• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesahan dan kebolehpercayaan tahap kemah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kesahan dan kebolehpercayaan tahap kemah"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

K

ESAHAN

D

AN

K

EBOLEHPERCAYAAN

M

Y

GS

I

DALAM

MENGUKUR

T

AHAP

K

EMAHIRAN

G

ENERIK

P

ELAJAR

G

URU

D

I

I

NSTITUSI

P

ENDIDIKAN

G

URU

Anisah bt Alias

Mohd Israfi bin Sayati.

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka.

anisah_ukm@yahoo.com.my mis6469@hotmail.com.my

Abstrak

Keywords

Pendahuluan

Kemahiran generik dianggap sebagai satu kemahiran penting yang perlu ada bagi setiap individu sebagai satu kompetensi dalam diri mereka. Kemahiran ini

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kemahiran generik iaitu Malaysian Generic Skills Instrument (MyGSi) dalam mengukur tahap kemahiran generic pelajar guru di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini menggunakan 81 item MyGSi yang telah dibersihkan daripada 149 item menggunakan Gender Differential Item Functioning (GDIF) dan Differential Item Functioning (DIF) oleh pengkaji terdahulu. Instrumen ini di tadbir kepada pelajar guru di salah sebuah IPG zon Selatan. MyGSi mengukur tiga konstruk iaitu, kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan dengan menggunakan lima mata skala Likert. Model Rasch digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Model Rasch digunakan kerana ia mampu mengukur kebolehpercayaan individu dan item disamping berupaya menunjukkan hasil analisis berkaitan individu dan item dalam satu lajur linear yang sama. Winsteps versi 3.64.2 digunakan dalam menguji instrumen. DIF digunakan digunakan bagi menggugurkan atau mengekalkan item berdasar kepada Bond & Fox (2001). Nilai indeks kebolehpercayaan individu yang diperolehi bagi konstruk kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan ialah diantara 0.82 hingga 0.86. Manakala nilai indeks kebolehpercayaan item bagi ketiga-tiga konstruk tersebut ialah diantara 0.75 hingga 0.97. Kajian ini juga dapat mempersembahkan satu susunan item-item mengikut aras kesukaran mengikut tahap-tahap yang dipersetujui oleh pelajar. Hierarki item adalah mengikut aras kesukaran meningkat telah membuktikan instrumen MyGSi memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk menguji kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan pelajar guru.

(2)

perlu dilatih supaya rakyat Malaysia mempunyai sumber (manusia) yang dapat menggerakkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Justeru itu, Institusi Pengajian Tinggi merupakan tempat yang paling sesuai bagi mengembangkan tahap kemahiran generik pelajar (Allan & Clarke, 2007; Ballantine & Larres 2007; Bennett, Dunne & Carre 2000; Biggs 2003; Havard, Hughes, & Clark, 1998; Jager & Nassimbeni 2005; Lizzio & Wilson 2004; Lublin 2003).

Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan Guru (IPG) bukan sahaja dianggap sebagai institusi dalam proses mengembang dan membudayakan ilmu, malah bertanggungjawab untuk memenuhi aspirasi dan jangkaan masyarakat serta negara dengan melahirkan pelajar yang berketerampilan, mampu berfikir secara rasional, kritis, kreatif, inovatif, berdisiplin dan berakhlak mulia (Ishak, 1998; Khairul Annuar, 1998; Norfadzillah, 1997. Ini kerana, negara bukan sahaja memerlukan cendekiawan dalam bidang akademik semata-mata, malah mereka juga perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuklah kemahiran generik. Di era globalisasi ini, tugas guru tidak lagi terhad kepada memberikan ilmu pengetahuan sahaja, Guru perlu mempelajari nilai-nilai baru termasuklah tentang etika kerja, kepimpinan, kompetensi dalam teknologi maklumat, hubungan interpersonal dan analitikal. Justeru itu setiap bakal guru seharusnya memiliki tahap kemahiran generik yang tinggi agar mereka menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, berkeupayaan menangani tugasan mencabar, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan sensitif terhadap situasi sekelilingnya. Guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu kepada pelajar, tetapi juga menyediakan ahli-ahli masyarakat yang mampu menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Perubahan peranan guru hari ini adalah seiring dengan perubahan strategi pengajaran di dalam bilik darjah (Mok, 2003). Sehubungan itu, elemen-elemen dalam kemahiran generik haruslah diperhalusi dan diterapkan dalam kalangan pelajar sekolah melalui pendekatan proses pembelajaran yang bercorak kritis dan kreatif. Antara kemahiran generik yang perlu diterapkan ialah kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran menggunakan teknologi maklumat, kemahiran kepimpinan dan sebagainya yang membolehkan pelajar bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan. Oleh itu kajian peru dilakukan bagi mengetahui tahap kemahiran generik pelajar guru ini. Walaubagaimanapun apa yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah masih belum ada satu instrumen versi Malaysia yang telah dipatenkan yang telah diuji dari segi kebolehpercayaan dan keesahannya bagi mengukur tahap kemahiran generik pelajar guru di IPG.

Sehubungan itu pengkaji telah memilih Instrumen Kemahiran Generik Malaysia (MyGSi) yang merupakan instrumen versi Malaysia yang telah dibina oleh sekumpulan pengkaji Malaysia dan diketuai oleh Siti Rahayah bagi mengukur tahap kemahiran generi pelajar guru di IPG KPM. Instrumen MyGSi telah diguna pakai oleh pengkaji sebelumnya untuk menguji tahap kemahiran generik individu di Malaysia. Berdasarkan kajian-kajian yang terdahulu yang menggunakan MyGSi didapati instrumen tersebut memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan indeks kebolehpercayaannya menghampiri 1. Oleh itu pengkaji telah sekali lagi menggunakan instrumen MyGSi untuk mengukur tahap kemahiran generik bakal guru di institut pendidikan guru.

Objektif

(3)

kelulusan serta mengukur tahap kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan pelajar guru IPG KPM.

