• Tidak ada hasil yang ditemukan

Reka bentuk P and P mana yang sesuai men

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Reka bentuk P and P mana yang sesuai men"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

TUGASAN 6 (15%)

1.0 PENGENALAN

Banyak diperkatakan mengenai kesesuaian P & P didalam IPT yang dihubungakaitkan

dengan industri, terutamanya jika ia membabitkan IPTA kerana kebanyakan rungutan yang

diterima adalah terlalu banyak tiori dan pembelajaran yang berasaskan kepada rujukan buku,

mekalah atau cadangan daripada ahli akademik tanpa mengambil kira asas sebenar atau

cadangan yang dikehendaki oleh pihak industri. Akibat daripada tanggapan seumpama ini,

feedback yang diterima daripada pihak industri menyatakan kebanyakan pelajar yang datang

dari IPTA tidak mempunyai kemahiran yang dikehendaki oleh mereka seperti komunikasi

dalam bahasa Inggeris, kurang sikap agresif untuk menjalankan tugas serta berkeupayaan

menjadi problem solver, kurang kekuatan untuk berdikari, tidak mampu bertahan menghadapi

tugasan yang mencabar dan tempoh masa bekerja yang lama serta melebihi masa kerja rasmi.

Keseluruhan masalah ini menjadi satu rumusan yang sentiasa diperkatakan kerana bagi pihak

industri apabila mereka mengambil seseorang graduan IPT, mereka itu sudah dianggap pakar

(experts) dalam bidang yang dikehendaki oleh industri. Mereka tidak dianggap sebagai

pelatih atau pembantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ini adalah anggapan

yang selalu disalah tafsirkan oleh kebanyakan IPT walaupun graduan mereka mencapai

keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi gagal menjadi seorang eksekutif cemerlang di

industri berkenaan. Soalnya, apakah IPT hanya mengikut kehendak industri sahaja?

Soalnya, reka bentuk P & P mana yang sesuai bagi menepati ciri-ciri yang dikehendaki itu

tanpa menjejaskan kepentingan yang dikehendaki oleh pihak MQA dan Kementerian

(2)

2

pendidikan itu dan tanpa tiori, setiap pengurusan atau tugasan yang dilakukan itu tidak

mampu berkembang mengimbangi urusan kerja yang bersifat praktikal. Contohnya seorang

kerani akaun yang sudah bekerja lebih 10 tahun amat mahir selok belok akaun yang

dibuatnya tetapi dia tidak mungkin boleh menjadi seorang akauntan yang bertauliah tanpa

mengambil kursus perakauntan yang melayakkannya menjadi seorang akauntan. Soalnya,

kenapa orang yang sudah bertahun membuat kerja yang sama selama 10 tahun sehingga

dianggap ‘pakar dalam akuan syarikat’ tidak boleh disamatarafkan sebagai akauntan?

Sebabnya banyak lagi faktor pembelajaran di segi tiori dan programnya yang perlu dipelajari

kerana ia meliputi banyak aspek lain sehingga boleh melayakkan seseorang itu menjadi

Pengurus Akauntan. Begitu hebatnya tiori yang perlu dipelajari dan diserapkan dalam urusan

kerja yang sentiasa bersifat praktikal. Mungkin inilah keterangan yang tidak dijelaskan

sewajarnya kepada mereka yang datang dari industri untuk mengajar di IPT. Pengalaman

yang mereka perolehi sebagai practitioner itu adalah satu asset yang amat berharga ketika

mengajar tetapi ia tidak mencukupi untuk menjadikan pelajar itu berfikir secara intelektual

akibat kekurangan pengajaran tirorinya. Oleh itu, mereka yang datang dari industri wajar

melihat perspektif ini dengan lebih matang lagi dan perlu refleksi pendidikan tersendiri untuk

menjadikan pengalaman yang mereka perolehi itu sebagai sesuatu yang mampu menyumbang

kepada P & P IPT dengan sempurna dan cemerlang.

