAM

Jadual 2: Maklumat Program

1. Nama Program Sijil Teknologi Elektrik

2. Nama Institusi Kolej Komuniti Kuala Langat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

3. Bahasa Penghantar Bahasa Melayu 4. Mod Pengajian Sepenuh Masa

5. Syarat Kemasukan 1. Warganegara Malaysia 2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) DAN 3. Tidak buta warna 6. Tempoh Pengajian Minimum (4 semester)

Maksimum (10 semester) 7. Minggu Pembelajaran

dan Pengajaran

14 minggu per semester(tidak termasuk cuti semester)

8. Latihan Industri 16 minggu , 8 kredit 9. Jumlah Kredit Graduat 61 kredit

(18)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 18

Jadual 3: Struktur Program Sijil Teknologi Elektrik SEMESTER 1

KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT PRASYARAT

UMUM

SUE10011 Communicative English 1

MPU11012 Pengajian Malaysia 2

SBM10012 Matematik 2

SBS10012 Sains 2

TEKNOLOGI

SEE10013 Teknologi Elektrik 3

SEE10023 Alat Pengukuran 3

SEE10033 Motor Elektrik Satu Fasa 3

SEE10043 Peranti Semikonduktor 3

JUMLAH SEMESTER 1 19

SEMESTER 2

KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT PRASYARAT

UMUM

SBC10012 Aplikasi Komputer 2

MPU12012 Keusahawanan 2

SEE20052 Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaaan 2

TEKNOLOGI

SEE20063 Sistem Digit 3

SEE20072 Lukisan Terbantu Komputer 2 SEW20023 Pemasangan Elektrik Satu Fasa 3 SEW40043 Pengawal Logik Boleh Aturcara 3 JUMLAH SEMESTER 2 17

STRUKTUR PROGRAM

(19)

SEMESTER 3

KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT PRASYARAT

UMUM

SUE20021 Workplace English 1

MPU13012 Pengajian Islam*

MPU13022 Pendidikan Moral ** 2

TEKNOLOGI

SEE30083 Motor Elektrik Tiga Fasa 3 SEE10033

SEE30093 Sistem Automasi Bangunan 3 SEE30104 Sistem Keselamatan dan

Penyamanan Udara 4

SEW40034 Pemasangan Elektrik Tiga Fasa 4 SEW20023 JUMLAH SEMESTER 3 17

SEMESTER 4

KLASIFIKASI KOD KURSUS JAM KREDIT

TEKNOLOGI SUT40038 Latihan Industri (LI) 8 JUMLAH SEMESTER 4 8 JUMLAH KESELURUHAN 61

Nota:

MPU12022 Bahasa Kebangsaan A adalah WAJIB diambil oleh pelajar yang tidak mendapat kredit di dalam subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengambilan kursus ini akan menyumbang kepada CGPA pelajar.

(20)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 20

SEE10013 TEKNOLOGI ELEKTRIK

Teknologi Elektrik adalah sebuah kursus yang memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami konsep teknologi elektrik yang bermula dari asas penghasilan tenaga.

Pelbagai konsep asas Kejuruteraan Elektrik seperti pengenalan elektromagnetik, pengubah, komponen pasif dan litar-litar asas elektrik akan diterangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Melalui kursus ini juga pelajar akan didedahkan dengan aplikasi kemagnetan dan pengubah.

SEE10023 ALAT PENGUKURAN

Kursus Alat Pengukuran direka untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas pengukuran elektrik dan elektronik. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran yang membolehkan pelajar mengendalikan pelbagai alat pengukuran dan mengukur kuantiti elektrik dan elektronik dengan tepat.

SEE10033 MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

Kursus ini memberi pemahaman kepada pelajar mengenai bahagian dan prinsip kendalian motor elektrik satu fasa. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran pemasangan litar-litar pemula motor dan kerja penyelenggaraan serta baikpulih yang berkaitan.

SEE10043 PERANTI SEMIKONDUKTOR

Peranti Semikonduktor memberi kefahaman mengenai prinsip semikonduktor dan pengetahuan mengenai komponen elektronik berkaitan. Penekanan adalah berkaitan kendalian, pengujian dan pemasangan komponen semikonduktor untuk kegunaan litar yang bersesuaian melalui pemasangan litar secara kaedah pematerian. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pembentangan hasil keputusan pengujian litar elektronik.

SEMESTER 1

(21)

SEE20052 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan perundangan serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kursus ini juga memberi penekanan terhadap budaya kerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat selain melatih pelajar berkaitan latihan kebakaran dan pertolongan cemas.

SEE20063 SISTEM DIGIT

Kursus ini memberi pengetahuan asas tentang asas sistem nombor dan sistem kod, logic gate dan rangkaian logik dan aritmetik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada aplikasi penggunaan litar logik dalam aplikasi sistem digital mudah.

SEE20072 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER

Lukisan Terbantu Komputer/ Computer Aided Design (CAD) memberi pengetahuan tentang penggunaan perisian komputer yang boleh digunakan untuk melukis objek secara 2 dimensi (2D). Penekanan kursus adalah kepada Arahan-arahan Melukis dan Suntingan (Draw and Editing Commands), serta pemilihan dan pengurusan maklumat dalam sesuatu lukisan elektrik.

