• Tidak ada hasil yang ditemukan

[SUBJECTIVE NORM FACTORS AFFECTING THE PRACTICE OF RELIGIOUS TOLERANCE AMONG MUSLIMS AND NON -MUSLIMS IN MALAYSIA: CASE STUDY IN KLANG VALLEY]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "[SUBJECTIVE NORM FACTORS AFFECTING THE PRACTICE OF RELIGIOUS TOLERANCE AMONG MUSLIMS AND NON -MUSLIMS IN MALAYSIA: CASE STUDY IN KLANG VALLEY]"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,23(1): 27-49

https: //journal.unisza.edu.my/jimk

[SUBJECTIVE NORM FACTORS AFFECTING THE PRACTICE OF RELIGIOUS TOLERANCE AMONG MUSLIMS AND NON -MUSLIMS IN MALAYSIA:

CASE STUDY IN KLANG VALLEY]

FAKTOR NORMA SUBJEKTIF YANG MEMPENGARUHI PENGAMALAN TOLERANSI BERAGAMA DALAM KALANGAN PENGANUT MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM DI

MALAYSIA: KAJIAN KES DI LEMBAH KLANG

NUR FARHANA ABDUL RAHMAN1

NUR SOLEHAH SHAPIEE 1

1Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Corresponding author: nfarhana@ukm.edu.my

Received Date: 20 Febuari 2022 • Accepted Date: 1 April 2022 Abstract

Religious tolerance is a crucial element to provide balance and well-being in the relationship of multi-religious communities in Malaysia. Even so, there are still issues of religious sensitivity raised by a handful of parties until the emergence of rights claims that do not reflect tolerance.

As a result, it leads to adverse effects and perceptions in the plural society in Malaysia. Thus, this study aims to analyze the factors of religious tolerance practice based on the theory of organized behavior among Muslims and Non -Muslims, especially in the area of Factors that will be focused on in the discussion: the subjective norm factor (surrounding influence). This study is a quantitative study involving 384 respondents from Muslims, Buddhists, Hindus, and Christians.

The study data results were analyzed using descriptive statistical tests such as frequency, percentage, mean, and standard deviation. The study results found that Muslims and Non - Muslims in the Klang Valley have a positive attitude towards the practice of religious tolerance.

In particular, the feeling of being comfortable doing good to other believers, doing community activities, going to school, studying, and working together in a multi-religious society. In the context of subjective norms, the influence of others, religious leaders, and the family are the main factors that encourage individuals to implement religious tolerance. Meanwhile, social media and interaction limitations were identified as significant obstacles in implementing religious tolerance for religious believers in the Klang Valley.

Keywords: Religious Tolerance, Subejective Norm Factor, Muslim-Non Muslim Relation, Malaysia

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2022.23.1.233

(2)

Abstrak

Toleransi beragama merupakan elemen utama untuk memberi keseimbangan dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat pelbagai agama di Malaysia. Meskipun begitu, masih terdapat isu- isu sensitiviti agama yang ditimbulkan oleh segelintir pihak sehingga munculnya tuntutan hak yang tidak menggambarkan toleransi. Bahkan, membawa kepada kesan dan persepsi negatif dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor pengamalan toleransi beragama berdasarkan teori tingkah laku terancang dalam kalangan Muslim dan Bukan Muslim khususnya di kawasan Faktor yang akan difokuskan dalam perbincangan adalah faktor norma subjektif (pengaruh sekeliling). Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan seramai 384 orang responden daripada penganut agama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian. Hasil data kajian dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa Muslim dan Bukan Muslim di kawasan Lembah Klang mempunyai sikap yang positif terhadap pengamalan toleransi beragama. Terutamanya, perasaan senang untuk berbuat baik kepada penganut lain agama, selesa melakukan aktiviti kemasyarakatan, bersekolah, belajar, dan bekerja bersama-sama dalam masyarakat berbilang agama. Dalam konteks norma subjektif, pengaruh orang sekeliling pula, pemimpin agama dan keluarga merupakan faktor utama yang mendorong individu melaksanakan toleransi beragama. Manakala, media sosial dan limitasi interaksi dikenal pasti sebagai halangan utama dalam pelaksanaan toleransi beragama bagi para penganut agama di kawasan Lembah Klang.

Kata kunci: Toleransi Beragama, Faktor Norma Subjektif, Hubungan Muslim- Bukan Muslim, Malaysia

PENGENALAN

Fitrah manusia itu hidup dalam kepelbagaian etnik, bangsa dan budaya. Dengan kepelbagaian tersebut, manusia saling berkenalan dan memahami antara satu sama lain. Menjaga keseimbangan dalam mendepani kepelbagaian latar belakang masyarakat adalah amat penting.

Hal ini bagi memastikan suasana aman, harmoni, dan sejahtera dapat diteruskan. Khususnya dalam konteks kewujudan kepelbagaian agama dalam masyarakat. Agama merupakan salah satu elemen asas pembentukan peribadi dan gaya hidup individu. Maka, pegangan agama memainkan peranan yang besar bagi hampir keseluruhan kehidupan manusia sejagat. Oleh itu, dalam berinteraksi dengan kepelbagaian agama, toleransi beragama dilihat sebagai salah satu agen penting yang berupaya menyeimbangkan keharmonian dalam perbezaan pegangan agama sesebuah masyarakat. Tujuannya agar identiti agama setiap masyarakat itu kekal terpelihara dan dalam masa yang sama tidak mendiskriminasi kelompok agama lain. Meskipun begitu, isu- isu sensitiviti dan salah faham berkaitan hubungan antara para penganut agama tidak dapat dielakkan. Maka, adalah penting untuk mengambil kira faktor-faktor yang menyumbang

Cite as: Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee. 2022. [Subjective norm factors affecting the practice of religious tolerance among Muslims and non-Muslims in Malaysia:

Case study in klang valley] Faktor norma subjektif yang mempengaruhi pengamalan toleransi beragama dalam kalangan penganut Muslim dan bukan Muslim di Malaysia: Kajian kes di Lembah Klang. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 23(1): 27-49.

(3)

kepada tingkah laku toleransi beragama yang baik. Dengan mengenal pasti faktor-faktor tersebut, kualiti hubungan toleransi beragama dalam kalangan penganut dapat dipertingkatkan lagi.

KONSEP TOLERANSI AGAMA: SATU TINJAUAN RINGKAS

Konsep toleransi beragama mempunyai pelbagai definisi yang berbeza. Kebiasaannya toleransi beragama diterjemahkan dalam dua bentuk iaitu konotasi positif dan negatif. Istilah toleransi yang membawa konotasi negatif iaitu menerima sesuatu yang tidak dipersetujui atau tidak disukai (embodies a sense of disapproval). Toleransi dengan definisi ini merupakan satu bentuk hubungan secara pasif yang memilih untuk tidak masuk campur, tidak membenci (hatred) tetapi tidak juga mencintai (love). Bahkan ianya kurang melibatkan tindakan, ikatan sosial dan emosi.

Selain itu, toleransi juga boleh terletak di antara ekstrem positif kepada ekstrem negatif.

Toleransi secara ekstrem positif apabila menerima dan mendukung secara keseluruhan kepelbagaian sosial, perbezaan individu dan menghormati orang lain. Manakala, toleransi ekstrem negatif apabila mengabaikan orang lain sepenuhnya dan mengelak daripada berinteraksi dengan kumpulan yang berbeza dengannya. Fleksibiliti toleransi bergantung kepada jenis kumpulan dan masyarakat. Sejauh mana toleransi itu boleh dilaksanakan sehingga mencapai limitasi untuk tidak bertoleransi(intolerance)(Karstedt 2007: 5020). Hal ini dijelaskan lagi oleh (Nur Farhana 2011: 79-88) bahawa salah faham terhadap limitasi toleransi (perkara yang boleh dan tidak boleh bertoleransi) akan menghasilkan dua kelompok iaitu kelompok yang terlalu jumud dan terlalu liberal. Maka, kesan daripada ini munculnya pemahaman pluralisme agama yang cuba menjadi jalan alternatif kepada toleransi untuk mencapai keharmonian masyarakat.