Antara perlaksanaan penting dalam P & P ialah penyelarasan dalam OBE (Outcome Base

Education) yang banyak menumpukan kepada students centred learning (SCL) berbanding

lecturer centred learning (LCL). Bagaimana urusan OBE ini boleh tercapai bergantung

kepada kesungguhan setiap pensyarah yang mendidik graduan masing-masing menjadi

seorang yang menepati objektif-objektif yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan

(3)

3

komponen terpenting dalam mencapai pemahaman ini ialah setiap P & P yang direka bentuk

itu mesti mematuhi ciri-ciri yang dikehendaki antaranya elemen Taxanomy Bloom yang

berkaitan dengan pembelajaran secara kognitif, psikomotor dan afektif serta elemen

kemahiran insaniah dalam urusan P & P itu. Oleh itu, setiap silibus yang direka bentuk untuk

tujuan itu mesti mematuhi ciri-ciri yang dikehendaki.

Memandangkan tumpuan P & P ini juga kepada SCL maka rekabentuk tertentu dalam P & P

ini juga wajib diubahsuai mengikut kehendak SCL dan tidak kepada LCL. Antara aktiviti

SCL yang boleh diberi tumpuan khas adalah Problem Based Learning (PBL), Case Studies,

Project Orientation Based Learning (POBL) dan Modular Studies. Ini bermakna setiap

kuliah yang diadakan itu memerlukan alat bantuan mengajar seperti computer, projector,

papan putih atau mungkin bahan bantuan lain seperti game appliances (antaranya ialah

Monoply Game, Risk dan sebagainya). Selain daripada itu, lawatan ke industri atau site visit

juga amat bermanfaat dalam P & P kerana pelajar secara langsung mendapat pengetahuan

sebenar mengenai sesuatu aktiviti yang berlaku di kilang pembuatan sesuatu produk itu dan

boleh membuat perbandingan dengan apa yang dipelajari dalam kuliah. Penilaian dan

pemarkahan juga dibuat dengan menggunakan rubric yan direka khas untuk tujuan

pembentangan projek dalam kelas dan juga laporan projek berkenaan. Komunikasi juga

menjadi sumber terpenting antara pelajar dan pensyarah untuk berbincang sesama mereka

terutamanya dalam bahasa Inggeris.

Selain daripada learning zone (kalau di UUM), mereka dapat berhubung melalui facebook

atau twitters yang lebih relaks dan tenang apabila berhubung tanpa banyak tekanan

pembelajaran kerana ia lebih bersifat informal. Malah pensyarah dan pelajar juga dapat

(4)

4

kerana mereka sentiasa dapat berhubung dengan baik pada bila-bila masa. Akhirnya ialah

peperiksaan akhir adalah berkisar dengan hasil pembelajaran (Learning Outcome atau LO)

yang berkait rapat dengan Taxanomy Bloom iaiatu kognitif, psikomotor dan afektif yang

wajib diseraskan dengan sempurna. Sebaiknya soalan yang dikemukakan adalah berkaitan

dengan tugasan projek yang dihubungkaitkan dengan pembelajaran dari buku teks. Ia

meberikan pembelajaran yang matang lagi sempurna kepada pelajar akan berkesannya SCL

yang dipraktikan dalam P & P ini.

2.0 ULASAN TENTANG KOMPONEN SILIBUS DAN CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Kursus BJMP 3053 Strategi Operasi adalah antara teras program Ijazah Sarjana Muda

Pengurusan Teknologi dengan Kepujian BBA (Hons). Di dalam komponen teras program,

kursus ini diletakkan di bawah bidang Pengurusan Operasai Pengeluaran dengan nilai

sebanyak 3 jam kredit, yang syarat mendudukinya adalah lulus kursus BJMP 2033

Pengurusan Operasi dan BPMN 3023 Pengurusan Strategik.. Pelajar yang gagal menduduki

kursus ini tidak layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Pengeluaran

(Kepujian) (Universiti Utara Malaysia. 2012). Perincian kursus ini dibincangkan seperti di

bawah.

2.1 Sinopsis

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan model

strategi operasi dan kaitannya dengan strategi korporat serta kepentingan startegi

(5)

5

dan rekabentuk strategi operasi, hubungkait di antara strategi operasi dan strategi

korporat, dan keputusan- keputusan strategik di dalam pengurusan operasi.

2.2 Objektif

Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat:

 Memahami hubungkait di antara strategi operasi dan strategi korporat dan bagaimana ianya dapat membantu sesebuah syarikat mencapai misi dan visinya.

 Memahami langkah- langkah di dalam pembentukan strategi operasi.

 Mengetahui bagaimana melaksanakan sesuatu startegi yang telah dirancang.

 Memahami bagaimana proses membuat keputusan penting dalam pengurusan operasi.

