• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEKUATAN DAN KEBIJAKSANAAN WANITA DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEKUATAN DAN KEBIJAKSANAAN WANITA DALAM"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

KEKUATAN DAN KEBIJAKSANAAN WANITA

DALAM MEMPERTAHANKAN PERKAHWINAN

DARIPADA PERCERAIAN:

ANALISIS DARIPADA AYAT-AYAT AL-QURAN

DAN SRIKANDI WANITA TERPILIH

Siti Fatahiyah Mahamood,

Azri Bhari,

Hanifah Musa Fathullah Harun, Mohammad Mahyuddin Khalid,

Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Asmak Husin,

Mohd Solahuddin Shahruddin

Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

sitif006@salam.uitm.edu.my

ABSTRAK

Fenomena sekarang memperlihatkan pasangan yang mendirikan rumah tangga meletakkan faktor utama perkahwinan adalah cinta dan tanggungjawab. Namun statistik menunjukkan kes perceraian semakin meningkat. Tidak dinafikan tanggungjawab mempertahankan sesebuah perkahwinan adalah terpikul di bahu pasangan suami isteri. Namun, artikel ini memperhalus aspek kekuatan dan kebijaksanaan wanita dalam mempertahankan perkahwinan mereka dalam menguatkan iman, mengawal perasaan dan tindakan. Manusia diciptakan Allah SWT dengan penuh kesempurnaan di sebalik kelalaian fitrah lelaki dan wanita. Namun kegagalan memahami fitrah yang akan menjadikan faktor tiada kesefahaman, tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak sebagai faktor utama perceraian. Artikel ini akan membincangkan perceraian yang perlu dielakkan kerana sebab-sebab tersebut. Perbincangan ini adalah terbatas kepada mereka yang tidak mempunyai masalah penderaan fizikal dalam rumah tangga ataupun sebab-sebab lain yang dibolehkan perceraian oleh Islam.

Pendahuluan

Perkahwinan adalah merupakan tautan dua jiwa yang diikat dengan lafaz akad nikah yang sah. Perkahwinan adalah merupakan pintu gerbang ke arah pembinaan sesebuah kehidupan, bukan sahaja sebagai lambang kejayaan sesebuah cinta. Justeru itulah perkahwinan amat memerlukan satu tanggungjawab yang besar dalam memastikan kehidupan yang dibina berkekalan bahagianya hingga ke syurga. Dewasa ini dapat dilihat

(2)

secara jelas, faktor utama setiap perkahwinan adalah cinta. Istilah cinta adalah satu istilah yang terlalu besar dan luas maknanya. Cinta lahir dari hati yang suci. Cinta juga sering dikaitkan dengan cita-cita. Ada juga cinta yang lahir dari akal dan emosi yang akan mudah datang dan pergi mengikut keadaan semasa.

Secara jelasnya perkahwinan merupakan satu jalinan yang kukuh berpandukan aspek penyatuan terhadap beberapa elemen seperti perasaan, kasih sayang, kepercayaan, penghormatan, komitmen, peranan dan tanggungjawab dan seumpamanya. Perkahwinan bertujuan untuk memenuhi tuntutan naluri kemanusiaan, dari segi perhubungan jenis, pergaulan, berkasih sayang, bertimbang rasa dan cara yang halal untuk mendapatkan zuriat dan keturunan. Ini disebabkan ikatan perkahwinan itu menghalal dan membolehkan lelaki dan perempuan hidup bersama sebagai suami isteri melalui akad nikah dengan persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak (Siti Fatimah dan Haslee Sharil Lim, 2006: 68).

Islam sangat mengambil berat tentang kehidupan dalam rumah tangga dan keluarga dengan mengambil berat Al-Quran dan Sunnah telah meletakkan panduan dan garis panduan yang perlu diikuti. Undang-undang Keluarga Islam memperincikan hukum-hukum kekeluargaan bermula dengan pertunangan, perkahwinan, wali, akad nikah, saksi, hak dan tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan sehinggalah kepada pembubaran perkahwinan, nafkah, idah dan hadanah (Abdul Monir Yaacob, 2006:1).

