• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNTUK MENJADI PENULIS SKRIP TV MESTI ADA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UNTUK MENJADI PENULIS SKRIP TV MESTI ADA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

UNTUK MENJADI PENULIS SKRIP TV: MESTI ADA VISI DAN MISI

1

Oleh: Wiramanja

Dalam diri manusia terlalu banyak pengalaman yang perlu dikongsi

oleh orang lain. Setiap manusia ingin menceritakan kehebatan,

keunikan, keajaiban dan pelbagai lagi mengenai diri mereka. Mereka

meluahkan perasaan ketika berkomunikasi dalam interaksi sosial.

Dalam setiap interaksi sosial ini berlakunya penyebaran maklumat

kepada manusia lain sambung-menyambung. Apabila membicarakan

mengenai komunikasi ianya adalah satu cara individu perhubungan

yang sangat umum.

Perhubungan manusia dalam mengerakkan komunikasi adalah

sangat luas. Pengucapan melalui mulut ke mulut iaitu perbualan yang

boleh menerbitkan satu kefahaman di antara satu dengan adalah

komunikasi. Banyak takrifan mengenai komunikasi mengikut konteks

kesarjanaan seseorang tetapi komunikasi dapat difahami oleh umum

sebagai perhubungan yang berlaku di antara orang perseorangan dan

orang banyak.

Untuk melibatkan bidang komunikasi secara luas banyak perincian

untuk diperjelaskan. Namun, komunikasi yang ingin dipaparkan dalam

(2)

buku ini adalah berkaitan komunikasi membabitkan bidang penulisan.

Media massa adalah secara umum bagi pengertian komunikasi yang

mana terdapat dua gugusan iaitu media elektronik dan media cetak.

Media elektronik adalah bermacam-macam, umpamanya radio, tv,

internet, dan pelbagai lagi. Media cetak pula, terdiri daripada

suratkhabar, buku, majalah dan lain-lain.

Dalam kedua-dua gugusan media massa ini memerlukan bidang

penulisan. Bidang penulisan sangat luas untuk dimengertikan oleh

seseorang kerana mencakupi pelbagai genre yang terdapat di

dalamnya. Genre penulisan adalah seperti penulisan cerpen, novel,

puisi dan lain-lain. Genre penulisan ini mempunyai pelbagai bentuk

iaitu penulisan berbentuk prosa dan pelbagai lagi. Kesemuanya ini

adalah genre penulisan. Dalam bab ini memaparkan apakah bidang

penulisan skrip dalam genre penulisan itu sendiri?

Umum mengetahui bahawa penulisan skrip adalah pemindahan

daripada teks prosa kepada dailog. Teks prosa yang di dalamnya

terdapat satu penulisan yang panjang memaparkan kisah secara

naratif. Cerpen dan novel adalah satu contoh penulisan naratif.

Banyak pengertian mengenai naratif tetapi dalam bab ini menerangkan

secara ringkas mengenainya. Sebagai contoh, Zaidi seorang pekerja

yang cekap dalam satu jabatan kerajaan. Pada satu hari beliau

(3)

oleh Zaidi kerana dia telah menjalankan tugas yang sepertinya.

Apabila satu di rumah, Zaidi tidak dapat melupai peristiwa tersebut.

Begitu juga ketuanya, apabila sampai di rumah dia mula menyedari

kesalahannya memarahi Zaidi.

Zaidi adalah seorang pekerja yang didekasi sememangnya tidak

layak dimarahi. Jika Zaidi ada membuat kesilapan, perkara itu boleh

diselesaikan dengan perbincangan tetapi bukan sebaliknya. Pada

malam itu Zaidi bermimpi dia bergaduh dengan ketuanya. Pergaduhan

itu sangat serius yang menyebabkan Zaidi tertekan setelah tersedar

daripada mimpinya itu. Ketika Zaidi mandi, dia terdengar deringan

taliponnya dan bergegas mendapatkannya. Apabila mengangkat

gegang talipon, dengan mendengar suara ketuanya meminta maaf

kerana kesilapannya. Zaidi menerima segala itu sebagai asam garam

kehidupan sebagai seorang pekerja. Dia memahami tugas ketuanya

terlalu berat kadangkala menyebabkan emosi bertindak luarbiasa.