Cadangan

Objektif kursus ini boleh diluaskan lagi dengan menambahkan unsur-unsur kemahiran

insaniah yang meliputi elemen-elemen kemahiran generik yang terdiri daripada

unsur-unsur psikomotor dan efektif iaitu yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik

misalnya kemahiran berkomunikasi, kerjasama berpasukan, kepimpinan, etika dan

nilai-nilai positif, dan pembelajaran berterusan. Sememangnya semua kemahiran ini amat

diperlukan untuk meningkatkan persediaan serta larispasaran (employability) para

pelajar bagi menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

2.3 Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

 Menjelaskan hubungkait di antara strategi operasi dan strategi korporat dan

bagaimana ianya dapat membantu sesebuah syarikat mencapai misi dan visinya

(6)

6

 Menjelaskan langkah- langkah di dalam pembentukan strategi operasi (C4,A3,P3).  Mengenalpasti langkah- langkah di dalam melaksanakan sesuatu startegi yang

telah dirancang (C2, A1,P1).

 Menyenaraikan pelbagai keputusan penting dalam pengurusan operasi

(C1,A1,P2).

Cadangan

Selaras dengan kehendak kerangka kelayakan Malaysia (Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, 2007), hasil pembelajaran di IPT hendaklah mengambilkira

keperluan untuk memastikan supaya pelajar dapat menguasai dan mengamalkan

bidang ilmu yang dipelajari. Para pelajar juga diharapkan supaya mendapat kemahiran

psikomotor (praktikal), menguasai keupayaan kognitif dan pendekatan saintifik dalam

pemikiran, penyelesaian masalah, dan pembuatan keputusan dengan penuh beretika.

Disamping itu, para pelajar juga haruslah mahir berkomunikasi dalam bahasa Malaysia

dan sekurang-kurangnya satu bahasa global, berkebolehan bekerja dalam satu pasukan

dan memimpin. Para pelajar juga diharapkan mempunyai keperibadian yang beretika,

bersikap profesional serta menghargai pembelajaran sepanjang hayat. Akhir sekali,

hasil pembelajaran juga diharap dapat membentuk para pelajar menjadi insan yang

mempunyai tanggungjawab sosial dan akauntabiliti demi kemajuan masyarakat,

negara, dan dunia.

2.4 Rujukan

 Slack,N., & Lewis, M. (2011) Operations Strategy. Harlow: Pearson- Prentice

Hall.

(7)

7 Cadangan

Bahan-bahan pembelajaran terutamanya yang terdiri daripada buku-buku digunakan

sebagai sumber rujukan dan panduan supaya proses pengajaran dan pembelajaran

dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Oleh itu, pemilihan bahan-bahan

pembelajaran seperti buku-buku mestilah terdiri daripada penerbitan yang terkini,

misalnya terbitan tahun 2012 dan keatas,supaya para pelajar mendapat pengetahuan

yang terbaru mengenai sesuatu bidang pengajian yang dipelajari itu.Jelas bahawa

sumber rujukan yang digunakan juga tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk

menjamin agar keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.

2.5 Kandungan Kursus

NO TOPIK JAM

1 1.0

1.1 1.2

PENGENALAN KEPADA KURSUS

Apakah Pengurusan Operasi dan mengapa ia penting

Apakah Strategi dan Pengurusan Strategi

Kandungan strategi operasi

3 jam

2 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4

PRESTASI OPERASI

Objektif- objektif prestasi operasi

Kepentingan objektif- objektif prestasi berubah mengikut masa

”Trade-off”

Sasaran dan fokus operasi

3 jam

3 3.0 3.1 3.2

STRATEGI KAPASITI Apakah strategi kapasiti

Tahap keseluruhan stratgei kapasiti

(8)

8 3.3

3.4

Jumlah dan saiz lokasi

Perubahan kapasiti

4 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6

STRATEGI RANGKAIAN PEMBEKAL Apakah strategi rangkaian pembekal?

Keputusan untuk ”outsourcing”

Pendekatan tradisi bekalan berasaskan- pasaran

Bekalan berasaskan rakan kongsi (partnership)

Gelagat rangkaian

Pengurusan rangkaian

6 jam

5 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6

STRATEGI TEKNOLOGI PROSES Apakah startegi teknologi proses?

