• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip dasar dalam estimasi (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Prinsip dasar dalam estimasi (2)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Prinsip dan Praktis Pelaburan Emas Menurut Islam

1. Cara pembelian emas mestilah patuh Shariah termasuk perlu kepada qabad

dan bayaran tunai.

2. Boleh digunakan konsep wakalah dalam jual- beli dan qabad.

4. Keuntungan bagi pelabur emas kebiasaannya ialah apabila menjual balik emas

yang dibeli dengan harga yang lebih mahal (capital gain).

(2)

Isu Berkaitan Pelaburan Emas

1. Membeli emas secara tangguh

2. Membeli emas yang tidak ada dalam pegangan/tanggungan penjual

3. Jual beli emas secara online

4. Isu qabad hukmi bagi emas

5. Jual beli emas guna kad kredit

6. Isu bay’ wa salaf

(3)

Akaun Simpanan Bersandarkan Emas (gold saving account)

1. Kebiasaannya emas yang dijual kepada pelanggan akan dipinjamkan balik

kepada bank. Bank akan menjualkan emas yang sama kepada bebera orang

pelabur.

2. Kebaikannya, perbezaan keuntungan jualan balik adalah kecil dan

(4)

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah Israk: 93, Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari) Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan. Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut. Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

(5)

Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

l Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

l Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

l Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

l Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

(6)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian,

gharar yang berlebihan dan kezaliman.

2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa upaya yang dilakukan guru ialah memberikan rangsangan kepada anak dengan mengikutsertakan dalam berbagai kegiatan seperti menari,

[r]

Rendahnya produksi cabai merah di Kalimantan Tengah disebabkan oleh beberapa faktor antara lain: (a)adanya serangan organisme pengganggu tumbuhan yang dapat menurunkan

Erasmus bahwa pengambilan keputusan studi ke luar negeri dalam studi kasus mobilitas mahasiswa internasional yang mengikuti program Erasmus. dipengaruhi oleh (1) faktor

Tanpa adanya perencanaan dan pengendalian yang ketat, resiko ketepatan waktu dalam pemasokan dan penerimaan material (bahan baku dan bahan pendukungnya) akan menjadi

RAYA JABABEKA BLOK A NO.. RAYA JABABEKA BLOK

Ketika penurunan nilai wajar atas aset keuangan yang diklasifikasikan dalam kelompok tersedia untuk dijual telah diakui secara langsung dalam pendapatan komprehensif lainnya

1 Persiapan Kurang 7 Lengkap 10 Sangat Lengkap 12 2 Proses Belum Sesuai 13 Agak Sesuai 19 Sesuai 24 Sangat Sesuai 28 3 Hasil Rendah 12 Sedang 18 Tinggi 26 Sangat Tinggi 32 4