Metodologi

Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif yang melibatkan responden seramai satu ratus lapan puluh sembilan orang (189 orang) yang terdiri dari pelajar guru dari institusi pendidikan guru. Responden ini terdiri dari empat pengkhususan yang berbeza yang sedang menuntut di IPG Kampus Perempuan Melayu. Umur responden adalah diantara 20 hingga 24 tahun. Data dianalisis menggunakan program Winsteps versi 3.64.2 dan prosedur analisis Differential Item Functioning (DIF) berasaskan Model Rasch. MyGSi mengandungi 81 item seperti yang dicadangkan oleh Siti Rahayah et al. (2008) daripada 149 item sebelumnya. Skala Likert 5 mata digunakan bagi melihat persepsi responden terhadap item. Terdapat 3 konstruk kemahiran generik yang diuji di dalam MyGSi terdiri daripada 31 item konstruk komunikasi, 27 item konstruk kepimpinan dan 23 item konstruk kerja berpasukan.

Hasil Kajian

Kajian ini akan menjawab tiga persoalan: (1) Apakah nilai kebolehpercayaan setiap konstruk dalam MyGSi? (2) Adakah item dalam MyGSi berfungsi secara berbeza berdasarkan pengkhususan dan kelulusan? dan (3) Apakah tahap kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan pelajar guru IPG KPM?

Jadual 1 Profil Responden Faktor

Demografi N Faktor Kekerapan Peratus (%)

Pengkhususan 189 Matematik 28 14.8

Pemulihan 35 18.5

Pendidikan Khas 91 48.1

Pra Sekolah 35 18.5

Kelulusan

tertinggi 189 SPM 177 93.7

STPM 5 2.6

lain-lain 7 3.7

Jadual 1 mempamerkan bilangan responden mengikut faktor pengkhususan dan kelulusan tertinggi. Bilangan responden ialah 189 orang terdiri daripada perempuan keseluruhannya. Faktor pengkhususan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu pengkhususan matematik 28 orang (14.8%), pemulihan 35 orang (18.5%), pendidikan khas 91 orang (48.1%) dan pra sekolah 35 orang (18.5%). Manakala faktor kelulusan tertinggi pelajar guru, yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ialah 177 orang (93.7%),5 orang (2.6%) memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan 7 orang (3.7%) kelulusan lain-lain.

(4)

78.54, 78.14) berbanding pelajar guru pengkhususan matematik (min peratus= 75.29, 76.65), pemulilah (min peratus = 73.38, 73.71) dan pendidikan khas (min peratus = 75.60, 76.75). Manakala konstruk kemahiran komunikasi pelajar guru dari pengkhususan Matematik adalah lebih tinggi berbanding pelajar guru pengkhususan Pemulihan, Pendidikan Khas dan Pra Sekolah ( peratus min = 81.13, 76.15, 77.10, 75.93).

Jadual 2 Min Peratus dan Sisihan Piawai MyGSi berdasarkan Faktor Demografi

Demografi

Kemahiran Generik

Faktor Keseluruahan Komunikasi Kepimpinan BerpasuknKerja

Min SP Min SP Min SP Min SP

Pengkhusus

an Matematik 77.9101 4.03515 81.1290 4.17974 75.2910 6.05891 76.6460 6.22891 Pemuliha

n 74.5326 3.86766 76.1475 5.81590 73.3757 5.66114 73.7143 5.41027 Pendidik

an Khas 76.4998 3.79326 77.1003 4.81295 75.5963 6.08066 76.7511 5.40381 Pra

Sekolah 77.4250 6.08368 75.9263 7.72733 78.5397 7.20751 78.1366 6.34156 Total 76.51 4.449 77.30 5.772 75.68 6.379 76.42 5.838 Kelulusan

Akademik Tertinggi

SPM 76.628

3 4.50729 77.3975 5.85225 75.8234 6.48049 76.5365 5.89365 STPM 75.555

6 3.45679 76.7742 2.04018 74.5185 6.40644 75.1304 4.98011 lain-lain 74.356

3 3.15698 75.2995 5.59612 73.0159 2.45144 74.6584 5.22773 Total 76.51 4.449 77.30 5.772 75.68 6.379 76.42 5.838

Kebolehpercayaan individu dan item

Data telah dianalisis dengan menggunakan Winsteps versi 3.64.2 untuk mengukur kesahan dan kebolehpercayaan MyGSi. Analisis Model Rasch mempamerkan indeks kebolehpercayaan individu dan item. Bond & Fox (2001) menyatakan ukuran kebolehpercayaan ialah antara 0 hingga 1, manakala 0.8 ke atas adalah amat baik dan diterima. Konstruk harus bersifat unidimensi dan nilai PTMEA Corr positif menunjukkan item-item bergerak selari kearah mengukur satu konstruk yang sama. Ia merupakan pengesanan awal kepada kesahan konstruk (Bond & Fox 2001).

Berdasarkan jadual 3, nilai indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.82. Kebolehpercayaan individu diinterpretasi sama dengan Alpha Cronbach’s atau KR20 (Wright & Masters 1982). Indeks kebolehpercayaan individu 0.82 merupakan nilai yang baik (Sekaran 2003) Nilai ini berupaya menjangkakan tahap ketekalan susunan kedudukan individu pada skala logit sekiranya sampel ini menjawab set item yang berbeza tetapi mengukur konstruk yang sama (Wright & Masters 1982). Nilai indeks pemisahan individu ialah 2.13, yang bermaksud terdapat 2 tahap kebolehan responden yang dikenalpasti dalam kajian ini. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan sampel yang tinggi iaitu 0.82 (Linacre 2006)

Jadual 3 Rumusan Kebolehpercayaan Individu Konstruk Komunikasi

SKOR MENTA

H KIRAAN

UKURAN

KESUKARAN RALATMODE L

INFIT OUTFIT

(5)

MINIMA 119.8 31 1.38 0.33 1.06 -0.1 1.03 -0.2 SP 9 0.1 0.9 0.03 0.84 2.3 0.86 2.3 MAKS. 143 31 4.22 0.38 6.96 8.2 7.34 8.7 MINIMA. 72 30 -1.52 0.2 0.1 -4.4 0.07 -4.7 REAL RMSE .38 ADJ.SD .82 PEMISAHAN 2.13 KEBOLEHPERCAYAAN Individu 0.82 RALAT RMSE .33 ADJ.SD .84 PEMISAHAN 2.53 KEBOLEHPERCAYAAN Individu 0.86

S.E. OF Person MEAN = .07

Jadual 4 mempamerkan indeks kebolehpercayaan item ialah 0.97. Nilai kebolehpercayaan 0.97 adalah tinggi kerana ia menghampiri nilai 1.0 (Wright & Masters 1982). Ini bermaksud jangkaan pengulangan semula susunan kedudukan item komunikasi adalah tinggi jika set item ini dijawab oleh kumpulan sampel yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan (Wright & Masters 1982). Nilai pemisahan item ialah 5.28 yang bermaksud item-item komunikasi di dalam skala ini dapat dibezakan secara statistik kepada 5 aras kesukaran.