Firman Allah SWT:

                

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi

orang-orang yang berfikir” (Surah al-Rum, 30: 21)

(3)

adalah talak, fasakh, khuluk, lian serta ila’. Kesemua jenis ini mempunyai justifikasi dan sebab yang tersendiri. Namun, melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah, daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:“Perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah SWT adalah talaq”.

Firman Allah SWT:

                                

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(Surah al-Nisaa’, 4: 19)

(4)

membuktikan tempoh 10 tahun pertama adalah paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan perceraian. (Utusan Online, 1.12.2011).

Manakala fenomena perceraian terkini dapat dilihat pada pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, statistik menunjukkan berlaku peningkatan pendaftaran penceraian setiap tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Pada 2012 sebanyak 29,253 pasangan mendaftar untuk bercerai manakala pada 2013 pula sebanyak 29,583 pasangan dan angka itu terus meningkat kepada 33,842 pasangan pada 2014. Mengikut rekod antara punca perceraian adalah pasangan tidak bertanggungjawab, tidak bersefahaman, lemah didikan agama, campur tangan orang ketiga, perbezaan budaya, masalah seksual, masalah ekonomi, masalah kerjaya, masalah kesihatan, masalah sosial, akhlak dan juga masalah komunikasi. (Utusan Online, 14.3.2016).

Daripada hasil kajian di atas, artikel ini akan memperinci solusi kepada bagi mengelakkan perceraian yang disebabkan oleh tiada kesefahaman, lemah tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak. Kesemua faktor ini dapat diletakkan di bawah punca utama iaitu kelemahan iman.

Keutamaan Meletakkan Cinta Kepada Allah Dan Rasul Asas Mengelakkan Perceraian

Apabila meneliti kepentingan perkahwinan, dalam percaturan hidup manusia, memang tidak dinafikan manusia memerlukan cinta dalam memenuhi fitrahnya. Allah SWT berfirman:

        

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.”

(Surah Mayram, 19: 96).

Namun di dalam Surah al-Hujurat ayat 7 Allah menerangkan lagi dalam firmanNya:

(5)

        

“Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah

orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus.” (Surah

al-Hujurat, 49: 7)

Daripada dua ayat di atas maka jelaslah sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran kita seharusnya mengutamakan cinta kepada Allah dan Rasul mendahului cinta kepada manusia. Kerana Allah yang menciptakan kita. Allah juga menciptakan cinta dan hati. Jadi untuk memiliki cinta dan menakluki hati maka kita seharusnya mencintai Pencipta Cinta dan Pemilik Hati.

Selepas tertanam kuat dalam hati mencintai Allah dan Rasul sebagai yang utama, cinta kepada manusia pasti lahir dengan fitrah semula jadi yang dihiasi reda Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud:” Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benbenar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Rum ayat: 21). Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim: ayat 6).

(6)

Wanita harus memainkan peranan yang sangat penting dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan kerana wanita adalah pendamping suami dalam melayari bahtera kehidupan. Fitrah wanita yang berbeza dengan lelaki menjadikan kehidupan sempurna apabila keduanya digabungkan. Namun, adakalanya disebabkan kegagalan memahami fitrah lelaki dan wanita ini akan menjerumuskan sesebuah perkahwinan ke arah perceraian. Apabila dirujuk kepada fitrah wanita, telah jelas diketahui bahawa wanita banyak dipengaruhi perasaannya daripada akalnya. Kerana mempunyai banyak emosi dan perasaan, maka seseorang wanita sanggup menanggung susah payah mengandungkan anak selama sembilan bulan. Kerana mempunyai banyak perasaan dan emosi juga membuatkan seseorang wanita sanggup menahan kesakitan melahirkan anak. Disebabkan banyak emosi dan perasaan juga seseorang wanita sanggup bersusah payah mengetepikan masa rehat dan tidurnya untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Namun, jika wanita gagal mengawal emosi dan perasaannya, maka wanita juga akan merelakan perceraian ini untuk melepaskan lelah dan luka menahan segala masalah yang dihadapi sehingga membuatkan seseorang wanita terlupa memikirkan akibatnya kepada anak-anak apabila akal tidak dapat mengawal perasaannya dan tindakannya.

