• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU PENDATANG PELARIAN DAN SIKAP MASYARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU PENDATANG PELARIAN DAN SIKAP MASYARA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

ISU PENDATANG, PELARIAN DAN SIKAP MASYARAKAT BERDASARKAN TASAWUR ISLAM

1.0 PENGENALAN

Isu pendatang banyak dibincangkan dalam topik migrasi dan menjadi antara subjek di bawah kajian geografi. Migrasi merupakan perpindahan dari suatu wilayah asal ke wilayah tujuan yang dilakukan oleh seseorang maupun kelompok orang. Orang melakukan migrasi ke tempat tujuan karena tempat tujuan tersebut memiliki daya tarik tersendiri, orang yang bermigrasi ke tempat tujuan itu seringkali disebut dengan ”Pendatang/ Orang asing”, adanya pendatang bererti juga adanya ”penduduk asli”. Penduduk pendatang tersebut maka secara sengaja maupun tidak sengaja pasti akan melakukan kontak atau berhubungan dengan penduduk asli, terdapat dua kemungkinan yang akan terjadi iaitu: hubungan tersebut boleh menjadi ramah tamah (saling menghargai budaya masing-masing sehingga akan menimbulkan keberagaman budaya yang harmonis) atau malah menimbulkan konflik (terjadi adanya pihak yang mendominasi dan yang terdominasi).

Migrasi boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu migrasi setempat dan antarabangsa. Terdapat juga migrasi yang terjadi atas faktor keselamatan sehingga menjadikan pendatang sebagai pelarian. Antara sebab lain kehadiran pendatang asing ke sesebuah negara kebiasaanya atas dasar untuk mencari peluang pendapatan yang lebih lumayan dan persekitaran yang lebih kondusif untuk membina kehidupan. Oleh itu negara-negara seperti Amerika, Britian, Jerman, negara-negara-negara-negara di Eropah, Australia, Arab Saudi, Singapura termasuk Malaysia sering menerima pendatang yang melihat “rumput yang lebih hijau” di negara-negara tersebut.

(2)

negara itu ke sini. Sikap terbuka kerajaan menerima kedatangan pekerja asing ini menjadikan Malaysia salah satu destinasi yang penting untuk penghijrahan manusia mencari kerja. Wujud pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Malaysia dan negara pendatang seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian permit kerja menjadikan negara ini syurga buat mereka.

Ironinya, apabila timbul isu pelarian Rohingya, Kerajaan Malaysia seperti juga negara-negara jiran yang lain tidak dapat menerima kedatangan mereka yang memerlukan penempatan dan perlindungan daripada mangsa kekejaman puak pelampau Mynmar. Inilah kesan kemanusiaan yang timbul apabila sistem kapitalis menguasai dunia dan apabila manusia dilihat sebagai makhluk ekonomi bukan sebagai hamba dan khalifah Allah.

2.0 TUJUAN

Esei ini ditulis bertujuan meninjau sikap masyarakat terhadap pendatang dan pelarian baik pada peringkat global mahupun lokal dan menganalisis sikap tersebut dari sudut tasawur Islam. Ini kerana secara lazimnya tasawur yang betul akan membentuk sikap yang betul.dan tasawur yang salah akan membentuk sikap yang salah. Analisis berdasarkan tasawur Islam pula bertujuan untuk meletakkan semula kedudukan isu yang diperkatakan pada kedudukannya yang sebenar agar pada penghujung perbincangan satu sikap yang betul dapat dibentuk apabila berhadapan dengan isu pendatang dan pelarian ini.

3.0 METODE PENGUMPULAN DATA

(3)

daripada orang Islam. Isu ini menarik minat untuk dibincangkan dalam konteks semasa menggunakan maklumat-maklumat sedia ada baik secara ilmiah ataupun secara picisan dan yang lebih menariknya dibincangkan berdasarkan tasawur Islam. Oleh kerana itu, perbincangan dalam esei ini banyak mengutip data dan bahan perbincangan melalui buku, jurnal dan berita-berita semasa menggunakan kata kunci migrasi, pendatang dan hijrah.

4.0 PEMBAHAGIAN ESEI

Bagi mengupas isu pendatang dan pelarian ini dan melihat permasalahannya, esei ini seterusnya akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu huraian berkenaan isu dari perspektif semasa, perspektif hijrah dan kemudiannya menganalIsis perspektif isu berdasarkan Tasawur Islam.

