• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH MULTI-USE PADDOCK STAND NAMA AHLI KUMPULAN MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSDI (02DAD15F1034)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH MULTI-USE PADDOCK STAND NAMA AHLI KUMPULAN MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSDI (02DAD15F1034)"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

MULTI-USE PADDOCK STAND

NAMA AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSDI

(02DAD15F1034)

MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN KURUMAN

(02DAD15F1010)

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

(2)

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : MULTI-USE PADDOCK STAND SESI : JUN 2017

1. Kami, 1. MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSDI (02DAD15F1034)

2. MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN KURUMAN (02DAD15F1010)

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal,

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

(Selepas ini dirujuk sebagai “Politeknik tersebut’)

2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma

Kejuruteraan Mekanikal kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui Oleh yang tersebut;

a) MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSDI ……… (No. Kad Pengenalan:-971120-14-6517) MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSDI

b) MUHAMMAD ALIF ASYRAF ……… BIN KURUMAN MUHAMMAD ALIF

(No. Kad Pengenalan:-970923-06-5329) ASYRAF BIN KURUMAN

Di hadapan saya, EN MOHD RIDHUAN ……… BIN ISMAIL EN MOHD RIDHUAN

(3)

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kehadrat illahi kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan projek akhir kami iaitu Multi-use Paddock Stand. Jasa orang di sekeliling kami adalah sangat besar. Terutamanya, kami mengucapkan ribuan berterima kasih kepada penyelia kami iaitu Encik Mohd Ridhuan bin Ismail untuk panduan ilmiah, galakan dan pengawasan yang cermat sekali, perhatian yang terperinci, dan cadangan untuk penambahbaikan semasa penyediaan projek ini. Segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami merupakan satu ilmu yang baru kepada kami untuk meneruskan usaha dalam menyiapkan projek kami. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah kerana memberi kami peluang untuk menggunakan kelengkapan peralatan yang berada di bengkel untuk menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli keluarga kami kerana telah membantu dari segi kewangan, sokongan dan dorongan demi menyiapkan projek ini . Kerjasama yang kuat dari ahli kumpulan juga telah memudahkan lagi perjalanan projek ini untuk dilaksanakan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga pada rakan rakan yang telah memberi sedikit sebanyak idea dan memberi kritikan yang membuatkan kami lebih semangat untuk menyiapkan projek ini dengan baik. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menyiapkan projek Multi-use Paddock Stand. Semoga dicucuri limpahan rahmat terhadap mereka yang terlibat.

(4)

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i

PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii

PENGHARGAAN iii

KANDUNGAN iv

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Projek 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Objektif 1.4 Skop 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Kajian Terdahulu 2.3 Teori

2.4 Kajian spesifikasi rekabentuk sedia ada 2.5 Kajian komponen yang akan digunakan

2.6 Kesimpulan

3.0 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 3.2 Carta Alir

3.3 Konsep Kerja PRIME

3.3.1 Penyataan Masalah (P) 3.3.2 Penyelidikan (R)

3.3.3 Rekacipta (I) i. Percambahan idea

a. Analisis Konsep Rekabentuk ii. Pemilihan idea

a. Jadual Penilaian Bermatrik b. Lukisan berbantu komputer iii. Pemilihan bahan

a. Anggaran kos iv. Pembuatan

(5)

3.3.4 Pengubahsuaian (M)

i. Pengubahsuaian rekabentuk / sistem ii. Pengujian semula

3.3.5 Penilaian (E) i. Pengujian

ii. Pengrekodan data 3.4 Kesimpulan

4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

4.2 Keputusan projek / kajian / produk

4.3 Perbincangan berdasarkan keputusan dan analisis ( faktor-faktor yang mempengaruhi data/kebaikan dan kelemahan projek/perbandingan kajian terdahulu)

4.4 Kesimpulan

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Dapatan projek 5.3 Kesimpulan

5.4 Cadangan

RUJUKAN (Mengikut format American Psychologist Assosiation, APA

Edisi ke-6)

LAMPIRAN (Segala rajah/ jadual yang melebihi saiz yang dibenarkan di

dalam halaman penulisan. Contoh: Katalog pengeluar, poster, Lukisan Berbantu Komputer lengkap di dalam kotak tajuk, Carta Gantt, Borang Pengesahan Laporan Projek)

(6)

