• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBERKESANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PROMOS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEBERKESANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PROMOS"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN PROGRAM DAN AKTIVITI PROMOSI DI KOLEJ

KOMUNITI JASIN 2015

WIDA YANTI BINTI MOHAMMAD ZEN UMAR

KOLEJ KOMUNTI JASIN widamzu@gmail.com

ZAINI BIN HAJI AHMAD

KOLEJ KOMUNTI JASIN zainiahmad25@yahoo.com

ROSLINDA BINTI OSMAN

KOLEJ KOMUNTI JASIN kasihdhirah@yahoo.com

Abstrak

Bidang promosi dan pengiklanan merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusan

sesebuah institusi pendidikan tinggi seperti universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej

komuniti. Setiap institusi mempunyai pengurusan promosi dan pengiklanan tersendiri bagi

mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Penulisan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan

program dan aktiviti promosi pengambilan pelajar baru yang telah dijalankan di Kolej Komuniti

Jasin sepanjang tahun 2015. Di samping itu juga ingin membantu pengurusan Kolej Komuniti

Jasin (KKJS) bagi menilai sejauhmana kekuatan, kelemahan dan halangan yang berlaku semasa

perlaksanaan program dan aktiviti promosi yang telah dijalankan. Beberapa cadangan serta

penambahbaikan dibincangkan dalam penulisan inibagi memastikan segala program dan aktiviti

promosi pengambilan pelajar baru KKJS berjaya meningkatkan bilangan pelajar. Amat penting

bagi meningkatkan pengurusan promosi dan pengiklanan KKJS agar sentiasa relevan dengan

perkembangan terkini dunia pendidikan tinggi serta dunia media baru pengiklanan, promosi dan

pemasaran.

(2)

Pendahuluan

Robert F. Hartley (1983) mendefinasikan promosi sebagai satu usaha komunikasi

pemasaran produk, perkhidmatan, individu, organisasi atau idea dengan matlamat untuk

mengubah sikap dan kelakuan pengguna atau pembeli sasaran. Manakala menurut pandangan

Kotler P. (1993), menyatakan bahawa promosi adalah satu inisiatif komunikasi yang perlu wujud

antara pengeluar dan pengguna mereka. Menurut Hamid (2002), promosi didefinasikan sebagai

koleksi komunikasi peribadi dan bukan peribadi yang digunakan oleh sesebuah firma dengan

menyatakan kelebihan produk dan memujuk pembeli untuk membelinya. Bagi Mohd Farid

(2010) pula, objektif utama seseuatu promosi adalah untuk meningkatkan sesebuah organisasi

atau syarikat. Ia selari dengan kajian oleh Robert F. Hartley (1983) bahawa peranan promosi

adalah untuk mewujudkan permintaan dan seterusnya meningkatkan jualan.

Oleh itu, bidang promosi dan pengiklanan ini berperanan membantu memperkenalkan dan

menyalurkan maklumat berhubung sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) kepada golongan

sasaran dan khalayak umum. Maklumat yang disalurkan meliputi beberapa peluang seperti

kemasukan pelajar, kerjaya, tender dan projek, kursus serta peluang mendapatkan dana tajaan.

Golongan sasaran pula meliputi pelajar lepasan SPM, sekolah dan universiti, ahli perniagaan dan

akademik, golongan profesional, penganggur, kakitangan kerajaan serta swasta.

