• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA

PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1.0 NAMA

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Olahraga Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2.0 UNDANG-UNDANG / PERATURAN

2.1 Semua pertandingan hendaklah akan dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Peraturan Am Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi perkara 4.0 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Perkara 7.0 Peraturan Am Sukan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tidak lebih dari 3 orang peserta bagi semua acara perseorangan.

5.2 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 1 pasukan bagi acara berpasukan. Peserta acara berpasukan mestilah terdiri daripada peserta-peserta yang didaftar dalam boring penyertaan.

5.3 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil tidak lebih dari tiga (3) acara perseorangan, samada dua (2) acara balapan dan satu (1) acara padang atau dua (2) acara padang dan satu (1) acara balapan

5.4 Pengantian (Hanya boleh dibuat seminggu sebelum kejohanan).

5.4.1 Pengantian/pertukaran peserta baru dibenarkan untuk mengantikan peserta yang telah didaftar pada boring asal, dengan peserta baru itu dikehendaki mengambil semua acara yang disertakan oleh peserta asal.

5.4.2 Bagi acara balapan, tambahan peserta baru dibenarkan sekiranya tambahan berkenaan tidak mengubah dan melibatkan susunan atur cara kejohanan yang telah ditetapkan.

5.4.3 Bagi acara padang tambahan peserta baru adalah dibenarkan mengikut susunan giliran yang telah disusun.

5.5 Penyesahan Penyertaan

5.4.1 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada jawatan kuasa pengelola kejohanan tidak lewat dua minggu sebelum pertandingan.

5.4.2 Borang penyertaan hendaklah diisi dalam tiga (3) salinan, dua (2) salinan hendaklah dikembalikan kepada jawatankuasa pengelola.

(2)

2

9.0 CARA MEMUTUSKAN PESERTA KE PERINGKAT AKHIR

9.1 Dalam acara balapan, yang mana peringkat separuh akhir dijalankan, peserta-peserta ke peringkat akhir dipilih seperti berikut

9.1.1 Tiga (3) peserta yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam tiap-tiap separuh akhir;

9.1.2 Dua (2) peserta yang mencapai masa terbaik dalam kedua-dua separuh akhir.

10.0 UKURAN TINGGI PALANG PERMULAAN 10.1 Lompat Tinggi (L)

1.50 m ditetapkan untuk latihan. Untuk pertandingan ketinggian palang ditetapkan pada 1.55 m dan dinaikan seperti berikut : 1.60 m, 1.65m, 1.68m, 1.74m, 1.77m dan dinaikkan seterusnya.

5.4.3

5.4.4

Gunakan borang berasingan untuk peserta lelaki dan wanita.

Pendaftaran menggunakan sistem juga akan digunapakai.

6.0 JENIS PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan berpasukan dan individu.

6.2 Acara tidak akan dipertandingkan sekiranya mempunyai 3 penyertaan sahaja.

7.0 JENIS ACARA

Acara Lelaki Wanita Lelaki V Wanita V

1 100m x x x x

2 200m x x x x

3 400m x x x

4 4x100m x x x X

5 4x400m x x - -

6 110m l/berpagar x - x

7 100m l/berpagar - x - -

8 800m x x x -

9 1500m x x - -

10 5000m x - - -

11 3000m - x - -

12 Lompat Tinggi x x - -

13 Melempar Cakera x x - -

14 Lompat Kijang x - - -

15 Lompat Jauh x x - -

16 Merejam Lembing x x x x

17 Melontar Peluru x x x x

8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sesuatu acara hanya akan dijalankan sekiranya terdapat lebih daripada empat (4) peserta perseorangan/pasukan sahaja yang mengambil bahagian.

8.2 Setiap peserta mestilah menghabiskan acara yang disertainya. Jika tidak penyertaan bagi acara berikutnya akan dibatalkan.

(3)

3 10.2 Lompat Tinggi (W)

1.30m ditetapkan untuk latihan. Untuk pertandingan ketinggian palang ditetapkan pada 1.35m dan akan dinaikkan seperti berikut : 1.38m, 1.41m, 1.47m, 1.50m dan dinaikkan 3cm pada tiap- tiap kenaikan seterusnya

11.0 MELAPOR DIRI

11.1 Acara Balapan: Peserta-peserta atau wakil dikenhendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta 30 minit sebelum acara dimulakan.

11.2 Acara padang: Peserta-peserta atau wakil dikehendaki melapor diri kepada pegawai penyelia peserta 45minit sebelum acara dimulakan.

11.3 Semua peserta yang melapor diri untuk penyertaan hendaklah memakai lengkap dengan nombor peserta masing-masing. Peserta yang tidak memakai nombor peserta yang telah disediakan tidak dibenarkan bertanding.

11.4 Semua acara akan dijalankan mengikut masa,tarikh dan jadual yang telah ditetapkan.

11.5 Lewat melaporkan diri.

Peserta yang melaporkan diri 10 minit sebelum acara dimulakan tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dan mereka dianggap telah menarik diri

11.6 Hebahan

Hebahan panggilan peserta untuk melaporkan diri untuk acara-acara yang dijalankan akan dibuat oleh Penyelia Peserta sekali sahaja. Maklumat mengenai melapor diri akan disediakan di papan kenyataan di khemah pengelola peserta

11.7 Penyertaan serentak

Jika didapati seorang peserta menyertai acara balapan dan padang yang dijalankan serentak, peserta yang berkenaan hendaklah melaporkan diri kepada Pelepas atau Ketua Hakim.

