• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Secara Kolektif pada pt bank

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Secara Kolektif pada pt bank"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

30

PERANAN SECARA KOLEKTIF AGENSI AGAMA DAN PARA INTELEKTUAL

ISLAM MENANGANI GERAKAN LIBERALISME & PRAGMATISME1

Dato’ Hj Zainul Rijal bin Abu Bakar2

1.0. PENGENALAN

Sebagai sebuah Persekutuan, Malaysia mempunyai dua buah badan

perundangan iaitu di peringkat Negeri dan Persekutuan. Malaysia juga

menjalankan dwi-sistem perundangan iaitu sivil dan syariah. Oleh hal yang

demikian terdapat taburan kuasa (distribution of powers) di antara Dewan

Undangan Negeri dan Parlimen, begitu juga mahkamah sivil dan mahkamah

syariah. Walaupun terdapat perbezaan antara badan-badan ini namun

kesemuanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan

yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.3 Undang-undang tertingi

itu juga memperuntukkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan 4dan

memelihara Islam adalah tanggungjawab berpelermbagaan bagi Yang Di

Pertuan Agong5.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, istilah liberal

memberi maksud bebas atau terbuka. Manakala, penambahan 'isme' pula

membawa maksud kepada fahaman atau idealogi pemikiran. Secara

mudahnya mendefinisikan perkataan liberal sebagai berpandangan bebas,

berpandangan terbuka tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan

sebagainya. Fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen. Gerakan yang dipelopori individu tertentu yang berusaha memesongkan

akidah umat melalui fahamannya dakyah yang tersasar dari nilai norma

kemanusiaan sebagai contoh gerakan memperjuangkan LGBT (Lesbian, Gay,

Biseksual dan Transeksual)

1

Kertas Kerja ini dibentangkan sempena Seminar Pemikiran Liberalisme & Pragmatisme : Hakikat Semasa & Realiti, Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor pada 28 Jun 2012 di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor

2

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

(2)

31

Pragmatisme pula berasal dari bahasa Yunani iaitu pragma bererti perbuatan

(action) atau tindakan (practice) dan isme bermaksud ajaran, aliran atau

fahaman. Oleh demikian, pragmatisme bermaksud ajaran atau fahaman yang

menekankan bahawa pemikiran itu berjalan mengikut tindakan manakala dari

konteks ideologi, pragmatisme dimaksudkan menolak agama sebagai sumber

ilmu pengetahuan dan sumber penyelesai masalah manusia. Golongan atau

aliran ini tidak mempunyai piawaian dalam membuat keputusan.

2.0. PERANAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI MENGARUSPERDANAKAN

NILAI USAHA SECARA KOLEKTIF

2.1. Peranan Golongan Ulama Dan Intelektual

Golongan ulama dan Intelektual Islam adalah tunjang bersama dalam

memainkan peranan yang lebih sinergi mendidik dan memberi kefaqihan

kepada generasi baru era ini berkaitan bahaya gejala penularan yang boleh

merosakkan akidah masa kini agar mereka lebih berwaspada dengannya.

Golongan ini juga perlu turut bekerjasama dengan agensi-agensi Islam dalam

memurnikan pola pemikiran umat Islam yang menyeleweng dari dasar

syariatnya sebenar pembawaanya terutama tentang salah faham yang berlaku

terhadap agama Islam hari ini. Segala perancangan halus gerakan-gerakan

terancang ini terhadap umat Islam perlu dibongkar hingga ke akar umbi dan

didedahkan secara berterusan kepada masyarakat supaya masyarakat lebih

mengetahui dan peka terhadap dakyah yang disebarkan oleh mereka.

Secara tuntasnya golongan intelektual dan ulama Islam mereka seharusnya

menyebarluaskan dan berani tampil ke hadapan bagi membanteras jalur

jaringannya penyebaran kepahaman gerakan melalui method serangan

pemikiran (Ghuzwah al-Fikri) ini kepada masyarakat Islam dalam konteks yang

luas bagi mencapai skala objektif “ mencegah lebih baik daripada mengubati

(3)

32

1. Memahami secara mendalam dan holistik pengertian terminologi yang

berkaitan dengan politik antarabangsa, serantau dan peringkat nasional

seperti, globalisasi, neo-kolonialisme atau imeprialisme dan skala

pengaruh gerakan tersebut terhadap akidah, sosial, budaya, pendidikan,

politik dan ekonomi umat. Tanpa kefahaman yang mendalam

menyebabkan segala usaha kita menghadapi cabaran ini akan gagal atau

kurang berkesan. Untuk itu mereka wajar menjadi warga dunia yang

serba ‘interconnected’ paling cakna dengan sumber maklumat terkini dan

menguasai kaedah berkomunikasi secara bistari dan mutakhir.