Aktiviti promosi dan pengiklanan yang dibuat oleh sesebuah institusi pengajian tinggi

(IPT) biasanya merujuk kepada tujuan atau objektif utama yang ingin dicapai oleh institusi

tersebut. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ingin membuat

promosi pengambilan pelajar baru, maka konsep, ciri, rekabentuk iklan, belanjawan dan

pendekatan promosi tersebut mestilah bersesuaian dengan golongan yang disasarkan iaitu para

pelajar lepasan SPM. Begitu juga, sekiranya sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu ingin

mengadakan promosi iklan berkaitan dengan peluang kerjaya yang ingin ditawarkan oleh IPT

tersebut, maka konsep, ciri, rekabentuk iklan, belanjawan dan pendekatan promosi tersebut

(3)

Pengenalan

Kolej Komuniti Jasin merupakan salah sebuah institusi pengajian yang ditubuhkan oleh

kerajaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan keperluan dan kemahiran pada

semua peringkat umur dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke

pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Secara amnya kolej ini menawarkan dua jenis kursus iaitu kursus sepenuh masa untuk

lepasan SPM dan juga kursus pendek untuk masyarakat umum. Bagi kursus sepenuh masa,

program-program yang ditawarkan adalah Sijil Multimedia Pengiklanan, Sijil Pelukis Pelan

Senibina, Sijil Sistem Komputer dan Sijil Pengoperasian Perniagaan. Kursus di peringkat sijil ini

ditawarkan selama 1 tahun 4 bulan dijangka mampu untuk memberi peluang kepada lepasan

SPM untuk meneruskan pengajian dalam bidang-bidang kemahiran. Bagi kursus pendek pula,

kursus masakan, fotografi, komputer, biskut, menjahit baju, roti, urutan refleksiologi dan

sebagainya ditawarkan kepada semua golongan masyarakat bagi memberi peluang kepada

mereka untuk meningkatkan kemahiran ataupun bagi membina peluang-peluang perniagaan di

masa depan.

Justeru, dalam memastikan kemasukan pelajar yang ramai dan konsisten pada setiap sesi

pengajian, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan Kolej Komuniti Jasin untuk

menggerakkan usaha-usaha promosi dan pengiklanan bagi menarik sejumlah pelajar yang

berpotensi untuk meneruskan pengajian mereka di kolej ini. Sehubungan dengan itu, pelbagai

program dan aktiviti promosi telah diatur bagi mempromosikan kursus-kursus sepenuh masa dan

kursus pendek bagi menarik bakal-bakal pelajar ke Kolej Komuniti Jasin. Antara program dan

aktiviti promosi yang telah dijalankan adalah lawatan pelajar-pelajar sekolah, program bersama

peserta PLKN, karnival institusi pengajian tinggi (IPT), promosi ke sekolah-sekolah menengah

terpilih, progam Gerak Gempur Pengambilan Pelajar, promosi sempena Hari Kurikulum

Sekolah, promosi sempena hari Sukan Negara, promosi di RTM dan suratkhabar, program

(4)

Penyataan Masalah

Dalam usaha mempromosikan Kolej Komuniti Jasin sebagai destinasi pilihan utama

pelajar dalam bidang kemahiran, sudah tentulah banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi

semasa proses perancangan dan perlaksanaan sesuatu program atau akiviti promosi. Antara

cabaran dan dugaan yang dihadapi termasuklah berkaitan aspek kewangan, prosedur dan

peraturan syarikat serta agensi kerajaan yang terbabit, karenah birokrasi pegawai, kesesuaian

masa serta lokasi, sambutan masyarakat, kerjasama kakitangan yang terlibat dan sebagainya.

Justeru, satu inisiatif untuk mengkaji dan mengukur tahap keberkesanan program dan

aktiviti promosi di peringkat Kolej Komuniti Jasin wajar diadakan. Ini bagi memastikan pihak

pengurusan kolej dan unit hal-hal pelajar, unit penerangan dan unit promosi dapat mengambil

daya usaha untuk menambahbaik semua kelemahan dan kekurangan yang berlaku dalam aktiviti

promosi yang dilakukan selama ini. Disamping itu juga, melalui penulisan ini, secara tidak

langsung pengurusan kolej dapat mempelajari kaedah dan strategi promosi institusi-institusi

pengajian yang lain dalam menarik bakal pelajar masing-masing.

