• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

3

LAPORAN PEMERIKSAAN RUMAH-RUMAH TERPILIH DI

KAMPUNG MORTEN, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

DISEDIAKAN OLEH:

DR. SR BRIT ANAK KAYAN (KETUA PENYELIDIK) DR. SR RODIAH ZAWAWI

DR. SR ZURAINI MD ALI ENCIK IMADUDDIN ABDUL HALIM

SR NOR HANIZA ISHAK

PENAJA:

PUSAT JARINGAN MASYARAKAT DAN INDUSTRI (CItRa), UNIVERSITI MALAYA

DENGAN KERJASAMA:

PERBADANAN MUZIUM NEGERI MELAKA (PERZIM), MELAKA WORLD HERITAGE SDN. BHD. (MWHSB)

DAN KOMUNITI KAMPUNG MORTEN, MELAKA

(2)

2

PENGHARGAAN

Penghargaan kepada Pusat Jaringan Masyarakat dan Industri (CItRa), Universiti Malaya selaku penaja program ini terutamanya kepada Puan Serina Abdul Rahman (Pengurus), Encik Muhammad Khairul Anuar bin Senin (Pegawai Projek) dan Puan Nurhafizah binti Jafri (Penolong Pendaftar) kerana telah banyak membantu dalam proses menjayakan program jalinan masyarakat ini. Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) terutama kepada Datuk Haji Khamis bin Haji Abas (Pengurus Besar), Puan Fadhilah binti Md Saleh, Puan Noor Azimah Md Ali, Puan Latifah Abdul Latif dan Encik Abdul Jamil bin Zainal. Ucapan terima kasih juga kepada Melaka World Heritage Sdn. Bhd. (MHWSB) terutamanya kepada Tuan Haji Rosli Haji Nor (Pengurus Besar). Sekalung penghargaan kepada komuniti Kampung Morten, Melaka kerana telah memberi kerjasama dalam aktiviti pemeriksaan rumah-rumah terpilih. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada para pelajar Tahun 3 Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya seterusnya kepada pihak Pengurusan Fakulti Alam Bina serta Pihak Pengurusan Universiti Malaya kerana telah memberikan sumbangan dalam menjayakan program ini.

(3)

3

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 2 Isi Kandungan 3 Senarai Jadual 4 Senarai Rajah 5 1.0 Pengenalan 7 1.1 Matlamat Program 8 1.2 Objektif Program 8 1.3 Kaedah Pemeriksaan 8

2.0 Ringkasan Laporan Dilapidasi 9

2.1 Sejarah Ringkas Kampung Morten, Melaka 10

2.2 Rumah Tuan Haji Joret bin Ali 11

2.3 Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim 15

2.4 Rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar 18

2.5 Rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin 22

2.6 Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani 26

2.7 Rumah Hajah Zaleka bte Mohd 30

2.8 Rumah Puan Salmah Bee bte Mamat 34

2.9 Rumah Puan Hajah Mariam binti Othman 38

3.0 Rumusan 42

(4)

4

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1: Rumah-rumah terpilih untuk pemeriksaan kecacatan. 7

Jadual 2.1: Menunjukkan kecacatan umum yang terdapat pada rumah Tuan Haji Joret bin Ali. 13

Jadual 2.2: Kecacatan pada Villa Sentosa. 16

Jadual 2.3: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar. 20

Jadual 2.4: Kecacatan pada rumah Datok Sidang Abdullah Ty Hussin. 24

Jadual 2.5: Kecacatan pada rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani. 28

Jadual 2.6: Kecacatan pada rumah Hajah Zaleka bte Mohd. 32

Jadual 2.7: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Salmah Bee bte Mamat. 36

Jadual 2.8: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Mariam Othman. 40

Jadual 3.1: Kecacatan dan panduan pembaikan umum bagi 8 buah rumah terpilih. 43

(5)

5

SENARAI RAJAH

Rajah 2.1: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Joret bin Ali. 11

Rajah 2.2: Pelan lantai bahagian utama rumah Tuan Haji Joret bin Ali (tidak mengikut skala). 12

Rajah 2.3: Pandangan hadapan Villa Sentosa. 15

Rajah 2.4: Pandangan hadapan rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar. 18

Rajah 2.5: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar (tidak mengikut skala). 19

Rajah 2.6: Pandangan Hadapan rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin. 22

Rajah 2.7: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin (tidak mengikut skala). 23

Rajah 2.8: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani. 26

Rajah 2.9: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani (tidak mengikut skala). 27