Khadijah et. al (2017: 67-68) pula membahagikan toleransi sebagai toleransi pasif dan aktif. Toleransi pasif ialah bersedia menerima perbezaan dari sudut teori dan pemikiran sahaja.

Manakala, toleransi aktif ialah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan bersama kumpulan yang berbeza identiti daripada dirinya. Perbezaan latar belakang yang wujud dalam masyarakat majmuk menjadikan toleransi beragama sebagai medium penting mempromosikan keharmonian. Peranan toleransi dapat menemukan titik persetujuan untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dengan pegangan agama orang lain secara aman dan harmoni. Nur Farhana (2016: 86) mendefinisikannya sebagai sa cah dan yusr iaitu persefahaman terhadap apa yang wujud sehingga timbulnya perbezaan. Maka, nilai perbezaan akan diterima dengan penegasan dan penghargaan.

Dalam konteks Malaysia yang mempunyai penduduk Muslim sebagai majoriti, Khadijah (2017: 29) dalam kajiannya telah menyimpulkan ciri-ciri toleransi beragama antara Muslim kepada bukan Muslim seperti berikut:

a. Tidak memaksa penganut agama lain untuk memeluk agama Islam

b. Bertoleransi dengan kepercayaan penganut agama lain, memberikan kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan agamanya, menjaga kesucian semua agama, dan setiap penganut perlu menghormati agama lain.

c. Menghormati ibu bapa yang masih bukan Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

(4)

d. Muslim boleh membelanjakan hartanya untuk kebaikan dan memberi sedekah kepada yang memerlukan walaupun bukan kepada orang Islam.

e. Menjaga hubungan baik dengan penganut agama lain seperti melawat, bertukar hadiah, membenarkan ahli Kitab untuk beribadat di tempat kita.

f. Menjaga hak jiran walaupun bukan beragama Islam.

g. Boleh berjual beli atau berurus niaga dengan bukan Muslim.

h. Sekiranya seorang Muslim menjadi pemimpin, mestilah memenuhi perjanjian kepada rakyat bukan Muslim, perangi orang yang menindas mereka, dan tidak membebankan sesuatu yang melebihi kemampuan.

Berdasarkan daripada ciri-ciri di atas menunjukkan bahawa masyarakat Muslim hendaklah menjaga kebajikan dan tidak menindas hak masyarakat bukan Muslim sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia. Bahkan, tiada halangan untuk bermuamalat dan berinteraksi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian. Maka, dalam masa yang sama, masyarakat bukan Muslim juga hendaklah menghormati dan menjaga sensitiviti Muslim khususnya berkenaan ajaran Islam, Rasul, dan kitab suci al-Quran. Sepertimana tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan, penganut bukan Islam juga tidak dibenarkan untuk menyebarkan ajaran agama yang bertentangan dengan akidah Islam kepada masyarakat Muslim(Nazri et. al 2011: 10). Selain itu, perbuatan yang dibenarkan dalam agama mereka tetapi sensitif kepada masyarakat Muslim mestilah dilakukan secara tertutup seperti meminum arak(Mat Saad 2000:

194-195). Seterusnya, perbincangan konsep toleransi beragama juga turut mengambil kira ajaran agama-agama berkaitan toleransi.

Berdasarkan literatur ini, kajian ini menganalisis dan mengeluarkan item-item utama dalam merumuskan Konsep Toleransi Beragama seperti yang dijelaskan dalam jadual 1.

Jadual 1 Item Konsep Toleransi Beragama

Bil Item Rujukan

1 Toleransi Beragama bermaksud menerima sesuatu daripada agama lain sehingga wujudnya perbezaan

Nur Farhana (2016)

2 Toleransi Beragama adalah tolak ansur dua pihak (agree to disagree)

Khadijah et al (2017)

3 Toleransi Beragama merupakan tahap paling rendah dalam hubungan antara penganut agama kerana mesti menerima sesuatu walaupun tidak disukai

Karstedt (2007)

4 Toleransi Beragama ialah menghormati pegangan dan amalan penganut agama majoriti dalam sesebuah masyarakat

Perlembagaan Persekutuan (1963)

5 Toleransi Beragama ialah menjaga kemaslahatan penganut agama minoriti dalam sesebuah

Perlembagaan Persekutuan (1963)

(5)

masyarakat

6 Toleransi Beragama ialah pegangan agama seseorang tidak boleh dipaksa ke atas orang lain.

al-Quran 2:114, Rahula (1978),Hopfe (2012), Sivin (2017)

7 Toleransi Beragama adalah berlapang dada untuk hidup dalam masyarakat pelbagai agama.

Muhammad Musa(2003), Jacek(2014), Long(2013)

Nur Farhana & Khadijah(2016)

8 Toleransi Beragama adalah saling menghormati dan suka memaafkan antara satu sama lain.

al-Quran 41:34 , Jacek (2014), Hopfe(2012), Bible 5: 44

9 Toleransi Beragama adalah kasih sayang (love) kepada orang yang berlainan agama dengan kita.

al-Quran 60:8, Jacek (2014), Davis (2008), Bible 12:31

10 Toleransi Beragama ialah memupuk diri berbuat baik dan menahan diri daripada berbuat jahat kepada orang lain tanpa mengira agama.

al-Quran 5: 8, Dhammapada (1997), Undang-Undang Manu(Hopfe 2012), Bible 25:34- 40

11 Toleransi Beragama ialah berpegang dengan kebenaran agama sendiri dan menghormati pegangan agama orang lain.

al-Quran 109:6, Bible 10:37

12 Toleransi Beragama ialah menerima bahawa semua agama membawa kebenaran yang sama cuma jalannya berbeza.

Elizabeth (2013), Bhagavad Gita(Long 2013)

13 Toleransi Beragama ialah boleh mencampurkan dan mengamalkan ajaran agama lain dengan ajaran agama sendiri.

Jacek(2014), Davis (2008)

Sumber: Tinjauan Literatur

Berdasarkan daripada jadual di atas terdapat lima ciri sepunya daripada semua agama.

Pertama, semua ajaran agama menolak adanya paksaan kepada penganut agama lain untuk menganut agama mereka. Kedua, menerima kewujudan kepelbagaian agama dan hidup bersama dalam satu masyarakat majmuk. Ketiga, saling menghormati dan memaafkan.

Keempat, kasih sayang kepada penganut lain agama. Kelima, melakukan kebaikan dan menahan diri daripada berbuat jahat kepada orang lain. Akhir sekali, terdapat satu ciri-ciri khusus yang berbeza antara Islam dan Kristian dengan Buddha dan Hindu. Dalam agama Islam dan Kristian meletakkan toleransi sebagai hormat pegangan orang lain tanpa perlu menerima kebenaran agama mereka. Manakala, bagi Buddha dan Hindu toleransi termasuklah menerima kebenaran semua agama. Bahkan boleh mencampurkan amalan agama sendiri dengan agama lain.

(6)

TOLERANSI BERAGAMA DI MALAYSIA

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai agama.

Majoritinya beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha, Hindu, Kristian, dan lain-lain lagi.

