• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA ANTARA T

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PUSAT RAWATAN ISLAM DI MALAYSIA ANTARA T"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Sains Sosial dan Kemanusiaan

Jilid I

PENYELIDIKAN

PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA

PROSIDING SEMINAR HASIL PENYELIDIKAN

SEKTOR PENGAJIAN TINGGI KE-3

2013

SID

ING SEMINA

R HASIL PE

NYELID

IKA

N SEKTOR PE

NGA

JIA

N TINGGI KE-3

(2)

44

Pusat Rawatan Islam di Malaysia:

Antara Tanggungjawab dan Keuntungan

Khadher bin Ahmad & Mohd Farhan Md Ariffin

ABSTRAK

Dalam perkembangan semasa kini, didapati bahawa pertumbuhan pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang dengan pesat sekali sejajar dengan perkembangan teknologi arus perdana. Hal ini memperlihatkan permintaan terhadap khidmat rawatan berasaskan “tibb nabawi” kian mendapat perhatian ramai. Persoalannya, apakah sebab utama di sebalik tabir yang mendorong para perawat-perawat Islam menubuhkan pusat rawatan Islam?. Namun, setelah berkembangnya pusat rawatan Islam, terdengar pula di telinga rungutan-rungutan, cemuhan-cemuhan dan nada sinis tentang pusat rawatan Islam, sama ada dari pesakit dan perawat seangkatan. Jadi, apakah permasalahan yang harus ditempuhi dalam penubuhan sesebuah institusi pusat rawatan Islam?. Justeru, melalui kajian di 60 pusat rawatan Islam di Malaysia, pengkaji telah menyimpulkan berbagai sebab yang mendorong penubuhan dan permasalahan serta cemuhan yang wujud berkaitan pusat rawatan Islam itu sendiri agar ia dapat diketahui oleh anggota masyarakat seluruhnya dan dapat menilai cabaran kaitan rapat antara penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam dengan cabaran dan cemuhan yang harus ditempuh oleh “seorang perawat Islam”.

Kata Kunci: Pusat Rawatan Islam, Tanggungjawab, Keuntungan.

PENGENALAN

Sambutan terhadap rawatan alternatif di Malaysia kini dilihat semakin menggalakkan sejajar dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan alternatif yang tidak lagi berteraskan klinikal semata-mata seperti hospital dan klinik. Namun, pusat-pusat rawatan alternatif tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam rawatan yang ditawarkan. Antaranya perubatan berasaskan doa-doa yang disebutkan rawatan Islam, perubatan homeopathy, perubatan aura (reiki), perubatan berasaskan warna (terapi warna), perubatan herba dan lain-lain lagi.

Demikian juga perubatan bertunjangkan kepada “rawatan Islam” yang didapati berkembang dengan pesat dengan pertumbuhan pusat-pusat rawatan Islam. Pertumbuhan pusat rawatan Islam ini menunjukkan bahawa sambutan terhadap rawatan berasaskan kepada pendekatan rawatan Islam semakin mendapat perhatian masyarakat. Dalam isu ini, apakah faktor sebenar yang mendorong penubuhan dan pertumbuhan besar-besaran pusat rawatan masa kini?. Hal ini perlu diperhatikan agar setiap pusat rawatan dapat menepati kriteria sebenar “pusat rawatan Islam” yang bertunjangkan maqasid syariah dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan umat manusia serta menghindari dari segala permasalahan yang boleh menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap ilmu perubatan Islam.

(3)

SKOP DAN METODOLOGI

Artikel ringkas ini tidak akan menjelaskan secara terperinci dari segenap aspek akan faktor penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam. Fokus utama perbahasan adalah perbincangan terhadap faktor utama penubuhan sesebuah pusat rawatan Islam sahaja dan permasalahan yang berlaku di dalam lapangan ilmu perubatan Islam.

Oleh itu, hanya faktor utama penubuhan pusat rawatan Islam diambil kira di samping permasalahan dan cabaran yang terdapat di dalamnya. Hal ini dilakukan kerana anggota masyarakat perlu sedar bahawa faktor dan sebab penubuhan sesuatu pusat rawatan adalah berkait rapat dengan permasalahan yang bakal dihadapi sesebuah pusat rawatan Islam di masa hadapan. Justeru, apabila salah matlamat penubuhan sesebuah pusat rawatan, maka bermacam-macam dugaan yang perlu dihadapinya nanti.

Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah penelitian dan pemerhatian secara lapangan (ield work) terhadap 60 pusat rawatan Islam yang terdiri daripada pusat rawatan ruqyah syar‘iyyah, bekam, dan aura (batin).

Daripada penelitian yang dijalankan, pusat rawatan yang dijalankan kajian ialah seperti pusat rawatan Islam yang diasaskan melalui sesuatu pertubuhan atau persatuan seperti Darussyifa’, Persatuan Perubatan Islam Darussalam dan Pusat Rawatan Islam al-Manarah (PRIM), atau berteraskan syarikat perniagaan, atau premis tertentu, atau di kediaman peribadi dan ada yang bergerak secara solo dan berkumpulan tanpa sebarang premis. Antaranya seperti Perubatan Islam al-Hidayah, Sinar Zamdurrani, Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Pusat Rawatan Sinar Nur, Pusat Rawatan Terapi Hikmah (Kedai Bekam dan Resdung), Kartika Buana: Pusat Rawatan Tradisional Islam Berasaskan al-Quran dan Pusat Rawatan Qalbun Sakinah yang bergerak dalam sebuah premis khusus. Manakala Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE), Pusat Rawatan Islam Gshahmisteri, Rawatan Islam Darul Manzil (RIDAM), Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Syifa’ (PURIDAS), Pusat Rawatan Islam al-Madani (PRIA), Pusat Rawatan Teknologi al-Quran dan Asma al-Husna, Perubatan Islam 7 Puteri, dan Pusat Rawatan Islam al-Mustaqim yang merupakan antara pusat rawatan Islam yang beroperasi berhampiran dengan kediaman pengasasnya.

HASIL DAN DAPATAN KAJIAN

Faktor Penubuhan Pusat Rawatan Islam Jumlah

Khidmat Kepada Masyarakat 17

Permintaan Masyarakat 9

Dakwah 8

Kesedaran Kendiri 7

Peristiwa Silam 7

Minat Mendalam 4

Salasilah Keturunan 4

Amanat 2

Pembiayaan Sosial 1

Kepuasan Diri 1

Daripada 60 pusat rawatan Islam yang menjadi lokasi kajian, faktor utama penubuhan pusat rawatan Islam yang paling utama ialah untuk membantu anggota masyarakat menderita kesakitan, penyakit, gangguan dan lain-lain, iaitu sebanyak 17 pusat rawatan. Pusat-pusat rawatan ini

(4)

merasa terpanggil untuk menubuhkan pusat rawatan Islam oleh kerana berleluasanya sihir dan konco-konconya pada masa kini. Pada masa kini, walaupun pusat rawatan Islam makin banyak dan tumbuh bagaikan cendawan, namun gangguan dan masalah yang berkaitan dengan bidang perubatan Islam juga makin banyak seiring dengan pertumbuhannya.

Di samping itu, permintaan anggota masyarakat yang semakin hari semakin ramai juga menggalakkan pertumbuhan pusat rawatan Islam. Sebanyak 9 pusat rawatan Islam ditubuhkan atas permintaan anggota masyarakat. Perawat Islam yang pada dasarnya merawat orang ramai atas dasar suka-suka dan ingin membantu, akan tetapi mempunyai “skil” dan kaedah rawatan yang tinggi dan terbukti mujarab, golongan inilah yang selalunya didorong oleh kehendak masyarakat agar membuka sebuah pusat rawatan Islam khusus untuk menyenangkan proses rawatan tanpa perlu pesakit bersesak-sesak ke rumah perawat.

Faktor utama ketiga yang mendorong penubuhan pusat rawatan Islam ialah untuk berdakwah kepada semua anggota masyarakat. Dakwah yang dinyatakan di sini ialah demi untuk menjaga akidah perawat dan akidah pesakit agar tidak terjerumus ke arah kesesatan dan mencari perubatan yang berkonsepkan Islam, yang terbukti lebih selamat dan diredhai kesembuhannya dengan izin Allah SWT.