Rajah 2.10: Pandangan hadapan rumah Hajah Zaleka bte Mohd. 30

Rajah 2.11: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Zaleka bte Mohd (tidak mengikut skala). 31

Rajah 2.12: Pandangan hadapan rumah Puan Salmah Bee bte Mamat. 34

Rajah 2.13: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Salmah Bee bte Mamat (tidak mengikut skala). 35

Rajah 2.14: Pandangan hadapan rumah Puan Hajah Mariam Othman. 38

(6)

6

(7)

7

1.0

PENGENALAN

Projek pemeriksaan keadaan rumah-rumah terpilih (8 buah rumah warisan) di Kampung Morten, Melaka adalah di bawah Program Jalinan Masyarakat melalui peruntukan CItRa Community Engagement Grant 2013 (No. Geran: 2013 CE/5). Pemeriksaan rumah-rumah ini telah dijalankan melalui jalinan kerjasama antara 6 orang penyelidik daripada Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka World Heritage Sdn. Bhd. (MWHSB), komuniti Kampung Morten, Melaka dan 43 orang pelajar Tahun 3 Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, UM. Pemeriksaan ini telah dijalankan pada 26-27 Oktober 2013 ke atas rumah-rumah terpilih seperti di Jadual 1.1:

Jadual 1.1: Rumah-rumah terpilih untuk pemeriksaan keadaan bangunan.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

No. Rumah/Pemilik/Wakil Alamat

1. Rumah Tuan Haji Joret bin Ali 126, Kg. Morten, Melaka

2. Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim Villa Sentosa, Kg. Morten, Melaka 3. Rumah Puan Hajah Kamarbi binti Abu Bakar 135-A, Kg. Morten, Melaka 4. Rumah Datuk Sidang Abdullah Ty Hussin 54, Kg. Morten, Melaka 5. Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani 106, Kg. Morten, Melaka

6. Rumah Puan Hajah Zaleka bte Mohamad 110, Kg. Morten, Melaka

7. Rumah Puan Salmah Bee binti Mamat 59, Kg. Morten, Melaka

(8)

8 Laporan ini dibuat adalah bertujuan untuk menganalisa secara umum kerosakan rumah terpilih. Analisa keadaan keseluruhan rumah-rumah yang terpilih bertujuan memberi panduan pelan penyelenggaraan dan pembaikan rumah-rumah-rumah-rumah yang dipilih sebagai sampel pemeriksaan.

1.1

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama program ini ialah untuk menjalin kerjasama antara pihak UM (akademik), melalui sokongan, penyelarasan dan galakan terhadap penglibatan rakan industri dan komuniti. Hasil (output) daripada program ini disasarkan untuk menggalakkan, menyelaras dan meningkatkan aplikasi aktiviti program bagi keperluan praktikal rakan industri dan komuniti yang terlibat, terutamanya dalam memelihara bangunan warisan.

1.2

OBJEKTIF PROGRAM

Di bawah program ini, objektif yang telah digariskan adalah seperti berikut:

(a) Menjalin kerjasama antara sektor akademik, industri dan komuniti;

(b) Memeriksa keadaan semasa bangunan (rumah-rumah terpilih) bagi menilai keadaan semasa dan mengenalpasti kecacatan umum; dan (c) Memberi panduan penyelenggaraan dan pembaikan masa hadapan kepada pemilik-pemilik

1.3

KAEDAH PEMERIKSAAN

Pemeriksaan keadaan rumah-rumah yang terpilih dilakukan dengan pemerhatian visual terhadap keadaan dan tahap keusangan rumah-rumah terbabit menggunakan templat pemeriksaan keadaan bangunan (Rujuk Lampiran A). Kaedah ini adalah bagi mengenalpasti dan merekodkan kecacatan umum pada rumah-rumah terpilih melalui laporan dilapidasi.

(9)

9

2.0

RINGKASAN LAPORAN

(10)

10

2.0

RINGKASAN LAPORAN DILAPIDASI

2.1

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG MORTEN, MELAKA

Kampung Morten adalah sebuah Kampung Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan mempunyai keluasan seluas 12 ekar. Kampung ini dihuni oleh lebih kurang 600 orang penduduk yang berbangsa Melayu. Kampung ini telah diterokai oleh Datuk Othman Md Nor pada tahun 1922. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi ketua kampung secara rasmi semasa penubuhan Lembaga Kampung pada tahun 1922. Penduduk asal Kampung Morten adalah dari Kampung Jawa yang terpaksa berpindah kerana pelaksanaan pembangunan yang ketika itu dipenuhi dengan hutan bakau dan nipah.