Jadual 4 Rumusan Kebolehpercayaan Item Konstruk Komunikasi

SKOR

MENTAH KIRAAN KESUKARAUKURAN N

RALAT

MODEL INFIT OUTFIT

MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

MIN 730.3 189 0 0.13 0.99 -0.1 1.03 -0.1 SP 63.7 0.2 0.76 0.01 0.34 2.6 0.47 2.7 MAKS. 789 189 2.99 0.15 2.26 9.9 3.13 9.9 MINIMA. 421 188 -1.06 0.09 0.56 -3.7 0.54 -3.8 REAL RMSE .14 ADJ.SD .74 PEMISAHAN 5.28 KEBOLEHPERCAYAAN Item 0.97 RALAT RMSE .13 ADJ.SD .74 PEMISAHAN 5.53 KEBOLEHPERCAYAAN Item 0.97

S.E. OF Item MEAN = 0.14

Berdasarkan jadual 5, nilai indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.85. Kebolehpercayaan individu diinterpretasi sama dengan Alpha Cronbach’s atau KR20 (Wright & Masters 1982). Indeks kebolehpercayaan individu 0.85 merupakan nilai yang baik (Sekaran 2003) Nilai ini berupaya menjangkakan tahap ketekalan susunan kedudukan individu pada skala logit sekiranya sampel ini menjawab set item yang berbeza tetapi mengukur konstruk yan sama (Wright & Masters 1982). Nilai indeks pemisahan individu ialah 2.34, yang bermaksud terdapat 2 tahap kebolehan responden yang dikenalpasti dalam kajian ini. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan sampel yang tinggi iaitu 0.85 (Linacre 2006).

Jadual 5 Rumusan Kebolehpercayaan Individu Konstruk Kepimpinan

SKOR

MENTAH KIRAAN KESUKARAUKURAN N

RALAT

MODEL INFIT OUTFIT

MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

MINIMA 102.2 27 0.84 0.32 1.07 0 1.03 -0.1 SP 8.6 0 0.98 0.06 0.86 2.1 0.95 2.2 MAKS. 124 27 3.81 0.4 4.6 7.4 5.43 7.3 MINIMA. 79 27 -0.77 0.2 0.05 -4.3 0.04 -4.6 REAL RMSE .38 ADJ.SD .90 PEMISAHAN 2.34 KEBOLEHPERCAYAAN Individu .85 RALAT RMSE .33 ADJ.SD .92 PEMISAHAN 2.81 KEBOLEHPERCAYAAN Individu .89

(6)

Jadual 6 mempamerkan indeks kebolehpercayaan item ialah 0.92. Nilai kebolehpercayaan 0.92 adalah tinggi kerana ia menghampiri nilai 1.0 (Wright & Masters 1982). Ini bermaksud jangkaan pengulangan semula susunan kedudukan item komunikasi adalah tinggi jika set item ini dijawab oleh kumpulan sampel yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan (Wright & Masters 1982). Nilai pemisahan item ialah 3.35 yang bermaksud item-item komunikasi di dalam skala ini dapat dibezakan secara statistik kepada 3 aras kesukaran.

Jadual 6 Rumusan Kebolehpercayaan Item Konstruk Kepimpinan

SKOR

MENTAH KIRAAN KESUKARANUKURAN MODELRALAT INFIT OUTFIT

MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

MINIMA 715.2 189 0 0.12 0.97 -0.3 1.03 0 SP 37.6 0 0.44 0.02 0.34 2.6 0.49 3.1 MAKS. 757 189 1.12 0.14 1.99 7.6 2.76 9.9 MINIMA. 602 189 -0.62 0.08 0.56 -3.3 0.5 -4

REAL RMSE .12 ADJ.SD .42 PEMISAHAN 3.35 RELIABILITY Item .92 RALAT RMSE .12 ADJ.SD .42 PEMISAHAN 3.50 RELIABILITY Item .92

S.E. OF Item MEAN = .09

Berdasarkan jadual 7, nilai indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.86. Kebolehpercayaan individu diinterpretasi sama dengan Alpha Cronbach’s atau KR20 (Wright & Masters 1982). Indeks kebolehpercayaan individu 0.86 merupakan nilai yang baik (Sekaran 2003) Nilai ini berupaya menjangkakan tahap ketekalan susunan kedudukan individu pada skala logit sekiranya sampel ini menjawab set item yang berbeza tetapi mengukur konstruk yan sama (Wright & Masters 1982). Nilai indeks pemisahan individu ialah 2.49, yang bermaksud terdapat 2 tahap kebolehan responden yang dikenalpasti dalam kajian ini. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan sampel yang tinggi iaitu 0.86 (Linacre 2006).

Jadual 7 Rumusan Kebolehpercayaan Individu Konstruk Kerja Berpasukan

SKOR

MENTAH KIRAAN KESUKARAUKURAN N

RALAT

MODEL INFIT OUTFIT

MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD

MINIMA 87.9 23 1.21 0.44 1.01 -0.2 0.99 -0.3 SP 6.7 0 1.36 0.09 0.88 1.8 0.87 1.7 MAKS. 108 23 5.46 0.56 5.82 4.8 5.73 4.7 MINIMA. 64 23 -1.34 0.23 0.01 -4.1 0.01 -4.1 REAL RMSE .51 ADJ.SD 1.26 PEMISAHAN 2.49 KEBOLEHPERCAYAAN Individu 0.86 RALAT RMSE .44 ADJ.SD 1.29 PEMISAHAN 2.89 KEBOLEHPERCAYAAN Individu 0.89

(7)

Jadual 8 mempamerkan indeks kebolehpercayaan item ialah 0.75. Indeks kebolehpercayaan item 0.75 adalah nilai yang boleh diterima (Pallant 2001; Sekaran 2003) untuk menjangkakan tahap ketekalan pengulangan semula item pada skala logit sekiranya set item ini dijawab oleh kumpulan sampel yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan (Wright & Masters 1982). Nilai pemisahan item ialah 1.75 yang bermaksud item-item komunikasi di dalam skala ini dapat dibezakan secara statistic kepada 2 aras kesukaran.

