• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMAKANAN LABU AIR CUCURBITA LAGENARIA L

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMAKANAN LABU AIR CUCURBITA LAGENARIA L"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENYELIDIKAN TENTANG

MAKANAN

PERSPEKTIF NABAWI DAN

SAINTIFIK

Editor:

MOHD YAKUB @ ZULKIFLI MOHD YUSOFF

KHADHER AHMAD

MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK

(3)

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN: PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik

Cetakan Pertama 2016

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978-967-5534-52-2

Editor:

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Khadher Ahmad & Monika @ Munirah Abd Razzak

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Times New Roman dan Traditional Arabic

Diterbitkan oleh:

Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur.

Emel: api_quran@um.edu.my Tel: +603-79676046

Faks: +603-79676143

Dengan kerjasama:

Center for Natural Product Research & Drug Discovery (CENAR)

University of Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel : 03-79674064 Faks : 03-79674193

(4)

SENARAI KANDUNGAN

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak

3. INTERVENSI PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI KESARJANAAN

Selamat Amir, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi

35-46

4. ASPEK PENYEDIAAN PEMAKANAN MENURUT

PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH: SATU TINJAUAN

AWAL

Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

47-56

5. DETERMINATION OF THE CONCENTRATIONS OF

TOTAL REDUCING SUGARS AND TRACE

ELEMENTS IN DIFFERENT TYPES OF DATES Ayman Ahmed Alkhidir Jacknoon

(5)

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN: PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK

BAB II

MANFAAT DAN KELEBIHAN PENEKANAN TERHADAP SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

Halaman

6. RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN Khairunnisa Mohamed Yusoff, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohamad Zaim Isamail

73-86

7. KLASIFIKASI SAYUR-SAYURAN DALAM

AL-QURAN DAN KHASIAT PEMAKANANNYA

CRITERIA OF CONVENTIONAL DIETS FOR

CHILDREN WITH AUTISM

Feezyha Azmi, Siti Patonah Mohamad, Nazean Jomhari, Noor Naemah Abdul Rahman, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, Durriyyah Sharifah Hasan Adli

107-115

KURMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADITH: PENILAIAN TERHADAP TERJEMAHAN MAKNA

KALIMAH AL-RUTAB DAN AL-TAMR

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Zulkarnin Zakaria

119-128

10. PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM

PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL

Mohd Izzat Abd Shukur, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohd Anuar Ramli, Ahmad Rozaini Ali Hasan

129-138

11. LEGAL ISSUES IN SUNNAH FOOD LABELING.

WHAT’S IN A NAME?

Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman, Khadher Ahmad

(6)

BAB IV

CADANGAN DAN RUMUSAN

DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

Halaman

12. PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN

APLIKASI PRINSIP ‘UMUM AL-BALWA: SATU TINJAUAN

Mohd Farhan Md Ariffin, Muhammad Ikhlas Rosele, Muhd Afiq Abd Razak, Mohd Anuar Ramli

161-170

13. TUMBUHAN INAI DALAM AL-QURAN DAN

HADITH: MANFAAT DAN CADANGAN LANJUTAN BERASASKAN PENYELIDIKAN SEMASA

Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Monika @ Munirah Abd Razzak, Nurulwahidah Fauzi, Mohd Asmadi Yakob

171-194

14. BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL

DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaludin

195-206

15. A STUDY OF MALAYSIAN EDUCATION AND PURCHASING PATTERNS ON PROPHETIC FOODS Asmaddy Haris, Aimi Fadzirul Kamarubahrin

207-216

(7)

PENYELIDIKAN TENTANG MAKANAN: PERSPEKTIF NABAWI DAN SAINTIFIK



(8)

BAB PERTAMA

PENYELIDIKAN TERHADAP

ASPEK PEMAKANAN

BERASASKAN KEPADA

AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

(9)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

(10)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

3

PEMAKANAN LABU AIR (CUCURBITA LAGENARIA L.) DARI

PERSPEKTIF HADITH: ANALISIS TERHADAP MANFAAT DARI SUDUT SAINS KESIHATAN

Ahmad Za‘im Sabirin Mohd Yusoff1, Khadher Ahmad2, Mohd Yakub @ Zulkifli

Mohd Yusoff3, Monika @ Munirah Abd Razzak4



Abstrak

Perbincangan tentang labu menurut perspektif sunnah dapat dirujuk melalui hadith dan kajian saintifik khususnya dalam menjelaskan manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Pemahaman yang jelas mengenai pemakanan labu amat penting bagi membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah SAW dan kaedah pemakanan labu yang dijelaskan dalam hadith bagi mencegah dan merawat penyakit. Kajian ini memfokuskan kepada analisis terhadap 115 hadith