(7)

Maksud firman Allah SWT: “Sesungguhnya lelaki-lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Mukmin, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan-perempuan-perempuan yang taat, lelaki dan perempuan-perempuan yang bercakap benar, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang sabar, lelaki-lelaki-lelaki-lelaki dan perempuan yang khusyuk’, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan- perempuan-perempuan yang berpuasa, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang memelihara anggota kelamin dan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang banyak mengingati Allah itu adalah telah disediakan Allah untuk mereka keampunan dan pahala yang amat besar. Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara - membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan barang siapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat: 35-36)

Kekuatan dan Kebijaksanaan Wanita

Dalam Mempertahankan Perkahwinan Daripada Perceraian

1. Menghormati Suami

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Furqan: 74). Jika dilihat antara sebab Baginda Rasulullah s.a.w. menjadi pilihan Khadijah adalah kerana sifatnya yang jujur, ikhlas, bijaksana, cekap dalam urusan perniagaan dan paling utama adalah Khadijah dapat merasakan terdapat sesuatu yang istimewa ada pada Baginda sehingga beliau merasakan Baginda adalah bakal nabi yang ditunggu. Selepas perkahwinan, Khadijah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada Baginda dan meletakkan kepercayaan yang tinggi. Begitu juga Baginda setuju menerima Khadijah sebagai isteri bukan kerana kekayaan atau kecantikan Khadijah, tetapi adalah disebabkan peribadi beliau yang memang dikenali sebagai wanita yang solehah.Dari Abdullah bin Amr berkata:

(8)

“Janganlah kamu sekalian menikahi para wanita disebabkan karena kencantikan mereka, sebab boleh jadi kecantikan ini akan merendahkan mereka; Dan jangan pula menikahi mereka karena harta yang mereka miliki, sebab boleh jadi harta tersebut akan menyesatkan mereka. Tetapi nikahilah wanita yang beragama (Islam), sungguh wanita budak yang hitam yang beragama (Islam)

lebih baik”. (Riwayat Muslim).

Persoalan semasa yang sering didengari adalah apabila seorang anak perempuan telah mendirikan rumah tangga, maka fokus penghormatannya adalah kepada suaminya bukan kepada ibu bapanya. Namun menurutnya, bagi menambahkan keharmonian rumah tangga yang dibina, seharusnya persoalan tersebut perlu ditukarkan dengan mengolah bahawa apabila seorang anak perempuan telah mendirikan rumah tangga, maka fokus penghormatannya kepada ibu bapanya berpindah kepada tanggungjawab suaminya. Suami wajib menghormati ibu bapa sendiri termasuk ibu bapa mertua.

2. Mengutamakan Syariah Islam Dalam Menguruskan Rumah

Tangga

(9)

3. Menjaga Kerahsiaan Rumah Tangga

Bagi menjaga kerukunan rumah tangga yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah SWT, pasangan suami isteri perlu bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan. Isteri solehah harus reda di atas segala yang diberikan oleh suaminya selagi mana tidak membawa kepada kemudaratan. Sebagai umat Islam kita harus yakin dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Fatimah ketika di awal perkahwinannya telah menyedari tentang keadaan diri suaminya yang agak susah. Walaupun pernah terdetik di hatinya terbeban dengan tanggungjawab sebagai isteri, namun beliau segera bertaubat dan meneruskan tugas-tugasnya sebagai isteri setelah mengetahui ganjaran yang diperoleh di akhirat kelak.

