• Tidak ada hasil yang ditemukan

JALAN RAYA DAN PENGANGKUTAN AWAL MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "JALAN RAYA DAN PENGANGKUTAN AWAL MELAKA"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

JALAN RAYA DAN PENGANGKUTAN AWAL MELAKA: bangunannya.Selain daripada kehalusan seni bina, kita juga sering kagum kepada kesan-kesan sejarah atau makna yang terkandung disebalik monumen-monumen yang arkaik.Kekaguman kita juga sering terdorong akibat daripada perasaan hairan berdasarkan anakronisme teknologi hari ini yang sebenarnya sudahpun wujud pada zaman dahulu.Tidak dinafikan bahawa, latar sosial dan kegiatan perekonomian tempatan yang pernah dijalankan di kawasan tersebut turut menjadi suatu maklumat yang baik dan menarik untuk disampaikan kepada pelancong yang hadir.Perkara ini tidaklah menjadi kesalahan langsung terutamanya dalam sektor pelancongan yang memang sebenarnya bertujuan untuk menarik ramai pengunjung.Malah tempat-tempat bersejarah adalah faktor utama kedatangan pengunjung ke sesuatu kawasan pelancongan. Hal ini disokong melalui kajian Er Ah Choy (2013) yang mendapati kebanyakan responden yang berkunjung ke Melaka adalah bertujuan untuk melawat kawasan Bandar Warisan dan melihat tapak bersejarah, di samping menghayati pelancongan rekreasi yang dibangunkan oleh kerajaan negeri.Namun pada pendapat peribadi penulis, sejarah dan kepentingan sistem pengangkutan darat agak jarang dimaklumkan kepada pelancong.Sistem pengangkutan darat memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat bukan sahaja antara golongan pedagang, malah yang lebih lagi hubungan antara penduduk asal itu sendiri dalam melakukan aktiviti mereka sehari-hari.Tetapi mungkin sahaja perkara berkenaan sistem pengangkutan darat atau jalan raya ini sebenarnya menjadi topik khusus dalam kajian-kajian yang lebih bersifat ilmiah dan mempunyai kelompok tersendiri berbanding monumen-monumen bersejarahnya yang sesuai dengan masyarakat umum bersandarkan kepada naratifnya lebih popular.

(2)

Ratu Victoria, Bukit St. John, gereja-gereja, perkuburan barat, Batu Megalith, dan makam diraja (Ang Kean Hua 2015: 75).

Tidak sepenuhnya tertumpu kepada tempat-tempat bersejarah seperti yang dinyatakan, perjalanan kami dilakukan secara khusus dari satu tempat ke satu tempat yang lain sekitar ‘Kota Melaka.’Kota Melaka yang asal adalah berbeza dengan negeri Melaka kontemporari. Dalam konteks ini, penulis bermaksud untuk membezakan Kota Melakaketika era pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka (KMM) pada abad ke-15 atau pada hari ini dikenali sebagai Bandaraya Warisan yang diiktiraf oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)dengan Melaka yang kita kenali ― daripada segi persempadanan.Justeru, penulis berhasrat untuk merakamkan catatan pengalaman ketika berjalan-jalan di Bandaraya Warisan.Catatan ini juga dikutip daripada beberapa maklumat yang disampaikan ketika era kolonialisme Belanda, Portugis dan British.Perjalanan (dengan berjalan kaki) kumpulan kami pada ketika itu berada hanya dalam lingkungan sekitar Gereja Christ atau Red Church, Masjid Kampung Keling, Masjid Kampong Hulu dan Tokong Cheng Hoon Teng yang kedudukannya tercakup dalam Bandaraya Warisan. Destinasi pertama dimulakan dengan Red Church, yang mana penulis melihat terdapatnya batu nisan dan plak memorial individu-individu yang telah meninggal dunia pada ketika itu. Sedikit sebanyak penjelasan daripada pemandu pelancong mencitrakan bahawa keadaan Melaka pada ketika itu yang sebenarnya agak kotor oleh kerana sistem perparitan, saliran dan sanitasi yang tidak sempurna.Justeru, masyarakat tanpa mengira etnik pada waktu itu mengalami pertarungan hidup dengan wabak-wabak penyakit bawaan air dan nyamuk khususnya taun dan malaria.