5.0 ISU PENDATANG DAN PELARIAN DARI PERSPEKTIF SEMASA

(4)

hujah yang dikemukakan pada parti yang memilih untuk meninggalkan atau tetap bersama EU seperti di bawah:

“Pro-Brexit advocates have framed leaving the European Union as necessary to protect, or perhaps restore, the country’s identity: its culture, independence and place in the world. This argument is often expressed by opposition to immigration.

“Remain” supporters typically argue that staying in the union is better for the British economy and that concerns about migration and other issues are not important enough to outweigh the economic consequences of leaving.”

Maksudnya: “Penyokong-Brexit membuat dakwaan bahawa meninggalkan Kesatuan Eropah perlu untuk melindungi, atau barangkali mengembalikan identity negara: budayanya, kebebasan dan tempat di dunia. Hujah ini biasanya disuarakan oleh penentang kepada pendatang.”

“Penyokong yang menyokong untuk tetap dalam EU berhujah tetap berada dalam Kesatuan adalah lebih baik kepada ekonomi British dan isu pendatang serta lain-lain isu tidaklah terlalu penting jika dibandingkan kesan ekonomi setelah meninggalkan Kesatuan.”

(5)

Isu pendatang ini bukan sahaja bertitik tolak daripada faktor ekonomi tetapi juga atas faktor keselamatan. Negara yang terlibat dalam kancah peperangan seperti di Syria baru-baru ini menyaksikan apa yang dikenali sebagai “forced migration’ secara besar-besaran rakyat Syria ke negara-negara Eropah berdekatan. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan negara penerima tambahan pula pelarian dari Syria majoritinya terdiri daripada orang Islam. Pelarian ini kebanyakan memilih negara Eropah yang berdekatan sebagai tempat berhijrah walaupun negara-negara tersebut tidak bersikap terbuka dalam menerima kedatangan mereka dan mempersoalkan peranan dan tanggungjawab negara Islam yang lain. Hakikatnya, ada di antara negara-negar Islam yang menyediakan penempatan kepada pelarian ini seperti Turki dan negara Teluk tetapi kurang mendapat liputan dunia.

(6)

Listhaug, yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Pertanian, juga menyelar institusi awam yang tidak lagi menghidangkan daging babi bagi menghormati penduduk Islam. Tidak sampai setahun, bilangan pendatang baru di Norway jatuh daripada rekod tertinggi iaitu 32,000, kepada 3,550 ketibaan baru menjelang akhir 2016. Ia dikatakan ada kaitan dengan sistem ketat yang dipantau Listhaug, termasuk bayaran kepada mereka mahu pulang ke negara asal.

Bagaimanapun, beliau berkata pendatang yang sudah tiba turut menimbulkan beberapa isu. "Apabila pergi menemuduga kerja, anda tidak akan memakai seluar longgar dan topi. Jadi, jangan pakai niqab atau burqa. "Di negara kami, alkohol dibolehkan, jadi, jika bekerja di tempat yan menyediakannya, anda tidak boleh memilih untuk tidak menghidangkan bir, wain atau minuman lain. Ada antaranya yang enggan menghidangkan daging babi," katanya. Komen Listhaug segera mendapat reaksi pedas dengan ramai menggesa beliau meletak jawatan yang disampaikan menerusi ruangan editorial dan temubual media. "Listhaug terlalu mengambil mudah jika menyangka pemakaian, daging babi dan alkohol adalah punca utama pendatang wanita gagal bercampur gaul. "Adalah lebih penting mencari apa yang mereka boleh lakukan dan memberikan latihan kepada mereka," kata ketua Pertubuhan Pemohon Suaka Norway (NOAS),Ann-Magritt Austena.

(7)

negara menerima tidak ramai pendatang kerana pendirian tegas kerajaan masing-masing terhadap pelarian. Di Jerman, ekonomi terbesar EU yang menerima kumpulan pendatang dan pelarian terbesar, 61 peratus penduduk berkongsi kebimbangan itu, manakala 60 peratus rakyat Itali dan 52 peratus penduduk Britain meluahkan kebimbangan sama. Bagaimanapun di Perancis, negara yang digegarkan dengan serangan militan pada 2015, cuma 46 peratus berasakan bahaya serangan akan meningkat. Secara umum, Pusat Pew mendapati ramai penduduk Eropah mengaitkan krisis pelarian dan ancaman keganasan.