Nah! itulah yang dikatakan naratif yang membawa rentetan

peristiwa sambung-menyambung sehingga ada kesudahannya. Naratif

juga ditulis dalam bentuk prosa iaitu penggunaan ayat-ayat yang

panjang sebagaimana dalam cerpen dan novel. Namun, penulisan

skrip amat berbeza kerana lebih memapar sesebuah kisah dalam

bentuk dailog dan arahan tertentu. Dalam dailog ianya bermula

(4)

rakan-rakannya sedang bercakap-cakap ataupun berbual. Itu adalah

pengucapan yang berbentuk dailog.

Pergerakan seseorang seharian, daripada mula dia bangun tidur,

pergi mandi dan menulaikan solat subuh. Kemudian pergi joging

ataupun bersenam. Seterusnya mengambil sarapan sambil membaca

suratkhabar. Seterusnya mengemas diri untuk ke pejabat. Dalam

perjalanan ke pejabat bermacam peristiwa yang dihadapinya dan

seterusnya. Pergerakan inilah akan ditukarkan menjadi satu paparan

berbentuk penulisan skrip.

Bayangkan pergerakan itu, dapati digambarkan menerusi visual

sebagaimana seseorang dapat melihat dalam screen televisyen. Jadi,

pengerakan itu dilakarkan mengikut format skrip yang diarahkan oleh

seorang pengarah, digambarkan oleh seorang jurukamera dan watak

itu dilakonkan. Kesemua ini memerlukan satu skrip yang ditulis oleh

seorang penulis skrip. Setiap perlakuan dan perbuatan manusia dalam

dunia ini boleh ditulis semula menjadi satu skrip yang boleh dilakonkan

mengikut watak-watak manusia itu.

Pengalaman manusia dalam kehidupan mereka dapat dilakarkan

dalam bentuk skrip. Setelah itu digambarkan melalui skrip itu,

makanya itulah drama kehidupan. Iaitu rencah kehidupan manusia

(5)

satu bahan pemindahan kepada audio dan visual. Audio iaitu benda

yang boleh didengar seperti suara, muzik, latarbelakang bunyian dan

lain-lain, manakala visual adalah benda yang boleh diterjemahkan

melalui gambar yang bergerak ataupun statik.

Kefahaman seseorang mengenai drama amatlah terbatas.

Keterbatasan ini ada pada diri individu itu sendiri sebagai contoh usia

dan pendidikan. Peringkat usia seseorang akan membuat

penterjemahan pemahaman drama yang ditonton amat berbeza.

Seorang yang sudah tua usianya akan membuat penafsiran berbeza

dengan para remaja. Begitu juga kanak-kanak yang menonton sebuah

drama, tidak kira drama tv ataupun teater. Mereka tidak dapat

membuat penafsiran yang sama dengan usia manusia yang jauh

berbeza dengan mereka.

Pendidikan seseorang juga boleh membezakan penafsiran ataupun

penterjemahan sesebuah drama. Individu yang terdedah dengan

pendidikan tinggi sudah tentu membuat penafsiran berbeza dengan

mereka yang kurang berpendidikan. Tahap pendidikan membezakan

penilaian mereka terhadap sesuatu. Mereka yang memiliki pendidikan

tinggi biasanya mengukur mengikut kacamata logik akal. Kacamata

logik akal ini berdasarkan gabungan ilmu dan kematangan pemikiran

mereka. Pengukuran mengikut landasan emosi sahaja tidak berupaya

(6)

Umpamanya, sebuah visual diperlihatkan kepada dua golongan ini

iaitu sebuah rumah papan yang sudah reput dan uzur serta tidak

berpenghuni. Golongan pertama apabila melihat visual itu

mengatakan rumah itu dimiliki oleh keluarga yang susah kehidupannya,

manakala golongan kedua melihat visual sebagai rumah itu dibiarkan

kosong tanpa jagaan kerana penghuninya sudah berpindah ke tempat

lain. Rumah itu reput dan uzur kerana ditinggalkan begitu lama tanpa

jagaan. Barangkali juga, penghuninya sudah tiada dan anak-anak

mereka telah merantau membawa diri masing-masing hidup

berkeluarga. Sesungguhnya, sebuah visual memberikan seribu makna

kepada seseorang dan terpulanglah untuk dimengertikan.