Walaubagaimanapun, mereka tidak mempunyai wang untuk membeli tanah tersebut yang pada masa itu dimiliki oleh Abdullah Maarof dan Pak Khalil. Maka salah seorang penduduk telah berjumpa dan meminjam wang daripada Pegawai Daerah iaitu J. F. Morten setelah tuan tanah bersetuju untuk menjual tanah tersebut dengan harga RM10000.

Dalam perjumpaan semasa penubuhan lembaga itu, satu perbincangan telah diadakan untuk memberi nama pada kampung baru yang belum bernama itu. Nama-nama yang dicadangkan ialah Kampung Bunga, Kampung Tanjung Bunga dan Kampung Morten. Suara terbanyak memilih nama 'Kampung Morten' yang telah dicadangkan oleh Datuk Othman Md Nor sendiri dengan alasan bahawa ianya diambil sempena nama J. F. Morten sebagai mengenang jasa dan usahanya yang bersungguh-sungguh sehingga terbinanya Kampung Morten.

(11)

11

2.2

RUMAH TUAN HAJI JORET BIN ALI

Menurut Tuan Haji Joret bin Ali rumah ini (Rajah 2.1) telah dibina pada sekitar tahun 1922 dan berusia lebih kurang 91 tahun. Anggaran keluasan kawasan lantai rumah ini adalah 214m2. Dari segi gaya senibina, rumah ini mempunyai ciri-ciri rumah tradisional Melayu Melaka. Dinding, tiang dan lantai rumah ini dibina menggunakan kayu. Manakala bumbungnya pula dibina menggunakan atap zink. Antara ciri menarik yang ada pada rumah ini ialah struktur peran. Dulunya, peran digunakan sebagai ruang untuk penghuni. Walaubagaimanapun, ianya kini digunakan untuk menyimpan barang-barang. Rajah 2.2 menunjukkan pelan lantai rumah ini.

Rajah 2.1: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Joret bin Ali.

(12)

12

Rajah 2.2: Pelan lantai bahagian utama rumah Tuan Haji Joret bin Ali (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2.

3. 4.

(13)

13 Pada keseluruhan, rumah ini masih berkeadaan baik. Kecacatan biasa yang terdapat pada rumah ini adalah serangan anai-anai, kebocoran dan pergerakan tanah (Jadual 2.1).

Jadual 2.1: Kecacatan umum yang terdapat pada rumah Tuan Haji Joret bin Ali.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Papan lantai reput diserang anai-anai.

2. Kayu alang reput akibat lembapan

(14)

14

3. Lembapan pada siling akibat kebocoran

air bertakung.

4. Tiang condong akibat keadaan

pergerakan tanah (hanya satu tiang yang condong dan bukan keseluruhan façade).

(15)

15

2.3

RUMAH TUAN HAJI IBRAHIM HAJI HASHIM (VILLA SENTOSA)

Menurut pemilik rumah iaitu Tuan Haji Hashim bin Dato Demang Haji Abdul Ghani, Villa Sentosa (Rajah 2.3) telah dibina pada kira-kira suku pertama abad ke 20 dengan pengaruh reka bentuk “bumbung limas Melaka”. Pada masa kini rumah ini dijadikan muzium peribadi oleh pemilik sekarang. Villa Sentosa turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri kerana pembinaannya berkait rapat dengan “Akta Pembaharuan Tanah British 1920”. Sebagaimana fungsinya sekarang sebagai muzium, rumah ini mempunyai koleksi almari, persalinan Melayu tradisional, perabot lama, senjata lama dan banyak lagi barang antik yang dipamerkan di dalam rumah ini.

(16)

16

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Pada keseluruhannya, keadaan semasa Villa Sentosa adalah pada tahap memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat kecacatan biasa termasuklah pereputan (gelegar kayu) dan pengelupasan cat pada elemen rumah (Jadual 2.2).

Jadual 2.2: Kecacatan pada Villa Sentosa.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Kayu gelegar reput akibat lembapan.

2. Pereputan dan cat menggelupas akibat

(17)

17

3. Cat pada dinding simen terkupas.

4. Cat pada dinding kayu terkupas kerana

terdedah kepada cuaca.