Jadual 8 Rumusan Kebolehpercayaan Item Konstruk Kerja Berpasukan

SKOR MENTA

H KIRAAN

UKURAN KESUKARA

N

RALAT

MODEL MNSQINFITZSTD MNSQOUTFITZSTD

MINIMA 722.3 189 0 0.14 0.98 -0.2 0.99 -0.2 SP 15.5 0 0.3 0.01 0.21 1.4 0.29 1.9 MAKS. 742 189 0.72 0.16 1.49 3.1 1.66 4 MINIMA. 681 189 -0.42 0.12 0.69 -2.3 0.66 -2.6 REAL RMSE .15 ADJ.SD .26 PEMISAHAN 1.75 KEBOLEHPERCAYAAN Item 0.75 RALAT RMSE .14 ADJ.SD .26 PEMISAHAN 1.83 KEBOLEHPERCAYAAN Item 0.77 S.E. OF Item MEAN = 0.06

Rajah 1 memperlihatkan dengan jelas satu hierarki kebolehan individu dan kesukaran item dalam satu garis lurus. Didapati semua item tersebar dengan baik dan menghala ke sasaran pelbagai aras kebolehan sampel. Kesimpulannya set item ini mempunyai kebolehpercayaan item yang tinggi kerana item-item konstruk komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dengan pelbagai aras kesukaran berjaya mengukur tahap kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan individu (Bond & Fox 2001) Kedudukan individu yang berkebolehan tinggi (sangat bersetuju) berada pada bahagian atas skala manakala individu yang berkebolehan rendah (kurang bersetuju) berada di bahagian bawah skala.

Rajah 1 : Pemetaan Kesukaran Item – Kebolehan Responden Konstruk Komunikasi,Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

(8)

INPUT: 189 Responden 31 Items 3.64.2

Responden - MAP - Items <more>|<rare> 5 + | | | .# | 4 # + . | | . | . T| 3 . + c1 # | #### | .### | .# S| 2 ######### + .###### | .######### |T .############ M| .##### | 1 .########## + c11 ####### |S c10 .######### | c12 c7 .## S| c28 c8

.## | c20 c21 c29 c30 c9 0 # +M c17 c23 c27

. | c14 c24 c25 c26 c5 .# T| c13 c18 c19 c31 # | c16 c22 c6 . |S c4

-1 + c15 c2 c3 |

| . |T | -2 + <less>|<frequ>

EACH '#' IS 2.

Rajah 1.1 menunjukkan pemetaan kesukaran item komunikasi. Item paling mudah (c15, c2, c3 ) berada di bahagian bawah skala. Tindihan item c15, c2 dan c3 menunjukkan item tersebut berada pada aras kesukaran yang hampir sama (Bond & Fox 2001). Walau bagaimanapun berdasarkan jadual 6 didapati item c15, c2 dan c3 mempunyai ukuran kesukaran (item measure) yang berbeza. Maka secara amnya, item-item komunikasi berupaya membezakan individu yang mempunyai tahap komunikasi yang tinggi dan rendah.

Rajah 1.2 menunjukkan pemetaan kesukaran item kepimpinan. Item paling mudah (l35, l54, l55 ) berada di bahagian bawah skala. Tindihan item l35, l54 dan l55 menunjukkan item tersebut berada pada aras kesukaran yang hampir sama (Bond & Fox 2001). Walau bagaimanapun berdasarkan analisis pengukuran item-item kepimpinan mengikut aras kesukaran mendapati item l35, l54, dan l55 mempunyai ukuran kesukaran (item measure) yang berbeza. Maka secara amnya, item-item kepimpinanan berupaya membezakan individu yang mempunyai tahap komunikasi yang tinggi dan rendah.

(9)

INPUT: 189 Responden 27 Items 3.64.2

INPUT: 189 Responden 23 Items 3.64.2

(10)

disetujui responden ialah c1 dengan ukuran kesukaran 2.99, diikuti c11(1.07), c10(0.8) dan c7 (0.68). Item c3 (-1.06) merupakan item paling mudah disetujui responden kerana mempunyai ukuran kesukaran item paling rendah (Bond & Fox 2011). Didapati semua item komunikasi mempunyai ukuran kesukaran yang berlainan bagi membezakan tahap kemahiran komunikasi di kalangan individu.

Jadual 9 Susunan Pengukuran Item-item komunikasi Mengikut Aras Kesukaran Berkurang

No Skor

Menta h

Bil Ukuran Kesukara

n

MODE

L INFIT OUTFT PTMEA Item

S.E. MNS

Q ZSTD MNSQ ZSTD CORR.

