• Tidak ada hasil yang ditemukan

kesan penjajahan British di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kesan penjajahan British di Malaysia"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Atas sebab itu strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti bijih timah. Penjajahan British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati dengan sultan dan para pembesar Melayu.1

Cara dan kaedah ini digunakan bertujuan untuk mengelakkan penentangan khususnya daripada orang Melayu. Oleh sebab itu, kedatangan British di Tanah Melayu tidak merombak dan menghapuskan keseluruhan institusi politik Melayu tradisional. Apa yang berubah hanyalah dari segi kuasa sahaja, iaitu daripada tangan sultan dan pembesar kepada residen dan pegawai Inggeris. Dengan kehadiran British, kedudukan raja hanyalah bersifat official ceremony sahaja. Walaupun mereka dikekalkan kedudukan asal sebagai sultan dan pembesar, tetapi hakikat sebenarnya kuasa yang ada pada mereka amat terhad sekali. Jika ada, kuasa sultan hanyalah meliputi bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu.2

Secara keseluruhannya, perkembangan sejarah sosiopolitik bumiputera dalam jangka masa di sekitar pertengahan abad ke-19, adalah peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka sejak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka. Kemunculan unit-unit politik negeri yang menjadi jelas pada abad ke-19, sentiasa menghadapi masalah pergolakan dan persaingan politik sama ada dalam negeri atau antara satu negeri dengan negeri yang lain (Abdul Malek, 1977). Pengaruh asing, sama ada yang bersifat serantau atau barat, semakin menguasai perkembangan politik di negeri Melayu. Pengaruh orang Bugis semakin dominan di Johor dan Selangor, manakala orang Minangkabay meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan. Oleh itu, pertengahan abad ke-19 menggambarkan keadaan sosiopolitik bumiputera yang paling daif.3

1 Abdullah Zakaria, Historia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1984, hlm. 277.

2 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2002, hlm. 74.

(2)

2.0Pentadbiran Tradisional Melayu dan Kesan Campurtangan British dalam Pemerintahan di Tanah Melayu

Penjajahan British di Tanah Melayu telah meninggalkan implikasi yang bukan sedikit khususnya dari segi politik sehingga membawa perubahan besar kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia. Jika sebelum kedatangan British, sistem politik tradisional di Tanah Melayu adalah bercorak monarki di mana sesebuah negara diperintah oleh seorang raja atau sultan secara mutlak. Namun dalam pemerintahan istana, baginda memerlukan beberapa perjawatan tradisi pembesar untuk menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan. Mereka ini adalah pembesar-pembesar utama di istana yang bertindak sebagai pembantu kepada sultan dalam mentadbir negeri yang diperintahnya.4 Golongan ini dipanggil golongan pemerintah yang memerintah golongan rakyat. Hal ini sangat berbeza dengan keadaan politik di Malaysia kini. Ketika zaman pemerintahan masyarakat Melayu tradisional, konsep daulat dan tulah tidak dapat dipisahkan dengan seseorang raja atau sultan dengan rakyatnya. Namun, konsep ini tidak lagi digunapakai pada hari ini kerana kekuasaan seseorang raja atau sultan itu terikat dengan konsep raja berperlembagaan yang diamalkan dalam sistem pentadbiran moden kini.

Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, implikasi politik yang paling ketara adalah berlakunya penghakisan kuasa sultan dan pembesar di negeri Melayu (Gullick, 1948). Sistem Residen yang juga dikenali sebagai Sistem Penasihat telah mengambil alih segala kuasa birokratik dan perundangan yang selama ini dipegang oleh sultan dan para pembesar. Pada sultan bukan sahaja kehilangan kuasa, malah telah dinafikan peranan mereka dalam pentadbiran British. Hal ini menyebabkan berlakunya gerakan kebangkitan anti-British di Tanah Melayu. Dalam perlantikan sultan dan pembesar ia bukan lagi ditentukan oleh Majlis Jemaah Diraja atau golongan pembesar, tetapi mesti mendapat persetujuan British. Keadaan ini pernah berlaku seumpamanya semasa perlantikan Sultan Hussain Shah oleh Stamford Raffles di Johor dan semasa perlantikan Sultan Abdullah oleh Andrew Clarke di Perak. Hal ini jelas menunjukkan pihak British telah campur tangan dalam bidang adat istiadat Melayu. Begitu juga kuasa sultan dalam bidang agama, di mana kuasa ini telah diambil alih oleh kerajaan British menerusi penubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri.5

4 Zulhilmi Paidi et.all, Malaysia: Pembinaan Negara dan Bangsa, Selangor: Pearson, 2011, hlm. 228.

(3)

Pengukuhan kuasa British dalam bidang politik dan pentadbiran begitu ketara dengan penubuhan dua pusat pentadbirannya iaitu Negeri-negeri Selat (1826) yang diketuai oleh Gabenor dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896) yang diketuai oleh Residen-General. Pembentukan dua sistem pentadbiran tersebut merupakan langkah awal British mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Tambahan pula, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah merupakan kawasan yang paling strategik daripada segi politik dan ekonomi. Setelah menguasai negeri-negeri tersebut, British telah memperluaskan kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu Utara melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun 1909. Strategi pengukuhan kuasa British semakin terserlah dengan perlaksanaan dasar desentralisasinya antara tahun 1910-1941, yang bertujuan untuk menyatukan keseluruhan negeri-negeri di Tanah Melayu di bawah satu unit pentadbiran (Abdul Latiff, 1981). Walaupun dasar tersebut mengalami kegagalan, tetapi British telah berjaya menyatukan pentadbiran seluruh Tanah Melayu secara paksaan menerusi perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946. Kesemuanya ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal penjajahan British, mereka cuba memusatkan kuasa dengan menggabungkan beberapa unit politik di Tanah Melayu.