mengenai labu dalam al-Kutub al-Sittah. Melalui metode analisis

induktif dan deduktif, kajian ini memfokuskan perbincangan terhadap pelbagai aspek yang berkaitan labu. Hasil kajian mendapati

bahawa labu air (Cucurbita lagenaria L.) adalah salah satu makanan

kesukaan Rasulullah SAW. Baginda menyukai buah labu air kerana sifatnya yang sejuk dan menyejukkan badan selain boleh merawat

penyakit demam panas, leukimia, hypertension, diarrhea,

anthelmintic, diabetes, insomnia, kanser prostat dan rheumatism.

Kata kunci: Lagenaria L., Cucurbitaceace, Manfaat, Sains

Kesihatan, al-Kutub al-Sittah

Pengenalan

Labu berasal daripada keluarga Cucurbitaceace. Keluarga ini terdiri daripada 90

genera dan melebihi 700 spesies yang ditanam di setiap pelosok dunia. Namun, kebanyakan spesies ini mati dalam cuaca sejuk. Hanya yang mampu bertahan dengan suhu yang panas sahaja masih hidup dan membesar di kawasan tropika yang dimakan sebagai sayuran atau pencuci mulut. Kebanyakan labu dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan penduduk setempat dan tidak dieksport ke pasaran yang lebih besar sehingga hanya sesetengah spesies labu sahaja dikenali.

1 Pembantu Penyelidik Projek Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM),

50603, Kuala Lumpur. E-mel: sabirinyusoff92@gmail.com.

2 Pensyarah Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala

Lumpur.

3 Profesor dalam bidang tafsir di Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

(UM), 50603 Kuala Lumpur.

4 Ketua Jabatan, Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), 50603, Kuala

(11)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Sesetengah spesies labu mempunyai khasiat yang baik untuk diet seharian. Buah labu digunakan dalam makanan sama ada ianya dimakan secara mentah, dimasak, dibuat jeruk, dijadikan sebagai manisan, dikeringkan atau dijadikan sebagai sos dan dimasukkan dalam masakan kari. Sebahagian spesies labu mempunyai kulit yang keras apabila kering digunakan sebagai bekas makanan dan minuman, alat muzik, dijadikan hiasan dan sebagainya.

Terminologi Labu

Terdapat tiga terminologi bahasa Arab yang merujuk kepada labu iaitu al-Yaqīn

( نْيِطْقَيلا), al-Qar‘ ( ع ْرَقلا) dan al-Dubbā’ ( ءابدلا). Al-Quran menggunakan lafaz

al-Yaqīn manakala hadith pula menggunakan perkataan al-Qar‘ dan al-Dubbā’

yang merujuk kepada labu.

Labu Dalam al-Quran

Lafaz Yaqīn tercatat sekali di dalam al-Quran dalam kisah Nabi Yunus AS.

Kisah Nabi Yunus AS tercatat dalam Surah al- aff t, ayat 139-148:

Terjemahan: Sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami)

(12)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

5

Menurut Ibn Man ūr5, perkataan Yaqīn merujuk kepada semua jenis

tumbuh-tumbuhan yang tidak mempunyai batang seperti pokok al-Dubbā’,

al-Qar‘, al-Bi īkh6, al- anal7, dan al-Qiththā’ (timun). Al-Sudd mengatakan

perkataan Yaqīn adalah sama makna dengan al-Qar‘ iaitu labu. Orang Arab pula

memanggilnya dengan nama al-Dubbā’8. Ibn al-Qayy m al-Jawziyy h

menjelaskan bahawa perkataan Yaqīn bermaksud pokok labu, manakala

perkataan al-Qar‘ dan al-Dubbā’ pula bermaksud buah labu.9

Labu Dalam al-Kutub al-Sittah

Hadith-hadith berkaitan labu banyak disebutkan dalam al-Kutub al-Sittah iaitu

sebanyak 115 hadith termasuk jumlah hadith yang berulang. Jadual 1.0

menunjukkan taburan hadith-hadith berkaitan labu dalam al-Kutub al-Sittah.