ABSTRAK

Multi-use paddock stand ini menggunakan hydraulic jack bagi memudahkan lagi pengguna untuk menampung tayar apabila kerja membuka dan memasang tayar dilakukan bagi motosikal 150cc keatas. Pengguna motosikal besar atau lebih dikenali sebagai ‘superbike’ yang tidak mempunyai tongkat dua perlu menggunakan paddock stand untuk mengangkat tayar. Selain itu, terdapat juga masalah pemasangan atau pembukaan tayar kerana ia memerlukan tenaga untuk memegang tayar menggunakan tangan ketika dibuka atau dipasang. Oleh itu, kami telah mendapat inspirasi untuk mencipta multi-use paddock stand supaya pengguna ataupun pengusaha bengkel motosikal besar atau ‘superbike’ tidak lagi perlu menggunakan tenaga yang menggunakan tangan untuk memegang tayar ketika dipasang atau dibuka. Objektif bagi projek ini ialah bagi mempercepatkan lagi pengguna dalam proses pembukaan atau pemasangan tayar. Selain itu, ianya bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga kerja tanpa perlu memegang atau mengangkat tayar menggunakan tangan ketika dipasang atau dibuka. Penyelaras pemegang swing arm berbentuk T juga direka agar setiap jenis motosilal dapat menggunakan multi-use paddock stand. Bahan bagi melaksanakan projek ini menggunakan hydraulic jack, plat dan batang besi. Manakala, bagi proses pembentukkan komponen, kajian metodologi digunakan serta berpandukan carta alir dalam proses perancangan, penghasilan dan pengujian projek. Hasilnya, dengan mengikuti langkah serta prosedur yang betul, projek ini telah berjaya dilaksanakan.

(7)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sebelum tahun 1900, pengangkutan yang ada pada zaman tersebut amatlah terhad dengan penggunaan kuda ataupun kenderaan berwap. Sejak bermulanya era perindustrian, kenderaan utama digantikan dengan kenderaan enjin pembakaran dalam. Sejak pengeluaran motosikal semakin banyak dan lebih besar dalam saiz enjin dan cc, masalah yang kerap berlaku adalah untuk membuka dan memasang tayar. Untuk menukar tayar pada superbike agak rumit kerana banyak kerja yang perlu dibuat disebabkan berat tayar tersebut. Dengan terciptanya paddock stand, kerja untuk menukar tayar menjadi kurang bebanan sedikit tetapi masih memerlukan tenaga kerja yang lebih untuk mengangkat tayar.

1.2Latar belakang kajian

Sebuah alat paddock stand, dimana ia menggabungkan lebih daripada dua sistem dalam satu alat. Ia terdiri daripada paddock stand dengan adjustable arm,roller yang bergerak semua arah supaya motosikal boleh bergerak walaupun motosikal berada pada paddock stand. Yang paling penting ialah hydraulic jack bertindak sebagai pengangkat untuk tayar untuk membuat kerja lebih mudah apabila hendak menukar tayar.

(8)

1.3Penyataan masalah

Berdasarkan pada kaji selidik kami, ramai yang menghadapi kesukaran untuk membuka dan memasang tayar dengan mudah. Berat tayar motosikal yang mempunyai cc besar atau lebih dikenali sebagai superbike biasanya amat berat dibandingkan dengan berat tayar motosikal cc kecil. Kebanyakkan tayar mempunyai berat sehingga 30-40kg. Kebanyakan superbike atau motosikal yang mempunyai cc yang lebih besar dari 150cc dan ke atas tidak dilengkapi dengan tongkat dua.

Masalah pada motosikal yang tidak mempunyai tongkat dua adalah sukar untuk menyelaraskan hab, sprocket dan shaft apabila memasang tayar.

1.4Objektif kajian

1. Merekabentuk alat yang dapat memasang dan membuka tayar untuk pelbagai saiz tayar, diameter dan berat setiap model tayar.

2. Untuk membuat kerja membuka dan memasang tayar dengan lebih mudah. 3. Mengfarbikasi alat untuk memudahkan dan mempercepatkan proses untuk

membuka tayar.

4. Untuk menguji alat yang telah siap difarbikasi .

(9)

1.5 Persoalan Kajian

1. Kami membina dan merekabentuk projek ini berdasarkan konsep

menggunakan sistem hydraulic sebagai penaik untuk untuk mengangkat tayar motosikal.

2. Saiz setiap motosikal adalah berbeza, oleh itu pencangkuk untuk memegang swing arm boleh dilaraskankan bagi swing arm yang berbeza saiz dan diameter.