Ini merupakan satu peringkat pemahaman individu terhadap

sebuah visual. Justeru, sebuah visual tanpa skrip ataupun penerangan

bertulis atau suara akan memesong pemahaman individu. Individu

yang lahir di dunia mempunyai pemikiran yang berbeza di antara satu

dengan lain. Perbezaan yang nyata adalah pemikiran negatif dan

positif mereka menerima paparan sesebuah drama. Agak sukar untuk

seseorang penulisan memberi kefahaman yang maksimum kepada

audiens apabila melihat drama karyanya. Sesebuah skrip drama yang

dihasilkan juga memerlukan penelitian dan penyelidikan sebelum

(7)

Setiap manusia mempunyai pelbagai naluri yang membezakan

mereka. Jika cerita yang dipaparkan amat bertepatan dengan kisah

diri mereka sendiri, maka drama itu ditonton. Kadangkala drama yang

dipersembahan banyak menyentuh ataupun berkaitan dengan kisah

hidupnya juga boleh membuat dia menolak atau enggan menontonnya.

Tetapi yang pasti sesebuah skrip drama yang dihasilkan penulis

semestinya mempunyai sebab-musababnya. Lahir sebuah karya adalah

disebabkan sesuatu yang terjadi kepada emosi seseorang penulis.

Amat sukar sesebuah skrip dihasilkan hanya bergantung pada hayalan

penulis itu sahaja.

Karya yang baik adalah terhasil daripada rencah kehidupan

masyarakat sekeliling. Penulis hidup dalam kelompok masyarakat

tersebut yang dapat merasai dan mengalami sendiri kehidupan

mereka. Sukar bagi seseorang penulis menghasilkan sesebuah karya

dengan hanya tinggal dalam sebuah bilik bertemankan sebuah

komputer. Hayalan seseorang penulis tidak berupaya mengungkap

segala idea dibenihkan dalam fikiran dapat dijelmakan menjadi sebuah

karya. Terpacar sebuah karya yang baik adalah dirakumi dengan

pelbagai cara. Sesebuah karya diadun menerusi maklumat dan bahan

diperolehi daripada pelbagai sumber.

Ramai orang ingin menjadi penulis tetapi tidak ramai yang berjaya

(8)

menghasilkan karya yang dapat memberi manfaat kepada manusia

lain. Tugas seorang penulis amat mencabar dan memerlukan

kesabaran secara total. Sesebuah naskhah tidak dapat dihasilkan

tanpa kesungguhan daripada penulisnya. Naskhah itu juga tidak dapat

dihasilkan pada satu hari sahaja, malah memakan masa yang lama.

Seseorang penulis tidak berjaya menghasilkan sebuah karya yang baik

hanya mengadap komputer sehari suntuk.

Amat mustahil sebuah karya yang baik dapat dihasilkan dalam

sekelip mata iaitu dalam masa yang singkat. Pun begitu, akal manusia

tidak sebagaimana hard disk sebuah komputer. Ketepatan fakta tidak

dapat disimpan lama dalam otak manusia dan daya pengingatan juga

terbatas. Namun, tidak mustahil manusia dapat menghasilkan karya

yang baik kerana otak mereka boleh menyimpan bahan-bahan

menerusi pelbagai sumber yang akan dibincangkan dalam bab

berikutnya. Manusia berjaya menghasilkan sesuatu kerana mereka

kreatif iaitu memiliki akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan keunikkan tertentu yang

dianugerahkan tuhan yang Maha Bijaksana. Kesemuanya yang ada

dalam otak manusia adalah ilmu-ilmu Allah s.w.t. Dengan Maha

Bijaksana tuhan mengaturkan semuanya dalam otak manusia sehingga

menjadi pelbagai ciptaan di dunia ini. Sebagai contoh seorang

(9)

kehidupannya. Jika satu billion manusia yang hidup dalam dunia ini

menghasilkan setiap seorang sepuluh buku? Makanya terjadilah

lambakan buku yang terlalu banyak dalam perpustakaan seluruh dunia

dengan pelbagai disiplin.