Kami melewati bangunan-bangunan lama sepanjang-panjang perjalanan yang kebanyakannya masih beroperasi sekitar jalan-jalan utama bandaraya ini.Ketika itu juga pemandu pelancong memerihalkan sejarah-sejarah tentang jalan-jalan yang sedang kami lalui semasa kami sedang sebenar-benarnya berjalan (dan sesekali berhenti).Satu hal yang menarik minat penulis apabila dinyatakan bahawa peranan Portugis tidaklah begitu signifikan daripada segi infrastruktur berbanding dengan Belanda dan British. Hal ini dapat dilihat daripada tugas-tugas missionarymereka yang utama untuk meluaskan ajaran Kristian di Asia Tenggara termasuk Melaka ― tanpa menafikan peranan mereka yang turut melibatkan penguatkuasaan sistem cukai kepada pedagang-pedagang dan pemonopolian barang dagangan utama. Sementara itu, Belanda pula melalui Syarikat Bersatu Hindia-Timur (Veerenigde Oost – Indische Compagnie) atau V.O.C yang sememangnya tertumpu kepada misi penguasaan perdagangan rempah dan monopoli hasil bijih timah telah memainkan peranan signifikan dalam perubahan infrastruktur Kota Melaka pada waktu itu dan seterusnya mahu mengawal arah aliran perdagangan dunia. Wujudnya Melaka sebagai sebuah kota pelabuhan seterusnya turut secara tidak langsung merubah infrastruktur kota tersebut. Meskipun kemajuan perdagangan Melaka dikatakan tidak setanding Betawi (Jakarta) dan dianggap sebuah kerugian oleh pihak V.O.C, namun pemerintah Belanda beranggapan bahawa Melaka memiliki kedudukan geografi yang strategik dan masih dapat mengawal perjalanan kapal perdagangan (Nordin Hussin 2008: 16).

(3)

melalui tingkap rumah.Justeru, dengan terbinanya sistem begini, penulis memikirkan bahawa perlunya sebuah sistem jalan raya yang sempurna untuk para pedagang mengalih barang dagangan mereka ke gudang-gudang yakni rumah-rumah yang berada di sekitar kawasan tersebut.Kertas kerja Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar (2003: 16) membahaskan, aktiviti keusahawanan pada waktu itu bukan hanya melibatkan para pedagang asing dan Raja-raja Melaka, malah turut melibatkan pribumi.Perbahasan initurut memetik catatan daripada de Eredia, Barbosa dan Albuquerque yang menyatakan urusniaga yang dijalankan oleh pedagang pribumi sebagai peniaga di bazaar dan pasar Melaka.Malah kaum wanita turut mengendalikan peranan aktif dalam mengendalikan kedai runcit dan gerai-gerai.Aktiviti ini juga tidak terhad antara pribumi Melayu, malah Rozeyta Omar dan Paimah Atoma (2009) menegaskan bahawa kedatangan imigran Cina sebelum abad ke-17berasimilasimembentuk masyarakat Cina Peranakan dan seterusnya menetap di Melaka. Pada pandangan penulis, perkara ini turut membentuk corak perdagangan yang turut mempengaruhi corak infrastruktur jalan raya.Selain itu, pada pengamatan penulis, kebanyakan kedai-kedai yang usang di kawasan ini diusahakan oleh orang-orang Cina sejak turun temurun.Keterangan daripada pemandu pelancong turut merumuskan kegiatan perniagaan dalam kalangan orang Cina di kawasan pekan itu terdiri daripada khidmat pergudangan.Namun sudah tentu jalan raya pada waktu itu tidaklah sesempurna hari ini yang terbina daripada bahan-bahan yang kukuh seperti asfalt.Namun sekurang-kurangnya pembangunan infrastruktur jalan-jalan darat yang menghubungkan antara pelabuhan dan gudang telahpun dibangunkan seiring.