3. Untuk mengangkat swing arm motosikal, kami menggunakan konsep kelas tuil yang pertama untuk menaikkan lengan buaian, konsep ini hanya akan menolak ke bawah pemegang bingkai yang akan menolak motosikal ke atas sehingga bingkai menyentuh tanah dan menyokong motosikal di atasnya. Ia merupakan satu mod kunci supaya motosikal tidak akan bergoyang-goyang.

1.6Skop projek

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi

memastikan setiap perlaksanaan perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang telah kami tetapkan. Skope perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Diantaranya,

1. Rekaan alat ini adalah untuk mereka yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi 150cc keatas.

2. Minimum beban yang boleh diangkat.

3. Maksimun beban beban yang boleh diangkat.

4. Penggunaan hydraulic jack adalah untuk memegang tayar.

(10)

1.7 Kepentingan Kajian

Dengan ketiadaan lagi inovasi kepada menyelesaikan masalah untuk menukarkan tayar motosikal dengan mudah dan tidak memakan masa yang banyak, inovasi projek ini dilakukan untuk membuat pembaharuan kepada paddock stand yang sedia ada kepada multi-use paddock stand yang boleh menjimatkan masa dan tenaga pengguna dan meletakkan pengguna selesa.

(11)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, kajian literatur akan terdiri daripada konsep teori stand motosikal, jenis paddock stand, pengangkat motosikal, keselamatan dan kesan

paddock stand yang sedia ada, dan kelebihan multi-use paddock stand.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Paddock Stand yang sudah sedia ada di pasaran biasanya akan dilengkapi dengan roller di bahagian bawah dan mempunyai sudut di belakang paddock stand untuk membuat kerja lebih mudah untuk mengangkat motosikal. Kelebihan mengenai Paddock Stand adalah yang ia boleh digunakan di mana-mana dan tidak memerlukan sebarang servis biasa. Ia juga mempunyai komponen bergerak untuk mengendalikannya. Kesederhanaan dan ringan pendirian paddock yang sedia ada memberi inspirasi kepada kami untuk mereka bentuk dan membuat pembaharuan pada Paddock Stand kepada yang lebih baru yang boleh digunakan untuk mengangkat motosikal pada masa yang sama mengangkat tayar supaya kurang beban yang diperlukan untuk menukar tayar.

2.2.1 KESELAMATAN PADDOCK STAND

Menggunakan Paddock Stand adalah agak mudah. Perkara yang kita lakukan adalah sepadan dengan kenderaan pemegang paddock stand untuk bolt sambungan roda belakang dan menyokong roda di atasnya. Kemudian hanya menolak ke bawah pemegang bingkai yang akan menaikkan motosikal ke atas sehingga bingkai menyentuh tanah dan menyokong motosikal di atasnya. Ia merupakan satu mod kunci

(12)

mana melainkan jika anda menarik bingkai ke atas sekali lagi, basikal akan disokong pada paddock stand dan ia tidak akan berganjak.

2.3 KONSEP/TEORI

Motosikal yang mempunyai berat lebih daripada 100 kg jarang datang dengan double stand, biasanya akan dilengkapi dengan side stand. Tetapi motosikal yang lebih ringan dan cc yang lebih rendah biasanya akan datang dengan double stand. Double stand memudahkan untuk meletakkan motosikal dalam kedudukan berdiri menegak, yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala atau utama seperti penukaran tayar, dan lain-lain

Side stand yang disediakan di motosikal, meletakkan motosikal di kedudukan yang senget, yang memberikan akses yang terhad untuk pengguna untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Bagi tujuan itu, jenis khas jack diperlukan untuk selamat mengangkat motosikal. Konsep prinsip kerja reka bentuk paddock stand adalah untuk sama ada mengangkat depan atau tayar belakang bergantung kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang diperlukan. Paddock Stand digunakan untuk menstabilkan motosikal dan mengekalkan aspek menegak

(13)

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK SEDIA ADA

1. PADDOCK STAND DEPAN/BELAKANG

Paddock Stand depan dan belakang adalah model tertua dan kaedah yang paling mudah untuk mengangkat motosikal. Kos untuk menghasilkan Paddock Stand jenis ini biasanya lebih rendah dan juga kerana reka bentuk yang kecil dan ringan, ramai pengguna superbike akan mempunyai di rumah mereka untuk digunakan untuk meletak motosikal mereka di garaj.