2. Dalam konteks globalisasi golongan alim ulama dan cendekiawan Islam

wajar merumuskan dasar-dasar dan nilai-nilai Islamisasi yang lebih

mendukung keadilan sejagat, berpandukan syariat yang mencakupi

ekonomi, melindungi nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Mereka boleh

menyakinkan umat dan orang masyarakat tentang keburukan ekonomi

yang berteraskan dasar kapitalis yang lebih mementingkan kefahaman

kebendaan dan semangat lintah darat yang menafikan dan menindas hak

orang lain.

3. Kembali kepada neraca Islam yang sebenar dalam melihat dan

mengamati sesuatu isu atau tindakan yang berbangkit melibatkan Agama.

4. Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu padu untuk mempertahankan

agama Islam dan menolak fahaman yang memesongkan akidah serta

menyimpang dari landasan syariat Islam.

5. Membina dan memupuk tahap politik kepartian yang berkadar agar lebih

berperanan sebagai ‘check and balance’dalam tindakannya

6. Mendokrinkan kesepakatan ummah Islam yang bersifat membangun dan

kesedaran hakiki terhadap nilai-nilai wasatiyah yang diaplikasikan.

7. Mereka perlu menampilkan asas dan dasar keadilan Islam, pembelaan

terhadap hak asasi manusia dan nilai-nilai peradaban tinggi dan mulia

(4)

33

8. Golongan ulama dan Intelektual Islam perlu memperkasa pegangan umat

terhadap akidah dan nilai-nilai budaya Islam. Mereka wajib

menjustifikasikan dasar pendidikan Islam agar jati diri umat dan dasar

budaya Islam tidak tergugat.

9. Golongan ulama dan entelektual hendaklah bersikap proaktif untuk

mengukuhkan budaya murni dalam lapangan teknologi dan informasi dan

lain-lain demi menegakkan keadilan dan menyemai kesejahteraan hidup

di dalam dan di luar negara.

2.2. Peranan Agensi Agama Kebangsaan

Secara umumnya di peringkat kebangsaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) terlibat secara terus dalam menangani gerakan liberalisme dan

pragmatisme ini. JAKIM yang mempunyai objektif antara lain memastikan

ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat mempunyai beberapa

bahagaian yang boleh digerakkan untuk tujuan ini seperti:

a) Bahagian KESUMA

b) Bahagian Dakwah

c) Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam

d) Bahagian Penyelidikan

e) Bahagian Latihan

f) Bahagian Penyelarasan & Penguatkuasaan Undang-Undang

Dalam konteks Malaysia, penubuhan beberapa badan merupakan manifestasi

kesungguhan kerajaan untuk menangani isu ini, antaranya penubuhan

Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia

(IKIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan banyak lagi.

Badan-badan ini seharusnya memainkan peranan aktif menangani isu-isu

(5)

34

Namun adalah tidak adil bagi penulis membebankan peranan menangani

gerakan liberalisme dan pragmatisme ini hanya kepada badan atau agensi

agama sahaja. Badan dan agensi lain di bawah Persekutuan dan Negeri juga

seharusnya memainkan peranan membantu agensi-agensi agama ini.

Badan-Badan seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan

Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri Kemerterian Pelajaran

Malaysia dan banyak lagi perlu membantu agensi-agensi agama dalam isu ini.

Agensi bukan agama ini juga sebenarnya tertakluk kepada Perlembagaan

Persekutuan yang memperuntukkan Islam adalah agama bagi Persekutuan

dan sumpah Yang Di Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa.

2.3. Peranan Agensi Agama Negeri

Di bawah lembayung Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri, Majlis Agama

Islam Negeri berperanan secara terus membantu Sultan meningkatkan syiar

Islam dengan mengemaskinikan pentadbiran pusat pemahaman akidah agar

segala aktiviti dan program yang dibuat lebih tersusun dan berjaya mencapai

objektif penubuhannya. Sistem pengoperasian yang lebih sistematik dan efisien

dapat memulihkan keyakinan golongan yang tersasar jauh daripada landasan

Agama Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang

berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Majlis Agama Islam Negeri sebagai sebuah ‘kerajaan Islam’ perlu bebas dari kongkongan dan ideologi politik kerajaan negeri tersebut kerana Majlis Agama

Islam berada terus di bawah Sultan sesebuah negeri. Ini bagi menjamin

kedudukan Majlis Agama Negeri tidak dikongkong oleh pentadbiran kerajaan

negeri.