Di Malaysia keadaan ini juga turut dirasai kerana Malaysia antara negara yang memberi ruang dan peluang kepada pendatang asing untuk berkongsi kekayaan negara dan bagi mengatasi masalah keperluan buruh dalam beberapa sektor pekerjaan yang bergaji rendah. Walaupaun ada yang mengaitakan kebanjiran pendatang asing meningkatkan kadar jeneyah, dakwaan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Walau bagaimanapun, kemasukan pendatang asing samada secara sah atau tanpa izin sentiasa dipantau melalui mekanisma sedia ada dengan usahasama antara pihak tentera, polis, kastam.dan Jabatan Imigresen.Ini kerana, kemudahan pengambilan pekerja asig sering disalah guna oleh pihak-pihak tertentu yang bekepentingan dan memikirkan keuntungan semata-mata sahaja sehingga terjadinya isu pemerdagangan manusia. Apakah wajar pendatang dan pelarian yang menjadi mangsa keadaan dan eksploitasi ini disalahkan pula?

(8)

menyekat peluang dan rezeki mereka. Kumpulan anti-pendatang ini mempunyai andaian negatif dan sikap menyalahkan kehadiran mereka.

Ada juga yang berpendapat, pengaliran wang negara ke luar boleh mengakibatkan kerugian kepada negara. Pendatang asing yang berkerja akan membawa pulang hasil kekayaan dan mata wang Malaysia keluar dengan mudah. Ini secara tidak langsung menyalur kekayaan negara ke negara pendatang dan membantu ekonomi negara pendatang untuk berkembang maju. Mengambil kira semua pandangan di atas, sudah pastinya ramai akan mengambil sikap sebagai kumpulan yang anti-pendatang. Persoalannya di sini benarkah semua pandangan dan dakwaan di atas? Bagi memberi gambaran yang sebenar topik selanjutnya akan membincangkan pendatang dan pelarian dari perspektif hijrah dalam Islam kemuadian akan di analisis berdasarkan Tasawur Islam. Persoalan mengapa isu pendatang dan pelarian ini perlu dilihat dari perspektif hijrah ialah kerana dalam peristiwa hijrah terdapat hikmah dan pelajaran penting dalam memahami isu pendatang dan pelarian ini.

6.0 PENDATANG DAN PELARIAN DARI PERSPEKTIF HIJRAH

Dalam Islam, isu pendatang boleh dijejaki sejak sejarah awal Mekah dan juga Madinah. Perintah hijrah yang mula-mula sekali berlaku pada masa Nabi Ibrahim a.s seperti yang terdapat dalam Al-Quran. Allah berfirman dalam surah Ankabut ayat 26

Artinya: Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. dan berkatalah Ibrahim: "Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); Sesungguhnya Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(9)

menjadi pendatang atau pelarian bukanlah satu perkara yang negatif. Ia merupakan satu keperluan dalam kehidupan malah mereka yang tidak berhijrah setelah terdapat petunjuk perlunya melakukan penghijrahan akan disoal. Perintah hijrah ini walau bagaimanapun terdapat pengecualiannya seperti Firman Allah:

“Sesungguhnya, orang-orang yang diwafatkan malaikat, dalam keadaan menganiaya diri sendiri (kepada mereka) malaikat bertanya: Dalam keadaan bagaimana kamu ini.” Mereka menjawab: “Adalah kami ini oang-orang yang tertindas di negeri(Mekah)'. Para malaikat berkata: 'Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu'. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruknya tempat kembali.Kecuali mereka yang tertindas baik laki-laki atau wanita, ataupun anak-anak yang tidak mampu berdaya upaya, dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah)," – (QS.4:97-98)

(10)

1. Meninggalkan negeri yang diperangi (Daruul Harbi) menuju negeri Islam (Darul Islam).

2. Meninggalkan negeri yang dihuni oleh ahli bid’ah.

3. Meninggalkan negeri yang dipenuhi oleh hal-hal yang haram sementara mencari sesuatu yang halal merupakan kewajiban setiap Muslim.

