• Tidak ada hasil yang ditemukan

NILAI MORALISME DALAM KESENIAN tari

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "NILAI MORALISME DALAM KESENIAN tari"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

NILAI MORALISME DALAM KESENIAN

1

Wiramanja @ A. Rahman A. Hanafiah

esenian adalah satu istilah yang sangat luas untuk dibincang dan dikaji. Perbincangan dan kajian yang dibuat tidak semestinya memberi jawapan tepat mengenai kesenian yang bersifat global. Para sarjana juga boleh membuat takrifan pelbagai mengenai kesenian dan tidak ada siapa yang boleh mendakwa takrifan tepat mengenai kesenian. Justeru, bagi menilai dan menghayati karya kesenian sesuatu kaum dan masyarkat, seseorang perlu memperlihat yang seadanya.

K

Kesenian boleh dinilai pada dua penjenisan iaitu nilai eksrinsik dan nilai intrinsik. Nilai eksrinsik adalah penghayatan kesenian bagi memperlihat kebagusannya dari segi moral, manakala nilai intrinsik adalah penghayatan kebendaan. Bagi penghayatan nilai kesenian, seseorang perlu pengetahuan dan pengukuran berdasarkan keilmuan yang bersandarkan teori-teori nilai kesenian itu sendiri. Karya seni yang muncul pada setiap zaman mewakili nilai moralnya tersendiri. Kehalusan setiap

(2)

karya seni tersebut menunjukkan betapa seni dan halus ketertiban penghasilannya. Kehalusan seni tersebut sebagai memperlihatkan nilai moralnya yakni pengarapannya memerlukan kesabaran dan ketelitian.

Dalam kehidupan orang yang sentiasa tertib dan teliti dalam kerja-kerja seni sebagai memperlihatkan realiti peribadinya bermoral yang tinggi. Lantaran itu, hasilan kesenian tersebut melambangkan nilai budaya bangsanya sendiri iaitu halus, mulia dan penuh kesucian. Contoh Lambang-lambang seni yang menampakkan nilai kesucian terdapat pada kubah dan mihrab masjid. Seseorang akan tenang memandangnya sambil beribadat kepada Allah s.w.t. Keindahan ukiran seni tersebut melambangkan nilai moral yang tinggi terdapat dalam jiwa manusia.

Leo Tolstoy dalam buku What is Art (1896)

(3)

iaitu laut luas terbentang, langit yang tidak bertiang, awan-germawan yang indah mengikut paksi masa penukaran warnanya. Malam dan siang bertukar warna seadanya yang mengasyikkan sebagai satu simbol kehidupan yang sentiasa berubah dan silih berganti. Di sini manusia perlu memikirkan nilai moral kehidupan yang boleh disamaertikan dengan malam gelap yang menakutkan, manakala siang indah, meleka tetapi satu perbandingan yang telus tetapi bersifat sementara.

Walter Pater dan Oscar Wilde pernah memberi

slogan “seni untuk seni” bagi memartabatkan

kesenian. Kesenian setiap kaum boleh memartabatkan sesuatu bangsa yang memiliki nilai kebaikan. Setiap bangsa di dunia ini berhemah tinggi mengikut anutan dan adat masing-masing. Tidak ada bangsa dalam dunia ini yang ingin mencipta keburukan kepada nilai adat kehidupan mereka. Kehidupan mereka berinteraksi dengan kesenian milik mereka bagi menyatupadukan di antara kaum keluarga, jiran tetangga dan sebagainya.

(4)

memperlihatkan keseniannya tersendiri. Kesenian juga tidak hanya menjurus pada bentuk hiburan semata-mata dan ianya bukan sesuatu yang boleh dijualbeli dan ditukarkan dengan material.

Bentuk kesenian secara kasar boleh diklasifikasi

pada nilai material dan non-material. Ini merujuk

bahawa kesenian sama ada boleh dilihat, diteliti, dinilai, diuji dan dibincangkan tergolong dalam

bentuk material dan non-material. Contohnya

apabila seseorang melihat sebuah tarian, tidak semestinya ia menilai dari segi persembahan tarian dengan pakaian yang menarik dan penari yang manis jelita. Barangkali ia menilai apakah moral dan pendidikan yang dipersembahkan melalui tarian tersebut. Apakah yang dipamerkan melalui busana penari tersebut, corak, warna, fesyen dan lain-lain.