1 421 189 2.99 0.09 2.26 9.9 3.13 9.9 -0.04 c1

11 663 189 1.07 0.11 1.1 0.8 1.18 1.4 0.51 c11

10 686 189 0.8 0.11 1.31 2.3 1.47 3.1 0.42 c10

7 695 189 0.68 0.12 0.92 -0.6 1.08 0.7 0.5 c7

12 699 189 0.62 0.12 0.92 -0.6 0.96 -0.2 0.51 c12

28 710 189 0.47 0.12 0.91 -0.7 0.94 -0.4 0.47 c28

8 715 189 0.39 0.12 1.13 0.9 1.13 0.9 0.54 c8

9 721 189 0.29 0.13 0.91 -0.6 0.92 -0.5 0.49 c9

30 721 189 0.29 0.13 0.56 -3.7 0.56 -3.6 0.48 c30

21 722 189 0.28 0.13 0.69 -2.4 0.71 -2.2 0.5 c21

20 730 189 0.14 0.13 0.98 -0.1 0.96 -0.2 0.53 c20

29 732 189 0.11 0.13 0.78 -1.6 0.72 -2.1 0.5 c29

27 739 189 -0.02 0.14 0.63 -2.9 0.63 -2.9 0.54 c27

23 742 189 -0.07 0.14 0.95 -0.3 0.91 -0.6 0.49 c23

17 743 189 -0.09 0.14 0.72 -2.1 0.7 -2.3 0.57 c17

26 744 189 -0.11 0.14 1.74 4.2 1.67 3.9 0.34 c26

14 745 189 -0.13 0.14 0.97 -0.1 0.99 0 0.53 c14

25 747 189 -0.17 0.14 1.15 1.1 1.17 1.2 0.47 c25

24 750 189 -0.23 0.14 0.77 -1.7 0.7 -2.2 0.59 c24

5 752 189 -0.27 0.14 1.42 2.7 1.49 3 0.37 c5

18 754 189 -0.31 0.14 0.76 -1.8 0.72 -2.1 0.57 c18

19 756 189 -0.35 0.14 0.57 -3.5 0.54 -3.8 0.52 c19

31 757 189 -0.37 0.14 0.64 -2.8 0.59 -3.3 0.43 c31

13 758 189 -0.39 0.14 0.75 -1.9 0.72 -2.1 0.53 c13

16 765 189 -0.54 0.15 0.89 -0.8 0.88 -0.9 0.44 c16

6 766 189 -0.56 0.15 1.13 1 1.03 0.3 0.57 c6

22 772 189 -0.69 0.15 1.02 0.2 1.04 0.3 0.45 c22

4 772 188 -0.76 0.15 0.97 -0.2 0.97 -0.2 0.44 c4

2 785 189 -0.97 0.15 1.27 2 1.27 2 0.33 c2

15 788 189 -1.04 0.15 1.07 0.6 1.02 0.2 0.49 c15

3 789 189 -1.06 0.15 0.97 -0.2 1.01 0.1 0.44 c3

MIN 730.3 18

9 0 0.13 0.99 -0.1 1.03 -0.1

(11)

Berdasarkan Jadual 10, didapati item c2, c3, c10, c11, c12, c15, c20 dan c25 menunjukkan DIF yang signifikan dan penting diberi perhatian. Penentuan ini berlandaskan nilai t≥2 (Draba 1977) dan DIF Contrast ≥ 0.5 (Lai & Eton 2002; Linacre 2007). Item c2 didapati lebih mudah kepada pelatih guru pengkhususan Matematik berbanding pelatih guru pengkhusan Pemulihan dan Pendidikan Khas berbanding pengkhususan Matematik. Manakala analisis DIF kemahiran komunikasi berdasarkan kelulusan (jadual 11) mendapati dua item iaitu c6 dan c5 menunjukkan DIF yang signifikan.

Jadual 10 Analisis DIF Kemahiran Komunikasi berdasarkan Pengkhususan

Person DIF Person DIF DIF

CLASS MEASURE CLASS MEASURE CONTRAST t d.f. Name

1 0.04 2 -1.68 1.72 3.34 61 c2

1 0.04 3 -1.03 1.07 2.39 117 c2

1 -0.11 3 -1.45 1.34 2.98 117 c3

3 1.04 2 0.24 0.8 2.43 124 c10

2 1.34 1 -0.41 1.76 3.86 61 c11

3 1.17 1 -0.41 1.58 3.76 117 c11

4 1.13 1 -0.41 1.54 3.35 61 c11

2 1.01 1 -0.11 1.12 2.43 61 c12

1 -0.27 4 -1.35 1.09 2.09 61 c15

1 -0.27 3 -1.17 0.9 2 117 c15

2 0.48 1 -0.73 1.21 2.51 61 c20

3 0.24 1 -0.73 0.97 2.24 117 c20

4 0.49 3 -0.38 0.87 2.55 124 c25

4 0.49 1 -0.57 1.07 2.23 61 c25

Jadual 11 Analisis DIF Kemahiran Komunikasi berdasarkan Kelulusan

CLASS MEASURE CLASS MEASURE CONTRAST t d.f. Name

4 0.28 2 -2.16 2.44 2.26 10 c6

1 -0.21 2 -2.16 1.95 2.19 180 c5

Graf 1 menunjukkan dengan jelas secara visual tentang keadilan item komunikasi berdasarkan pengkhususan. Bagi item c11 dan c12 simbol ●1 (pengkhususan matematik ) berada jauh dibawah pengkhususan pemulihan, pendidikan khas dan pra sekolah. Ini menunjukkan item tersebut memihak kepada pelajar guru pengkhususan matematik. Manakala item c25 dan c26 simbol x4(pengkhususan pra sekolah) didapati berada diatas symbol yang lain dan ini menunjukkan item tersebut kurang memihak kepada pelajar guru pengkhususan pra sekolah. Kesimpulannya semua item adalah adil kepada semua pengkhususan kecuali item c11, c12, c25 dan c26.

(12)

c berlandaskan nilai t≥2 (Draba 1977) dan DIF Contrast ≥ 0.5 (Lai & Eton 2002; Linacre 2007). Item l32 didapati lebih mudah kepada pelatih guru yang memiliki kelulusan Diploma, STPM berbanding pelatih guru yang memiliki SPM. pengkhususan matematik berbanding pelatih guru pengkhusan pemulihan dan pendidikan khas berbanding pengkhususan matematik. Analisis DIF kemahiran kepimpinan berdasarkan kelulusan (jadual 13) mendapati hanya satu item menunjukkan DIF yang signifikan iaitu item l56.

Jadual 12 Analisis DIF Kemahiran Kepimpinan berdasarkan Pengkhususan

Person DIF Person DIF DIF

CLASS MEASURE CLASS MEASURE CONTRAST t d.f. Name

3 1.57 1 -0.94 2.51 6.26 117 l32

Jadual 13 Analisis DIF Kemahiran Kepimpinan berdasarkan Kelulusan

(13)

CLASS MEASURE CLASS MEASURE CONTRAST t d.f. Name

2 0.35 4 -1.69 2.03 2 10 l56

Graf 2 menunjukkan secara visual tentang keadilan item konstruk kepimpinan berdasarkan pengkhususan. Bagi symbol ●1 (pengkhususan matematik) didapati terdapat dua item iaitu l32 berada jauh dibawah dan item l33 berada jauh diatas berbanding symbol-simbol yang lain. Ini menunjukkan item l32 memihak kepada pelajar guru pengkhususan matematik manakala item l33 kurang memihak kepada pelajar guru pengkhususan matematik. Kesimpulannya semua item konstruk kepimpinan adalah adil kepada semua pengkhususan kecual dua item kepimpinan iaitu l32 dan l33 menunjukkan DIF yang signifikan dan penting diberi perhatian (Linacre 2006).