Merujuk kepada kitab Fathul Bari, 6/456 sambil merujuk kepada ringkasan Dalailun Nubuwwah, al-Baihaqi 2/50 banyak menceritakan perihal kehidupan isteri kedua Ismail AS yang bernama Ri’lah ini. Wanita inilah yang dikunjungi oleh Nabi Ibrahim AS ketika ketiadaan Ismail. Berbeza dengan pesanan terdahulu, pada kali ini Ibrahim meninggalkan pesan kepada Ismail agar mempertahankan ambang pintu rumahnya. Di antara sifat Ri’lah yang dicatatkan adalah menyembunyikan segala masalah kesusahan dalam hal pengurusan rumah tangga daripada pengetahuan orang lain demi untuk menjaga nama suami yang perlu dihormati sepenuhnya. Beliaulah “Ambang Pintu” yang diamanahkan kepada Ismail a.s. untuk dipertahankan dan diperkukuhkan. Walaupun hadir sebagai yang kedua, namun beliau adalah satu-satunya wanita yang mengagungkan suami dengan penuh cinta hingga sanggup menukarkan segala cerita derita kepada kisah bahagia demi menjaga penghormatan dan ketaatan kepada suami dengan penuh iman dan setia.

4. Menghormati Keluarga Suami

(10)

Firman Allah lagi yang bermaksud:”Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Israa’: 24). Bertepatan dengan firman Allah tersebut, Khadijah sangat menghormati Ibu Susuan Baginda dengan membawa Ummu Aiman tinggal bersama mereka selepas berkahwin dan menjaganya seumpama ibu sendiri. Khadijah juga sangat prihatin terhadap masalah yang diadu oleh Halimatus Saadiah berkaitan kesusahan penduduk Bani Saad dan menderma 40 ekor kambing termasuk seekor unta.

5. Menjadi Penawar Kepada Segala Resah Suami

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur". (Surah al-A'raf: 189). Gambaran ini jelas diperlihatkan apabila Baginda ketakutan mendapat wahyu pertama, Khadijahlah orang pertama yang dicari dan Khadijahlah yang berjaya menenangkannya. Khadijah sentiasa merasa yakin atas segala kebenaran perbuatan Baginda. Malah Khadijah bersolat bersama Baginda setelah baginda diajar oleh Jibrail. Khadijah sentiasa berada di sisi Baginda apabila Baginda menghadapi saat-saat getir ketika menyampaikan dakwah. Cinta Khadijah kepada Rasulullah amat sempurna sehingga membuatkan Khadijah tidak dimadukan malah pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat menyedihkan akibat kerinduan yang berpanjangan. Indahnya cinta ini yang pastinya menjadi idaman setiap pasangan suami isteri.

(11)

sentiasa menggunakan kebijaksanaannya dan keimanannya agar emosi yang dizahirkan dapat dikawal dan tidak mengeruhkan keadaan. Sebagai isteri solehah, haruslah sentiasa bersedia untuk memenuhi kehendak suami dan mempersiapkan dirinya untuk kelihatan menarik.

Fatimah juga merupakan anak yang paling rapat dengan ayahandanya terutama setelah ketiadaan Khadijah. Justeru itu beliau sentiasa memastikan setiap yang diajar oleh ayahandanya dipatuhi. Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita adalah wanita yang dipandang, dia menyenangkan. Jika diperintah, dia mentaatinya. Jika ditinggalkan, dia memelihara kehormatannya dan harta suaminya.” Semasa ketiadaan Ali r.a., Fatimah sentiasa memastikan segala arahan Ali dipatuhi dan sekiranya beliau menghadapi sebarang permasalahan, maka dia akan merujuk kepada ayahandanya untuk meminta nasihat.

6. Bersabar Di Atas Segala Ujian Allah SWT

Meletakkan cinta pada manusia, adakalanya membuat kita resah dan terluka. Tapi meletakkan cinta utama kepada Allah dan Rasul akan menjadikan kita sabar dan redha atas segala dugaan yang menimpa. Cinta itu akan membuat kita rasa tenang dalam menghadapi setiap bahagia ataupun derita yang ditimpakan kerana kita yakin bahawa segala janji Allah dan Rasul itu adalah benar.