SEW 20023 PEMASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

Pemasangan Elektrik Satu Fasa mengandungi pembelajaran teori dan latihan amali bagi melaksanakan kerja – kerja berkaitan pemasangan elektrik mengikut akta dan garis panduan yang terkini dalam pemasangan domestik. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada penggunaan perkakasan elektrik berdasarkan teknologi semasa dipasaran.

SEW 40043 PENGAWAL LOGIK BOLEH ATURCARA

Kursus ini akan memberi pengetahuan asas mengenai sistem kawalan automasi dan asaspengaturcaraan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Rajah Tangga (Ladder Diagram) dalam Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC). Kursus ini akan dilaksanakan secara praktikal dalam melaksanakan aplikasi kawalan automasi PLC yang ringkas bagi memenuhi keperluan industri.

SEMESTER 2

(22)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 22

SEE30083 MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

Kursus Motor Elektrik Tiga Fasa memberi penekanan kepada pengendalian serta bahagian- bahagian penting motor tiga fasa. Di samping itu juga kursus ini berkaitan dengan kaedah pemasangan, kawalan, penyelenggaraan dan kaedah baik pulih motor elektrik tiga fasa.

SEE30093 SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Kursus ini memberi pengetahuan asas mengenai sistem automasi bangunan yang merujuk kepada penciptaan berpusat, sistem rangkaian perkakasan dan perisian yang memantau dan mengawal sistem kemudahan bangunan. Kursus ini dilaksanakan secara praktikal di mana melaksanakan pemasangan dan pengaturcaraan aplikasi kawalan sistem automasi bangunan bagi memenuhi keperluan teknologi terkini di industri.

SEE30104 SISTEM KESELAMATAN DAN PENYAMANAN UDARA

Kursus Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik Industri ini memberi pengetahuan dan pendedahan berkaitan pemasangan dan penyelenggaraan Pendingin Hawa, Sistem Penggera Kebakaran, Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan Sistem Penggera Keselamatan.

SEW40034 PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA

Pemasangan Elektrik Tiga Fasa mengandungi pembelajaran teori dan praktikal bagi melaksanakan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan elektrik tiga fasa. Pelajar didedahkan kepada teknik melukis gambarajah litar, mendawai dan menguji pepasangan serta mengesan kerosakan dan baikpulih pepasangan elektrik tiga fasa.

SEMESTER 3

(23)

FASILITI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi program sijil teknologi elektrik, pihak Kolej Komuniti Kuala Langat telah menyediakan fasiliti-fasiliti seperti berikut:

 Makmal Teknologi Elektrik

 Makmal Elektrik dan Elektronik

 Makmal Pemasangan Elektrik

 Makmal Autocad

 Makmal Progammable Logic Control (PLC)

 Wiring Bay

 Conceal Bay

Makmal Teknologi Elektrik Makmal Elektrik dan Elektronik

(24)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 24

Makmal Pemasangan Elektrik Conceal Bay

Wiring Bay

(25)

PENGANUGERAHAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI

Pelajar hanya layak dianugerahkan Sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

 Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program;

 Lulus Latihan Industri / WBL;

 HPNM ≥ 2.00;

 Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan;

 Syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan

 Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan dalam bentuk gred seperti Jadual 4.

Jadual 4: Jadual Gred

(26)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 26

Pelajar akan memperolehi Anugerah Pengarah sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

 Pelajar mendaftar kursus / LA sekurang-kurangnya 12 kredit pada semester / modul berkenaan; dan

 Mendapat PNM ≥ 3.67 bagi semester / modul berkenaan

Nota : Catatan “Anugerah Pengarah” akan dimasukkan dalam slip

Pelajar akan dianugerahkan Pingat Ketua Pengarah (PKP) pada semester / modul terakhir sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

 Memperolehi HPNM sekurang-kurangnya 3.83;

 Cemerlang Latihan Industri;

 Kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JK; dan

 Diperakukan oleh Ketua Pengarah.

Nota : PKP akan dianugerahkan semasa majlis konvokesyen.

(27)

PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT

Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan dan penilaian. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program.

Unit Peperiksaan dan Penilaian berfungsi untuk:

 Merancang, menyedia dan menyelaras aktiviti-aktiviti bagi memastikan semua arahan dan peraturan peperiksaan dipatuhi.

 Menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen- dokumen berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian bagi menjamin keselamatan dan kerahsiaan.

 Menyediakan laporan keputusan peperiksaan untuk menentusahkan gred pencapaian pelajar.