Pada hemat penulis lagi, kedatangan British turut menambah baik sistem pengangkutan dan jalan raya yang sedia ada di Melaka pada ketika itu. Hal ini kukuh dengan catatan-catatan sejarah yang menjelaskan peranan Inggeris yang giat membina jalan raya dan jalan kereta api untuk kemudahan perdagangan mereka. Contoh-contoh ini dapat dilihat di sekitar negeri-negeri Selangor dan Perak khususnya, justerupenaikan taraf dan sistem jalan raya ini juga mungkin tidak terkecuali turut melibatkan Kota Melaka.Namun penulis tidaklah bermaksud untuk menafikan keadaan infastruktur sebelumnya adalah tidak wujud, sebaliknya dorongan keatas penguasaan ekonomi yang menyaksikan pertarungan tiga kuasa besar dunia pada ketika itu antara Portugis, Belanda dan British telah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada perubahan infrastruktur Kota Melaka. Hal ini juga memberi manfaat kepada penduduk pribumi dan masyarakat bawahan untuk menyertai pasaran awam dengan berjaja dan berniaga di jalan raya dan pasar.Dengan adanya sistem jalan raya yang diperkemaskan oleh British, hal ini sekaligus turut memudahkan para peniaga membawa barang-barang dagangan mereka ke merata tempat.

(4)

mekanikal atau sekadar berjalan kaki.Begitu juga dengan kewujudan dua masjid utama iaitu Masjid Kampung Keling dan Masjid Kampong Hulu. Keunikan kedua-dua masjid ini daripada segi seni bina turut membuat penulis terfikir tentang pembinaannya, khususnya daripada segi perolehan bahan-bahan asas dan kemasan-kemasan dalam dan luar masjid yang didatangkan khas daripada negara-negara lain.Malah empat batang kayu besar di kedua-dua masjid yang dijadikan tiang asas bangunan tersebut pastilah didatangkan dengan jalan darat melalui pengangkutan yang bersesuaian kerana kedudukan geografinya yang jauh daripada sungai Melaka, malah terdapatnya dakwaan asas bahawa pengangkutan utama di Melaka pada waktu itu adalah kereta lembu dan kereta kerbau.

(5)

RUJUKAN

Er, Ah Choy. 2013. Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong. Geografia Malaysian Journal of Society and Space9(3): 12-23.

Ang, Kean Hua. 2015. Melaka sebagai pusat pelancongan dunia: Dapatkah dipertahankan? Geografia Malaysian Journal of Society and Space11(9): 75-85.

Nordin Hussin. 2008. Geografi dan perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada perdagangan dunia, Asia dan dunia Melayu 1700-1800.Akademika.73: 3-26.

Zainudin Hassan & Rozeyta Omar. 2003.Aktiviti keusahawanan masyarakat melayu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kertas kerja Seminar Za’aba Mengenai Alam Melayu 1. Anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah. Ipoh, 12-14 Ogos.

Rozeyta Bt. Omar&Paimah Bt. Atoma.2009. Pluraliti budaya dan etnik di Alam Melayu zaman awal. Dlm Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman (pnyt.).Hubungan etnik di Malaysia: Perspektif, teori dan praktik, hlm. 55-69. Skudai: Penerbit UTM Press.

Gerbang E-Dagang Rasmi Negeri Melaka. 2003.

Referensi

Dokumen terkait

Keselamatan kerja adalah upaya yang dilakukan untuk mengurangi terjadinya kecelakaan, kerusakan dan segala bentuk kerugian baik terhadap manusia, maupun yang berhubungan

Karena perjanjian pembiayaan bagi hasil merupakan perjanjian yang dirancang oleh perusahaan modal ventura, artinya perusahaan pasangan usaha hampir tidak mungkin untuk

Humbang Hasundutan Pendidikan Jasmani dan Kesehatan 42 15071902710300 HONDA SIHOTANG Kab.. Humbang Hasundutan Guru

Penelitian tentang pengaruh substitusi biji nangka pada pembuatan cookies ditinjau dari kekerasan memiliki nilai tertinggi adalah 8,81 N terdapat pada substitusi tepung

Dari penelitian ini semua variabel pendidikan, pendapatan keluarga, ketersediaan lowongan pekerjaan dan aspirasi pekerjaaan adalah factor yang mempengaruhi lama

mendayagunakan zakat secara produktif sebagai pemberian modal usaha yang tujuannya adalah supaya zakat tersebut dapat berkembang. Zakat didayagunakan dalam rangka

pasar setempat karena terlalu kecil. Susunan perusahaan daerah itu mungkin mengakibatkan satuan-satuan biaya makin tinggi dibandingkan dengan biaya menyediakan layanan itu dari dalam

Dengan segala kerendahan hati, puji dan syukur peneliti panjatkan kepada kehadiran Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat-Nya saya dapat menyelesaikan skripsi ini