(12)

mewahyukan bahawa anak yang dikandungkannya itu bakal menjadi seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat.

Betapa berat ujian ini, namun Maryam tabah dan gembira di atas kandungan ini. Namun agak malang pada masa kini kita lihat ramai bayi yang dibuang malah ada yang dibunuh seolah-olah kita mengulangi sejarah jahiliah yang zalim. Malah berlaku juga kes yang hampir membunuh diri apabila mengetahui dirinya mengandung anak luar nikah. Jika kita telah melakukan dosa, maka mohonlah keampunan pada Allah SWT, bukan dengan cara menambahkan lagi dosa yang lain. Didiklah diri dengan jalan Islam yang sebenar, maka kita akan terhindar daripada segala fitnah.

Begitu juga, di saat Asiah diuji oleh Allah SWT dengan berbagai dugaan, namun ianya sedikit pun tidak terdetik dalam hatinya Allah tidak adil padanya. Tidak pernah sesaat pun dalam pemikirannya Allah menzaliminya dengan menurunkan segala dugaan yang amat berita itu. Malah keimanannya terhadap Allah makin kuat dan kepercayaannya kepada setiap janji-janji Allah terpahat kuat dalam dirinya. Asiah membuktikan kepada kita bahawa makin kita diuji, kita harus menjadi makin kuat untuk beribadat kepada Allah untuk lebih dekat padaNya.

7. Bersatu Hati Dalam Keluarga Dalam Menghadapi Setiap Dugaan

(13)

24 jam sama seperti kita. Tapi Baginda mampu melakukan berbagai kerja termasuk berhibur dan bermesra dala keluarga.

8. Menjaga Hubungan yang Romantis Dengan Penuh Ilmu

Dalam mencari kebahagiaan yang diimpikan, jadikanlah ilmu pengetahuan dan penghormatan sebagai faktor utama agar kebahagiaan yang dicipta memenuhi kehendak kedua pasangan suami isteri yang berbeza fitrah dan perasaan. Andainya kebahagiaan dibina mengikut emosi dan perasaan, adakalanya ia akan tersasar daripada garis panduan Islam yang sebenar dalam merealisasikan tanggungjawab suami dan isteri. Pasangan Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. adalah merupakan pasangan romantis di dalam sejarah isteri-isteri nabi. Walaupun Aisyah masih muda dan bersifat ke anakan, namun Aisyah mempunyai kelebihan memiliki kecantikan yang digabungkan dengan kemantapan ilmu pengetahuan sehingga membuatkannya berjaya menarik perhatian baginda biarpun baginda sentiasa sarat dengan tanggungjawab. Di sebalik kesibukan sebagai pemimpin dan pendakwah, Rasulullah s.a.w. mampu membahagikan masa untuk keluarga terutama kepada isteri tercinta. Menurut pembacaan dan rujukan kepada kitab-kitab sirah dan kitab hadis, didapati Rasulullah s.a.w. pernah bersama Aisyah melakukan perbuatan tersebut:

i.

Berlumba-lumba ketika dalam musafir apabila para sahabat berjalan jauh ke hadapan, (Musnad Ahmad: 22989)

ii. Bermanja dengan meletakkan pipi Aisyah di atas pipi baginda dan Aisyah meletakkan bahunya di atas bahu baginda, (Bukhari dan Muslim)

iii. Sangat memahami isteri dan menemani isteri ketika sakit, (Bukhari dan Muslim)

iv. Menjahit pakaian baginda sendiri di samping membantu kerja-kerja rumah, (Bukhari)

v. Menggunakan gelas yang sama dan minum di tempat yang sama di samping memakan daging yang pernah digigit oleh Aisyah, (Muslim)

vi. Melayani Aisyah ketika merasa cemburu dengan isteri yang lain termasuk cemburukan Khadijah yang telah wafat, (Bukhari dan Muslim)

(14)

mengasihinya. Pengalaman yang didapati setelah bertemu beberapa kali dengan wanita yang bakal menarik tunggangannya masuk ke syurga menjadikannya bertambah yakin membina peribadi yang mantap. Begitu juga apabila beliau merasa tertekan dengan bebanan kerja di rumah. Pada awalnya beliau menjadi resah dan kecewa apabila membiarkan perasaan mengganggu fikirannya, tapi akhirnya melalui ilmu beliau berjaya menepis segala emosi yang tidak terkawal dalam memastikan tanggungjawabnya terlaksana mengikut didikan ibu dan ayah sejak dari kecil.