Jadual 1.0. Taburan Hadith-Hadith Berkaitan Labu Secara Umum Dalam al-Kutub al-Sittah (Termasuk Jumlah Hadith Berulang)

al-Man qib, no.hadith 3492, B b Ẓ5ẓ, no.hadith 3510, dua [2] hadith dalam Kit b

5 Ibn Manūr, Lis n al-‘Arab ẒKaherah: D r al-Ma‘ rif, 1996ẓ, 11:233.

6 Buah tembikai atau buah semangka. Lihat Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap

Al-Khalil, (Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006), 41.

7 Sejenis buah labu yang pahit. Lihat Ibid., 130.

8 Abū Ja‘afar al- ab r , Mu ammad bin Jar r bin Yaz d bin Kath r bin Gh lib al- mil , J mi‘ al-Bay n f Ta’w l al

-Qur n. ed. A mad Mu ammad Sh kir ẒKaherah: Mu’assasah al-Ris lah, 2000ẓ 21:114.

9 Ibn Qayyim al-Jawziyy t, Mu ammad bin Abū Bakr, Al- ib al-Nabaw y, ed. Sa‘d Mu ammad ‘Abd Kh liq

(13)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Ta‘ l : Wa Allah Khalaqakum wa Ma Ta‘malūn, no.hadith 7556.

Dalam a Muslim didapati sebanyak tiga puluh dua [32] hadith

berkaitan labu iaitu dua [2] hadith dalam Kit b al-Ashribah, B b Jaw z Akl al

-Maraq wa Isti b b Akl al-Yaq n wa th r Ahl al-M ’idah Ba‘ ihim Ba‘ wa In

K nū if n Idh Lam Yakrah Dh lik ib al- a‘ m, no.hadith 144 dan 145,

lima [5] hadith dalam Kit b al- m n, B b al-Amr bi al- m n bi All h wa Rasūlih

wa Shara’i‘ al-D n Ilaih wa al-Su’ l ‘Anh wa if ih wa Tabl ghih Man Lam Yablighuh, no.hadith 23 , 24 , 25 , 26 dan 28, dua puluh lima [25] hadith dalam

Kit b al-Ashribah, B b al-Nahy ‘An al-Intib dh F al-Muzaffat wa al-Dubb ’ wa

Ashribah, B b F al-Aw‘iyah, no.hadith 3690, 3692, 3693, 3695, 3696, 3697 dan 3700.

Sebanyak empat [4] hadith disebutkan dalam J mi‘ al-Tirm dh iaitu dua

[2] hadith dalam Kit b Abw b al-A‘imah, B b M J ’a F Akl al-Dubb ’,

no.hadith 1839 dan 1850, satu [1] hadith dalam Kit b Abw b al-Ashribah, B b

Ma J ’a F Kar hiyah An Yanbidh F al-Dubb ’ wa al-Naq r wa al- antam,

no.hadith 1868 dan satu [1] lagi hadith disebutkan dalam Kit b al-‘Ilal, tanpa

dinyakan nama B b dan no.hadith.

Manakala dalam Sunan al-Nas ’ pula disebutkan sebanyak empat puluh

satu [41] hadith iaitu satu [1] hadith dalam Kit b al-Jan ’iz, B b Taswiyah al

-Mufrad , no.hadith 5618, 5626, 5627, 5628, 5629, 5630, 5631, 5632, 5633, 5634,

(14)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

7

Dalam Sunan Ibn M jah pula hanya terdapat tujuh [7] hadith sahaja berkaitan labu iaitu tiga [3] hadith dalam Kit b Abw b al-A‘imah, B b al

-Dubb ’, no.hadith 3302, 3303 dan 3304, empat [4] lagi hadith disebutkan dalam Kit b Abw b al-Ashribah, B b Al-Nahy ‘an Tanb dh al-Aw‘iyah, no.hadith 3401, 3402, 3403 dan 3404.

Labu Menurut Perspektif Saintifik

Morfologi Dan Habitat Tanaman Cucurbita lagenaria L.

Cucurbita lagenaria L. adalah salah satu famili tumbuhan Cucurbitatceace

daripada genus Lagenaria Ser. Pokok Cucurbita lagenaria L. adalah jenis

pemanjat dengan batang yang mempunyai jalur-jalur panjang dan sulur yang kuat. Sulur biasanya terbahagi kepada dua, satu lebih panjang daripada yang satu lagi. Daunnya ringkas, susunan berselang-seli, membulat bujur, ukuran garis pusat hingga 30cm, dan mempunyai 5 hingga 9 cuping kecil, berbulu serta berbau. Tangkai daun berukuran sehingga 20cm panjang. Bunganya tumbuh pada ketiak daun secara tunggul, berwarna putih dan ukuran garis pusat sehingga 12cm. Isi buahnya berwarna putih dan bertekstur lembut. Buahnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk, kebanyakannya adalah bulat seperti bentuk air, panjang sehingga 1m atau lebih. Buah yang sudah matang atau tua mempunyai kulit yang keras dan tahan lama.