(18)

18

2.4

RUMAH HAJAH KAMARBEE BINTI HAJI ABU BAKAR

Rumah tradisional Melayu Melaka ini dimiliki oleh Puan Hajah Kamarbee bte Haji Abu Bakar. Rumah ini (Rajah 2.4) terletak di 135-A, Kampung Morten, 75350, Melaka. Rumah ini dibina pada tahun 1945 dan telah diubahsuai sebanyak dua kali pada tahun 1963 dan 1996. Ubahsuai yang pertama pada tahun 1963 dilakukan pada bahagian belakang rumah dengan menambah ruang dapur. Kawasan yang ditambah untuk dapur dibina pada aras tanah dengan menggunakan batu-bata sebagai dinding dan zink sebagai bumbung. Ubahsuai yang kedua pada tahun 1996 adalah pada tangga masuk utama. Pada asalnya ia terletak pada sebelah kiri rumah dan diubah kepada bahagian hadapan rumah pelan lantai rumah adalah seperti pada Rajah 2.5.

(19)

19

Rajah 2.5: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar (tidak mengikut skala).

1.

2. 3.

(20)

20

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Pada keseluruhannya, rumah ini berkeadaan baik. Walaupun begitu, hasil pemeriksaan mendapati terdapat rekahan pada bahagian sambungan rumah, pengelupasan cat dan pereputan kayu (Jadual 2.3).

Jadual 2.3: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Kamarbee binti Haji Abu Bakar.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Rekahan antara sambungan dinding

simen dan rasuk kayu.

2. Cat dan simen plaster pada dinding

(21)

21

3. Pereputan pada kayu kekuda bumbung

kerana terdedah kepada keadaan bilik air yang sentiasa lembap dan basah.

4. Sebahagian daripada ukiran pada

bumbung mengalami pereputan akibat terdedahnya kepada cuaca panas dan lembap.

(22)

22

2.5

RUMAH DATOK SIDANG ABDULLAH TY HUSIN

Rumah yang dimiliki oleh Datok Sidang Abdullah Thamby Husin ini terletak di No 54, Lorong Tun Mamat 3, Kampung Morten, Melaka

(Rajah 2.6). Reka bentuk rumah ini menggambarkan ciri-ciri rumah tradisional Melayu Melaka dengan reka bentuk bumbung dan tangga yang

biasa terdapat pada rumah-rumah tradisional Melayu Melaka yang lain. Rumah ini telah dibina pada tahun 1922 menjadikan umur rumah ini lebih kurang 91 tahun sekarang. Keluasan lantai pula adalah dianggarkan sebanyak 51.9m2 (Rajah 2.7). Rumah ini masih berkeadaan seperti asal kerana tidak ada pengubahsuaian dilakukan.

Rajah 2.6: Pandangan Hadapan rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin.

(23)

23

Rajah 2.7: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Datok Sidang Abdullah Ty Husin (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2. 3.

(24)

24 Secara keseluruhan, rumah ini masih dalam keadaan baik. Namun, harus diberi perhatian bahawa terdapat pereputan bahan kayu akibat serangan anai-anai, kecacatan biasa seperti cat tertanggal dan lembapan (Jadual 2.4).

Jadual 2.4: Kecacatan pada rumah Datok Sidang Abdullah Ty Hussin.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Pereputan akibat serangan anai-anai

pada sambungan antara alang kayu dan tiang simen.

2. Pereputan akibat serangan anai-anai

pada sambungan antara alang kayu dan dinding kayu.

(25)

25

3. Cat pada bahagian tepi dan depan tangga

luntur.

4. Pereputan kayu akibat terdedah kepada

cuaca.

(26)

26

2.6

RUMAH TUAN HAJI ALI BIN HAJI ABDUL GHANI

Rumah yang dimiliki oleh Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani ini terletak di 106, Kampung Morten, Melaka Bandaraya Bersejarah (Rajah 2.8). Menurut pemiliknya, rumah ini telah dibina pada tahun 1980-an. Dengan itu rumah ini boleh dikira masih baru dari segi usia berbanding dengan rumah-rumah lain di lokasi pemeriksaan. Pelan lantai rumah ini adalah seperti pada Rajah 2.9.

Rajah 2.8: Pandangan hadapan rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani.

(27)

27

Rajah 2.9: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani (tidak mengikut skala).

1.

2.

3.

(28)

28

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

Pemeriksaan ke atas rumah ini mendapati ianya berkeadaan baik. Namun begitu, terdapat rekahan pada elemen rumah serta serangan anai-anai pada struktur kayu (Jadual 2.5).

Jadual 2.5: Kecacatan pada rumah Tuan Haji Ali Abdul Ghani.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Rekahan pada dinding akibat keadaan

tanah yang tidak rata.