Objektif

1. Menilai keberkesanan program dan aktiviti promosi yang dijalankan oleh Kolej Komuniti

Jasin

2. Menilai kepekaan dan kesedaran masyarakat terhadap program dan aktiviti promosi yang

dijalankan oleh Kolej Komuniti Jasin

3. Mencadangkan kaedah dan strategi promosi yang lebih sesuai dengan keperluan semasa

(5)

Kajian Literatur

Menerusi kajian oleh Mohd Mustafa dan rakan-rakan (2007) berkaitan tahap

keberkesanan program dan aktiviti promosi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), mereka

mendapati bahawa aktiviti promosi yang dijalankan oleh universiti terbabit pada dasarnya

berjalan dengan baik dan lancar namun kaedah promosi dan kumpulan sasaran yang ditujukan

perlu diambilkira dan ditambahbaik bagi memastikan ia benar-benar berkesan pada masa depan.

Mereka juga menekankan tentang perlunya kaedah promosi dipelbagaikan terutama yang

melibatkan penggunaan internet dan media elektronik. Selain itu, pusat-pusat pengajian dan

unit-unit lain berada di bawah kawalan universiti juga perlu menjadi “back-up” kepada unit promosi universiti supaya sama-sama berganding bahu dalam mempromosikan program dan

kepakaran masing-masing agar ia boleh memberi nilai tambah kepada daya tarikan universiti

terhadap bakal-bakal pelajar mereka nanti.

Dalam konteks institusi kemahiran, kajian oleh Norhayati dan Intan Junizah (2014)

mendapati bahawa kaedah promosi yang mendapat rating yang tinggi adalah menerusi media

elektronik. Ini diikuti oleh media cetak, pameran dan sebagainya. Dalam konteks hari ini, media

elektronik bukan lagi berfokuskan tv dan radio sahaja, bahkan media elektronik pada masa kini

sudah melangkaui sempadan teknologi dunia media sosial seperti facebook, telegram, whatsapp, website dan seumpamanya yang berlatarbelakangkan penggunaan telefon pintar. Seterusnya, kajian tersebut juga mendapati para pemohon untuk kemasukan ke kolej komuniti juga semakin

menggemari penggunaan permohononan secara atas talian atau “online”.

Menurut Goldgen (1989), ada kajian yang menunjukkan bahawa terdapat sebahagian

pelajar yang memilih institusi pengajian tinggi seperti universiti dan kolej melalui pengaruh iklan

dan promosi yang dijalankan oleh sesebuah IPT secara aktif dan agresif. Selanjutnya, menurut

kajian oleh Norziha (2006), melalui pengaruh iklan dan promosi yang dibuat secara aktif dan

agresif ini, bakal-bakal pelajar boleh tertarik dengan informasi yang diiklan oleh IPT terbabit.

Kesannya, bakal-bakal pelajar boleh terpedaya dengan kandungan iklan terbabit jika mereka

tidak berhati-hati dan meneliti maklumat-maklumat yang diterima dengan terperinci. Kesannya,

(6)

Metodologi

Kaedah tinjauan dengan mengedarkan satu set borang soal selidik telah digunakan untuk

mengumpul data. Soal selidik yang dikemukakan menggunakan skala Likert. Soal selidik ini

mengandungi 12 soalan utama yang berkaitan dengan tahap keberkesanan program dan aktiviti

promosi di Kolej Komuniti Jasin. Data yang telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan

perisian Microsoft Excel 2010.

Perbincangan

Berdasarkan analisa data, didapati bahawa rata-rata reponden yang menjawab kajiselidik

ini adalah terdiri dari 70 orang golongan belia yang berumur antara 18 hingga 29 tahun. 48.6%

dari mereka adalah lelaki manakala 51.4% lagi adalah wanita. Kaum Melayu mencatatkan 90%

dari responden manakala kaum India pula mencatatkan sebanyak 10% responden.