Maka, toleransi beragama bertindak sebagai jambatan dalam menghubungkan jurang perbezaan antara para penganut agama ini. Perbincangan mengenai toleransi beragama di Malaysia, mestilah mengambil kira terlebih dahulu pendirian Perlembagaan Persekutuan sebagai asas undang-undang negara. Terdapat dua Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang hubungan antara para penganut agama. Pertama, Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan(Perlembagaan Persekutuan 1963: 20). Kedua, toleransi beragama juga disebut dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang dihuraikan seperti berikut(Perlembagaan Persekutuan 1963: 27):

a. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.


b. Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

c. Tiap-tiap kumpulan agama berhak
menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat serta memperoleh atau mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

d. Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

e. Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana- mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Berdasarkan daripada senarai di atas, menunjukkan bahawa nilai toleransi beragama sudah sedia ada diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Islam sebagai agama majoriti yang dianuti oleh masyarakat Malaysia terus dipelihara dan dalam masa yang sama kedudukan agama minoriti yang lain di Malaysia dijaga haknya. Hal ini bagi memastikan tiada agama yang dinafikan haknya untuk diamalkan secara aman dan selamat. Meskipun begitu, Fasal 4 dalam Perkara 11 menjadi limitasi kepada kebebasan beragama yang diberikan. Penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka dengan aman dan damai. Namun, penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam di Malaysia adalah tidak dibenarkan. Hal ini merujuk pada Perkara 3 yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan dan ianya bertujuan untuk mendaulatkan agama Islam tanpa mengabaikan maslahah dan kebajikan penganut agama lain.

(7)

Seterusnya, pemupukan pengamalan toleransi beragama di Malaysia diperkukuhkan lagi dengan terbinanya Dasar Perpaduan Negara 2021. Dasar ini mempunyai tiga objektif utama dalam membina hubungan antara masyarakat berbilang agama di Malaysia. Pertama, tujuannya adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kedua, membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati, dan bertanggungjawab. Ketiga, melahirkan rakyat Malaysia yang menghormati dan mengamalkan perpaduan. Maka, dasar ini berasaskan kepada tiga teras utama iaitu Patriotisme dan Demokrasi, Identiti Nasional, dan Ekosistem Perpaduan. Setiap tiga teras ini mempunyai strateginya yang tersendiri agar objektif yang dirancang dapat dicapai. Bagi teras pertama (Patriotisme dan Demokrasi), strateginya adalah dengan meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dua prinsip ini ingin diterapkan sebagai asas amalan hidup rakyat Malaysia.

Kemudian, usaha memantapkan kefahaman dan penghayatan mengenai sejarah Malaysia, dan memperkukuh integrasi nasional. Teras kedua (Identiti Nasional) pula berfokus kepada pengukuhan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan, mengukuhkan kefahaman agama, budaya, dan adat resam pelbagai etnik. Akhir sekali, teras ketiga (Ekosistem Perpaduan) adalah usaha untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi mewujudkan kesedaran sosial dalam masyarakat, mengekalkan, membina, dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan, memperkasakan jentera perpaduan melalui kerjasama strategik, memantapkan dan memperkasakan institusi keluarga dan komuniti, meningkatkan penguatkuasaan undang- undang serta keberkesanan mekanisme pemantauan, dan memperkukuh peranan pemimpin sebagai pemangkin perpaduan(Kementerian Perpaduan Negara 2021: 18-20).

Dalam konteks pola toleransi beragama di Malaysia, satu kajian telah dijalankan pada tahun 2018 mengenai pengalaman belia terhadap toleransi beragama di Malaysia. Kajian ini menggunakan sampel yang terdiri daripada 500 orang responden yang berusia 15 sehingga 24 tahun. Pemilihan sampel melibatkan kaum Melayu, Cina, dan India khususnya dari lima buah negeri iaitu Selangor, Perak, Johor, Melaka, dan negeri Sembilan. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman toleransi beragama dalam kalangan belia di Malaysia berada pada tahap yang sederhana. Ini bermaksud mereka kerap dilayan baik oleh penganut yang berbeza agama.

Amalan toleransi seperti jemputan ke majlis perkahwinan, rumah terbuka dan pemberitahuan jika ada kematian oleh kenalan yang berbeza agama biasa dilakukan(Khadijah et. al 2018: 100).

Seterusnya, pada tahun 2019 pula kajian mengenai tahap toleransi beragama dalam kalangan belia dilaksanakan. Kajian ini mengambil kira persepsi, sikap, kesediaan, pengalaman dan tingkah laku, serta perbezaan latar belakang demografi responden terhadap tahap toleransi.

Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai sikap toleransi beragama yang tinggi, persepsi dan sikap positif, serta sanggup untuk bertoleransi dengan penganut berbeza agama.

Manakala, tahap pengalaman dan tingkah laku mereka terhadap toleransi beragama pula adalah sederhana(Khadijah et. al 2019: 76). Dapatan ini memberi sedikit gambaran bahawa pengamalan toleransi beragama di Malaysia berada dalam keadaan baik.

Meskipun begitu, terdapat 11 isu agama yang dikenal pasti sebagai isu-isu utama yang timbul di Malaysia. Isu-isu tersebut ialah Malaysia negara Islam atau sekular, Hudud, kalimah Allah, Bible versi Bahasa Melayu, penyebaran agama lain, pertukaran agama, hak penjagaan anak, tuntutan mayat, bidang kuasa mahkamah, penghinaan agama, dan tapak rumah ibadat(Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad 2014: 104). Manakala, pada tahun 2018 pula timbul

(8)

isu lain seperti isu azan dan tarhim menggunakan speaker, bawa anjing dalam troli, pesta arak/Octoberfest dan dobi mesra pengguna Islam sebagai isu baru yang menyentuh sensitiviti agama. Lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-4 dan 5, isu seperti status agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, pertikaian fungsi institusi Islam seperti JAKIM, tuntutan penstrukturan semula agensi Islam, hidangan menu berasaskan khinzir kepada wartawan, LGBT, dan uniform pramugari atau pekerja wanita Muslim semakin hangat ditimbulkan dalam masyarakat(Mohd Anuar et.al 2018: 6-7). Isu-isu yang timbul ini menunjukkan wujudnya tuntutan-tuntutan hak yang tidak menggambarkan toleransi beragama di peringkat pihak berautoriti dan pelaksanaan polisi. Bahkan. sebahagian isu tersebut berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai contoh, isu pertikaian penggunaan kalimah Allah yang bermula pada 16 Februari 2009 apabila Tan Sri Murphy Pakiam yang merupakan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu. Hal ini kerana, pihak gereja telah menggantikan God dengan kalimah Allah sebagai terjemahan Bible Bahasa Malaysia. Perkara ini bertitik tolak daripada pendirian pihak gereja yang berpegang bahawa kalimah Allah bukan hak eksklusif penganut agama Islam sahaja. Maka. pada 14 Oktober 2013 keputusan rayuan telah menetapkan bahawa ‘The Herald’

tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya(Azizan & Zaid 2014: 2-3).

Namun, pada 10 Mac 2021 isu kalimah Allah timbul semula dan Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan keputusan bahawa penganut Kristian di seluruh Malaysia dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, dan solat dalam penerbitan pendidikan agama Kristian. Tetapi, disyaratkan penerbitan tersebut mestilah disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan diletakkan lambang salib di hadapan kulit buku tersebut(Noor Azlida 2021: 2). Keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah ini telah mengundang pelbagai respons daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Manakala, di peringkat masyarakat awam juga isu sensitiviti agama tetap berlaku. Hal ini sama ada kurangnya sensitiviti Muslim terhadap Bukan Muslim ataupun sebaliknya.

Misalnya, pada tahun 2017 timbul isu berkaitan penggunaan dobi ‘mesra Muslim’ di Muar, Johor. Terdapat sebaran gambar di media sosial mengenai kedai dobi tersebut meletakkan papan tanda yang hanya menerima pelanggan Muslim sahaja atas faktor menjaga kesucian pakaian dan mesin basuh. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan Bukan Muslim kerana dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi ke atas mereka. Isu ini mendapat pelbagai respons dan kritikan daripada pelbagai pihak dan tuan kedai juga telah menyatakan permohonan maaf di atas perbuatannya (Sofea 2017). Selain itu, pada tahun 2018 pula, terdapat insiden hidangan jamuan yang mengandungi daging babi disediakan kepada wartawan beragama Islam dan juga Hindu semasa Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia.