Walaupun penjajahan British menggunakan dasar diplomasi di Tanah Melayu namun apa yang dapat dilihat ianya telah memberi kesan buruk dalam kalangan sultan dan pembesar. Hal ini disebabkan oleh kuasa pentadbiran dan perundangan yang selama ini mereka pegang telah mula terhakis. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang kuasa. Mereka terpaksa tunduk kepada nasihat yang mesti dipatuhi yang diberikan oleh Residen British. Manakala golongan pembesar tidak lagi mempunyai kuasa ke atas kawasan pegangannya, khususnya dalam bidang pentadbiran dan kuasa memungut cukai. Struktur sosiopolitik masyarakat tradisional bumiputera mula rapuh, khususnya dalam kalangan golongan pembesar dan raja, kerana mereka tidak lagi dapat berfungsi untuk menguasai kegiatan ekonomi. Sedangkan kekayaan ekonomi yang menjadi alat penting untuk menjamin kedudukan politik mereka (Abdul Malek, 1977).

Hal ini dapat dilihat secara langsung apabila berlakunya campurtangan British di Perak sehingga termeterainya perjanjian Pangkor pada tahun 1874 di antara pihak British dengan Raja Abdullah serta para pembesarnya. Perjanjian Pangkor telah mengubah sistem politik tradisional yang diamalkan selama ini akibat kemasukan unsur-unsur Barat.

(4)

Perundingan yang dijalankan di Pangkor ini telah menggariskan empat belas fasal dan di antara empat belas fasal yang terdapat dalam perjanjian ini, perkara ke-6 menjadi paling penting kerana ia merupakan perubahan dalam pemerintahan tradisioanal iaitu;

Fasal yang keenam- hendaklah sultan itu menerima seorang besar British yang dinamai Residen dan mengadakan sebuah rumah yang patut akan kediamannya apa-apa nasihat daripadanya dan mengikut ajarannya maka Orang Besar ini hendaklah ada berkuasa dan terpakai dalam balai bicara sultan itu dan hendaklah dituntut pada membuat apa-apa dalam segala perkara yang lain daripada perkara yang kena kepada agama dan adat-adat Melayu.6

Perlantikan seorang residen untuk membantu menasihat sultan dalam semua urusan pentadbiran secara tidak langsung telah mengubah keseluruhan pemerintahan tradisi di negeri-negeri Melayu. Sebelum perlantikan residen, sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam institusi pentadbiran negeri dan baginda dibantu oleh pembesar-pembesar di bawahnya. Kini, perlantikan residen secara “Dejure” adalah menasihat sultan yang memerintah dalam urusan pentadbiran namun pada hakikatnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hal ini kerana berdasarkan kepada perjanjian tersebut, sultan hendaklah meminta dan mematuhi nasihat daripada Residen British. Hal ini menyebabkan hakikat kuasa politik pemerintahan telah berubah daripada sultan kepada residen. Sultan hanya berkuasa terhadap adat istiadat Melayu dan agama Islam sahaja.

Selanjutnya, pemerintahan British di Tanah Melayu turut memberi impak terhadap kepimpinan orang Melayu di mana hal ini dapat dilihat melalui penubuhan Majlis Negeri pada tahun 1986. Majlis Negeri ini dibentuk sebagai badan perundangan. Ia terdiri daripada kira-kira sepuluh orang ahli iaitu sultan, anak-anak raja, dan pembesar yang terpilih dan perwakilan yang terhad dari kaum Cina dan residen. Dalam Majlis itu, residen menjadi pemerintah yang sebenarnya. Majlis Negeri ini bersidang kira-kira tujuh kali dalam setahun. Walaupun Majlis ini menyentuh hal-hal orang Melayu, namun pengaruhnya terhadap perundangan agak terhad. Hanya satu sahaja yang kekal di tangan orang Melayu iaitu 6 Abdullah Zakaria Ghazali, Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak, Perak:Yayasan Perak, 1997, hlm. 13.

(5)

pentadbiran hukum syariah dan perlantikan pegawai-pegawai agama yang terus menjadi tanggungjawab sultan.7

Pentadbiran tempatan pula berada di bawah pengawasan am seorang Pegawai Daerah British. Pegawai Daerah berfungsi sebagai residen pada peringkat yang lebih rendah. Pegawai Daerah bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti khazanah, daerah, hasil tanah, keadilan, kutipan cukai, keamanan dan ketenteraan, kesihatan awam, serta pengawalan ke atas pihak berkuasa Melayu.8 Oleh yang demikian, corak pentadbiran Ingggeris ini telah merubah bentuk pentadbiran yang lama. Golongan yang amat terjejas dengan perubahan baru ini adalah para pembesar setempat yang bukan dari keluarga Diraja. Para pembesar ini tidak diberi hak istimewa oleh Inggeris. Hanya beberapa orang di antara mereka yang dilantik menjadi ahli Majlis baru atau pun diangkat menjadi penghulu. Mereka tidak lagi berkuasa memungut cukai, dan malahannya sistem hamba abdi telah dihapuskan pada tahun 1882 oleh kerajaan British. Melalui penghapusan amalan ini, kerajaan kolonial British serentak menghapuskan hubungan kredit di antara pembesar dan petani.9

Di samping itu juga, peranan tradisional pembesar sebagai penghubung di antara raja dan rakyat menjadi lemah. Walaupun penghulu masih patuh kepada sultannya, tetapi beliau tidak lagi bertanggungjawab teruk kepada seorang pembesar tetapi kepada Pegawai Daerah British. Tambahan pula mereka dipilih menjadi penghulu adalah orang yang diperakukan oleh Pegawai Daerah dan dilantik dengan rasmi oleh Residen dan Majlis. Dalam hal ini taraf sultan menjadi semakin rendah dan fungsi beliau dalam hal ehwal pentadbiran dan politik menjadi semakin kurang.10