Setiap disiplin ilmu adalah datangnya daripada Allah s.w.t yang

dipinjamkan kepada otak manusia. Ilmu-ilmu Allah s.w.t ini yang

manusia ceduk dan timba menjadi pedoman mereka. Wahyu yang

diterima oleh para nabi sekelian dan akhirnya Junjungan Besar Nabi

Muhamad s.a.w. adalah ilmu yang sangat berguna kepada manusia.

Al-Quran dan Al-Hadits merupakan rujukan yang tidak ada tolok

bandingannya menjadi pedoman dan panduan umat sejagat.

Kedua-dua sumber itu adalah ilmu dunia dan akhirat. Buku-buku yang

dihasilkan oleh manusia itu adalah daripada sumber Allah s.w.t

pemilikNya.

Justeru, seseorang penulis dipertanggungjawab menghasilkan

karya baik yang memberi manfaat kepada manusia lain. Segala usaha

itu merupakan ibadah kepada Allah s.w.t. kerana penghasilan setiap

karya ada fungsinya. Begitu juga skrip drama yang dihasilkan oleh

penulis semestinya memberi manfaat kepada audiens. Daripada karya

mereka dapat mengubah sikap dan mendidik mereka menjalani

(10)

Islam bukan hanya di surau atau di masjid sahaja tetapi melalui

pelbagai cara.

Zaman ini cara yang terbaik untuk menyebarkan ajaran Islam

adalah melalui media. Sudah tentu media elektronik seperti

televisyen memainkan peranan cepat dan pantas penyebaran agama

suci ini. Manusia yang dilahirkan sebagai penulis adalah memegang

tanggungjawab yang besar ke arah itu. Mereka adakan dipersoalkan di

hadapan Allah rabuljalil di atas usaha-usaha mereka dan peranan

mereka sebagai penulis. Bakat besar yang diberikan Allah s.w.t

kepada manusia penulis adalah untuk menjadi pembimbing manusia

(11)

Kesimpulannya, sesebuah karya agong yang dihasilkan oleh penulis

bukan untuk dimegah-megahkan, kerana karya itu datang daripada

Allah s.w.t. Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t, justeru pemikiran

yang baik jadikan sebagai sebuah karya agong walaupun seseorang

hanya terdaya menghasilkan sebuah puisi sahaja seumur hidupnya.

Justeru, manusia penulis yang ingin menceburi dalam bidang ini

seharusnya menanam cita-cita suci dan ikhlas untuk menjadi penulis

kerana Allah s.w.t. tetapi bukan kerana dunia semata-mata. Jika anda

menanamkan cita-cita sebegitu untuk menjadi seorang penulis,

Referensi

Dokumen terkait

Bunyi hukum kekekalan momentum sudut : jika tidak ada resultan momen gaya luar yang bekerja pada sistem (  = 0), maka momentum sudut sistem adalah kekal. Saat kedua

Kemudian dalam putusan pengadilan disebutkan adanya obyek sengketa yang berupa sertipikat hak atas tanah diputus oleh majelis hakim menjadi tidak berkekuatan hukum,

a) Tujuan Pembelajaran. Setelah mengikuti kegiatan belajar 10 diharapkan peserta didik dapat:  Melakukan backup dan restore sistem pada windows 8.1. System Image Backup adalah

Pengujian hipotesis variabel bebas yang paling berpengaruh terhadap kinerja karyawan dapat disajikan dalam tabel 4.11 pada halaman 57 yaitu kesimpulan yang bisa

Dengan pendekatan komponen, sistem dapat didefinisikan sebagai kumpulan dari komponen yang saling berhubungan satu dengan yang lainnya membentuk satu kesatuan untuk

Latar belakang permasalahan penelitian di sekolah SMA Muhammadiyah 18 Jakarta adalah belum adanya perankingan untuk menentukan siapa yang menjadi guru terbaik sehingga dapat

Penetapan wilayah yang menerapkan kompetisi tenaga listrik dilakukan secara bertahap berdasarkan tingkat kesiapan usaha penyediaan tenaga listrik antara lain cadangan daya yang

Apabila dilihat dari Analisis Sektor Un- ggulan Tabel 10, diketahui bahwa sektor Industri Pengolahan adalah sektor unggulan Provinsi Jawa Timur pada tahun 2010 yang memiliki kaitan