Tetapi masalah dengan paddock stand jenis ini adalah ia hanya boleh digunakan untuk satu jenis kapasiti motosikal atau satu saiz lengan swing itu. Bahan yang digunakan biasanya aluminium atau keluli dan jenis sokongan adalah roller yang bertindak sebagai titik tumpuan untuk mengangkat motosikal.

(14)

2. Paddock Stand yang boleh laras

Paddock Stand yang boleh laras adalah model terbaru dan sangat terkenal di kalangan peminat motosikal. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Paddock Stand ini ialah aluminium dan keluli tahan karat atau keluli. Ia datang dengan roller untuk menyokong berat motosikal dan bertindak sebagai titik tumpuan untuk mengangkat motosikal. Lengan yang memegang lengan swing motosikal adalah boleh laras untuk pelbagai jenis motosikal. Pemegang tapak juga direka dengan T bentuk supaya apa-apa jenis lengan swing boleh tahan.

Masalah utama dengan Paddock Stand laras adalah lebih mahal dan tidak boleh digunakan untuk mengangkat tayar apabila menukar tayar. Oleh itu, membuat kerja-kerja lebih sukar bagi pengguna yang tidak berpengalaman untuk memasang tayar.

(15)

3. Penaik hydraulic jack motosikal

Penaik motosikal atau jack adalah salah satu alat atau aplikasi yang telah digunakan oleh garaj besar atau bengkel motosikal. Bahan yang digunakan adalah keluli, hydraulic dan kadang-kadang dilengkapi dengan motor untuk kuasa sistem hydraulic.

Pengangkat motosikal adalah mudah untuk digunakan dan membuat kerja-kerja lebih mudah untuk melakukan apa-apa penyelenggaraan biasa atau apa-apa kerja-kerja pembaikan utama. Ini kerana seluruh badan boleh menjadi pengangkat. Tetapi untuk menukar tayar masih bukan satu tugas yang mudah dengan menggunakan pengangkat motosikal kerana ia hanya boleh mengangkat seluruh badan tidak boleh secara berasingan mengangkat badan dan tayar. Ia juga menggunakan lebih banyak ruang untuk menjadi kedai di garaj. Jadi ia tidak sesuai untuk digunakan oleh kebanyakan orang.

(16)

2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN

Steel Bar 20ft – RM50/10ft

Nut size 12 (6pcs) – RM 1/ pcs

(17)

2 ton hydraulic jack – RM 70

Spray - RM 7/ pcs

(18)

2.6 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan teori projek ini dengan menjelaskan tentang bagaimana, untuk siapa dan jenis paddock stand. Kajian terdahulu juga telah dibuat dengan menerangkan serba sedikit tentang asal usul projek.

(19)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Projek metodologi adalah topik yang paling penting yang perlu dilakukan untuk menyediakan laporan akhir. Projek metodologi adalah satu kaedah dan teknik dalam mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data untuk membuat bukti-bukti yang boleh menyokong projek kami. Projek metodologi juga satu proses pembinaan yang menggunakan banyak jenis teknologi dan teknik berkesan. Untuk mempunyai implantasi kelancaran projek ini adalah perkara yang paling penting apabila membina projek. Oleh itu, cara atau teknik metodologi projek ini boleh membantu untuk memastikan proses berjalan dengan lancar.

Kandungan termasuk dalam kaedah ini adalah carta Gantt, aliran reka bentuk grafik, reka bentuk projek, penggunaan bahan dan kos anggaran. Perkara-perkara dalam carta Grantt adalah jadual perjalanan kami projek ini. Kami merancang aktiviti yang perlu dilakukan setiap minggu sehingga 16 minggu. Perkara-perkara yang terkandung dalam carta Grantt adalah pengenalan, ahli-ahli kumpulan perbincangan, mencari idea-idea, mencari maklumat dan banyak lagi. Semua perkara ini datang dalam carta Grantt memastikan projek ini berjalan lancar.

(20)

3.2 CARTA ALIR

Carta aliran adalah rajah yang mewakili proses sesuatu kerja yang dilakukan.Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak berserta anak panah.Carta aliran metadologi telah digunakan sebagai panduan untuk proses prosedur. Berikut merupakan carta aliran menerangkan langkah-langkah yang telah diambil untuk menyiapkan projek itu dalam tempoh masa yang tertentu.