Seterusnya, faktor utama keempat penubuhan pusat rawatan Islam ialah disebabkan kesedaran sendiri perawat. Kesedaran untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama dan tasawuf yang tersirat di sebalik ilmu perubatan Islam, melarikan diri dari itnah dan godaan dunia, serta mencari inisiatif kaedah rawatan lain daripada kaedah rawatan Barat (orthodox) yang terbukti mempunyai kesan sampingan buruk hasil penggunaan ubat-ubatan berasaskan dadah (drug) serta perlu bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hidup bagi yang menghidap penyakit kronik.

Peristiwa silam dan sejarah hitam para perawat juga mendorong mereka untuk menubuhkan pusat rawatan Islam sendiri. Para perawat yang rata-ratanya pernah diserang dengan sibir, diganggu atau mempunyai ahli keluarga yang sakit yang kemudiannya sembuh dengan kaedah rawatan Islam, telah membuka pusat rawatan Islam. Mereka ini cukup yakin dengan kaedah rawatan Islam sehingga terdorong untuk membantu orang lain yang pernah menderitai penyakit dan kepayahan yang sama.

Minat dalam ilmu perubatan Islam juga memainkan peranan penting yang menggalakkan pertumbuhan pusat rawatan Islam. Minat yang disemai dengan proses pembelajaran dengan guru-guru perubatan Islam yang berkelayakan pasti akan subur dan bercambah ilmu serta pengalaman. Hal inilah yang medorong 4 buah pusat rawatan Islam untuk menubuhkan pusat rawatan mereka sendiri. Mereka biasanya akan merawat pesakit dan kemudiannya akan merekrut perawat-perawat muda yang mempunyai minat yang sama agar dapat seiring dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.

Ketujuh, elemen keturunan dan mempunyai salasilah keluarga yang mahir merawat juga mendorong para perawat yang terkemudian untuk membuka pusat rawatan Islam. Ilmu perubatan yang diwarisi daripada ayah, ibu, datuk dan nenek lantas mempengaruhi generasi terkemudian yang ingin meneruskan legasi keluarga mereka.

Selanjutnya, amanat dari para guru, ibu bapa serta alim ulama’ juga menjadi punca penubuhan sesebuah pusat rawatan. Namun, elemen ini tidak begitu banyak, akan tetapi ia tetap dipuji kerana menunaikan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh sabar dan tabah.

Selain itu, pusat rawatan Islam juga ditubuhkan khusus untuk membiayai elemen sosial dalam masyarakat. Hal ini termasuklah untuk membiayai biaya sekolah anak-anak yatim dan pondok.

(5)

Hal ini dilakukan dengan menyalurkan wang yang diperolehi daripada rawatan yang dijalankan di pusat rawatan digunakan untuk kesenangan dan manfaat orang lain.

Akhirnya, faktor terakhir penubuhan pusat rawatan Islam ialah kepuasan diri. Manusia ialah makhluk yang cukup indah yang diciptakan dengan berbagai bagai citarasa dan kehendak. Malah, hal ini jualah yang menjadi faktor utama penubuhan pusat rawatan Islam. Pusat rawatan Islam yang diasaskan atas dasar kepuasan kendiri ini ialah daripada pusat rawatan yang mahu menegakkan cara rawatannya yang tersendiri dan mahu meluaskan pengaruhnya dalam bidang rawatan Islam sekaligus ia dapat merawat dengan caranya tersendiri.

Permasalahan Dalam Rawatan Islam

Dalam keghairahan para perawat Islam yang masih baru mahupun lama untuk menubuhkan sesebuah pusat rawatan Islam. Mereka harus sedar akan dugaan yang akan ditempuhi. Masalah yang dibawakan ini memang nampak remeh temeh, namun jika dibiarkan, ia mampu membuka pintu perpecahan umat Islam sekaligus menghilangkan keperrcayaan masyarakat terhadap bidang perubatan Islam.

Pertama: Peribadi Dan Etika Perawat

Isu yang sering diputarkan dalam aspek rawatan Islam ialah semestinya berkaitan peribadi dan akhlak seseorang perawat itu sendiri. Peribadi dan akhlak perawat Islam amat penting bagi perawat. Pemerhatian “irst sight” terhadap seseorang perawat itu akan menentukan persepsi pesakit kepadanya.

Jika dilihat kepada title dan gelaran yang diberikan kepada seseorang perawat Islam, kebanyakkan daripada mereka digelar sebagai “ustaz” dan “ustazah”. Gelaran “ustaz” dan “ustazah”sememangnya amat mulia dan ia menggambarkan mereka yang berilmu tinggi dalam agama dan berpekerti mulia.