Graf 2 Plot DIF berdasarkan pengkhususan bagi konstruk kepimpinan

l3

Berdasarkan Jadual 14 didapati item t64, t67, t76 dan t77 menunjukkan DIF yang signifikan dan penting diberi perhatian. Penentuan ini berlandaskan nilai t≥2 (Draba 1977) dan DIF Contrast ≥ 0.5 (Lai & Eton 2002; Linacre 2007). Item t64 didapati lebih mudah kepada pelatih guru pengkhususan Pendidikan Khas dan Pra sekolah berbanding pelatih guru pengkhususan Matemaik. Manakala item t76 lebih mudah kepada pendidikan khas pengkhususan dan pelatih guru pengkhusan pemulihan berbanding pengkhususan Matematik. Manakala bagi analisis DIF kemahiran kerja berpasukan berdasarkan kelulusan (Jadual 15) mempamerkan terdapat dua item yang menunjukkan DIF signifikan iaitu item t66 dan t77. Item t77 dan t66 menunjukkan lebih mudah kepada pelatih guru berkelulusan STPM.

Jadual 14 Analisis DIF Kemahiran Kerja Berpasukan berdasarkan Pengkhususan

Person DIF Person DIF DIF

(14)

E T

3 0.4 1 -0.55 0.95 2.05 117 t64

4 0.21 1 -1.14 1.35 2.39 61 t67

3 0.94 1 -0.22 1.16 2.71 117 t76

2 0.83 1 -0.22 1.05 2.28 61 t76

1 1.22 4 -0.26 1.48 3.3 61 t77

2 0.83 4 -0.26 1.09 2.51 68 t77

1 1.22 3 0.51 0.72 2.2 117 t77

Jadual 15 Analisis DIF Kemahiran Kerja Berpasukan berdasarkan Kelulusan

Person DIF Person DIF DIF

CLASS MEASURE CLASS MEASURE CONTRAST t d.f. Name

2 0.54 4 -2.04 2.58 2.21 10 t66

2 1.73 1 0.56 1.17 2.04 180 t77

Berdasarkan jadual 16, analisis item konstruk komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam jadual 14, didapati 24 item menunjukkan DIF yang signifikan dan penting diberi perhatian iaitu c2, c3, c5, c6, c10, c11, c12, c15, c20, c25, l32, l33, l34, l36, l37, l43, l56, l58, t64, t66, t67, t76 dan t77. Penentuan ini berlandaskan nilai t ≥ 2 (Draba 1977) dan DIF Contrast ≥ 0.5 (Lai & Eton 2002; Linacre 2007 ). Analisis DIF berdasarkan pengkhususan menunjukkan 19 item ( komunikasi= 10 item, kepimpinan = 8 item, kerja berpasukan = 5 item) yang signifikan dan perlu diberi perhatian manakala analisis DIF berdasarkan kelulusan menunjukkan 5 item ( komunikasi = 2 item, kepimpinan = 1 item, kerja berpasukan = 2 item) yang signifikan dan perlu diberi perhatian.

Jadual 16 Analisis Item Konstruk Komunikasi, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

No Konstruk Item Item dicadangkan gugurberdasarkan DIF Pengkhususan Kelulusan

1 Komunikasi c2, c3, c5, c6, c10, c11, c12, c15, c20, c25

c2,c3,c10, c11, c12, c15, c20, c25

c6, c5

2 Kepimpinan l32, l33, l34, l36,

l37, l43, l56, l58 l32, l33, l34, l36, l37, l43, l58 l56

3 Kerja

Berpasukan t64, t66, t67, t76, t77 t64, t67, t76, t77 t66, t77 Jumlah

Item 24 19 5

Kesimpulan dan Cadangan

(15)

yang tinggi. Nilai ini merupakan nilai yang baik (Sekaran 2003) untuk menjangkakan tahap ketekalan susunan kedudukan individu pada skala logit sekiranya sampel ini menjawab set item yang berbeza tetapi mengukur konstruk yang sama (Wright & Masters 1982). Analisis terhadap kebolehpercayaan item pula mendapati nilai kebolehpercayaan item bagi tiga konstruk MyGSi adalah baik iaitu antara 0.75 hingga 0.97. Nilai ini menunjukkan jangkaan pengulangan semula susunan kedudukan item-item MyGSi dalam setiap konstruk adalah tinggi jika set item ini dijawab oleh kumpulan sampel yang lain tetapi sepadan dari segi kebolehan (Wright & Masters 1982).

Bilangan strata individu bagi setiap konstruk MyGSi didapati terdapat sekurang-kurangnya dua tahap kebolehan responden dalam kajian ini. Dapatan ini membuktikan kebolehpercayaan individu yang tinggi selaras dengan pandangan Linacre (2005) yang menyatakan bahawa indeks pemisahan individu dua dan ke atas menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.80 dan ke atas. Manakala analisis terhadap bilangan strata item bagi setiap konstruk pula mendapati item-item konstruk komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan dalam skala dapat dibezakan secara statistik kepada dua aras kesukaran. Berdasarkan peta kesukaran item-kebolehan individu dapat diperhatikan dengan jelas item-item tersebar dengan baik pada garis linear menghala ke sasaran responden. Dapatan ini selaras dengan saranan Bond dan Fox (2001) berkaitan kriteria kebolehpercayaan item yang tinggi. Peta kesukaran item-kebolehan individu juga menunjukkan tahap keupayaan individu adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap kesukaran item bagi ketiga-tiga konstruk di dalam MyGSi iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan.