Pihak penganjur telah menghidangkan makanan termasuk hidangan yang mempunyai daging babi di meja wakil media yang terdiri daripada wartawan Muslim dan Bukan Muslim. Hal ini menyebabkan beberapa wartawan yang beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi tersebut kerana tidak diberikan sebarang makluman awal atau adanya pengasingan makanan. Wartawan menyifatkan tindakan ini sebagai sikap tidak prihatin penganjur kepada jemputannya yang terdiri daripada pelbagai agama (Nurul Fathihah 2018).

Insiden ini menunjukkan kurangnya rasa peka dan sensitiviti oleh segelintir masyarakat berkaitan ajaran dan amalan keagamaan penganut agama lain. Pelbagai isu yang berlaku

(9)

berkaitan keagamaan sama ada dalam bentuk undang-undang ataupun urusan kehidupan sosial masyarakat awam. Kebanyakannya isu dan tuntutan seperti ini disuarakan oleh ahli politik, sarjana dan NGO yang berkepentingan. Kemudian, isu tersebut disebarluaskan lagi melalui pelbagai medium media dan mengundang pelbagai respons dan kritikan masyarakat sama ada dalam bentuk negatif ataupun positif. Hal ini selari sebagaimana yang digambarkan oleh Shamsul Amri (2012: 11) yang menyifatkan rakyat Malaysia sebagai bangsa yang suka bertikam lidah tetapi tidak bertikam menggunakan parang (Malaysians prefer tounge wagging to parang wielding). Ini bermakna, kebanyakan perselisihan dan perbezaan pegangan berkaitan isu toleransi antara agama diterjemahkan melalui medium perbincangan dan perdebatan.

Namun, daripada sudut praktikal dan pengamalan toleransi dalam kehidupan seharian masyarakat tetap berjalan seperti biasa dan aman. Rentetan daripada isu-isu yang berlaku, pengenalpastian terhadap faktor-faktor toleransi beragama dapat menyumbang kepada penambahbaikan hubungan antara para penganut agama di Malaysia.

TEORI TINGKAH LAKU MANUSIA YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU TOLERANSI BERAGAMA

Dalam konteks kajian berkaitan tingkah laku manusia, kajian ini berpandukan kerangka teori tingkah laku terancang. Teori tingkah laku terancang seringkali diaplikasikan dalam mengkaji hubungan antara kepercayaan, sikap, niat, tingkah laku dalam pelbagai bidang kajian(Fazilah 2008: 140). Teori ini dirangka untuk meramal dan memahami tingkah laku individu dengan andaian bahawa seseorang itu menyedari akan kesan tindakan mereka sebelum membuat keputusan memilih untuk melakukan atau tidak tindakan tersebut. Maka, setiap tindakan individu itu mempunyai sebab terancang dan dibuat dalam keadaan sedar(Ajzen 1991: 182).

Teori Tingkah Laku Terancang meletakkan tiga faktor utama yang mempengaruhi tindakan seseorang iaitu sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku tertanggap. Tiga faktor ini akan menghasilkan niat (intention). Niat yang kuat dan jelas menentukan kemahuan seseorang untuk melaksanakan tindakan tersebut (Ajzen 1991: 181- 182). Berikut dijelaskan secara terperinci mengenai tiga faktor yang menghubungkan tindakan seseorang:

a. Sikap Terhadap Tingkah laku

Konstruk ini bertujuan mengenal pasti penilaian tentang kemahuan diri seseorang untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku. Sikap ini bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan individu itu tentang kemampuannya melakukan tingkah laku tersebut (Ajzen 1991: 184). Sikap ini juga adalah pandangan atau perasaan kepada tingkah laku yang hendak dilakukan. Misalnya, merasakan tindakan tersebut baik atau buruk, seronok atau tidak, positif atau negatif, dan sebagainya (Ajzen & Fishbein 2010: 78).

b. Norma Subjektif

Norma subjektif ialah faktor sosial yang mempengaruhi tindakan seseorang iaitu tekanan sosial kepada individu untuk melaksanakan atau tidak tindakan tersebut (Ajzen 1991: 188). Dalam

(10)

erti kata lain, faktor ini merupakan kepercayaan individu terhadap persepsi orang yang rapat dengannya terhadap tingkah laku yang hendak dilakukan. Contohnya, pandangan keluarga, rakan-rakan atau sesiapa yang rapat dan dipercayai (Baharu & Mohammed 2013: 64). Maka, individu yang meyakini bahawa kebanyakan orang yang dipercayai atau dirujuk olehnya memotivasikannya untuk melakukan sesuatu tindakan, maka norma subjektif akan mendorongnya membuat tindakan tersebut (Maizatul 2009: 4).

c. Tingkah Laku Kawalan Tertanggap

Tingkah laku Kawalan Tertanggap adalah faktor yang berada di luar kawalan individu berbeza dengan dua faktor sebelumnya. Faktor ini menjadi kekangan kepada tindakan yang hendak dilaksanakan oleh individu tersebut. Misalnya seperti masa, kewangan, kebolehan, dan kerjasama orang lain (Ajzen 1991: 184-185). Ini bermakna, apabila manusia kurang atau tidak mampu mengawal tindakan tersebut, maka tindakan itu akan diabaikan. Meskipun individu itu mempunyai kawalan pada dirinya tetapi tidak semestinya tingkah laku itu akan terlaksana kerana wujudnya halangan daripada luar (Ajzen & Fishbein 2010: 65).

Namun begitu dalam kajian ini akan memfokuskan kepada perbincangan faktor norma subjektif (pengaruh sekeliling) iaitu rakan, ahli keluarga, masyarakat dan pemimpin agama yang mempengaruhi tingkah laku amalan toleransi beragama dalam kalangan Muslim dan Bukan Muslim di Lembah Klang.

Kerangka Teoretikal

Berdasarkan penjelasan teori tingkah laku Adjzn di atas, kertas kerja ini hanya memfokuskan pengaruh Norma Subjektif kepada amalan toleransi beragama dalam hubungan Muslim dan Bukan Muslim di Malaysia. Menurut Adjzen (1991: 188), norma subjektif ialah faktor sosial yang mempengaruhi tindakan seseorang iaitu tekanan sosial kepada individu untuk melaksanakan atau tidak tindakan tersebut. Dalam erti kata lain, faktor ini merupakan kepercayaan individu terhadap persepsi orang yang rapat dengannya terhadap tingkah laku yang hendak dilakukan ia merangkumi pengaruh keluarga, pendidikan, rakan dan persekitaran.

Justeru bagi kertas kerja 4 norma subjektif yang dipilih adalah Keluarga, Pemimpin Agama, Rakan dan Media. Hal ini dijelaskan dalam rajah di bawah:

(11)

Rajah 1: Kerangka Teoretikal Pengaruh Norma Subjektif dalam Tingkah laku Toleransi Agama dalam hubungan penganut Muslim dan bukan Muslim di Malaysia.

Sumber: Analisis Pengkaji (Implementasi Teori Tingkah laku Adjzen yang disebabkan oleh Norma Subjektif)

METODOLOGI KAJIAN

Bagi kajian ini, pengkaji menggunakan metode tinjauan (survey) untuk mendapatkan data.

