• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

MS 1S0 9002

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SEMAMBU

25350 KUANTAN

(Tel. 09-5655300/429/430 ; Faks 09-5663104)

www.polisas.edu.my

Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:-

a) Maklumat Am

b) Maklumat Pendaftaran

c) Borang-borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini,

fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

2. Lengkapkan

semua borang-borang pendaftaran (BHHP1 – BHHP8) yang

terdapat dalam buku ini. (BHHP6, BHHP7 & BHHP8 untuk yang ditawarkan

asrama sahaja)

3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada

hari pendaftaran.

(2)

PERINGATAN:

1.

YURAN PENGAJIAN & YURAN KAMSIS

Cara bayaran melalui Slip Wang Tunai Masuk.

Bank :

BANK SIMPANAN NASIONAL

Nama Akaun: POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

No. Akaun :

0610029000312275

TULIS NAMA, NO. K.P. & KURSUS PADA SLIP WANG TUNAI MASUK.

SILA BAWA SEMUA SALINAN SLIP WANG TUNAI

MASUK PADA HARI PENDAFTARAN.

2.

YURAN PENDAFTARAN

Cara bayaran melalui Slip Wang Tunai Masuk.

Bank:

MALAYAN BANKING BERHAD

Nama akaun:

KOPERASI POLISAS BHD.

No. akaun:

556169000438

TULIS NAMA, NO. K.P. DAN KURSUS PADA SLIP WANG TUNAI MASUK.

DAN KREDITKAN KE DALAM AKAUN DI ATAS .

BAWA SEMUA SALINAN SLIP WANG TUNAI MASUK

PADA HARI PENDAFTARAN

Nota

:

(3)

A.

M A K L U M A T A M

Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS

Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini.

Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik.

2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Semakan DOKUMEN ASAL akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua dokumen asal yang dikehendaki oleh POLISAS pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan DITOLAK sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang pendaftaran yang disertakan sebelum diserahkan kepada POLISAS semasa pendaftaran.

3. YURAN & BAYARAN LAIN

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum datang mendaftar pada hari pendaftaran. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak dibenarkan.

1. Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah.

a. Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian, Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran. Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya.

b. Slip bayaran bank yang telah dibuat perlu dibawa untuk ditunjukkan semasa pendaftaran nanti. Sila catatkan nama, no kad pengenalan dan nama kursus di setiap Slip Bank anda.

c. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskan sebarang bayaran pada hari pendaftaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima.

d. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta,

DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS. Surat atau dokumen asal pengesahan penaja hendaklah dibawa bersama surat pengesahan penajaan semasa mendaftar. Pelajaryang tidak ditanggung oleh penaja atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja ataupun dalam proses permohonan kepada penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar.

(4)

YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DAN BAYARAN PENDAFTARAN 3.1 PELAJAR BARU KURSUS SIJIL DAN DIPLOMA SEMESTER 1

(LULUSAN SPM)

KURSUS BAYARAN 1 BAYARAN 2 BAYARAN 3 YURAN PENGAJIAN YURAN

ASRAMA (jika ditawarkan)

BAYARAN PENDAFTARAN

DKA, DSB, DUT, DKE, DKM, DAD, DTK, DEP

RM200.00 RM60.00 RM522.00 DAT, DLS, DEC,DSK RM200.00 RM60.00 RM582.00 DTM RM200.00 RM60.00 RM532.00

3.2 PELAJAR BARU KURSUS DIPLOMA (LULUSAN SIJIL POLITEKNIK KPT) DAN PROGRAM BRIDGING (LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI)

KURSUS BAYARAN 1 BAYARAN 2 BAYARAN 3

Sila rujuk kod kursus pada surat tawaran YURAN PENGAJIAN YURAN ASRAMA (jika ditawarkan) BAYARAN PENDAFTARAN

PKA, PKE, PTK, PUT, PSB, PKM RM200.00 RM60.00 RM303.00 PTM RM200.00 RM60.00 RM314.00 PAT RM200.00 RM60.00 RM364.00 QKA, QKE, QUT, QKM, QSB, RKA, RKE, RUT, RKM, RSB, RM200.00 RM60.00 RM318.00 QTM, RTM RM200.00 RM60.00 RM329.00 QAT, RAT RM200.00 RM60.00 RM379.00 BTK RM200.00 RM60.00 RM486.00 BTM RM200.00 RM60.00 RM497.00 CARA BAYARAN Cara Bayaran 1 Bank-in ke dalam akaun no.