Rajah 1.0. Gambar pokok Cucurbita lagenaria L.

Cucurbita lagenaria L. dikatakan berasal dari kawasan tropika Afrika dan sekarang mempunyai taburan di keseluruhan kawasan tropika dunia. Ia juga telah lama ditanam di Asia dan juga Amerika.

(15)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

menjadi lambat apabila ia mula berbunga iaitu antara 55 hingga 65 hari selepas disemai. Pokok akan terus berbunga selama enam hingga tujuh bulan. Nisbah bunga betina dengan bunga jantan menjadi lebih tinggi dalam keadaan cuaca yang lebih sejuk. Bilangan bunga jenis betina sangat berkurangan jika lebih daripada dua atau tiga labu air dibiarkan menjadi matang dan masak. Buah yang sentiasa dipetik semasa ia masih muda akan menggalakkan tahap penghasilan buah yang baru dan memanjangkan jangka masa penghasilan.

Tanah yang terlalu lembap menyebabkan pokok Cucurbita lagenaria L.

lebih mudah diserang penyakit, terutamanya penyakit busuk batang iaitu penyakit utama yang dihasilkan oleh kulat dan virus. Serangga perosak pula terdiri

daripada penghisap cecair, pemakan buah dan penebuk daun10.

Sinonim dan Nama Vernacular

Cucurbita lagenaria L. adalah sinomin dengan nama Lagenaria vulgaris, L. leucantha, dan Lagenaria siceraria (Molina) Standl.11 iaitu labu air12. Ianya dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa vernakular. Jadual 1.1

menunjukkan kepelbagaian nama dalam bahasa vernakular13 bagi Cucurbita

lagenaria L.

Jadual 1.1. Nama-nama Cucurbita lagenaria L dalam bahasa vernakular

Bil. Bahasa Vernakular Nama

1. Malaysia Labu air, Labu botol, Labu manis

2. Inggeris Bottle gourd, Trumpet gourd, Calabash gourd,

White-flowered gourd14

3. Perancis Courge bouteille, Calebasse/Calabassier

4. Indonesia Labu air, Labu putih, Kukuk (Jawa Barat)

5. Papua New Guinea Air wara, Sel kambang

6. Filipina Talagay, Cucuzzi, Zucca melon, Upo (Tagalog),

Tabungaw (Ilocano), Kalubay (Bisaya)

7. Kemboja Khlôôk

8. Laos Namz taux

9. Thailand Khi-luu-saa (Karen), Namtou (bandar Thailand),

Manamtao (utara Thailand)

10. Vietnam B[aa][uf]

11. Sepanyol Cojombro, Guiro amargo

12. Cina Mo kwa, Oo lo kwa

Sumber: Plant Resources of South-East Asia15 dan Vegetables in The Tropics16

10 Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan (Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn

Bhd, 2003), 60.

11 Siemonsma, J. S. dan Piluek, Kasem. Plant Resources of South-East Asia 8. (Netherlands: Pudoc Scientific

Publishers, 1993). 190.

12 Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. 60.

13 Bahasa vernakular ialah bahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu. Lihat Kamus Dewan Edisi

Keempat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2005ẓ, 432, entri “vernakular.”

14 Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and Utilization. (New York: Interscience

(16)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

9

Kandungan Nutrisi Cucurbita lagenaria L.

Labu air atau Cucurbita lagenaria L. mengandungi nutrisi dan kimia yang

berbeza-beza pada buah, kulit buah, biji benih dan daun.

1. Buah

Buah labu air mengandungi 2.5% karbohidrat, 0.2% protien, 0.1% lemak (termasuk yang diekstrak), 0.6% serat, 0.5% bahan mineral, <0.01% kalsium dan

fosforus, 0.7 mg/100g iron, 11.0 mg/100g sodium, 4.5μg/kg iodine dan 15.8μg/g

retinol. Selain itu, buah labu air turut mengandungi komposisi asid amino yang

terdiri daripada 0.8mg leucines, 0.9mg phenylalanine, 0.3mg valine, 0.4mg

tyrosine, 0.4mg alanine, 0.5mg threonine, 0.2mg glutamic acid, 0.3mg serine,

0.6mg asparticacid, 1.9mg cystine, 0.3mg cystiene, 0.4mg arginine dan 0.3mg/g

proline.