 Menguruskan dokumen keputusan peperiksaan, transkrip dan sijil bagi memastikan capaian pelajar terhadap keputusan peperiksaan.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

(28)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 28

PERATURAN PENILAIAN

PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN

Mendaftar Kursus / LA

i. Pelajar yang telah mendaftar semester / modul dikehendaki mendaftar tiap–tiap kursus / LA yang diambil melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester / modul.

ii. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus / LA yang mempunyai prasyarat, sekiranya pelajar belum lulus kursus / LA yang menjadi pra syarat bagi kursus / LA tersebut.

iii. Pelajar perlu mendapat pengesahan TPA/TP/Ketua Program sebelum mendaftar

iv. Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah didaftarkan dengan teliti.

v. Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.

vi. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu ketiga (3) perkuliahan dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP)

vii. Borang pendaftaran kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga semester / modul berkenaan kepada pelajar melalui pensyarah kelas.

viii. Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada TPA / TP, Unit Peperiksaan dan Fail Pelajar.

(29)

Menentukan Jumlah Kredit

Nilai kredit.

i. Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu.

ii. Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit.

iii. Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit iv. Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut

keperluan program. Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit.

Beban kredit minimum dan maksimum.

i. Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap semester / modul kecuali bagi semester akhir / modul terakhir

ii. Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester / modul berikutnya.

iii. Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu.

(30)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 30

Kredit kursus / LA ulangan (UK).

i. Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.

ii. Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diulang akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.

iii. Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) minima 9 kredit, pelajar TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul yang berikutnya.

Kredit penebusan gred (TG)

i. Bagi pelajar yang mendapat status LB kursus/LA bagi menebus gred (TG), gred gred terdahulu.

DIBENARKAN mengulang terkini akan menggantikan

ii. Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus / LA yang diperbaiki akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.

Kredit lulus program dan tempoh pengajian

i. Pelajar mesti lulus semua kursus / LA yang ditetapkan untuk program yang diambilnya termasuk LI.

ii. Kredit minimum bagi program sijil adalah 61 kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk kepada struktur program masing-masing.

iii. Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 hingga 6 semester/modul manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10- semester atau 40 bulan. Kerangka tempoh pengajian maksimum ini ditetapkan bagi memastikan lulusan sentiasa relevan dengan keperluan semasa.

(31)

Pindahan Kredit

i. Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus / LA daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

ii. Mata kredit yang diperolehi bagi kursus / LA yang dipindah kredit tidak diambilkira dalam pengiraan HPNM.

iii. Jumlah Jam Kredit bagi kursus / LA yang dipindahkan akan diambil kira bagi menentukan Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerah sijil.

iv. Kursus-kursus / LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah Kolej boleh diterima atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus / LA yang sama.

v. Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan Kredit Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi terkini.

Penilaian

i. Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti - aktiviti Pentaksiran Berterusan (PB) bagi semua kursus / LA yang diikuti berdasarkan keperluan kurikulum.

ii. Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus / LA jika memenuhi syarat-syarat berikut;

 Memperolehi markah Pentaksiran Berterusan dengan MINIMA 40 Markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata 1.00 dan;

 Wajib HADIR Penilaian Akhir.

iii. Struktur penilaian bagi Program Sijil adalah secara Pentaksiran Berterusan (100%)

(32)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 32

Menggugur Kursus / LA

i. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

ii. Pengguguran Kursus / LA hendaklah dibuat dalam tempoh yang dibenarkan iaitu minggu keempat (4) perkuliahan.

Mengulang Kursus / LA (UK)

i. Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus / LA bersama-sama dengan kursus / LA yang ditetapkan bagi semester / modul semasa setelah mendapat nasihat dan kelulusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) .

ii. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu kedua selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

iii. Mengulang kursus / LA adalah keadaan apabila seseorang pelajar tidak mencapai kriteria penilaian sesuatu kursus / LA atau gagal kursus / LA pada semester / modul sebelumnya

iv. Kaedah Mengulang Kursus / LA ini juga adalah tertakluk kepada samada kursus / LA itu ditawarkan atau tidak pada semester / modul berkenaan (lihat syarat pendaftaran). Bagaimanapun, pelajar perlu memohon kebenaran daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu bagi mengulang kursus / LA untuk mengelakkan pertembungan jadual.

v. Pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA bagi mana-mana kursus / LA yang disyaratkan ke atasnya pada semester / modul berikut jika kursus / LA itu ditawarkan.

(33)

Meneruskan Pengajian Ke Semester / Modul Berikutnya

i. Pelajar dikehendaki mengambil semula kursus / LA yang gagal pada semester / modul seterusnya (sekiranya kursus / LA tersebut ditawarkan oleh pihak kolej).

ii. Pelajar dikehendaki lulus semua kursus / LA yang ditawarkan bagi sesuatu program sebelum dibenarkan menjalani latihan industri di akhir pengajian.

Pelajar yang mendapat status HPNM Lulus Bersyarat perlu memperbaiki status keputusan sebelum menjalani Latihan Industri.

iii. Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk mendaftar latihan industri, boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan menjalani latihan industri jika kursus / LA berkenaan tidak ditawarkan pada semester / modul tersebut dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

Menamatkan Pengajian Program

Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program sekiranya :

i. Mendapat HPNM 2.00 atau lebih bagi sesuatu program dan telah lulus Latihan Industri / WBL.

ii. Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program.

iii. Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM WAJIB LULUS kursus Bahasa Kebangsaan A.(berkuatkuasa Sesi Mac 2015)

Status Diberhentikan

i. Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga kali berturut- turut.

ii. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10 semester) termasuk Latihan Industri.

