• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah pembelajaran merupakan perkara b

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Masalah pembelajaran merupakan perkara b"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Masalah pembelajaran merupakan perkara biasa yang sentiasa dihadapi oleh tenaga pendidik dalam memberi pengajaran di mana mereka sering menghadapi masalah berkaitan dengan pelajar yang tidak memahami atau kurang jelas dengan sesuatu konsep yang telah diajar. Pemahaman konsep yang lemah menyebabkan pelajar sering melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah matematik. Dalam kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan kepada tajuk Pecahan sahaja. Pecahan juga merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan kebanyakan pelajar. Setelah beberapa tahun berada di sekolah, pemahaman konsep asas pecahan pelajar masih sangat terhad dan berkekalan sehingga ke peringkat pengajian tinggi (Newstead and Murray, 1998). Disamping itu, pelajar juga tidak dapat menguasai makna sebenar kepada pecahan, tetapi mereka masih dapat menyelesaikan soalan pecahan melalui hafalan algoritma. Sehubungan itu, mereka tidak dapat memberikan 3

sebab atau alasan disebalik algoritma yang mereka lakukan. Tambahan lagi, pelajar yang tidak dapat melakukan pengiraan secara tepat atau keliru dengan algoritma yang sepatutnya akan menghasilkan penyelesaian yang tidak betul. Kesukaran pelajar dalam bab pecahan ini telah dikenalpasti oleh ramai penyelidik, diantaranya Mack (1990) telah mengungkapkan,

“...many students’ understanding of fractions is characterized by knowledge of role procedures, which are often incorrect, rather than by the concepts underlying the procedures.”

Umumnya, pelajar memerlukan maklumat sebanyak mungkin dalam

pembelajaran matematik. Melakukan kesilapan dalam memahami konsep di peringkat awal boleh menjejaskan kebolehan mereka memahami matematik.

(2)

dapat mengurangkan masalah pelajar daripada melakukan kesilapan. Kegagalan dalam penguasaan dan pemahaman konsep pecahan pada peringkat awal

pembelajaran akan menimbulkan kesulitan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, kelemahan pemahaman konsep asas pecahan yang dimiliki oleh pelajar akan mengganggu pemahaman mereka untuk memahami aljabar kerana penggunaan operasi dalam pecahan penting dalam menyelesaikan ungkapan aljabar dan persamaan.

Selain itu, masalah pembelajaran yang sering terjadi di kalangan pelajar juga adalah disebabkan oleh kelemahan kefahaman seseorang pelajar kepada sesuatu konsep atau langkah-langkah penyelesaian serta kemahiran sehingga mereka gagal menyelesaikan masalah matematik. Jika pelajar gagal untuk menggunakan

kemahiran dan pengetahuannya untuk menyelesaikan masalah atau untuk menguasai pengetahuan matematik, masa dan usaha pelajar yang dihabiskan di dalam hanyalah sia-sia. Oleh itu, penyelesaian masalah matematik juga perlu diberi penekanan di samping penekanan kepada pemahaman konsep matematik. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh disebabkan salah konsep dan kesukaran memahami kaedah yang sesuai. Schoenfeld (1985) mengatakan untuk memahami proses penyelesaian masalah, pengetahuan konsep dan kemahiran-kemahiran matematik 4

berkaitan adalah diperlukan. Shoenfeld dalam kajiannya telah mengemukakan beberapa jenis soalan yang memang dalam kemampuan pelajar yang dipilih

(3)

yang mempunyai pengetahuan matematik yang baik tetapi tidak digunakan sebaikbaiknya. Mereka menganggap pengetahuan matematik itu tidak relevan.

Kita sering kali mendengar rungutan guru-guru sekolah menengah bahawa

pengajaran matematik mereka tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan seperti yang dirancangkan kerana kononnya pelajar-pelajar masih belum dapat menguasai

kemahiran asas matematik yang seharusnya telah dikuasai di peringkat sekolah rendah lagi. Kajian-kajian lepas menunjukkan pengetahuan asas dalam pembelajaran matematik merupakan aspek penting bagi pelajar untuk menguasai matematik. Pengetahuan asas yang tidak memuaskan akan menyukarkan pelajar untuk memahami pembelajaran matematik yang lebih tinggi seperti matriks, algebra, janjang dan lain-lain. Menurut pendapat Wan Mohd Zahid (1994), pengetahuan asas matematik yang kurang memuaskan pada peringkat sekolah rendah mengakibatkan pelajar lemah dalam menguasai matematik pada peringkat sekolah menengah dan juga peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin pelajar mampu menguasai konsep asas ini dengan betul, mereka perlu dibimbing secara teliti dan terancang.

