• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Adding years of healthy life

National Healthcare Group

Sebuah Buku Pendidikan untuk

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

Untuk maklumat lanjut,

sila layari lelaman: www.nhg.com.sg

6 Commonwealth Lane, Tingkat 6, GMTI Building, Singapura 149547 Tel: 6471 8900 Fax: 6471 2129

Anggota-Anggota National Healthcare Group

Hospital Alexandra • Hospital Universiti Nasional Hospital Tan Tock Seng • Institut Kesihatan Mental/Hospital Woodbridge

Pusat Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins – NUH Institut Kebangsaan Neuroscience • Pusat Kulit Nasional Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional • Institut Barah Institut Mata • Institut Jantung • Maktab NHG • Diagnostik NHG

Farmasi NHG • Perkhidmatan Internet NetCare

Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura

Kumpulan Kerja Risiko Penyakit Vascular NHG

(2)

Apa itu tekanan darah?

Tekanan darah ialah satu bentuk tekanan yang dikenakan ke atas dinding-dinding salur nadi darah, semasa jantung mengepam darah.

Tekanan ke atas darah pada dinding-dinding salur nadi semasa jantung mengepam darah (peringkat pengecutan) dikenali sebagai tekanan darah systolic. Selepas setiap kali pengecutan, jantung akan berehat di antara degupan-degupannya dan tekanan darah di peringkat rehat ini dikenali sebagai tekanan darah diastolic.

Mengukur kadar tekanan darah tinggi

1

Apa itu tekanan darah?

2

Apa itu tekanan darah tinggi?

Tekanan darah normal tu bagaimana?

3

Apa yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi?

4

Apakah tanda-tandanya?

Bagaimana sakit darah tinggi dirawat?

5

Ubat jenis apakah yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi?

6

Kenapa ubat-ubat penyakit darah tinggi perlu dimakan secara tetap?

7

Apakah kesan-kesan yang boleh terjadi dari tekanan darah tinggi?

Perlukah saya periksa tekanan darah saya di rumah?

8

Perlukah saya sentiasa jumpa doktor pada masa yang sudah ditentukan?

(3)

Apa yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi?

Di kalangan 10 peratus pesakit, tekanan darah tinggi mungkin disebabkan oleh penyakit ginjal, gangguan pada sistem endocrine, penyempitan pada beberapa salur nadi darah tertentu atau kecacatan pada struktur aorta (saluran besar untuk darah mengalir dari jantung). Dalam kebanyakan hal, masalah ini boleh dibaiki melalui rawatan menggunakan ubat-ubatan. Bagi yang lain, sebab-sebabnya tidak diketahui. Namun terdapat bukti-bukti menunjukkan bahawa masalah tekanan darah tinggi ini ada yang mempunyai kaitan rapat dengan faktor-faktor risiko keturunan dan gaya hidup.

Faktor-faktor risiko yang ada kaitan dengan masalah tekanan darah tinggi termasuklah:

• Keturunan yang menghidap tekanan darah tinggi

• Terlalu gemuk

• Merokok

• Makan garam berlebihan

• Gaya hidup tidak aktif

• Terlalu banyak minum minuman keras

• Stress

Apa itu tekanan darah tinggi?

Sepanjang hari, tekanan darah kita berbeza- beza. Ia juga berubah-ubah apabila anda bersenam, rasa takut dan sakit. Kenaikan sementara pada tekanan darah adalah normal.

Tekanan darah juga meningkat semakin usia kita bertambah tua.

Di kalangan sesetengah orang, tekanan darahnya sentiasa tinggi. Bila bacaan pada tekanan darah melebihi 140/90mmHg sepanjang masa, keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi atau hypertension.

“Hyper’ bermakna terlalu dan ‘tension’

dimaksudkan dengan tekanan ke atas dinding-dinding salur nadi darah.

Tekanan darah normal tu bagaimana?