(34)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 34

i. Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

ii. Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop dengan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

iii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

iv. Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.

SIJIL KOLEJ KOMUNITI

i. Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja setelah pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi. Sijil ini akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen.

ii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta

Sumpah.

Surat Akuan Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya

iii. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti. Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti dengan mempamerkan keputusan di kolej atau hebahan melalui media elektronik. Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan selepas pengumuman dibuat.

TRANSKRIP

(35)

Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya boleh ditahan sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.

RAYUAN KE ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

i. Pelajar boleh membuat semakan semula skrip jawapan penilaian akhir melalui Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dengan mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan bagi mana-mana kursus / LA dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari selepas keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej. Rayuan bagi kursus / LA yang tiada penilaian akhir (PA) atau rayuan markah Pentaksiran Berterusan (PB) boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minggu peperiksaan.

ii. Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan.

iii. Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus / LA. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti.

PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN

i. Pelajar semester / modul akhir yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus / LA hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

ii. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan

PENAHANAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(36)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 36

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS

Pemberian pindah kredit dan pengecualian kursus merupakan satu pengiktirafan terhadap kelayakan dan pengetahuan sedia ada seseorang pelajar apabila mula mengikuti sesuatu program pengajian baharu.

Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan kredit dan dikecualikan daripada mengambil sesuatu kursus apabila mengikuti sesuatu pengajian berdasarkan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh sesebuah Pemberi Pengajian Tinggi (PPT).

Perbezaan antara Pindah Kredit dengan Pengecualian Kursus

PINDAH KREDIT

Proses pindah kredit membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit untuk bergraduat bagi

program yang sedang diikuti.

PENGECUALIAN KURSUS

Pengecualian kursus tidak membawa sebarang nilai kredit. Pelajar perlu

mengambil kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit untuk bergraduat

Carta alir berikut menunjukkan proses permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus. Untuk mendapatkan borang permohonan dan menjalankan urusan berikut palajar boleh berhubung terus dengan Unit Peperiksaan.

(37)

KURSUS

CARTA ALIR KERJA

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUAIAN

(38)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 38

PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT

Unit Hubungan Industri dan Alumni diketuai oleh Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni dan dibantu oleh Penyelaras Hubungan Industri dan Alumni bagi setiap program.

Unit Hubungan Industri dan Alumni adalah merupakan unit yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan perkara berikut:

 Merancang dan menyelaras aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan industri.

 Menyelaras dan memantau pelaksanaan Kajian Pengesanan Graduan (KPG).

 Merancang dan melaksanakan aktiviti sebelum, semasa dan selepas program intervensi kebolehpasaran graduan (temuduga/majlis dialog).

 Menyelaras program kerjasama industri.

 Menyelaras aktiviti/program berkaitan alumni.

UNIT HUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI

(39)

LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di Kolej Komuniti. Tempoh latihan industri yang perlu dijalani oleh pelajar adalah selama 16 minggu atau 1 semester. Pelajar perlu lulus kesemua modul/kursus bagi melayakkan diri mereka untuk menjalani latihan industri. Pelajar juga disyaratkan lulus latihan industri sebelum mereka diperakukan bagi penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.

Bagi membolehkan pelajar lulus latihan industri, pelajar perlu;

 Menghadiri Latihan Industri mengikut tempoh yang ditetapkan;

 Lulus penilaian Latihan Industri daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan;

 Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Latihan Industri.

Pelajar boleh memilih untuk menjalani latihan industri di tempat latihan yang memenuhi kriteria berikut:

 Jabatan kerajaan atau syarikat/firma swasta;

 Tempat latihan yang relevan dengan jurusan pengajian pelajar;

 Syarikat/firma yang berdaftar; dan

 Mempunyai alamat tetap dan boleh dihubungi

Malah, pelajar juga disaran agar memilih tempat latihan yang menawarkan peluang pekerjaan setelah tamat latihan industri.

Sepanjang menjalani latihan, pelajar diselia oleh Penyelia Syarikat dan berada di bawah pengawasan tempat latihan. Segala peraturan di tempat latihan adalah berkuatkuasa ke atas pelajar. Sekiranya pelajar diberhentikan daripada tempat latihan, pelajar adalah dikira Gagal dan perlu mengulang Latihan Industri. Pelajar dinasihatkan untuk sentiasa menunjukkan sikap dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh latihan bagi memastikan latihan yang diikuti oleh pelajar dapat disempurnakan

(40)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 40

PROSES LATIHAN INDUSTRI

Keputusan Latihan Industri

Lulus

TAMAT Penilaian Latihan Industri

Menjalani Latihan Industri

Menyempurnakan Latihan Industri

Gagal

MULA

Mengulang Latihan Industri Pengesahan Tempat

Latihan Industri Mendapatkan Tempat

Latihan Industri Pendaftaran Kursus

Latihan Industri (LI)

Tidak

Ya

(41)

1. Pelajar hendaklah memahami dan melaksanakan semua langkah dan kehendak yang terkandung di dalam Garis Panduan dan Peraturan Latihan Industri yang berkaitan dengan pelajar.