Daripada pemerhatian pengkaji, masih terdapat 6 pusat rawatan Islam daripada 60 pusat rawatan Islam yang memaparkan percakapan, perbuatan dan gambaran luaran perawat yang tidak mencerminkan ciri-ciri seorang perawat Islam. Antara kesilapan yang dilakukan perawat ialah menghisap rokok, tidak menjaga aurat bagi perawat wanita, menyentuh wanita bukan muhrim tanpa lapik ketika merawat, tidak menjaga selok belok percakapan dan berpakaian yang compang-camping dan tidak menggambarkan etika seorang ustaz. Hal ini perlu disebutkan oleh kerana ia melibatkan kepercayaan dan persepsi masyarakat umum tentang sesebuah institusi rawatan Islam. Janganlah disebabkan “nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Kedua: Sumber Ilmu Perawat

Masalah kedua terbesar dan sering menjadi perbahasan di antara perawat dan pesakit ialah sumber ilmu perubatan yang dipraktikkan. Hal ini merupakan perkara utama yang diperhatikan apabila sesebuah pusat rawatan itu ditubuhkan. Hal ehwal berkaitan ilmu perubatan inilah yang akan menjadi dasar persepsi para perawat lain dan anggota masyarakat terhadap kaedah dan rawatan yang diberikan. Ini termasuklah sama ada perawat tersebut memperolehi ilmu dengan berguru, mimpi, kebolehan yang datang sendiri dan sebagainya.

(6)

Daripada kajian pengkaji, daripada 60 pusat rawatan, terdapat 44 pusat rawatan Islam yang mengasaskan pusat rawatan sendiri setelah berguru (dengan cara talaqqi khusus) dan menjalani kursus, seminar dan sebagainya. Manakala, 4 pusat rawatan Islam mula menjalankan rawatan setelah didatangi mimpi misteri, dan 7 pusat rawatan Islam berasaskan kebolehan sendiri. Di samping itu, terdapat juga 2 pusat rawatan Islam berasaskan mimpi dan kemudiannya berguru serta masing-masing 1 pusat rawatan yang berasaskan gabungan ilham dan mimpi, 1 pusat rawatan Islam secara berguru dan kebolehan sendiri, dan 1 secara berguru dan ilham.

Kesimpulannya, daripada data sumber ilmu perubatan Islam di pusat-pusat rawatan Islam yang dikumpulkan, hanya 11 pusat rawatan yang menjalankan pusat rawatan dengan secara “amalan terus” daripada mimpi, kebolehan sendiri (anugerah) dan ilham. Manakala 49 yang lain adalah secara “belajar terus” dari guru-guru perubatan Islam, dan tidak kurang yang merujuk mimpi, ilham dan anugerah yang datang kepada guru yang berkelayakan sama ada ia benar atau tidak serta sedikit sebanyak turut belajar ilmu perubatan daripadanya.

Ketiga: Kaedah Dan Teknik Rawatan

Teknik dan kaedah rawatan amat penting dalam lapangan ilmu perubatan Islam. Kaedah dan teknik dalam rawatan yang digunakan adalah bertitik tolak daripada mana sumber ilmu perubatan diperoleh. Kaedah dan cara rawatan yang dilakukan perawat merupakan “praktikal” kepada ilmu yang diperolehi. Jika benar sumber ilmu yang didapati, maka jelaslah dan baiklah cara rawatan yang dipraktikkan.

Daripada kajian yang dilakukan, sebanyak 36 buah pusat rawatan Islam menggunakan kaedah ruqyah, doa-doa dan zikir dalam rawatan. Inilah teknik yang paling popular dalam bidang rawatan Islam. Manakala, 8 pusat rawatan menggunakan cara bekam dan turut ditambah ruqyah dalam rawatan selain 8 buah pusat rawatan lain hanya khusus menggunakan bekam dalam merawat. Manakala bagi kaedah rawatan ghaib, sebanyak 6 buah pusat rawatan mempraktikkannya dan hanya 1 pusat rawatan yang menggunakan gabungan teknik ghaib (aura batin) dan ruqyyah.