Kajian tinjauan merupakan satu metode untuk mengumpulkan maklumat dengan menyediakan satu set instrumen seperti soal selidik yang mengandungi soalan-soalan bagi memenuhi objektif kajian. Soal selidik tersebut diberikan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Kaedah ini selalunya digunakan untuk mengetahui tingkah laku individu yang hendak diperhatikan seperti persepsi, tahap kefahaman, kepercayaan, pengetahuan dan sebagainya. Sampel yang dipilih pula mestilah memiliki sifat atau ciri-ciri yang menggambarkan populasi. Dapatan kajian yang diperolehi pula bertujuan menghasilkan satu kesimpulan umum (generalizability) (Ahmad Munawar 2015: 28). Populasi kajian ini pula menyasarkan kepada masyarakat Muslim dan Bukan Muslim di sekitar kawasan lembah Klang sahaja iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hal ini kerana kawasan lembah Klang memperlihatkan kadar percampuran masyarakat pelbagai agama yang seimbang(Jabatan Statistik Malaysia 2010: 94-98). Kaedah pensampelan bagi kajian ini pula menggunakan bentuk pensampelan non-probability dengan memilih teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling). Pensampelan bertujuan adalah kaedah memilih sampel berdasarkan ciri-ciri tertentu yang dikehendaki oleh pengkaji dalam menentukan responden. Teknik ini juga dikenali sebagai Criterion Sampling atau Theory Guided Sampling(Palys 2008: 697-698). Justeru, dalam kajian ini pengkaji memilih sampel daripada populasi penduduk di kawasan lembah Klang yang menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian sahaja sebanyak 384 responden. Hal ini

Pengaruh Norma Subjektif

I

bu Bapa

Pemimpin Agama

Saudara

Rakan

Guru

Dorongan Amalan Toleransi Beragama dalam kalangan penganut Muslim

dan bukan Muslim Malaysia

(12)

kerana, pengkaji berpendapat bahawa dengan mengambil jumlah sampel maksimum dalam Krejcie & Morgan bagi kawasan lembah Klang dapat mewakili keseluruhan populasi di kawasan tersebut (Krejcie & Morgan 1970: 607-610).

Bagi menganalisis data kajian, analisis secara deskriptif digunakan bagi menjelaskan min bagi demografi responden serta min faktor norma subjektif iaitu orang sekeliling yang paling tinggi dan kurang mempengaruhi pelaksanaan amalan toleransi agama. Selain itu, analisis korelasi juga dibincangkan bagi menjelaskan hubungan antara subjektif norm dengan Tahap pengamalan toleransi beragama dikalangan respons. Hubungan ini diuji dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson kerana data kajian adalah bertaburan normal.

HASIL DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan data yang telah diperolehi, perbincangan hasil kajian ini memfokuskan kepada demografi responden dan pengaruh norma subjektif yang mempengaruhi.

i. Demografi Responden

Perbincangan demografi responden mengambil kira perkara utama yang boleh menjelaskan latar belakang persekitaran responden yang akhirnya akan mempengaruhi norma subjektif yang dipilih. Kajian ini membincangkan perbincangan demografi responden kepada beberapa perkara iaitu agama, jantina, umur, status dan latar belakang Pendidikan.

a. Agama

Agama merupakan satu sistem kepercayaan. Penganut beragama menjadikan agama yang dianuti sebagai satu rujukan dan panduan dalam melaksanakan kehidupan seharian. Pemimpin agama menjadi rujukan kepada individu beragama dan ia menjadi salah satu dari norma subjektif yang dapat mempengaruhi tingkah laku. Seperti yang telah dijelaskan lebih awal, sebanyak 384 orang responden telah terpilih dalam kajian ini untuk menjawab soal selidik yang diberikan . Responden ini terdiri daripada penganut agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

Responden Islam sebanyak 216 orang iaitu 56.3% dan merupakan bilangan tertinggi daripada penganut agama yang lain. Kemudian, diikuti dengan penganut Buddha iaitu sebanyak 111 orang dengan peratusan 28.9%. Penganut agama Hindu pula sebanyak 42 orang bersamaan 10.9%. Akhir sekali, penganut agama Kristian yang mempunyai bilangan paling sedikit iaitu 15 orang responden dengan peratusan sebanyak 3.9%. Pembahagian responden ini merujuk kepada peratusan sebenar penganut agama Islam (56%), Buddha (29%), Hindu (11%), dan Kristian (4%) di kawasan Lembah Klang. Maka, majoriti penduduk ialah Muslim, diikuti Buddha, Hindu, dan Kristian.

(13)

Jadual 2: Taburan Agama Responden

Agama Frekuensi (n) Peratus (%)

Islam Buddha Hindu Kristian

216 111 42 15

56.3 28.9 10.9 3.9

Jumlah 384 100.0

Sumber: Soal Selidik 2019

b. Jantina

Responden terdiri daripada lelaki dan perempuan. Responden perempuan mempunyai bilangan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 278 orang dengan peratusan 72.4% berbanding responden lelaki sebanyak 27.6% iaitu 106 orang. Oleh itu, responden kajian ini majoritinya adalah perempuan kemudian diikuti dengan responden daripada lelaki.

Jadual 3: Taburan Jantina Responden

Jantina Frekuensi (n) Peratus (%)

Lelaki Perempuan

106 278

27.6 72.4

Jumlah 384 100.0

Sumber: Soal Selidik 2019

c. Umur

Umur responden telah dibahagikan empat kategori umur iaitu 18-28 tahun, 29-38 tahun, 39-48 tahun, 49-58 tahun, serta 59 tahun dan ke atas. Majoriti responden terdiri daripada mereka yang berumur 18 sehingga 28 tahun dengan peratusan sebanyak 80.7% iaitu 310 orang. Kemudian diikuti dengan responden yang berumur 29-38 tahun sebanyak 32 orang dengan peratusan 8.3%. Responden yang berumur 39-48 tahun pula mempunyai bilangan yang sama dengan responden yang berumur 49-58 tahun iaitu kedua-duanya berjumlah 17 orang dengan peratusan 4.4%. Manakala responden yang berumur 59 tahun dan ke atas mempunyai bilangan paling sedikit iaitu sebanyak 8 orang dengan peratusan 2.1%. Secara keseluruhannya, majoriti responden terdiri daripada mereka yang berada dalam kategori 18-28 tahun. Manakala responden dalam kategori umur 59 tahun dan ke atas merupakan bilangan terendah daripada keseluruhan 384 responden.

(14)

Jadual 4:Taburan Umur Responden

Umur Frekuensi (n) Peratus (%)

18-28 29-38 39-48 49-58

59 dan ke atas

310 32 17 17 8

80.7 8.3 4.4 4.4 2.1

Jumlah 384 100.0

Sumber: Soal Selidik 2019

d. Latar belakang Sekolah Rendah

Kajian mendapati bahawa terdapat lima jenis sekolah rendah yang dihadiri oleh responden kajian iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta, dan pondok. Responden yang merupakan lepasan daripada sekolah kebangsaan mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu sebanyak 223 orang bersamaan 58.1%. Kemudian diikut dengan responden lepasan daripada sekolah jenis kebangsaan sebanyak 129 orang dengan peratusan 33.6%. Seterusnya, bagi lepasan sekolah agama pula adalah sebanyak 5.7% bersamaan dengan 22 orang dan sekolah swasta pula sebanyak 9 orang dengan jumlah peratusan 2.3%. Hanya terdapat 1 orang responden yang merupakan lepasan daripada pondok yang mencatatkan nilai paling sedikit iaitu 0.3%. Secara keseluruhannya, majoriti responden di peringkat sekolah rendah adalah mereka yang pernah bersekolah di sekolah kebangsaan, kemudian diikuti lepasan daripada sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta, dan pondok.

Jadual 5: Taburan Latar Belakang Sekolah Rendah Responden

Latar Belakang Sekolah Rendah Frekuensi (n) Peratus (%) Sekolah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Sekolah Agama

Sekolah Swasta Pondok

223 129 22

9 1

58.1 33.6 5.7 2.3 0.3

Jumlah 384 100

Sumber: Soal Selidik 2019

e. Latar belakang sekolah menengah

Jadual 6 pula menjelaskan taburan latar belakang sekolah menengah responden. Kajian mendapati terdapat lima jenis sekolah menengah yang terlibat iaitu sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah swasta, dan pondok.

Majoriti responden mempunyai latar belakang daripada sekolah menengah kebangsaan dengan

(15)

nilai tertinggi iaitu 225 orang bersamaan 58.6% daripada keseluruhan responden. Kemudian diikuti dengan bilangan kedua tertinggi iaitu responden daripada latar belakang sekolah agama di peringkat menengah sebanyak 108 orang bersamaan 28.1%. Lepasan daripada sekolah menengah jenis kebangsaan pula adalah sebanyak 39 orang iaitu 10.2%. Manakala responden daripada latar belakang sekolah swasta di peringkat menengah adalah 11 orang iaitu 2.9%.