Sphygmomanometer untuk mengukur kadar tekanan darah tinggi

Faktor-faktor risiko tekanan darah tinggi

Tekanan Darah Tinggi Systolik (mmHg) Diastolik (mmHg)

Normal Kurang dari 130 Kurang dari 85

Normal Tinggi 130 – 139 85 – 89

Tekanan Darah Tinggi (tak teruk) 140 – 159 90 – 99 Tekanan Darah Tinggi (sederhana) 160 – 179 100 – 109

Tekanan Darah Tinggi (teruk) 180 atau lebih tinggi 110 atau lebih tinggi

(4)

Ubat jenis apakah yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi?

Setiap ubat bertindak dengan caranya sendiri.

Doktor akan memberi anda satu atau lebih jenis ubat mengikut keperluan.

• Diuretics

Ubat ini sering diberikan oleh doktor. Ia mengurangkan tekanan darah tinggi anda dengan menghapuskan air dan garam berlebihan dari tubuh anda.

• Beta Blockers

Ia mengawal jantung anda daripada mengepam terlalu kuat. Darah yang dipam dari jantung anda akan mengurangkan tekanan pada salur-salur nadi anda, lantas mengurangkan tekanan darah.

• Pencegah ACE dan penghalang saluran Kalsium

Ia mengurangkan tekanan darah anda dengan meluaskan salur-salur nadi darah.

Sekiranya anda berasa lain macam atau semakin teruk selepas diberi makan ubat, segeralah beritahu doktor anda. Doktor akan ubah sukatan ubat atau jenis ubat anda, atau memberikan anda beberapa panduan tentang bagaimana hendak mengurangkan kesan- kesan sampingan.

Apakah tanda-tandanya?

Di kalangan kebanyakan orang, tidak mengalami simptom penyakit darah tinggi.

Seseorang yang mengalami penyakit darah tinggi yang keterlaluan atau terlalu lama dan tidak dirawat, simptom-simptom seperti sakit kepala, mudah penat, loya, muntah-muntah, sesak nafas, resah dan kabur penglihatan, mungkin berlaku. Ini semua adalah kesan dari kerosakan pada otak, mata, jantung dan ginjal.

Bagaimana sakit darah tinggi dirawat?

Penyakit darah tinggi ialah penyakit sepanjang hayat. Ia boleh dikawal tetapi tidak boleh sembuh. Tujuan rawatannya ialah untuk mencegah komplikasi. Pesakit digalakkan supaya cuba mengubah gaya hidupnya, sebelum diberi rawatan menggunakan ubat-ubatan.

Tekanan darah tinggi boleh diturunkan dengan:

• Mengurangkan berat badan bagi mereka yang berat badannya berlebihan

• Mengurangkan garam atau sodium dalam makanan yang dimakannya

• Tambahkan serat dan kurangkan lemak dalam makanan anda

• Jangan merokok

• Bersenam secara tetap

• Elakkan minuman keras

• Tangani stress

Sekiranya perubahan gaya hidup gagal mengawal tekanan darah tinggi, doktor mungkin memberi pesakit makan ubat. Untuk mencapai kawalan tekanan darah tinggi yang baik, doktor mungkin menyarankan

penggunaan lebih dari satu jenis ubat.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran

Perubatan untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi

Senaman dan mengekalkan berat badan yang sihat

(5)

Kenapa ubat-ubat penyakit darah tinggi perlu dimakan secara tetap?

Ubat-ubat untuk penyakit darah tinggi hanya berkesan jika dimakan secara tetap seperti yang diarahkan doktor. Jadi anda perlu mengikut arahan yang diberikan dan memakan ubat pada masa yang sama setiap hari. Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor.

Berhenti memakan ubat boleh menyebabkan tekanan darah meningkat secara mendadak dan boleh mengancam nyawa anda. Anda juga perlu teruskan dengan merubah gaya hidup anda walaupun anda makan ubat.

Apakah kesan-kesan yang boleh terjadi dari tekanan darah tinggi?

Satu perkara aneh dengan tekanan darah tinggi ialah anda mungkin merasa yang anda sihat (iaitu tidak mengalami simptom) dan kelihatan sihat walaupun mengalami tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun. Tekanan darah tinggi akan terus menyebabkan saluran-saluran darah menjadi keras dan semakin sempit hinggalah akhirnya berlaku sumbatan dan menjejas pengaliran darah di dalam saluran- saluran darah. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat dan dikawal akan membawa kepada komplikasi-komplikasi serius seperti:

• Serangan jantung

• Lemah jantung

• Angin ahmar

• Kerosakan Ginjal

• Buta

Kawal dan rawatlah tekanan darah tinggi sejak awal untuk mencegah komplikasi.