4. Melarikan diri demi keselamatan jiwa

Walaupun pendatang dan pelarian sering dikaitkan dengan impak yang negatif, hakikatnya ia boleh menjadi impak yang postif sekiranya ditangani dengan baik oleh negara dan masyarakt penerima. Semangat hijrah ini juga jika dihayati dengan baik mampu membentuk sikap dinamik dan progresif. Sikap ini adakalanya menjadikan kaum pendatang dan pelarian sebagai kaum yang mendominasi dan memberi sedikit ancaman kepada penduduk asal yang rendah daya saing dan survivalnya. Bagi sesebuah negara, mempunyai penduduk yang mempunyai daya saing dan sikap progresif merupakan kunci kepada kejayaan negara tersebut. Penduduk asal yang berinteraksi dengan kaum pendatang sepatutnya boleh mempelajari banyak perkara daripada kaum pendatang dan pelarian. Mereka tidak perlu merasa tergugat tetapi bersaing secara sihat dengan kaum pendatang.

(11)

Hijrah sememangnya menuntut kepada sebuah perencanaan. Kebiasaanya orang yang mempuyai maksud untuk berhijrah perlu ada persiapan fizikal, mental, spiritual dan material. Ini secara tidak langsung mengajarnya menjadi seorang manusia yang mempunyai perancangan dalam hidup. Maka tidak hairanlah mereka yang berhijrah/golongan pendatang ini lebih mempunyai daya survival dan daya saing yang tinggi yang membantu mereka lebih berjaya di tempat baru. Orang yang berhijrah sanggup keluar dari zon selesa menuju ke satu zon yang penuh ketidak tentuaan dan berisiko kerana dalam proses penghijrahan tersebut mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran, rintangan, dugaan dan berkemungkinan ditimpa musibah dalam perjalanan. Mereka terpaksa mengambil dan menghitung risiko apabila memilih untuk berhijrah secara pilihan atau keterpaksaan.

Di dalam hadith 40 yang pertama diperkatakan adalah mengenai penetapan niat sebelum melakukan sesuatu dan ada juga dalam mantan hadith tersebut meyentuh tentang hijrah. Daripada Umar Al-Khatab (r.a) Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap seseorang itu (ia akan memeperoleh berdasarkan) untuk apa diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa hijrahnya untuk maksud dunia, maka maksudnya kerana seorang wanita, maka ia akan mengahwininya. Oleh yang demikian, hijrahnya berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu dilakukan.”

(12)

Justeru, peri pentingnya kaitan antara niat dan hijrah ditekankan dalam hadith ini. Hijrah diberi penekanan berbanding perbuatan yang lain kerana hijrah merupakan suatu perbuatan yang besar implikasinya ke atas kehidupan baik di dunia maupun di akhirat. Berdasarkan maksud dan keterangan di atas dapatlah disimpulkan dalam hijrah keimanan dan kebijaksanaan seseorang itu diuji melalui persoalan yang timbul daripada tujuan hijrah. Maka, sebagai Muslim kita dituntut untuk berhijrah, bermusafir dan melakukan ziarah kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi dari segi pengalaman, jalianan silaturrahim dan yang lebih pentingnya sekiranya hijrah dilakukan demi Allah dan Rasul-Nya pasti hasilnya lebih menguntungkan. Jadi, tidak hairanlah apabila kita melihat kaum pendatang lebih beruntung dalam mendapat penghasilan yang lebih lumayan berbanding penduduk asal. Wajarkah pula penduduk asal mempunyai sikap iri-hati dan bersikap negatif terhadap kaum pendatang? Persoalan ini akan dikupas berdasarkan analisis tasawur Islam yang lebih menyeluruh.

7.0 ANALISIS ISU PENDATANG,PELARIAN DAN SIKAP MASYARAKAT BERDASARKAN TASAWUR ISLAM

7.1 ALLAH SEBAGAI PENCIPTA

Allah sebagai pencipta dalam hikmah penciptaannya telah menjadikan manusia ini terdiri daripada berlainan jenis, berbilang bangsa dan berbagai bentuk rupa bukanlah untuk manusia saling berbalah dan bermusuhan.tetapi untuk saling mengenal. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat:13

(13)

yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi MahaMengenal".