Jadi, apa yang dapat dinyatakan di sini ialah perawat yang mendapat ilmu perubatan dari guru atau merujuk kepada guru (secara belajar berguru) majoritinya menggunakan kaedah yang thabit dengan merawat secara amalan ruqyah, bekam dan doa zikir. Manakala perawat yang mendapatkan ilmu secara mimpi dan ilham atau dari sumber yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, mereka majoritinya melakukan rawatan secara kaedah rawatan ghaib dan batin. Kesimpulannya, kaedah rawatan merupakan perkara yang penting dalam cara rawatan Islam. Hal ini merupakan perkara yang banyak dipertikaikan oleh sesama pihak pusat rawatan Islam. Dalam menyebut tentang rawatan Islam, tidak semua rawatan yang dipraktikkan tersebut menepati ciri-ciri rawatan Nabi SAW. Sebahagian daripada kaedah rawatan yang dipraktikkan tersebut adalah yang bercanggah dengan syariat Islam, ada yang meragukan dan ada juga yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih terperinci untuk mengetahui status pengamalannya dalam rawatan penyakit.

Seseorang perawat Islam sepatutnya mengenalpasti cara dan kaedah rawatannya terlebih dahulu dengan merujuk kembali kepada al-Quran dan al-Hadith atau merujuk kepada ulama’ agar kaedahnya tidak meragukan dan tidak mengandungi tipudaya jin yang boleh membuatkannya terbabas dari landasan syara’. Malah, yang paling penting, selagimana teknik rawatan tidak bercanggah dengan matlamat al-Quran dan al-Hadith, mereka perlu saling bertolak ansur antara satu sama lain meskipun berbeza teknik dalam rawatan. .

(7)

Keempat: Bayaran Perkhidmatan Rawatan

Mengambil bayaran dan duit upah bagi rawatan adalah diharuskan di dalam Islam. Setiap perawat berhak menetapkan kadar bayaran bagi setiap rawatannya. Namun, bayaran yang dikenakan perlulah sepadan dengan rawatan yang diberikan, adalah tidak patut apabila rawatan yang hanya dilakukan tidak sampai dua minit, akan tetapi, casnya lima puluh ringgit dan bahkan boleh mencapai ratusan dan ribuan ringgit demi mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain. Perkara “bayaran rawatan” ini yang sering dipertikaikan. Perkara inilah sekarang yang dalam diam mampu meruntuhkan keyakinan mayarakat terhadap bidang perubatan Islam.

Sepanjang kajian dilakukan, pandangan yang diberikan oleh para pengasas dan pengamal perubatan Islam adalah majoriti berkaitan dengan cas rawatan yang dikenakan. Hampir 90% daripada para perawat tidak bersetuju dengan kos rawatan tinggi yang dikenakan pada pesakit yang rata-ratanya orang yang miskin, tidak berkemampuan dan menderita kesakitan sekian lama. Daripada 60 buah pusat rawatan Islam yang dikaji, sebanyak 31 buah pusat rawatan Islam mengenakan kadar bayaran yang telah ditetapkan bagi setiap rawatan. Daripada 31 buah pusat rawatan itu, 22 buah pusat rawatan Islam merawat secara sepenuh masa dan 9 lagi secara separuh masa.

Di samping itu, 18 buah pusat rawatan Islam lain hanya menjalankan rawatan secara sumbangan dan derma ikhlas dari pesakit, yang mana ianya terdiri daripada 13 buah pusat rawatan yang menjalankan rawatan sepenuh masa dan hanya 5 secara separuh masa.

Selain itu, 11 buah pusat rawatan lagi hanya mengambil bayaran dan sumbangan ikhlas. Daripada 11 buah pusat rawatan tersebut, 6 buah pusat rawatan Islam merawat secara sepenuh masa dan hanya 5 merawat secara separuh masa.

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa perawat yang menjalankan rawatan secara sepenuh masa perlu menetapkan kadar bayaran untuk menampung kos yang sedua ada oleh kerana tiada komitmen kerja yang lain. Golongan perawat sepenuh masa inilah yang paling banyak menertapkan harga bayaran berbanding perawat yang bergerak secara separuh masa. Perawat sepenuh masa menetapkan harga rawatan oleh kerana ingin menampung kos sedia ada, manakala perawat separuh masa mahu meningkatkan pendapatan. Rata-rata pusat rawatan ini adalah berbentuk bekam dan urutan, namun bagi perkhidmatan ruqyah dan gangguan, majoriti hanya pusat rawatan di kawasan bandar-bandar mengambil bayaran demi menampung kos yang tinggi bagi premis dan perjalanan rawatan.