”Scale- scalibility”- kapasiti setiap unit teknologi

Darjah automasi- Apakah yang boleh dilakukan oleh setiap unit

teknologi

Darjah ”coupling/connectivity”- sejauhmana boleh

digabungkan bersama

Matrix produk- proses

Menilai teknologi proses

6 jam

6 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 STRATEGI PENAMBAHBAIKAN Pembangunan dan penambahbaikan

Menentukan halatuju

Pemetaan kepentingan- prestasi

Membangunkan kebolehan- kebolehan operasi

”Deploying capabilites” di pasaran

3 jam

7 7.0 7.1

PEMBANGUNAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN Kepentingan strategik pembangunan produk dan servis

(9)

9 7.2

7.3

Pembangunan produk dan perkhidmatan dari perspektif keperluan pasaran

Pembangunan produk dan perkhidmatan dari perspektif sumber- sumber operasi

8 8.0

8.1

8.2

8.3

8.4

8.5

PROSES PEMBENTUKAN STRATEGI OPERASI ’SUSTAINABLE ALIGNMENT’

Apakah ’sustainable alignment’?

’Sustainable alignment’ berkadar masa

Apakah yang dicapai oleh proses formulasi?

Analisis formulasi

Cabaran formulasi strategi operasi

3 jam

9 9.0

9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 9.6 9.7

PROSES PEMBENTUKAN STARTEGI OPERASI- ”SUBSTITUTES FOR STARTEGY?”

Pendekatan baru dalam operasi

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

Operasi ”Lean”

Perekayasaan (BPR)

”Enterprise Resource Planning (ERP)”

Six Sigma

Persamaan- persamaan dalam pendekatan

6 jam

10 10.0

10.1

10.2

10.3

10.4

10.5

PROSES PEMBENTUKAN STRATEGI

OPERASI-PERLAKSANAAN

Apakah perlaksanaan?

Tujuan- konteks strategik

”Point of entry”- konteks organisasi

Proses- konteks kaedah

Partisipasi- konteks pengoperasian

(10)

10

JUMLAH 42

Cadangan

Selaras dengan hasrat Negara untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu

pengetahuan, berketrampilan, bersahsiah mulia, dan memiliki daya kepimpinan yang

tinggi, IPT perlu mengambilkira pembentukan satu silibus yang mampu menjurus

kepada kaedah pengajaran melalui aktiviti pembelajaran yang lebih berteraskan kepada

SCL. Di samping memberi pengetahuan, silibus yang digubal juga hendaklah

digarabkan bersama-sama dengan elemen-elemen nilai dan etika, semangat bekerja

secara berpasukan, kebolehan berkomunikasi dengan baik, dayaan alitikal yang tinggi,

dan penguasaan satu bahasa global selain dari bahasa Malaysia, bahasa Inggeris

misalnya (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2010).

2.6 KaedahPengajaran Kuliah, kajian kes, perbincangan

Cadangan

Terdapat beberapa pendekatan lain yang mungkin boleh dipertimbangkan supaya proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Misalnya penggunaan PBL

sebagai salah satu antara komponen P & P dalam atau luar kuliah serta lawatan ke

kilang atau site visit sebagaimana yang dibincangkan awal tadi. Begitu juga penggunaan

POBL yang banyak menumpukan kepada projek pelajar yang bukan sahaja wajib

menghasilkan laporan tetapi juga pembentangan serta tayangan video sebagai satu

pembuktian keberkesanan pembelajaran mereka. Sesi soal jawab membantu semua

(11)

11

menjawap soalan yang dikemukan sebagai satu usaha kegigihan mereka mempelajari

ilmu yang dimanfaatkan itu. Pendekatan ini menggalakkan para pelajar untuk

menggunakan maklumat yang disediakan sebagai asas pemikiran kritikal dan analitikal.

Pendekatan ini memberi penekanan kepada penglibatan aktif para pelajar dalam

pemikiran, menganalisis serta generalisasi, dan membuat kesimpulan (Hamimi Fadziati,

Mohd Taufiq, Hafizah Husain, Mohd Hairi & Aini, 2008).

