• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menguji apakah dengan mengin tegrasikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menguji apakah dengan mengin tegrasikan "

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_gerak-geri

Bahasa gerak-geri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Bahasa gerak-geri adalah istilah yang luas untuk pelbagai bentuk komunikasi yang menggunakan gerak badan atau gerak isyarat sebagai ganti ataupun sebagai pelengkap untuk bahasa lisan dan bentuk komunikasi lain. Ia merupakan satu kategori paralinguistik yang merangkumi segala komunikasi manusia yang bukan bahasa.

Paralinguistik yang merangkumi bahasa gerak-geri telah diselidiki secara luas oleh ahli-ahli psikologi sosial. Bagi pertuturan harian dan psikologi popular, istilah ini sering digunakan untuk bahasa gerak-geri yang dianggapi sebagai luar kawal walaupun

sebenarnya, perbezaan antara voluntari dan luar kawal seringnya tidak jelas: umpamanya, senyuman atau lambaian boleh dibuat secara voluntari ataupun secara luar kawal.

Bahasa gerak-geri voluntari merujuk kepada pergerakan, gerak isyarat dan lagak yang dibuat dengan sengaja (bersenyum, bergerak tangan, mengajuk tindakan). Ia juga dikaitkan kepada pelbagai jenis komunikasi tanpa bunyi, seperti gerak isyarat yang formal (umpamanya, oleh pengarah filem).

Air muka sering merupakan bentuk bahasa gerak-geri serta cara untuk mengesan perasaan seseorang.

Senarai kandungan

[tutup]

 1 Asal bahasa gerak-geri

 2 Pentingnya bahasa gerak-geri dalam kumpulan  3 Contoh-contoh bahasa gerak-geri

 4 Sila lihat juga  5 Rujukan

 6 Pautan luar

[

sunting

] Asal bahasa gerak-geri

Perhubungan di antara bahasa gerak-geri dengan komunikasi haiwan sering

(2)

komunikasi yang digunakan oleh nenek moyang yang tidak berbahasa; ataupun bentuknya mungkin telah diubah dengan wujudnya bersama dengan bahasa.

Sebahagian spesies haiwan amat mahir dalam mengesan bahasa gerak-geri manusia, baik voluntari ataupun luar kawalan: ini merupakan dasar kesan Clever Hans (sumber artifak bagi psikologi perbandingan), dan juga merupakan sebab untuk mencuba mengajar

bahasa isyaratAmerika Syarikat kepada cimpanzi Washoe sebagai ganti untuk pertuturan. Kemungkinan kejayaan projek Washoe berbandingkan usaha-usaha sebelumnya untuk mengajar mawas bagaimana menari disebabkan oleh kemahiran itu.

Bahasa gerak-geri adalah hasil pengaruh genetik serta persekitaran. Kanak-kanak akan senyum dan ketawa walaupun mereka tidak pernah nampak senyuman. Etologis Iraneus Eibl-Eibesfeldt menuntut bahawa beberapa unsur bahasa gerak-geri yang asas adalah sejagat dan melintasi pelbagai budaya. Oleh sebab itu, ia ada pola gerak-geri tetap dibawah kawalan kenalurian. Sebahagian bentuk bahasa gerak-geri manusia

menunjukkan penerusan dengan gerak isyarat komunikasi mawas yang lain, walaupun seringnya makna telah diubah. Gerak isyarat yang lebih halus dan yang berbeza-beza antara budaya (umpamanya, gerak isyarat untuk "ya" dan "tidak") harus dibelajari ataupun di ubah suai melalui pembelajaran, biasanya dengan pemerhatian persekitaran secara bawah sedar.

[

sunting

] Pentingnya bahasa gerak-geri dalam

kumpulan

Terdapat tanda-tanda bahawa bahasa gerak-geri mungkin lebih mustahak dalam komunikasi kumpulan bila dibandingkan dengan komunikasi satu-dengan-satu. Dalam kumpulan, setiap orang mempunayi saluran bahasa gerak-geri yang terbuka kepada semua orang yang lain dalam kumpulan sedangkan pertuturan biasanya hanya dihadkan kepada satu orang sahaja pada satu masa. Dengan kata lain, lebih besar kumpulannya, lebih banyak bahasa gerak-geri dipergunakan.