2. Pelajar adalah terikat dengan segala peraturan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan peraturan di tempat latihan semasa menjalani Latihan Industri.

3. Pelajar hendaklah menjalani Latihan Industri di tempat latihan yang telah diluluskan.

4. Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat latihan kecuali dengan kelulusan pihak institusi.

5. Pelajar hendaklah menjalani Latihan Industri mengikut tempoh yang ditetapkan.

6. Pelajar mestilah mematuhi jadual/program Latihan Industri yang telah ditetapkan oleh tempat latihan.

7. Pelajar tidak dibenarkan bercuti atau tidak menghadiri Latihan Industri tanpa kebenaran pihak tempat latihan.

8. Pelajar hendaklah menunjukkan sikap yang baik, berkelakuan sopan, berdisiplin diri, dan berbudi pekerti tinggi pada bila-bila masa semasa menjalani Latihan Industri.

9. Pelajar hendaklah menjaga nama baik institusi dan juga tempat latihan setiap masa sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri.

10. Pelajar tidak dibenarkan memalsukan sebarang dokumen yang berkaitan dengan program Latihan Industri.

11. Pelajar perlu mendapat kebenaran dari tempat latihan sekiranya ingin mencetak/menyalin/mengeluarkan sebarang dokumen/maklumat tempat latihan.

12. Pelajar tidak dibenarkan membocor sebarang rahsia tempat latihan.

13. Pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang harta benda tempat latihan tanpa kebenaran.

14. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan apa-apa harta benda tempat latihan untuk tujuan peribadi.

15. Pelajar tidak dibenarkan mencemar nama baik pegawai/kakitangan di tempat latihan.

16. Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan jenayah atau politik semasa menjalani Latihan Industri.

17. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada Unit LI dan pihak tempat latihan sekiranya mengalami masalah kesihatan yang boleh memudaratkan pelajar semasa menjalani latihan industri.

18. Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, KPT atau tempat latihan boleh diberhentikan daripada tempat latihan serta dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kolej Komuniti, KPT.

PERATURAN AM LATIHAN INDUSTRI

(42)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 42

PENGESANAN GRADUAN

Graduan adalah pelajar yang tamat dengan jayanya dalam sesuatu program pengajian dan layak dianugerahkan pengijazahan dalam majlis konvokesyen sesebuah institusi.

Pengesanan graduan dijalankan pada setiap tahun bagi mengenal pasti kebolehdapatan graduan (bekerja atau belum bekerja) setelah menamatkan pengajian.

Ianya dilaksanakan menggunakan platform soal selidik secara atas talian yang dikenali sebagai Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET).

Selain dapat mengetahui kebolehdapatan graduan, soal selidik ini juga mengumpulkan maklum balas dan pandangan graduan terhadap program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak institusi (IPT). Maklum balas graduan ini adalah sangat penting dalam membawa penambahbaikan kepada penyampaian perkhidmatan di IPT serta peningkatan kualiti pendidikan tinggi negara. Secara tidak langsung, maklum balas graduan juga merupakan sumbangan kepada IPT serta bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT tersebut.

Secara umumnya, graduan KKKL berpeluang untuk bekerja dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana institusi yang menjadi tumpuan graduan adalah di Politeknik dan institusi-institusi pendidikan lain seperti IPTA/IPTS, Institusi Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan lain-lain.

ALUMNI

Alumni merupakan aset kepada sesebuah institusi dan sumbangan serta penglibatan mereka berupaya menaikkan reputasi sesebuah institusi di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Sebuah persatuan ditubuhkan untuk mengumpulkan graduan ini dalam satu organisasi serta menjadi wadah kepada penyatuan alumni KKKL. Persatuan Alumni KKKL telah berjaya ditubuhkan pada tahun 2015 bertujuan mengumpulkan semua bekas pelajar yang pernah menimba ilmu di KKKL. Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua graduan KKKL.

Melalui aktiviti-aktiviti persatuan, jalinan silaturahim antara graduan dan tenaga pengajar serta pihak kolej akan dapat diteruskan di samping dapat bertukar-tukar fikiran dan idea seterusnya membina jaringan pembangunan diri sendiri, kolej dan masyarakat

(43)

BAHAGIAN BUKAN AKADEMIK

(44)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 44

PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT

Unit Pembangunan Pelajar adalah merupakan unit yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan perkara berikut:

 Merancang, mengurus dan menyelaras program kecemerlangan pelajar termasuk kebajikan, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik termasuk pelajar antarabangsa

 Merancang, mengurus dan menyelaras program pembangunan pelajar berdasarkan garis panduan termasuk untuk program mobiliti pelajar dan pendidikan fleksibel termasuk pelajar antarabangsa.

 Mengurus dan memantau penguatkuasaan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta 174 bagi mengawal tatatertib pelajar.

 Merancang dan mengurus program dengan kerjasama agensi yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah.

 Bertanggungjawab sebagai urussetia kepada pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan pembangunan pelajar dari aspek sahsiah.