(21)

3.3 Konsep Kerja PRIME

Konsep kerja PRIME merupakan langkah-langkah bagi memudahkan untuk melaksanakan sesebuah projek serta dapat membantu untuk menghasilkan proses pelaksanaan projek dengan teratur. Maksud konsep PRIME adalah:

i. P = Problem (Pemasalahan/ Isu) ii. R = Research (Penyelidikan)

iii. I = Invention (Ciptaan/ Pembuatan) iv. M = Modification (Pengubahsuaian) v. E = Evaluation (Penilaian)

3.3.1 Pernyataan Masalah

Seperti yang diketahui, kebanyakan paddock stand yang terdapat dipasaran mempunyai ciri-ciri dan kebaikan yang tersendiri, ia juga mempunyai beberapa masalah dan kekurangan serta menimbulkan pelbagai kekurangan seperti:

i. Tongkat Dua

Kesemua motor cc besar atau lebih dikenali sebagai superbike tidak mempunyai tongkat dua.

ii. Swing Arm

Paddock stand yang tidak boleh laras hanya boleh digunakan untuk satu jenis kapasiti motosikal atau satu saiz swing arm.

iii. Pengangkat Tayar

Tenaga kerja diperlukan untuk mengangkat tayar apabila tayar dibuka atau dipasang.

(22)

3.3.2 PENYELIDIKAN

Penyelidikan yang dilakukan adalah tentang bahan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi membangunkan projek kami ini. Antara bahan utama yang digunakan dalam menjayakan projek ini ialah batang besi, nut, skru, roller dan hydraulic jack. Pada bab 2 ini disertakan kajian terdahulu yang dijalankan penyelidik sebelum ini. Penyelidikan ini harus dijalankan bagi memastikan projek yang kami jalankan ini dapat memudahkan pengguna untuk membuka dan memasang tayar.

3.3.3 REKA CIPTA

i. Percambahan idea

a. Analisis Konsep Rekabentuk

Analisis Konsep ini dilakukan untuk memilih konsep rekabentuk projek yang terbaik. Terdapat tiga konsep rekabentuk iaitu:

1) Konsep rekabentuk 1

Konsep rekabentuk 1 ini mengunakan paddock stand yang dicipta melalui besi paip untuk menahan beban superbike

.

(23)

a) Kelebihan rekabentuk 1

i) Mampu mengangkat beban motor.

ii) Dapat mengangkat setiap jenis motor walaupun saiz swing arm yang berbeza.

b) Kekurangan rekabentuk 1

i) Tidak mempunyai penampung pada tayar.

ii) Batang besi yang terlalu tinggi menyebabkan motor tidak stabil

2) Konsep rekabentuk 2

Konsep rekabentuk 2 ini menggunakan hydraulic jack pada pada Paddock Stand

Rajah 2: Rekabentuk 2

a) Kelebihan rekabentuk 2

i. Hydraulic jack yang berat dapat memudahkan lagi untuk mengangkat motosikal.

(24)

b) Kekurangan rekabentuk 2

i. Hydraulic jack tidak boleh diasingkan dari paddock stand

ii. Tidak boleh digunakan pada motosikal jenis ‘single arm’

(25)

ii. Pemilihan idea

a) Jadual Penilaian Bermatrik(Carta Gant Aktiviti Mingguan Projek 2)

No Keterangan Jun Julai Ogos sept Oct

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 1 Permulaan projek 2 Pemilihan dan pencarian bahan 3 Pembelian barangan projek 4 Penghasilan awal produk 5 Pengubahsuaian produk 6 Kemajuan kerja projek & draf 7 Pemasangan

projek

8 Kemajuan kerja projek & draf 9 Perbentangan

Projek 2 (akhir) 10 Laporan akhir

Petunjuk : Perancangan kerja Perlaksanaan kerja

(26)

Jadual 3.3.3 menunjukkan perlaksanaan permulaan projek hingga laporan akhir. Ruangan yang dipenuhi dengan biru gelap menunjukkan perancangan kerja kumpulan kami sepanjang projek 2 ini. Manakala , ruangan berwarna biru cerah menunjukkan pelaksanaan kerja kami bagi Projek 2 pada semester ini.

b) Lukisan Berbantu Komputer

i. Perisian Autodesk Fusion 360

Autodesk Fusion merupakan sebuah perisian dimana pengguna lebih mudah untuk melakar sesuatu gambaran projek dengan lebih tepat dan kemas. Ia adalah sejenis lukisan kejuruteraan yang menjamin ukuran yang lebih tepat mengikut kehendak pengguna atau para jurutera.