Sebanyak 8.6% responden mengakui bahawa mereka sangat mengetahui tentang aktiviti

promosi Kolej Komuniti Jasin manakala sebanyak 78.6% pula mereka mengetahui tentang

aktiviti promosi kolej dan hanya 14.3% lagi mengatakan mereka tidak mengetahui langsung

tentang aktiviti promosi Kolej Komuniti Jasin. (Sila rujuk Rajah 1)

Rajah 1 : Carta Menunjukkan Peratus Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Aktiviti Promosi KKJS

Sementara itu, 28.6% responden mengatakan saluran promosi bagi Kolej Komuniti Jasin

yang paling berkesan adalah melalui media elektronik. 20% responden lagi mengatakan bahawa

8.60%

78.60%

14.30%

Peratus Responden

Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Aktiviti Promosi KKJS

(7)

saluran promosi bagi Kolej Komuniti Jasin yang paling berkesan adalah melalui media cetak.

Manakala 31.4% pula berpendapat laman web adalah saluran promosi bagi Kolej Komuniti Jasin

yang paling berkesan. 34.3% lagi responden mengatakan bahawa aktiviti pameran dan karnival

adalah saluran yang paling berkesan. (Sila rujuk Rajah 2)

Rajah 2 : Carta Menunjukkan Peratus Saluran Promosi KKJS Yang Paling Berkesan

Sebanyak 81.4% dari responden mengatakan bahawa kempen promosi yang dijalankan

oleh Kolej Komuniti Jasin telah dapat memberikan maklumat yang lengkap sepertimana yang

dikehendaki oleh masyarakat manakala 18.6% mengatakan maklumat yang dikehendaki tidak

lengkap. (Sila rujuk Rajah 3)

Rajah 3 : Carta Menunjukkan Peratus Pendapat Responden Tentang Maklumat Promosi KKJS Media

Elektronik 28.6%

Media Cetak 20%

Laman Web 31.4% Aktiviti Pameran dan

Karnival 34.3%

Saluran Promosi KKJS Yang Paling Berkesan

81.4% 18.6%

Adakah Kempen Promosi KKJS Memberi Maklumat Yang Lengkap?

(8)

Seterusnya, 88.6% responden mengatakan bahawa rekabentuk iklan yang menarik telah

dapat membantu menarik perhatian mereka untuk mendapatkan maklumat yang lebih lagi

berkaitan Kolej Komuniti Jasin namun hanya 10% responden mengatakan tidak. (Sila rujuk

Rajah 4)

Rajah 4 : Carta Menunjukkan Peratus Rekabentuk Iklan Promosi Menarik Perhatian Responden

Seramai 40 orang responden atau 57.1% mengakui bahawa mereka pernah berkunjung ke

pameran-pameran atau mana promosi yang dijalankan oleh pihak Kolej Komuniti Jasin

manakala sebanyak 42.9% atau 30 orang responden mengatakan bahawa mereka tidak pernah

mengunjungi mana-mana pameran atau promosi yang dijalankan oleh pihak Kolej Komuniti

Jasin. (Sila rujuk Rajah 5)

Rajah 5 : Carta Menunjukkan Peratus Responden Mengunjungi Pameran atau Promosi KKJS Ya

90% Tidak

10%

Adakah Rekabentuk Iklan Promosi KKJS Menarik?

Pernah 57.1% Tidak Pernah

42.9%

(9)

Perbincangan

Merujuk kepada dapatan diatas, terdapat 4 isu utama dalam analisa ini iaitu kepekaan,

kaedah promosi, pameran dan penggunaan media promosi. Hasil analisa menunjukkan 78.6%

responden mengetahui tentang promosi berkaitan kolej komuniti. Ini jelas menunjukkan bahawa

kempen-kempen promosi dan pengiklanan yang dijalankan oleh kolej komuniti dari awal

penubuhannya iaitu sekitar tahun 2000, sedikit sebanyak telah dapat memberikan impaknya.