7 Muhammad Kamil Awang, The Sultan and The Constitution, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 314.

8 Barbara Watson dan Leonard Y Andaya, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan, 1983, hlm. 203.

9 Kassim Thukiman, op.cit., hlm. 76.

10 Adnan Haji Nawang, Kuala Lumpur dari Perspektif Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1997, hlm. 6.

(6)

Kuasa muktamad yang sebenarnya terletak di tangan Inggeris. Meskipun pada teorinya Inggeris mengajar orang-orang melayu mentadbir negeri mereka, namun corak pemerintahan kolonial tidak menggalakkan sebarang inisiatif politik atau memberikan pendidikan mengenai konsep-konsep kerajaan yang demokratik yang telah mula berakar umbi di England pada hujung kurun ke-19. Majlis Negeri tidak dianggap sebagai satu jalan perantaraan peralihan kepada pemberian yang lebih besar bagi orang Melayu dalam pentadbiran.

Selanjutnya, pihak British menyedari betapa pentingnya mentadbir sesebuah negeri khususnya dalam mengimplementasikan polisi pentadbiran negeri di peringkat daerah. Oleh itu penasihat British telah memastikan pihak British mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran negeri. Penglibatan penasihat British dalam proses perlantikan pegawai daerah untuk mengetuai pentadbiran daerah merupakan satu bukti bahawa kesan penjajahan British di Tanah Melayu telah membolehkan British mempunyai pengaruh yang besar dalam mentadbir sesebuah daerah yang sebelum ini dikendalikan oleh penghulu yang dilantik oleh sultan melalui pemberian surat kuasa yang mengandungi tandatangan sultan dan cap mohor.11

3.0Politik di Tanah Melayu pada tahun 1930-1940an

Sejarah politik pada tahun 1930an juga dikaitan dengan tuntutan orang Cina. Orang Melayu mula berasa cemas terhadap tuntutan-tuntutan kaum Cina yang bermaustatin di negara ini. Mereka menuntut supaya diberi hak keutamaan yang sama seperti orang-orang Melayu juga. Antara tuntutan mereka adalah supaya dimasukkan ke dalam Perkhidmatan Awam Malaya. Mereka juga menuntut hak kerakyatan sama seperti orang-orang Melayu, sebab mereka juga melihat Malaya sebagai sebuah negeri jati untuk mereka menumpukan taat setia, tidak lagi sebagai tempat mereka menumpang buat sementara waktu sahaja. Justeru, hal ini amat membimbangkan orang-orang Melayu terhadap tuntutan orang Cina tersebut.

Justeru itu, orang Melayu telah menerbitkan beberapa buah akhbar tempatan dalam menyuarakan perasaan tidak puas hati ini. Antaranya seperti Al-Ikhwan, Lembaga Melayu, Saudara, Warta Malaya, Majlis dan yang terbaru pada ketika itu ialah Utusan Melayu. Dalam 11 Shamsul Amri Baharuddin, From British to Bumiputera Rule, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 1968, hlm. 17.

(7)

akhbar tersebut, hujah-hujah yang paling penting dan logik telah ditekankan. Antaranya, “Malaya adalah kepunyaan orang-orang Melayu”. Apabila British tiba di Semenanjung Tanah Melayu, negeri-negeri ini sudah pun mempunyai kerajaannya sendiri (W.R. Roff, 1975).

Selain itu, terdapat juga akhbar Melayu yang berani memberi perangsang kepada orang-orang Melayu supaya mereka segera bersatu padu untuk keselamatan bangsa dan nusa. Ada yang menuntut pihak British supaya mengawasi hak-hak orang Melayu serta mengingatkan bahawa orang-orang Melayu itu bukanlah binatang liar untuk diburu sesuka hati oleh kaum pendatang. Peperangan lidah ini berlanjutan sehingga tahun 1941.

Begitu juga dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 adalah hasil daripada perubahan politik di Tanah Melayu. Ia merupakan pakatan beberapa orang pemuda Melayu nasionalis kiri yang berjiwa radikal dan revolusionari. Pemuda-pemuda nasionalis kiri ini amat membencikan penindasan oleh penjajah Inggeris, yang pada mulanya datang dengan diundang sebagai pelindung dan pembawa keamanan tetapi kemudiannya telah bertukar menjadi penjajah yang liar, sama seperti penjajah-penjajah Eropah yang lain. Daripada sistem Residen yang berfungsi sebagai penasihat, Inggeris telah berjaya menjadi penjajah dengan segala dasar pemerintahan yang didatangkan dari London, maka Raja-raja Melayu terpaksa menyetujuinya. Antara dasar-dasar ini termasuklah usaha membawa masuk orang-orang dagang dengan jumlah yang ramai. Dalam usaha kapitalis British mengaut kekayaan Tanah Melayu, mereka telah membawa masuk ramai orang terpelajar khususnya dari Ceylon (Sri Lanka), India dan Hong Kong. Mereka ini akan membantu British dalam urusan pentadbiran, ekonomi dan pertahanan. Tindak tanduk British ini menyebabkan orang Melayu tidak berpeluang mendapat jawatan, baik dalam jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta.12

Justeru, pemuda-pemuda progresif yang menjadi pengasas KMM sedar bahawa kerajaan British tidak dapat diharapkan sebagai tempat bergantung nasib bagi orang-orang Melayu. Jadi, orang-orang Melayu perlu berganding bahu demi mempertahankan hak ketuanannya. KMM adalah badan orang Melayu yang memperjuangkan kesentosaan, kesejahteraan,

12 Insun Sony Mustapha, Pejuang Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka, 1999, hlm. 195.

(8)

keselamatan, hak dan kedaulatan bangsa Melayu. Selepas tamat perang dunia kedua, PKMM merupakan parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan iaitu pada 17 Oktober 1945.13