12.0 BANTAHAN / RAYUAN

12.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 17.0 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

13.0 PAKAIAN

13.1 Bersesuaian untuk acara trek dan padang.

13.2 Setiap peserta mestilah mempamerkan nombor di sebelah hadapan dan belakang baju supaya dapat dilihat dengan jelas kecuali acara lompat tinggi dan bergalah.

13.3 Semasa upacara penyampaian hadiah, penerima hadiah hendaklah memakai pakaian pasukan dan berkasut untuk menerima hadiah.

14.0 PERALATAN

14.1 Semua upacara penyampaian hadiah, penerima hendaklah memakai pakaian pasukan dan berkasut untuk menerima hadiah.

14.2 Peralatan pertandingan persendirian boleh dibenarkan jika diluluskan oleh Pengurus Teknikal Kejohanan. Pengesahan peralatan tersebut hendaklah dibuat semasa mesyuarat pengurus pasukan.

15.0 KECERIAAN PADANG

15.1 Peserta tidak dibenarkan memanaskan badan di dalam kawasan pertandingan.

15.2 Semua peserta dan pegawai hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar kawasan pertandingan.

15.3 Tempat khas hendaklah disediakan untuk peserta dan pegawai.

15.4 Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, individu atau pihak yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk dalam kawasan pertandingan

(4)

4 16.0 UNDIAN LORONG/ GILIRAN

Peruntukan lorong-lorong dan giliran pertandingan akan dibuat cara berikut;

16.1 Tiap-tiap pasukan bertanding akan diberi abjad melalui undian, yang mana kemudiannya akan menetukan lorong-lorong untuk acara balapan dan giliran pertandingan.

16.2 Cara ini hanya sah digunakan unuk acara dalam pusingan awal dan acra peringkat akhir yang telah ditetapkan.

16.3 Undian untuk lorong bagi pusingan berikutnya akan dilakukan semasa kejohanan oleh pengurus kejohanan dan jemaah juri yang dilantik.

16.4 Jadual Undian lorong /giliran

BAGI ACARA PERSEORANGAN DAN BERPASUKAN

LELAKI

WANITA

A B C D E F G H I J K L 100m 1 2 3 4 5 6 7 8 100m 200m 2 3 4 5 6 7 8 1 200m 5000m 2 3 4 5 6 7 8 1 3000m 400m 3 4 5 6 7 8 1 2 3 400m 4x100m 3 4 5 6 7 8 1 2 4x100m 800m 4 6 7 8 1 2 3 800m 1500m 5 6 7 8 1 2 3 4 1500m 4x400m 10,000m 5 6 7 8 1 2 3 4 4x400m

110m L/berpagar 6 7 8 1 2 3 4 5 100m L/berpagar

UNDIAN BAGI ACARA PADANG

LELAKI

WANITA

A B C D E F G H I J K

Lompat Tinggi 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Lompat Tinggi Melepar Cakera 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Melepar Cakera Lompat Kijang 4 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3

Lompat Jauh 5 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 Lompat Jauh Merejam Lembing 6 7 8 9 10 11 1 2 3 4 5 Merejam Lembing Melontar Peluru 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5 Melontar Peluru

17.0 HADIAH

17.1 Acara Perseorangan

Pertama : Pingat Emas

Kedua : Pingat Perak

Ketiga : Pingat Gangsa

17.2 Acara Berpasukan

Pertama : Pingat Emas

Kedua : Pingat Perak

Ketiga : Pingat Gangsa

(5)

5 18.0 PERKARA AM

18.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta mengambil bahagian sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan arena.

18.2 Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilanngan atau kerosakan harta benda peserta semasa kejohanan dijalankan.

19.0 PERCANGGAHAN

19.1 Perkara 23.0 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian yang ketiga dibuat oleh Yasir Arafat/0501156823 yang berjudul “ Tanggapan Konsumen Terhadap Bauran Pemasaran Rumah Makan Az-Zahra Di Banjarbaru” penelitian

2.2.4.1 Di bawah Subperaturan 9(4), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, pegawai yang bercadang memperolehi

Selain itu juga, sebanyak 10 peratus responden tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan kerana bagi mereka harga di sesetengah agensi

Namun , kampus STIKES Yayasan Rs Dr Soetomo hanya memiliki satu warna seragam yaitu warna putih, mengingat peraturan yang berlaku pada kampus bahwasanya

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan dapat disimpulkan bahwa kemandirian anak kelompok B di TK Masyithoh Greges, Donotirto, Kretek, Bantul dapat

Hasil wawancara yang dilakukan oleh peneliti dapat disimpulkan bahwa pengelolaan peserta didik dengan menggunakan pendekatan kerja kelompok pada saat mengajar dapat

Menentukan apakah sebuah tahun adalah tahun kabisat atau tidak dengan menggunakan kelas dan konstruktor (prasetyo, randy, alfasy, luthfi, ponco, agung, herdiyanto, claudio,

Pelaku usaha kecil menengah sudah memiliki pemahaman mengenai literasi digital dengan memanfaatkan media sosial yaitu Facebook dalam pemasaran penjualan yang