Lepasan sekolah pondok hanya mempunyai 1 responden sahaja dengan peratusan paling sedikit iaitu 0.3%. Kesimpulannya, majoriti responden dalam kajian ini adalah lepasan sekolah menengah kebangsaan di peringkat sekolah menengah. Kemudian, diikuti dengan lepasan sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan, sekolah swasta, dan pondok.

Jadual 6: Taburan Latar Belakang Sekolah Menengah Responden

Latar Belakang Sekolah Menengah Frekuensi (n) Peratus (%) Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Agama

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sekolah Swasta

Pondok

225 108 39 11 1

58.6 28.1 10.2 2.9 0.3

Jumlah 384 100

Sumber: Soal Selidik 2019

f. Kelulusan tertinggi

Jadual 7 menunjukkan taburan kelulusan tertinggi responden. Bagi lepasan PMR/ SRP/ LCE/

SRA mempunyai responden sebanyak 2 orang sahaja bersamaan 0.5%. Responden lepasan SMP/ MCE/ SC/O-LEVEL/ SMA/ SPMW pula adalah sebanyak 8.9% dengan jumlah 34 orang responden. Di peringkat STPM/STP/HSC/A LEVEL/I.B/STAM/Matrik jumlah responden adalah sebanyak 98 orang atau 25.5%. Responden yang berkelulusan Sijil adalah sebanyak 13 orang atau 3.4% , Diploma pula sebanyak 10.9% bersamaan 42 orang. Berbeza dengan lepasan Ijazah, mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu sebanyak 170 orang bersamaan 44.3%.

Manakala, mereka yang menyambung pengajian sehingga peringkat Sarjana (Master) pula adalah sebanyak 5.2% bersamaan 20 orang. Akhir sekali, kelulusan Doktor Falsafah mempunyai responden sebanyak 5 orang atau 1.3%. Secara keseluruhannya majoriti responden dalam kajian ini mempunyai kelulusan Ijazah. Kemudian diikuti dengan STPM/STP/HSC/A- LEVEL/I.B/STAM/Matrik, Diploma, SPM/MCE/SC/O LEVEL/SMA/SPMW, Sarjana, Sijil, Doktor Falsafah (PhD), dan PMR/SRP/LCE/SRA.

(16)

Jadual 7 Taburan Kelulusan Tertinggi Responden

Kelulusan Tertinggi Frekuensi

(n)

Peratus (%)

PMR/SRP/LCE/SRA

SPM/MCE/SC/O LEVEL/SMA/SPMW

STPM/STP/HSC/A LEVEL/I.B/STAM/Matrik Sijil

Diploma Ijazah

Sarjana (Master) Doktor Falsafah (PhD)

2 34 98 13 42 170

20 5

0.5 8.9 25.5

3.4 10.9 44.3 5.2 1.3

Jumlah 384 100

Sumber: Soal Selidik 2019

ii. Norma Subjektif (Pengaruh Orang Sekeliling)

Norma Subjektif dalam kajian ini dinamakan semula sebagai Pengaruh Orang Sekeliling.

Konstruk ini mempunyai sebanyak 7 item yang mewakili pengaruh orang sekeliling terhadap hubungan toleransi beragama. Norma Subjektif merupakan salah satu elemen yang mengukur kepada pengamalan toleransi beragama. Setiap item menggunakan lima skala iaitu sangat tidak setuju(STS), tidak setuju(TS), sederhana setuju(SS), setuju(S) dan sangat setuju(SGTS).

Bacaan min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan Pengaruh Orang Sekeliling yang dipersetujui dalam bahagian ini. Item yang mempunyai bacaan min tertinggi menunjukkan bahawa item tersebut adalah pengaruh orang sekeliling yang paling dipersetujui oleh responden berkenaan hubungan toleransi beragama. Secara keseluruhannya, Jadual 7 menunjukkan pilihan responden berkenaan pengaruh orang sekeliling terhadap hubungan toleransi beragama. Dalam bahagian ini, Item 2 menunjukkan bacaan nilai min paling tinggi = 4.44 dan sisihan piawai = 0.793. Majoriti responden memilih sangat setuju pada penyataan “Pemimpin agama saya menyuruh agar sentiasa menghormati penganut agama lain”. Kemudian, terdapat dua item dengan nilai min kedua tertinggi. Pertama, Item 1 dengan nilai min = 4.39 dan sisihan piawai

= 0.826 . Kedua, Item 3 dengan nilai min yang sama = 4.39 dan sisihan piawai 0.830. Majoriti responden sangat setuju pada penyataan “ Pemimpin agama saya selalu berbuat baik kepada penganut agama lain”. dan “Ibu bapa saya mendorong saya untuk berbuat baik dengan penganut agama lain”. Manakala, item dengan nilai min terendah ialah pada Item 5 iaitu ‘Jiran-jiran saya mendorong saya untuk berbuat baik dengan penganut agama lain’. Item ini mencatatkan bacaan min = 4.13 dan sisihan piawai = 0.926 dengan majoriti responden memilih skala sangat setuju.

(17)

Jadual 7: Pengaruh Subjek Normatif (Orang Sekeliling)

Item Perkara n(%) Min S.P

STS TS SS S SGTS

1 Pemimpin agama saya selalu berbuat baik kepada penganut

agama lain.

3(0.8) 6(1.6) 49(12.8) 107(27.9) 219(57.0) 4.39 0.826

2 Pemimpin agama saya menyuruh agar sentiasa

menghormati penganut agama lain.

5(1.3) 2(0.5) 37(9.6) 115(29.9) 225(58.6) 4.44 0.793

3 Ibu bapa saya mendorong saya untuk berbuat baik dengan

penganut agama lain.

6(1.6) 1(0.3) 47(12.2) 112(29.2) 218(56.8) 4.39 0.830

4 Saudara-mara saya

mendorong saya untuk berbuat baik dengan

penganut agama lain.

5(1.3) 8(2.1) 50(13.0) 128(33.3) 193(50.3) 4.29 0.866

5 Jiran-jiran saya mendorong saya untuk berbuat baik dengan

penganut agama lain.

3(0.8) 13(3.4) 86(22.4) 112(29.2) 170(44.3) 4.13 0.926

6 Rakan-rakan saya

mendorong saya untuk

5(1.3) 10(2.6) 56(14.6) 115(29.9) 198(51.6) 4.28 0.898

(18)

berbuat baik penganut

agama lain.

7 Guru/Pensyarah saya

mendorong saya untuk berbuat baik dengan

penganut agama lain.

7(1.8) 9(2.3) 47(12.2) 114(29.7) 207(53.9) 4.32 0.907

Sumber: Soal Selidik 2019

Berdasarkan daripada jadual di atas, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat dua pengaruh utama daripada orang sekeliling yang mendorong individu dalam toleransi beragama bagi kajian ini. Pertama, pengaruh daripada pemimpin agama. Ini bermakna, pemimpin agama memainkan peranan besar dalam mendorong masyarakat kepada pengamalan toleransi beragama. Usaha ini dilaksanakan melalui didikan dalam ceramah, kelas agama dan juga contoh teladan yang ditunjukkan dan diamalkan sendiri oleh pemimpin agama. Lalu, menjadi dorongan bagi penganut untuk melakukannya juga. Hal ini kerana, pemimpin agama dilihat sebagai agen utama pembentukan semangat toleransi dalam masyarakat majmuk. Khususnya apabila pemimpin agama itu sendiri menjalinkan hubungan yang baik dengan pemimpin agama lain(Yusuf 2017:109-110). Seterusnya, pemimpin agama juga dipandang sebagai satu figura yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat setempat. Hal ini juga disebabkan pengaruh budaya masyarakat itu sendiri. Bagi budaya di Malaysia, para pemimpin agama mempunyai tempat dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling(Mohd Sulaiman 1992: 91).