2. Rekahan pada dinding akibat keadaan

(29)

29

3. Serangan anai-anai pada tiang kayu yang

senget akibat keadaan tanah yang tidak rata.

4. Rekahan di bahagian sambungan antara

(30)

30

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

2.7

RUMAH HAJAH ZALEKA BTE MOHD

Rumah yang dimiliki oleh Puan Hajah Zaleka bte Mohd ini terletak di No 110, Kampung Morten, Melaka (Rajah 2.10). Sejarah rumah ini mempunyai kronologi yang menarik. Ini kerana menurut tuan rumah, ianya telah dipindahkan dari tapak asal berhadapan Sungai Melaka untuk mengelakkannya daripada rosak akibat banjir. Ketika proses pemindahan dilakukan, bahagian-bahagian utama rumah dibuka satu persatu dan ditanda untuk memudahkan pemasangan semula rumah. Kemudian kesemua bahagian-bahagian tadi dipasang semula seperti asal di tapak rumah yang ada sekarang. Pelan lantai rumah ini adalah seperti pada Rajah 2.11.

(31)

31

Rajah 2.11: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Hajah Zaleka bte Mohd (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1. 2.

3. 4.

(32)

32 Hasil pemeriksaan mendapati rumah dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun, terdapat lembapan pada siling, pereputan pada struktur bahan kayu (Jadual 2.6).

Jadual 2.6: Kecacatan pada rumah Hajah Zaleka bte Mohd.

No. Gambar Kecacatan Umum

(33)

33

(34)

34

4. Keadaan bawah daun pintu yang rosak

akibat pereputan.

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

2.8

RUMAH PUAN SALMAH BEE BTE MAMAT

Rumah yang terletak di No 59, Kampung Morten, Melaka (Rajah 2.12) ini dimiliki oleh Puan Salmah Bee bte Mamat. Rumah ini menurut pemiliknya pernah mengalami proses pembaikan setelah terbakar pada kira-kira 21 tahun yang lalu. Menurut pemiliknya lagi, sebahagian besar bahagian yang terjejas diganti dengan bahagian baru yang dibeli daripada pelbagai tempat. Bahan yang digunakan untuk membina rumah ini sebahagian besarnya adalah kayu, hanya tangga utama menggunakan konkrit. Keluasan lantai rumah ini adalah kira-kira 41.04m2 (Rajah 2.13).

(35)

35

Rajah 2.12: Pandangan hadapan rumah Puan Salmah Bee bte Mamat.

(36)

36

Rajah 2.13: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Salmah Bee bte Mamat (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1.

2.

3. 4.

(37)

37 pada keseluruhan rumah (Jadual 2.7).

Jadual 2.7: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Salmah Bee bte Mamat.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

2. Serangan anai-anai pada sebahagian

(38)

38

3. Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

4. Serangan anai-anai pada sebahagian

besar struktur rumah.

(39)

39 Rumah yang dimiliki oleh Puan Hajah Mariam binti Othman ini dibina pada tahun 2009 (Rajah 2.14). Walaupun ia masih baru namun rumah ini dibina dengan ciri-ciri tradisional. Fungsi rumah ini adalah ianya digunakan sebagai homestay. Berdasarkan pemeriksaan yang telah dilakukan, keluasan lantai rumah ini adalah 93m2 (Rajah 2.15).

Rajah 2.14: Pandangan hadapan rumah Puan Hajah Mariam Othman.

(40)

40

Rajah 2.15: Pelan lantai keseluruhan bahagian rumah Puan Hajah Mariam Othman (tidak mengikut skala).

Sumber: Kajian lapangan, 2013.

1. 2. 3.

(41)

41 Puan Hajah Mariam Othman. Antaranya ialah kerosakan daun tingkap, reputan pada komponen kayu yang terdedah kepada elemen cuaca.

Jadual 2.8: Kecacatan pada rumah Puan Hajah Mariam Othman.

No. Gambar Kecacatan Umum

1. Kemasan pada tingkap kayu yang rosak

akibat terdedah kepada cuaca dan persekitaran.

2. Reputan akibat terdedah kepada

lembapan dan penggunaan kayu yang muda dan tidak sesuai pada bahagian bendul.

(42)

42

3. Reputan akibat terdedah kepada

lembapan dan penggunaan kayu yang muda dan tidak sesuai pada bahagian bendul.

4. Reputan akibat terdedah kepada

lembapan dan penggunaan kayu yang muda dan tidak sesuai pada bahagian bendul.