Masyarakat telah mula membuka mata dan telinga terhadap perkembangan kolej komuniti. Para

pelajar yang memasuki kolej Komuniti Jasin sekurang-kurangya telah mendapat maklumat

tentang kolej ini dari media elektronik, media sosial, guru kaunseling, ibubapa, iklan, flyers, ceramah pendidikan dan sebagainya. Justeru, hasil maklumat tersebut mereka mendaftarkan diri

untuk menyambung pengajian di kolej ini. Sehingga kini, enrolmen pelajar Kolej Komuniti Jasin

bukan hanya dari sekitar daerah Jasin dan Merlimau bahkan enrolmen pelajar dari luar negeri

Melaka menyumbang hampir 40% dari keseluruhan pelajar KKJS pada tahun 2015.

Kempen promosi yang paling berkesan setakat ini menurut analisa ini adalah melalui

karnival dan pameran iaitu sebanyak 34.3%. Ini bermakna, kaedah promosi melalui pameran

adalah sangat relevan untuk diteruskan dengan sentiasa mengemaskini maklumat tentang

kemasukan dan program yang ditawarkan agar ianya sentiasa relevan. Selanjutnya ia diikuti oleh

laman web, media elektronik dan media cetak iaitu 31.4%, 28.6% dan 20%. Ini menunjukkan

bahawa peranan dan pengaruh laman web, media elektronik, media sosial sangat memberi kesan

kepada masyarakat. Mereka sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini dunia komunikasi

antara tv, radio, tablet, netbook, dan telefon pintar. Golongan yang berusia 40 tahun dan kebawah paling ramai menggunakan teknologi telefon pintar. Justeru kempen-kempen

pengiklanan dan promosi melalui aplikasi-aplikasi media sosial seperti facebook, telegram dan

whatsapp sangat memberi kesan kepada mereka. Hari ini, ramai peniaga-peniaga kecil dari sektor Industri Kecil Sederhana (IKS) menggunakan media sosial ini untuk mengiklankan

produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Hasilnya, pendapatan perniagaan mereka

boleh melonjak naik berlipat kali ganda berbanding penggunaan kaedah kempen promosi yang

konvensional. Kesan seperti ini juga dilihat memberi impak yang positif untuk menarik

(10)

Sebanyak 57.1% dari responden menyatakan mereka pernah mengunjungi mana-mana

pameran pendidikan yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Jasin. Ini membuktikan bahawa

kempen-kempen promosi yang dianjurkan oleh kolej komuniti tetap mendapat sambutan dari

kalangan masyarakat. Malah, sebahagian kecil masyarakat sebenarnya mengikuti perkembangan

Kolej Komuniti Jasin walaupun hanya sekadar berita-berita sukan dan kursus-kurus pendek di

kolej komuniti.

Rajah 6 : Carta Menunjukkan Peratus Cadangan Responden Terhadap Lokasi Yang Sesuai Untuk Promosi KKJS

Berdasarkan Rajah 6 di atas, sebanyak 20% responden mencadangkan agar lokasi

kempen promosi ini diadakan di pusat-pusat membeli belah. Ini kerana trend masyarakat hari ini selalu berbelanja dan berhibur di pusat-pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai aktiviti

perniagaan, pameran dan hiburan. Justeru sebagai sebuah lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan

ramai terutama golongan remaja dan keluarga, maka pusat-pusat membeli belah sangat sesuai

untuk dijadikan lokasi bagi kempen promosi melalui kaedah karnival dan pameran.