Selain Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan

Mahkamah Syariah Negeri juga memainkan peranan penting menangani isu

gerakan liberalisme dan pragmatisme ini. Namun latihan yang mantap terhadap

gerakan ini perlu diberikan kepada penjawat yang akan melaksanakan

(6)

35

Oleh itu, memandangkan masalah berkaitan akidah umat Islam ini semakin

meningkat, diharapkan pihak kerajaan negeri dan persekutuan dapat

menjalinkan kerjasama yang erat membina pusat pemahaman akidah di setiap

negeri-negeri bagi memperkasakan pencerahan dan pemurnian minda kepada

golongan-golongan yang telah tersasar jauh dari dakyah gerakan pembawaan

Agama Islam yang sebenar.

Penulis mencadangkan suatu pusat pemulihan akidah secara khusus

ditubuhkan di setiap negeri bagi menangani gejala ini. Pusat ini bukan sekadar mengurung orang yang bersalah tetapi melaksanakan ‘proses istitabah’ kepada penghuninya. Bagi orang yang tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan

aqidah pula mereka boleh ke pusat ini mendalami pengetahuan Islam sebenar.

2.4. Peranan Institusi Pengajian Tinggi

Muktakhir kini ramai mahasiswa-mahasiswi yang mula terpengaruh dengan

fahaman Liberal iaitu “Atas dasar individual autonomy, setiap orang memiliki

kebebasan penuh untuk mempunyai pendapat dan pendirian sendiri dalam

semua hal, terlepas dari sebarang ikatan pendapat apa pun dan siapa pun.

Jika dilihat dari sudut pandangan Islam, idea autonomi individu seperti ini

cukup membahayakan kerana ia berimplikasi penolakan terhadap segala

autoriti termasuk ijma’.”6

Intitusi pengajian tinggi sama ada IPTA / IPTS sewajarnya memainkan

peranaan melalui dasar penyelidikan yang komprehensif dengan

mensiapsiagakan para ahli-ahli akademik dalam bidang tertentu yang

mempunyai kepakaran masing-masing satu badan ‘think thank’ bagi

membentuk Mahasiswa dengan idealismenya dan keazaman yang tinggi yang

mampu untuk menjadi agen bagi mencorak pemikiran masyarakat terhadap

kefaqihan Agama melibatkan akidah umat Islam dengan lebih tepat. Sejarah

6Khalif Muammar “Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal” (Institut

(7)

36

peradaban dunia sentiasa meletakkan golongan anak muda yang terpelajar

sebagai watak utama suatu bangsa untuk maju kehadapan. Lihat sahaja

sejarah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh yang menaiki takhta kerajaan

Turki Uthmaniyyah pada usia yang muda mampu memimpin tentera dan

kerajaan untuk membebaskan Kota Kostantinopel.

Usaha ini bukanlah datang daripada semangat kepemudaan semata-mata,

namun ianya memerlukan kekuatan nilai-nilai keilmuan, keimanan dan

ketaqwaan kepada Allah swt untuk menjayakannya. Baron Carra De Vaux

ketika menceritakan mengenai keunggulan Sultan Muhammad Al-Fateh beliau berkata “Sebenarnya penaklukan kota Kostantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh bukanlah secara kebetulan. Ia mengadakan segala macam persiapan

dan perhitungan yang matang sebelum memulai pekerjaannya itu. Ia

menggunakan kemajuan ilmu pengetahuan yang telah dicapai pada masa itu”7

2.5. Peranan Agensi / Badan Lain

Dalam usaha membenteras gerakan ini, ia tidak terbatas kepada pihak-pihak

dalam kerajaan negeri mahupun persekutuaan yang memainkan peranan

namum ia perlu menjangkau skop jaringan yang besar dengan melibatkan

badan-badan bukan kerajaan menjadi bagi mengerakkan usaha bersama

memberi informasi bermanfaat kepada masyarakat yang mana modus operandi

yang boleh dilakukan untuk meluaskan maklumat semasa dengan cara yang

berkesan di antaranya:

1. Penglibatan pihak media massa sama ada media cetak mahupun media

elektronik dalam menyebar luas bahaya gejala gerakan memesongkan akidah

ini jika berkembang dalam masyarakat. Ini kerana media mempunyai kuasa

dalam membentuk pandangan masyarakat umum. Program-program agama

(8)

37

sama ada melalui media cetak atau elektronik sepatutnya diletakkan prioriti

dengan meningkatkan jumlah program dan mengurangkan

rancangan-rancangan yang berbentuk hiburan yang lebih kepada hendontisme. Dalam hal

keadaan ini kesedaran dan pemahaman masyarakat akan bercambah.

