• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asal Usul Kampung Bombong Tiga dan Perke

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Asal Usul Kampung Bombong Tiga dan Perke"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Asal Usul Kampung Bombong Tiga dan Perkembangan Teknologi Penanaman Getah di Kampung Bombong Tiga.

Pengenalan

Kajian ini berkaitan dengan asal-usul Kampung Bombong Tiga dan perkembangan teknologi penanaman getah terhadap keperluan kehidupan harian penduduk Kampung Bombong Tiga. Jangka masa tempoh yang akan dikaji adalah dari tahun 1971 hingga 2000. Melalui pemerihatian pengkaji, perkembangan teknologi penanaman getah telah memberikan impak positif kepada kehidupan penduduk Kampung Bombong Tiga. Walaupun susah dalam bekerja, namun penduduk mempunyai ekonomi yang baik untuk menyara hidup mereka.

Permasalahan Kajian

Sebelum kajian ini dilaksanakan, terdapat beberapa persoalan atau permasalahan yang cuba dirungkaikan oleh pengkaji di dalam kajian ini. Persoalan yang pertama ialah impak perkembangan teknologi terhadap aktiviti penanaman getah di Kampung Bombong Tiga. Hal ini dapat dibuktikan melalui keberkesanan dalam perubahan kehidupan masyarakat di Kampung Bombong Tiga. Selain itu terdapat juga persoalan yang dibangkitkan dengan peningkatan taraf hidup penduduk Kampung Bombong Tiga. Hal ini dapat dibuktikan apabila ramai penduduk kampung yang bijak mengurus kehidupan sendiri dengan lebih baik seperti mengamalkan pertanian moden. Di samping itu permasalahan seperti penerimaan masyarakat terhadap perkembangan teknologi baharu di dalam penanaman getah. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat penduduk kampung yang melaksanakan penanaman getah secara moden. Persoalan yang seterusnya ialah perkembangan teknologi telah mendorong kepada peningkatan pendapatan penduduk. Hal ini dapat dibuktikan apabila ramai penduduk kampung yang mengalami perubahan taraf hidup ke arah yang lebih baik.

Objektif Kajian

(2)

1) Perkembangan teknologi memberi impak yang positif terhadap aktiviti penanaman getah di Kampung Bombong Tiga.

2) Penerimaan masyarakat terhadap perkembangan teknologi baharu penanaman getah di Kampung Bombong Tiga.

3) Peningkatan Teknologi telah mendorong kepada peningkatan pendapatan masyarakat petani di Kampung Bombong Tiga.

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa sememangnya penduduk kampung ini mengalami perubahan kehidupan secara positif akibat adanya perkembangan teknologi penanaman getah di Kampung Bombong Tiga. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan kehidupan penduduk, dengan adanya perkembangan teknologi penanaman getah, hidup penduduk di Kampung Bombong Tiga semakin maju dan baik.

Kaedah Kajian

Sebagai sebuah esei sejarah, pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk menjawab tiga persoalan, antara kaedah yang digunakan ialah:

1) Temubual

Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menemubual beberapa orang Kampung Bombong Tiga untuk mendapatkan maklumat secara lisan.

2) Kaedah pemerihatian

Melalui kaedah pemerihatian ini, pengkaji telah memerhati keadaan persekitaran Kampung Bombong Tiga dan kehidupan mereka. Pengkaji turun mengkaji dan memerhati perkembangan teknologi penanaman getah.

3) Perpustakaan dan internet

Sepanjang kajian, pengkaji telah mendapatkan dan mengumpul maklumat tambahan yang berkaitan denga tajuk kajian daripada pembacaan buku dan laman web.

(3)

Skop kajian terbahagi kepada tiga aspek iaitu skop kawasan kajian, tempoh masa kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi skop kawasan kajian, lokasi kajian terletak di kawasan Tandek, Kota Marudu iaitu Kampung Bombong Tiga. Tempoh masa yang akan dikaji pula adalah dari tahun 1971 hingga tahun 2000. Fokus kajian memberi tumpuan terhadap asal usul dan perkembangan teknologi penanaman getah di Kampung Bombong Tiga.

Sorotan Kajian Lepas

Sebelum kajian khusus mengenai asal usul dan perkembangan teknologi penanaman getah di Kampung Bombong Tiga dari tahun 1971 hingga 2000, tiada penulisan dalam bentuk buku ilmiah yang memfokuskan tajuk ini. Penulisan di dalam kajian ini adalah yang pertama dilakukan.