Dengan persekitaran yang kondusif, berhawa dingin, ada kemudahan surau dan tandas

serta medan selera, tempat letak kenderaan, sudah tentulah lokasi pusat membeli belah boleh

memberi bonus kepada kolej komuniti untuk mengadakan kempen promosi dengan lebih kerap

dari awal pagi hingga lewat malam untuk tempoh jangka panjang. Seterusnya 77.1% responden

pula mencadangkan lokasi yang paling sesuai untuk aktiviti promosi kolej adalah di tapak-tapak

20%

77.1%

2.9%

Cadangan Responden Lokasi Yang Sesuai Untuk Kempen Promosi KKJS

Pusat Membeli belah

Tapak Karnival

(11)

karnival dan pameran yang dianjurkan oleh pelbagai pihak samaada agensi kerajaan mahupun

swasta. Ini kerana pihak penganjur telah pun mempunyai pelbagai aktiviti dan daya tarikan yang

tersendiri yang boleh menarik pengunjung ke karnival dan pameran tersebut. Antara karnival dan

pameran besar yang boleh disertai oleh Kolej adalah Karnival Jom Heboh, Sambutan Hari

Melaka Bersejarah, Karnival Pendidikan, program belia negeri Melaka dan sebagainya.

Manakala 2.9% responden mencadangkan lokasi yang sesuai untuk mempromosikan

Kolej Komuniti Jasin adalah di bangunan premis.

Berdasarkan dapatan analisa, sebanyak 57.1% responden memohon kemasukan ke Kolej

Komuniti Jasin dengan kaedah online dan 42.9% responden membuat permohonan secara manual. (Sila rujuk Rajah 7)

Rajah 7 : Carta Menunjukkan Peratus Kaedah Permohonan Kemasukan Responden Ke KKJS

Pada Rajah 8, sebanyak 51.4% responden membuat pelayaran ke laman web rasmi kolej

untuk mendapatkan maklumat kemasukan ke Kolej Komuniti Jasin. Ini sekali lagi menunjukkan

bahawa trend masyarakat hari ini sememangnya lebih suka menggunakan media elektronik dan sosial seperti smartphone untuk mendapatkan apa sahaja maklumat di sekeliling mereka termasuklah permohonan kemasukan dan proses bayaran dan seumpamanya. Faktor guru, kawan

dan keluarga masing-masing pula cuma menyumbang 3.1%, 2.9% dan 1.5% dalam konteks

untuk mendapatkan maklumat kemasukan ke Kolej Komuniti Jasin. Selain itu, responden cuma

memilih 4.5% bagi iklan tepi jalan, 32.3% bagi edaran manual dan flyers kemasukan dan 4.3% bagi maklumat di surat-surat khabar.

Online 57.1% Manual

42.9%

(12)

Rajah 8 : Carta Menunjukkan Peratus Saluran Yang Memberi Info Kemasukan Ke KKJS Kepada Responden

Rumusan dan Implikasi

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa pengaruh dan peranan

teknologi media elektronik terutamanya media sosial sangat besar pada hari ini. Oleh kerana

prinsip asas teknologi media sosial ini adalah “di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa”, justeru strategi pengiklanan dan promosi secara aktif dan agresif melaluinya sangat perlu

diutamakan.Ini kerana penggunaan telefon pintar yang bersandarkan teknologi media sosial

seperti facebook, telegram, whatsapp, instagram, website dan web portal semakin kuat pengaruhnya. Justeru, konsep, kandungan dan strategi pengiklanan dan promosi untuk

pengambilan pelajar baru juga perlu berubah seiring dengan kehendak dan keperluan semasa

masyarakat hari ini.

Disamping itu, penggunaan media cetak seperti flyers, banner, bunting, surat khabar dan lain-lain lagi juga perlu sentiasa dikemaskini dan diperbaharui supaya ia dapat mencerminkan

imej sesebuah IPT seperti Kolej Komuniti Jasin yang sentiasa peka dengan perkembangan

semasa dunia pendidikan berkemahiran. Penggunaan tagline, hashtag, rekabentuk yang inovatif serta kreatif dan sebagainya perlu digunapakai untuk disesuaikan dengan trend terkini dunia

(13)

pengiklanan semasa. Sebarang aktiviti pelajar, staf dan sebagainya juga boleh diwar-warkan

supaya masyarakat dapat melihat dan merasakan kemeriahan sesebuah IPT dengan pelbagai

kegiatan akademik dan bukan akademik sepanjang tahun.