Bagi bahagian buah labu air yang boleh dimakan pula mengandungi 44μg

thiamine, 23μg riboflavin, 0.33mg niasin, 13 mg/100g ascorbicasid dan choline.

Buah labu adalah sumber terbaik bagi vitamin C, vitamin β-carotene, vitamin

B-complex, pectin dan 16.02mg/g choline. Buah labu turut mengandungi

triterpenoids, 22-deoxocurbitacin-d dan 22-deoxosiocucurbitacin d.17

Rajah 1.1. Struktur triterpenoids (22-deoxocurcubitacin-D dan 22-deoxoisocurcubitacin-D) daripada Cucurbita lagenaria L.

2. Kulit

Kulit buah labu air pula mengandungi 17.5% crude protein, 18.1% cellulose, dan

8.0% lignin.18

3. Biji Benih

Biji benih labu pula mengandungi komposisi amino asid. Bagi 100g biji benih

labu air, terdapat 2.41g aspertic acid, 0.85g threonine, 1.24g serine, 4.71g

glutamic acid, 0.83g boline, 1.44g glycine, 1.22g alaine, 0.49g cystine, 1.33g

16 Tindal, H. D. Vegetables in the Tropics (London: Macmilan Education LTD, 1983). 171.

17 Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd." dalam Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants, Springer

Netherlands, (2012), 170.

(17)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

valine, 0.70g methionine, 0.99g isoleucine, 0.80g tyrosine, 1.72g pheylalanine,

0.72g histidine, 0.87g lysine dan 4.77g arginine.19

4. Daun

Daun labu air mengandungi 83ml air, 43 kalori, 4.4g protein, 0.3g lemak, 8g

karbohidrat, 1.8g serat, 88mg fosforus dan 7.4 ferum.20

Secara ringkasnya, bahagian tumbuhan labu air yang boleh dimakan ialah isi buah dan daun sahaja. Jadual 1.2 menunjukkan jumlah nilai nutrisi dan kimia dalam 100g isi buah labu air dan daun.

Jadual 1.2. Jumlah nilai nutrisi bagi 100g bahagian tumbuhan labu air yang boleh dimakan

Bil. Nutrisi Bahagian Tumbuhan

Isi Buah Daun

Manfaat Amalan Pemakanan Labu Air Menurut Fiqh al-Hadith dan Kajian

Sains

Amalan memakan buah labu dalam diet seharian mampu merawat beberapa jenis penyakit iaitu:

1. Demam Panas

Menurut Imam al-Nawaw dalam al-Minh j22, buah labu mampu menyembuhkan

demam panas dan demam al-Rib‘. Demam al-Rib‘ ialah demam yang berlaku

pada hari pertama kemudian hilang selama dua hari tetapi kembali semula pada

(18)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

11

hari keempat. Hal ini kerana labu adalah bersifat sejuk dan mampu menyejukkan dan menurunkan suhu badan.

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad23, terdapat banyak sebab-sebab terjadinya

demam. Malah demam sendiri didefinisikan oleh pelbagai orang dengan pelbagai ukuran. Seseorang dikatakan mengalami demam apabila bacaan suhu badannya melebihi bacaan suhu badan yang normal 36.5-37.5°C (98-100°F). selain itu, demam berlaku apabila suhu badan seseorang di waktu pagi melebihi 37.2°C (>98.9°F) atau suhu badan seseorang di waktu petang melebihi 37.7°C (>99.9°F) dan perbezaan suhu sepanjang hari 0.5°C (0.9°F). Oleh itu, demam haruslah diukur menggunakan thermometer bagi mendapatkan bacaan suhu tubuh.

Buah labu bersifat analgesik iaitu bertindak sebagai ubat yang dapat meredakan rasa sakit tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran. Hal ini berlaku kerana isi buah labu mengandungi vitamin C yang menguatkan sistem imunisasi

badan terutamanya apabila dimakan semasa demam.24 Vitamin C adalah vitamin

larut air juga dikenali sebagai Ascorbic Acid membantu mengawal dan

mengurangkan selsema.25

2. Barah Darah (Leukimia)

Leukimia ialah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sumsum tulang. Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Gejalanya ialah lemah dan letih lesu, kurang selera makan dan kurang berat badan, bengkak dan gusi berdarah, sakit kepala, bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran

hati, limfa dan lain-lain.26

Leukemia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan

penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi (Hematological

Neoplasm).

