• Tidak ada hasil yang ditemukan

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini."

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat “Promosi Tahun Baru Cina 2015” UOBM

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (No. Syarikat 271809-K) (“UOBM”) sedang menjalankan “Promosi Tahun Baru Cina 2015” (“Promosi”) dari 1 Disember 2014 hingga 28 Februari 2015 (termasuk kedua-dua tarikh) (“Tempoh Promosi”) atau tarikh(-tarikh) sedemikian yang mungkin ditentukan oleh UOBM pada budi bicara tunggalnya dari masa ke semasa.

Kelayakan

1. Tertakluk kepada Klausa 2 di bawah, Promosi ini dibuka kepada semua pelanggan individu UOBM yang baru dan sedia ada (“Pelanggan yang Layak”).

2. Individu-individu berikut tidak layak untuk menyertai Promosi:

2.1 Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Persatuan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Komersial;

2.2 Pelanggan Private Banking UOBM.

3. Akaun semasa atau simpanan yang berikut adalah akaun layak di bawah Promosi ini (“CASA yang Layak”):

 Akaun High Yield;  i-Account;

 Akaun Simpanan Asas;  Akaun Savings Plus

 Akaun Simpanan Buku Simpanan;  e-Account;

 Akaun FunSavers;  Akaun Semasa Asas;

 Akaun Premium Mata Wang Global; dan  Akaun Panggilan Mata Wang Asing.

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

Kaedah dan Syarat Promosi

5. Promosi ini terdiri daripada dua (2) sub-promosi seperti berikut: - 3.1 Promosi Golden Prosperity Ram (“Promosi 1”);

3.2 Promosi Elegant Glasslock Food Container (“Promosi 2”). Promosi 1

(2)

6. Semasa Tempoh Promosi, Pelanggan yang Layak yang mendepositkan satu deposit tunggal minimum berjumlah RM48,000 dalam CASA yang Layak akan menerima satu (1) unit Golden

Prosperity Ram yang eksklusif ("Hadiah 1").

7. Hanya sejumlah dua ribu (2,000) unit Hadiah 1 disediakan yang akan diberi pada dasar tiba dahulu, layan dahulu kepada Pelanggan yang Layak yang mendepositkan satu deposit tunggal minimum ke dalam CASA yang Layak seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6 di atas. Pemakluman akan diberikan melalui pemaparan di laman web UOBM jika UOBM kehabisan stok. 8. Semasa Tempoh Promosi, setiap Pelanggan yang Layak hanya layak menerima maksimum lima

(5) unit Hadiah 1.

9. Wang yang didepositkan bagi memenuhi kriteria kelayakan Promosi 1 seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6 tidak akan layak untuk Promosi 2.

10. Wang yang didepositkan di bawah Promosi ini akan diperuntukkan untuk tiga (3) bulan daripada tarikh penempatan deposit (“Tempoh”).

11. Sekiranya mana-mana bahagian jumlah yang diperuntukkan tersebut dikeluarkan sebelum tamat Tempoh, UOBM berhak menolak RM94 untuk setiap Hadiah 1 dari CASA yang Layak pada masa pengeluaran.

Promosi 2

12. Semasa Tempoh Promosi, Pelanggan yang Layak yang mendepositkan satu deposit tunggal minimum berjumlah RM68,000 dalam CASA yang Layak akan menerima satu (1) set Elegant

Glasslock Food Container ("Hadiah 2”).Setiap set mengandungi sepuluh (10) keping bekas kaca dan sepuluh (10) keping penutup.

13. Jika Pelanggan yang Layak yang menyertai Promosi 2 seperti yang dinyatakan dalam Klausa 13 di atas merupakan pelanggan UOBM baru, mereka juga layak menerima satu (1) pasang Bekas Makanan Glasslock (“Hadiah 3”). Setiap pasang mengandungi dua (2) keping bekas kaca dan dua (2) keping penutup. Saiz bekas mungkin berlainan dan adalah tertakluk kepada ketersediaan. 14. Hanya sejumlah satu ribu (1,000) set Hadiah 2 dan lima ratus (500) pasang Hadiah 3 disediakan

yang akan diberi pada dasar tiba dahulu, layan dahulu kepada Pelanggan yang Layak yang mendepositkan satu deposit tunggal minimum ke dalam CASA yang Layak seperti yang dinyatakan dalam Klausa 13 di atas. Pemakluman akan diberikan melalui pemaparan di laman web UOBM jika UOBM kehabisan stok.

15. Semasa Tempoh Promosi, setiap Pelanggan yang Layak hanya layak menerima maksimum lima (5) set Hadiah 2 dan satu (1) pasang Hadiah 3.

16. Wang yang didepositkan bagi memenuhi kriteria kelayakan Promosi 1 seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6 tidak akan layak untuk Promosi 2.

17. Wang yang didepositkan di bawah Promosi ini akan diperuntukkan untuk tiga (3) bulan daripada tarikh penempatan deposit (“Tempoh”).

18. Sekiranya mana-mana bahagian jumlah yang diperuntukkan tersebut dikeluarkan sebelum tamat Tempoh, UOBM berhak menolak RM190 untuk setiap Hadiah 2.

(3)

Terma dan Syarat untuk Promosi 1 dan Promosi 2

19. Pelanggan yang Layak boleh mengutip Hadiah 1 dan Hadiah 2 (secara kolektif dirujuk sebagai “Hadiah”) di waktu-waktu berikut:-

a. Untuk Pelanggan yang Layak yang mendepositkan dana baru melalui cek, selepas penjelasan cek tersebut.

b. Untuk Pelanggan yang Layak yang mendepositkan dana baru melalui wang tunai, di cawangan transaksi pada hari yang sama.

c. Untuk Pelanggan yang Layak yang mendepositkan dana baru melalui Giro Antara Bank (IBG), di cawangan transaksi pada hari pengiriman wang dikreditkan ke dalam CASA yang Layak mereka.

d. Jika hadiah tidak disediakan di cawangan transaksi, UOBM berhak untuk mengeluarkan Surat Pengesahan kepada Pelanggan yang Layak dan Pelanggan yang Layak boleh mengutip Hadiah sebaik sahaja ia tersedia untuk dikutip di cawangan transaksi.