0610029000312275 atas nama “Politeknik Sultan Haji

Ahmad Shah” di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Cara Bayaran 2 Bank-in ke dalam akaun no. 0610029000312275 atas nama

“Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah” di Bank Simpanan

Nasional (BSN)

Cara Bayaran 3 Bank-in ke dalam akaun nombor 556169000438 atas nama “Koperasi Polisas Berhad” di Malayan Banking

Berhad (MBB) PERHATIAN:

Ketiga-tiga slip bayaran iaitu Bayaran 1 (BSN), Bayaran 2 (BSN) dan Bayaran 3 (MBB) perlu dibuat secara berasingan. 3 salinan slip yang telah dibuat bayaran tersebut perlu dibawa

pada hari pendaftaran nanti.

Nama Kursus :

Diploma (Lulusan Sijil Politeknik KPT) – Sila rujuk kod kursus pada surat tawaran

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka. DKA – Diploma Kejuruteraan Awam

DSB – Diploma Seni Bina DUT – Diploma Ukur Tanah

DKE – Diploma Kejuruteraan Elektronik DTK – Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer DKM - Diploma Kejuruteraan Mekanikal

DAT – Diploma Akauntansi DEC- Diploma eDagang

DLS – Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan DSK - Diploma Sains Kesetiausahaan

(5)

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Bagi pelajar yang tidak ditawarkan untuk tinggal di Kamsis, adalah menjadi tanggungjawap pelajar sendiri untuk mencari tempat tinggal. Pelajar yang tidak mendapat tawaran asrama tetapi ingin tinggal berhampiran kampus akan diberikan satu senarai pengusaha yang menyewakan tempat tinggal kepada pelajar. Pelajar hendaklah berurusan terus dengan pengusaha berkenaan mengenai kemudahan-kemudahan dan kadar sewaan.

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS POLISAS sila bawa:

a. Kain selimut.

b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai).

c. Sarung bantal berukuran 60 cm x 45 cm (2 helai).

d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam.

e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln.

f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah)

g. 1 keping gambar berukuran kad pengenalan.

h. Borang BHHP-6 , BHHP-7 (2 salinan) dan BHHP-8 yang diisi dengan lengkap.

i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa di kamsis.

j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam.

5. BANTUAN KEWANGAN

POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan yang disertakan.

6. RUPADIRI

Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS.

Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian

semasa aktiviti kokurikulum.

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.

(6)

6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

6.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK

dibenarkan.

c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam.

f. Berseluar ‘slack’. g. Berkasut dan berstokin.

h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

6.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi. b. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU TIDAK MENUTUPI TELINGA TIDAK MENUTUPI DAHI

6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

6.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.

b. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.

c. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ‘T’ tidak berkolar TIDAK

dibenarkan.

d. Berseluar yang tidak ketat.

e. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.

6.2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan TIDAK

dibenarkan.

(7)

6.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

LELAKI PEREMPUAN BAJU JENIS T-SHIRT BERKOLAR DAN BERLENGAN PENDEK KEMEJA BERLENGAN PENDEK/PA NJANG

BAJU MELAYU BAJU KURUNG BAJU KURUNG MODEN PAKAIAN KASUAL

CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

CALON SISWA CALON SISWI

MUSLIM

CALON SISWI BUKAN MUSLIM

CALON SISWI BUKAN MUSLIM

(8)

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6.

7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira boleh juga dibeli dikedai koperasi).

7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun).

Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian di

POLISAS. Tempoh pengajian bagi kursus sijil adalah selama 2 tahun (4 semester) dan kursus diploma selama 3 tahun (6 semester). Manakala kursus diploma integrasi, bagi lepasan sijil politeknik adalah selama 1 tahun (2 semester). Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asrama adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja).

Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM) Butiran

Asrama Luar Asrama YURAN

a. Yuran Pengajian RM200/semester b. Bayaran Lain (sepanjang pengajian) i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan

SPM/SPMV

ii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik

400.00 500.00 400.00 500.00 350.00 PENGINAPAN

(Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsi sebuah rumah dengan purata sewa RM400.00/bulan) 60.00/sem 120.00 40 X 12 480.00 PENGANGKUTAN

(Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9 270.00 MAKAN

RM8.00/hari X 9 bulan 2160.00 2160.00 *BUKU & ALAT TULIS 150.00 150.00

JUMLAH 3330.00 3690.00 3540.00

Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9 bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester.

Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria.

* Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah.

(9)

B. P AN D U AN P E N D A F T A R A N P E L A J A R B AR U

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam surat iringan. Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADAHARI PENDAFTARAN:-

2.1 Dokumen-dokumen ASAL yang berikut:- a. Kad Pengenalan,

b. Surat Tawaran ke Politeknik,

c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V), d. Sijil Berhenti Sekolah,

e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan

(terutamanya yang mewakili negara dan negeri), f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan),

g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(i) Borang Maklumat Peribadi Pelajar – BHHP1, (ii) Laporan Pemeriksaan Doktor– BHHP2; (ii) Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – BHHP3;

(iii) Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – BHHP4; (iv) Akuan Pelajar – BHHP5;

(v) Borang Kamsis BHHP6 ,BHHP7 dan BHHP-8. (vi) Aku Janji Pelajar

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, anda tidak layak didaftarkan)

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan bawa semua salinan slip Wang Tunai Masuk semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja tidak dicetak komputer, perlu dapatkan pengesahan dari pihak bank berkenaan.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya andaberhenti dari menjadi pelajar POLISAS.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

2.3 Enam keping gambar warna yang terbaru berukuran kad pengenalan tidak termasuk gambar pada borang BHHP. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

(10)

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajar-pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi Pelajar- pelajar-pelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan.

b) Berkasut* serta berstokin.

c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang. ( * Sila rujuk Maklumat Am – Bahagian 6 – Rupadiri).

(11)

3. PROSEDUR PENDAFTARAN

Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajar ditawarkan tinggal di Kamsis, anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis.

(12)
(13)

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pelajar lelaki dikehendaki membawa SELUAR SLACK HITAM dan pelajar perempuan membawa KAIN SARUNG HITAM untuk digunakan semasa mengikuti Program Minggu Suai Kenal.

5.2 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Suai Kenal (MSK).

Sila rujuk aturcara Minggu Suai Kenal seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan Pelajar POLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)

(14)

ARAHAN

1.

Lalu-lintas dan Tempat Letak Kenderaan

Peringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, sila

ke tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawa

kenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan

lalu-lintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaan

sahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas di

sepanjang hari pendaftaran.

2.

Yuran Pengajian dan Yuran Asrama

Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar

melalui Slip WANG TUNAI MASUK yang disertakan (secara berasingan) di

mana-mana cawangan

BANK SIMPANAN NASIONAL

sebelum hari

pendaftaran

.

Sila pastikan pada slip berkenaan maklumat yang tertulis

adalah betul sebelum membuat bayaran. Pastikan sekali lagi Nombor Akaun

yang

tertulis

adalah

sama

seperti

Nombor

Akaun

ini:

0610029000312275.

Ingat! sebarang bayaran yang telah dibuat tidak

akan dikembalikan apabila calon telah mendaftar.

3.

Borang BHHP.

Calon dikehendaki melengkapkan semua borang BHHP yang disediakan

sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan

di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.

4.

Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual “DAFTAR SECARA ON-LINE”)

Sila layari website POLISAS,

www.polisas.edu.my

untuk pendaftaran secara

atas talian (

on-line

). Pendaftaran ini boleh dibuat selepas

dua hari dari

tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jika ditawarkan) dan yuran

pendaftaran yang telah dibuat di bank-bank berkenaan.

5.

Yuran Pendaftaran.

Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui Slip WANG TUNAI MASUK

Maybank yang disertakan di mana-mana cawangan Maybank dengan

jumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku

Panduan Pendaftaran.

6.

Dokumen Asal

Calon-calon hendaklah memastikan semua dokumen asal dibawa semasa

pendaftaran. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang telah ditetapkan.

Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah meninggalkan

kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.

7.

Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai.

(15)

K A M S I S A D E W A N S R I M A K M U R P I N T U M A S U K P O L IS A S D A R I K U A N T A N M A S J I D J A G A K A M S I S C B A N G U N A N P O L I S A S L A L U A N T E M P A T L E T A K K E R E T A K A M S IS C P E T U N J U K JA B A T A N K E J U R U T E R A A N E L E K T R I K

P

T E M P A T L E T A K K E R E T A

P

P

P E R H A T I A N : P E N D A F T A R A N A S R A M A H A N Y A D I K A M S I S A D A N K A M S IS C S A H A J A .

P

P

L A L U A N K E L U A R L A L U A N T E M P A T L E T A K K E R E T A K A M S IS A

PELAN LALUAN

KE TEMPAT LETAK KERETA

POLISAS

HARI PENDAFTARAN

(16)

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri.

1. Dokumen-Dokumen Asal

(PERINGATAN: Kegagalan membawa dokumen-dokumen ASAL akan mengakibatkan pendaftaran anda DITOLAK)

1.1 Kad Pengenalan

1.2 Surat Tawaran ke Politeknik

1.3 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

1.4 Dokumen-dokumen/Sijil-sijil Kokurikulum (jika berkaitan - terutamanya yang mewakili negari dan negera)

1.5 Sijil Berhenti Sekolah

1.6 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

1.7 Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi a) BHHP1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR b) BHHP2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR c) BHHP3 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG d) BHHP4 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN e) BHHP5 : AKUAN PELAJAR

f) BHHP6 : IKRAR KAMSIS

g) BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

h) BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3 ORANG SE BILIK

1.8 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa

2. Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM200.00 atas nama

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. (Yuran Pengajian sahaja) Salinan Slip Wang Tunai Masuk berjumlah RM60.00 atas nama

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.(Yuran Asrama Sahaja)

Slip Wang Tunai Masuk MALAYAN BANKING BERHAD untuk

Yuran Pendaftaran & MSK

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, ini ditekankan lagi bahawa pengetahuan dan penguasaan yang mantap dalam bidang perakaunan perlu bagi menyaliut cabaran yang bakal mereka hadapi sekiranya mereka tidak

dihasilkan oleh agensi ukur tanah. Sebagai contohnya, Sistem Pendigitan Pelan Berkomputer dan alat ukuran kaedah berdigit telah digunakan oleh agensi ukur tanah di

4.24 Jawapan responden bagi item saya berminat untuk bekeija di 53 dalam sektor swasta yang berkaitan dengan bidang ukur tanah. 4.25 Jawapan responden bagi item sama ada saya

Sejumlah 32.0% pelajar-pelajar memberi respon yang (KS) terhadap item 2 dalam persoalan kajian 1 dengan nilai min 3.57. b) Kenyataan di atas di sokong pula dengan item 9 di

Kaedah pembelajaran yang lengkap dan menarik perlu digunakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar Politeknik terutamanya pelajar Diploma Kejuruteraan Awam supaya mereka

Sebagai makluman, penyertaan kontinjen Roboteam PSIS pada tahun 2016 adalah dalam 5 kategori yang dipertandingkan iaitu SimuroSot ,MiroSot, AndroSot, Robosot, dan Mybot.. Kilauan

Konsep rekabentuk 1 ini mengunakan paddock stand yang dicipta melalui besi paip untuk menahan beban superbike.. ii) Dapat mengangkat setiap jenis motor walaupun saiz swing arm

Berita Harian, 14 Februari 2017 Jadual 1: Perbandingan Tahap Kepuasan Pelanggan di antara Perkhidmatan Teksi dan Uber/Grab Aspek yang dinilai Teksi Uber/Grab Kepuasan pelanggan