Bagi perawat yang melakukan rawatan sepenuh masa dan memperoleh sumbangan ikhlas daripada pesakit pula, golongan ini majoriti daripada perawat-perawat yang sudah lama dalam bidang rawatan Islam dan mempunyai anak murid yang membantu. Namun, bagi yang melakukan rawatan secara separuh masa dan mengambil upah dengan cara ini, majoriti mereka mempunyai pendapatan dari sumber yang lain seperti sebagai kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya. Akhirnya, berkaitan dengan perawat yang merawat dan memperoleh pendapatan dengan bayaran ditetapkan dan sumbangan ikhlas, mereka biasanya menetapkan harga bagi produk, urutan dan bekam sahaja, dan sudah mendapat pendapatan tetap dari situ dan bagi masalah rohaniah dan spiritual, hanya berdasarkan sumbangan ikhlas sahaja.

Namun, segalanya adalah bergantung kepada niat dan komitmen perawat. Perawat yang meletakkan harga. Dengan menimbangkan di antara kos perjalanan perniagaan dan hasrat murni membantu orang di dalam kesusahan, para perawat perlulah bijak agar harga dan cas

(8)

yang dikenakan sepadan dengan kadar rawatan yang diberikan. Bayaran yang terbaik bukanlah bayaran yang seikhlas hati dari pesakit, tetapi bayaran yang setimpal dengan kerja perawat dan tidak menekan para pesakit. Bak kata pepatah, “tarik benang dalam tepung, tepung jangan berselerak, benang jangan putus.”

Kelima: Perpaduan Antara Pusat Rawatan Islam

Perpaduan dan kesatuan antara pusat rawatan Islam adalah suatu aspek yang amat kompleks dan banyak lagi penelitian yang perlu dilakukan. Menurut pemerhatian dan penyelidikan pengkaji, isu persatuan memainkan peranan penting dalam suasana terkini pusat rawatan Islam. Semua pusat rawatan Islam seperti contoh perlu berdatar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau persatuan yang diiktiraf, atau jika tidak akan dikenakan sejumlah denda oleh pihak berkuasa. Jadi, pendataran semua pusat rawatan Islam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bagus. Namun proses untuk mendatarkan pusat rawatan Islam juga amat rumit dan pusat rawatan Islam kini lebih terdedah dengan pelbagai kekangan. Bagi yang mahu berdatar dan berpesatuan, antara kekangan yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri, ialah pengasas sesebuah pusat rawatan Islam mesti mempunyai murid yang banyak mempraktikkan amalan dan kaedah rawatannya dan berkelayakan dalam merawat, yakni perlu menjadi guru ilmu perubatan Islam kepada sekalian anak murid sebelum layak untuk berdatar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi yang sudah berpersatuan pula, mereka perlu menghadirkan diri beberapa kali sebulan untuk menghadiri mesyuarat di ibu kota, dan jika tidak hadir sekian lama, maka keanggotaan sesebuah pusat rawatan itu akan dilucutkan. Hampir 30% daripada pengamal pusat perubatan Islam merungut akibat tekanan kerja merawat yang tidak mengenal masa dan aktiviti persatuan yang padat pada setiap bulan. Sesungguhnya, dengan wujudnya sebuah persatuan dan pertubuhan khusus untuk semua para pengamal perubatan adalah bagus, namun mengapa perlu dirumitkan perkara yang remeh. Hal ini perlu dinyatakan oleh kerana bukan semua para pengamal perubatan tinggal berdekatan dengan ibu kota selain jadul mengubati pesakit yang semakin ramai dari hari ke hari dan cukup padat.

Di samping itu juga, persatuan yang cuba diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua pengasas dan pengamal pusat perubatan Islam Malaysia, seperti contoh Gabungan Pengamal-Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) juga amat baik dalam memastikan kesatuan semua pusat-pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia. Gabungan Pengamal-Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) juga boleh menjadi tulang belakang dan wakil atau perantaraan yang bagus kepada semua pusat rawatan Islam dalam mengharungi apa-apa jua permasalahan yang mendatang.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, dalam satu-satu organisasi pusat perubatan Islam, ia mestilah telus dan ditubuhkan atas dasar berkhidmat untuk Allah SWT. Bak kata pepatah, “Jikalau kita mencari dunia, belum tentu kita akan berhasil mendapatkannya, akan tetapi, jika kita mencari akhirat, sudah pasti kita akan mendapat kedua-duanya sekali, dunia dan akhirat.”