4.0Penubuhan Parti-parti Politik tahun 1940an sehingga 1950an

Cadangan penubuhan Malaya Union yang diutarakan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British di persidangan Parlimen pada bulan Oktober 1945 adalah pencetus kepada pembentukan organisasi politik dan nasionalisme orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Seiring dengan pengisytiharan itu, Sir Harold Mac Michael telah sampai ke Tanah Melayu membawa pakej baru pemerintahan bagi penduduk Tanah Melayu ketika itu. Tanpa menghalusi objektif Malayan Union, ada dalam kalangan penduduk dan akhbar tempatan menyokong cadangan yang dibawa oleh Mac Michael. Raja Melayu yang pertama menandatangani perjanjian Malayan Union ialah Sultan Johor dan diikuti oleh Raja-raja Melayu yang lain setelah diperdaya oleh Mac Michael untuk memberi persetujuan.

Namun, terdapat tiga objektif utama yang tidak dipersetujui oleh orang Melayu. Pertama, mengintegrasikan kaum Cina dan India sama-sama dalam politik dan pemberian hak kerakyatan secara “Jus Soli”. Kedua, penubuhan kerajaan pusat dan mewujudkan pemerintahan sendiri. Orang-orang Melayu merasakan tindakan menubuhkan Malayan Union adalah tidak adil dan cuba menghapuskan kedaulatan Raja-raja serta mencabar hak politik orang Melayu. Orang-orang Melayu semakin bimbang akan kehilangan tanah air yang tercinta sekiranya Malayan Union menjadi kenyataan. Pada 30 November 1945 satu kongres diadakan di Ipoh membincangkan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Raja-raja Melayu. Kemudian Kongres Melayu Se-Tanah Melayu telah diadakan pada bulan Mac 1946 yang melibatkan 48 persatuan Melayu dan dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar (Mohd Fuad Mat Jali, 1998).

Semasa kongres ini diadakan, Dato’ Onn telah mengajak orang-orang Melayu supaya bersatu menentang Malayan Union demi memelihara keselamatan memartabatkan bangsa. Persidangan ini juga telah menjana semangat nasionalisme ke arah penubuhan parti politik 13 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang, (ed.), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1997, hlm. 27.

(9)

Melayu yang menyeluruh. Namun, walaupun pelbagai komen dan reaksi yang negatif dilemparkan terhadap penubuhan Malayan Union ini, kerajaan British tetap mahu menubuhkan kerajaan Malayan Union pada 31 Mac 1948 dan sekaligus pemerintahan Tentera British (BMA) di Semenanjung Tanah Melayu telah ditamatkan (Mohd Fuad Mat Jali, 1997). Pada 1 April 1946, Malayan Union telah diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik menjadi gabenor.

Pada tarikh itu juga, orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu bersatu-padu memulaukan upacara tersebut demi maruah politik bangsa. Seluruh umat Melayu berkabung dan berhimpun di hadapan Station Hotel Kuala Lumpur iaitu tempat bersemayam Raja-raja Melayu ketika itu untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap Malayan Union. Mereka melauangkan ‘Daulat Tuanku!’ dan ‘Hidup Melayu’. Kejadian ini telah memberi tamparan hebat kepada British yang tidak menjangka kesedaran politik orang Melayu amat kental bersatu padu mempertahan maruah dan institusi raja.

Bagi memperkemaskan dan mengetalkan semangat politik bangsa Melayu Dato’ Onn telah mengadakan Kongress Melayu se-Melaya yang kedua pada 11 dan 12 Mei 1946 di istana Besar Johor Bahru. Pelambangaan yang digubal oleh jawatankuasa yang dilantik pada bulan Mac 1946 untuk menubuhkan sebuah parti telah dibincangkan dan diterima sebulat suara. Pada 11 Mei 1946 Rang Surat Tauliah pertubuhan telah diluluskan dan disahkan,maka pada hati itu lahirlah sebuah parti politik Melayu yang dikenali Pertubuhan Melayu Bersatu (United Malaya Organisation-UMO). Kemudian Za’ba mencadangkan perkataan ‘National’ atau kebangsaan dimasukkan ke dalam nama pertubuhan itu. Hal ini menjadikan sebutan sepenuhnya pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO). Sejak itu British mengiktiraf UMNO sebagai ‘suara dan hati nurani’ orang Melayu. UMNO juga menjadi kekuatan dan ‘pelindung baru’ bagi orang Melayu. Slogan ‘Hidup Melayu’ telah menggegarkn kedudukan British dan menyemarakkan perpaduan dan semangat kebangsaan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu buat pertama kali dalam sejarah (Mohd Fawzi Mohd Basri, 1996).

5.0 Pengenalan Kepada Sistem Demokrasi

Dari segi politik, kesan penjajahan British dapat dilihat dengan jelas dalam pengamalan sistem pemilihan wakil-wakil rakyat dan pembentukan sesebuah kerajaan. Sistem demokrasi

(10)

yang kita amalkan sekarang ini adalah tinggalan warisan penjajahan British iaitu Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Negara Malaysia telah mengambil model sistem demokrasi ala Westminster iaitu nama tempat Parlimen orang Inggeris sejak berkurun-kurun lamanya sehingga kini. Namun, ia hanya pada asas sistem demokrasi ini sahaja kerana terdapat beberapa aspek telah diubahsuai mengikut kehendak negara ini yang berbilang kaum dan adat resam. Malaysia mempraktikkan demokrasi berparlimen yang mana menjadikan Parlimen sebagai kuasa badan perundangan tertinggi persekutuan. Ia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.14 Pada tahun 1955, pilihanraya umum Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilaksanakan dan Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi. Demokrasi merupakan sistem politik iaitu rakyat boleh memilih antara pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin politik yang bertanding. Rakyat tidak boleh dan tidak dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi mereka boleh mengawal kerajaan. Dalam demokrasi, rakyat menentukan bentuk perkembangan sistem politik (Fadhilah binti Abdul Aziz, 1996).