Ilmu dan kebijaksanaan Ratu Balqis juga berjaya mengawal perasaannya. Sebagai wanita, Ratu Balqis juga mempunyai naluri dan perasaan seorang wanita. Di sebalik memiliki keilmuan yang tinggi, ratu Balqis menggunakan kebijaksanaan dalam pemerintahannya dan tidak bertindak terburu-buru. Sebagai ibu, wanita merupakan pemimpin kepada anak-anaknya. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Ratu Balqis, seorang ibu harus mempunyai ilmu agar pendidikan anak-anak di zaman teknologi ini terarah ke jalan yang benar tanpa ketinggalan zaman.

9. Membataskan Emosinya Berpaksikan Akidah

Kewujudan cinta tiga penjuru di antara Ibrahim, Sarah dan Hajar membuktikan bahawa adakalanya dalam perkahwinan kita perlukan pengorbanan dalam mengecap kebahagiaan bersama-sama. Apabila Sarah mula menyedari usia tuanya tidak mungkin mampu menganugerahkan cahaya mata untuk suaminya. Saat demi saat fikirannya mula meneliti dan memerhati Hajar yang indah budi pekertinya dan kuat ibadahnya. Maka Sarah mula membuat satu penentuan dalam fikirannya iaitu menghadiahkan Hajar kepada Ibrahim. Walaupun terasa sayu di hatinya, namun diteruskan juga niatnya. Usaha yang dilakukan oleh Sarah ini adalah amat sukar untuk dilaksanakan oleh mana-mana isteri. Namun pengorbanan ini dilakukan demi untuk meneruskan zuriat penyambung keturunan. Maka dipujuknya Ibrahim untuk menikahi Hajar. Akhirnya Ibrahim menerima pelawaan tersebut walaupun terasa resah dalam hatinya kerana dikhuatiri melukakan hati Sarah.

10. Memahami Tugas Suami Dengan Bijaksana

(15)

rezeki dan berusaha lebih dalam menambahkan kemesraan dalam perhubungan walaupun dalam masa yang terbatas. Di saat Ibrahim dan Hajar bergembira dengan kelahiran Ismail, tiba-tiba Ibrahim mendapat arahan daripada Allah SWT untuk membawa Hajar dan Ismail ke negeri Mekah dan tinggalkan mereka di sana. Setelah tiba di negeri Mekah, maka Hajar dan Ismail ditinggalkan di situ dengan penuh hiba. Hajar yang pada mulanya merasa sedih dan sayu mula menghujani Ibrahim dengan berbagai persoalan. Akhirnya setelah setiap persoalannya tidak mendapat sebarang jawapan, maka Hajar mula terfikir adakah ini adalah arahan daripada Allah SWT. Setelah Ibrahim mengiakan maka Hajar dengan penuh redha merelakan mereka ditinggalkan. Keimanannya yang tinggi pada Allah SWT mula menghiasi jiwanya dan merasa yakin bahawa Allah akan memelihara mereka. Maka Ibrahim pun mula meninggalkan mereka dengan penuh yakin pada Allah dan pulang untuk meneruskan dakwahnya.

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasiq) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya.” (Surah an-Nisaa’: 27). Walaupun Khadijah seorang wanita, namun beliau sentiasa memastikan emosinya tidak mengganggu perasaan Baginda. Walaupun beliau ditinggalkan bersama anak-anak ketika baginda pergi bertahannus di Gua Hira’, beliau tidak pernah merungut atau menghalang Baginda kerana beliau sangat memahami suaminya yang tercinta itu. Beliau percaya setiap apa yang Baginda lakukan adalah benar.