2.7 Penaksiran

Kerja Kursus 60%

Peperiksaan Akhir 40%

Cadangan

Secara amnya IPT hendaklah mengambilkira penaksiran pembelajaran yang melibatkan

semua elemen-elemen penyediaan ujian, kaedah pengukuran dan cara penilaian yang

menjurus kepada penyataanhasilan pembelajaran yang telah ditetapkan. Bagimana

menambahbaik kaedah penaksiran sedia ada, IPT boleh menggunakan pendekatan

penilaian formatif disamping pendekatan sumatif (Universiti Teknologi Malaysia,

2007). Melalui pendekatan formatif pengumpulan dana alisis berkaitan pencapaian para

pelajar dibuat secara berterusan melalui beberapa sumber dan strategi. Dalam hal ini

penaksiran juga dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung. Pendekatan formatif mula mendapat tempat kerana penilaian sumatif

gagal untuk member peluang kepada para pelajar memperbaiki kelemahan mereka.

Dengan perkataan lain, pendekatan sumatif kurangberkesan kerana guru dan pelajar

sukar untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam proses pembelajaran secara

(12)

12 3.0 PENUTUP

Sebagai penutup, P & P yang berkesan amat bergantung kepada kesediaan pelajar untuk

menerima pembelajaran yang akan disampaikan oleh pensyarah. Oleh itu rekabentuk

kurikulum yang digubal mestilah mengambilkira pendidikan berasaskan matlamat

(OBE). Perlu diingatkan, sebagai practitioner sebelum terjun ke alam akademik ini, kita

sentiasa terkonkong dengan kemampuan yang tidak terbatas tetapi terlindung ketika

masih di industri sedangkan di IPT ilmu yang perlu diterokai itu tidak terbatas

langsung. Bezanya ialah sebagai practitioner mereka lebih banyak kepada hands-on-it

dan pengalaman bekerja tetapi di segi fokus, analisis dan kepadatan maklumat, tiori

serta assessment dan evaluation itu amat penting sebagai ahli akademik yang hanya

boleh diperolehi apabila mereka belajar mengkaji sesuatu perkara itu dengan mendalam.

Perkara ini tidak ada dalam diri practitioner berkenaan kecuali mereka mengambil Ph.d

atau DBA sebagai sebahagian kelengkapan diri seorang academician.

RUJUKAN

Hamimi Fadziati A. Wahab, Mohd Taufiq Mohd Yusof, Hafizah Husain, Mohd Hairi Mohd Zaman, dan Aini Hussain (2008). Penggunaan penilaian formatif sebagai proses melengkapkan gelung: Satuusaha penambahbaikan. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar pengajaran den pembejaran berkesan 2008. Diperolehi pada 5 September 2013 dari http://www.ukm.my/p3k/images/sppb08/c/3.pdf

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007). Pelan strategic pengajian tinggi Negara. Putra Jaya: KPT.

Universiti Teknologi Malaysia (2007). Polisi dan kod amalan pengajaran dan pembelajaran program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Diperolehi pada 6 September 2013 dari http://ctl.utm.my

Referensi

Dokumen terkait

Objective function dari economic load dispatch dengan penambahan pembangkit tenaga angin adalah untuk mencari biaya paling optimal dan minimal dari suatu sistem tenaga

Dalam rangka pengembangan bisnis tersebut, pada tahun 2020 ini, kami membentuk perusahaan berbadan hukum yang bernama PT Tirta Mina Radhika , sehingga Surya

sebesar 0,011 < 0,05 sehingga dapat disimpulkan bahwa hipotesis yang menyatakan Electronic Word of Mouth berpengaruh Signifikan terhadap Purchase Intention melalui

qëllim për të sjellë më shumë detaje për veprimet politike që në aspektin diplomatik çorientojnë autoritetet, mediat dhe opinionin publik duke krijuar një ngjarje të re

dimaksud dengan tradisi Selamatan Suroan ialah suatu kebiasaan yang telah dilakukan sejak dahulu dalam suatu kelompok untuk menyambut bulan Muharram atau Suro yang dilakukan

a. Mobilitas penuh : merupakan kemampuan seeseorang untuk bergerak secara penuh dan bebas sehingga dapat melakukan interaksi sosial dan menjalankan peran

51 BIANA HASTARI,S.Pd TK DHARMA WANITA SENDANGHAJI MERAKURAK 52 NISWATIL ELYA, S.Pd,S.PdI TK TUNAS HARAPAN KORO MERAKURAK 53 ZUMROTUL AINI LAILATUL. FITRI,S.Pd TK BINA

Kuantitas pegawai dapat dilihat dari camat yang telah meningkatkan kinerja pemerintah kota Samarinda yang efektif, efisien, akuntabel dan transparan dalam upaya