SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI 2007 (GO DAN NGO) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peringkat kebangsaan
1. PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.
Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu
:-a) Kategori Lelaki b) Kategori Perempuan
Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku perlanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.
Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
2. PENDAFTARAN
Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah (sehingga Tingkatan 6).
Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Plantun dan anggota simpanan. Semua yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki
atau pelajar perempuan sahaja. (Plantun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)
Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan penetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.
3. PAKAIAN
Pakaian anggata pasukan dan Ketua Platun hendaklah berpakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontijen.
Setiap anggota dan ketua plantun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad kaki di jalankan.
Aksesori yang dinilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanyalah sarung tangan putih. Penggantian anggota boleh di lakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum
masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.
Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.
4. PADANG KAWAD
Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan)
Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun didalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A,B,C dan D hendaklah sama warna (selain daripada hijau)
Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garis putih atau kuning. Pemeriksaan dilakukan di luar litar.
5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN
Jangkamasa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinillai.
Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.
Isyarat akan dibunyikan:
a) pada minit ke 12 (sekali) b) masa tamat (dua kali)
6. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN
Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.
Bilangan anggota:
a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
b) Jika anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan. c) Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika
pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya. Pemeriksaan pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk litar pertandingan kawad.
Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masing-masing.
7.1 Kawad Asas
a) Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128 -135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.
b) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap kehadapan kanan…pusing”.
c) Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka barisan….gerak”. d) Luruskan barisan. Bahasa hukumannya “ ke kanan….. lurus”. Pasukan (PKBM / Pengakap L1 / P1) siap untuk diuji, tuan ”. f) Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun
iii) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan……pusing”
iv) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “ menghadap ke hadapan, ke belakang pusing”.
g) Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas kawad asas. Bahasa hukumannya, “tutup barisan……….gerak”.
h) Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan di beri. i) Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad
dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri…..pusing”. j) Berjalan dalam masa ‘ cepat jalan’ sebanyak satu pusingan dan
apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”. (rujuk Pelan Litar Pertandingan 2)
k) Hukuman “kiri langkah perlahan…..perlahan jalan” diberikan setelah plantun melepasi kon D dan sebelum kon A.
l) Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan…pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.
m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
ii) “pandang….kanan” (dalam perlahan jalan) iii) “pandang…depan” (dalam perlahan jalan) iv) “tutup barisan” (dalam perlahan jalan)
n) Sebaik sahaja melintas garisan kon B dan kon C, hukuman “ bergerak ke kiri, kiri….pusing” diberikan.
o) Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberi setelah skuad berada antara kon C dan kon D.
p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok” diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i) Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan… hormat
ii) Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan….hormat”.
iii) Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv) Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan…..hormat”.
v) Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan…jalan”.
vi) Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang…….pusing”. vii) Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar
langkah cepat, cepat jalan”.
viii) Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang….. pusing”.
ix) Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, kiri……pusing”.
x) Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang……pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi) Hentak kaki. Bahasa hukuman: “Hentak kaki”. xii) Henti. Bahasa hukuman: “Skuad…..henti”.
xiii) Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
q) Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja.(contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara static dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya. 3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan
tidak dibenarkan membawa alatan. 7.2 Pergerakan Membentuk Formasi
a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’,
platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kretiviti masing-masing. Kon akan dikeluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad Dinamik selesai.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi. c. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi
keempat (ketika platun berbaris bertiga-tiga mengadap hadapan sebelum melapor).
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik.
e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan mengadap ke hadapan iaitu mengadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.
NOTA: Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad.
7.3 Melapor Keluar
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan. (Pasukan PKBM / Pengakap L1 / P1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan”.
Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan 1 Pergerakan cepat jalan tidak 128-135 seminit 10 sekali 2 Anggota jatuh (pengsan / pitam) 5 3 kali 3 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 4 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali 5 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5 kali
6 Terlanggar kun 3 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Pergerakan yang bukan ditetapkan 5 5 kali
Semasa Kawad Formasi
Bil Jenis Kesalahan Markah
Penalti
Maksimum Ditolak
1 Gerakan bukan kawad 5 5 kali
2 Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan) 5 5kali
3 Mengeluarkan arahan / isyarat 5 5 kali
4 Perlakuan / aksi kurang sopan 5 5 kali
5 Menggunakan peralatan tambahan 5 5 kali 6 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 7 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
Ketua Platun
Bil Jenis Kesalahan Markah
Penalti
Maksimum Ditolak
1 Bergerak bersama pasukan 15 sekali
2 Memberi hukuman kawad di luar litar 10 Sekali 3 Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam) 10 sekali
4 Melapor di luar litar kawad 5 2 kali
5 Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya 3 5 kali 6 Aksesori terlucut / tidak di tempatnya 1 5 kali
7 Tidak mengikut urutan 5 5 kali
8 Bukan Bahasa Hukuman yang ditetapkan 5 5 kali
9. PENGHAKIMAN
iv. Lapan orang hakim kawad (2 orang setiap sisi litar)
v. Empat orng hakim Ketua Plantun (termasuk Ketua dan Penolong Ketua Hakim)
Nota : Seorang Ketua Hakim boleh berperanan menerima palaporan mula dan tamat pertandingan daripada Ketua Platun, menyelaras permakahan dan penalti sahaja. Dalam keadaan ini seorang lagi hakim hendaklah dilantik sebagai hakim Ketua Platun bagi menggantikannya.
b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah (oleh Hakim Kawad pasukan) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai Pasukan GO bertauliah bagi kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai Kementerian Pelajaran. d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan
yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira. e. Keputusan hakim adalah muktamad.
f. Permakahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :
i. Pakaian 10%
ii. Kawad statik dan dinamik 50%
iii. Kawad Formasi 30% dan
iv. Ketua Platun 10%
Jumlah keseluruhan 100%
g. Permakahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras permakahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun terbaik.
h. Jika terdapat persamaan markah, markah kawad (bahasa hukuman dan pergerakan kawad) hendaklah diambilkira.
10. BANTAHAN
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurusan pasukan masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.
Lampiran II KAWAD FORMASI
KADET AGENSI KERAJAAN (GO) DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO) FORMASI
Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini handaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan / kaki / muka / jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali.
Terbahagi kepada 3 unsur: 1. UNSUR GERAK
2. UNSUR PENGHAYATAN 3. UNSUR SUARA
Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu : 1. Kekayaan Gerak Formasi
Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu. 2. Keseragaman Gerak Formasi
Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan sebagainya.
3. Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti berikut : a) Gerakan dalam Unsur Kawad
Hendaklah seratus peratus kawad. b) Keseimbangan Gerak Formasi
Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.
c) Kesatuan Gerakan
d) Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.
e) Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.
UNSUR PENGHAYATAN Terkandung di dalamnya a) Unik / kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah.
b) Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.
c) Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua Platun.
d) Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim, tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan tidak mengeluarkan bahasa yang kesat / lucah atau kedengaran seperti lucah.
UNSUR SUARA
Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh digunakan bagi menghasilkan kepelbagaian unsur bunyi / suara.
1. Slogan yang betul
Slogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama.
2. Tepat
Slogan handaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan.
3. Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.