(9)

Jikalau diimbas akan penubuhan sesebuah pusat perubatan Islam, memang mengandungi banyak punca dan berbagai sumber ilmu perubatan, akan tetapi, para perawat mestilah bijak dalam menilai dan mempraktikkan ilmu perubatan yang dimiliki dan dipelajari mahupun diwarisi, agar ia terhindar dari sebarang salah faham dan kemusykilan serta kehendak duniawi semata-mata.

RUJUKAN

Ibn Taymiyyah, Taqiy al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Halim bin Taymiyyah al-Harrani (1426H/2005M),

Majmu‘ al-Fatawa, ditahqiqkan oleh Anwar al-Baz dan ‘Amir al-Jazzar, al-Mansurah: Dar al-Wafa’. _____________ (t.t) Idah al-Dalalah i ‘Umum al-Risalah, al-Riyad: Maktabah al-Riyad al-Hadithah. Jazari, Abu al-Sa‘adat al-Mubarak bin Muhamad al- (1399H/1979M), al-Nihayah i Gharib al-Hadith wa

al-Athar, ditahqiq oleh Tahir Ahmad al-Zawi dan Mahmud Muhammad al-Tanahi, Beirut: al-Maktab al-‘Ilmiyyah

Khadher Ahmad & Rushdi Ramli, “Hukum Semasa Dalam Rawatan Islam: Isu Terhadap Pengamalan Kaedah “Scanning” Dalam Rawatan Penyakit Gangguan Makhluk Halus”, (Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa VII, 14 & 15 Disember 2011).

Khadher Ahmad (2012), “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Aplikasi Di Pusat Rawatan Islam Di Malaysia” (Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Khadher Ahmad dan Ishak Suliaman (2011), “Hadith-Hadith Mengenai Sihir dan Rawatannya Dalam al-Kutub al-Sittah: Satu Analisis Kualitatif ” dalam al-Bayan: Jurnal of al-Quran & al-Hadith, Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Musa bin Muhammad bin Jabir al-Fii, (t.t), Ahadith al-Sihr wa al-Ruqiyyah i al-Kutub al-Sittah: Riwayah wa Dirayah, (Tesis di al-Jami‘ah al-‘Alamiyyah al-Amrikiyyah (American’s International University), Beirut dibawah penyeliaan al-Husayn bin Muhammad Shawat.

Khadher bin Ahmad

Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Mohd Farhan Md Ariin

Pelajar Jabatan al-Quran dan al-Hadith Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Besaran dan satuan Mekanik merupakan materi praktikum fisika dasar I di LFD UNSRI. Tujuan dari Praktikum Besaran dan Mekanik ini adalah mahasiswa akan dapat memahami

Meski telah dijelaskan bahwa melakukan modifikasi kendaraan bermotor berarti telah melakukan penipuan ataupun telah terlibat dalam penadahan barang hasil kejahatan namun

teremar. Penularan melalui kulit terjadi pada aing tambang/ ankilostomiasis dan strongiloidiasis di mana telur terlebih dahulu menetas di tanah baru kemudian lar*a yang

Indikator karakter tang- gung jawab peserta didik yang teramati pada pertemuan 1 kelas kontrol adalah ke- sediaan peserta didik untuk membuang sampah pada tempat

Jenis_Kelamin 9 String Laki-Laki/Perempuan Tempat_Lahir 50 String Tanggal_Lahir 8 Date Alamat 150 String Kota 50 String Kode_POS 6 Long Nomer_Telepon 15 String

Pertanyaan penelitian yang muncul dalam penelitian ini adalah bagaimanakah pencapaian pe- serta didik dalam menyelesaikan tes kemampuan li- terasi matematika, penerapan

Keberadaan karikatur maupun gambar kartun dalam media massa cetak, khususnya pada majalah tidak hanya melengkapi artikel tulisan-tulisan dimajalah saja, tetapi juga

Menimbang bahwa terhadap eksepsi Termohon a quo, Mahkamah mempertimbangkan bahwa berkenaan dengan eksepsi perbaikan permohonan Termohon melewati tenggat waktu,