Perlukah saya periksa tekanan darah saya di rumah?

Anda boleh belajar periksa tekanan darah anda dengan menggunakan mesin automatik elektronik khas untuk memeriksa tekanan darah. Anda boleh gunakan mesin ini untuk memeriksa tekanan darah anda secara tetap kerana bacaannya boleh memberikan maklumat berguna kepada doktor anda. Mesin- mesin ini digerakkan oleh bateri dan mudah digunakan. Jururawat atau ahli farmasi anda boleh membantu anda memilih mesin yang sesuai dengan keperluan anda dan

menasihatkan anda tentang bagaimana anda boleh memeriksa tekanan darah anda di rumah.

Ingat untuk mengambil perubatan anda dengan tetap

Periksa sendiri kadar tekanan darah

(6)

Pemeriksaan tetap dengan doktor anda

Jangan lipa temujanji anda dengan doktor agar beliau boleh menilai dan mengawasi keadaan anda dan mengusulkan lain-lain cara jika perlu.

Perlukah saya sentiasa jumpa doktor pada masa yang sudah ditentukan?

Tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyap. Jadi anda perlu patuh kepada rawatan yang sudah ditentukan oleh doktor untuk anda.

Anda perlu periksa tekanan darah anda secara tetap agar sebarang kenaikan pada tekanan darah boleh dirawat segera sebelum kerosakan serius berlaku.

Harap hubungi:

Nama Doktor

Tel

Nama Jururawat

Tel

Nama Pengurus Kes/Penjagaan

Tel

Untuk maklumat lanjut

NOTA

Buku ini diterbitkan untuk tujuan pendidikan sahaja. Sebab keadaan kesihatan setiap orang begitu untik, anda tidak harus menjadikan maklumat yang terkandung dalam buku ini sebagai ganti kepada pemeriksaan kesihatan, diagnosis atau rawatan peribadi anda.

Sekiranya anda prihatin terhadap kesihatan anda, harap hubungi doktor keluarga atau karyawan penjagaan kesihatan dengan segera.

Sikap teliti dan berhati-hati telah diamalkan dalam menghasilkan buku ini tetapi NHG, agensi-agensi, editor dan semua pekerja tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas sebarang kesilapan ataupun penghapusan yang dilakukan akibat daripadanya.

Referensi

Dokumen terkait

d. Inventarisasi aset organisasi semakin sempurna, terkendali dan tidak berkurang/hilang tanpa diketahui sebab-sebabnya. Kontrol berlangsung efektif terutama dari atasan

Dilihat dari gramatikal, maka frasa “berbaliklah kepada-Ku dengan berpuasa” dalam Yoel 2:12 disebutkan dalam bahasa Ibrani shbu odai bekol tzum dapat dijelaskan,

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan diperoleh bahwa strukturmikro hasil proses solution treatment dan aging adala fasa α yang merupakan paduan larut

Kemudian kartu dikumpulkan kembali untuk dikocok ulang, dalam kategori kurang (K). 8) Keaktifan murid Menyimpulkan materi, dalam kategori cukup (C). Hasil observasi

nngpta Tbtap : Anggota Tbtap : Anggota Tbtap 3 Anggota lbtap : Angpta Tbtap 3 AngEota Tletap. Anggota-Anggota ridak Tbtap pada lGlcrryok penbalnran Bidang

Pelaksanaan Kegiatan kunjungan industri diharapkan membuat mahasiswa Program Diploma Institut Pertanian Bogor ikut serta dalam membangun kualitas sumber daya manusia, selain itu

Berdasarkan hasil pengukuran dengan menggunakan polutan NH 4 Cl dan Pantai, dapat diketahui bahwa kenaikan persentase bahan pengisi silane menyebabkan sudut kontak

Berdasarkan data yang diperoleh peniliti didapatkan hasil yaitu prosedur tanggap darurat yang ada di gedung perkantoran X (tenant emergency procedures) hanya tersedia