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

(45)

PEMBIAYAAN KEWANGAN

Pelajar Kolej Komuniti boleh memohon pinjaman atau bantuan kewangan seperti berikut:

> Sijil Kolej Komuniti

Jadual 5: Senarai tajaan/bantuan kewangan

BIL TAJAAN/BANTUAN PIHAK YANG MENGURUSKAN

PENERANGAN

1 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Penyelaras Bantuan Kewangan (PKB)

 Hanya layak kepada pelajar- pelajar yang mana pendapatan Ibu Bapa kurang dari RM 3000 2 Elaun Khas Orang

Kelainan Upaya (OKU)

Penyelaras Bantuan Kewangan (PKB)

 Ditawarkan hanya kepada pelajar OKU yang memenuhi syarat permohonan

 Pelajar perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

3 Bantuan Kewangan JAKOA

Penyelaras Bantuan Kewangan (PKB)

 Hanya ditawarkan kepada pelajar orang asli sahaja.

4 Pinjaman/Elaun Pelajar Diberi kepada pelajar yang

memenuhi syarat dan layak sahaja Contoh : Bantuan zakat, Baitulmal, Yayasan Negeri dan sebagainya 5 Yayasan Negeri dan

Penaja- penaja Lain

Pelajar Tawaran bantuan dari Yayasan Negeri dan penaja-penaja lain kepada pelajar yang berminat

(46)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 46

INSURANS PELAJAR

Setiap pelajar di WAJIBKAN untuk mendapatkan skim perlindungan insuran berkelompok. Perlindungan insuran ini bertujuan untuk menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika pelajar yang dilindungi meninggal dunia atau menderita keilatan kekal atau kecederaan anggota badan sama ada akibat kemalangan atau penyakit. Segala urusan caruman insuran akan di uruskan oleh Penyelaras Insuran dan Kebajikan (PIK) Kolej Komuniti Kuala Langat.

Jadual 6: Senarai Manfaat Perlindungan Insurans BIL SKOP/MANFAAT PERLINDUNGAN

PAMPASAN JUMLAH PAMPASAN 1 Kematian Biasa/ Akibat Penyakit Sahaja RM10,000.00 2 Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh

Biasa/Akibat Penyakit Sahaja

RM10,000.00

3 Kematian Akibat Kemalangan Sahaja RM20,000.00

4 Cacat/Keilatan Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan sahaja

RM40,000.00

5 Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan Sahaja

RM40,000.00 (Maksimum) 6 Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan

Sahaja RM3,000.00

(Maksimum)

7 Perbelanjaan Pengkebumian RM2,000.00

8 Manfaat Elaun Wad Hospital Akibat

Kemalangan Sahaja (maksimum 30 hari)

RM50.00 sehari

9 Pampasan “Rape Trauma” RM1,000.00

10 Dengue Recuperation RM500.00

(47)

PENGURUSAN PSIKOLOGI

Unit Pengurusan Psikologi melaksanakan perkhidmatan sesi kaunseling bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau stress dalam kehidupan sebagai seorang pelajar. Disamping itu, unit ini juga turut menganjurkan program-program peningkatan kecemerlangan pelajar bagi membantu pelajar dalam meningkatkan jati diri dan motivasi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya

Jadual 7: Jadual waktu Operasi Pengurusan Psikologi

WAKTU PENGOPERASIAN

Isnin – Jumaat 8.00am – 5.00pm Jenis Perkhidmatan yang disediakan:

 Kaunseling Individu / Kelompok

 Intervensi Krisis

 Pengurusan Stress

 Ujian Psikologi / Psikometrik

 Program-program motivasi dan peningkatan kecemerlangan

pelajar

(48)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 48

PENGINAPAN PELAJAR

Kolej Komuniti Kuala Langat tidak menyediakan penginapan kepada pelajar-pelajar.

Walaubagaimanapun Unit Pembangunan Pelajar (UPP) membantu dalam menyediakan maklumat penginapan luar kampus (rumah sewa) kepada pelajar. Urusan di antara pemilik penginapan luar kampus dengan pelajar adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.

(49)

PENGURUSAN PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR

Pelajar dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan persendirian di kawasan kampus. Walaubagaimana pun pelajar perlu mendaftarkan kenderaan tersebut di Unit Pembangunan Pelajar.

Permohonan pelekat kenderaan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Pendaftaran Kenderaan Pelajar yang dikeluarkan oleh UPP bersama satu(1) salinan dokumen di bawah :

i. Lesen memandu pelajar.

ii. ‘Cover note’ insuran kenderaan.

iii. Cukai jalan kenderaan ( jika berkaitan )

iv. Kad pendaftaran kenderaan ( geran kenderaan )

v. Surat kebenaran menggunakan kenderaan (jika kenderaan bukan atas nama pelajar)

Jadual 8: Kadar Bayaran Pelekat Kenderaan

BIL JENIS KENDERAAN BAYARAN PELEKAT KENDERAAN

1 Motorikal RM 3.00

2 Kereta RM 5.00

Pelekat kenderaan yang telah di proses akan diserahkan kepada pelajar untuk dilekatkan di kenderaan masing-masing. Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus WAJIB mempamerkan pelekat kenderaan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kolej Komuniti.