2. Mengadakan konvensyen, wacana ilmu, seminar serta bengkel

berkenaan isu gerakan dakyah yang membelenggu umat Islam ini secara

kolektif dan berterusan. Medan sebegini kebiasaannya adalah berkesan untuk

menarik golongan elit dan kelas pertengahan turut serta membincangkan

permasalahan yang berbangkit terhadap Agama Islam.

3. Mengadakan ceramah, forum, kuliah serta tazkirah dari masa ke semasa.

Method ini biasanya menjadi kegemaran dan sasaran kelompok masyarakat

biasa yang sudah biasa mengunjungi masjid, ceramah politik, surau,

kelas-kelas pengajian agama.

4. Penyebaran Islam perlu dilakukan melalui dialog secara terbuka.

Walaupun dialog seumpama ini banyak dilakukan oleh badan-badan dakwah,

tetapi dalam kalangan jabatan kerajaan mahupun NGO Islam yang berautoriti

kurang dilakukan bahkan mereka gagal untuk turun padang bersama-sama

melakukan tanggungjawab tersebut. Percambahan idea dan pandangan

melalui dialog boleh menyelesaikan banyak masalah yang berhubung dengan

perbezaan pandangan terhadap teologi, budaya, adat serta toleransi

beragama. Kebanyakan dialog seumpama ini dianjurkan oleh NGO bukan

Islam seperti IFC dan Majlis Peguam yang majoritinya dikuasai oleh orang

bukan Islam sehingga mereka berani mencampuri hak orang Islam, termasuk

mempertikai artikel 11 (4) berkenaan hak kebebasan beragama.

NGO-NGO Islam juga telah menubuhkan gabungan NGO Islam yang diberi

nama PEMBELA. PEMBELA yang mempunyai keahlian lebih dari 80 NGO

Islam menjuarai isu-isu Islam dan memberi penerangan dari masa ke semasa

berkaitan dengan agama Islam. Dari sudut NGO perundangan pula Persatuan

(9)

38

menjuarai isu-isu Islam di dalam Negara dan di luar Negara. Pelbagai aktiviti

dilakukan bagi member pendedahan berkaitan dengan keistimewaan Islam di

dalam Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mewakili beberapa Majlis

Agama bagi mengenengahkan isu-isu Islam juga dilakukan. Selain dari PPMM

terdapat juga Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang juga terlibat secara

langsung dalam isu-isu Islam.

Kesepakatan masyarakat Islam dalam mempertahankan kedaulatan agama

Islam dan hak beragama umat Islam di Malaysia dituntut dan dialog seumpama

ini mampu menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh orang bukan

Islam sekaligus menyedarkan masyarakat Islam tentang dakyah agama lain.

3.0. CABARAN MENDEPANI GERAKAN & PEMIKIRAN SONGSANG

Dalam Islam kebebasan bukanlah hak mutlak individu manusia. Makna

kebebasan perlu berpandukan wahyu ilahi. Manusia yang tidak mengikut

panduan wahyu ilahi akan tersasar jauh dari kaca mata syariat Islam yang

sebenar kerana mereka akan dipandu oleh hawa nafsu semata-mata yang

berfikir tanpa ada terhad dan batasan yang digariskan dalam norma-norma

Islam.

Apa yang dihadapi oleh masyarakat islam ketika ini ialah cabaran yang amat

kuat dari luar dan dari dalam. Bukan sahaja orang bukan Islam mempromosi

gerakan dan pemikiran songsang ini tetapi di kalangan orang Islam juga

seringkali bertindak menjadi pembela mereka seolah-olah mereka langsung

tidak boleh diusik. Pelbagai hujah diberikan bagi member justifikasi tindakan

penguatkuasa adama terhadap golongan ini adalah salah. Seringkali

dibangkitkan isu perlunya perdebatan ilmiah dengan golongan sebegini, namun

mereka mengelak dari berdebat dengan golongan ini sebaliknya

membebankan orang lain pula. Akhirnya sebarang tindakan tidak dapat diambil

(10)

39

Dalam pada itu terdapat juga sesetengah golongan yang begitu teruja dengan

kehebatan akal fikiran dan minda yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Golongan ini mempercayai setiap tindakan itu mempunyai rasionalnya

tersendiri. Segalanya boleh diselesaikan melalui akal fikiran. Namun hakikatnya

akal manusia adalah begitu terhad tidak dapat menjangkaui ilmu Allah SWT.

Seharusnya golongan ini berbalik kepada prinsip asas iaitu dalil yang bersifat

qatie tidak boleh disanggah dengan logik akal.