Selain itu, latihan dan kursus-kursus berkaitan pengiklanan di media elektronik dan

media cetak dengan teknologi terkini (advanced technology) untuk semua kakitangan perlu di lakukan supaya mereka mendapat pendedahan yang betul dan sistematik. Pendekatan ini sangat

penting bagi semua kakitangan supaya mereka dapat membantu mempromosikan kolej dengan

cekap dan berkesan. Sebagai tambahan, kursus-kursus komunikasi juga patut dianjurkan supaya

semua kakitangan mempunyai kemahiran untuk bercakap dan berkomunikasi dengan kaedah

yang betul, bersopan dan mampu meyakinkan bakal pelajar dan waris mereka.

Perkara yang paling penting lagi disini ialah sikap tidak mudah berputus asa, gigih

berusaha dan cekal menghadapi sebarang risiko sangat perlu dalam menggerakkan aktiviti

pengiklanan dan promosi ini di IPT seperti kolej komuniti. Suntikan semangat serta motivasi dari

pihak pengurusan dan rakan sekerja adalah bonus untuk membolehkan semua kakitangan gigih berusaha dalam mempromosikan kolej komuniti sebagai salah sebuah destinasi pendidikan

(14)

Rujukan

Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah dan rakan-rakan (2007), Kajian Keberkesanan Promosi

Universiti Malaysia Perlis, Jurnal HEPA, UMP.

Norhayati Othman & Intan Junizah Abu Samah (2014), Pengaruh Pemilihan Pengajian ke Kolej

Komuniti dan Cadangan Promosi, Kolej Komuniti Selayang.

Norziha Jusoh (2006), Kajian Mengenai Faktor-faktor Pemilihan Pelajar Matrikulasi ke

Universiti Tempatan (IPTA) dan Kursus Pendidikan, Tesis Sarjana UTM.

Nur Jam’atur Rahmah Mohamed Nawawi (2015), Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan

Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi : Kajian di KUIN, Tesis Sarjana Sains

(Pengurusan), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Robert F. Hartley (1983), Marketing Fundamentals, New York : Harper & Row.

Kotler, P., Haider, D. and Rein, I. (1993) Marketing Places. Attracting Investment, Industry and

Tourism to Cities, States, and Nations. Maxwell Macmillan Int, New York.

Referensi

Dokumen terkait

Nilai signifikansi ini lebih kecil dari 0,10 sehingga Hi diterima atau dengan kata lain terdapat perbedaan Market to Book Ratio pada partisipan Indonesia

efisiensi implementasi Penilaian Mandiri Pelaksanaan Reformasi Birokrasi di lingkungan Badan Pertanahan Nasional Republik Indonesia sebagaimana termuat dalam Peraturan

Hasil data output yang sama dari pengujian Simulink dan pengujian pada DSK membuktikan bahwa model simulasi baseband PLC yang dibuat telah berhasil diterapkan pada

Orkes Dang- dut Parodi Senggol Tromol merupakan kelompok musik yang memiliki bentuk musik campuran, dimana disalamnya ter- dapat komposisi antara vokal dan instru- men

• Hubungan dengan Publik Karyawan (employee Relations) Merupakan salah satu bentuk dari kegiatan internal publik relations yang menitikberatkan kepada hubungan antara

Masyarakat berharap dengan hadirnya Lembaga Swadaya Masyarakat di Desa Tubanan khususnya LSM Kompeni agar dapat membantu mereka untuk menekan sebesar mungkin dana sosial

Proporsi kematian akibat sistem sirkulasi dan pernapasan lebih besar pada lansia berusia 65 tahun ke atas dibandingkan usia 55–65 tahun, sedangkan proporsi kematian akibat

Berdasarkan alternatif penyelesaian dengan penambahan waktu hijau dari 30 detik menjadi 50 detik dan perubuhan fase pergeerakan dari 2 fase menjadi 3 fase maka