Oleh itu, tidak wajarlah sekiranya manusia bersikap buruk sesama manusia dan menganggap mereka lebih utama berbanding kaum pendatang. Sikap anti-pendatang seperti yang dibincangkan sebelum ini berpunca daripada sikap tidak puas hati, iri hati, riya, takabur dan merasakan diri lebih besar dan berkuasa ke atas sesuatu. Bersikap dengan sifat ‘kibriya’ dan berkuasa hanya layak untuk Allah sebagai Pencipta. Sikap merasa lebih atau ‘over protective’ ini biasanya ditunjukkan oleh penduduk asal ke atas kaum pendatang. Sekiranya manusia kembali menyedari hakikat penciptaan manusia, maka tidak timbul masalah untuk menerima kaum pendatang yang berlainan agama dan bangsa malah menggunakan peluang itu untuk meningkatkan interaksi baik sesama manusia seterusnya menyumbang kepada peradaban manusia.

Manusia yang bersikap negatif dengan kaum pendatang seharusnya berasa malu kerana Allahlah yang menyediakan penempatan bagi manusia.seperti dalam firmanNya:

"Yang menjadikan bumi untuk kamu, sebagai tempat menetap, dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu, supaya kamu mendapat petunjuk." – (QS.43:10)

Allah bukan sahaja mencipta manusia tetapi seluruh alam dan semua isinya, seperti Firman Allah:

(14)

Serkiranya manusia mengetahu hakikat ini seharusnya manusia lebih merasa malu untuk mendabik dada dan sudah pastinya manusia akan lebih bersikap terbuka dan menganggap pendatang sebagai seorang tetamu.dan diberikan hak sebagai seorang tetamu.

4.2 MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH

Allah bukan sahaja mencipta manusia, seluruh alam dan isinya secara sia-sia tetapi dengan tujuan dan maksud yang jelas. Manusia dijadikan khalifah iaitu sebagai pentadbir kepada alam dan dijadikan seluruh makhluk yang lain untuk berkhidmat kepada manusia. Selain menjadi khalifah, tujuan penciptaan manusia hanyalah untuk beribadah kepada Allah.seperti dalam surah……… yang bermaksud “tidaklah aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah” Manusia dalam posisi sebagai khalifah dan hamba ini dilihat sebagai sebuah paradoks. Ini kerana khalifah seharusnya mempunyai sifat-sifat kemuliaan Allah manakala hamba seharusnya mempunyai sifat kelemahan dan kedhaifan

Manusia yang diambil daripada perkataan insan dan berasal daripada perkatan ‘uns’ yang bererti senang dan harmonis. Pada dasarnya manusia selalu merasa senang dan memiliki potensi untuk menjalin hubungan antara sesamanya. Dengan melakukan dosa terhadap sesama manusia, hubungan tersebut menjadi terganggu dan tidak harmonis lagi. Namun, manusia akan kembali ke posisi semula(harmonis) pada saat ia menyedari kesalahannya, dan berusaha mendekat kepada sesiapa yang ia pernah lukai hatinya(Sihab, 2007).

(15)

Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu, bersumpah, bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." – (QS.24:22)

Dalam ayat yang lain pula ditekankan sikap yang seharusnya ditonjolkan terhadap kaum pendatang terutama kaum pendatang yang diketahui niat baiknya. Firman Allah:

"Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah, dan telah beriman (Anshar), sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka, terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung." – (QS.59:9)

4.3 ALAM SEMESTA SEBAGAI MAKHLUK

Alam semesta merupakan makhluk yang dijadikan oleh Allah dari sekecil-kecil zarah

hingga sebesar-besar galaksi. Semuanya merupkan makhluk Allah yang hidup,

sentiasa bertasbih mumuji kebesaran Allah dan menurut perintah Allah. Allah telah

memerintahkan makhluk-makhluk yang lain untuk berkhidmat kepada manusia

(16)

Kesemua yang dicipta oleh Allah kepada manusia cuma sebagai pinjaman dan bersifat

sementara seperti yang tersebut dalam Al-Quran:

"Kami tiada menciptakan langit dan bumi, dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar, dan dalam waktu yang ditentukan. Dan orang-orang yang kafir berpaling, dari apa yang diperingatkan kepada mereka." – (QS.46:3)

(17)

Surah At takathur adalah suatu surah di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang keburukan sikap bermegah-megah manusia dalam hal dunia seolah-olah mereka lupa semua yang diperolehi dalam dunia adalah pinjaman Allah kepada manusia dan mereka pasti akan ditanya tentang apa yang mereka pinjam. Firman Allah:

"Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu, tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)." – (QS.102:8)

Alam semesta ini merupakan makhluk Allah dan tanpa bantuan-Nya nescaya manusia tidak akan mampu menundukkan dan menguasainya. Allah jua yang akan memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang disukai-Nya.dan menarik balik kekuasaan daripada golongan yang dibenci-Nya. Sikap yang adil itu akan mengundang rahmat dari Allah manakala sikap zalim itu mengundang bencana dari-Nya. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali.