(50)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 50

PERATURAN PELAJAR

Dasar Pengurusan Disiplin Kolej Komuniti Kuala Langat adalah ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Seseorang pelajar adalah tertakluk kepada Akta 174 [Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976] dan pindaan-pindaannya dibaca bersama dengan Buku Panduan Dan Peraturan Am Pelajar Kolej Komuniti.

Penyelarasan disiplin pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat akan di uruskan oleh Pegawai Disiplin Kolej Komuniti (PDKK) bersama penyelaras disiplin bagi

setiap program (PDP). Walaubagaimanapun semua pegawai/pensyarah di Kolej Komuniti Kuala Langat

juga bertanggungjawab dalam pemantauan disiplin pelajar.

(51)

Kaedah Hukuman Terhadap Kesalahan Pelajar

i. Pelajar yang melakukan kesalahan kali pertama akan diberi amaran lisan atau bertulis.

ii. Pelajar yang melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua dan berikutnya boleh dikenakan denda maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sehingga maksimum sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00)

Bagi pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Kuala Langat, penguatkuasaan terhadap Sistem Denda/Saman telah dilaksanakan bermula Julai 2018.

Beberapa kesalahan dan kadar denda/saman telah di senaraikan di Jadual 10. Walaubagaimanapun pelajar diberi peluang untuk membuat rayuan di atas pertuduhan yang di terima.

Notis Kesalahan Tatatertib Terus

Kesalahan di bawah adalah tertakluk kepada Akta 174/Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 dan Garis Panduan Pengurusan

Komuniti 2012

Jadual 9: Senarai Kesalahan Tatatertib

Hal Ehwal Pelajar Kolej

(52)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 52

(53)
(54)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 54

(55)
(56)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 56

Jenis Kesalahan dan Kadar Denda

Jadual 10: Kadar denda Mengikut Kasalahan

*** Bayaran denda/saman haruslah di buat di unit kewangan KKKL dan Salinan resit perlu di serahkan kepada Unit Pembangunan Pelajar (UPP) sebagai bukti pembayaran

(57)

Kesalahan Jenayah

Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati bersalah atas kesalahan jenayah, tindakan yang boleh diambil adalah sebagaimana berikut :

i. digantung menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(1)].

ii. diberhentikan menjadi pelajar Kolej Komuniti [Subseksyen 14(2) dan 14(3)]. dalam masa menunggu keputusan perbicaraan, ia tidak boleh berada di dalam atau memasuki kampus Kolej Komuniti

Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan oleh mahkamah luar atau mahkamah syariah perlu disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang akan melibatkan tindakan penggantungan atau pemberhentian pelajar dari Kolej Komuniti.

Kolej Komuniti perlu mendapatkan maklumat jelas mengenai hukuman mahkamah tersebut sebelum sebarang tindakan diambil mengikut Akta 174. Antara contoh kesalahan jenayah:

i. Mencuri

ii. Merogol, mencabul

iii. Khalwat, perlakuan sumbang iv. Dadah

v. Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mengikut kanun keseksaan

(58)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 58

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah. Pemilihan JPP adalah melalui proses Pilihanraya Kampus yang di adakan satu tahun sekali.

Pencalonan JPP terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di Kolej Komuniti KECUALI:

i. Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti (pelajar Semester 1).

ii. Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.

iii. Pelajar yang pernah mengulang semester.

iv. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.

v. Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.

Kolej Komuniti Kuala Langat turut mempunyai barisan JPP yang bertindak sebagai perantara diantara pihak pelajar dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Kuala Langat. Pelajar boleh menyalurkan aduan dan cadangan kepada JPP melalui Borang Aduan/Cadangan (Google Form) atau terus ke Bilik Gerakan JPP di tingkat 2 Blok kuliah Kolej Komuniti Kuala langat.

(59)

KESUKARELAWANAN (BRISK)

Briget Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) merupakan persatuan pelajar yang WAJIB disertai oleh semua pelajar yang berdaftar di Kolej Komuniti Kuala Langat. Aktiviti yang dijalankan berbentuk kesukarelawan yang dilaksanakan sama ada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, jabatan, institusi mahupun komuniti setempat.

Antara aktiviti-aktiviti dijalankan:-

 Demo masakan

 Gotong-royong

 Tanam pokok

 Pembersihan laut, Kubur, Taman Perumahan,

 Menolong mangsa banjir

(60)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 60

PERANAN UNIT PENGAMBILAN

 Merancang hala tuju pengambilan berdasarkan unjuran norma dan keperluan program pengajian.

 Menyelaras norma ambilan yang diterima daripada JPPKK bagi memastikan norma ambilan yang ditetapkan tercapai.

 Menguruskan urusan permohonan dan penawaran kepada pelajar- pelajar baharu.

 Merancang, melaksana dan memantau urusan sebelum, semasa dan selepas pendaftaran pelajar bagi kelancaran setiap jawatankuasa yang terlibat

 Menguruskan urusan hal-hal pelajar seperti penangguhan, berhenti pengajian, pertukaran kolej dan pertukaran program.

 Menyediakan fail untuk penyimpanan rekod dan data secara sistematik.