Corak busana, pemilihan warna dan fesyen yang dipakai penari memberi satu identiti dan mesej yang mengklasifikasikan budaya keseniannya. Budaya kesenian yang dipamerkan tersebut mewakili kaum dan masyarakat tertentu. Setiap masyarakat juga tidak boleh menirucipta kesenian kaum lain menjadi budaya mereka. Budaya itu sendiri dapat memperlihatkan kesenian tersebut milik siapa dan bagaimana asimilasi berlaku. Sebagai contoh tarian

(5)

Nabawan, Sook, Keningau, Tenom iaitu bahagian pedalaman Sabah. Tarian tersebut bukan hanya untuk tujuan hiburan semata tetapi mempunyai nilai moral dan makna tersendiri kepada kaum Murut. Begitu

juga dengan tarian mangunatip iaitu meraikan

kepulangan pahlawan Murut daripada memburu dan berperang menentang kejahatan.

Apabila seseorang membuat penelitian kesenian dari sudut ilmu boleh memperlihatkan kesenian mencorakkan kehidupan masyarakat. Masyarakat dapat dikenalpasti memiliki budaya dan kesenian tertentu melalui proses kehidupan sosial antropologi mereka. Kesenian sesebuah masyarakat pula boleh didengari dan diteliti melalui nyanyian dan seseorang dapat menilai senikata dan melodinya memiliki zaman bila. Sesebuah ketamadunan dapat dinilai dan

diuji melalui material iaitu alatan yang digunakan

dan non-material yakni kesan subjektif yang terdapat

dalam corak kesenian tersebut.

Namun, jika kita bincangkan kesenian tersebut

dalam bentuk material dan non-material ianya boleh

(6)

kesenian. Sesungguhnya, kesenian itu sendiri tidaklah menjurus pada hiburan dan persembahan semata-mata tetapi ianya dilihat dari pelbagai sudut penelitian, penilaian dan kajian. Penelitian, penilaian dan kajian dibuat perlulah bersandarkan masyarakat tersebut dari gugusan keturunan, bangsa, anutan agama, kedudukan, geografi dan sosial antropologinya. Apabila segala-gala dibincang dan dibahaskan, ternyata kesenian dalam konteks masyarakat terlalu luas dan global.

Keturunan manusia membezakan kesenian yang dianuti dan dimiliki. Secara langsung ataupun sebaliknya kesenian tersebut lahir bersama genetik manusia itu sendiri. Contohnya seorang pelukis akan mempunyai zuriatnya yang berkebolehan melukis. Walaupun tidak daripada anaknya sendiri tetapi barangkali cucu dan cicitnya. Umpamnya, seniman Tan Sri P. Ramlee, waris terdekatnya ialah Nasir. P. Ramlee yang mempunyai bakat seakan-akan ayahnya walaupun tidak keseluruhannya. Namun, ini sudah cukup membuatkan penelitian dan pengujian bahawa kesenian itu teruji dari sudut ilmu yakni memperlihatkan bahawa kesenian mencorakkan kehidupan masyarakat.

(7)

sebagai agama syumul membenarkan imaginasi dan kreativiti yang sememangnya ada dalam pemikiran umat. Seniman-seniman Islam menggunakan kekuatan imaginasi dan kreativiti tersebut sebagai anugerah dan amanah Allah s.w.t. yang perlu dijaga, disubur dan disemai dalam ruang dari batasan yang dibenarkan oleh syariat (Manja, 1995).

Anutan agama boleh juga memperlihatkan kesenian yang tersembunyi. Penyembunyian kesenian dalam agama dapat diperlihatkannya dalam nilai moral dan keperibadian keagamaan itu sendiri. Nilai moral dan keperibadian agama amat tersembunyi, namun pengamalnya sahaja yang lebih arif mengetahui. Ianya juga amat subjektif untuk diperkatakan yang mana memberi takrifan yang berbeza oleh seseorang mengikut sosial-budaya kehidupannya.