8.0KESIMPULAN

(18)

RUJUKAN

Al-Quran al Karim

Quran Tafsir Ibn Kathir http://www.qtafsir.com/index diakses pada 3 Disember 2016

Ar-Raniry, F. D. I., & Aceh, K. D. K. B. PLANOLOGI HIJRAH NABI

MUHAMMAD DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’AN. Vol. 10, Nomor 2, Juli 2013, 192

Berita Harian Online (2016). Penduduk Eropah Bimbang Pertambahan Jumlah Pendatang. Diakses daripada http://www.bharian.com.my/node/172922

Berita Harian Online (2106). Trump Janji Akan Segera Hantar Pulang 3 Juta

Pendatang. Diakses pada 20 November 2016 daripada

http://www.bharian.com.my/node/212578

Berita Harian Online(2016). “Kami Makan Babi, Minum Arak, Pendatang Asing Perlu Sesuaikan Diri”. Diakses daripada http://www.bharian.com.my/node/204392

Fakta Mengenai Jerman. Diakses pada 20 November 2016 daripada https://www.tatsachen- ueber-deutschland.de/id/kategori/masyarakat/menangani-arus-pendatang

Hadith 40 Imam Nawawi

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, Zebra Edition, Kuala Lumpur

Shihab, M. Q. (2007). " Membumikan" Al-Quran: fungsi dan peran wahyu dalam kehidupan masyarakat. Mizan Pustaka.

(19)

Wan Norhaniza Wan Hassan (2013). Ukuran Pembangunan:Pendekatan Kapitalis dan Islami, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Berita Harian Online (2016) Menangani isu Lambakan Pekerja Asing diakses pada 5 Disember 2016 daripada wwwharian.com.my.b/node/1377 36

Ahmad, Z. I., Ngah, K., & Mustaffa, J. (2015). Satu tinjauan-Isu dan masalah pendatang asing dalam aspek keselamatan awam di Malaysia.

Ismail, B., & Sualman, H. I. (2007). Isu Pendatang Tanpa Izin: Peranan Media Terhadap Kesedaran, Pengetahuan Dan Sikap Di Kalangan Masyarakat Di Malaysia.

Juwita, N., & Lampung, B. Persepsi Masyarakat Pendatang Terhadap Sikap Bela Negara Di Kampung Panaragan Jaya Indah Kabupaten Tulang Bawang Barat Tahun 2015.

Referensi

Dokumen terkait

Kepala sekolah memainkan peran penting dalam melakukan monitoring pendidikan, hal tersebut selaras dengan hasil penelitian yang dilakukan Fitrah, kepala sekolah memiliki

Menggunakan visual fotografi yang simple dan modern dengan editing yang natural, menggunakan font Script pada bagian judul dan sans serif pada bagian isi, menggunakan

Analisis deskriptif kualitatif dilakukan dengan menggunakan peta wilayah jelajah dugaan dua kelompok studi owa jawa yang telah ditumpang tindih dengan peta digital

Flavonoid juga memiliki kemampuan untuk memodifikasi inflamasi sel, enzim, gen, sebagai antioksidan untuk menangkap radikal bebas, menghambat produksi ROS Reactive Oxygen Species

[r]

dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui kontribusi pendapatan usaha warung kelontong terhadap pendapatan total keluarga dengan mengukur 4 variabel yaitu

Kedua Bahwa dalam ketaatan kepada Amanat Tuhan kita Yesus Kristus, saudara mengaku menjadi Pengurus PELKAT dan Pelayan GPIB Syaloom Balikpapan serta berjanji untuk

Anam, Khoirul, Hisab Arah Kiblat , yang disampaikan pada Diklat Hisab Rukyat yang diselenggarakan oleh Kantor Departemen Agama Kab.. Lamongan tgl 28-29 Nopember 2008 di Tanjung