Buktinya, setiap negeri di Malaysia mempunyai jabatan Muftinya sendiri yang menjadi rujukan masyarakat Muslim. Peranan utamanya adalah mengeluarkan hukum dan fatwa bagi urusan dan permasalahan yang timbul dalam masyarakat berkaitan agama dan kehidupan orang Islam.

Manakala, bagi penganut bukan Islam, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi setiap agama yang dipimpin oleh pemimpin agama masing-masing dan mempunyai ahli yang ramai.

Maka, hal ini menjelaskan kepentingan para pemimpin agama dalam mendorong tingkah laku sesebuah masyarakat. Perkara ini diperincikan oleh Ajzen & Fishbein (2010: 130) yang menyimpulkan bahawa orang luar boleh mempengaruhi tingkahlaku individu kerana mereka memiliki satu atau lebih dari lima jenis kuasa yang telah dikategorikan. Antaranya ialah kuasa kepakaran (expert power) daripada sudut ilmu, kemahiran dan kemampuan. Dalam konteks pemimpin agama ialah kemampuan dan kepakarannya dalam memahami dan mendalami ilmu agama.

Dorongan kedua datang daripada pengaruh ibu bapa iaitu keluarga. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan salah satu individu yang terdekat bagi seseorang dan berkemampuan untuk memberi pengaruh dalam tindakannya (Ajzen 1991: 188-189). Hal ini dipersetujui oleh al- Rabaani (2017: 12) yang berpendapat bahawa keluarga menjadi salah satu faktor utama yang

(19)

menyumbang kepada toleransi beragama yang tinggi. Didikan awal daripada ibu bapa yang menerapkan dan membudayakan nilai hormat dalam kehidupan seharian anak-anak memberi kesan kepada pengamalan dan interaksi dengan masyarakat pelbagai agama. Peranan keluarga juga turut ditekankan dalam Dasar Perpaduan Negara 2021 dalam teras ketiga (Ekosistem Perpaduan) pada strategi 4 iaitu memantapkan dan memperkasakan institusi keluarga dan komuniti. Hal ini kerana keluarga berperanan membentuk sahsiah individu yang menyumbang kepada unit asas pembentukan masyarakat yang harmoni dan bersatu(Jabatan Perpaduan Negara 2021: 34).

Manakala, pengaruh jiran mencatatkan nilai min terendah dalam mempengaruhi dorongan toleransi beragama. Hal ini berkemungkinan kerana pola penempatan penduduk kebiasaannya banyak tertumpu pada satu-satu kaum dan agama sahaja. Contohnya, terdapat satu kawasan yang hanya diduduki oleh masyarakat Muslim dan di satu kawasan lain pula banyak diduduki oleh masyarakat Bukan Muslim sahaja. Ini menyebabkan interaksi pelbagai kaum dan agama kurang berlaku dalam konteks kejiranan kerana kecenderungan masyarakat yang lebih memilih tinggal di kawasan yang berdekatan dengan orang yang sama kaum dan agamanya sahaja(Mohd Ridhuan 2010: 65).

iii. Hubungan Antara Pengaruh Orang sekeliling dengan pengalaman toleransi beragama

Hubungan ini diuji dengan menggunakan Ujian Korelasi Pearson kerana data kajian adalah bertaburan normal Korelasi antara pembolehubah dibaca dengan simbol r (pekali korelasi bagi sampel) yang mengukur darjah kekuatan hubungan linear antara dua pembolehubah. Manakala, simbol p mewakili nilai signifikan iaitu pekali korelasi linear bagi populasi(Wan et.al 2017:

100). Aras kekuatan nilai pekali korelasi ( r ) diterjemahkan dalam jadual seperti berikut:

Jadual 8: Jadual Aras Kekuatan Nilai Pekali Kolerasi

Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi

.91 hingga 1.00 Sangat Kuat

.71 hingga .90 Kuat

.51 hingga .70 Sederhana

.31 hingga .50 Lemah

.01 hingga .30 Sangat Lemah

.00 Tiada Korelasi

Sumber: Chua (2008:246)

Berdasarkan ujian korelasi yang dilakukan maka kajian mendapati bahawa pengaruh orang sekeliling dan pengamalan toleransi beragama pula mencatatkan nilai r = 0.468, p < 0.05.

Hal ini dijelaskan dalam jadual di bawah:

(20)

Jadual 9: Korelasi di antara Pengaruh Norma Subjektif dan Pelaksanaan Amalan Beragama

Hubungan Pengamalan Pengaruh Orang Sekeliling

Pengamalan 1

384

.468**

.000 384

Sumber: Soal Selidik Kajian 2019

Berdasarkan jadual di atas, menjelaskan bahawa pengaruh orang sekeliling mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pengamalan toleransi beragama.

Walaubagaimanapun, kekuatan hubungan ini berada pada tahap lemah. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang lemah di antara pengaruh orang sekeliling dengan pengamalan toleransi beragama. Pengaruh orang sekeliling terutamanya daripada orang yang diyakini atau dipercayai dapat mendorong seseorang individu untuk melakukan sesuatu tindakan. Ini kerana , menurut (Maizatul 2009: 4),perkara lain yang lebih besar mempengaruhi sesuatu tingkah laku adalah komitmen individu terhadap sesuatu Tindakan. Jika ia dipengaruhi oleh seseorang, namun tiada bermina, kebarangkalian untuk tingkah laku tersebut tidak dilaksanakan adalah tinggi. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa dari elemen teori tingkah laku terancang yang diuji ke atas responden, elemen norma subjektif mempengaruhi secara lemah dalam penghasilan tingkah laku toleransi beragama. Ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa elemen sikap dan halangan memainkan peranan lebih besar dalam mempengaruhi tingkah laku toleransi beragama dalam hubungan Muslim dan Bukan Muslim di lembah Klang.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Seterusnya, hasil kajian mengenal pasti bahawa pemimpin agama dan ibu bapa merupakan dua figura utama dalam mendorong penganut agama untuk mengamalkan toleransi. Dapatan ini menunjukkan bahawa dalam konteks hubungan antara penganut agama, pemimpin agama memainkan peranan yang begitu penting dalam memberi contoh dan ajaran kepada penganutnya tentang interaksi yang baik terhadap kumpulan agama lain. Hal ini kerana, pemimpin agama membawa imej yang dihormati dan dipercayai oleh segenap masyarakat kerana ilmu dan peribadinya. Maka, fahaman dan ajaran yang dibawa kepada penganut memberi pengaruh yang tinggi kepada tingkah laku mereka. Seterusnya, ibu bapa sebagai pengaruh orang sekeliling yang mendorong kepada pengamalan toleransi beragama. Hal ini kerana, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menerapkan pendidikan awal kepada anak- anak mengenai toleransi beragama. Maka, ini dapat menyiapkan mereka dengan pengalaman sebenar dunia luar yang mempunyai masyarakat pelbagai agama, kaum, bangsa, dan budaya.

Pengenalan awal kepada anak-anak juga dapat mendidik mereka menjadi generasi yang meraikan kepelbagaian agama dan terbuka untuk saling menghormati antara satu sama lain.

(21)

RUJUKAN

Abdullah Taib. 1985. Asas-asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd NorShahizan Ali. 2015. Mengenali Kuantitatif dan Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit FPI UKM.

Ajzen, I. 1991. The Theory Of Planned Behavior. Organizational Behavior And Human Decision Processes. 50(2): 179-211.

Ajzen, I & Fishbein, Martin. 2010. Predicting and Changing Behaviour: The Reasoned Action Approach. New York: Psycology Press Taylor & Francis Group.

Asyraf Muhammad. 2021. Isu Kalimah Allah: MN Selangor Sambut Baik Langkah Kerajaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/128638/BERITA/Nasional/Isu-kalimah- ALLAH-MN-Selangor-sambut-baik-langkah-kerajaan [1 Mei 2021].

Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2014. Kajian Isu dan Cabaran Hubungan antara Penganut Agama di Malaysia. Laporan Penyelidikan Jawatankuasa Kerja 1 (Isu dan Cabaran antara Penganut Agama), Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama(JKMPKA).

Baharu Kemat al-Haj & Mohammed Zain Yusof. 2013. Sikap Keusahawanan dan Hasrat Keusahawanan: Satu Penilaian Instrumen dalam Mengkaji Kecenderungan Keusahawanan. Jurnal Personalia Pelajar. 15: 61-69.

Benedict Rogers. 2018. Rejecting Religious Intolerance in South-East Asia. Journal of Southeast Asian Human Rights. 2( 1): 208-235.

Creswell, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. US: Sage Publications, Inc.

Fazilah Idris. 2008. The Influence of Individual Attributes on Inter-Ethnic Tolerance Among Early Youth in Selangor. Tesis. Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.

al-Ghazali. 1993. Mukhtasor Ihya’ ‘Ulum al-Din. Turki: Darul Fikri.

Jabatan Statistik Negara. 2010. Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Agama, Jantina

Dan Negeri, Malaysia.

https://www.statistics.gov.my/censusatlas/images/ReligionBM.pdf [26 Oktober 2019].

Judith Nagata. 1984. The Reflowering of Malaysian Islam: Modern Religious Radicals and Their Roots. Vancouver: University of British Columbia Press.

Khadijah Muda, Khairul Anwar Mastor, Fazilah Idris, & Siti Azhani Tohar. 2019. Faktor Demografi dalam Toleransi Beragama dalam kalangan Belia di Malaysia. Sains Insani 4(2): 76-81.

Khadijah Muda, Khairul Anwar Mastor & Fazilah Idris. 2018. Pengalaman Toleransi Beragama Belia Pelbagai Etnik. UMRAN – International Journal of Islamic and Civilizational Studies. 5(1): 100–107.

Khadijah Muda. 2017. Pembentukan model toleransi beragama dalam kalangan belia pelbagai etnik. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin. 27: 81-92.

Kementerian Perpaduan Negara. 2021. Dasar Perpaduan Negara: Perpaduan dalam Kepelbagaian. Wilayah Persekutuan Putrajaya: Kementerian Perpaduan Negara.

(22)

Krejcie, R.V & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement. 30: 607-610.

Ku Hasnita Ku Samsu, Rahmad Aydil Ali Akhbar & Zubir Zaiyadi. 2011. Mekanisme Pemerkasaan Semangat Patriotisme di Malaysia. Proceedings of the 4th International Conference on Southeast Asia University of Malaya, Kuala Lumpur,hlm. 63-71.

Maizatul Haizan Mahbob. 2009. Penggunaan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang Dalam Melihat Penerimaan E-Servis Kerajaan Di Kalangan Rakyat: Kajian

Kes Di Lembah Klang.

http://www.academia.edu/715995/PENGGUNAAN_MODEL_PEMECAHAN_TEOR I_TINGKAH_LAKU_TERANCANG_DALAM_MELIHAT_PENERIMAAN_ESER VIS_KERAJAAAN_DI_KALANGAN_ [17 November 2017].

Malaysia. 1963. Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mohd Sulaiman Yasin. 1992. Akhlak dan Tasawuf. Bangi: Yayasan Salman.

Mohd Anuar Ramli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abd Razak, Mohamad Naqib Hamdan, Syamsul Azizul Marinsah. 2018. Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (PRU14):

Aplikasi Pendekatan Kesederhanaan. Dlm. Mohd Roslan Mohd Nor Khadher Ahmad Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff (pnyt.). Penyelidikan Serantau Islam dan Alam Melayu: Pendidikan, Kewangan, Kehartaan, Kenegaraan dan Isu Kontemporari, hlm.

1-12.

Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah, M Nuri Al-Amin, Atifah Yusoff, Azizan Baharuddin, Faizal Abdul Khir, & Ahmad Tarmizi Talib. 2016. Socio-Religious Harmony Index Instrument Indicators For Malaysia. Jurnal al-Tamaddun. 11(2): 29-44 Mutsalem Khareng & Jaffary Awang. 2014. Toleransi beragama & Implikasinya Dalam Kalangan Mahasiswa/I Muslim dan Buddha di Prince of Songkhla University. Journal of Islamic and Arabic education. 5(2): 1-14.

Noor Azlida Alimin. 2021. Mahkamah Tinggi Benarkan Penganut Kristian Guna Kalimah Allah. https://www.sinarharian.com.my/article/127767/BERITA/Semasa/Mahkamah- Tinggi-benarkan-penganut-Kristian-guna-kalimah-ALLAH [1 Mei 2021].

Nur Farhana Abdul Rahman. 2016. Toleransi Agama dalam hubungan Muslim dan Kristian di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malayaa: Jabatan Akidah dan Pemikran Islam. (Bahan Tidak Terbit).

Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Jaff ary Awang, Zul’Azmi Yaakob & Nur Solehah Shapiee. 2020. Memahami Agama Lain Asas Toleransi Beragama: Tujuan dan Syarat dari Perspektif Pemimpin Agama di Malaysia.

Akademika. 90(2): 165-179.

Nurul Fathihah Zakinan. 2018. Hidangan Babi di Meja Media, Penganjur Tidak Sensitif.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448313/hidangan-babi-di-meja- media-penganjur-tidak-sensitif [25 Oktober 2019].

Palys, T. 2008. Purposive Sampling. Dlm. L.M. Given (pnyt.). The Sage Encyclopedia of Qualitative Research Methods (Vol.2).Los Angeles: Sage.

al-Rabaani, Ahmed Hamad. 2017. Views Of Omani Post-Basic Education Students About Religious And Cultural Tolerance. Cambridge Journal of Education. 1-15

(23)

Shakira Buang. 2017. Mufti: Dobi 'Muslim sahaja' amalan sempit.

https://www.malaysiakini.com/news/396208 [25 Oktober 2019].

Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Khatijah Yasin & Fadzli Adam. 2017. Sensitiviti Agama Dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia. Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization 2017, hlm. 17-22.

Sofea Susan Albert Kassim. Isu dobi: Apa kata ustaz.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/09/28/penjelasan-hukum-syarak-dobi [25 Oktober 2019].

Yusuf Faisal Ali. 2017. Upaya Tokoh Agama Dalam Mengembangkan Sikap Toleransi Antarumat Beragama: Studi Kasus Desa Sindangjaya Kecamatan Ciranjang Kabupaten Cianjur. Untirta Civic Education Journal. 2(1):

Referensi

Dokumen terkait

This article will address issues on religious education policy in Indonesia, and the way mono-religious study and its practice are affecting students’ life at public school in

Penambahan bahan anti kempal yaitu trikalsium fosfat dapat menurunkan sifat higroskopis serbuk pure kering ubi jalar instan, disamping menjaga kondisi penyimpanan yang mampu

Kendala yang ditemui dalam penerapan proses pembuktian ini adalah bagi Hakim, dan dibedakan menjadi 2 (dua) yaitu meliputi Kendala yuridis dan non yuridis, namun dalam

Berdasarkan hasil pengolahan data, nilai dari koefisien determinasi adalah 0.744791 yang berarti bahwa 74.48 persen kontribusi Indeks Pembangunan Manusia (IPM), laju

Rudiati., Setyaningsih, A., &amp; Widajati, S.2011.Hubungan antara Induksi Persalinan dengan Perdarahan Pasca Persalinan di Kamar Bersalin RSUD Nganjuk.Jurnal

The intention to make radical changes in religious behavior among youth was preceded by several factors, namely, strength of belief, subjective norms of Daulah Islamiyyah, formal

Sebelum sampai kepada tradisi midang dan nemin, keluarga seharusnya telah menentukan batasan-batasan kapan anaknya dapat di pidang oleh seorang laki-laki- kondisi ini tidak

Jabatan : Ketua (Ketua Program Studi Pendidikan Bahasa Inggris S2/S3 pada FBS ). Status Studi Lanjut : Tidak sedang