 Merancang, mengurus dan menyenggara sistem aplikasi pengambilan pelajar

 Memantau dan memastikan dokumen-dokumen di dalam Fail Peribadi Pelajar (FPP) sentiasa dikemaskini oleh Pensyarah Kelas dengan lengkap mengikut senarai semak.

 Merancang dan mengurus taklimat pengambilan di sekolah, jabatan dan sekitar komuniti.

 Menyediakan senarai edaran Kad Pelajar yang telah siap

UNIT PENGAMBILAN

(61)

PENGURUSAN PERTUKARAN PROGRAM

(62)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 62

PENGURUSAN PERTUKARAN KOLEJ

(63)

PENGURUSAN TANGGUH/ BERHENTI PENGAJIAN

(64)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 64

PENGENALAN DAN FUNGSI UNIT

Unit Sukan berperanan:

 Membangun dan membudayakan sukan kepada warga KKKL melalui pengelolaan aktiviti sukan dan kokurikulum.

 Menyediakan pasukan-pasukan sukan dan kumpulan kokurikulum KKKL bagi semua aktiviti atau pertandingan luar di semua peringkat (pemilihan, latihan, tadbir urus).

 Perolehan, pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan serta peralatan sukan dan kokurikulum.

 Pengurusan kokurikulum dan pengurusan peralatan sukan.

 Menggalakkan warga KKKL bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan riadah.

KELAB DAN PERSATUAN

 Kelab Woodball

 Kelab Petanque

 Kelab Futsal

 Kelab Badminton

 Kelab Bola Jaring

 Kelab Dodgeball

 Kelab Bola Tampar

Kelab Kebudayaan dan Warisan

UNIT SUKAN

(65)

PENGENALAN

Perpustakaan KKKL secara rasmi dibuka kepada pengguna pada bulan Disember 2003. Dikenali sebagai Pusat sumber maklumat pada awal penubuhan dan seterusnya dinaik taraf kepada Perpustakaan KKKL.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah terbuka kepada warga terutama para pelajar, kakitangan akademik, kakitangan pengurusan dan staf sokongan. Perpustakaan KKKL memiliki lebih 10 ribu naskah rujukan merangkumi bahan ilmiah dan rujukan am berdasarkan program yang ditawarkan di KKKL & cawangan daripada pelbagai koleksi pengkelasan sumber.

Pada tahun 2017, Perpustakaan KKKL mengalami transformasi digital dan dikenali sebagai KKKL Lib2u dengan slogan “LIBRARY: Because NOT EVERYTHING on INTERNET is TRUE” & Tagline “FREEDOM YOUR MIND”

Perpustakaan KKKL merupakan komponen utama dalam menyokong proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi program yang ditawarkan di KKKL seperti:-

Sijil Teknologi Elektrik (SKE) Sijil Teknologi Maklumat (STM)

Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) Sijil Animasi 2D (SDD)

Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP)

Sijil Rekabentuk & Pembuatan Perabot (SRP) Diploma in Sound & Lighting Technology (DSL) Sijil Logistik (SLK) - KKSepang

Jadual 11: Waktu Pengoperasian Perpustakaan

HARI WAKTU

ISNIN-KHAMIS 9.00PG – 5.00 PTG

JUMAAT 9.00PG -12.15TGH

REHAT

2.45PTG – 5.00PTG

SABTU & AHAD TUTUP

CUTI AM TUTUP

PERPUSTAKAAN

(66)

Student’s Handbook Sijil Teknologi Elektrik P a g e | 66

Perpustakaan (Aras Atas)

Perpustakaan (Aras Bawah)

(67)

Referensi

Dokumen terkait

Lampiran 13 Tabel kesesuaian antara landasan penyusunan Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) dari Badan Standar Nasional Pendidikan (BSNP) dengan landasan

Pengukuran kinerja usaha adalah proses me- ngukur perkembangan dari parameter-parameter yang ditetapkan sebagai indikator perkembangan. Fungsi pengukuran kinerja

Selain penelitian yang membahas kesalahan berdasarkan kriteria Watson, Susanti (2017) melakukan penelitian yang membahas analisis kesalahan siswa dalam menyelesaikan

Paling banyak 200 kata , jelaskan bahwa inovasi pelayanan publik yang diajukan ini bersifat unik dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara-cara baru dan.. berbeda dari

Dalam syariat Islam, orang yang tidak mau mengerjakan.. shalat wajib dihukum. Dan ini merupakan tanggung-jawab negara dan pemerintahan. Tidak seperti yang selama ini kita pahami

menjadi peta digital dengan mempergunakan meja digitasi atau software. Cara kerjanya adalah dengan mengkonversi fitur-fitur spasial yang ada pada peta menjadi kumpulan koordinat

Menurut Freud (dalam Samiun, 2006: 334-335) ada tiga bentuk kecemasan diantaranya; pertama, kecemasan realitistik atau kecemasan yang timbul karena penyesuaian diri

Proporsi kematian akibat sistem sirkulasi dan pernapasan lebih besar pada lansia berusia 65 tahun ke atas dibandingkan usia 55–65 tahun, sedangkan proporsi kematian akibat