11. Memberi Sokongan Kepada Pekerjaan Suami

(16)

lauk, makanan atau minuman. Apabila beliau sampai kepada kamu, sampaikan salam aku kepadanya dan salam dari tuhannya. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam Syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.” (Riwayat Muslim).

12. Menolak Kuasa Dalam Mempertahankan Iman

Walaupun bergelar ketua negara, Ratu Balqis masih mengekalkan kelembutannya mendengar pandangan orang lain sambil cuba meneliti dan berfikir secara waras. Setelah merasa takjub dan ajaib melihat singgahsana Nabi Sulaiman yang mirip dengan singgahsananya dan terpesona melihat kecantikan seni bina singgahsana tersebut, maka Ratu Balqis terus merasa rendah diri dan menerima segala yang disampaikan oleh Nabi Sulaiman sebelum ini. Sebagai wanita, janganlah dihilangkan sifat kelembutan andainya kita memegang kuasa yang tinggi. Kelembutan itu adalah fitrah seorang wanita. Manakala kekuasaan pula adalah hak milik Allah SWT yang dipinjamkan sementara.

Apabila Ratu Balqis melihat sendiri bukti-bukti yang diperlihatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Ratu Balqis mengaku kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Bersyukur di atas segala nikmat yang Allah turunkan kepada beliau, Ratu Balqis mengakui kekuasaan Allah SWT dan terus beriman kepadaNya. Nabi Sulaiman juga membuktikan kebijaksanaannya menyusun strategi dengan penuh berhikmah dalam menyampaikan kebenaran agama adalah melebihi kebijaksanaan Ratu Balqis. Jangan dijadikan kuasa dan kemewahan menutup kebijaksanaan untuk menilai mana yang hak dan batil. Dalam memperkembangkan syiar Islam, seharusnya umat Islam menggunakan kaedah yang tersusun dengan profesional tanpa di selit perasaan marah dan iri hati seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman.

Kesimpulan

(17)

Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (Surah an-Nisaa’, ayat 77). Untuk mendidik ahli keluarga, pemimpin keluarga hendaklah:

i. Menunjukkan contoh teladan yang baik dalam semua aspek kehidupan. Ayat-ayat al-Quran di atas jelas menunjukkan bagaimana seseorang itu perlu mendidik akal dan jiwanya untuk mentaati Allah dan Rasul. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. juga banyak mendidik kita dalam semua aspek kehidupan agar dicontohi. Firman Allah SWT bermaksud:”Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)...” (Surah al-Ahzab: 21)

ii. Memberi arahan atau nasihat mengikut waktu yang bersesuaian. Di dalam hadis rasulullah banyak mengajar ibu bapa supaya menasihatkan ahli keluarga berkaitan hal yang umum secara terang-terangan di hadapan orang ramai atau pun secara bersendirian bagi menjaga penghormatan dan aibnya bagi perkara yang khusus. Rasulullah juga mengajar kita supaya mendidik dengan positif tanpa perasaan marah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Disebabkan rahmat Allah lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari daripada sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka...” (Ali Imran: 159). iii. Mendoakan perkara yang baik untuk ahli keluarga dan

menjauhkan mendoakan sebarang perkara keburukan. Riwayat Abu Daud dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Janganlah kamu mendoakan perkara keburukan ke tas diri kamu, anak-anak kamu atau pembantu-pembantu kamu atau harta kamu kerana jika ketika bertepatan waktu dengan waktu Allah menurunkan pemberian kalian, sehingga doa kalian dimakbulkan Allah. Di dalam Kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali juga melarang seorang ayah mendoakan keburukan ke atas anaknya yang derhaka.