(8)

Tradisi kesenian Islam yang awal lebih cenderung ke arah menyatakan bukan semata-mata ruang dalam penjelamaan motif-motif hiasan, malahan konsep dan falsafah yang berteraskan pada prinsip tauhid. Kepekaan terhadap prinsip ini bukanlah tidak berasas. Seniman-seniman Islam memang menyedari hakikat nilai estetik adalah sebagian padu dari pancaran fahaman keagamaan (Manja: 95: 1995).

Barangkali kesenian yang diperlihatkan di zaman alaf baru ini mempunyai ciri-ciri bermotifkan universal. Kesenian merujuk pada satu keindahan sebagaimana matlamat Kung Fu Tze (Confucius) ialah untuk meninjau dan menyelidiki fungsi penilaian keindahan dan seni masyarakat di dalam kehidupan. Penilaian keindahan dan seni mengkhususkan peranan khas bagi membantu manusia mencapai kedudukan (Hamidah, 1995:42).

(9)

kesenian itu perlu dibuktikan dengan fakta sejarah dan jumpaan-jumpaan kajian sahih. Kesahihan sesuatu kesenian milik sesuatu masyarakat boleh diusahakan dengan kajian akelogi sebagaimana jumpaan pertempatan orang mesoliti seperti di gua Cha, Kelantan, Gua Niah di Sarawak, Guar Kepah di Kedah.

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan seniman-seniman Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan kesenian dan tamadun dunia. Hal ini bukan sahaja diakui oleh sarjana-sarjana Islam malahan ia juga turut diakui oleh sarjana-sarjana barat (Manja, 1995). Pengukuran moral kesenian tersebut dapat dinilai daripada kebagusan yang dimartabatkan dalam karya-karya yang dihasilkan oleh para seniman Islam yang menjadi ikutan dan peniruan barat, dengan lantang pula mendakwa kesenian tersebut milik mereka.

(10)

palsu tidak mengikut pertimbangan akal mengikut

factual knowledge.

RUJUKAN

1. Abdul Rahman Haji Ismail, 2001. China

Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. V.I.Braginsky, 1994. Erti Keindahan dan

Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu

Klasik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Manja Mohd Ludin & Ahmad Suhaimi Hj. Mohd

Nor, 1995. Aspek-Aspek Kesenian Islam, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

4. Hamidah Abdul Hamid, 1995. Pengantar Estetik,

Referensi

Dokumen terkait

Kemampuan logam induk dan logam pengisi untuk berfusi tanpa menyebabkan suatu efek kimia yang buruk merupakan hal yang penting dalam hubungannya dengan weld ability..

- Pengumpulan data yang terkait dengan penjadwalan produksi yaitu jenis produk, jenis mesin yang digunakan, urutan pekerjaan, waktu produksi, jumlah permintaan

Gaya tarik pada kabel ditransfer ke penampang beton menjadi gaya tekan melalui angkur yang ditahan oleh cover plate. Penarikan kabel dapat dilakukan sebelum beton dicor (

Bagi keluarga yang memiliki kemampuan memelihara anak dengan baik dan memiliki pengetahuan yang cukup untuk membekali dan melindungi anak dari kekerasan dan pelecehan anak

ü Dalam satu periode (dari kiri ke kanan), EI semakin besar karena jari-jari atom semakin kecil sehingga gaya tarik inti terhadap elektron terluar semakin besar/kuat.

Penyisipan unsur-unsur yang berwujud frasa adalah penyisipan unsur frasa dari suatu bahasa ke dalam sebuah kalimat pada bahasa yang digunakan sehingga kalimat

Teknik analisis data yang digunakan adalah uji t dan uji t deskriptif dengan taraf signifikan (. ) = 5%.Berdasarkan hasil penelitian, pengolahan, dan analisis

Dengan mempertimbangkan masalah yang dihadapi mahasiswa dalam pembelajaran menulis, maka hasil penelitian ini adalah berupa data yang berisi nilai dari pemberian tindakan