Bagi projek ini , kami menggunakan fusion 360 bagi melakarkan gambaran ‘Multi-use Paddock Stand’ sebelum ia dicipta dengan gambaran yang sebenar.

(27)

iii. Pemilihan bahan a) Anggaran kos

Semasa membuat penghasilan projek faktor utama yang perlu diambil kira adalah penyataan masalah serta faktor yang penting juga adalah kos untuk melaksana projek.

Jadual 2: Anggaran kos

B

BIL ITEM KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH 1 Besi paip 20ft RM 50/ 10ft RM 100 2 Nut size 12 6 RM 1.00 RM 6.00 3 Roller 2 RM 5.00 RM 10.00 4 Spray 2 RM 7.00 RM 14.00 5 Hydraulic Jack 1 RM 70 RM 70 6 Plat besi 1 RM 10/ m RM 10 JUMLAH RM 210.00

(28)

iv. Pembuatan

Rajah 3.3.3.1

Rajah 3.3.3.1 menunjukkan paddock stand tanpa penyelaras

Rajah 3.3.3.2

Rajah 3.3.3.2 menunjukkan bahawa paddock stand telah siap disembur kecuali pada penyelaras swing arm.

(29)

Rajah 3.3.3.3

Rajah 3.3.3.3 menunjukkan bahawa Multi-use Paddock Stand

3.3.4 PENGUBAHSUAIAN

i. Pengubahsuaian

Bagi menghasilkan satu projek yang bergunakan dan berfungsi dengan sempurna, pengubahsuaian perlu dilakukan. Pengubahsuaian ini bergantung kepada hasil selepas ujian dibuat. Adakala ia memerlukan banyak kerja ubahsuai dilakukan. Bagi mengelakkan masalah ketika ubahsuai, sepatutnya kerja penghasilan projek dilakukan sebaik mungkin.

ii. Pengujian

Proses pengujian merupakan satu proses yang sangat penting didalam penghasilan sesebuah projek. Proses ini dilakukan supaya sebarang penambahbaikkan boleh dilakukan segera sebelum terlewat. Selain itu, proses ini mampu mengelakkan masalah yang lebih besar tambahan pula semasa pembentangan dihadapan panel.

(30)

3.3.5 PENILAIAN

i. Prosedur Ujilari

Setelah bertungkus lumus membuat sesuatu projek, tiba masanya untuk membuat penilaian. Proses penilaian ini sebaiknya diperiksa oleh penyelia. Tiada spesifikasi yang tetap untuk melakukan penilaian ini. Semuanya bergantung pada projek yang dihasilkan itu sendiri. Sebagai contohnya, kekuatan besi paip yang digunakan mampu atau tidak untuk mengangkat ‘superbike’. Selain itu, dapat menguji berapa berat yang mampu ditampung oleh hydraulic jack untuk mengangkat tayar.

ii. Pengrekodan data

Jadual 3.3.5: Keputusan Membuka dan Memasang Tayar KAEDAH MEMBUKA TAYAR MASA

Multi-use Paddock Stand 5 Minit

Secara Manual 5 Minit

KAEDAH MEMASANG TAYAR

MASA

Multi-use Paddock Stand 5 Minit

(31)

3.4 Instrumen Kajian

Proses penyediaan bahan sangat penting dan turut dimuatkan dalam perancangan. Salah satu aspek penting kerana penggunaan bahan yang betul, kos yang berpatutan dan kuantiti yang diperlukan untuk penyempurnaan projek dapat menjamin pembunaan projek berjalan lancar pada kos yang minima. Oleh yang demikian, semasa membuat penyediaan bahan bagi melaksanakan projek ini, penyenaraian bahan yang perlu digunakan telah dibuat berdasarkan rekabentuk projek.

Alatan yang digunakan seperti welding set, tukul, mesin pemotong besi, playar, tape pengukur, sesiku L, penanda besi, gergaji, alat pemotong untuk plastik dan mesin gerudi. Dibawah akan menerangkan lebih lanjut lagi tentang langkah-langkah kerja yang dibuat dalam pembuatan dan pelaksanaan projek ini . Kami telah meminta bantuan daripada seorang tenaga yang pakar dalam melakukan kerja-kerja sepanjang projek kami dijalankan bagi memberi kemudahan dan mempercepatkan lagi kerja pembuatan mini mesin ini.