Dalam kajian Liew Su Tim dan Wan Muhammad Suridan (1991), kesilapankesilapan matematik yang dibuat oleh pelajar kerap muncul sama ada dalam bentuk

tulisan mahupun lisan sehingga ia menjadi satu perkara biasa dan telah diabaikan kepentingannya. Pada hakikatnya, kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar merupakan hasil tingkah laku daripada interaksi antara pembelajaran murid dengan pengajaran guru. Tingkah laku murid itu menggambarkan tahap kejayaan atau

(4)

and Barr, 1984; Newstead and Murray, 1998). Secara tidak langsung ia 5

menggambarkan tahap penguasaan yang dimiliki oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. Kesilapan-kesilapan yang serupa berlaku secara meluas di semua peringkat umur dan sebati dalam diri individu (Rees and Barr 1984). Walau bagaimanapun, adalah bermanfaat jika jawapan yang salah itu dikaji kerana kajian yang teliti akan memberikan petunjuk tentang bagaimana pelajar berfikir seperti dalam kajian Rees and Barr (1984).

Berdasarkan perbincangan di atas, kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan mencungkil pemahaman pelajar dalam konsep pecahan serta mengenalpasti kesalahan-kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelajar dalam tajuk tersebut. Menurut Cox (1975), mengenal pasti kesilapan lazim pelajar ini dipercayai boleh dipulihkan. Langkah ini penting bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam

matematik dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi diri masing-masing khususnya dalam bidang matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Pecahan telah dilihat sebagai suatu nombor yang memiliki sifat yang unik

berbanding dengan nombor bulat yang pernah dipelajari oleh pelajar sebelum itu. Keunikan sifatnya telah menyebabkan ianya sukar difahami. Pengetahuan tentang pecahan adalah penting kerana ia bukan hanya sebagai asas kepada ilmu aljabar tetapi pengetahuan ini juga memberi struktur mental untuk pembangunan intelek yang berterusan. Pecahan juga merupakan suatu konsep yang sangat mencabar dan boleh menjadi masalah kepada pelajar (Watanabe, 2002). Oleh yang demikian, pecahan dianggap salah satu tajuk yang sukar dan sering menjadi rungutan

(5)

asas pecahan pelajar masih rendah dan sangat terhad dan berkekalan sehingga ke peringkat pengajian tinggi (Newstead and Murray, 1998). Tahap penguasaan yang rendah dan pemahaman konsep yang kabur menyebabkan pelajar sering melakukan kesalahan dalam mempelajari pecahan contohnya tidak menurunkan nombor pecahan kepada sebutan terendah kerana ketidakfahaman konsep pecahan setara. Farrell (1992), menyatakan bahawa kajian tentang jenis-jenis atau pola-pola kesilapan 6

pelajar adalah memainkan peranan yang penting terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Guru seharusnya menyedari perkara ini di kalangan pelajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya tindakan alternatif dapat diambil dengan segera.

Pelajar harus didedahkan dengan masalah matematik yang sesuai. Daripada strategi yang ditunjukkan oleh pelajar, secara tidak langsung dapat mengenalpasti tahap penguasaan sebenar yang pelajar miliki dan jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan. Oleh itu, satu kajian diagnosis perlu dilakukan untuk mengenalpasti jenis-jenis kesilapan lazim yang dilakukan oleh pelajar bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam tajuk Pecahan. Disamping itu, penyelidik berharap agar pendekatan alternatif ini dapat membantu guru merangka aktiviti yang lebih membina serta mampu menarik perhatian para pelajar bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam konsep pecahan sekaligus dapat mengatasi masalah pembelajaran yang kian meruncing ini.

Referensi

Dokumen terkait

terutama peserta didik. Selain itu, metode ini juga bertujuan untuk melatih kemampuan menyimak siswa. Siswa yang konsentrasi tinggi ketika membaca ataupun mendengar

Tingkat akurasi metode multiple kernel support vector machine yang dihasilkan untuk data ekspresi gen leukimia yaitu 85% dan untuk data tumor usus besar sebesar

(elaborasi) 3 Mengkomunikas ikan permasalahan berdasarkan hasil pengamatan - Menugaskan siswa mendeskripsikan gambar hewan secara tertulis berdasarkan ciri- ciri yang

Pengaruh Pembelajaran Kooperatif (STAD) dipadu tipe (TPS) dan Kemampuan Akademik terhadap Ketrampilan Metakognisi, Kemampuan Berpikir Kritis, dan Hasil Belajar

Perlakuan periode penggenangan tidak berpengaruh nyata pada pertumbuhan anakan nyamplung terutama pada berat basah tumbuhan, penambahan tinggi tumbuhan dan

Cotrimoxazole 2x1 Paracetamol 3x1 Pilek, nyeri pada telinga Otitis media Ctm 3x1 Dexamethason 3x1 Demam, radang Paracetamol 3x1 tenggorokan, nyeri saat Faringitis Dexamethason

Peran Guru dalam penelitian ini adalah hubungan kedekatan antara guru dan anak, dengan peran guru sebagai pendidik, pelatih, pembimbing, serta model dan teladan yang dapat

Si sebagai Dosen Wali yang telah membimbing dan memberikan masukan sehingga dapat menyelesaikan skripsi sebagai prasarat memperoleh gelar Sarjana Strata Satu (S 1).. Bapak