[

sunting

] Contoh-contoh bahasa gerak-geri

Menunjukkan tapak tangan kepada para pendengar mungkin merupakan sikap terus-terang dan kejujuran, sedangkan menyembunyikan tapak tangan mungkin membawa makna tipuan. Menggerakkan tangan-tangan menghampiri mulut ataupun menyentuhkan

hidung mungkin juga membawa maksud tipuan juga.

Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.

(3)

Kesenyapan sering merupakan satu bentuk paralinguistik yang mempunyai pelbagai tafsiran yang biasanya, bergantung kepada individu. Satu tafsiran yang merangkumi kesenyapan serta memandang lantai ataupun mengelakkan hubungan mata, biasanya menunjukkan bahawa orang itu sedang memikirkan masalah yang menjejaskannya secara emosi. Dalam budaya Barat, tidak memandangkan mata orang juga menunjukkan tipuan. Ini juga menunjukkan bahawa anda lebih suka di tempat lain berbanding berbual dengan mereka; ketidakselesaan ataupun kerisauan yang disertai pembohongan.

[

sunting

] Sila lihat juga

 Proksemik

 Kinesik

 Gerak isyarat

 Air muka

 Postur

 Hubungan mata

 Pengaturcaraan neuro-linguistik

[

sunting

] Rujukan

 Rencana "Bahasa gerak-geri" di en:Wikipedia

 Argyle, M. (1990). Komunikasi gerak-geri (Bodily communication) (Edisi kedua). New York: International Universities Press. ISBN 0823605515

 Eugen Tarnow (1997). Bahasa gerak-geri adalah amat penting dalam kumpulan-kumpulan yang besar. http://cogprints.org/4444/

[

sunting

] Pautan luar

 Kamus tanpa lisan bagi Gerak Isyarat, Isyarat dan Tanda-tanda Bahasa Gerak-geri  Bahasa yang digunakan oleh semua orang

 Urutan-urutan Bahasa Gerak-geri - Projek web bagi filem-filem yang terlalu ringkas oleh Dr. Hugo Heyrman.

 Halaman Sumber bagi Air Muka Pautan-pautan ke kelompok-kelompok penyelidikan dan sumber-sumber yang lain mengenai persepsi air muka, pengecaman serta sintesis.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_gerak-geri"

Referensi

Dokumen terkait

Data Flow Diagram (DFD) adalah alat pembuatan model yang memungkinkan professional sistem untuk menggambarkan sistem sebagai suatu jaringan proses fungsional yang

As a part of the continuation of our research on bioactivity screening of Bangladeshi medicinal plants (Dev et al., 2015, Islam et al., 2016, 2017), present study

Syarat-syarat katoba dalam konstruksi kebudayaan masyarakat Muna Muna agar diterima oleh Allah swt diformulasikan sebagai berikut. 1) Tososo, yakni menyesali atas perbuatan

Menguasai materi,struktur, konsep,dan pola pikir Membuat produk kriya kayu dengan teknik sekrol Menentukan proses kerja mesin sekrol dalam. keilmuan dalam membuat produk kriya

overall, we expect that cross-national differences in support for immigra- tion in general and willingness to admit individual immigrants will reflect var- iation in official

Secara garis besar, berdasarkan hasil akhir penelitian ini diketahui bahwa permasalahan utama dalam realisasi pembangunan jalan tol di Provinsi Jawa Timur adalah

Terwujudnya Sentra Kelautan dan Perikanan Terpadu (SKPT) Biak Numfor yang mandiri Terwujudnya pelaksanaan layanan ketatausahaan lingkup Direktorat Usaha dan Investasi yang

tuberculosis dan tujuh spesies lain yang sangat dekat dengan mikobakteria ( M. mungi ) bersama-sama membentuk kompleks M. Tidak semua spesies tersebut menyebabkan