3.4.1 Mesin Kimpalan Arka

Mesin kimpal arka merupakan mesin utama yang digunakan dalam proses penyambungan besi dan mencantumkan antara plat selain menggunakan kaedah bolt dan nat.

(32)

3.4.2 Mesin Pemotong/ Cutting Disc

Mesin pemotong adalah merupakan mesin yang digunakan untuk memotong keluli, besi nipis dan aluminium yang bersaiz sederhana hingga besar mengikut penjajaran yang dibuat.

Rajah 3.4.2 : Mesin Pemotong

3.4.3 Mesin Pencanai

Mencanai bahagian-bahagian yang tajam pada hujung besi yang telah dipotong.

(33)

3.4.4 Ragum Besi

Memegang sesuatu benda terutamanya besi agar tidak bergerak.

(34)

3.5 RUMUSAN BAB

Dalam bab ini telah menerangkan secara terperinci tentang kaedah-kaedah tatacara yang digunakan bagi menjalankan projek. Bab ini juga menerangkan tentang fungsi setiap komponen bahan asas yang digunakan demi untuk menyiapkan projek ini. Kesimpulan yang boleh dibuat di bab ini ialah, selepas menjalankan kajian bagi bab tiga ini, ianya mendapat pengetahuan serta cara membuat projek dengan lebih jelas , terperinci dan mudah. Ini memudahkan lagi kerja-kerja yang dilakukan untuk pembangunan projek. Data-data yang telah dikumpul dan dianalisis adalah data yang amat penting dalam membuat projek akhir ini. Data-data ini semua dikumpul melalui pelbagai jenis cara contohnya dengan melayari internet, membaca beberapa buah buku yang berkaitan, di kedai-kedai dan melalui maklumat daripada pensyarah. Bab ini juga menerangkan tentang kos bahan, kuantiti, harga serta jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi menyiapkan projek ini. Kajian rekabentuk yang dijalankan membantu memudahkan proses bagi menentukan rekabentuk bagaimana yang sesuai dan tidak menelan perbelanjaan yang banyak serta bahan yang ingin digunakan mudah diperolehi. Selain daripada itu, dalam bab ini juga dapat mengetahui spesifikasi bahan yang berada di pasaran serta harga-harga yang berbeza mengikut kedai-kedai yang berlainan. Faktor pemilihan bahan juga amat penting dalam penghasilan projek ini. Ini kerana, pemilihan barang yang tidak sesuai akan mendatangkan kemudaratan pada projek yang dihasilkan. Kegagalan dalam pemilihan yang sesuai ini juga bukan sahaja membawa kemudaratan kepada projek malah ianya juga akan menyebabkan kos yang lebih tinggi untuk membeli bahan yang baru akibat daripada kerosakkan yang dialami berpunca daripada kesilapan pemilihan bahan yang sesuai.

Referensi

Dokumen terkait

Pembelajaran Terarah Kendiri merupakan salah satu kaedah pembelajaran bestari yang melibatkan elemen-elemen motivasi, metakognitif, penentuan strategi pembelajaran, kepekaan

Hal tersebut dapat dilihat ketika kelipatan nilai estimasi x yang digunakan 0,1, 0,2 dan 0,3 maka nilai MSE terkecil sebagian besar dihasilkan pada estimasi yang

Observasi digunakan untuk melengkapi data dari wawancara dan pengumpulan dokumentasi, terutama dalam lingkup masalah penelitian, antara lain mengamati impelementasi kebijakan yang

Remisi adalah suatu kondisi hilang atau berkurangnya gejala positif, gejala negatif dan gejala umum yang spesifik hingga intensitas yang minimal, sehingga tidak lagi

- Maksud menggerakkan telah terbentuk sebelum si pembuat me- ngadakan hubungan dengan negara asing tersebut, maksud mana ditujukan agar negara asing tersebut menjanjikan

Penelitian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui pengaruh penggunaan berbagai jenis gula(gula pasir, gula kelapa, gula aren) terhadap sifat morfologis berupa

Perangkat lunak ini mampu menghasilkan informasi tentang besarnya pembayaran pembukaan sewa dan informasi kunjungan nasabah yang datang untuk melakukan transaksi

Menurut Tinarbuko (2009:13) yang mengutip dari Peirce, representamen merupakan sesuatu yang memiliki kemampuan mewakili sesuatu yang lain dalam batas-batas tertentu. Objek