Di Malaysia umpamanya, dalam pengamalan sistem demokrasi misalnya, penentuan dasar sebuah negara ditentukan oleh pelbagai kumpulan dalam masyarakat. Pandangan ini dikenali dikenali sebagai pandangan “pluralis”. Bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, semua pandangan dan tuntutan daripada kumpulan yang aktif dan sah akan dapat mempengaruhi pembuatan dasar sesebuah negara (Makmor Tumin, 1999).

Idea mengenai demokrasi yang dipraktikkan di Malaysia telah menampakkan kejayaan walaupun tidak seratus peratus. Permuafakatan antara parti pembangkang dan parti pemerintah masih tidak menunjukkan hubungan baik. Kebiasaannya, apabila berlaku pilihanraya terdapat beberapa pertelingkahan dan saling memusuhi antara satu sama lain walaupun bukan secara fizikal.

Kelahiran pelbagai bentuk parti politik adalah satu unsur warisan penjajahan Barat yang telah diterima oleh hampir semua negara termasuk Malaysia. Selalunya parti merupakan sebuah badan Parlimen sementara yang mempunyai organisasi tempatan kerana dalam banyak keadaan ia ditubuhkan atas keputusan kerajaan. Dalam sesetengah kes parti hanya berperanan 14 Chamil Wariya, Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Media Global Matrix, 2010, hlm. 41.

(11)

untuk memberitahu kepada pemimpin perasaan tidak puas hati yang terdapat dalam kalangan rakyat.

Mekanisme menentukan kerajaan secara demokratik menerusi pilihanraya telah diperkenalkan pada tahun 1952. Pada tahun tersebut pilihanraya kerajaan tempatan bagi beberapa bandar besar di Malaysia termasuk Kuala Lumpur telah diadakan. Hal ini diikuti oleh pilihanraya seluruh negara yang pertama untuk memilih sebuah kerajaan persekutuan pada tahun 1955. Pilihanraya pertama setelah Tanah Melayu merdeka telah diadakan pada tahun 1959. Sejak dari itu amalan menentukan pemimpin kerajaan secara demokrasi peringkat negeri dan pusat diadakan setiap empat atau lima tahun sekali. Prinsip ini juga telah digunakan untuk menentukan pimpinan sebagai pertubuhan dan persatuan. Sebenarnya demokrasi yang selama ini kita praktikkan adalah kesan daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Ketika pihak British menjajah Tanah Melayu, pelbagai perubahan telah mereka lakukan, sama ada dari segi ekonomi, sosial, mahupun politik. Sehubungan itu, walaupun setelah 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, kita masih mengamalkan sistem pentadbiran yang ditinggalkan oleh penjajah British (Fadhilah binti Abdul Aziz, 1996).

Amalan menentukan pemimpin berdasarkan lunas-lunas demokrasi telah memberi peluang kepada golongan massa untuk menyatakan pimpinan pilihan mereka sama ada secara terbuka atau rahsia sudah diterima sebagai satu budaya yang diamalkan secara meluas di negara kita. Pilihanraya akan diadakan setiap lima tahun sekali, seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Pilihanraya ini akan menentukan siapakah yang layak menjadi pemimpin di peringkat negara atau negeri.

5.1 Persekutuan (Federalisme)

Persekutuan atau federalisme telah dipraktiskan di Malaysia sejak sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957 lagi apabila hampir keseluruhan aspek pentadbiran adalah secara persekutuan. Hal ini adalah kerana kegagalan kerajaan kesatuan iaitu Malayan Union (1946) yang telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (1948) yang berbentuk persekutuan. Persekutuan telah dipilih oleh Malaysia sebagaimana yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid. Mohd Noor Alam (1984) menyatakan bahawa terdapat beberapa sebab persekutuan dipilih di

(12)

Malaysia iaitu berdasarkan pada “pengalaman sejarah, penentangan kepada konsep ‘union’ atau kesatuan dan untuk memelihara historical continuity sebagai langkah memelihara jentera pentadbiran yang sekian lama sudah wujud”.15

Berpandukan elemen-elemen ini ditambah dengan kriteria terdapatnya pembahagian dua peringkat kerajaan di Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menguatkan bukti bahawa Malaysia mengamalkan jenis kerajaan persekutuan. Hal ini kerana prinsip asas dalam persekutuan adalah bersifat duality atau dua jenis pemerintahan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.16

Persekutuan menurut K. C. Wheare (1956), are divided between a goverment for the

whole country and goverments for parts of the country in such a way that each government is legally independent within its own sphere. Di Malaysia, pusat pemerintahan Kerajaan

Persekutuan adalah di Putrajaya dengan ketua negara merupakan Yang di-Pertuan Agong dan ketua kerajaanya adalah Perdana Menteri dan dibantu oleh para barisan menteri kabinet. Sedangkan bagi Kerajaan Negeri pula, ketua negeri ialah Sultan (Raja atau Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atau Yang Dipertuan Negeri) dan kuasa kerajaan negeri terdiri daripada peringkat daerah, mukim dan kampung. Negeri Sabah pula terdiri daripada daerah dan kampung dan negeri Sarawak pula terdiri daripada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung. Setiap peringkat ini mempunyai pembahagian bidang kuasa secara undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.17

5.2Raja Berperlembagaan

Pada zaman tradisional, raja mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memerintah negara atau dalam erti kata lain, raja adalah mempunyai kuasa mutlak. Sebelum pendudukan Inggeris itu, Sultan-sultan Melayu memiliki kuasa pemerintahan sepenuhnya. Namun, sistem kerajaan kini kuasa raja dihadkan oleh perlembagaan sebagaimana yang diamalkan di Malaysia. Sistem 15 Mohd Noor Alam, Federalisme di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 6.