(18)

berfirman yang bermaksud: “ Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman...” (Surah Hud: 120). v. Sentiasa memastikan keturunan kita keturunan yang beriman yang menjadikan al-Quran dan al-hadis sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya...” (Surah at-Thuur: 21). Manakala dalam Surah al-Aa’raaf ayat 196 Allah SWT turut berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan..."

vi. Mendidik ahli keluarga mencintai ilmu kerana melalui ilmu yang mampu membawa seseorang itu ke arah kejayaan. Ilmu yang berlandaskan syarak akan membawa kejayaan yang sempurna dalam mencapai kesempurnaan hidup dan dalam mencapai keredhaan Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman…” (Surah an-Nahl: 78-79).

(19)

berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata...” (Surah al-Baqarah: ayat 208). Marilah bersama kita amalkan garis panduan yang diberikan agar kejayaan yang dicitakan adalah berlandaskan akar cinta kepada Pencipta sebagai yang utama. Jadikan diri kita contoh yang terbaik dalam mengejar cita-cita melalui redha Cinta Pencipta agar mahligai cinta dan cita-cita membawa kejayaan dan kebahagiaan hingga ke hujung nyawa dan dibawa terus hingga ke syurga.

Rujukan

Abbas Husni Mohamad (Dr.) (1996). Perkembangan Fiqah Islam, Terj. Mohd Asri Hashim, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Alia Shariati, 2007, Jati Diri Wanita Menurut Al-Quran dan Hadis, Pustaka al-Shafa: Kuala Lumpur

Ahmad Khalil Jam’ah, 2003, Istri-Istri Para Nabi, Darul Falah: Jakarta Basri Ibrahim, 1997, Pemantapan Kekeluargaan Islam, Darul Nuqman:

Kuala Lumpur.

Fadilah Sarnap, 2001, Pembinaan Sistem Kekeluargaan Islam,

Perniagaan Jahabersa: Johor

Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid et.all, 2007, Fatwa Adab, Karya Bestari Sdn Bhd: Selangor

Mohd. Nasir Omar, (1992). Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan

Islam dan Barat. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan

Perdana Menteri.

Mohd. Salleh Haji Ahmad, (1999). Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur ; Pustaka Haji Abdul Majid.

Sanchez, C.A, Rozy Munir, 1985, Pendidikan Kependudukan, Bumi Aksara, Jakarta.

(20)

Terjemahan Al-Quran, (2001). Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada

Pengertian al-Qur’an. diterjemahkan oleh Sheikh Abdullah

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Hidrolisat dengan aktivitas antioksidan terbaik yaitu hidrolisat yang diperoleh dari perlakuan rasio enzim 0,20:100 dan lama hidrolisis 2 jam dilakukan analisis lebih

Varietas yang tahan terhadap serangan penyakit karat daun jagung ( Puccinia polysora ) yaitu Bisi 13 dengan jarak tanam yang optimal 70 x 25 cm dengan produksi 7,54 ton/ha.

Untuk menjawab dan memecahkan masalah yang diajukan melalui identifikasi dan rumusan masalah pada penelitian ini dilakukan dengan mencari dan mendapatkan

sebagai berikut: sebuah struktur yang sangat organik dengan minimal formalisasi; spesialisasi pekerjaan yang tinggi berdasar pendidikan formal; para spesialis akan memiliki

Static Zone adalah daerah tanpa pergerakan Dokter Gigi Maupun Perawat Gigi serta tidak terlihat oleh pasien, zona ini untuk menempatkan Meja Instrumen Bergerak

Karena itu, untuk mengubah citra negatif birokrasi perijinan usaha dan investasi, Propinsi Jawa Timur menggagas dan melakukan penyederhanaan pelayanan perijinan

Apabila kurva pada Gambar 7 dan 8 dibandingkan pada karakteristik tegangan dan arus sel surya tanpa pendingin dengan sel surya dengan pendingin, menunjukkan bahwa

• Bursa saham Korsel turun ke penutupan terendah selama lebih dari 2 bulan pada Rabu kemarin, mengikuti tekanan di bursa regional, karena investor mengurangi investasi pada