DIF analisis yang dijalankan pada MyGSi adalah satu usaha untuk memastikan ujian yang dijalankan kepada pelajar-pelajar yang terlibat adalah adil. Analisis DIF digunakan secara meluas untuk membina instrumen yang melibatkan kawasan kognitif, penilaian mata pelajaran akademik dan perkara-perkara kaji selidik (Dodeen (2004); Zieky (2002) Menurut Dorans & Holland (1993) yang layak. Dorans & Kulick (1986); Holland & Thyer (1988) terdapat perbezaan keupayaan untuk bertindak balas terhadap setiap item di antara kumpulan-kumpulan yang menduduki penilaian dalam pelbagai bidang. Menurut Luppescu (1993), DIF berlaku apabila item menunjukkan tahap kesukaran berbeza terhadap kumpulan tertentu jika dibandingkan dengan kumpulan lain yang sepadan dari segi kebolehan. Dalam erti kata lain DIF wujud apabila satu kumpulan mendapati item tersebut jauh lebih sukar. Nunnaly & Bernstein (1994) menjelaskan bahawa DIF wujud apabila item yang secara relatif jauh lebih sukar dan dengan mudah dapat dijawab oleh satu kumpulan berbanding dengan yang lain. Keadilan merupakan aspek penting bagi menguji kesahan, satu aspek teknikal yang menjadi petunjuk piawai kualiti sesuatu ujian (Messick dlm. Willingham & Cole 1997). Menurut Shealy & Stout (1993), ujian yang tidak seimbang ialah kesan secara kumulatif yang dihasilkan oleh item-item yang secara individu berat sebelah. Ujian yang berat sebelah bermaksud ujian yang tidak menguji konstruk (atau dimensi) yang sama apabila ditadbir kepada subkumpulan individu yang berbeza. Ini juga bermaksud ujian berkenaan tidak menunjukkan kesahan yang sama kepada sub-sub kumpulan yang berbeza.

(16)

yang dibina. Setakat mana kebezaan prestasi item dibenarkan bergantung kepada tujuan instrumen berkenaan. Walaubagaimanapun, dalam kajian mengesan DIF, Bond tidak menggalakkan pembuangan individu dan item yang tidak sepadan. Menurutnya, DIF merupakan perlanggaran (violation) kepada prinsip tidak varian pengukuran Rasch. Sekiranya data-data dikeluarkan, penganalisis mungkin telah menghilangkan evidens yang boleh menunjukkan kehadiran DIF.

Berdasarkan kajian ini mendapati bahawa sebahagian item instrumen MyGSi perlu diperhalusi dan diperbaiki bagi meningkatkan indeks kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kemahiran generik. Analisis statistik di dalam kajian ini menggunakan Model Rasch. Penyelidik, pendidik dan pembina-pembina item perlu mengambil berat mengenai kebolehpercayaan dan kesahan konstruk sesuatu item agar instrumen tersebut dapat mengukur dengan adil dan tidak bias. Sehubungan itu, diharapkan kajian ini akan dapat memberi sumbangan dalam penghasilan sebuah instrumen tempatan yang memiliki kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi untuk digunakan bagi menguji tahap kemahiran generik individu di Malaysia. Kajian ini amat penting terutama untuk memberi pendedahan kepada pengkaji, pembina instrumen dan pembina soalan agar mementingnya kesahan dan kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan item dan individu harus dipandang serius bagi memastikan instrumen yang dibina dan sampel memiliki tahap konsistensi yang tinggi. Seterusnya dapat menghasilkan instrumen yang ideal dan bermakna. Instrumen MyGSi adalah sesuai dan boleh digunakan dalam konteks di negara ini tetapi ia perlu digunakan secara berhati-hati.

Kajian ini juga telah dapat mengenalpasti beberapa item yang perlu diperhalusi dan diubahsuai bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen MyGSi. Setiap item di dalam instrumen Kemahiran Generik Malaysia (MyGSi) seharusnya bersifat unidimensi, mempunyai aras kesukaran yang berbeza serta adil kepada setiap individu bersesuaian dengan budaya Malaysia. Kebolehpercayaan item dan individu juga harus dipandang serius untuk memastikan instrumen yang dibina serta pemilihan sampel mempunyai ketekalan yang tinggi. Dengan itu instrumen yang dibina berupaya mengukur apa yang hendak diukur dengan lebih bermakna. Justeru, pengkaji mencadangkan beberapa penambahbaikan iaitu:

1. Item-item yang dikenalpasti tidak bersifat unidimensi serta menunjukkan kebezaan kefungsian item tidak sepatutnya dibuang sebaliknya perlu diperhalusi dan dimurnikan.

2. Konstruk yang mempunyai dua atau lebih item yang sama aras kesukaran perlu dilihat semula atau diubah suai agar dapat memberikan aras kesukaran yang pelbagai.

(17)

lebih cemerlang pencapaian mereka sama ada dari aspek akademik mahupun kehidupan seharian.

Tahap kemahiran pelajar guru yang baik perlu ditingkatkan dan pada masa yang sama tahap kemahiran pelajar guru yang sederhana baik perlu dikurangkan. Hasil kajian menunjukkan terdapat pelajar guru yang memiliki tahap kemahiran generik yang sederhana baik di dalam institusi keguruan. Sehubungan itu adalah wajar pihak Pendidikan Guru mengkaji semula syarat kelulusan memasuki institusi bagi memenuhi keperluan tahap kemahiran generik yang baik untuk menghasilkan guru yang berkualiti. Dengan itu pihak institusi akan dapat melahirkan pelajar guru yang mempunyai tahap komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan yang tinggi dan berkualiti serta sedia menerima cabaran apabila memasuki bidang kerjaya. Selain itu pengkaji berpendapat penghargaan yang setimpal juga perlu diberikan kepada guru-guru yang berkebolehan menjadi guru ’versatile’ atau ’multi kemahiran’ dan menunjukkan pencapaian prestasi yang baik. Pendapat ini menyokong laporan yang dikeluarkan oleh National Commision on Teaching and America’s Future (NCTAF) (1996). Laporan menyatakan sebab-sebab kegagalan pembentukan dasar pelajaran mereka yang lalu ialah:

Kebanyakan sekolah dan guru tidak dapat menghasilkan pembelajaran yang diperlukan dalam bentuk baru—bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi mereka tidak tahu bagaimana, dan sistem yang mereka sedang bekerja tidak menyokong mereka untuk berubah”.