16 Zulhilmi, op.cit., hlm. 230.

17 Nadzan Haron, Malaysia Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 2010, hlm. 51.

(13)

kerajaan ini dikenali sebagai “Sistem Raja Berperlembagaan”. Ianya bermaksud bahawa raja menjalankan kuasa pemerintahannya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang. Hal ini juga memastikan bahawa raja tidak menjalankan pemerintahan sesuka hati tetapi mengikut apa yang ditetapkan oleh perlembagaan. Dalam perkara ini, raja mewakilkan kuasa pemerintahannya kepada badan eksekutif untuk menjalankan urusan pemerintahan negara. Contohnya, ketua negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong dan baginda mewakilkan kuasa baginda dalam pemerintahan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau pihak yang diberi kuasa mutlak.

Walau bagaimanapun berdasarkan sistem raja berpelembagaan, Yang di-Pertuan Agong (di peringkat persekutuan) dan Raja-raja (di peringkat negeri) masih mempunyai tanggungjawab yang pelbagai; bukan hanya menjalankan tugas pada hal-hal perlembagaan dan adat istiadat sahaja meskipun telah mewakilkan kuasa pemerintah kepada badan eksekutif tetapi institusi raja di Malaysia juga menampakkan kelainan dalam sistem kerajaan raja berperlembagaan di England, Thailand, Jepun, Denmark, Norway, Sweden dan Sepanyol. Hal ini kerana di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta selama lima tahun secara bergilir-gilir serta memegang pelbagai fungsi sama ada dalam badan legislatif, eksekutif, judikatif, ketenteraan, keagamaan, mempunyai kuasa pengampunan, diplomatik serta sebagai sumber penghormatan dan kebesaran.18 Hal inilah yang menjadikan institusi raja di Malaysia sangat unik sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdul Rashid Moten (2008), “... the

Malaysian monarchy is a unique instituation. There is no record in human history where a King is required to seek election of some kind; he is required to hold office for a fixed period of five years; and is required to relinquish the office if changed with an offence”.

Walaupun Sultan-sultan kehilangan kuasa eksekutif, legislatif dan judisiari, sebagai Raja Berperlembagaan mereka bertindak sebagai ketua atas dua perkara iaitu agama Islam dan adat resam Melayu. Kedudukan ini memberi mereka banyak bidang kuasa budi bicara yang ada kalanya mereka laksanakan atas nasihat, ada kalanya menggunakan budi bicara mereka sendiri. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah persekutuan, maka jawatan tertinggi untuk Raja dan Sultan di peringkat pusat adalah Ketua Negara dengan gelaran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kedudukan ini diwujudkan pada 31 Ogos 1957. Jawatan ini akan diisi 18 Chamil Wariya, op.cit., hlm. 44.

(14)

secara bergilir-gilir oleh salah seorang daripada sembilan Raja Melayu itu untuk tempoh lima tahun mengikut kekananan. 19

6.0Analisis

Negara moden Malaysia muncul hasil gabungan warisan lama dan penemuan baharu serta kacukan unsur-unsur dalaman dan unsur-unsur pembaratan. Kemerdekaan yang dikecapi juga terhasil daripada beberapa rundingan yang dilakukan oleh pihak British ke atas penduduk Tanah Melayu. Suruhanjaya Reid misalnya ditubuhkan bagi memperolehi suara rakyat sebelum Malaysia dibentuk. Dan ini merupakan suatu langkah yang adil dilaksanakan oleh British supaya penyertaan setiap anggota dalam Malaysia tidak merasa ketinggalan atau secara terpaksa menyertai Malaysia yang akan mempunyai jentera pentadbirannya yang tersendiri.

Namun, legasi pentadbiran tradisional tidak terus dipinggirkan, bahkan ia menjadi warisan yang mengagungkan pemerintahan Beraja. Mahu atau tidak mahu, Sultan atau Raja merupakan penaung tertinggi bagi negerinya. Keadaan ini diaplikasikan pula dalam bentuk sebuah Negara apabila Yang Dipertua Agung (YDPA) menjadi ketua kepada semua negeri yang bernaung dalam payung Perlembagaan Malaysia. Bagi negeri yang telah tidak mempunyai keturunan Sultan bagi mewarisi negerinya, Yang Dipertua akan memegang tampuk pentadbiran negerinya seperti di Melaka, Pulau Pinang dan sebagainya.

Walaupun kuasa sultan mula terhakis semasa pemerintahan dan pentadbiran British, masyarakat Melayu masih menghormati dan menyanjungi sultan sebagai ketua agama dan ketua adat. Dalam hal sedemikian, tugas seorang sultan telah digantikan dengan Residen British apabila system Residen mula diperkenalkan di Tanah Melayu. Dari sudut yang positif, ia dapat memberikan tunjuk ajar kepada pemerintah tempatan dalam urusan pentadbiran yang lebih cekap. Namun demikian, kerana sikap yang dilihat sebagai kurang ajar dan tidak 19 Nadzan Haron, op.cit., hlm. 53..

(15)

menghormati Sultan, maka jawatan Residen British mula dipandang serong terutama jika mereka melibatkan diri dalam urusan agama dan adat-istiadat ornag Melayu. Ini dapat kita lihat misalnya dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Perak.