(43)

43

(44)

44

3.0

RUMUSAN

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan kecacatan umum yang terdapat pada rumah-rumah terpilih dan panduan pembaikan umum. Antara kecacatan

umum yang terdapat pada rumah-rumah yang telah diperiksa adalah serangan anai-anai, pereputan kayu, struktur rumah tidak sekata, kebocoran dan pengelupasan cat. Hasil dari pemeriksaan, bahagian rumah-rumah yang terjejas memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan adalah berdasarkan tahap keusangan dan kecacatan.

Jadual 3.1: Kecacatan umum dan panduan penyelenggaraan dan pembaikan bagi 8 buah rumah terpilih.

Bil Kecacatan Umum Rumah-Rumah Terpilih Panduan Penyelenggaraan dan Pembaikan

1. Serangan anai-anai Jika ia melibatkan struktur utama rumah, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan. 2. Pereputan kayu Struktur-struktur yang tidak kukuh perlu diperiksa secara berkala

3. Struktur rumah tidak sekata (senget/condong) Jika ia melibatkan struktur utama rumah, pemeriksaan lebih terperinci diperlukan. 4. Kebocoran Pemeriksaan struktur bumbung dan lapisan penutup atap secara berkala.

5. Pengelupasan cat Pengecatan secara berkala menggunakan cat yang bersesuaian dengan bahan.

(45)

45 rumah yang diperiksa berkeadaan baik dan sederhana baik. Walaubagaimanapun, penyelenggaraan secara berkala perlu dilaksanakan berdasarkan tahap keusangan sesebuah rumah tersebut.

Jadual 3.2: Keadaan keseluruhan bagi 8 buah rumah terpilih.

No. Rumah/Pemilik/Wakil Keadaan Keseluruhan

1. Rumah Tuan Haji Joret bin Ali Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

2. Rumah Tuan Haji Ibrahim Haji Hashim Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala 3. Rumah Puan Hajah Kamarbi binti Abu Bakar Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

4. Rumah Datuk Sidang Abdullah Ty Hussin Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki 5. Rumah Tuan Haji Ali bin Haji Abdul Ghani Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki 6. Rumah Puan Hajah Zaleka bte Mohamad Baik - Terdapat beberapa kecacatan kecil yang perlu diperbaiki

7. Rumah Puan Salmah Bee binti Mamat Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala 8 Rumah Puan Hajah Mariam Othman Sederhana - Perlu pembaikan segera dan diselenggarakan secara berkala

(46)

46

4.0 LAMPIRAN

A: Templat Pemeriksaan

B: Borang Kaji Selidik (Masuk)

C: Borang Kaji Selidik (Keluar)

Referensi

Dokumen terkait

Unit Rekam Medis Rumah Sakit USADA Sidoarjo telah menghasilkan informasi internal rumah sakit yang sesuai dengan Pedoman Penyelenggaraan Rekam Medis Rumah Sakit di

Pada umumnya rumah-rumah tradisional Jawa yang terdapat di Kampung Kauman dimiliki oleh orang kebanyakan (rakyat biasa) tidak memakai atau tidak dilengkapi dengan

Disetiap Rumah Sakit Umum di Yogyakarta terdapat juga sarana pelayanan kesehatan untuk ibu dan anak, biasanya ditempatkan di suatu area dari bangunan Rumah Sakit tersebut yang

Kesimpulan : tidak terdapat perbedaan kepuasan yang bermakna antara pasien peserta BPJS Kesehatan dengan pasien umum terhadap pelayanan kesehatan di Rumah Sakit Umum

Menggunakan struktur rangka tiang kayu sebagai upaya adaptasi dengan iklim dan geografi. Tiang pada rumah tipe 1 dari konstruksi kayu seumantok dan pondasi umpak yang

Rumah Susun Jetisharjo dengan konsep Green Landscape (CABE, 2016) dan Green Facade (City of Melbourne) ini merupakan penataan kawasan permukiman yang terdapat pada

Menggunakan struktur rangka tiang kayu sebagai upaya adaptasi dengan iklim dan geografi. Tiang pada rumah tipe 1 dari konstruksi kayu seumantok dan pondasi umpak yang ditanam

Terdapat beberapa sarana/fasilitas kesehatan di Provinsi Gorontalo tahun 2018 terdapat 13 unit Rumah Sakit yang terdiri dari 9 Rumah Sakit Umum Daerah RSUD dan 4 Rumah Sakit Swasta yang