Penilaian untuk pemilihan guru pakar perlu diperluaskan kepada guru yang mengajar diluar opsyen mereka dan mencapai kecemerlangan bagi membolehkan mereka memperkembangkan bakat serta potensi diri sesuai dengan minat mereka. Penilaian berdasarkan kelulusan ijazah pertama adalah tidak praktikal kerana kebanyakan guru yang melanjutkan pelajaran ke program ijazah pertama bukan berdasarkan minat tetapi atas dorongan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi dan bergelar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Sehubungan itu mereka akan memilih sebarang program ijazah pertama yang membolehkan mereka lulus dengan mudah. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga perlu melihat semula cadangan agar guru mengajar berdasarkan opsyen masing-masing. Manusia sentiasa berubah, begitu juga sistem pendidikan perlu berubah dan terbuka bagi melahirkan pendidik yang memiliki pelbagai kemahiran untuk menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Sehubungan itu demi mencapai pendidikan bertaraf dunia semua pihak harus berganding bahu dalam menjayakannya. Sehubungan itu fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah kemampuan bakal guru dalam melahirkan insan yang berkemahiran serta memenuhi kehendak pasaran kerja masakini. Selaras dengan itu instrumen kemahiran generik Malaysia perlu segera dibangunkan oleh pengkaji-pengkaji tempatan bagi membolehkan tahap kemahiran generik individu Malaysia di uji menggunakan instrumen tempatan dan bukan lagi instrumen yang dibawa masuk dari luar negara. Oleh itu instrumen MyGSi merupakan satu instrumen binaan pengkaji tempatan yang terbukti memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi setelah digunakan beberapa kali kepada pelbagai khalayak sebelum ini dan ia mampu menguji tahap kemahiran generik individu di Malaysia.

(18)

Allan, J & Clarke, K, 2007. Nurturing Supportive Learning Environments in Higher Education Through the Teaching of Study Skills: To Embed or Not to Embed? International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2007, Volume 19, Number 1, 64-76.

Bond, T.G. & Fox, C.M. 2001. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in The Human Sciences. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers, London

Biggs, J. 2003. Teaching for quality learning at university. Maidenhead: Society for Research into Higher Education & Open University Press.

Dunne, E., Bennett, N & Carre, C. 2000. Skill Development In Higher Education and Employment, Bristol.

Lizzio, A & Wilson, K 2004. First-year students’ perceptions of capability. Carfax Publishing.

Lois B. Hart, Ed.D., & Charlotte S. Waisman, 2005. The Leadership Training Activity Book: 50 Exercises for Building Effective Leaders, USA.

Malaysian Qualifications Framework, 2006: Reference Point and Joint Understanding of the Qualifications for Higher Studies Awarded in Malaysia, National Accreditation Board

Marlene Caroselli, 2000. Leadership Skills For Managers, The McGraw-Hill Compamies, Inc. (MPHMV).

Moore, T. 2004. The critical thinking debate: how general are general thinking skills? Higher Education Research and Development, 23(1) 3 – 18. Murphy, R. 2001. A Briefing on Key Skills in Higher Education, University of

Nottingham.

Oliver, R, Herrington, McLoughlin. 1999. Exploring the Development of Students’ Generic Skills Development in Higher Education Using A Web-based Learning Environment.

Robley, W., Whittle, S., & Murdoch-Eaton, D. 2005. Mapping Generic Skills Curricula: A Recommended Methodology. Journal of Further and Higher Education, Vol. 29, No. 3, August 2005, pp. 221-231.

Roland, B., Adler & Elmhorst, J.M. 2008. Communicating at Work: Principles and Practices for Business and the Professions, McGraw-Hill Companies, Inc. (KINO).

Rosenbusch, K. & Townsend, C. 2004. The Relationship of Gender and Organizational Setting to Transformational and Transactional Leadership Skills of Selected College Student Leaders, Journal of Leadership Education Volume 3, Issue 3 - Winter 2004.

Smith, R.M. 1991. The Distributional Properties of Rasch Item Fit Statistics. Educational Psychological Measurement, 51, 541-565.

Smith, R.M. 1991a. PARM: Item and Person Analysis with the Rasch Model. Chicago: Mesa Press.

Styles, I. 1994. Psychometric Evidence of the Relationship between attitude and behaviour. International Jurnal Of Educational Research, 21(6), 611 – 622. Wright, B., & Stone, M.H. 1979. Best Test Design. Chicago: MESA Press.

Wright, B.D. & Linacre, J.M. 1992. A User’s Guide To Bigsteps, Rasch Model Compute Program Version 2.2. MESA Press.

(19)

Referensi

Dokumen terkait

Dari data yang diperoleh dapat diketahui bahwa terjadi peningkatan keterampilan generik sains mahasiswa calon guru baik yang diajarkan secara konvensional maupun

Nilai yang sangat besar pada variable biaya Simpanan Pokok menunjukkan bahwa nominal untuk Simpanan Pokok secara signifikan mampu mendorong peningkatan Sisa

Dari situlah dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang semakin meluas dalam usaha untuk memperluas penanaman kedelai, adapun cara yang digunakan dalam proses ini yaitu

Adapun rumusan masalah dalam penelitian ini yaitu (1) bagaimana peran dinas pariwisata dan kebudayaan kota Sabang dalam memajukan wisata bahari di kota Sabang, (2)

Hasil dari penelitian ini menunujukkan bahwa : (1) umur pelaku mobilitas sangat produktif 21-54 th (2) sulitnya mendapatkan pekerjaan di daerah asal (3) daerah tujuan para

selaku Ketua Jurusan Akuntansi Fakultas Bisnis Universitas Katolik Widya Mandala Surabaya dan juga selaku Dosen Pembimbing yang telah meluangkan waktu, tenaga, dan

menunjukkan bahwa Na-TPP sebagai agen ikatan silang dan Tween 80 sebagai surfaktan dapat digunakan dalam pembuatan nano partikel kitosan, dengan ukuran yang hampir

According to this, the use of Information &amp; Communication Technology (ICT) has been applied to produce an interactive CD based on instructional design using the