Sejarah Penubuhan Kampung Bombong Tiga

(4)

sehingga ke hari ini. Sebelum 1963, kampung ini dinamakan Kampung Bobong Tiga dan bertukar kepada nama Kampung Bombong Tiga selepas tahun 1963 sehingga kini.

Cara Penyediaan Tapak Penanaman Getah

i) Pembersihan Kawasan

Sebelum kerja penanaman dilaksanakan, kebun perlu dibersihkan daripada segala tanaman lain supaya tiada naungan. Pemuliharaan tanah, pembinaan teres, parit serta jalan perlu diberi perhatian dalam pembangunan ladang.

ii) Kaedah Pembersihan Kawasan

Pokok-pokok ditolak menggunakan jentolak sehingga tumbang dan terbungkas akarnya. Pokok-pokok yang ditolak direbahkan sehala dalam kawasan hendak ditanam semula atau tanaman baru. Bagi kawasan yang tidak boleh dimasuki jentolak atau menebang secara manual sukar dilakukan, pokok dimusnahkan dengan racun pokok. Campuran 1 bahagian Garlon 250 dengan 8 bahagian diesel disapu pada keliling pangkal pokok selebar 40 sm. Ulangi meracun bagi pokok yang tidak mati.

iii) Membaris Lubang Tanaman

Tujuan utama membaris lubang tanaman adalah untuk menggunakan tanaman sepenuhnya dan bagi mendapatkan tumbesaran pokok yang baik.

iv) Cara Penanaman Getah

(5)

Bahagian bawah polibeg dipotong untuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satu potongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuh dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikambus separuh dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikampus sepenuhnya dengan tanah yang dicampur dengan 113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah di sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan di sekeliling pangkal pokok.

Menyediakan Lubang Tanaman

Saiz lubang tanaman mempengaruhi tumbesaran pokok getah. Gali lubang dengan cangkul sekurang-kurangnya 45 sm x 45 sm x 45 sm. Lubang yang digali dengan jentera bentuknya bulat dengan garis pusat 45 sm. Tanah yang digali diletakkan di tepi lubang. Buat dua longgok serta asingkan tanah lapisan atas dan lapisan bawah. Gaul tanah dengan 113 gram baja debu fosfat asli seperti CIRP.

Proses Penghasilan dan Pemasaran

Setelah menunggu selama 7 tahun, pokok getah yang sudah besar boleh ditoreh untuk mendapatkan susu getahnya. Alat yang diperlukan ialah pancuran (khas untuk pokok getah), mangkuk untuk mengumpul susu getah, pisau getah, piringan (tempat kentalkan susu getah), gilingan (penggilingan getah kepingan). Setelah itu, kentalan dan getah kepingan boleh dipasarkan di tempat-tempat berkenaan.

Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Bab kedua membincangkan beberapa kajian literatur yang dilaksanakan sepanjang kajian. Permasalahan dalam kajian yang berkaitan dikenal pasti dan penelitian terhadap struktur

Kajian ini akan cuba untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut: Apakah terdapat kesepakatan pakar terhadap elemen (hisbah sosial) yang perlu dimasukkan dalam Model

Pelanggaran pertama terhadap peraturan ini akan dihitung sebagai kesalahan, pelanggaran kedua akan diberi sangsi berupa diskualifikasi pemain pelanggar hingga keranjang tim

Walaupun sudah disebut sebelum ini bahawa semua orang adalah pewaris cerita dan karya sastera dalam tradisi lisan dan mereka juga bebas mengarang semula, malahan mengadaptasi

Dari kajian antropologi dan terutama arkeologi yang telah diuraikan menyangkut asal-usul dan budaya masyarakat Maluku, dapat disimpulkan antara lain: Pertama:

Kajian ini adalah berasaskan dua buah naskhah yang lahir dari tradisi istana Perak iaitu Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul

Melalui kajian ini, pengkaji cuba untuk m em ahami dengan lebih mendalam mengenai faktor yang mempengaruhi perkembangan kerjaya wanita berkeluarga iaitu faktor yang

Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa tema yang dihasilkan daripada temu bual dengan informan pegawai zakat dan usahawan asnaf .Dapatan kajian dari persoalan yang