Penyakit leukimia berlaku disebabkan kekurangan komposisi nutrisi dan kimia dalam tubuh badan kerana kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian. Buah labu adalah salah satu sayur yang mampu mencegah dan merawat penyakit Leukimia kerana isi buahnya mengandungi

23 Zubaidi Hj Ahmad, “Apakah Punca Demam?”, laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015,

http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca-demam/

24 Muhammad Akhbar Abdullah, “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”, laman sesawang

Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos-yang-diperlukan-sehari/

25 Norman, “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”, laman sesawang Dr Norman-Live to Serve!, dicapai pada 18

Disember 2015, http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan- kelebihannya.html

26 Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah, Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam

(19)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

bahan antioksidan yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dan sebagainya.

3. Hipertensi

Hipertensi (Hypertension) atau darah tinggi merujuk kepada tahap tekanan darah

yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Dengan kata lain, penyakit darah tinggi atau hipertensi merupakan satu tekanan di dalam sistem pengaliran darah yang membolehkan darah mengalir daripada jantung

melalui arteri terus ke vena dan kembali ke jantung.27

Pesakit darah tinggi digalakkan memakan buah labu air yang telah direbus tanpa kulit bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. Hal ini kerana pengambilan buah labu air dalam diet seharian mengurangkan tekanan darah dalam arteri dan

kadar jantung.28

4. Diarea

Diarrhea ialah diarea iaitu keadaan yang dicirikan sebagai penyakit buang air besar (najis cair) yang terlalu kerap pengulangannya. Diarea lebih dikenali dengan penyakit cirit-birit. Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta-merta. Bagi orang dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, jika penghidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Menurut Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, buah labu bersifat sejuk dan lembap. Isi buah labu adalah lembut dan empuk serta cepat kesannya. Buktinya, buah labu mampu melegakan perut yang sakit kerana buah labu mudah meninggalkan perut walaupun belum hancur sempurna. Sekiranya buah labu direbus dan airnya dicampur dengan madu akan menghasilkan banyak cairan tubuh yang membantu proses pembuangan najis.

Antara masalah utama berlaku diarea ialah masalah kekurangan beberapa

jenis vitamin seperti vitamin B, asid folic, vitamin B-complex, thiamine, vitamin

D, kalsium, protien dan tenaga yang menyebabkan masalah darah yang tidak sihat, kebas-kebas anggota kaki dan tangan, terencat perkembangan tulang dan sebagainya.

27 Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit (Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995), 47.

(20)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

13

5. Kecacingan (Anthelmintic)

Secara ringkas, tanda-tanda kecacingan bergantung kepada jenis cacing yang terlibat dan bagaimana cacing ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada perumah. Secara umumnya, terdapat tiga jenis cacing iaitu; [Pertama] Cacing

kerawit (ancylosotomadoedenali necator americanus) yang boleh menyebabkan

anemia, tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal

dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing. [Kedua] Cacing gelang (ascaris

lumbricoides, ascaris suum) yang menyebabkan sakit perut, cirit-birit, saluran

pemakanan tersumbat dan tindak balas alergi. [Ketiga] Cacing rambu (Enterobius

vermicularis) yang menghalang makanan daripada dihadamkan dengan sempurna, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur dan aktiviti menggaru boleh menyebabkan jangkitan.

Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Amit Kumar yang menggunakan sebatian daun labu air yang telah dikeringkan dan dikisar lumat

sebelum dicampur dengan air dan methanol menunjukkan aktiviti anthelmintic

yang mampu melumpuhkan cacing seterusnya membunuhnya dalam perut. Cacing-cacing tersebut dibuang dari perut melalui dubur semasa proses

pembuangan najis besar.29

6. Diabetes

Diabetes ialah keadaan yang dicirikan dengan perembesan dan perkumuhan air kencing yang berlebihan yang dikenali dengan penyakit kencing manis. Penyakit diabetes ialah sejenis penyakit di mana terdapat paras kandungan gula yang sangat tinggi dalam darah seseorang yang menghidapinya. Kandungan gula yang tinggi yang melebihi paras normal ini menjelma dalam air kencing.