4.0. TINDAKAN MENANGANI GERAKAN PEMIKIRAN SONGSANG SECARA

KOLEKTIF, PROAKTIF DAN BERKESAN DI MASA AKAN DATANG

Setiap agensi yang dinyatakan di atas perlu mengetahui dan memainkan

peranan masing-masing dalam usaha melawan budaya songsang ini tanpa

perasaan takut. Setiap daripada agensi ini perlu bekerjasama di dalam

memberikan kesan terbaik ke atas setiap tindakan. Mengelak dari melakukan

sesuatu bagi menjaga pihak-pihak tertentu hendaklah dihentikan bagi

menangani isu-isu Islam. Seharusnya semua agensi melengkapi antara satu

sama lain (complementing each other) di dalam isu-isu Islam ini.Mungkin sudah

sampai waktunya ditubuhkan beberapa task force bagi menggarap tindakan

menangani gerakan pemikiran songsang ini secara kolektif dan proaktif agar

berkesan pada masa akan dating. Task force tersebut hendaklah memberikan

penekanan kepada beberapa aspek yang tertentu. Adalah dicadangkan task

force ini dibahagi kepada:

a) Engagement – terdiri daripada golongan pakar dan berilmu yang akan

bertemu dan berdialog dengan golongan sasar iaitu pemimpin golongan

yang membawa pemikiran songsang ini;

b) Preaching - terdiri dari kalangan pendakwah yang boleh berinteraksi

dengan golongan yang telahpun mengamalkan budaya songsang ini agar

(11)

40

menguasai kemahiran-kemahiran tertentu agar dapat menyebarkan

dakwah kepada golongan yang telah tersasar ini.

c) Enforcement - terdiri dari kalangan pakar perundangan yang melihat

kepada isu-isu perundangan di dalam mengambil tindakan

undang-undang yang merupakan langkah pencegahan kepada gejala songsang

ini.

5.0. KESIMPULAN

Setiap kaedah penyelesaian dilontarkan tidak akan mencapai keberkesanan

yang menyeluruh jika tidak mendapat kesepakatan kerjasama dari semua

pihak-pihak yang beroutoriti dalam usaha menangani gerakan penularan

fahaman ini. Sistem perundangan Islam yang berpaksikan Al-Quran dan

As-Sunnah perlu dilihat sebagai sumber utama dalam menangani permasalahan

yang timbul ini dan perlu diaplikasikan perlaksanaannya dalam masyarakat.

Pihak kerajaan yang dilihat sebagai badan eksekutif dalam pentadbiran negara

perlu memainkan peranan secara proaktif sebagai nadi penggerak dan

pemantau dalam memastikan dakyah-dakyah gerakan tersebut di beri

penerangan ke akar umbi . Manakala masyarakat perlu memainkan peranan

efektif, sikap akautibiliti pada agama dan ambil tahu bukan sekadar untuk diri

sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahayanya

gerakan ini dan betapa pentingnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Menimbang, bahwa setelah mempelajari dengan seksama berkas perkara yang terdiri dari Berita Acara Persidangan, berikut turunan resmi Putusan Pengadilan Negeri Balige Nomor

Hasil penelitian ikonografi tersebut akan membantu dalam mengungkapkan perwujudan elemen-elemen desain interior maupun fakta-fakta lain yang berkaitan langsung dengan

Karena H 0AB diterima, maka tidak perlu dilakukan uji komparasi ganda untuk model pembelajaran dan tipe Adversity Quotient (AQ) siswa, sehingga dapat disimpulkan

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 107 ayat ( 1) huruf e dan ayat ( 1A) Peraturan Menteri Keuangan Nomor 50/PMK.07 /2017 tentang Pengelolaan Transfer ke Daerah dan

Flushing berbasis produk ketala po- hon pada kambing Kejobong mengakibatkan timbulnya birahi lebih awal dan birahi lebih lama; meningkatkan konsentrasi

Aspek Praktis: dapat menambah ilmu dan memperluas wawasan tentang seberapa besar pemahaman kognitif mahasiswa komunikasi penyiaran islam (KPI) angkatan 2013 UIN

Metoda yang dipakai dalam analisis kinerja pembangunan ekonomi Kabupaten Parigi Moutong adalah dengan menganalisis data beberapa tahun untuk melihat trend perkembangan

20 Riduan Syahrani, loc.cit.. perundang-undangan untuk melakukan suatu perbuatan hukum.65 Hal ini ditegaskan dalam pasal 1329 Kitab Undang-Undang Hukum Perdata yang