Kelangsungan pentadbiran di Malaysia setelah 57 mencapai Kemerdekaan menunjukkan beberapa perubahan yang boleh dibanggakan sebagai sebuah Negara “baharu”. Sistem demokrasi dipilih dalam arena pentadbiran Malaysia sebgai langkah untuk penyatuan semua masyarakat Malaysia. Penyatuan ini tercipta daripada sejarah pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British. Dalam konteks umum, demokrasi diistilahkan melalui tujuh cirri iaitu kebebasan berucap, kebebasan media, pilihan raya bebas dan adil, kebebasan berorganisasi, kebebasan kehakiman, pemerintahan berasaskan majoriti dan hak minoriti dihormati.20 Berdasarkan istilah yang dihuraikan ini, Malaysia melalui tiga badan pentadbiran utamanya iaitu Legislatif, Eksekutif dan Judisiari merupakan badan yang bertanggungjawab ke atas hak ‘demokrasi’ yang diwujudkan. Ketiga-tiga badan tersebut mempunya tugas dan hak yang saling berkaitan bagi melicinkan lagi pentadbiran ‘demokrasi’ yang diwujudkan.

Selain itu, sistem demokrasi juga boleh dilihat dalam aspek pembahagian tugas di peringkat negeri dan persekutuan. Dalam hal ini, unsur demokrasi digarakan bagi memberikan peluang kepada kerajaan negeri dan tempatan dalam beberapa hal ehwal pentadbirannya. Dan dalam masa yang sama, ia masih terikat dengan Persekutuan yang menjadi sumber rujukan dan nasihat. Keadaan ini bagi membolehkan setiap negeri, daerah dan kawasan berkembang mengikut acuannya yang tersendiri.

Kemerdekaan yang dicapai bukanlah suatu permulaan atau pembaharuan yang perlu menghakis kesemua bentuk dan corak pentadbiran British. Namun demikian, setiap perubahan yang dilakukan adalah diselarikan dan disesuaikan mengikut iklim pemerintahan di Malaysia dan ia dimodenkan mengikut keadaan semasa. Ini dapat dilihat misalnya melalui nama-nama jawatan yang ada pada zaman tradisional dan zaman moden. Sistem pembesar empat lipatan yang diamalkan pda zaman Kesultanan Melayu Melaka masih diamalkan sehingga hari ini. Namun, ia mengalami perubahan dari segi nama jawatan dan penambahan bidang tugas. Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan Perdana 20 Badrul Azmier Mohamad @ Bakar, Lima Puluh Satu Tahun Dominasi Barisan Nasional Dalam Politik Malaysia: Suatu Analisis, dlm. Prosiding Seminar Politik Malaysia, Pusat Penerbitan Universiti: UiTM, 2008, hlm 794.

(16)

Menteri pada hari ini. Manakala sistem lantikan juga turut berubah mengikut bidang kuasa tertentu. Jika dahulu penghulu dilantik berdasarkan jurai keturanan dan di bawah bidang kuasa Sultan, tapi pada hari ini ia tertakluk kepada Suruhanjaya Awam Negeri. Banyak lagi contoh yang boleh diambil bagi mengenalpasti perubahan dan pelaksanaan pentadbiran dalam zaman tradisional, zaman British serta selepas Merdeka.

Sistem Persekutuan yang wujud pada hari ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu asing bagi Malaysia terutamanya Tanah Melayu. Satu bentuk Persekutuan telah pun diperkenalkan pada tahun 1896 apabila British mencantumkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Namun demikian, usaha berterusan British untuk memasukkan negeri-negeri Melayu lain ke dalam Persekutuan dengan berselindung di sebalik dasar pemecahan kuasa (disentralisasi) tidak membawa hasil. British kemudian mengambil kesempatan daripada rombakan yang berlaku akibat penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua untuk memaksakan penjajahannya secara langsung melalui Malayan Union pada tahun 1946. Tetapi apabila rancangan ini ditentang kuat oleh orang Melayu dan dikritik hebat oleh bekas pegawai-pegawai British di Tanah Melayu, British mengalihkan arah dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu tetapi tanpa kehadiran Singapura pada tahun 1948.

Persekutuan ini bertambah kukuh apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dengan dorongan dan peranan aktif Britain, pada tahun 1963 terbentuk pula persekutuan yang lebih besar yang melibatkan Singapura, Sabah dan Sarawak. Persekutuan ini akhirnya membentuk Malaysia. Brunei yang pada asalnya menunjukkan minat untuk menyertai Malaysia tetapi telah menarik diri pada saat akhir manakala Singapura pula terpaksa keluar dua tahun selepas penubuhan Malaysia atas faktor perbezaan politik dan sosiobudaya.21

Corak pemerintahan yang wujud di Malaysia kini adalah gabungan antara tatanan Kesultanan Melayu tradisional dengan gagasan zaman moden seperti kedaulatan rakyat dan demokrasi. 21 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 378.

(17)

Secara luaran, sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang adalah peniruan daripada Great Britain yang membantu merangka perlembagaan itu. Jal ini bermula dengan campurtangan British dalam pemerintahan tempatan melalui sistem Residen dan penasihatan British yang disogoknya kepada negeri-negeri Melayu sejak tahun 1970.

Perlembagaan baharu yang diperkenalkan kemudian seperti perlembagaan Malayan Union (1946), Persekutuan Tanah Melayu (1948) dan Persekutuan Tanah Melayu (1957), semuanya berasaskan kerangka pemikiran undang-undang British. Para pemimpin dan wakil Tanah Melayu yang terlibat dalam penggubalan perlembagaan-perlembagaan tahun 1948 dan 1957 itu juga hampir semuanya lebih kepada undang-undang British daripada undang-undang peribumi.

Satu perkara yang kadang-kadang tidak dikenali adalah pemerintahan berasaskan undang-undang bertulis bukanlah sepenuhnya idea yang dibawa dari Barat. Beberapa buah negeri atau lebih tepat “negara-negara” Melayu sebelum campurtangan kuasa Barat telahpun mempunyai undang-undang bertulis masing-masing sebagai panduan pemerintahan walaupun kandungannya berbeza daripada undang-undang atau perlembagaan negara masa kini. Misalnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Tubuh Terengganu dan Johor.