Penyakit kencing manis berpunca apabila tubuh seseorang itu tidak mengimbangi tahap gula dalam badannya disebabkan kurang insulin atau kurangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan oleh pankreas. Oleh itu tisu tidak boleh menyerap gula dan menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi. Dalam keadaan ini, gula tersebut akan ditapis keluar oleh buah pinggang dan keluar bersama air kencing. Selalunya pesakit kecing manis akan diperiksa air kencingnya bagi menentukan tahap gula di dalamnya. Lazimnya, jika tahap gula dalam darah tinggi, tahap gula dalam air kencingnya juga tinggi.

Pokok labu air sering digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun

temurun di kebanyakan negara bagi mengubati penyakit diabetes mellitus. Satu

kajian yang telah dijalankan dalam makmal menggunakan pucuk daun labu air ke atas sekumpulan tikus yang dijangkiti penyakit diabetes. Hasil kajian memdapati bahawa pucuk daun labu air membantu mengawal tahap gula dalam darah tanpa

29 Amit Kumar dan Sangh Partap, In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult

(21)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

menghasilkan hypolycemia disebabkan kandungan flavonoid dan polyphenolic

yang terdapat pada pucuk daun tersebut.30

7. Insomnia

Insomnia ialah ketidakupayaan tidur iaitu ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya

menutup mata atau ‘merehatkan minda’ melebihi beberapa minit.

Menurut Dr Muhammad Akbar Abdullah31, sekiranya anda susah untuk

melelapkan mata atau mengekalkan tidur yang lena, ini bermakna anda mempunyai penyakit insomnia. Insomnia berlaku disebabkan oleh tekanan emosi, tekanan hidup seperti kematian orang tersayang, dibuang kerja dan sebagainya, suasana yang tidak tenteram seperti bunyi yang bising, lampu yang terang di kamar tidur, waktu tidur yang tidak teratur terutama bagi golongan pekerja yang

berkerja mengikut shif, kesan sampingan ubat-ubatan, penyakit seperti heartburn,

lelah, migrain, arthritis dan sebagainya. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh menjadi puncanya. Sekiranya tidak dibendung, insomnia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mengantuk semasa berjaga, sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugasan, sakit atau pening kepala, letih, kemurungan, kurang selera makan dan naik berat badan.

Insomnia berlaku adalah disebabkan kekurangan vitamin B1 atau tiamin yang akan membuat hilangnya nafsu makan, gangguan pencernaan, sembelit, lemah otot, denyut nadi lebih lambat, depresi dan mudah tersinggung. Berdasarkan fakta farmakologi, buah labu mengandungi vitamin B1 atau tiamin yang membantu mengatasi masalah gangguan tidur atau insomnia.

8. Kanser prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis, di depan

rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai

dengan kanser prostat.32

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan mungkin

30 Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan Sagar Naskar, Antihyperglycemic

Activity of Lagenaria siceraria Aerial Parts on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari 2015, http://www.idb.hr/diabetologia/11no2-3.pdf.

31 Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman sesawang Healthmassa, dicapai pada 18

Disember 2015, http://www.healthmassa.com/tips-rawatan-penyakit-insomnia/

(22)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

15

tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak di antara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat

yang teruk.33

Biji labu merupakan diet pemakanan yang baik untuk lelaki. Biji labu mengandungi unsur alanine, glisina, glutamate, fitosterol dan mineral zink serta magnesium yang diperlukan oleh kelenjar prostat. Kandungan fitiserol yang terdapat dalam biji labu dapat membantu untuk mengimbangi tumbesaran prostat dan seterusnya menggalakkan penghasilan hormon testosterone yang dapat meningkatkan kandungan sperma lelaki.

Kesimpulan

Terdapat banyak persamaan antara fiqh al- ad th dan saintifik dalam menjelaskan

manfaat labu untuk kesihatan tubuh badan manusia. Labu air adalah sumber vitamin, serat dan protien mampu merawat dan mencegah penyakit-penyakit yang sering dialami oleh manusia seperti kencing manis, sakit jantung, kecacingan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Buah labu yang dimakan secara mentah lebih baik kerana seluruh kandungan vitaminnya dapat diserap oleh tubuh badan berbanding dengan buah labu yang telah dimasak yang boleh menghilangkan jumlah kandungan vitamin.

Penghargaan

Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran

penyelidikan TRGS (TR001A-2014Aẓ bertajuk ‘Safe and Health Uses of Fruits

and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia’.

Rujukan

Abū Zakari Mu y al-D n Ya ya bin Sharaf al-Nawaw . Al-Minhāj Shar a ī Muslim bin al- ajjāj. Beirut: D r I y ’ al-Tur th al-‘Arab , t.t.