20. Sekiranya Hadiah tidak lagi disediakan, UOBM berhak untuk menggantikan Hadiah tersebut dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama, yang ditentukan pada budi bicara tunggal UOBM.

21. Sebarang alatan, aksesori atau kelengkapan yang ditampilkan bersama dengan Hadiah dalam semua bahan cetakan, laman web atau di cawangan UOBM adalah untuk tujuan hiasan sahaja dan tidak membentuk sebahagian daripada Hadiah.

22. Untuk pemegang akaun bersama, Hadiah akan diberikan kepada pemegang akaun utama sahaja. 23. Deposit mesti dilakukan dengan dana baru dan bukan dana yang dipindah daripada mana-mana akaun simpanan/semasa/deposit tetap/Mata Wang Asing UOBM yang sedia ada atau dalam bentuk cek, perintah juruwang atau draf permintaan UOBM. Semua jumlah yang bukan dana baru tidak akan layak untuk Promosi.

24. Wang yang didepositkan di bawah Promosi ini tidak layak untuk sebarang promosi UOBM laindan tiada kadar khas, tambahan atau istimewa yang lain akan diberikan di bawah Promosi ini. 25. Hadiah adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Pengutipan Hadiah adalah di cawangan transaksi Pelanggan yang Layak pada kos dan perbelanjaan mereka sendiri, dan UOBM tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menghantar Hadiah melalui kurier.

ii. UOBM tidak bertanggungjawab untuk menggantikan sebarang Hadiah yang rosak atau dicuri. Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar untuk wang tunai atau barangan lain.

iii. UOBM tidak melakukan perwakilan atau jaminan berkaitan dengan Hadiah, dan khususnya, tidak melakukan jaminan berkaitan dengan kualiti Hadiah atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan.

iv. UOBM tidak mempunyai perkaitan dengan organisasi di mana produknya telah disediakan sebagai Hadiah dalam Promosi ini.

(4)

oleh Pelanggan yang Layak secara langsung atau tidak langsung daripada Promosi dan/atau Hadiah.

vi. UOBM berhak untuk mengganti atau mengubah Hadiah pada bila-bila masa pada budi bicaranya dengan pemberian notis terlebih dahulu.

vii. UOBM tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau ketidakpuasan terhadap Hadiah.

Terma dan Syarat Am

26. Dengan menyertai Promosi ini, Pelanggan yang Layak bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat ini serta Terma dan Syarat yang mentadbir CASA yang Layak termasuk sebarang pemindaan atau perubahan kepadanya dan keputusan UOBM berkaitan dengan apa-apa perkara berhubung dengan Promosi ini adalah muktamad, konklusif dan akan mengikat Pelanggan yang Layak.

27. UOBM tidak bertanggungjawab dan tidak menerima sebarang liabiliti dalam apa-apa bentuk dan bagaimana sekalipun timbul atau dialami oleh Pelanggan yang Layak diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh Promosi ini dan/atau Hadiah.

28. UOBM tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah nyata atau salah nyataan fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkenaan dengan Promosi dan/atau Hadiah dan yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

29. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, jaminan atau pengendorsan, secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada perkara yang diterbitkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Promosi ini dan Hadiah di bawah Promosi ini.

30. Jika terdapat sebarang percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain berkaitan dengan atau berhubung dengan Promosi, Terma dan Syarat ini akan dikekalkan.

31. UOBM mengekalkan hak pada budi bicara mutlaknya untuk menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Promosi ini sebelum tarikh akhir Tempoh Promosi, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan pemberian notis terlebih dahulu.

32. UOBM mengekalkan hak untuk menambah, mengeluarkan atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dari masa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, pada budi bicara mutlaknya dengan pemberian notis terlebih dahulu kepada Pelanggan yang Layak melalui pemaparan pada laman web UOBM, penampilan notis di mana-mana cawangan UOBM dan/atau memasukkan pernyataan di dalam Penyata Akaun.

(5)

34. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan Pelanggan yang Layak bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Memandang pada pendapat Uno tentang demonstrasi sebagai metode yang digunakan dalam pembelajaran keterampilan, serta pendapat Thorndike dan Skinner tentang stimulus

Tirtaartha Buanamulia Kabupaten Badung, meliputi: Besaran produksi dan distribusi PDAM PT.Tirtaartha Buanamulia Kabupaten Badung, Biaya investasi dan operasional PDAM

Puji syukur penulis panjatkan Kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat serta hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi melalui

Adapun tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk mengetahui apakah hasil belajar kognitif siswa dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif tipe course review

Tujuan dari penulisan ini adalah untuk mengetahui tingkat penyerpaan anggaran belanja daerah di Kota Batu dan untuk mengetahui pengaruh faktor perencanaan, faktor

M eteorologi mengenal sistem skala dalam melakukan sebuah analisis. Skala global merupakan skala meteorologi yang paling luas. Skala global dapat mempengaruhi fenomena meteorologi

KERJA JENIS HIDANGAN YANG PENYAJIAN... Perintis Kemerdekaan

kemudian di rata-rata, sehingga menghasilkan angka yang lebih teliti, tetapi harus lebih hati-hati dalam mencatat dan kalkulasi agar tidak terjadi kesalahan.Untuk melakukan