Maka perlulah diamati bahawa, pentadbiran British sedikit sebanyak banyak mewarnai corak pentadbiran Malaysia pada hari ini. Namun, Malaysia tidaklah mencetak sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi diadun dan dicanai mengikut kesesuaian semua masyarakat yang mendiami Malaysia yang mana tertakluk kepada konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai asas kukuh sebuah Negara iaitu Malaysia. Manakala tiga badan penggerak yang dibincangkan di atas pula mempunyai sub-bidang mereka yang tersendiri. Walaupun demikian, dalam aspek tertentu seperti bab agama islam misalnya, ia perlulah dirujuk dan merujuk kepada badan khas yang di kenali sebagai Majlis Mufti sebelum sesebuah perundangan di putuskan. Ia menampakkan kesamaan dengan kewujudan para Ulama yang sangat sinonim dan berpengaruh pada zaman tradisional. Bahkan Ulama merupakan antara golongan terpenting yang ada di dalam pentadbiran negeri di bawah Sultan dan Raja.

(18)

7.0 Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat yang mempunyai sistem politik, ekonomi dan sosial yang teratur. Ia jelas dapat dilihat melalui beberapa contoh sistem politik dan kemasyarakatan Melayu tradisional yang telah wujud seperti kerajaan Melayu Melaka. Namun, selepas Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan, sedikit sebanyak corak dan sistem pentadbiran telah berubah mengikut acuan barat dengan tertubuhkan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Walau bagaimanapun, sistem pentadbiran bercorak barat ini tidaklah dipraktikkan secara menyeluruh di Malaysia, tetapi telah diubah suai mengikut keadaan sosio masyarakat dan masih terdapat beberapa unsur-unsur pentadbiran tradisional yang dikekalkan.

Pentadbiran kerajaan yang kukuh dan mantap adalah asas kepada kestabilan negara mahupun kemakmuran masyarakat. Corak pemerintahan secara demokrasi berparlimen adalah bukti penglibatan rakyat dalam pentadbiran negara serta taat setia mereka kepada raja menerusi sistem raja berperlembagaan. Sesungguhnya institusi raja di negara kita adalah warisan sejak zaman-berzaman dan haruslah dikekalkan sampai bila-bila kerana ia melambangkan keunggulan Raja-raja Melayu sebelum kedatangan British. Bentuk pemerintahan secara Persekutuan melalui pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam badan eksekutif merupakan satu kaedah untuk menyelaraskan dasar-dasar kerajaan secara adil dan berkesan.

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa penjajahan British meninggalkan kesan yang begitu banyak, yang bukan sahaja meliputi aspek politik tetapi juga turut memberi kesan

(19)

kepada aspek ekonomi dan sosial di Tanah Melayu. Jika dilihat, kesan penjajahan British ke atas sistem politik di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia masih diamalkan dan diwarisi walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum meniggalkan negara ini, British telah melatih dan mengindoktrin terlebih dahulu pemimpin politik yang akur dengan dasar dan sistem pentadbiran penjajah di negara ini. Maka tidak hairanlah, sekiranya Dr. Burhanuddin Al-Helmi pernah menegaskan bahawa “kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 itu adalah satu kemerdekaan yang tiada makna, kosong! dan perjuangan kita sekarang adalah mengisi kemerdekaan ini dengan coran dan kandungan yang dikehendaki oleh rakyat (Saliha, 1986). Malaysia kini mewarisi pelbagai dasar dan sistem politik yang ditinggalkan oleh penjajah British. Hal ini telah menyebabkan Malaysia terpaksa mengikis dan menghapuskan pengaruh tersebut secara beransur-ansur melalui pindaan perlembagaan yang menunjangi sistem politik di negara ini.

Rujukan

Abdul Rahman Haji Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,.

Abdullah Zakaria. 1984. Historia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Abdullah Zakaria Ghazali. 1997. Pasir Salak: Pusat Gerakan Menentang British di Perak. Perak: Yayasan Perak.

Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang. (ed.) 1997. Biografi Tokoh Pilihan

Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Adnan Haji Nawang, Kuala Lumpur dari Perspektif Haji Abdullah Hukum. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1997

Badrul Azmier Mohamad @ Bakar. 2008. Lima Puluh Satu Tahun Dominasi Barisan

Nasional Dalam Politik Malaysia: Suatu Analisis. dlm. Prosiding Seminar Politik

Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti: UiTM.

Barbara Watson dan Leonard Y Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan. Chamil Wariya. 2010. Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Media

Global Matrix.

Insun Sony Mustapha. 1999. Pejuang Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

(20)

Mohd Noor Alam. 1984. Federalisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Kamil Awang. 2000. The Sultan and The Constitution. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzan Haron. 2010. Malaysia Melangkah ke Hadapan. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. 1968. From British to Bumiputera Rule. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan Fiqh al-Siyasah dan Fiqh al-Daulah , kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan [Perkara 32(1)] dan kedudukan

Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri- negeri di atas.. Apakah nama

seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong... 

Persekutuan yang memperuntukkan Islam adalah agama bagi Persekutuan. dan sumpah Yang Di Pertuan Agong memelihara Islam pada

Kedua-dua Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudian perlahan-lahan menuruni Singgahsana berkenaan dan meninggalkan Balairung Seri, diketuai Datuk

F1 pembentukan kerajaan persekutuan F2 Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara F3 mengamal institusi raja berpelembagaan F4 mengamal sistem demokrasi berparlimen F5

Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakkan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada

F1 pembentukan kerajaan persekutuan F2 Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara F3 mengamal institusi raja berpelembagaan F4 mengamal sistem demokrasi berparlimen F5