Amit Kumar dan Sangh Partap. “In Vitro Anthelmintic Activity of Lagenaria siceraria Leaves in Indian Adult Earthworm”. Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry bil 1:4, dicapai pada 3 Januari 2015. http://www.phytojournal.com/vol1Issue4/Issue_nov_2012/5.1.pdf

Arief Budiman Abdul Aziz, “Kanser Prostat”, laman sesawang MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, dicapai pada 22 Disember 2015, http://www.myhealth.gov.my/index.php /kanser-prostat

(23)

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Chooi, Ong Hean. Sayuran Khasiat Makanan Dan Ubatan. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2003.

Dr. Abu Abdullah Hanafi Hj Dollah et al. Kamus Kontekstual Lengkap Al-Khalil.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sendirian Berhad, 2006.

Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdullah dan Aminah Abdullah. Indahnya

Pemakanan dan Perubatan Islam. cet. ke-1, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd., 2015.

Lim, T. K. "Benincasa hispida cv-gr. Wax Gourd" dalam Edible Medicinal And

Non-Medicinal Plants. Springer Netherlands (2012).

Muhammad Akhbar Abdullah, “6 Tips Rawatan Penyakit Insomnia”, laman

sesawang Healthmassa, dicapai pada 18 Disember 2015,

http://www.healthmassa.com/tips-rawatan- penyakit-insomnia/

Muhammad Akhbar Abdullah. “Manfaat Vitamin C: Berapa Dos Yang Diperlukan Sehari?”. laman sesawang Healthmassa. dicapai pada 18 Disember 2015, http://www.healthmassa.com/manfaat- vitamin-c-berapa-dos-yang-diperlukan-sehari/

Norman. “Vitamin C: Fungsi dan Kelebihannya”. laman sesawang Dr Norman-Live to Serve!, dicapai pada 18 Disember 2015, http://doknorm.blogspot.my/2012/08/vitamin-c-fungsi-dan-

kelebihannya.html

Nurul Syafiqah, Soal Jawab Penyakit. Selangor: Era Ilmu Sdn. Bhd., 1995.

Prerona Saha, Upal K. Mazumder, Pallab K. Haldar, Sriparna Kundu Sen dan

Sagar Naskar. Antihyperglycemic Activity of Lagenaria siceraria Aer ial Parts

on Streptozotocin Incudec Diabetes in Rats, dicapai pada 15 Januari 2015,

Vishal Ramhari Mali dan Subhash Laxaman Bodhankar. Effect of Lagenaria

siceraria (Ls) Powder on Dexamethasone Induced Hypertension in Rats.

Whitaker, Thomas W. dan Davis, Glen N. Cucurbits Botany, Cultivation, and

Utilization. New York: Interscience Publishers, Inc., 1962.

Zubaidi Hj Ahmad. “Apakah Punca Demam?”. laman sesawang drzubaidi.com, dicapai pada 18 Disember 2015, http://drzubaidi.com/blog/apakah-punca-demam/

Referensi

Dokumen terkait

Perhitungan semantic similarity yang dikenalkan oleh tim Meerkat_Mafia adalah perhitungan semantic yang menggabungkan Latent Semantic Analysis (LSA) similatiy dan Wordnet.

 dengan ditanggapi aktif oleh peserta didik dari kelompok lainnya sehingga diperoleh sebuah pengetahuan baru yang dapat dijadikan sebagai bahan diskusi kelompok kemudian,

Ketentuan Pasal 176 Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah sebagaimana telah diubah beberapa kali terakhir dengan Undang-Undang Nomor 12 Tahun

Hasil percobaan menunjukkan bahwa genotipe, musim, dan interaksi genotipe × musim berpengaruh nyata pada karakter panjang malai, jumlah cabang primer, panjang cabang primer,

Tanda baca penutup kalimat atau bagian kalimat ditempatkan di belakang tanda petik yang mengapit kata atau ungkapan yang dipakai dengan arti khusus pada ujung kalimat atau bagian

1) Akseptor Aktif adalah akseptor yang ada pada saat ini menggunakan salah satu cara/alat kontrasepsi untuk menjarangkan kehamilan atau mengakhiri kesuburan. 2) Akseptor Aktif

The researcher will give the narrative description about the result of the study in terms of language used by the research participants, the linguistic

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa Pada daerah intertidal dan subtidal pantai Barat Penanjung Pangandaran ditemukan 5 jenis